1. pemegang sijil induk : perbadanan tabung pendidikan ......rm2,500 rm9,000 3. anak rm1,000 (setiap...

58
1 JADUAL SIJIL INDUK 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 2. Jadual Manfaat : Manfaat-manfaat Takaful Orang Dilindungi Amaun Manfaat Intan Delima Topas Zamrud Nilam Berlian Kematian (biasa) Peserta RM20,000 RM20,000 RM20,000 RM40,000 RM60,000 RM500,000 Keilatan Kekal & Menyeluruh (biasa) Peserta RM20,000 RM20,000 RM20,000 RM40,000 RM60,000 RM500,000 Kematian (kemalangan) Peserta RM40,000 RM40,000 RM40,000 RM80,000 RM120,000 RM1,000,000 Keilatan Kekal & Menyeluruh (kemalangan) Peserta RM40,000 RM40,000 RM40,000 RM80,000 RM120,000 RM1,000,000 Keilatan Kekal & Sebahagian (biasa dan kemalangan) Peserta Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada RM100,000 Penyakit Kritikal (bayaran manfaat dipercepatkan) Peserta RM10,000 RM10,000 RM10,000 RM20,000 RM30,000 RM100,000 Manfaat Pendapatan Hospital Peserta RM20 sehari sehingga had maksimum 52 minggu sesuatu Penginapan RM20 sehari sehingga had maksimum 52 minggu sesuatu Penginapan RM20 sehari sehingga had maksimum 52 minggu sesuatu Penginapan RM40 sehari sehingga had maksimum 52 minggu sesuatu Penginapan RM60 sehari sehingga had maksimum 52 minggu sesuatu Penginapan RM200 sehari sehingga had maksimum 52 minggu sesuatu Penginapan Khairat Kematian: 1. Peserta RM2,500 RM18,000 2. Pasangan Peserta & Tanggungan RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak)

Upload: others

Post on 14-Mar-2021

2 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

1

JADUAL SIJIL INDUK

1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

2. Jadual Manfaat :

Manfaat-manfaat Takaful

Orang Dilindungi

Amaun Manfaat

Intan Delima Topas Zamrud Nilam Berlian

Kematian (biasa) Peserta RM20,000 RM20,000 RM20,000 RM40,000 RM60,000 RM500,000

Keilatan Kekal & Menyeluruh (biasa)

Peserta RM20,000 RM20,000 RM20,000 RM40,000 RM60,000 RM500,000

Kematian (kemalangan)

Peserta RM40,000 RM40,000 RM40,000 RM80,000 RM120,000 RM1,000,000

Keilatan Kekal & Menyeluruh (kemalangan)

Peserta RM40,000 RM40,000 RM40,000 RM80,000 RM120,000 RM1,000,000

Keilatan Kekal & Sebahagian (biasa dan kemalangan)

Peserta Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada RM100,000

Penyakit Kritikal (bayaran manfaat dipercepatkan)

Peserta RM10,000 RM10,000 RM10,000 RM20,000 RM30,000 RM100,000

Manfaat Pendapatan Hospital

Peserta

RM20 sehari

sehingga had

maksimum 52 minggu

sesuatu Penginapan

RM20 sehari

sehingga had

maksimum 52 minggu

sesuatu Penginapan

RM20 sehari

sehingga had

maksimum 52 minggu

sesuatu Penginapan

RM40 sehari

sehingga had

maksimum 52 minggu

sesuatu Penginapan

RM60 sehari

sehingga had

maksimum 52 minggu

sesuatu Penginapan

RM200 sehari

sehingga had maksimum 52 minggu

sesuatu Penginapan

Khairat Kematian:

1. Peserta RM2,500 RM18,000

2. Pasangan Peserta &

Tanggungan

RM2,500 RM9,000

3. Anak

RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak)

RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak)

Page 2: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

2

PERUNTUKAN-PERUNTUKAN SIJIL INDUK

I. DEFINISI

Di dalam Sijil Induk ini yang mana selaras dengan kandungan, istilah tunggal hendaklah termasuk jamak dan istilah jamak hendaklah termasuk tunggal; perkataan yang membawa maksud jantina maskulin hendaklah merangkumi jantina feminin; dan diisytiharkan dipersetujui antara Pengendali Takaful dan Pemegang Sijil Induk itu, untuk tujuan Sijil Induk ini, setiap perkataan dan ungkapan berikut hendaklah mempunyai maksud yang berikut:- 1. “Ahli” bermaksud orang yang diterangkan dalam Jadual Sijil Induk;

2. “Akaun Peserta (AP)” bermaksud akaun yang dimiliki oleh Peserta di mana sebahagian daripada

Sumbangan, selepas Yuran Wakalah dan Tabarru’, akan diletakkan untuk tujuan simpanan dan pelaburan bagi pihak Peserta;

3. “Aktiviti Kehidupan Harian (ADL)” bermaksud seperti berikut: (a) Tukar kedudukan: duduk dan bangun dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal (b) Pergerakan: keupayaan untuk bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan bantuan fizikal. (c) Kontinens: keupayaan untuk mengawal keinginan membuang air besar dan kecil bagi

menjaga kebersihan diri. (d) Memakai Pakaian: memakai dan menanggalkan semua pakaian yang perlu tanpa

memerlukan bantuan orang lain. (e) Mandi/Membersihkan Diri: keupayaan untuk membersihkan diri di bilik mandi atau pancuran

air (termasuk keluar masuk bilik mandi atau pancuran) atau membersihkan diri dengan sebarang cara lain.

(f) Makan: semua pergerakan untuk memasukkan makanan ke dalam badan selepas makanan disediakan

4. “Amaun Manfaat” bermaksud amaun manfaat Takaful, seperti yang dinyatakan dalam Sijil

Takaful, yang akan dibayar di bawah Sijil Induk sekiranya berlaku kematian, KKM atau manfaat tambahan yang berkenaan yang dipilih;

5. “Anak” bermaksud anak Peserta, termasuklah anak tiri dan anak yang diangkat di bawah mana–

mana undang–undang bertulis Malaysia atau mana–mana tempat di luar Malaysia, atau di bawah suatu adat yang diiktiraf oleh suatu golongan, kategori atau perihalan orang di dalam atau di luar Malaysia yang belum berkahwin dan bergantung kewangan kepada Peserta yang berumur di antara satu (1) hari sehingga tiga puluh (30) tahun, hari jadi berikutnya;

6. “Dana Pengendali Takaful” bermaksud dana pemegang-pemegang saham Pengendali Takaful; 7. “Dana Risiko Peserta (DRP)” bermaksud akaun yang digunakan untuk mengumpulkan bahagian

Sumbangan yang dibayar oleh Peserta untuk tujuan bantuan bersama, kemuafakatan, persaudaraan dan manfaat bersama semua Peserta, termasuklah untuk tujuan memenuhi tuntutan atas risiko-risiko yang dilindungi. Tabarru' (derma) bulanan, yang amaunnya mungkin berbeza-beza dari masa ke semasa, akan diagihkan daripada AP ke DRP berdasarkan konsep Iltizam bi Al-Tabarru'; iaitu Tabarru' (derma) hanya akan berlaku apabila tuntutan dan kos tuntutan yang berkaitan;

8. “Had Perlindungan Bebas” bermaksud amaun agregat maksimum daripada Amaun Manfaat,

seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Sijil Induk, untuk setiap Peserta yang diterima untuk perlindungan oleh Pengendali Takaful tanpa sebarang bukti pengunderaitan;

Page 3: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

3

9. “Iltizam Bi Al Tabarru’” bermaksud komitmen untuk membuat Tabarru’;

10. “Ju’alah” bermaksud perjanjian di mana Peserta bersetuju untuk memberi ganjaran kepada Pengendali Takaful bagi pencapaian atau prestasi yang baik dalam menguruskan DRP yang membawa kepada lebihan kepada DRP;

11. “Kecederaan” bermaksud kecederaan badan yang semata-mata disebabkan oleh Kemalangan;

12. “Keilatan” bermaksud Keuzuran, Penyakit, Kesakitan atau seluruh Kecederaan yang timbul

daripada satu punca atau siri punca yang berterusan;

13. “Keilatan Kekal dan Menyeluruh" (seterusnya dinamakan “KKM”) bermaksud ketidak upayaan penuh Peserta untuk melibatkan diri dalam sebarang dan setiap pekerjaan yang bergaji disebabkan oleh kecederaan badan akibat kemalangan, penyakit atau kesakitan;

14. “Kejadian Takaful” bermaksud kejadian di mana Manfaat Takaful perlu dibayar;

15. “Kepentingan Boleh Lindung Takaful” bermaksud kepentingan ekonomi atau kewangan

Pemegang Sijil Induk dalam perlindungan Takaful Ahlinya;

16. “Mana-Mana Satu Keilatan” bermaksud semua tempoh Keilatan yang timbul daripada punca yang sama, termasuk sebarang dan semua kerumitan daripadanya, kecuali jika Peserta pulih sepenuhnya dan tidak perlu rawatan lanjut (termasuk dadah, ubat, diet khas atau suntikan atau nasihat untuk keadaan tersebut) untuk Keilatan dalam tempoh sekurang-kurangnya sembilan puluh (90) hari selepas tarikh terakhir keluar dari hospital dan Keilatan seterusnya yang timbul daripada punca asal yang sama hendaklah dianggap sebagai Keilatan baru;

17. “Mudharabah” bermaksud kontrak di antara Pengendali Takaful dan Peserta di mana Peserta menyediakan Sumbangan untuk diurus dan ditadbir oleh Pengendali Takaful bagi pihak Peserta untuk tujuan pelaburan. Sebarang keuntungan pelaburan daripada amaun di dalam AP yang dilaburkan akan dikongsi antara Peserta dan Pengendali Takaful dengan nisbah 90:10, masing-masing.

18. “Nilai Akaun” bermaksud baki terkumpul di dalam AP; 19. “Pasangan” bermaksud:

(a) Pasangan yang berkahwin secara sah kepada Peserta, dan di mana Peserta berkahwin

secara sah kepada lebih dari seorang isteri, seorang isteri sahaja, dan

(b) Yang berumur di antara lapan belas (18) tahun sehingga enam puluh enam (66) tahun, harijadi akan datang;

20. “Pemegang Sijil Induk” bermaksud institusi atau mana-mana organisasi yang dinamakan di dalam Jadual Sijil Induk di mana Sijil Induk telah dikeluarkan bagi melindungi orang yang dikenal pasti secara khusus sebagai Peserta dalam Sijil Induk tersebut. Pemegang Sijil Induk atau pengantara Pengendali Takaful diberi kuasa oleh Pengendali Takaful untuk melaksanakan “Akad dan Akuan” dengan individu Peserta bagi pihak Pengendali Takaful;

21. “Penama” bermaksud individu yang dinamakan oleh Peserta untuk menerima manfaat Takaful di bawah Sijil Induk ini;

22. “Pengendali Takaful" bermaksud Hong Leong MSIG Takaful Berhad termasuklah pengganti hak

milik dan penerima serah hak yang sah di sisi undang-undang dan merupakan Pengendali Takaful yang dilantik oleh Pemegang Sijil Induk dan Peserta sebagai ejen yang menguruskan

Page 4: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

4

dan melabur Sumbangan Takaful yang dibuat oleh Peserta menurut prinsip Wakalah dan Mudharabah, seperti yang ditakrifkan oleh Pengendali Takaful;

23. “Peserta" bermaksud Ahli, seperti yang ditakrifkan dalam Jadual Sijil Induk yang telah diterima oleh Pengendali Takaful untuk perlindungan Takaful, seterusnya orang yang dilindungi di bawah Sijil Induk ini;

24. “Punca Kemalangan” bermaksud kejadian secara tiba-tiba, tidak diduga, di luar jangkaan, luar biasa dan khusus yang berlaku pada masa dan di tempat tertentu, yang bebas daripada sebarang sebab lain, menjadi punca utama kecederaan badan;

25. “Rizab Luar Jangka” bermaksud rizab yang akan digunakan sekiranya berlaku pengalaman

buruk dalam DRP;

26. “Sakit, Penyakit atau Keuzuran” bermaksud keadaan fizikal yang berbeza dari segi patologi berbanding keadaan sihat biasa;

27. “Serahan Hak” bermaksud pemindahan hak milik dan/atau manfaat Takaful di bawah Sijil Induk ini kepada seseorang atau badan korporat;

28. "Sijil Induk" bermaksud perjanjian ini, sebarang Takaful Tambahan atau pengendorsan di

dalamnya, sebarang pindaan kepadanya yang ditandatangani oleh Pengendali Takaful, permohonan Pemegang Sijil Induk yang dilampirkan bersama dan setiap Borang Permohonan Peserta, jika ada, yang merangkumi seluruh kontrak antara pihak yang terbabit;

29. “Sijil Takaful” bermaksud sijil individu, yang mengandungi butiran Peserta dan perlindungan

takaful seperti Umur, Sumbangan, Amaun Manfaat, Tarikh Kuat Kuasa Sijil Takaful dan tempoh, dan lain-lain, yang akan diberikan oleh Pengendali Takaful kepada Peserta individu apabila menerima Sumbangan dan takaful perlindungan mula berkuatkuasa;

30. “Skim” bermaksud skim Takaful Simpanan Berkelompok ini;

31. “Sumbangan” bermaksud Sumbangan, seperti yang dinyatakan dalam Sijil Takaful, yang dibayar

oleh Peserta;

32. “Sumbangan yang tidak digunakan” bermaksud jumlah yang telah diniatkan Peserta untuk membuat Tabarru’ (di bawah konsep Iltizam Bi Al tabarru’) ditolak bayaran tuntutan, kos-kos berkaitan tuntutan, kos takaful semula, rizab berkaitan aktuari dan lain-lain kos seperti yang diluluskan oleh Jawantakuasa Syariah. Bahagian Peserta ke atas keuntungan pelaburan dari DRP, jika ada, akan juga menjadi sebahagian daripada Sumbangan yang tidak digunakan.

33. “Tabarru’” bermaksud sebahagian daripada sumbangan di mana peserta bersetuju untuk

menderma sekiranya berlaku kejadian-kejadian yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Shariah Pengendali Takaful , yang dengan itu membolehkan Peserta memenuhi tanggungjawabnya untuk saling tolong-menolong dan jaminan bersama jika salah seorang daripada peserta ditimpa musibah di mana sumbangannya adalah untuk membantu Peserta-peserta lain dan sumbangan Peserta-peserta lain adalah untuk membantu dirinya. Kadar Tabarru’ adalah tidak dijamin dan Pengendali Takaful berhak menyemak semula kadar Tabarru’ pada setiap Ulang Tahun Sijil Induk dengan memberikan Pemegang Sijil Induk notis secara bertulis tiga puluh (30) hari sebelum tarikh semakan sedemikian berkuat kuasa;

34. “Tahun Sijil” bermaksud tempoh satu tahun merangkumi dua belas (12) bulan termasuk tarikh

perlindungan Takaful mula berkuat kuasa dan sejurus selepas tarikh tersebut, atau tempoh satu (1) tahun selepas pembaharuan perlindungan Takaful atau pengeluaran Sijil yang telah diperbaharui;

Page 5: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

5

35. “Takaful Tambahan” bermaksud hak dan manfaat-manfaat lain yang dilampirkan dengan Sijil ini;

36. “Tanggungan” bermaksud mana-mana yang berikut:

(a) Pasangan seperti yang ditakrifkan dalam Sijil Induk ini;

(b) Anak seperti yang ditakrifkan dalam Sijil Induk ini. 37. “Tarikh Kuat Kuasa Sijil Induk” bermaksud tarikh di mana skim Takaful di bawah Sijil Induk ini

mula berkuat kuasa seperti yang dinyatakan dalam Jadual Sijil Induk;

38. “Tarikh Kuat Kuasa Sijil Takaful” bermaksud Tarikh Permulaan Sijil seperti yang dinyatakan dalam Sijil Takaful, di mana perlindungan Takaful untuk Peserta mula berkuat kuasa setelah PTPTN menerima deposit (termasuk Sumbangan) dan resit dikeluarkan kepada peserta dengan syarat Sumbangan diterima oleh Pengendali Takaful dalam jangkamasa yang dipersetujui.

39. “Tarikh Penamatan Sijil” bermaksud tarikh akhir di mana Sijil Takaful berkuatkuasa jika tidak

ditamatkan lebih awal menurut Fasal IV (Penamatan Sijil Takaful Individu) dibawah;

40. “Tempoh Bertenang” bermaksud Sijil Induk atau Sijil Takaful boleh dibatalkan oleh Pemegang Sijil Induk atau Peserta (yang mana berkenaan) atas permintaan kepada Pengendali Takaful, yang perlu dilakukan dalam masa lima belas (15) hari selepas diterima oleh Pemegang Sijil Induk atau Peserta. Jika Sijil Induk dihantar melalui pos, ia hendaklah dianggap sebagai telah dihantar melalui pos biasa. Selepas pembatalan tersebut, Pengendali Takaful hendaklah memulangkan semua sumbangan yang dibayar ditolak sebarang perbelanjaan perubatan yang mungkin ditanggung. Sijil Induk kemudian hendaklah dianggap sebagai dibatalkan;

41. “Ulang Tahun Bulanan Sijil Takaful” bermaksud tarikh bulanan berulang bermula dari satu (1)

bulan kalendar dari Tarikh Kuat Kuasa Sijil Takaful yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful dan berterusan sehingga Sijil Takaful tamat;

42. “Ulang Tahun Sijil Induk” bermaksud ulang tahun Tarikh Kuatkuasa Sijil Induk seperti yang

dinyatakan dalam Jadual Sijil Induk;

43. “Umur” bermaksud usia Peserta atau Tanggungan (jika berkenaan) pada harijadinya yang akan datang;

44. “Wakalah” bermaksud persetujuan melantik Pengendali Takaful untuk menguruskan

keseluruhan perkhidmatan yang diperuntukkan di bawah Sijil ini. Pengendali Takaful akan mengambil sebahagian daripada sumbangan sebagai Yuran Wakalah bagi perkhidmatan yang diberikan;

45. “Yuran Wakalah” bermaksud yuran pendahuluan yang perlu dibayar kepada Pengendali Takaful

atas perkhidmatan yang disediakan;

II. PENYERTAAN 1. Setiap Ahli adalah layak untuk menyertai Skim Takaful ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(a) Dia telah mencapai umur di antara lapan belas (18) tahun dan enam puluh enam (66) tahun,

hari jadi akan datang, pada tarikh permohonan; (b) Ahli mestilah merupakan orang sebenar;

Page 6: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

6

2. Peserta yang perlindungan Takafulnya telah ditamatkan kerana keahliannya ditamatkan dan selepas itu menjadi Ahli semula akan dianggap sebagai Peserta baru.

3. Setiap Ahli yang layak akan dilindungi di bawah Sijil Induk ini pada Tarikh Kuat Kuasa Sijil Takaful

dengan syarat borang cadangan yang telah dilengkapkan, seperti yang ditetapkan oleh Pengendali Takaful, telah diterima oleh Pemegang Sijil Induk.

4. Perlindungan Takaful untuk Pasangan dan Anak kepada Ahli akan berkuat kuasa pada tarikh mereka menjadi Tanggungan Ahli.

III. BUKTI KESIHATAN

1. Setiap Peserta yang Amaun Manfaatnya melebihi Had Perlindungan Bebas mesti

mengemukakan bukti kesihatan dalam bentuk dan cara yang ditetapkan oleh Pengendali Takaful sebelum perlindungan di bawah Sijil Induk ini berkuat kuasa.

2. Had Perlindungan Bebas tersebut adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Sijil Induk

ini atau endorsan terhadap Sijil Induk ini, tertakluk kepada Fasal Keadaan Sedia Ada seperti yang dinyatakan dalam Seksyen Peruntukan Am Sijil Induk ini.

