1
1. TK2833 Senibina Komputer dan Sistem Pengoperasian
Prasyarat : TS1913
Sinopsis
Kursus ini bertujuan menerangkan tentang konsep organisasi dan senibina computer dan
juga konsep sistem pengoperasian. Kursus ini dimulakan dengan membincangkan pelbagai
komponen di dalam sistem computer seperti ingatan, CPU, peranti I/O dan peranti lain.
Kemudian perbincangan tentang cara komponen ini diorganisasikan. Antaranya ialah
organisasi berasaskan mesin Von Neumann, organisasi PC dan juga organisasi mesin selari
SIMD dan MIMD. Bahagian kedua kursus ini adalah tentang senibina sistem computer.
Dalam bahagian ini perbincangan kepada senibina dilakukan berasaskan kepada model
senibn berstruktur yang mengandungi lapisan mesin sebenar., lapisan mikro
pengaturcaraan, lapisan bahasa mesin, lapisan sistem pengoperasian dan lapisan aplikasi.
Bahagian ketiga pula yang merangkumi hampir separuh daripada keseluruhan kursus ini
membincangkan tentang rekabentuk sistem pengoperasian. Dalam bahagian ini,
perbincangan dilakukan dengan merujuk kepada sistem pengoperasian MINIX, iaitu satu
sistem ala UNIX yang telah direkabentuk khas untuk tujuan pembelajaran. Aspek
pengimplementasian sistem pengoperasian akan dibincangkan dengan terperinci dengan
merujuk kepada kod sumber yang disediakan.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar akan:
Boleh memahami prinsip-prinsip rekabentuk untuk computer moden.
Boleh memahami pelbagai cara computer direkabentuk untuk mencapai keperluan
prestasi dan kos.
Boleh memahami konsep asas sistem pengoperasian dan algoritma berasaskan yang
digunakan dalam industri termasuk Microsoft MS-DOS, Windows and Linux.
2
Beban Pembelajaran
Anggaran beban pembelajaran adalah seperti berikut:
Bil Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Jam
1 Kuliah
28
2 Membuat tugasan individu/kumpulan (2 tugasan)
Menjalankan mesyuarat kumpulan
Mengumpul bahan dari perpustakaan dan internet
Mengolah tugasan dan menyediakan jawapan
14
3 Membuat projek berkumpulan (1 projek)
Menjalankan mesyuarat kumpulan.
Berbincang dengan pensyaratmengumpul dan memilih maklumat dan
bahan rujukan di perpustakaan, internet dan lapangan (industri)
Melakukan analisa, sintesis dan rekabentuk
Menulis laporan projek
25
4 Pembelajaran sendirian/kumpulan
Persiapan sebelum kuliah seperti menyemak nota-nota muat-turun nota
kuliah, membaca modul pembelajaran dan lain-lain yang bersesuaian
Selepas kuliah seperti mengemaskini nota, membuat rujukan tambahan,
berbincang dengan rakan/pensyarah dan lain-lain
Ulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan.
52
5 Menduduki peperiksaan pertengahan semester
2
6 Menduduki peperiksaan akhir semester.
2
Jumlah JPP 123
Kredit kursus TK2833 ialah 123 jam / 40 jam = 3.01 (3 kredit)
RujukaN:
Abdullah Mohd Zin, Mohd Juzaiddin Ab Aziz dan Zulkarnain Md Ali, 2001. Organisasi
dan Senibina Sistem Komputer, Prentice Hall, Inc.
William Stallings, 2006. Computer Organization and Architecture. Designing For
Performance, 7th
Edition, Pearson Education International, Inc.
Silberschatz, Galvin and Gagne, 2002. Operating System Concepts, 6th
Edition, John
Wiley and Sons, Inc.
Tanenbaum, A.S and Woodhull A.S, 1997. Operating System Design and
Implementation, 2nd
Edition, Prentice Hall, Inc.
Hayes, J.P, 1998. Computer Architecture and Organization, Mc Graw Hill.
3
Perancangan Pengajaran Mingguan / Jam
Minggu Tajuk Jam
1 1. Tugas dan peranan sistem komputer.
Sistem komputer
Perlaksanaan suruhan oleh sistem komputer
2
2 2. Tugas dan peranan sistem komputer.
CPU dan ingatan komputer
2
3 – 4 3. Organisasi Sistem Komputer
Mesin Von Neumann.
Mesin Selari SIMD dan MIMD
Sistem Bas
Ingatan Para.
4
5 4. Konsep Senibina Sistem Komputer
Senibina Mesin Sebenar – Paras Bahasa Mesin
2
6 – 7 5. Sokongan Sistem Pengoperasian
Pengenalan kepada Sistem Pengoperasian
Penjadualan
Pengurusan Memori
3
8 6. Sistem Fail
Fail
Direktori
Pengimplementasian
Keselamatan
Mekanisme perlindungan
3
9 7. Penggunaan Sistem Pengoperasian
Linux dan Windows.
Konsep Perintah.
2
10 8. Panggilan Sistem
2
11 – 12 9. Rekabentuk Sistem Pengoperasian MINIX.
4
13 10. Rekabentuk Sistem Pengoperasian Windows
2
14 11. Pengimplementasian Sistem Pengoperasian
2
Disediakan oleh Zulkarnain Md Ali