3. Sekiranya Amaun Manfaat sama atau kurang daripada Had Perlindungan Bebas, Peserta tidak

perlu mengemukakan bukti pengunderaitan atau menjalani pemeriksaan perubatan.

4. Semua pemeriksaan perubatan dan/atau ujian atas mana-mana Peserta yang diperlukan Pengendali Takaful akan dikendalikan oleh doktor yang diluluskan oleh Pengendali Takaful dan Pengendali Takaful akan menanggung segala perbelanjaan dan kosnya.

IV. PENAMATAN SIJIL TAKAFUL INDIVIDU

Sijil Takaful dan perlindungan Takaful di bawah Sijil Induk ini bagi mana-mana Peserta akan tamat secara automatik apabila berlakunya mana-mana kejadian berikut:- 1. Penamatan Sijil Induk ini oleh Pemegang Sijil Induk atau Pengendali Takaful seperti yang dinyatkan

dalam Fasal V;

2. Apabila Peserta meninggal dunia atau mengalami Keilatan Kekal dan Menyeluruh;

3. Apabila Takaful menjadi luput seperti yang dinyatakan dalam Fasal VII perkara no. 25; atau

4. Pada tarikh Ulang Tahun Bulanan Sijil Takaful yang pertama selepas Peserta telah mencapai umur enam puluh enam (66) tahun, harijadi akan datang, berdasarkan tarikh lahir Peserta;

5. Serahan Sijil Takaful oleh Peserta; atau

6. Apabila Peserta tidak lagi menjadi Ahli. Selain peristiwa-peristiwa di atas, perlindungan Takaful terhadap Tanggungan Ahli hendaklah tamat:

1. Pada tarikh perlindungan Takaful yang diberikan kepada Ahli ditamatkan; atau

2. Pada tarikh Tanggungan tidak lagi menjadi Tanggungan sebagaimana yang ditakrifkan di dalam Sijil Induk ini; atau

3. Apabila Anak mencapai umur tiga puluh (30) tahun, harijadi akan datang.

Page 7: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

7

V. PENAMATAN SIJIL INDUK INI Sama ada Pemegang Sijil Induk atau Pengendali Takaful boleh menamatkan Sijil Induk ini dengan memberi notis sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari terlebih dahulu. Perlindungan takaful Peserta dan Tanggungannya di bawah Sijil Induk ini akan tamat dengan segera apabila Sijil Induk Induk ini ditamatkan. Penamatan Sijil Induk ini tidak akan menjejaskan sebarang tuntutan yang bermula sebelum penamatan tersebut.

VI. PERUNTUKAN MANFAAT 1. Jadual Sijil Induk

Sejurus selepas memberikan bukti kematian yang sewajarnya bagi mana-mana Peserta, jumlah yang ditentukan menurut Jadual Sijil Induk dan Sijil Takaful akan dibayar kepada Peserta (sekiranya masih hidup) atau penuntut yang sesuai (sekiranya Peserta meninggal dunia).

VII. PERUNTUKAN AM

1. Pembayaran Sumbangan Sumbangan perlu dibayar oleh Peserta melalui Pemegang Sijil Induk secara bulanan, seperti yang dinyatakan dalam Jadual Sijil Induk, dalam tempoh yang telah dipersetujui, kepada Pengendali Takaful. Sumbangan pertama perlu dibayar pada Tarikh Kuat Kuasa Sijil Takaful dan Sumbangan seterusnya perlu dibayar pada Ulang Tahun Bulanan Sijil Takaful.

Pemegang Sijil Induk akan memaklumkan Pengendali Takaful tentang sebarang pergerakan ahli atas dasar yang dinyatakan dalam perkara no. 15 (Data Diperlukan) Jadual Sijil Induk. Sekiranya terdapat tuntutan semasa Tempoh Ihsan dan sebelum pembayaran Sumbangan dibuat, Sumbangan tersebut hendaklah dipotong dari amaun tuntutan bersama-sama dengan sebarang Sumbangan lain yang belum dibayar di bawah Sijil Takaful.

2. Akaun Peserta (AP) Sumbangan, apabila diterima oleh Pengendali Takaful, akan diperuntukkan ke Akaun Peserta (AP), selepas ditolak Yuran Wakalah. Tabarru’ bulanan, yang jumlahnya mungkin berbeza dari masa ke semasa, akan dipotong daripada AP dan dibayar ke Dana Risiko Peserta (DRP) yang berkenaan untuk menyediakan perlindungan Takaful di bawah Sijil Induk ini. Pengendali Takaful berhak untuk menerima daripada setiap Sumbangan yang dibayar, Yuran Wakalah yang ditetapkan bagi perkhidmatan yang disediakan, yang akan ditolak apabila pembayaran Sumbangan dibuat. Yuran Wakalah merangkumi semua komisen pengedar. Yuran Wakalah akan dipindahkan ke Dana Pengendali Takaful. AP akan dilaburkan dalam instrumen patuh Syariah dan dikumpulkan bersama bahagian keuntungan pelaburan Peserta. Keuntungan Pelaburan tahunan adalah dikongsi di antara Peserta dan Pengendali Takaful berdasarkan Mudarabah dengan ratio 90:10; iaitu sembilan puluh peratus (90%) kepada Peserta dan sepuluh peratus (10%) kepada Pengendali Takaful, masing-masing. Bahagian Peserta akan dikreditkan semula ke dalam AP, manakala bahagian Pengendali Takaful akan dipindahkan ke Dana Pengendali Takaful.

Page 8: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

8

3. Yuran Wakalah Yuran ini akan dikenakan ke atas pembayaran Sumbangan. Yuran semasa ialah 25% daripada Sumbangan kasar. Pengendali Takaful boleh mengubah dan membuat semakan ke atas Yuran Wakalah dari masa ke masa tertakluk kepada kelulusan pihak kawal selia Takaful yang berkuasa. Pengendali Takaful akan memaklumkan Pemegang Sijil Induk secara bertulis sekurang-kurangnya sembilan puluh (90) hari sebelum semakan dibuat.

4. Dana Risiko Peserta (DRP) Amaun Tabarru' bulanan akan dipindahkan daripada Akaun Peserta (AP) ke Dana Risiko Peserta (DRP) berdasarkan konsep Iltizam Bi Al Tabarru' (komitmen untuk membuat Tabarru'). Tabarru' (derma) sebenar dianggap telah berlaku hanya setelah berlakunya pembayaran tuntutan dan kos-kos berkaitan tuntutan. Baki amaun komitmen dalam DRP, setelah ditolak rizab-rizab aktuari dan kos-kos lain yang diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah, jika ada, akan dianggap sebagai lebihan. Pada setiap hujung Tahun Kewangan Pengendali Takaful, tertakluk kepada saranan aktuari yang dilantik oleh Pengendali Takaful dan Jawatankuasa Syariah dan kelulusan dari Lembaga Pengarah Pengendali Takaful , lebihan itu akan dikongsi di antara Pengendali Takaful dan Peserta dalam nisbah 50:50. Bahagian lebihan Peserta, jika ada, hendaklah dikreditkan ke dalam AP beliau, manakala bahagian Pengendali Takaful akan dipindahkan ke Dana Pengendali Takaful. Kelayakan Pengendali Takaful terhadap lebihan adalah atas dasar prinsip Ju'alah. Walau bagaimanapun, jika bahagian lebihan Peserta yang perlu dibayar adalah RM 10 atau kurang, amaun tersebut sebaliknya akan dimasukkan ke dalam AP atau didermakan kepada mana-mana badan kebajikan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Shariah Pengendali Takaful. Walau apa pun dinyatakan di atas, sekiranya Sijil Takaful matang, ditamatkan, diserah balik atau berlaku kematian atau KKM ke atas Peserta, Peserta akan melepaskan hak beliau ke atas sebarang baki Sumbangan yang belum digunakan yang masih berada dalam DRP. Baki tersebut yang dilepaskan oleh Peserta akan dianggap sebagai derma beliau kepada DRP.

5. Tabarru’ (a) Tabarru’ bulanan, yang jumlahnya mungkin berbeza dari semasa ke semasa, akan ditolak

daripada AP dan dibayar kepada DRP yang berkaitan untuk menyediakan perlindungan takaful di bawah Sijil Induk ini.

(b) Tabarru’ bulanan akan ditolak mulai Tarikh Kuat Kuasa Sijil Takaful hingga dan termasuk

sebulansebelum Tarikh Penamatan Sijil. Tabarru’ akan ditolak daripada AP berikutan tarikh penolakan Tabarru’.

(c) Tabarru’ standard setahun bagi perlindungan takaful di bawah Sijil Induk berasaskan umur

Peserta, Jumlah Dilindungi, jantina, taraf kesihatan (jika ada), nisbah tuntutan dan saiz kumpulan.

(d) Tabarru’ perlu dibayar bagi seluruh tempoh perlindungan yang dinyatakan di bawah Sijil

Induk ini.

(e) Pemegang saham Pengendali Takaful, jika perlu, akan menguruskan kemudahan Qardh (atau pembiayaan tanpa faedah) sekiranya DRP mengalami defisit untuk memastikan DRP mampu membuat pembayaran selepas menggunakan Rizab Luar Jangka. Qardhsetakat jumlah asal yang dibiayai, hanya akan dibayar balik daripada lebihan dari DRP di masa depan, secara pembayaran sekali gus atau ansuran bergantung kepada lebihan masa depan tersebut dan jumlah pembiayaan yang diberikan.

Page 9: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

9

(f) Pengendali Takaful berhak untuk menyemak kadar Tabarru’ atau Sumbangan pada setiap Ulang Tahun Sijil Induk, berdasarkan profil risiko dan pengalaman tuntutan kumpulan yang sebenar, dengan memberikan Pemegang Sijil Induk notis bertulis sembilan puluh (90) hari sebelum tarikh semakan berkuat kuasa.

6. Dana Pengendali Takaful

Pengendali Takaful akan menerima Yuran Wakalah dan perkongsian keuntungan bersih tahunan dan memindahkannya ke dalam Dana Pengendali Takaful dan sebagai pertimbangan atas perkara ini, Pengendali Takaful akan menanggung semua perbelanjaan pengurusan dan komisen pengedar, dan juga membiayai sebarang Qardh, yang mungkin diperlukan sekiranya berlaku sebarang defisit dalam mana-mana DRP. Jumlah dibiayai akan diperolehi semula daripada lebihan masa depan yang dihasilkan oleh DRP.

7. Qardh Pemegang saham Pengendali Takaful, jika perlu, akan menguruskan kemudahan Qardh (atau pinjaman tanpa faedah) sekiranya DRP mengalami defisit untuk memastikan DRP mampu membuat pembayaran selepas menggunakan Rizab Luar Jangka. Pinjaman hanya akan dibayar balik setakat jumlah asal yang diberikan, daripada lebihan masa depan DRP, menerusi pembayaran sekali gus atau ansuran bergantung kepada lebihan masa depan dan jumlah pembiayaan yang diberikan.

8. Takaful Semula Pengendali Takaful bagi pihak semua Peserta di bawah Sijil Induk diberi kuasa untuk mengatur Takaful semula untuk melindungi kepentingan semua Peserta. Perjanjian Takaful semula bagi setiap DRP akan dibuat secara berasingan dan sumbangan takaful semula akan dibayar daripada DRP.

9. Tempoh Ihsan Satu tempoh selama enam puluh (60) hari hendaklah dibenarkan kepada Pemegang Sijil Induk bagi pembayaran sebarang Sumbangan selepas pembayaran pertama. Jika Sumbangan tersebut tidak dibayar sebelum habis Tempoh Ihsan ini, Sijil Induk ini akan tamat secara automatik apabila tamatnya Tempoh Ihsan tertakuk kepada Fasal VII perkara no. 27, kecuali jika Pemegang Sijil Induk telah memberikan Pengendali Takaful notis bertulis terlebih dahulu berkenaan dengan tarikh tamat yang lebih awal, Sijil Induk ini akan tamat pada tarikh yang lebih awal. Pemegang Sijil Induk dikehendaki membayar Sumbangan untuk tempoh Sijil Induk ini berkuat kuasa dalam Tempoh Ihsan yang diberi.

10. Pengeluaran Tunai Sebahagian / Keseluruhan Pengeluaran tunai sebahagian atau keseluruhan adalah tidak dibenarkan.

11. Penyerahan

Peserta boleh menyerahkan Sijil Takaful pada bila-bila masa dengan memberikan notis bertulis kepada Pengendali Takaful. Peserta akan menerima Nilai Akaun pada tarikh penyerahan.

12. Kematangan

Selepas matang, Peserta akan menerima Nilai Akaun. Peserta juga akan menerima perkongsian lebihan daripada DRP, jika ada.

Page 10: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

10

13. Keistimewaan Pembaharuan Sijil Induk ini dikeluarkan untuk tempoh satu tahun dan akan diperbaharui secara automatik setiap tahun, pada terma dan syarat semasa sebagaimana yang ditentukan oleh Pengendali Takaful, melainkan ditamatkan oleh salah satu pihak mengikut Fasal V (Penamatan Sijil Induk Ini). Ulang Tahun Sijil Induk adalah satu (1) tahun selepas tarikh kuat kuasa dan setiap tahun selepas itu. Pada setiap ulang tahun, Sijil Induk dan Takaful Tambahan yang dilampirkan, akan diperbaharui secara automatik tertakluk kepada terma-terma, syarat-syarat dan penamatan pada setiap Ulang Tahun Sijil Induk. Kadar unit Tabarru' yang diperbaharui adalah tidak dijamin dan Pengendali Takaful berhak untuk mengenakan, pada akhir sebarang tempoh Sijil Induk atau apabila syarat-syarat Sijil Induk ini diubah, kadar unit Tabarru' yang baru di mana potongan Sumbangan berikutnya akan didasarkan padanya tertakluk kepada Fasal VII perkara no. 5 (f). Perubahan tersebut, jika ada, akan terpakai kepada semua Peserta yang telahpun berkuat kuasa dan yang baru pada masa Sijil diperbaharui. Sijil Induk boleh diperbaharui sehingga berlakunya mana-mana yang berikut: (a) Penipuan atau salah nyata fakta penting semasa membuat permohonan; (b) Sijil Induk dibatalkan atas permintaan Pemegang Sijil Induk atau Pengendali Takaful seperti

dalam Fasal V (Penamatan Sijil Induk Ini);

14. Kontrak (a) Semua kenyataan yang dibuat oleh Pemegang Sijil Induk atau Peserta, hendaklah dibuat

tanpa penipuan, dianggap sebagai penyataan dan bukan jaminan, dan tiada kenyataan akan membatalkan manfaat, atau digunakan untuk mempertahankan tuntutan di bawahnya, melainkan dibuat secara bertulis.

(b) Hak Pemegang Sijil Induk atau mana-mana Peserta di bawah Sijil Induk tidak akan

dipengaruhi oleh mana-mana peruntukan selain daripada yang terkandung di dalam Sijil ini atau dalam salinan permohonan Pemegang Sijil Induk yang dilampirkan bersama Sijil Induk ini, atau dalam Borang Permohonan individu Peserta atau dalam sebarang dokumen lain yang merangkumi sebagai sebahagian daripada keseluruhan kontrak.

(c) Tiada ejen dibenarkan untuk mengubah atau meminda Sijil Induk ini, untuk menerima

Sumbangan tertunggak atau melanjutkan tarikh habis tempoh Sumbangan, untuk menepikan sebarang notis atau bukti tuntutan yang diperlukan oleh Sijil Induk, atau untuk melanjutkan tarikh di mana notis atau bukti tuntutan sedemikian perlu dikemukakan. Tiada perubahan dalam Sijil Induk ini adalah sah melainkan diluluskan oleh Pengendali Takaful dan dibuktikan menerusi pengendorsan terhadap Sijil Induk ini.

15. Data Diperlukan

(a) Pemegang Sijil Induk perlu menyimpan Borang Permohonan yang telah dilengkapkan dan rekod setiap Peserta di bawah Sijil Induk ini, yang menunjukkan nama, nombor Kad Pengenalan Baru, jantina, umur atau tarikh lahir, Pekerjaan/Jawatan, Amaun Manfaat Peserta, tarikh manfaat berkuat kuasa, tarikh manfaat ditamatkan, perubahan, dengan tarikh catatan, tentang klasifikasi dan maklumat penting lain yang mungkin diperlukan untuk melaksanakan syarat-syarat Sijil Induk ini.

(b) Kesilapan catatan dalam rekod yang disimpan tidak akan membatalkan Manfaat yang jika bukan atas kesilapan itu akan berkuat kuasa secara sah dan tidak juga meneruskan manfaat yang sepatutnya ditamatkan secara sah, tetapi selepas kesilapan tersebut

Page 11: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

11

ditemui, satu pelarasan saksama akan dibuat. (c) Pemegang Sijil Induk akan memberikan semua maklumat dan bukti kepada Pengendali

Takaful, yang mungkin sewajarnya diperlukan oleh Pengendali Takaful berhubung dengan sebarang hal berkaitan dengan Sijil Induk ini. Semua dokumen yang diberikan kepada Pemegang Sijil Induk oleh mana-mana Peserta berhubung dengan manfaat dan rekod lain yang mungkin mempunyai kesan ke atas manfaat di bawah Sijil Induk, hendaklah disediakan untuk pemeriksaan oleh Pengendali Takaful pada bila-bila masa yang munasabah.

15B. Perlindungan Data Peribadi

“Data Peribadi” bermaksud data peribadi seperti mana yang termaktub di dalam “Akta Perlindungan Data Peribadi 2010” di Malaysia.

15B.1 Pemegang Sijil Induk berjanji dan menjamin bahawa ia telah mendapat kebenaran yang

diperlukan daripada Peserta untuk membuat seperti yang berikut:

(a) untuk memberi Data Peribadi yang telah dikumpul dan/atau dipegang oleh Pemegang Sijil Induk kepada Pengendali Takaful pada bila-bila masa yang diperlukan oleh Pengendali Takaful bagi menjalankan tanggungjawab dan tugas menurut Sijil ini;

(b) untuk membenarkan Pengendali Takaful untuk memproses semua Data Peribadi yang

perlu bagi maksud menjalankan tanggungjawab menurut Sijil ini; dan

(c) untuk membenarkan Pengendali Takaful mendedahkan Data Peribadi kepada sekutu-sekutunya, peguam, juruaudit kewangan, atau pihak berkuasa di mana perlu bagi maksud menjalankan tanggungjawab menurut Sijil ini dan di mana pihak yang menerima maklumat sulit tersebut telah bersetuju untuk mematuhi syarat dan terma kerahsiaan di bawah Sijil ini seolah-olah pihak yang menerima maklumat sulit tersebut ialah pihak kepada Perjanjian ini.

Terma "Data peribadi" di mana sahaja yang terdapat dalam Sijil ini hendaklah bermaksud maklumat yang diberikan oleh Pemegang Sijil Induk kepada Pengendali Takaful sama ada yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan Peserta atau yang berada di dalam milikan Pemegang Sijil Induk, termasuk apa-apa yang berkaitan tentang Peserta.

15B.2 Pengendali Takaful mempunyai hak pada bila-bila masa untuk memeriksa dokumen-dokumen

yang mengandungi Data Peribadi Peserta. Pemegang Sijil Induk hendaklah memberi dokumen-dokumen Data Peribadi tersebut pada bila-bila masa Pengendali Takaful meminta Pemegang Sijil Induk berbuat demikian.

16. Salah Nyata Umur

(a) Jika Umur atau tarikh lahir atau fakta-fakta lain yang berkaitan dengan Peserta didapati telah

disalahnyatakan dan sekiranya salah nyata tersebut mempengaruhi skala manfaat atau berkaitan dengan terma dan syarat Sijil Induk ini, Umur dan fakta-fakta sebenar akan digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu manfaat berkuat kuasa di bawah terma Sijil Induk ini dan manfaat yang perlu dibayar daripadanya, dan pelarasan saksama Sumbangan akan dibuat.

(b) Apabila salah nyata Umur atau fakta-fakta lain yang berkaitan telah menyebabkan Peserta

dilindungi di bawah Sijil Induk ini sedangkan beliau sepatutnya tidak layak menerima manfaat, atau di mana kenyataan tersebut telah menyebabkan Peserta untuk terus kekal dilindungi sedangkan beliau sepatutnya tidak layak menerima manfaat selanjutnya menurut

Page 12: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

12

terma dan had Sijil Induk ini, manfaat tersebut adalah tidak sah dan sumbangan yang dibayar oleh Peserta akan dipulangkan, dengan syarat dalam segala hal bahawa jika didapati penipuan di pihak Pemegang Sijil Induk atau Peserta, Sumbangan yang dibayar tidak akan dipulangkan.

17. Borang Permohonan

Setiap Ahli/Peserta perlu mengemukakan Borang Permohonan kepada Pemegang Sijil Induk dalam bentuk borang yang ditetapkan oleh Pengendali Takaful.

18. Kewajipan Pendedahan Maklumat

Peserta wajib untuk mengambil penjagaan atau langkah-langkah munasabah untuk tidak salah nyata dalam menjawab soalan-soalan di dalam Borang Permohonan (atau semasa Peserta memohon Takaful ini) iaitu Peserta hendaklah menjawab soalan-soalan dengan tepat. Kegagalan untuk mengambil langkah yang munasabah dalam menjawab soalan-soalan, akan mengakibatkan pembatalan kontrak Peserta Takaful, keengganan atau pengurangan gantirugi Peserta, perubahan terma atau penamatan kontrak Peserta selaras dengan remedi dalam Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Peserta juga dikehendaki untuk mendedahkan apa-apa perkara lain yang Peserta tahu sebagai berkaitan kepada keputusan Pengendali Takaful dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang sepatutnya digunakan. Peserta juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu Pengendali Takaful dengan segera jika pada bila-bila masa selepas kontrak Peserta Takaful telah dibuat, diubah atau diperbaharui dengan Pengendali Takaful mana-mana maklumat yang dinyatakan dalam Borang Permohonan (atau apabila Peserta memohon Takaful ini) tidak tepat atau telah berubah.

19. Sijil Takaful Individu

Pengendali Takaful akan mengeluarkan dan menghantar Sijil Takaful individu , terus kepada setiap Peserta, Sijil Takaful individu yang mengesahkan bahawa ahli tersebut telah diterima sebagai Peserta di bawah Sijil Induk.

20. Undang-Undang Berkuat Kuasa Sijil Induk ini, dan semua hak, kewajipan dan liabiliti yang timbul di bawahnya, akan ditafsir, ditentukan dan dikuat kuasakan menurut Undang-Undang Malaysia.

21. Memfailkan Bukti Kerugian Notis bertulis tuntutan mesti diberikan kepada Pengendali Takaful dalam masa tiga puluh (30) hari selepas kejadian yang berkenaan. Bukti tuntutan mesti diberikan kepada Pengendali Takaful dalam masa tiga puluh (30) hari dalam bentuk yang ditetapkan oleh Pengendali Takaful di mana perbelanjaan adalah ditanggung oleh Pemegang Sijil Induk. Bagaimanapun, Pengendali Takaful boleh meminta agar Peserta diperiksa oleh Pemeriksa Perubatan Pengendali Takaful atau Pemegang Sijil Induk untuk mengemukakan laporan perubatan yang lebih lanjut kepada Pengendali Takaful.

22. Pindaan

Pengendali Takaful berhak untuk meminda terma dan peruntukan Sijil ini dengan memberikan notis tiga puluh (30) hari secara bertulis melalui pos biasa ke alamat terakhir Pemegang Sijil Induk seperti dalam rekod Pengendali Takaful, dan pindaan tersebut hendaklah terpakai dari pembaharuan seterusnya Sijil ini. Pindaan kepada Sijil ini adalah tidak sah melainkan jika dibenarkan oleh Pengendali Takaful dan kelulusan tersebut terlebih dahulu disahkan. Pengendali

Page 13: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

13

Takaful perlu memberi notis tiga puluh (30) hari secara bertulis kepada Pemegang Sijil Induk mengikut alamat terakhir yang direkodkan bagi sebarang pindaan yang dibuat.

23. Ketidakbolehtandingan Walau apa pun yang terkandung di lain-lain bahagian Sijil Induk ini yang menyatakan sebaliknya, Sijil Takaful setiap Peserta tidak boleh dipertikaikan, kecuali bagi kegagalan membayar Sumbangan dan penipuan, selepas ianya telah berkuat kuasa dalam tempoh hayat Peserta selama dua (2) tahun penuh dari tarikh dikeluarkan Sijil Takaful, yang mana lebih lewat. Sekiranya Pengendali Takaful, semasa Sijil Takaful telah berkuatkuasa bagi tempoh lebih dari dua tahun dalam tempoh hayat Peserta, mengelak Sijil Takaful berdasarkan kepada suatu pernyataan yang dibuat atau ditinggalkan daripada dibuat dalam Borang Cadangan atau dalam dokumen lain yang membawa kepada pengeluaran Sijil Takaful, adalah tidak tepat atau palsu atau mengelirukan yang merupakan pernyataan mengenai perkara material atau menyekat suatu hakikat material dan bahawa ia dibuat atau ditinggalkan secara fraud oleh Peserta, maka Pengendali Takaful hendaklah mengembalikan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah Sijil Takaful itu sebagaimana yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia. Bagi maksud perenggan di atas, “perkara material” atau “hakikat material” ertinya suatu perkara atau hakikat yang, jika diketahui oleh Pengendali Takaful, boleh membawa kepada keengganannya untuk mengeluarkan Sijil Takaful kepada Peserta atau mengenakan terma yang kurang berfaedah kepada Peserta dibandingkan dengan yang diperuntukkan dalam Sijil Takaful itu.

24. Salahnyata/Penipuan

Jika permohonan atau pengisytiharan Peserta didapati tidak betul dari sebarang segi atau jika sebarang fakta penting yang mempengaruhi risiko tidak dinyatakan dengan betul atau dikeluarkan daripadanya, atau jika perlindungan Takaful ini, atau sebarang pembaharuan padanya sepatutnya diperoleh melalui mana-mana silapnyata, salahnyata atau penindasan, atau jika sebarang tuntutan yang dibuat adalah palsu atau ditokok tambah, atau jika sebarang perisytiharan atau pernyataan palsu dibuat untuk menyokongnya, dengan itu dalam mana-mana kes, Sijil ini adalah tidak sah.

25. Perkongsian Lebihan dari Dana Risiko Peserta Lebihan dari Dana Risiko Peserta, jika ada, akan dikongsi mengikut nisbah 50:50 antara Peserta dan Pengendali Takaful. Bahagian lebihan Peserta akan dikreditkan ke dalam AP, manakala bahagian Pengendali Takaful akan dipindahkan ke Dana Pengendali Takaful. Pengagihan lebihan, jika ada, akan dibuat pada setiap akhir tahun kewangan Pengendali Takaful. Bagi mengelak sebarang keraguan, pengagihan lebihan bermaksud sebarang amaun lebihan (jika ada) iaitu baki komitmen amaun dalam DRP, ditolak rizab berkaitan aktuari dan juga kos-kos lain yang diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah Pengendali Takaful untuk diagihkan kepada Peserta dan Pengendali Takaful. Walau bagaimanapun, sekiranya bahagian lebihan Peserta yang perlu dibayar bernilai RM 10 atau kurang, amaun tersebut sebaliknya akan dimasukkan ke dalam AP atau didermakan kepada mana-mana badan kebajikan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Shariah Pengendali Takaful.

26. Kegagalan Membayar Sumbangan Jika semasa tamat Tempoh Ihsan, pembayaran mana-mana Sumbangan bagi seseorang Peserta masih tertunggak, maka Pengendali Takaful berhak untuk mendahulukan jumlah tertunggak tersebut daripada AP untuk membayar Tabarru’ dan Sijil Takaful akan terus “berkuat kuasa di bawah AP” sehingga jumlah baki AP menjadi lebih rendah daripada amaun yang

Page 14: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

14

diperlukan untuk membayar Tabarru’. Dalam tempoh ini, Sijil Takaful akan terus berkuat kuasa dan jika Sumbangan Peserta masih tidak berbayar selepas jumlah baki AP menjadi tidak lagi mencukupi untuk membayar Tabarru’, Sijil Takaful akan luput dan tidak mempunyai sebarang nilai tambahan.

27. Kemudahan Pembayaran Sumbangan Pembayaran Sumbangan oleh Pemegang Sijil Induk kepada Pengendali Takaful adalah melalui pemindahan telegrafik ke dalam akaun Pengendali Takaful atau mana-mana kaedah yang dipersetujui bersama.

28. Matawang Pembayaran

Semua pembayaran di bawah Sijil Induk ini hendaklah dibuat dalam mata wang Malaysia yang sah. Sekiranya sebarang bayaran diminta oleh Peserta untuk dibayar dalam mata wang lain, maka jumlah tersebut hendaklah dibayar dalam mata wang yang diminta sebagaimana yang dibeli di Malaysia pada kadar pasaran mata wang semasa pada tarikh penyelesaian tuntutan.

29. Manfaat Kematian Biasa

Selagi Sijil Induk ini berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya, sekiranya Peserta meninggal dunia akibat sebab-sebab semulajadi sebelum mencapai umur enam puluh enam (66) tahun (hari jadi akan datang), pemberitahuan dan bukti kematian (atas perbelanjaan pihak yang membuat tuntutan) mesti dilaporkan secepat yang wajar dilakukan di Ibu Pejabat Pengendali Takaful di Petaling Jaya. Amaun Manfaat Kematian seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Sijil Induk akan dibayar kepada Penama.

30. Manfaat Keilatan Kekal dan Menyeluruh Biasa Selagi Sijil Induk ini berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya, sekiranya Peserta, sebelum mencapai umur enam puluh enam (66) tahun (hari jadi akan datang), mengalami Keilatan Kekal dan Menyeluruh atas sebab-sebab semulajadi, seperti yang ditakrifkan seterusnya di sini, dan keilatan tersebut kekal secara berterusan untuk tempoh tidak kurang daripada enam (6) bulan, maka manfaat yang perlu dibayar di bawah Sijil Induk ini adalah manfaat yang perlu dibayar jika kematian berlaku pada tarikh Keilatan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:- (a) Sebaik saja mengalami Keilatan Kekal dan Menyeluruh, butiran penuh mengenainya mesti

dimaklumkan secara bertulis kepada Pengendali Takaful di Ibu Pejabatnya, bersama dengan alamat dan kedudukan Peserta, dan, dalam masa tiga puluh (30) hari selepas mengalami Keilatan Kekal dan Menyeluruh tersebut.

(b) Mana-mana Pegawai Perubatan Pengendali Takaful hendaklah dibenarkan untuk

memeriksa Peserta berkaitan dengan Keilatan yang didakwa dengan cara dan pada masa yang diperlukan oleh Pegawai Perubatan.

(c) Dalam apa jua keadaan, jumlah manfaat maksimum yang perlu dibayar di bawah tuntutan

Keilatan Kekal dan Menyeluruh adalah terhad kepada Ringgit Malaysia Dua Juta (RM2,000,000.00) di bawah Sijil Takaful individu dan dan semua sijil lain di bawah Pengendali Takaful, jika ada. Manfaat akan dibayar secara sekali gus tertakluk kepada nilai maksimum Ringgit Malaysia Dua Juta (RM2,000,000.00).

(d) Jika terdapat kegagalan mematuhi mana-mana daripada peruntukan di atas, tiada tuntutan

disebabkan Keilatan Kekal dan Menyeluruh akan timbul atau menjadi sah atau boleh dikuat kuasakan.

(e) Keilatan yang dirujuk di atas mestilah bersifat menyeluruh dan kekal, dan pada masa itu atau

Page 15: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

15

pada bila-bila selepas itu, Peserta tidak boleh melakukan atau menjalankan sebarang kerja, penggajian atau profesion untuk meraih atau mendapatkan sebarang upah, pampasan atau keuntungan. Kejadian mana-mana yang berikut juga akan dianggap sebagai Keilatan Kekal dan Menyeluruh: (i) Kehilangan penglihatan penuh dan tidak boleh pulih pada kedua-dua belah mata; atau

(ii) Kehilangan tidak boleh pulih dua atau lebih anggota menerusi amputasi pada atau di

atas pergelangan tangan dan buku lali;

(iii) Kehilangan penglihatan penuh dan tidak boleh pulih sebelah (1) mata dan kehilangan tidak boleh pulih satu (1) anggota menerusi amputasi pada atau di atas pergelangan tangan dan buku lali;

(iv) Lumpuh sepenuhnya yang tidak boleh pulih.

Keilatan mestilah berterusan untuk tempoh sekurang-kurangnya enam (6) bulan untuk dianggap kekal. Namun begitu, Keilatan dianggap sebagai telahpun bermula pada hari pertama Keilatan tersebut berlaku. Sekiranya Keilatan Kekal dan Menyeluruh berlaku disebabkan oleh mana-mana empat (4) syarat di atas [iaitu 25(e)(i,ii,iii,iv)], pembayaran manfaat akan dibuat serta-merta.

Definisi Aktiviti Kehidupan Harian (ADL) (untuk orang yang tidak bergaji atau tidak dibayar gaji): Pengesahan oleh Pakar Perunding Perubatan tentang kehilangan kewujudan berdikari yang kekal untuk tempoh sekurang-kurangnya enam (6) bulan dan yang menyebabkan ketiadaan upaya yang kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian berikut sama ada dengan atau tanpa penggunaan peralatan mekanikal, peralatan khas atau bantuan dan penyesuaian lain yang digunakan oleh orang kurang upaya. Untuk tujuan manfaat ini, perkataan “kekal” bermaksud tiada harapan untuk pulih dengan ilmu dan teknologi perubatan semasa. Keadaan berikut juga akan dianggap sebagai Keilatan Kekal dan Menyeluruh: (a) Kehilangan sepenuhnya penglihatan dan tidak boleh pulih pada kedua-dua belah mata.

(b) Kehilangan dua anggota akibat terputus pada atau di atas pergelangan tangan atau buku

lali.

(c) Kehilangan sepenuhnya penglihatan dan tidak boleh pulih pada sebelah mata dan kehilangan mana-mana satu anggota akibat terputus pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali.

DENGAN SYARAT DALAM SEGALA HAL bahawa Keilatan tersebut mestilah tidak disebabkan secara langsung atau tidak langsung: (a) oleh sebarang kecederaan badan yang disengajakan, sama ada semasa siuman atau tidak

siuman; (b) oleh sebarang gangguan saraf atau penyakit mental;

Page 16: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

16

(c) oleh penerbangan dalam pesawat (kecuali sebagai anak kapal atau penumpang biasa yang membayar tambang, dalam penerbangan terjadual biasa sebuah syarikat penerbangan komersial); atau;

(d) oleh apa jua yang berlaku sebagai anggota angkatan tentera, polis dan angkatan separa

tentera akibat peperangan yang diisytiharkan atau tidak, kekacauan atau gangguan awam.

31. Keadaan Sedia Ada Keadaan Sedia Ada bermaksud ketidakupayaan yang mana Peserta mengetahui dengan sewajarnya sebelum Tarikh Kuat Kuasa Sijil Takaful. Peserta boleh dianggap mengetahui dengan sewajarnya keadaan sedia ada di mana keadaan tersebut adalah seperti berikut: -. (a) Peserta telah menerima atau sedang menerima rawatan;

(b) nasihat perubatan, diagnosis, jagaan atau rawatan telah disyorkan;

(c) gejala yang jelas dan nyata telah atau dapat dilihat; atau

(d) kewujudannya dapat diperhatikan dengan jelas bagi orang yang mengalami keadaan itu. Hanya untuk pelan-pelan Intan, Delima, Topas, Zamrud dan Nilam: Walau apa pun yang sebaliknya dinyatakan di dalam Sijil, tiada manfaat yang akan dibayar jika kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh (KKM) Peserta disebabkan oleh Keadaan Sedia Ada melainkan pada masa kematian atau KKM, Peserta telah dilindungi selama lebih daripada dua belas (12) bulan dari tarikh kuat kuasa perlindungan. Hanya untuk pelan Berlian: Walau apa pun yang sebaliknya dinyatakan di dalam Sijil, tiada manfaat yang akan dibayar jika Keilatan Kekal dan Menyeluruh (KKM) Peserta disebabkan oleh Keadaan Sedia Ada melainkan pada masa KKM, Peserta telah dilindungi selama lebih daripada dua belas (12) bulan dari tarikh kuat kuasa perlindungan.

32. Pengecualian Kematian Sekiranya Peserta, sama ada siuman atau tidak siuman membunuh diri dalam tempoh setahun dari Tarikh Kuat Kuasa Sijil Takaful, mati akibat Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau penyakit kelamin, tiada manfaat Kematian melainkan Nilai Akaun akan dibayar. Diguna-pakai untuk pelan “Berlian “PTPTN: Sekiranya Peserta meninggal dunia akibat sebab-sebab semula jadi, tiada manfaat Kematian akan dibayar melainkan jika pada masa kematian, Peserta telah dilindungi dari lebih daripada tiga (3) bulan dari tarikh perlindungan berkuat kuasa.

33. Pengecualian Keilatan Kekal dan Menyeluruh Tiada Manfaat melainkan Nilai Akaun yang akan dibayar jika Keilatan Kekal dan Menyeluruh berlaku secara langsung atau tidak langsung akibat: (a) kecederaan yang disengajakan atau sebarang percubaan untuk berbuat demikian dalam

keadaan siuman atau tidak siuman; atau

(b) pengaruh alkohol, narkotik atau salah guna dadah yang diberi menerusi preskripsi oleh pengamal perubatan sah yang berkelayakan; atau

Page 17: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

17

(c) melibatkan diri dalam penerbangan untuk tujuan melakukan sebarang pekerjaan atau operasi teknikal atau hobi atau dalam apa jua kegiatan penerbangan kecuali sebagai juruterbang, anak kapal atau sebagai penumpang yang membayar tambang melainkan dalam penerbangan yang dijadualkan secara tetap menggunakan pesawat komersial atau perkhidmatan sewa; atau

(d) sebarang perlanggaran undang-undang oleh Peserta; atau

(e) jangkitan HIV, AIDS atau sebarang kerumitan berkaitan AIDS atau sebarang penyakit berkaitan AIDS; atau

(f) perkhidmatan tentera atau tentera laut pada masa peperangan yang diisytiharkan atau tidak, semasa di bawah arahan untuk operasi seperti peperangan atau memulihkan ketenteraman awam.

34. Tempoh Perlindungan

Sijil Induk ini akan berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam Jadual Sijil Induk. Memandangkan Sijil Induk ini ialah skim terbuka, permohonan untuk pertukaran manfaat kepada pelan lebih tinggi boleh dibuat pada bila-bila masa dan tertakluk kepada penerimaan oleh Pengendali Takaful.

35. Cukai Kerajaan Dan/Atau Lain-lain Caj, Yuran Berkanun/Kawal Selia Yang Dikenakan (a) Untuk tujuan Fasal ini:

"Cukai" bermaksud sebarang cukai, levi, impos, duti, caj, yuran, pemotongan atau penangguhan cukai Malaysia atau negara asing yang dikenakan melalui sebarang cara pada masa terkini atau masa depan, secara langsung atau tidak langsung, yang dikenakan oleh mana-mana Pihak Berkuasa yang Berkenaan, termasuk, tanpa batasan pada sebarang cukai penggunaan seperti cukai barangan dan perkhidmatan ("GST") dan cukai-cukai lain dengan apa jua nama dipanggil, dan sebarang denda atau penalti berkenaan dengannya. “Pihak Berkuasa yang Berkenaan” bermaksud mana-mana kerajaan atau pihak berkuasa yang memungut cukai.

(b) Sumbangan dan segala wang lain yang perlu dibayar oleh Peserta kepada Pengendali

Takaful di bawah Sijil ini, termasuk sebarang amaun yang merupakan pembayaran ganti yang perlu dibuat oleh Peserta kepada Pengendali Takaful, adalah tidak termasuk mana-mana Cukai, dan hendaklah dibayar tanpa sebarang tolak selesai, sekatan atau syarat dan tanpa sebarang potongan bagi atau atas sebab sebarang tuntutan balas atau sebarang potongan atau pegangan.

(c) Sekiranya Peserta dikehendaki oleh undang-undang untuk membuat sebarang potongan

atau pegangan daripada Sumbangan dan / atau kesemua wang lain yang perlu dibayar kepada Pengendali Takaful di bawah Sijil ini berhubung dengan sebarang Cukai atau sebaliknya, jumlah wang yang perlu dibayar oleh Peserta berkenaan di mana pemotongan atau pegangan diperlukan, hendaklah dipertingkatkan supaya sumbangan bersih dan / atau jumlah bersih wang yang diterima oleh Pengendali Takaful adalah sama dengan apa yang Pengendali Takaful akan terima jika tiada pemotongan atau pegangan dikehendaki atau dibuat.

(d) Peserta hendaklah sebagai tambahan kepada sumbangan dan kesemua wang lain yang

perlu dibayar, membayar kepada Pengendali Takaful semua Cukai yang berkaitan pada

Page 18: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

18

kadar relevan semasa dan / atau sebarang amaun sebagaimana yang ditentukan oleh Pengendali Takaful untuk menampung sebarang pembayaran Cukai / liabiliti / kewajipan yang berkaitan dengannya , tanpa sebarang tolak selesai, sekatan atau syarat dan tanpa sebarang potongan bagi atau atas sebab sebarang tuntutan balas atau sebarang potongan atau pegangan, selain daripada sebarang Cukai yang mungkin dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang yang harus dibayar oleh Peserta secara langsung kepada mana-mana Pihak Berkuasa yang Berkenaan, yang mana Peserta hendaklah mengirimkan secara langsung kepada Pihak Berkuasa yang Berkenaan.

(e) Jika pada bila-bila masa sesuatu pelarasan dibuat atau perlu dibuat di antara Pengendali

Takaful dan pihak berkuasa cukai yang relevan yang disebabkan oleh sebarang amaun yang telah dibayar sebagai Cukai yang berbangkit daripada sebarang pembekalan yang dibuat atau disifatkan telah dibuat atau perkara lain yang berkaitan dengan Sijil ini dengan Pengendali Takaful, pelarasan yang sesuai boleh dibuat mengikut budi bicara Pengendali Takaful di antara Pengendali Takaful dan Peserta dan dalam keadaan tersebut, sebarang pembayaran yang diperlukan untuk memberi kesan kepada pelarasan hendaklah dibuat.

(f) Peserta dengan ini bersetuju untuk melakukan semua perkara yang munasabah yang

diminta oleh Pengendali Takaful untuk membantu Pengendali Takaful dalam memenuhi kewajipannya di bawah sebarang undang-undang yang terpakai di mana sebarang Cukai yang dikenakan. Sekiranya sesuatu Cukai baru diperkenalkan dan Cukai tersebut perlu dikenakan ke atas transaksi yang dimaksudkan dalam Sijil ini, Peserta bersetuju untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pengendali Takaful dalam membantu Pengendali Takaful dalam memenuhi kewajipannya di bawah undang-undang yang berkaitan.

(g) Peserta hendaklah menanggung kerugian Pengendali Takaful dan hendaklah melindungi

Pengendali Takaful daripada sebarang liabiliti yang timbul akibat sebarang pelanggaran kewajipan di pihak Peserta untuk membayar Cukai yang dinyatakan di dalam Sijil ini, bersama-sama dengan kesemua kerugian, kos dan perbelanjaan yang terhasil dari pelanggaran tersebut. Tiada sebarang peruntukan dalam Sijil ini yang memerlukan Pengendali Takaful untuk membayar sebarang denda, penalti, faedah atau jumlah lain yang mana Peserta bertanggungjawab ke atasnya.

(h) Bagi mengelakkan keraguan, pihak-pihak dalam Sijil ini bersetuju bahawa sebarang amaun

yang perlu dibayar atau jumlah yang akan digunakan dalam pengiraan wang yang perlu dibayar yang dinyatakan di tempat lain dalam Sijil ini telah ditetapkan tanpa mengambil kira dan tidak termasuk amaun yang harus ditambah bawah fasal ini disebabkan Cukai.

36. Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Had Sekatan dan Pengecualian

Walau apa pun yang terkandung di dalam Sijil Induk ini, Pengendali Takaful tidak akan dianggap menyediakan apa-apa perlindungan Takaful dan tidak akan bertanggungjawab untuk membayar apa-apa tuntutan atau memberi apa-apa manfaat setakat mana peruntukan perlindungan Takaful itu, pembayaran tuntutan atau pemberian manfaat sedemikian akan mendedahkan Pengendali Takaful kepada mana-mana pelanggaran Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 atau larangan atau sekatan di bawah resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau mana-mana undang-undang atau peraturan tempatan yang lain.

37. Aduan Sekiranya tidak berpuas hati ke atas perkhidmatan yang diberikan oleh Pengendali Takaful dan/atau perkara-perkara yang berkaitan dengan Sijil, sila hubungi dan/atau tulis kepada:

Page 19: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

19

Hong Leong MSIG Takaful Berhad Tingkat 5, Menara B, PJ City Development, No. 15A, Jalan 219, Seksyen 51A, 46100 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Tel: 03-7650 1800 Faks: 03-7620 6730 E-mel: [email protected] Jika pihak menuntut tidak berpuas hati dengan penolakan atau tawaran penyelesaian tuntutan, pihak yang menuntut boleh membuat rayuan kepada Pengendali Takaful. Jika pihak yang menuntut itu masih tidak berpuas hati dengan keputusan Pengendali Takaful, pihak yang menuntut boleh membuat rayuan kepada Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (sebelumnya dikenali sebagai Biro Pengantaraan Kewangan (FMB)) di alamat berikut dalam tempoh enam (6) bulan dari keputusan Pengendali Takaful dengan penerangan ringkas mengenai aduan tersebut, nama Pengendali Takaful dan nombor Sijil Takaful: Ombudsman Perkhidmatan Kewangan Tingkat 14, Bangunan Utama, Menara Takaful Malaysia No. 4, Jalan Sultan Sulaiman 50000 Kuala Lumpur Tel. No.: 03-22722811 Fax No.: 03-22721577 E-mel: [email protected] Laman Sesawang: www.ofs.gov.my Sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan dengan sebarang perkara yang berkaitan dengan Takaful mengenai Sijil ini boleh dirujuk kepada Bank Negara Malaysia Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (BNMLINK) di alamat berikut: Tingkat Bawah, Blok D, Jalan Dato' Onn 50480 Kuala Lumpur Tel.: +603-2698-8044 ext 8950 / 8958 ATAU Pengarah Jabatan LINK dan Pejabat BNM Bank Negara Malaysia P.O. Box 10922 50929 Kuala Lumpur Tel: 1-300-88-5465 (Luar Negara : 603-2174-1717) Faks: 03-2174-1515 E-mel: [email protected]

Page 20: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

20

SIJIL TAKAFUL TAMBAHAN

KEILATAN KEKAL DAN SEBAHAGIAN Sijil Keilatan Kekal dan Sebahagian ini (seterusnya dirujuk sebagai "Takaful Tambahan") adalah sebahagian penting daripada Sijil Induk dan hendaklah ditafsirkan sedemikian. Pengendali Takaful mengeluarkan Takaful Tambahan ini sebagai pertimbangan kepada Sumbangan yang dibayar seperti yang ditunjukkan dalam Jadual Sijil Induk. Takaful Tambahan ini, berasaskan syarat dan keistimewaan yang dinyatakan seterusnya, membayar ganti rugi bagi kehilangan menurut Jadual Indemniti seperti yang dinyatakan dalam Seksyen II Takaful Tambahan ini. Permohonan dan perakuan dalam Borang Permohonan adalah dengan ini diperakui dan dipersetujui menjadi asas Takaful Tambahan ini. I. DEFINISI KEILATAN KEKAL DAN SEBAHAGIAN

Keilatan Kekal dan Sebahagian (KKS) yang timbul akibat apa jua sebab dalam tempoh penyertaan dan berterusan tanpa henti untuk tempoh sekurang-kurangnya seratus lapan puluh (180) hari, dan disebabkan keilatan tersebut, Peserta tidak dapat melibatkan diri secara sebahagian dan kekal dalam perniagaan atau pekerjaannya yang biasa atau hanya boleh melakukan kerja lebih ringan dengan kekuatan badan yang ada atau bekerja untuk bayaran atau keuntungan yang lebih rendah.

II. JADUAL INDEMINITI Peratusan Amaun Manfaat

1. Kehilangan lengan - pada bahu ......................................................................................................... 100% - antara bahu dan siku ........................................................................................ 100% - pada siku .......................................................................................................... 100% - antara siku dan pergelangan tangan ................................................................ 100%

2. Kehilangan tangan pada pergelangan tangan ...................................................... 100% 3. Kehilangan kaki

- pada pinggul ..................................................................................................... 100% - antara lutut dan pinggul .................................................................................... 100% - di bawah lutut .................................................................................................... 100%

4. Kehilangan mata - seluruh mata ..................................................................................................... 100% - penglihatan ....................................................................................................... 100% - penglihatan, kecuali pengamatan cahaya ........................................................ 50% - kanta ................................................................................................................. 50%

5. Kehilangan upaya bertutur penuh ......................................................................... 50% 6. Kehilangan pendengaran

- kedua-dua telinga ............................................................................................. 75% - sebelah telinga.................................................................................................. 25%

7. Kehilangan empat jari dan satu ibu jari di sebelah tangan .................................... 50% 8. Kehilangan empat jari ............................................................................................ 40% 9. Kehilangan ibu jari

- kedua-dua falanks ............................................................................................ 25% - satu falanks ....................................................................................................... 10%

10. Kehilangan jari telunjuk - tiga falanks ........................................................................................................ 10% - dua falanks ....................................................................................................... 8% - satu falanks ...................................................................................................... 4%

11. Kehilangan jari hantu - tiga falanks ........................................................................................................ 6% - dua falanks ....................................................................................................... 4% - satu falanks ....................................................................................................... 2%

Page 21: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

21

12. Kehilangan jari manis - tiga falanks ........................................................................................................ 5% - dua falanks ....................................................................................................... 4% - satu falanks ....................................................................................................... 2%

13. Kehilangan jari kelingking - tiga falanks ........................................................................................................ 4% - dua falanks ....................................................................................................... 3% - satu falanks ....................................................................................................... 2%

14. Kehilangan metakarpus - pertama atau kedua (tambahan) ...................................................................... 3% - ketiga, keempat atau kelima (tambahan) ......................................................... 2%

15. Kehilangan jari kaki - semua ............................................................................................................... 15% - ibu jari, kedua-dua falanks ................................................................................ 5% - ibu jari, satu falanks .......................................................................................... 2% - selain daripada ibu jari, jika kehilangan lebih daripada satu jari kaki ............... 1%

Agregat semua peratusan yang perlu dibayar bagi mana-mana satu kejadian tidak harus melebihi 100% daripada Amaun Manfaat Keilatan Kekal dan Sebahagian (Biasa & Kemalangan) seperti yang dinyatakan dalam Jadual Sijil Induk di bawah Sijil Induk. "Kehilangan" seperti yang dinyatakan di atas ditakrifkan sebagai kehilangan penggunaan penuh atas apa jua sebab. Sekiranya kecederaan tidak dikhususkan, Pengendali Takaful akan mengguna pakai peratus keilatan di bawah Jadual Indemniti di atas yang pada pendapat Pengendali Takaful tidak bercanggah dengan peruntukan manfaat tersebut. Hanya satu daripada jumlah di atas, iaitu jumlah lebih besar, akan dibayar sekiranya Peserta mengalami lebih daripada satu kehilangan disebabkan oleh satu kemalangan. Dalam keadaan di mana pembayaran kurang daripada 100% daripada Amaun Manfaat dibuat di bawah Takaful Tambahan ini, perlindungan akan dikurangkan dengan sewajarnya berasaskan peratus Amaun Manfaat yang dibayar. Sekiranya terdapat sebarang pembayaran 100% Amaun Manfaat, seluruh perlindungan di bawah Takaful Tambahan bagi peserta tersebut akan tamat secara automatik.

III. MANFAAT Sebagai pertimbangan bagi pembayaran Sumbangan menurut Seksyen III dan tertakluk kepada peruntukan yang terkandung seterusnya dan kepada syarat dalam Seksyen V tersebut, Pengendali Takaful akan membayar, di Ibu Pejabatnya pada masa ini, jumlah yang ditetapkan dalam Seksyen II di atas kepada Peserta, apabila kontrak ini dihantar dan berasaskan bukti memuaskan yang diberikan kepada Pengendali Takaful sekiranya berlaku mana-mana satu kehilangan yang dinyatakan di bawah Seksyen II tersebut, sekiranya yang berikut tidak berlaku:- 1. luputnya Sijil Induk. 2. pada tarikh Ulang Tahun Bulanan Sijil Takaful yang pertama selepas Peserta mencapai umur

enam puluh enam (66) tahun berdasarkan tarikh lahir Peserta, dengan syarat:-

(a) kehilangan tersebut berlaku secara langsung dan dalam masa tiga (3) bulan kalendar selepas kecederaan badan yang disebabkan oleh kejadian ganas, tidak disengajakan, luaran dan kelihatan dan notis kehilangan tersebut hendaklah diberikan secara bertulis kepada Ibu Pejabat dalam masa tiga puluh (30) hari selepas berlaku kehilangan tersebut, atau

Page 22: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

22

(b) sekiranya kehilangan tersebut berlaku daripada penyakit atau kesakitan, notis kehilangan tersebut hendaklah diberikan secara bertulis ke Ibu Pejabat Pengendali dalam masa 30 hari daripada berlakunya kehilangan tersebut

IV. SYARAT-SYARAT

1. Semua manfaat di bawah Takaful Tambahan ini akan ditarik balik jika terdapat sebarang

perubahan dalam keadaan yang mungkin meningkatkan risiko, termasuk perubahan pekerjaan melainkan notis perubahan tersebut telah diberikan kepada Pengendali Takaful dan kebenaran bertulis daripada mereka untuk meneruskan Takaful telah diterima.

2. Walau apa pun yang sebaliknya dinyatakan di dalam Takaful Tambahan ini, jumlah maksimum

yang perlu dibayar di bawah Takaful Tambahan ini hendaklah tidak melebihi 100% daripada Amaun Manfaat bagi Peserta sekiranya Peserta mengalami mana-mana kehilangan nombor 1 hingga 15 seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen II di atas atau sebahagian daripadanya.

3. Sebaik selepas Pemegang Sijil Induk atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi pihak

Pemegang Sijil Induk maklum tentang sebarang kejadian yang mungkin menimbulkan tuntutan di bawah Takaful Tambahan ini, notis mengenainya hendaklah diberikan kepada Pengendali Takaful dan semua maklumat, bantuan dan dokumen yang diketahui atau dipegang oleh Pemegang Sijil Induk atau orang lain tersebut atau mana-mana orang bagi pihaknya atau mana-mana seorang daripada mereka yang perlu untuk tujuan menguruskan perkara tersebut hendaklah dalam tempoh masa yang sewajarnya diberikan kepada Pengendali Takaful oleh atau bagi pihak dan atas perbelanjaan Pemegang Sijil Induk. Bukti selanjutnya tersebut, (termasuk sijil perubatan dan perakuan berkanun) yang mungkin diperlukan dengan sewajarnya oleh Pengendali Takaful, hendaklah diberikan dengan cara yang sama untuk tujuan melaksanakan sebarang tuntutan di bawah Takaful Tambahan ini.

4. Sekiranya berlaku sebarang kejadian yang menimbulkan tuntutan di bawah Takaful Tambahan

ini, Peserta hendaklah dalam masa dua (2) minggu menjalani pemeriksaan oleh pengamal perubatan yang berkelayakan dan berdaftar dan dalam masa tujuh (7) hari selepas diminta berbuat demikian, mengemukakan kepada Pengendali Takaful menerusi dan atas perbelanjaan Pemegang Sijil Induk, satu laporan bertulis oleh pengamal perubatan tersebut menerangkan tentang kejadian kecederaan serta jenis dan tahap kecederaan yang dialami dan butiran tentang sebarang pembedahan yang dilakukan atau mungkin dilakukan dan umumnya semua butiran lain melibatkan kecederaan tersebut yang mungkin diperlukan oleh Pengendali Takaful. Peserta hendaklah menjalani rawatan perubatan dan pembedahan (termasuk sebarang pembedahan) yang mungkin dianggap perlu oleh Penasihat Perubatan Peserta.

5. Selepas berlakunya sebarang kejadian yang dinyatakan di atas, Peserta hendaklah pada setiap

masa yang sewajarnya menjalani pemeriksaan perubatan oleh pengamal perubatan yang berkelayakan dan berdaftar yang dilantik oleh Pengendali Takaful.

6. Pengendali Takaful berhak untuk membatalkan Takaful Tambahan ini pada bila-bila masa

dengan memberikan notis tiga puluh (30) hari secara bertulis kepada Pemegang Sijil Induk dan Takaful Tambahan ini, jika belum ditamatkan sebelum ini, hendaklah ditamatkan serta-merta jika Sijil Induk ini ditamatkan. Apabila Takaful Tambahan ini ditamatkan, tiada Sumbangan yang dibayar di bawahnya boleh dipulangkan kecuali bagi sebarang bahagian belum digunakan yang telah dibayar untuk melindungi tempoh selepas penamatan.

7. Apabila berlaku mana-mana kehilangan nombor 1 hingga 15 termasuk yang dinyatakan di bawah

Seksyen II di atas, semua perlindungan di bawah Takaful Tambahan ini akan tamat dengan serta merta dari segi kehilangan daripada sebarang kejadian seterusnya. Perlindungan yang tinggal (jika ada), sekiranya jumlah yang dibayar di bawah manfaat Takaful Tambahan ini kurang

Page 23: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

23

daripada 100% daripada Amaun Manfaat Keilatan Kekal dan Sebahagian (Biasa & Kemalangan), akan berkuat kuasa bagi manfaat lain di bawah Takaful Tambahan ini.

8. Takaful Tambahan ini adalah semata-mata untuk manfaat khusus Pemegang Sijil Induk dan jika

sebarang penyerahan hak, caj atau pindah milik Takaful Tambahan ini dibuat tanpa kebenaran Pengendali Takaful, maka Takaful Tambahan ini hendaklah dianggap dibatalkan serta-merta.

V. KEADAAN SEDIA ADA

Keadaan Sedia Ada bermaksud ketidakupayaan yang mana Peserta mengetahui dengan sewajarnya sebelum Tarikh Kuat Kuasa Sijil Takaful. Peserta boleh dianggap mengetahui dengan sewajarnya keadaan sedia ada di mana keadaan tersebut adalah seperti berikut: -.

(a) Peserta telah menerima atau sedang menerima rawatan;

(b) nasihat perubatan, diagnosis, jagaan atau rawatan telah disyorkan;

(c) gejala yang jelas dan nyata telah atau dapat dilihat; atau

(d) kewujudannya dapat diperhatikan dengan jelas bagi orang yang mengalami keadaan itu.

Walau apa pun yang sebaliknya dinyatakan dalam Takaful Tambahan ini, tiada manfaat perlu dibayar jika Keilatan Kekal dan Sebahagian (KKS) disebabkan oleh Keadaan Sedia Ada melainkan pada masa KKS, Peserta telah dilindungi untuk tempoh lebih daripada dua belas (12) bulan dari tarikh kuat kuasa perlindungan dan Peserta telah mendedahkan kecederaan atau penyakit tersebut seperti yang sepatutnya dan ia telah diunderait sepenuhnya dan diterima oleh Pengendali sebelum permulaan perlindungan.

VI. PENGECUALIAN Amaun Manfaat ini tidak akan dibayar jika Keilatan Kekal dan Sebahagian disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh: 1. Keadaan Sedia Ada;atau

2. kecederaan disengajakan atau sebarang percubaan melakukannya dalam keadaan siuman atau

tidak siuman; atau 3. sengaja menyalahgunakan alkohol dan/atau pengambilan ubat, dadah atau narkotik selain

daripada mengikut arahan Pengamal Perubatan berdaftar; atau 4. melibatkan diri dalam penerbangan untuk tujuan melakukan sebarang pekerjaan atau operasi

teknikal atau hobi atau dalam apa jua kegiatan penerbangan kecuali sebagai juruterbang, anak kapal atau sebagai penumpang yang membayar tambang dalam penerbangan yang dijadualkan secara tetap menggunakan pesawat komersial atau perkhidmatan sewa; atau

5. sebarang perlanggaran undang-undang oleh Peserta; atau 6. jangkitan HIV, AIDS atau sebarang kerumitan berkaitan AIDS atau sebarang penyakit berkaitan

AIDS; atau 7. perkhidmatan tentera darat atau laut pada masa peperangan diisytiharkan atau tidak

diisytiharkan, semasa di bawah arahan bagi operasi seperti peperangan atau pemulihan ketenteraman awam; atau

Page 24: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

24

8. kecederaan disebabkan oleh pembelahan atau letupan nuklear atau bahan senjata nuklear atau pencemaran radioaktif; atau

9. penglibatan dalam aktiviti mendaki gunung dan bukit batu; atau 10. penglibatan atau latihan dalam sukan atau pertandingan yang berbahaya dan membahayakan

atau menunggang atau memandu dalam sebarang bentuk perlumbaan atau pertandingan.

*********************************************************

RUANG INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG

*********************************************************

Page 25: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

25

SIJIL TAKAFUL TAMBAHAN

KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN

Sijil Kematian akibat Kemalangan (seterusnya dirujuk sebagai "Takaful Tambahan") adalah sebahagian penting daripada Sijil Induk dan hendaklah ditafsirkan sedemikian. Pengendali Takaful mengeluarkan Takaful Tambahan ini sebagai pertimbangan kepada sumbangan yang dibayar seperti yang ditunjukkan dalam Jadual Sijil Induk. Berasaskan syarat dan keistimewaan yang dinyatakan seterusnya, Takaful Tambahan ini menyediakan pembayaran secara sekaligus bersamaan dengan Amaun Manfaat seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Sijil Induk sekiranya berlaku Kematian yang terhad kepada punca kemalangan. Permohonan dan perakuan dalam Borang Permohonan adalah dengan ini diperakui dan dipersetujui menjadi asas Takaful Tambahan ini. I. DEFINISI KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN

Punca kemalangan bermakna kematian yang disebabkan semata-mata, secara langsung dan bebas daripada semua punca lain 1. akibat kejadian malang, luaran, dan tidak disengajakan, dengan kontusi (lebam) atau luka

nyata di bahagian luar badan atau kecederaan dalaman yang didedahkan menerusi autopsi atau

2. akibat lemas secara tidak sengaja yang didedahkan menerusi autopsi. Sekiranya terdapat sebarang pembayaran 100% daripada Amaun Manfaat Kematian, seluruh perlindungan di bawah Takaful Tambahan ini bagi Peserta akan tamat secara automatik.

II. MANFAAT

Sebagai pertimbangan bagi pembayaran sumbangan seperti yang tertera dalam Sijil Takaful dan tertakluk kepada peruntukan yang terkandung seterusnya dan kepada syarat dalam Bahagian (III) tersebut, Pengendali Takaful hendaklah membayar, di Ibu Pejabatnya pada masa ini, jumlah yang ditetapkan dalam Sijil Induk kepada Penama, apabila kontrak ini dihantar dan berasaskan bukti memuaskan yang diberikan kepada Pengendali Takaful sekiranya berlaku Kematian, sekiranya yang berikut tidak berlaku:- 1. selepas luputnya Sijil Induk. 2. pada Ulang Tahun Bulanan Sijil Takaful selepas Tarikh Kuat Kuasa Sijil Takaful selepas

Peserta mencapai umur enam puluh enam (66) tahun, harijadi akan datang.

III. SYARAT-SYARAT

1. Semua manfaat di bawah Takaful Tambahan ini akan ditarik balik jika terdapat sebarang perubahan dalam keadaan yang mungkin meningkatkan risiko, termasuk perubahan pekerjaan melainkan notis perubahan tersebut telah diberikan kepada Pengendali Takaful dan kebenaran bertulis daripada mereka untuk meneruskan Takaful telah diterima.

2. Walau apa pun yang menyatakan sebaliknya di dalam ini, jumlah maksimum yang perlu

dibayar di bawah Takaful Tambahan ini hendaklah tidak melebihi 100% daripada Amaun Manfaat bagi Peserta.

3. Sebaik selepas Pemegang Sijil Induk atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi

pihak Pemegang Sijil Induk maklum tentang sebarang kejadian yang mungkin menimbulkan tuntutan di bawah Takaful Tambahan ini, notis mengenainya hendaklah diberikan ke Ibu

Page 26: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

26

Pejabat Pengendali Takaful secara bertulis dalam masa tiga puluh (30) hari selepas berlakunya kejadian tersebut dan semua maklumat, bantuan dan dokumen yang diketahui atau dipegang oleh Pemegang Sijil Induk atau orang lain tersebut atau mana-mana orang bagi pihaknya atau mana-mana seorang aripada mereka yang perlu untuk tujuan menguruskan perkara tersebut hendaklah dalam tempoh masa yang sewajarnya diberikan kepada Pengendali Takaful oleh atau bagi pihak dan atas perbelanjaan Pemegang Sijil Induk. Bukti selanjutnya tersebut, (termasuk sijil perubatan dan perakuan berkanun) yang mungkin diperlukan dengan sewajarnya oleh Pengendali Takaful, hendaklah diberikan dengan cara yang sama untuk tujuan melaksanakan sebarang tuntutan di bawah Takaful Tambahan ini.

4. Walau apa pun jumlah manfaat yang perlu dibayar bagi setiap Peserta, had agregat liabiliti

bagi DRP yang diuruskan oleh Pengendali Takaful bagi setiap pengangkutan atau tempat di bawah Sijil Induk ini hendaklah tidak melebihi RM3,000,000.

5. Pengendali Takaful berhak untuk membatalkan Takaful Tambahan ini pada bila-bila masa

dengan memberikan notis tiga puluh (30) hari secara bertulis kepada Pemegang Sijil Induk dan Takaful Tambahan ini, jika belum ditamatkan sebelum ini, hendaklah ditamatkan serta-merta jika Sijil Induk ini ditamatkan. Apabila Takaful Tambahan ini ditamatkan, tiada sumbangan yang dibayar di bawahnya boleh dipulangkan kecuali bagi sebarang bahagian belum digunakan yang telah dibayar untuk melindungi tempoh selepas penamatan.

6. Takaful Tambahan ini adalah semata-mata untuk manfaat khusus Pemegang Sijil Induk dan

jika sebarang penyerahan hak, caj atau pindah milik Takaful Tambahan ini dibuat tanpa kebenaran Pengendali Takaful, maka Takaful Tambahan ini hendaklah dianggap dibatalkan serta-merta.

IV. PENGECUALIAN

Manfaat Takaful tidak akan dibayar jika Kematian Akibat Kemalangan disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada: 1. kecederaan disengajakan atau sebarang percubaan melakukannya dalam keadaan siuman

atau tidak siuman; atau 2. sengaja menyalahgunakan alkohol dan/atau pengambilan ubat, dadah atau narkotik selain

daripada mengikut arahan Pengamal Perubatan berdaftar; atau 3. melibatkan diri dalam penerbangan untuk tujuan melakukan sebarang pekerjaan atau operasi

teknikal atau hobi atau dalam apa jua kegiatan penerbangan kecuali sebagai juruterbang, anak kapal atau sebagai penumpang yang membayar tambang dalam penerbangan yang dijadualkan secara tetap menggunakan pesawat komersial atau perkhidmatan sewa; atau

4. sebarang perlanggaran undang-undang oleh Peserta; atau 5. jangkitan HIV, AIDS atau sebarang kerumitan berkaitan AIDS atau sebarang penyakit

berkaitan AIDS; atau 6. perkhidmatan tentera darat atau laut pada masa peperangan diisytiharkan atau tidak

diisytiharkan, semasa di bawah arahan bagi operasi seperti peperangan atau pemulihan ketenteraman awam; atau

7. kecederaan akibat pembelahan nuklear, pelakuran nuklear, bahan senjata nuklear atau

pencemaran radioaktif; atau 8. Penglibatan dalam sebarang kegiatan mendaki gunung atau memanjat batu; atau

Page 27: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

27

9. Penyertaan dalam atau latihan untuk sebarang sukan dan pertandingan berbahaya atau memudaratkan atau menunggang atau memandu dalam apa jua bentuk perlumbaan atau pertandingan.

*********************************************************

RUANG INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG

*********************************************************

Page 28: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

28

SIJIL TAKAFUL TAMBAHAN

KEILATAN KEKAL DAN MENYELURUH (KKM) AKIBAT KEMALANGAN

Kontrak Tambahan Keilatan Kekal dan Menyeluruh (KKM) Akibat Kemalangan (seterusnya dirujuk sebagai "Takaful Tambahan") ini adalah sebahagian penting daripada Sijil Induk dan hendaklah ditafsirkan sedemikian. Pengendali Takaful mengeluarkan Takaful Tambahan ini sebagai pertimbangan kepada sumbangan yang dibayar seperti yang ditunjukkan dalam Jadual Sijil Induk. Berasaskan syarat dan keistimewaan yang dinyatakan seterusnya, Sijil Induk Takaful Tambahan ini menyediakan pembayaran tambahan secara sekaligus Amaun Manfaat seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Sijil Induk sekiranya berlaku KKM yang terhad kepada punca kemalangan. Permohonan dan perakuan dalam Borang Permohonan adalah dengan ini diperakui dan dipersetujui menjadi asas Takaful Tambahan ini. I. DEFINISI KEILATAN KEKAL DAN MENYELURUH (KKM) AKIBAT KEMALANGAN

Keilatan Kekal dan Menyeluruh (KKM) bermaksud keilatan yang disebabkan oleh kecederaan badan akibat kemalangan yang menghalang Peserta daripada melakukan sebarang kerja, perniagaan, penggajian, profesion atau tugas biasa sama sekali untuk upah, pampasan atau untung, tetapi dengan syarat bahawa Keilatan tersebut hendaklah berterusan untuk tempoh selama tidak kurang daripada enam (6) bulan, dan jika selepas itu diakui sebagai menyeluruh dan kekal, untuk tujuan Takaful Tambahan ini, liabiliti Pengendali Takaful hendaklah terkumpul dari tarikh bermula Keilatan;

II. MANFAAT

Selagi Sijil Induk ini berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya, sekiranya Peserta, sebelum mencapai umur enam puluh enam (66) tahun (harijadi akan datang) mengalami keilatan kekal dan menyeluruh, terhad kepada punca kemalangan sahaja, seperti yang ditakrifkan seterusnya, dan kekal ilat secara berterusan untuk tempoh tidak kurang daripada enam (6) bulan, maka manfaat yang perlu dibayar di bawah Takaful Tambahan ini adalah manfaat yang perlu dibayar jika kematian akibat kemalangan berlaku pada tarikh Keilatan tersebut. Manfaat KKM akibat kemalangan adalah:

1. Amaun Manfaat seperti yang dinyatakan dalam Sijil Takaful Peserta; dan

2. Nilai AP sejurus selepas pemberitahuan Keilatan.

Manfaat yang perlu dibayar adalah tertakluk kepada syarat berikut:- (a) Sebaik saja mengalami Keilatan Kekal dan Menyeluruh, butiran penuh mengenainya mesti

dimaklumkan secara bertulis kepada Pengendali Takaful di Ibu Pejabatnya, bersama dengan alamat dan kedudukan Peserta, dan, dalam masa tiga puluh (30) hari selepas mengalami Keilatan Kekal dan Menyeluruh tersebut.

(b) Mana-mana Pegawai Perubatan Pengendali Takaful hendaklah dibenarkan untuk memeriksa Peserta berkaitan dengan Keilatan yang didakwa dengan cara dan pada masa yang diperlukan oleh Pegawai Perubatan.

(c) Dalam apa jua keadaan, jumlah manfaat maksimum yang perlu dibayar di bawah tuntutan Keilatan Kekal dan Menyeluruh adalah terhad kepada Ringgit Malaysia Dua Juta (RM2,000,000.00) di bawah Sijil Takaful individu dan dan semua sijil lain di bawah Pengendali Takaful, jika ada. Manfaat akan dibayar dalam satu jumlah sekali gus tertakluk kepada nilai maksimum Ringgit Malaysia Dua Juta (RM2,000,000.00).

Page 29: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

29

(d) Jika terdapat kegagalan mematuhi mana-mana daripada peruntukan di atas, tiada tuntutan disebabkan Keilatan Kekal dan Menyeluruh akan timbul atau menjadi sah atau boleh dikuatkuasakan.

(e) Keilatan yang dirujuk di atas mestilah bersifat menyeluruh dan kekal, dan pada masa itu atau pada bila-bila selepas itu, Peserta tidak boleh melakukan atau menjalankan sebarang kerja, penggajian atau profesion untuk meraih atau mendapatkan sebarang upah, pampasan atau keuntungan.

Kejadian mana-mana yang berikut juga hendaklah dianggap sebagai Keilatan Kekal dan Menyeluruh:

(i) Kehilangan penglihatan penuh dan tidak boleh pulih pada kedua-dua belah mata; atau (ii) Kehilangan tidak boleh pulih dua atau lebih anggota menerusi amputasi pada atau di atas

pergelangan tangan dan buku lali; (iii) Kehilangan penglihatan penuh dan tidak boleh pulih sebelah (1) mata dan kehilangan

tidak boleh pulih satu (1) anggota menerusi amputasi pada atau di atas pergelangan tangan dan buku lali;

(iv) Lumpuh sepenuhnya yang tidak boleh pulih.

Keilatan mestilah berterusan untuk tempoh sekurang-kurangnya enam (6) bulan untuk dianggap kekal. Namun begitu, Keilatan bermaksud sebagai bermula pada hari pertama Keilatan tersebut berlaku.

Sekiranya Keilatan Kekal dan Menyeluruh berlaku disebabkan oleh mana-mana empat (4) syarat di atas [iaitu (e)(i,ii,iii,iv)], pembayaran manfaat hendaklah dibuat dengan serta-merta. Definisi Aktiviti Kehidupan Harian (untuk orang yang tidak bergaji atau tidak dibayar gaji): Pengesahan oleh Pakar Perunding Perubatan tentang kehilangan kewujudan berdikari yang kekal untuk tempoh sekurang-kurangnya enam (6) bulan dan yang menyebabkan ketiadaan upaya yang kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian sama ada dengan atau tanpa penggunaan peralatan mekanikal, peralatan khas atau bantuan dan penyesuaian lain yang digunakan oleh orang kurang upaya. Untuk tujuan manfaat ini, perkataan “kekal” bermaksud tiada harapan untuk pulih dengan ilmu dan teknologi perubatan semasa.

Keadaan berikut juga akan dianggap sebagai Keilatan Kekal dan Menyeluruh: (a) Kehilangan sepenuhnya penglihatan dan tidak boleh pulih pada kedua-dua belah mata. (b) Kehilangan dua anggota akibat terputus pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali. (c) Kehilangan sepenuhnya penglihatan dan tidak boleh pulih pada sebelah mata dan kehilangan

mana-mana satu anggota akibat terputus pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali.

III. PENGECUALIAN

Manfaat Takaful tidak akan dibayar jika Keilatan Kekal dan Menyeluruh disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada: (a) kecederaan disengajakan atau sebarang percubaan melakukannya dalam keadaan siuman

atau tidak siuman; atau

Page 30: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

30

(b) sengaja menyalahgunakan alkohol dan/atau pengambilan ubat, dadah atau narkotik selain

daripada mengikut arahan Pengamal Perubatan berdaftar; atau (c) melibatkan diri dalam penerbangan untuk tujuan melakukan sebarang pekerjaan atau operasi

teknikal atau hobi atau dalam apa jua kegiatan penerbangan kecuali sebagai juruterbang, anak kapal atau sebagai penumpang yang membayar tambang dalam penerbangan yang dijadualkan secara tetap menggunakan pesawat komersial atau perkhidmatan sewa; atau

(d) sebarang perlanggaran undang-undang oleh Peserta; atau (e) sebarang gangguan saraf atau penyakit mental; atau

(f) jangkitan HIV, AIDS atau sebarang kerumitan berkaitan AIDS atau sebarang penyakit

berkaitan AIDS; atau (g) perkhidmatan tentera darat atau laut pada masa peperangan diisytiharkan atau tidak

diisytiharkan, semasa di bawah arahan bagi operasi seperti peperangan atau pemulihan ketenteraman awam; atau

(h) kecederaan yang disebabkan oleh pembelahan nuklear, gabungan nuklear, bahan senjata

nuklear atau pencemaran radioaktif; atau

(i) sebarang penglibatan dalam aktiviti mendaki gunung atau memanjat; atau

(j) mengambil bahagian dalam latihan atau untuk mana-mana sukan berbahaya atau pertandingan atau menunggang atau memandu dalam sebarang bentuk perlumbaan atau pertandingan.

*********************************************************

RUANG INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG

*********************************************************

Page 31: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

31

SIJIL TAKAFUL TAMBAHAN

PENYAKIT KRITIKAL (PEMBAYARAN MANFAAT DIPERCEPATKAN)

Sijil Penyakit Kritikal (pembayaran manfaat dipercepatkan) ini (seterusnya dirujuk sebagai "Takaful Tambahan") adalah sebahagian penting daripada Sijil Induk dan hendaklah ditafsirkan sedemikian. Pengendali Takaful mengeluarkan Takaful Tambahan sebagai pertimbangan kepada sumbangan yang dibayar seperti yang ditunjukkan dalam Jadual Sijil Induk. Takaful Tambahan ini, berasaskan syarat dan keistimewaan yang dinyatakan seterusnya di dalam ini, menyediakan pembayaran yang dipercepatkan kepada pembayaran Amaun Manfaat bagi Manfaat-manfaat Kematian dan Keilatan Kekal dan Menyeluruh disebabkan oleh sebab-sebab semula jadi di bawah Sijil Induk sekiranya Peserta disahkan menghidap penyakit kritikal seperti yang dihadkan dan ditetapkan di dalam Takaful Tambahan ini. WALAU APA PUN yang sebaliknya dinyatakan di dalam Takaful Tambahan ini, penerimaan tuntutan di bawah Takaful Tambahan ini akan secara automatik mengurangkan manfaat Kematian dan/atau Manfaat Keilatan Kekal dan Menyeluruh diakibatkan oleh sebab-sebab semula jadi Peserta sebanyak Amaun Manfaat Penyakit Kritikal yang diterima. Permohonan dan perakuan dalam Borang Cadangan adalah dengan ini diperakui dan dipersetujui menjadi asas Takaful Tambahan ini. I. DEFINISI PENYAKIT DILINDUNGI

1. STROK / ANGIN AHMAR – mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan simptom-

simptom klinikal berterusan Kematian tisu otak akibat bekalan darah yang tidak cukup, pendarahan dalam tengkorak atau embolisasi dari satu sumber selain dari kranium yang mengakibatkan kekurangan neurologi kekal dengan simptom klinikal berlarutan. Diagnosis mestilah berdasarkan perubahan yang boleh dilihat pada imbasan CT atau MRI dan disahkan oleh seorang pakar neurologi. Tempoh Penilaian minimum selama tiga (3) bulan adalah digunapakai. Untuk takrifan di atas, berikut adalah tidak dilindungi: (a) Serangan iskemia sementara (TIA)

(b) Simptom-simptom serebral yang disebabkan oleh migrain

(c) Kecederaan traumatik pada tisu otak atau salur-salur darah

(d) Penyakit vaskular yang memberi kesan terhadap mata atau saraf optik atau fungsi-fungsi

vestibular

2. SERANGAN JANTUNG – keterukan tertentu Kematian otot jantung disebabkan oleh kurang bekalan darah dan yang mengakibatkan semua bukti daripada infarksi miokardium akut: (a) Sejarah sakit dada yang lazim, (b) Perubahan karakter elektrokardiografi baru; dengan perkembangnan berikut:

peningkatan atau penurunan ST, songsangan gelombang T, gelombang patologi Q atau saluran darah bahagian kiri tersumbat dan

(c) Peningkatan enzim jantung, termasuk CPK-MB melebihi tahap normal makmal atau

Troponins direkod berada di peringkat berikut atau lebih tinggi: - Troponin jantung T atau Troponin jantug I > / = 0.5 ng/ml

Page 32: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

32

Bukti mesti menunjukkan kejadian infarksi miokardium akut adalah pasti, yang mana seharusnya disahkan oleh pakar kardiologi atau pakar perubatan. Untuk maksud di atas, perkara-perkara berikut adalah tidak dilindungi: kejadian sindrom koronari akut termasuk tapi tidak terhad kepada angina yang tidak stabil. peningkatan enzim jantung disebabkan prosedur perkutaneus untuk penyakit arteri koronari.

3. KEGAGALAN BUAH PINGGANG - memerlukan dialisis atau transplan buah pinggang Kegagalan buah pinggang peringkat akhir yang dikemukakan sebagai kegagalan kronik tidak boleh pulih pada kedua-dua buah pinggang untuk berfungsi, yang mengakibatkan dialisis secara berkala dimulakan atau transplan buah pinggang perlu dijalankan.

4. KANSER - keterukan tertentu dan tidak melindungi kanser tahap awal

Sebarang tumor malignan, yang didiagnos positif dengan pengesahan histologi dan bercirikan pertumbuhan yang tidak terkawal dan serangan tisu. Terma tumor malignan termasuk leukimia, limfoma dan sarkoma.

Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi: (a) Semua kanser yang secara histologinya diklasifikasikan sebagai berikut: pra-malignan bukan invasif karsinoma in situ mempunyai malignan pinggiran (borderline) mempunyai potensi malignan (b) Semua tumor prostat yang secara histologinya diklasifikasikan sebagai T1N0M0

(Klasifikasi TNM) (c) Semua tumor tiroid yang secara histologinya diklasifikasikan sebagai T1N0M0 (Klasifikasi

TNM) (d) Semua tumor pundi kencing yang secara histologinya diklasifikasikan sebagai T1N0M0

(Klasifikasi TNM) (e) Sebarang kanser kulit selain daripada melanoma malignan. Leukemia Limfosit Serius

kurang dari Tahap 3 RAI

(f) Semua kanser disamping kewujudan HIV

(g) Sebarang kanser kulit selain melanoma malignan

5. PEMBEDAHAN PINTASAN ARTERI KORONARI Merujuk kepada pembedahan bukaan dada sebenar untuk memulihkan atau merawat Penyakit Arteri Koronari (CAD) dengan cara cantuman pintasan arteri koronari. Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi: (a) angioplasti;

Page 33: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

33

(b) teknik intra-arteri yang lain atau teknik berasaskan kateter; (c) prosedur lubang kunci (keyhole); (d) prosedur laser.

6. PENYAKIT ARTERI KORONARI SERIUS Penyempitan lumen bagi Arteri Koronari Kanan (RCA), Anterior Kiri Arteri Menurun (LAD) dan Arteri Sirkumfleks (tidak termasuk cabang-cabang), berlaku pada masa yang sama dengan minimum enam puluh peratus (60%) dalam setiap arteri seperti yang dibuktikan oleh arteriografi koronari (prosedur diagnostik bukan invasif adalah tidak dilindungi). Penyempitan sebanyak enam puluh peratus (60%) atau lebih pada Stem Utama Kiri akan dianggap sebagai penyempitan Anterior Kiri Arteri Menurun (LAD) dan Areteri Sirkumfleks. Kejadian yang dilindungi akan dibayar tidak mengira samada sebarang bentuk pembedahan arteri koronari telah dijalankan atau tidak.

7. ANGIOPLASTI DAN RAWATAN INVASIF LAIN UNTUK PENYAKIT ARTERI KORONARI Menjalani Angioplasti Belon Arteri Koronari, aterektomi, rawatan laser atau memasukkan sten untuk membetulkan satu atau lebih arteri koronari yang sempit atau tersumbat seperti yang dibuktikan oleh angiografi. Prosedur penyiasatan intra-arteri adalah tidak dilindungi. Pembayaran di bawah fasal ini terhad kepada sepuluh peratus (10%) daripada perlindungan Penyakit Kritikal yang dilindungi di bawah sijil ini tertakluk kepada jumlah maksimum RM25,000. Kejadian yang dilindungi akan dibayar sekali sahaja dan akan ditolak daripada amaun Kontrak ini, sekali gus mengurangkan amaun Bayaran Sekaligus yang boleh dibayar.

8. KEGAGALAN HATI TAHAP AKHIR Kegagalan hati tahap akhir dibuktikan oleh semua yang berikut: (a) Jaundis kekal;

(b) Asites (terlebih cecair dalam ruang peritoneal);

(c) Ensefalopati hepatik;

Kegagalan hati berpunca dari alkohol atau penyalahgunaan dadah adalah tidak dilindungi.

9. HEPATITIS VIRUS FULMINAN Nekrosis (kematian tisu hati) yang separa besar (sub masif) kepada besar (masif) yang disebabkan oleh sebarang virus seperti yang dibuktikan oleh semua kriteria diagnostik yang berikut: (a) Penyusutan saiz hati dengan pantas seperti yang disahkan menerusi ultrasound

abdomen;

(b) Nekrosis (kematian tisu) melibatkan keseluruhan lobula, meninggalkan hanya satu rangka retikulum;

(c) Ujian kefungsian hati yang semakin merosot, dan

Page 34: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

34

(d) Jaundis yang semakin mendalam.

Jangkitan viral hepatitis atau status pembawa sahaja (termasuk tapi tidak terhad kepada Hepatitis B dan Hepatitis C) tanpa kriteria diagnostik di atas adalah tidak dilindungi.

10. KOMA – mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal yang berterusan

Keadaan tidak sedar diri tanpa sebarang gerak balas atau tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman, yang berterusan untuk sekurang-kurangnya sembilan puluh enam (96) jam, memerlukan penggunaan sistem sokongan hayat dan mengakibatkan defisit neurologi kekal. Tempoh Penilaian minimum selama tiga puluh (30) hari adalah digunapakai. Pengesahan oleh pakar neurologi mesti dikemukakan. Berikut adalah tidak dilindungi: (i) Koma diakibatkan langsung daripada penyalahgunaan alkohol atau dadah.

11. TUMOR OTAK BENIGNA – untuk severiti yang dikhususkan

Tumor benigna dalam otak atau meninges dalam tengkorak, di mana semua syarat berikut dipenuhi: (a) Ia mengancam nyawa; (b) Ia menyebabkan kerosakan otak;

(c) Ia telah telah dibuang secara pembedahan ataupun ia telah menyebabkan defisit neurologi

yang kekal dengan simptom klinikal berterusan; dan

(d) Kewujudannya mesti disahkan oleh neurologis atau pakar bedah neurologi dan disokong oleh imbasan MRI, CT atau teknik-teknik pengimejan yang boleh dipercayai.

Berikut adalah tidak dilindungi: (i) Sista,

(ii) Granuloma,

(iii) Kecacatan dalam atau pada arteri atau vena otak,

(iv) Hematoma,

(v) Tumor di dalam kelenjar pituitari,

(vi) Tumor di dalam tulang belakang,

(vii) Tumor saraf akustik.

12. KELUMPUHAN ANGGOTA Hilang penggunaan penuh, kekal dan tidak boleh pulih kedua-dua tangan atau kaki atau satu tangan dan satu kaki akibat lumpuh disebabkan oleh penyakit atau kecederaan. Tempoh Penilaian minimum selama enam (6) bulan adalah digunapakai.

Page 35: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

35

13. BUTA – Kekal dan Tidak Boleh Pulih Kehilangan penglihatan kekal dan tidak boleh pulih akibat kemalangan atau penyakit sehingga suatu tahap apabila diuji menggunakan alat bantuan penglihatan, penglihatan diukur pada 3/60 atau lebih teruk untuk kedua-dua belah mata menggunakan carta mata Snellen atau ujian yang setara dan keputusan tersebut mestilah disahkan oleh pakar oftalmologi.

14. PEKAK/HILANG PENDENGARAN MENYELURUH Hilang Upaya mendengar secara kekal dan tidak boleh pulih akibat kemalangan atau penyakit sehingga suatu tahap kehilangan yang lebih daripada 80 desibel merentasi semua frekuensi pendengaran pada kedua-dua belah telinga. Bukti perubatan di dalam bentuk ujian audiometri dan ujian ambang bunyi mesti disediakan dan disahkan oleh pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT).

15. KELECURAN TAHAP KETIGA – keterukan tertentu Lecuran kulit tahap ketiga (i.e. ketebalan penuh) meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%) daripada jumlah kawasan permukaan badan.

16. JANGKITAN HIV MELALUI PEMINDAHAN DARAH Jangkitan Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) melalui transfusi darah, dengan syarat semua keadaan berikut dipenuhi: (a) Pemindahan darah adalah keperluan dari segi perubatan atau diberi sebagai sebahagian

daripada rawatan perubatan;

(b) Transfusi darah adalah diterima di Malaysia atau Singapura selepas kuatkuasa Sijil;

(c) Sumber jangkitan adalah didapati daripada institusi yang memberikan transfusi darah atau institusi yang boleh mengesan punca darah yang dicemari HIV;

(d) Peserta tidak menghidap hemofilia; dan

(e) Peserta bukan ahli mana-mana kumpulan berisiko tinggi termasuk tetapi tidak terhad

kepada pengguna dadah intravena.

17. PENYAKIT PARU-PARU TAHAP AKHIR Penyakit paru-paru tahap akhir yang menyebabkan kegagalan pernafasan kronik. Semua kriteria berikut mestilah dipenuhi:- (a) Keperluan untuk rawatan oksigen berkala secara kekal;

(b) Gangguan kekal pada fungsi paru-paru dengan Isi padu Ekspirasi Paksa (FEV) yang konsisten kurang daripada satu (1) liter pada saat pertama;

(c) Sesak nafas dalam keadaan rehat; dan

(d) Analisis Asas Gas Darah Arteri dengan tekanan oksigen separa sebanyak 55mmHg atau kurang.

Page 36: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

36

18. ENSEFALITIS – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan Harian Keradangan teruk bahan otak, mengakibatkan kecacatan fungsian kekal. Kecacatan fungsian kekal mesti mengakibatkan ketidakupayaan untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Kehidupan Harian.Tempoh Penilaian minimum selama tiga puluh (30) hari adalah digunapakai. Kejadian yang dilindungi mestilah disahkan oleh pakar neurologi. Ensefalitis dengan kewujudan jangkitan HIV adalah tidak dilindungi.

19. TRANSPLAN ORGAN UTAMA/SUMSUM TULANG Penerimaan transplan seperti berikut: (a) Sumsum tulang manusia menggunakan sel stem hematopoietik yang didahului oleh

ablasi sumsum tulang menyeluruh; atau

(b) Salah satu daripada organ-organ manusia yang berikut: jantung, paru-paru, hati, buah

pinggang, pankreas yang tidak dapat dipulihkan akibat kegagalan tahap akhir organ yang

berkenaan. Lain-lain pemindahan sel stem adalah tidak dilindungi.

20. HILANG KEUPAYAAN BERTUTUR Hilang keupayaan bertutur sepenuhnya, berkekalan dan tidak boleh pulih disebabkan oleh kecederaan atau penyakit. Tempoh Penilaian minimum selama enam (6) bulan adalah digunapakai. Bukti perubatan untuk mengesahkan kecederaan atau penyakit kepada peti suara untuk menyokong kehilangan upaya ini mesti diberikan oleh pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT). Semua sebab yang berkaitan psikiatrik adalah tidak dilindungi.

21. PEMBEDAHAN OTAK Menjalani pembedahan ke atas otak di mana kraniotomi (pembedahan bukaan tengkorak) dilakukan di bawah anestesia am. Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi: (a) Prosedur lubang gerudi (Burr hole).

(b) Prosedur transfenoid.

(c) Prosedur bantuan endoskopik atau lain-lain prosedur invasif secara minimum.

(d) Pembedahan otak akibat kemalangan.

22. PEMBEDAHAN INJAP JANTUNG Menjalani pembedahan jantung terbuka untuk menggantikan atau membaiki injap jantung disebabkan oleh kecacatan atau keabnormalan injap jantung. Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi: (a) Pembaikan menerusi prosedur intra-arteri

Page 37: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

37

(b) Pembaikan menerusi pembedahan lubang kunci atau teknik yang serupa

23. PENYAKIT TERMINAL (MEMBAWA MAUT) Diagnosis muktamad sesuatu keadaan yang dijangka mengakibatkan kematian Peserta dalam tempoh 12 bulan. Peserta mestilah tidak lagi menerima rawatan aktif selain daripada untuk melegakan kesakitan. Diagnosis ini mestilah disokong dengan pengesahan bertulis daripada doktor pakar yang bersesuaian dan disahkan oleh doktor yang dilantik oleh Pengendali Takaful.

24. MENINGITIS BAKTERIA - mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan Harian Meningitis bakteria yang menyebabkan radang pada membran-membran otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan kerosakan fungsi kekal. Kerosakan fungsi kekal mesti menyebabkan ketidakupayaan kekal untuk menjalankan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian. Tempoh Penilaian minimum selama enam (6) bulan adalah digunapakai. Diagnosis hendaklah disahkan oleh:

(a) seorang doktor pakar yang bersesuaian; dan (b) kehadiran jangkitan kuman (bakteria) di dalam cecair serebrospina oleh punktur lumbar. Untuk definisi di atas, lain-lain bentuk meningitis, termasuk meningitis viral adalah tidak dilindungi.

25. TRAUMA KEPALA MAJOR (teruk) – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan Harian Kecederaan fizikal di kepala yang mengakibatkan kerosakan kekal terhadap fungsian yang disahkan oleh pakar neurologi. Kerosakan kekal fungsian mesti menyebabkan ketidakupayaan untuk menjalankan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian. Tempoh Penilaian minimum selama tiga (3) bulan digunapakai.

26. ANEMIA APLASTIK KRONIK– mengakibatkan kegagalan kekal sumsum tulang Kegagalan kekal dan tidak boleh pulih sumsum tulang yang menyebabkan anemia, neutropenia dan trombositopenia memerlukan sekurang-kurangnya dua (2) daripada rawatan berikut: (a) Tranfusi produk darah berkala; (b) Agen perangsang sumsum;

(c) Agen imunosupresif; atau

(d) Transplan sumsum tulang. Diagnosis mesti disahkan oleh biopsi sumsum tulang.

Page 38: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

38

27. PENYAKIT NEURON MOTOR– defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal berterusan Diagnosis muktamad penyakit neuron motor oleh pakar neurologi dengan merujuk kepada atrofi otot tulang belakang, bulbar palsi progresif, sclerosis amiotrofik lateral atau sclerosis lateral utama. Mesti ada kekurangan neurologi kekal bersama dengan simptom klinikal berterusan.

28. PENYAKIT PARKINSON – menyebabkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan Harian Diagnosis muktamad Penyakit Parkinson oleh pakar neurologi di mana semua keadaan berikut dipenuhi: (a) Tidak boleh dikawal dengan ubat-ubatan;

(b) Menunjukkan tanda kemerosotan progresif; dan

(c) Pengesahan ketidakupayaan kekal Peserta untuk melakukan tiga (3) atau lebih daripada

Aktiviti Kehidupan Harian tanpa bantuan. Hanya Penyakit Parkinson idiopatik sahaja yang dilindungi. Parkinson yang disebabkan oleh ubat-ubatan atau toksik adalah tidak dilindungi.

29. PENYAKIT ALZHEIMER/GANGGUAN OTAK DEGENERATIF ORGANIK TIDAK BOLEH PULIH Kemerosotan atau hilang keupayaan intelektual yang disahkan dengan penilaian klinikal dan ujian imej diakibatkan oleh Penyakit Alzheimer atau Dementia Teruk yang disebabkan oleh kecelaruan otak organik yang tidak boleh pulih. Kejadian yang dilindungi ini mesti mengakibatkan pengurangan ketara fungsi mental dan sosial yang memerlukan pengawasan berterusan ke atas Peserta. Diagnosis mesti disahkan secara klinikal oleh pakar neorologi. Berdasarkan definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi: (a) Kecelaruan otak bukan organik seperti neurosis

(b) Penyakit psikiatrik;

(c) Kerosakan otak disebabkan dadah atau alkohol

30. DISTROFI OTOT

Diagnosis muktamad Distrofi Otot oleh pakar neurologi dan mesti disokong oleh kesemua berikut: (a) Penampilan klinikal kelemahan otot yang progresif;

(b) Tiada penglibatan saraf tengah / periferal sebagai bukti untuk kehilangan gangguan

sensor;

(c) Hasil penemuan ciri-ciri elektromiogram dan biopsi otot. Tiada manfaat akan dibayar di bawah Peristiwa Dilindungi sebelum Peserta mencapai umur dua belas (12) tahun, hari jadi akan datang.

Page 39: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

39

31. PEMBEDAHAN AORTA Menjalani pembedahan menerusi torakotomi atau laparotomi (pembedahan bukaan dada atau abdomen) untuk membetulkan aneurisme aorta, sekatan aorta atau pembelahan aorta. Untuk definisi ini, aorta hendaklah bermaksud aorta di bahagian dada dan abdomen tetapi bukan cabangnya. Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi: (a) angioplasti;

(b) lain-lain kaedah intra-arteri atau teknik berasaskan kateter;

(c) prosedur lubang kunci yang lain;

(d) prosedur laser.

32. SKLEROSIS MULTIPEL Diagnosis muktamad sklerosis multipel oleh pakar neurologi. Diagnosis mestilah disokong oleh semua perkara berikut: (a) Siasatan yang mengesahkan bahawa diagnosis adalah Sklerosis Multipel;

(b) defisit neurologi berbilang yang menyebabkan kecacatan fungsi motor dan deria untuk

tempoh yang berterusan sekurang-kurangnya enam (6) bulan; dan (c) Sejarah eksaserbasi dan peredaan bagi simptom-simptom yang disebut dan defisit

neurologi yang didokumenkan dengan baik.

33. HIPERTENSI ARTERI PULMONARI UTAMA – keterukan tertentu Diagnosis muktamad hipertensi pulmonari primer dengan pembesaran ketara ventrikel kanan yang ditentukan menerusi penyiasatan termasuk kateter jantung, yang menyebabkan kecacatan fizikal kekal sehingga tahap sekurang-kurangnya klasifikasi Kelas III Persatuan Jantung New York (NYHA) bagi kerosakan jantung. Hipertensi arteri pulmonari disebabkan oleh sebab-sebab lain adalah dikecualikan daripada manfaat ini. Klasifikasi NYHA bagi Kerosakan Jantung untuk Kelas III dan Kelas IV bermaksud seperti berikut: Kelas III: Aktiviti fizikal yang terhad. Selesa ketika rehat, tetapi aktiviti yang kurang daripada

kebiasaan menyebabkan simptom-simptom. Kelas IV: Tidak boleh terlibat dalam apa jua aktiviti fizikal tanpa merasa tidak selesa.

Simptom-simptom mungkin muncul walaupun ketika rehat.

34. PENYAKIT SISTIK MEDULAR Penyakit buah pinggang keturunan yang progresif dicirikan oleh kewujudan sista dalam medula, atrofi tubular dan fibrisis intestitial dengan manifestasi klinikal seperti anemia, poliuria dan kehilangan natrium dari ginjal, yang menyebabkan kegagalan ginjal kronik. Diagnosis mestilah disokong oleh biopsi ginjal. buah pinggang keturunan beransur yang dicirikan oleh kewujudan sista dalam medula, atrofi tubular dan fibrisis ruang antara dengan petanda klinikal

Page 40: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

40

anemia, poliuria dan kehilangan natrium dalam ginjal, yang menyebabkan kegagalan ginjal kronik. Diagnosis mestilah disokong oleh biopsi ginjal.

35. KARDIOMIOPATI – keterukan tertentu Diagnosis muktamad kardiomiopati oleh pakar kardiologi yang menyebabkan kerosakan fungsi ventrikel kekal dan menyebabkan kerosakan fizikal kekal pada sekurang-kurangnya klasifikasi kelas III Persatuan Jantung New York (NYHA) mengenai kerosakan jantung. Diagnosis hendaklah disokong oleh hasil penemuan ekokardiografik untuk prestasi ventrikel yang dikompromi. Klasifikasi NYHA bagi Kerosakan Jantung untuk Kelas III dan Kelas IV bermaksud berikut: Kelas III: Aktiviti fizikal yang terhad. Selesa ketika rehat, tetapi aktiviti yang kurang daripada kebiasaan akan menyebabkan simptom-simptom. Kelas IV: Tidak boleh terlibat dalam apa jua aktiviti fizikal tanpa merasa tidak selesa. Simptom-simptom mungkin muncul walaupun ketika rehat. Kardiomiopati yang berkait langsung dengan penyalahgunaan alkohol atau dadah adalah tidak dilindungi.

36. LUPUS ERITEMATOSUS SISTEMIK DENGAN KOMPLIKASI BUAH PINGGANG YANG TERUK Diagnosis muktamad Lupus Eritematosus Sistemik yang disahkan oleh pakar reumatologi. Untuk definisi ini, kejadian yang dilindungi akan dibayar jika ia mengakibatkan Lupus Nefritis Jenis III hingga Jenis V, yang dibuktikan oleh biopsi ginjal. Bentuk lain seperti lupus diskoid, atau jenis lain dengan hematologi atau penglibatan sendi sahaja adalah tidak dilindungi. Klasifikasi Lupus WHO:- Jenis III: Glomerulonefritis Segmen Fokus Jenis IV: Glomerulonefritis Resap Jenis V: Glomerulonefritis bermembran

II. DEFINISI AM

1. "Tidak boleh pulih" bermaksud tidak boleh, semunasabahnya, diperbaiki oleh rawatan

perubatan dan / atau prosedur pembedahan selaras dengan piawaian semasa perkhidmatan perubatan yang terdapat di Malaysia.

2. "Kekal" bermaksud dijangka kekal seumur hidup Peserta.

3. "Defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal berterusan" bermaksud simptom tidak berfungsi dalam sistem saraf yang didapati ketika pemeriksaan klinikal dan dijangka bertahan sepanjang hayat Peserta. Simptom yang dilindungi termasuk kebas, lumpuh, lemah setempat, disartria (kesukaran dengan pertuturan), afasia (kehilangan upaya untuk bercakap), disfagia (kesukaran menelan), masalah penglihatan, kesukaran untuk berjalan, kekurangan koordinasi, gegaran, sawan, demensia, meracau dan koma.

4. "Tempoh Penilaian" bermaksud tempoh di mana Pengendali Takaful akan menilai sesuatu

keadaan sebelum memutuskan sama ada keadaan tersebut layak dianggap sebagai kekal

Page 41: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

41

atau tidak. Tempoh penilaian adalah untuk jangka masa tempoh yang minimum yang dinyatakan dalam definisi Penyakit Kritikal yang berkaitan dan tidak akan lebih panjang daripada dua belas (12) bulan (dengan syarat segala bukti yang diperlukan telah dikemukakan).

III. MANFAAT

Takaful Tambahan ini menyediakan bayaran sekaligus sekiranya Peserta disahkan oleh Pakar Perubatan mengalami penyakit kritikal seperti yang ditakrifkan di atas. Pembayaran sekali gus tidak boleh lebih daripada 100% daripada Amaun Manfaat, seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Sijil Induk, maksimum sehingga Ringgit Malaysia Satu Juta (RM1,000,000.00) bagi setiap hayat, yang mana lebih rendah. Jika tuntutan dibayar untuk Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari, pembayaran tersebut akan mengurangkan Amaun Manfaat yang ditunjukkan di dalam Jadual Sijil Induk selaras dengan Fasal I(7) di atas. Pengendali Takaful hanya akan membayar baki Amaun Manfaat yang tinggal sekiranya Peserta didiagnosis dengan sebarang Penyakit Kritikal yang lain dan / atau meninggal dunia pada bila-bila masa selepas mengalami Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain untuk Penyakit Arteri Koronari. Jumlah kesemua wang yang akan dibayar di bawah Takaful Tambahan ini tidak boleh melebihi seratus peratus (100%) daripada Amaun Manfaat Pelan Asas.

IV. SYARAT-SYARAT 1. Semua manfaat di bawah Takaful Tambahan ini akan ditarik balik jika terdapat sebarang

perubahan keadaan yang mungkin meningkatkan risiko termasuk pertukaran pekerjaan melainkan notis perubahan tersebut telah diberikan kepada Pengendali Takaful dan kebenaran bertulis untuk meneruskan Takaful telah diperolehi.

2. Walau apa pun yang terkandung di dalam ini, jumlah maksimum yang perlu dibayar di bawah Takaful Tambahan ini hendaklah tidak melebihi 100% daripada Jumlah Asas Dilindungi berkaitan dengan Peserta.

3. Sebaik selepas Pemegang Sijil Induk atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi

pihak Pemegang Sijil Induk maklum tentang sebarang kejadian yang mungkin menimbulkan tuntutan di bawah Takaful Tambahan ini, notis mengenainya hendaklah diberikan kepada Pengendali Takaful dan semua maklumat, bantuan dan dokumen yang diketahui atau dipegang oleh Pemegang Sijil Induk atau orang lain tersebut atau mana-mana orang bagi pihaknya atau mana-mana seorang daripada mereka yang perlu untuk tujuan menguruskan perkara tersebut hendaklah dalam tempoh masa yang sewajarnya diberikan kepada Pengendali Takaful oleh atau bagi pihak dan atas perbelanjaan Pemegang Sijil Induk. Bukti selanjutnya tersebut, (termasuk sijil perubatan dan perakuan berkanun) yang mungkin diperlukan dengan sewajarnya oleh Pengendali Takaful, hendaklah diberikan dengan cara yang sama untuk tujuan melaksanakan sebarang tuntutan di bawah Takaful Tambahan ini..

4. Pengendali Takaful berhak untuk membatalkan Takaful Tambahan ini pada bila-bila masa

dengan memberikan notis (30) hari secara bertulis kepada Pemegang Sijil Induk dan Takaful Tambahan ini, jika belum ditamatkan sebelum ini, hendaklah ditamatkan serta-merta jika Sijil Induk ini ditamatkan. Apabila Takaful Tambahan ini ditamatkan, tiada sumbangan yang dibayar di bawahnya boleh dipulangkan kecuali bagi sebarang bahagian belum digunakan yang telah dibayar untuk melindungi tempoh selepas penamatan.

5. Takaful Tambahan ini adalah semata-mata untuk manfaat khusus Pemegang Sijil Induk dan

sebarang penyerahan hak, caj atau pindah milik Takaful Tambahan ini dibuat tanpa kebenaran Pengendali Takaful, maka Takaful Tambahan ini hendaklah dianggap dibatalkan serta-merta.

Page 42: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

42

6. Notis bertulis tuntutan mesti diberikan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh diagnosis awal penyakit. Kegagalan untuk memberikan notis dalam masa tersebut tidak akan membatalkan tuntutan jika dapat ditunjukkan bahawa notis tersebut tidak mungkin diberikan dengan sewajarnya dalam tempoh masa yang ditetapkan dan notis telah diberikan dengan sewajarnya secepat yang mungkin.

7. Peserta mesti menyediakan bukti perubatan yang memuaskan Pengendali Takaful atas

perbelanjaannya sendiri. Setiap diagnosis mana-mana penyakit yang dinyatakan tersebut mesti disokong oleh bukti klinikal, radiologi, histologi dan makmal yang boleh diterima yang disahkan oleh Pengamal Perubatan berdaftar. Walaupun bukti penyakit yang dinyatakan mungkin diterima oleh Pengendali Takaful, Pengendali Takaful berhak untuk meminta Peserta diperiksa oleh mana-mana Pengamal Perubatan yang dilantik oleh Pengendali Takaful.

8. Tiada tindakan undang-undang atau tindakan menuntut hak boleh diambil terhadap DRP yang

diuruskan oleh Pengendali Takaful untuk mendapatkan pampasan bagi peruntukan ini sebelum tamat tempoh enam puluh (60) hari selepas bukti penyakit telah difailkan menurut keperluan peruntukan ini atau selepas tamat tempoh dua (2) tahun dari tarikh diagnosis penyakit.

V. PENYAKIT-PENYAKIT KHUSUS

Penyakit khusus bermaksud keilatan berikut dan kerumitan berkaitannya, yang berlaku dalam masa seratus dua puluh (120) hari pertama Perlindungan Takaful: 1. Hipertensi, diabetes melitus dan penyakit kardiovaskular,

2. Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu sistem kencing dan sistem biliari

3. Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak

4. Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele

5. Endometriosis termasuk penyakit sistem reproduktif

6. Gangguan spina vertebra (termasuk cakera) dan penyakit lutut.

VI. PENYAKIT SEDIA ADA Penyakit Sedia Ada bermaksud ketidakupayaan yang mana Peserta mengetahui dengan sewajarnya sebelum Tarikh Kuat Kuasa Sijil Takaful. Peserta boleh dianggap mengetahui dengan sewajarnya keadaan sedia ada di mana keadaan tersebut adalah seperti berikut: -.

(a) Peserta telah menerima atau sedang menerima rawatan;

(b) nasihat perubatan, diagnosis, jagaan atau rawatan telah disyorkan;

(c) gejala yang jelas dan nyata telah atau dapat dilihat; atau

(d) kewujudannya dapat diperhatikan dengan jelas bagi orang yang mengalami keadaan itu. Walau apa pun yang sebaliknya dinyatakan di dalam Takaful Tambahan ini, tiada manfaat perlu dibayar jika penyakit adalah disebabkan oleh Keadaan Sedia Ada melainkan pada masa penyakit didiagnosis, Peserta telah dilindungi selama lebih daripada dua belas (12) bulan dari tarikh kuat kuasa perlindungan dan Peserta sewajarnya telah mendedahkan kecederaan atau penyakit

Page 43: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

43

tersebut dan telah diunderait sepenuhnya dan telah diterima secara bertulis oleh Pengendali sebelum perlindungan berkuat kuasa.

VII. TEMPOH MENUNGGU

Bermaksud tiga puluh (30) hari pertama antara bermulanya keilatan Peserta dan Tarikh Kuat Kuasa, dan berkuat kuasa hanya apabila Peserta dilindungi buat kali pertama. Tempoh Menunggu ini tidak lagi berkuat kuasa selepas tahun pertama perlindungan. Bagaimanapun, jika terdapat selang masa antara perlindungan Takaful, Tempoh Menunggu akan berkuat kuasa sekali lagi.

VIII. PENGECUALIAN Tiada Manfaat di bawah Takaful Tambahan ini pada tarikh penerimaan tuntutan oleh Pengendali Takaful akan dibayar jika Penyakit Dilindungi disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh: (a) Penyaki Sedia Ada di bawah Takaful Tambahan ini;

(b) Tanda-tanda atau simptom-simptom Penyakit Dilindungi yang terdapat sebelum atau:

(i) dalam tempoh enam puluh hari dari Tarikh Permulaan, Tarikh Efektif Pindaan atau mana-

mana Tarikh Pengembalian Semula untuk Takaful Tambahan ini, yang mana terkemudian untuk:

Angioplasti dan rawatan invasif penyakit arteri koronari Kanser Penyakit arteri koronari memerlukan pembedahan Serangan jantung Penyakit arteri koronari serius

(ii) dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada Tarikh Permulaan, Tarikh Efektif Pindaan atau mana-mana Tarikh Pengembalian Semula untuk Takaful Tambahan ini, yang mana terkemudian untuk Penyakit Dilindungi lain yang tidak dinyatakan dalam item (i) di atas.

(c) Bagi Peserta juvenil, sebarang kecacatan/kerosakan kongenital (sejak lahir) dikecualikan

secara khusus;

(d) Selain daripada kejadian pertama Penyakit Dilindungi; atau (e) Sebarang kecederaan atau penyakit yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung,

sepenuhnya atau sebahagiannya, oleh kecederaan yang disengajakan, semasa siuman atau tidak siuman, sengaja menyalahgunakan alkohol dan/atau pengambilan ubat selain daripada mengikut arahan Pengamal Perubatan berdaftar.

*********************************************************

RUANG INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG

*********************************************************

Page 44: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

44

SIJIL TAKAFUL TAMBAHAN

MANFAAT PENDAPATAN HOSPITAL Sijil Manfaat Pendapatan Hospital (seterusnya dirujuk di dalam ini sebagai ‘Takaful Tambahan’) ini adalah sebahagian penting daripada Sijil Induk dan hendaklah ditafsirkan sedemikian. Sebagai pertimbangan bagi sumbangan yang dibayar seperti yang ditunjukkan dalam Jadual Sijil Induk, Pengendali Takaful mengeluarkan Takaful Tambahan ini. Takaful Tambahan ini, berasaskan syarat dan keistimewaan yang dinyatakan seterusnya, memberikan pembayaran Amaun Manfaat seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Sijil Induk, sekiranya Peserta dimasukkan ke Hospital Berlesen. Permohonan dan perakuan dalam Borang Permohonan adalah dengan ini diperakui dan dipersetujui menjadi asas kepada Takaful Tambahan ini. I. DEFINISI

“Perlindungan Luar Negara” bermaksud Takaful Tambahan ini berkuat kuasa hanya bagi Tempoh Penginapan yang berlaku di Malaysia, Singapura atau Brunei, kecuali jika: 1. Peserta, yang mengembara ke luar negara atas sebab selain daripada rawatan perubatan,

perlu dimasukkan ke Hospital Berlesen di luar Malaysia, Singapura atau Brunei akibat Kecemasan Perubatan yang dialami dalam masa sembilan puluh (90) hari selepas meninggalkan Malaysia, atau

2. Peserta, atas cadangan Pakar Perubatan dan dengan kelulusan bertulis Pengendali Takaful

terlebih dahulu, perlu dipindahkan ke Hospital Berlesen di luar Malaysia atau Singapura atau Brunei kerana ciri khusus rawatan, bantuan, maklumat atau keputusan yang diperlukan tidak dapat diberikan atau disediakan atau diambil di Malaysia atau Singapura atau Brunei. Tempoh Penginapan tersebut akan terus tertakluk kepada pengecualian, had dan syarat yang dinyatakan dalam kontrak ini

“Hari Penginapan” bermaksud tempoh dua puluh empat (24) jam penuh dalam Tempoh Penginapan. Hari Pertama Penginapan hendaklah bermula pada masa kemasukan ke Hospital Berlesen dan setiap Hari Penginapan seterusnya akan bermula dua puluh empat (24) jam selepas bermulanya Hari Penginapan sebelumnya. Sekiranya masa Peserta keluar Hospital adalah lebih daripada enam (6) jam tetapi kurang daripada dua puluh empat (24) jam, yang mana lebih lewat, dari 1. waktu dimasukkan ke Hospital Berlesen, 2. berakhirnya Hari Penginapan sebelumnya, maka hari keluar Hospital hendaklah dianggap

sebagai Hari Penginapan. “Kemasukan Hospital” hendaklah bermaksud dimasukkan ke Hospital yang diluluskan oleh Pengendali Takaful sebagai pesakit yang berdaftar untuk rawatan yang Perlu Dari Segi Perubatan bagi Kehilangan Upaya yang dilindungi atas cadangan pakar perubatan. Seseorang pesakit tidak akan dianggap sebagai pesakit dalam jika pesakit tersebut tidak menginap secara fizikal di hospital untuk seluruh tempoh penginapan. “Hospital Berlesen” hendaklah bermaksud institusi yang semata-mata ditubuhkan dan didaftarkan sebagai hospital berlesen untuk menjaga dan merawat orang yang sakit dan cedera sebagai pesakit menginap yang membayar yuran, dan yang: 1. mempunyai kemudahan untuk diagnosis dan pembedahan besar,

Page 45: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

45

2. menyediakan perkhidmatan kejururawatan dua puluh empat (24) jam sehari oleh jururawat siswazah dan berdaftar,

3. berada di bawah penyeliaan seorang Pakar Perubatan, dan 4. bukan semata-mata sebuah klinik; tempat penjagaan penagih alkohol atau dadah; pusat

penjagaan atau rehat atau rumah orang tua atau institusi yang serupa.

“Kecemasan Perubatan” bermaksud Kehilangan Upaya teruk yang: 1. menyebabkan gejala yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak diduga, dan

2. memerlukan rawatan serta-merta Pakar Perubatan untuk mencegah kematian atau

kemerosotan serius jangka panjang yang memudaratkan kesihatan Peserta.

“Perlu Dari Segi Perubatan” menerangkan Hari Penginapan atau Tempoh Penginapan yang diarahkan oleh pakar perubatan dan yang: 1. disediakan untuk diagnosis dan rawatan langsung kehilangan upaya, dan

2. wajar dan konsisten dengan gejala dan penemuan atau diagnosis dan rawatan bagi

kehilangan upaya Peserta, dan

3. disediakan menurut amalan perubatan yang diterima dari segi perubatan di peringkat kebangsaan, dan;

4. kaedah rawatan paling sesuai yang boleh disediakan secara menjimatkan kos, dan

5. bukan untuk rawatan yang bersifat eksperimen, atau untuk tujuan penyiasatan atau untuk tujuan penyelidikan.

“Tempoh Penginapan” bermaksud tempoh masa berterusan yang Perlu Dari Segi Perubatan semasa Peserta dimasukkan ke Hospital Berlesen sebagai pesakit yang menginap. Dua atau lebih tempoh penginapan atas sebab yang sama atau berkaitan, seperti yang ditentukan oleh Pengendali Takaful, adalah dianggap sebagai satu Tempoh Penginapan melainkan satu tempoh masa lebih daripada tiga puluh (30) hari wujud antara tarikh keluar hospital untuk penginapan yang awal dan tarikh kemasukan tempoh penginapan seterusnya.

“Penyakit Sedia Ada” bermaksud ketidakupayaan yang mana Peserta mengetahui dengan sewajarnya sebelum Tarikh Kuat Kuasa Sijil Takaful. Peserta boleh dianggap mengetahui dengan sewajarnya keadaan sedia ada di mana keadaan tersebut adalah seperti berikut: -.

(a) Peserta telah menerima atau sedang menerima rawatan;

(b) nasihat perubatan, diagnosis, jagaan atau rawatan telah disyorkan;

(c) gejala yang jelas dan nyata telah atau dapat dilihat; atau (d) kewujudannya dapat diperhatikan dengan jelas bagi orang yang mengalami keadaan itu.

Walau apa pun yang menyatakan sebaliknya dalam Sijil, tiada manfaat perlu dibayar jika kecederaan atau penyakit disebabkan oleh Penyakit Sedia Ada melainkan pada kecederaan atau penyakit, Peserta telah dilindungi selama lebih daripada dua belas (12) bulan dari tarikh kuat kuasa perlindungan dan Peserta sewajarnya telah mendedahkan kecederaan atau penyakit tersebut dan

Page 46: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

46

telah diunderait sepenuhnya dan diterima secara bertulis oleh Syarikat sebelum permulaan perlindungan. “Tempoh Menunggu” bermaksud tiga puluh (30) hari pertama antara permulaan kehilangan upaya Peserta dan bermulanya Takaful Tambahan ini dan berkuat kuasa hanya apabila orang tersebut dilindungi buat kali pertama. Tempoh ini tidak sah selepas tahun pertama perlindungan. Bagaimanapun, jika terdapat selang masa antara perlindungan Takaful, Tempoh Menunggu akan berkuat kuasa sekali lagi. Tempoh Menunggu tidak sah sekiranya berlaku kemasukan hospital akibat Kemalangan. “Penyakit Khusus” bermaksud kehilangan upaya berikut dan kerumitan berkaitannya, yang berlaku dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari pertama Perlindungan Takaful: 1. Hipertensi, diabetes melitus dan Penyakit Kardiovaskular

2. Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu sistem kencing dan sistem biliari 3. Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak

4. Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele

5. Endometriosis termasuk penyakit sistem Reproduktif

6. Gangguan spina vertebra (termasuk cakera) dan penyakit lutut.

II. MANFAAT Takaful Tambahan ini membayar elaun tunai harian bagi setiap hari penginapan untuk Kehilangan Upaya yang dilindungi di Hospital Berlesen Malaysia, seperti yang ditakrifkan, dengan syarat Peserta menginap pada kadar Bilik dan Makanan yang tidak melebihi jumlah dan bilangan hari yang ditunjukkan dalam Jadual Sijil Induk (dua atau lebih tempoh menginap untuk sebab yang sama atau berkaitan akan dianggap sebagai terus menginap sekiranya jangka masa di antara dua tempoh menginap adalah tidak lebih dari tiga puluh (30) hari). Tiada bayaran akan dibuat bagi sebarang pemindahan kepada dan daripada Hospital Swasta dan Hospital Kerajaan Malaysia untuk Kehilangan Upaya yang dilindungi.

III. LIEN JUVENIL Lien juvenil tidak diguna pakai bagi Takaful Tambahan ini.

IV. PENGECUALIAN Manfaat Pendapatan Hospital tidak akan dibayar sekiranya: 1. untuk lebih daripada lima puluh dua (52) minggu pertama atau mana-mana tempoh lebih lama

di mana Peserta terus menginap di hospital (dua atau lebih tempoh penginapan untuk punca yang sama atau berkaitan akan dianggap penginapan berterusan jika jangka masa antara dua tempoh penginapan berturut-turut tidak lebih daripada (30) hari;

2. bagi seluruh tempoh penginapan berterusan di mana-mana hospital jika mana-mana bahagian tempoh tersebut berada dalam masa tiga puluh (30) hari selepas tarikh kuat kuasa Takaful Tambahan ini pada bila-bila masa kecuali bagi kecederaan akibat kemalangan;

3. bagi mana-mana tempoh penginapan di hospital bagi penyakit atau kecederaan yang dialami sebelum pembayaran Caj Tabarru’ pertama bagi Takaful Tambahan ini;

Page 47: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

47

4. bagi mana-mana tempoh penginapan di hospital yang berlaku selepas ulang tahun tarikh kuat

kuasa seterusnya selepas Peserta mencapai usia enam puluh enam (66) tahun, atau selepas tamat tempoh Sijil Asas ini;

5. berhubung dengan mana-mana tempoh penginapan di hospital bagi penyakit atau kecederaan yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung atau dipercepatkan oleh: (a) mogok, rusuhan, kekacauan awam, peperangan (sama ada diisytiharkan atau tidak).

(b) sebarang perlanggaran undang-undang oleh Peserta

(c) terlibat dalam penerbangan (kecuali sebagai penumpang biasa yang membayar tambang

yang menaiki penerbangan awam biasa).

(d) berada di bawah pengaruh arak memabukkan atau sebarang narkotik atau dadah,

(e) bunuh diri, percubaan bunuh diri, kecederaan yang disengajakan, pertarungan atau tindakan menuntut keadilan,

(f) Tidak siuman,

(g) Penyakit kelamin, atau

(h) Kelahiran anak, kehamilan, pengguguran dan keadaan susulannya.

(i) Kewujudan Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) atau Kerumitan Berkaitan AIDS.

6. rawatan, tempoh penginapan atau hari penginapan yang tidak perlu dari segi perubatan;

7. penyakit sedia ada atau sebarang keadaan yang sedia ada sebelum Tarikh Kuat Kuasa Sijil Takaful;

8. Rawatan gusi, gigi atau struktur sokongan langsung, kecuali diperlukan akibat kecederaan;

9. Sebarang bentuk pembedahan kosmetik kecuali yang disebabkan oleh kecederaan;

10. Rawatan yang timbul daripada kecacatan semasa lahir, kejanggalan kongenital, keturunan atau keadaan yang berkaitan;

11. Penjagaan penyembuhan, penjagaan rehat, penjagaan hospis, pemulihan atau rawatan serupa;

12. untuk bayi berusia bawah 30 hari selepas dilahirkan pada tarikh kejadian Takaful;

13. gangguan psikotik, mental atau saraf, (termasuk sebarang neurosis dan petanda fisiologi atau psikosomatiknya);

14. Juga dengan syarat bahawa bagi setiap tuntutan manfaat, notis bertulis diberikan di Ibu Pejabat Pengendali Takaful dalam tempoh 30 (tiga puluh) hari dari tarikh kemasukan Peserta ke hospital dan semua sijil, maklumat dan bukti yang diperlukan oleh Pengendali Takaful hendaklah diberikan atas perbelanjaan Pemilik Sijil, penama atau penerima serah hak atau wakil peribadi Pemegang Sijil dan dalam bentuk dan jenis yang ditetapkan oleh Pengendali Takaful untuk menunjukkan bahawa Peserta menginap atau pernah menginap di hospital

Page 48: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

48

kerajaan atau Hospital Berlesen di Malaysia Singapura dan Brunei kerana penyakit atau kecederaan;

15. Penyakit Khusus yang berlaku dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari pertama selepas Tarikh Kuat Kuasa Takaful Tambahan.

V. SYARAT-SYARAT

1. Tempoh Perlindungan dan Pembaharuan Pelan Takaful Tambahan ini hanya boleh didapati jika Sijil Asas masih berkuat kuasa. Perlindungan Takaful akan berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam Jadual Sijil Induk.

2. Wilayah Geografi Manfaat akan dibayar kepada Peserta untuk tempoh di mana Peserta dimasukkan ke Hospital Berlesen di seluruh dunia selama dua puluh (24) empat jam sehari.

3. Prosedur Tuntutan Dalam masa 30 hari selepas berlaku kehilangan upaya yang melibatkan perbelanjaan boleh dituntut, Peserta hendaklah memberikan notis bertulis kepada Pengendali Takaful menyatakan butiran penuh kejadian tersebut, termasuk semua bil dan resit asal, dan laporan penuh Pakar Perubatan yang menyatakan diagnosis keadaan yang dirawat dan tarikh kehilangan upaya bermula menurut pandangan Pakar Perubatan, dan senarai kos rawatan Pakar Perubatan termasuk ubat dan perkhidmatan yang diberikan. Kegagalan untuk memberikan notis sedemikian dalam masa yang dibenarkan tidak akan membatalkan sebarang tuntutan jika didapati tidak mungkin notis tersebut dapat diberikan dengan sewajarnya dan notis tersebut telah diberikan dengan secepat yang mungkin dilakukan. Peserta hendaklah serta-merta mendapatkan dan bertindak menurut nasihat perubatan yang wajar dan DRP yang diuruskan oleh Pengendali Takaful tidak akan bertanggungjawab sekiranya rawatan atau perkhidmatan menjadi perlu disebabkan kegagalan Peserta berbuat demikian.

4. Penamatan Takaful Tambahan ini akan tamat secara automatik, 1. jika Sijil Induk luput, matang atau diserahkan,

2. apabila Peserta di bawah Sijil Induk meninggal dunia,

3. pada Tarikh Luput Sijil Induk.

*********************************************************

RUANG INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG

*********************************************************

Page 49: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

49

SIJIL TAKAFUL TAMBAHAN

PERBELANJAAN PENGEBUMIAN (AHLI) Sijil Perbelanjaan Pengebumian ini (seterusnya dirujuk sebagai "Takaful Tambahan”) adalah sebahagian penting daripada Sijil Induk dan hendaklah ditafsirkan sedemikian. Pengendali Takaful mengeluarkan Takaful Tambahan ini sebagai pertimbangan kepada sumbangan yang dibayar seperti yang ditunjukkan dalam Jadual Sijil Induk. Berasaskan syarat dan keistimewaan yang dinyatakan seterusnya, Takaful Tambahan ini menyediakan pembayaran sekaligus Amaun Manfaat seperti yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful sekiranya berlaku Kematian ke atas Peserta, seperti yang ditakrifkan dan dihadkan dalam Jadual Sijil Induk. Permohonan dan perakuan dalam Borang Permohonan adalah dengan ini diperakui dan dipersetujui menjadi asas Takaful Tambahan ini. I. MANFAAT

Sebagai pertimbangan bagi pembayaran sumbangan menurut Sijil Takaful dan tertakluk kepada peruntukan yang terkandung seterusnya dan kepada syarat dalam Bahagian (III) tersebut, Pengendali Takaful hendaklah membayar, di Ibu Pejabatnya pada masa ini, jumlah yang ditetapkan dalam Jadual Sijil Induk kepada Penama, apabila kontrak ini dihantar dan berasaskan bukti memuaskan yang diberikan kepada Pengendali Takaful sekiranya berlaku Kematian.

II. SYARAT-SYARAT 1. Semua manfaat di bawah Takaful Tambahan ini akan ditarik balik jika terdapat sebarang

perubahan dalam keadaan yang mungkin meningkatkan risiko, termasuk perubahan pekerjaan melainkan notis perubahan tersebut telah diberikan kepada Pengendali Takaful dan kebenaran bertulis daripada mereka untuk meneruskan Takaful telah diterima.

2. Sebaik selepas Pemegang Sijil Induk atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi

pihak Pemegang Sijil Induk maklum tentang sebarang kejadian yang mungkin menimbulkan tuntutan di bawah Takaful Tambahan ini, notis mengenainya hendaklah diberikan ke Ibu Pejabat Pengendali Takaful secara bertulis dalam masa tiga puluh (30) hari selepas kejadian tersebut berlaku dan semua maklumat, bantuan dan dokumen yang diketahui atau dipegang oleh Pemegang Sijil Induk atau orang lain tersebut atau mana-mana orang bagi pihaknya atau mana-mana seorang daripada mereka yang perlu untuk tujuan menguruskan perkara tersebut hendaklah dalam tempoh masa yang sewajarnya diberikan kepada Pengendali Takaful oleh atau bagi pihak dan atas perbelanjaan Pemegang Sijil Induk. Bukti selanjutnya tersebut, (termasuk sijil perubatan dan perakuan berkanun) yang mungkin diperlukan dengan sewajarnya oleh Pengendali Takaful, hendaklah diberikan dengan cara yang sama untuk tujuan melaksanakan sebarang tuntutan di bawah Takaful Tambahan ini.

3. Walau apa pun jumlah manfaat yang perlu dibayar bagi setiap Peserta, had agregat liabiliti

bagi DRP yang diuruskan oleh Pengendali Takaful di bawah Sijil Induk ini hendaklah tidak melebihi RM3,000,000.

4. Pengendali Takaful berhak untuk membatalkan Takaful Tambahan ini pada bila-bila masa

dengan memberikan notis tiga puluh (30) hari secara bertulis kepada Pemegang Sijil Induk dan Takaful Tambahan ini, jika belum ditamatkan sebelum ini, hendaklah ditamatkan serta-merta jika Sijil Induk ini ditamatkan. Apabila Takaful Tambahan ini ditamatkan, tiada sumbangan yang dibayar di bawahnya boleh dipulangkan kecuali bagi sebarang bahagian belum digunakan yang telah dibayar untuk melindungi tempoh selepas penamatan.

5. Takaful Tambahan ini adalah semata-mata untuk manfaat khusus Pemegang Sijil Induk dan

jika sebarang penyerahan hak, caj atau pindah milik Takaful Tambahan ini dibuat tanpa

Page 50: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

50

kebenaran Pengendali Takaful, maka Takaful Tambahan ini hendaklah dianggap dibatalkan serta-merta.

III. KEADAAN SEDIA ADA

Keadaan Sedia Ada bermaksud ketidakupayaan yang mana Peserta mengetahui dengan sewajarnya sebelum Tarikh Kuat Kuasa Sijil Takaful. Peserta boleh dianggap mengetahui dengan sewajarnya keadaan sedia ada di mana keadaan tersebut adalah seperti berikut: -.

(a) Peserta telah menerima atau sedang menerima rawatan;

(b) nasihat perubatan, diagnosis, jagaan atau rawatan telah disyorkan; (c) gejala yang jelas dan nyata telah atau dapat dilihat; atau (d) kewujudannya dapat diperhatikan dengan jelas bagi orang yang mengalami keadaan itu.

Walau apa pun yang sebaliknya dinyatakan dalam Takaful Tambahan ini, tiada manfaat perlu dibayar jika kematian disebabkan oleh Penyakit Sedia Ada melainkan pada masa kematian, Peserta telah dilindungi untuk tempoh lebih daripada dua belas (12) bulan dari tarikh kuat kuasa perlindungan dan Peserta telah mendedahkan kecederaan atau penyakit tersebut seperti yang sepatutnya dan ia telah diunderait sepenuhnya dan diterima oleh Pengendali Takaful sebelum permulaan perlindungan.

IV. PENGECUALIAN

Sekiranya Orang Dilindungi, sama ada dalam keadaan siuman atau tidak siuman, membunuh diri dalam masa 12 bulan dari tarikh kuat kuasa Sijil Induk, tiada manfaat di bawah Takaful Tambahan ini akan dibyar.Selain itu, sekiranya Orang Dilindungi meninggal dunia disebabkan oleh Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau penyakit lain yang disebarkan menerusi hubungan seks yang berpunca daripada kecuaian ataupun perbuatan sengaja Orang Dilindungi,tiada manfaat di bawah Takaful Tambahan ini yang akan dibayar.

*********************************************************

RUANG INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG

*********************************************************

Page 51: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

51

SIJIL TAKAFUL TAMBAHAN

PERBELANJAAN PENGEBUMIAN (PASANGAN)

Sijil Perbelanjaan Pengebumian ini (seterusnya dirujuk sebagai "Takaful Tambahan”) adalah sebahagian penting daripada Sijil Induk dan hendaklah ditafsirkan sedemikian. Pengendali Takaful mengeluarkan Takaful Tambahan ini sebagai pertimbangan kepada sumbangan yang dibayar seperti yang ditunjukkan dalam Jadual Sijil Induk. Berasaskan syarat dan keistimewaan yang dinyatakan seterusnya, Takaful Tambahan ini menyediakan pembayaran sekaligus Amaun Manfaat seperti yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful sekiranya berlaku Kematian ke atas Pasangan seperti yang ditakrifkan dan dihadkan dalam Jadual Sijil Induk. Permohonan dan perakuan dalam Borang Permohonan adalah dengan ini diperakui dan dipersetujui menjadi asas Takaful Tambahan ini.

I. MANFAAT

Sebagai pertimbangan bagi pembayaran sumbangan menurut Sijil Takaful dan tertakluk kepada peruntukan yang terkandung seterusnya, Pengendali Takaful hendaklah membayar, di Ibu Pejabatnya pada masa ini, jumlah yang ditetapkan dalam Jadual Sijil Induk kepada Penama atau Peserta (mengikut mana-mana yang berkenaan), apabila kontrak ini dihantar dan berasaskan bukti memuaskan yang diberikan kepada Pengendali Takaful sekiranya berlaku Kematian.

II. SYARAT-SYARAT 1. Semua manfaat di bawah Takaful Tambahan ini akan ditarik balik jika terdapat sebarang

perubahan dalam keadaan yang mungkin meningkatkan risiko, termasuk perubahan pekerjaan melainkan notis perubahan tersebut telah diberikan kepada Pengendali Takaful dan kebenaran bertulis daripada mereka untuk meneruskan Takaful telah diterima.

2. Sebaik selepas Pemegang Sijil Induk atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi

pihak Pemegang Sijil Induk maklum tentang sebarang kejadian yang mungkin menimbulkan tuntutan di bawah Takaful Tambahan ini, notis mengenainya hendaklah diberikan ke Ibu Pejabat Pengendali Takaful secara bertulis dalam masa tiga puluh (30) hari selepas kejadian tersebut berlaku dan semua maklumat, bantuan dan dokumen yang diketahui atau dipegang oleh Pemegang Sijil Induk atau orang lain tersebut atau mana-mana orang bagi pihaknya atau mana-mana seorang daripada mereka yang perlu untuk tujuan menguruskan perkara tersebut hendaklah dalam tempoh masa yang sewajarnya diberikan kepada Pengendali Takaful oleh atau bagi pihak dan atas perbelanjaan Pemegang Sijil Induk.

3. Walau apa pun jumlah manfaat yang perlu dibayar bagi setiap Peserta, had agregat liabiliti bagi DRP yang diuruskan oleh Pengendali Takaful di bawah Sijil Induk ini hendaklah tidak melebihi RM3,000,000.

4. Pengendali Takaful berhak untuk membatalkan Takaful Tambahan ini pada bila-bila masa

dengan memberikan notis tiga puluh (30) hari secara bertulis kepada Pemegang Sijil Induk dan Takaful Tambahan ini, jika belum ditamatkan sebelum ini, hendaklah ditamatkan serta-merta jika Sijil Induk ini ditamatkan. Apabila Takaful Tambahan ini ditamatkan, tiada sumbangan yang dibayar di bawahnya boleh dipulangkan kecuali bagi sebarang bahagian belum digunakan yang telah dibayar untuk melindungi tempoh selepas penamatan.

5. Takaful Tambahan ini adalah semata-mata untuk manfaat khusus Pemegang Sijil Induk dan

jika sebarang penyerahan hak, caj atau pindah milik Takaful Tambahan ini dibuat tanpa kebenaran Pengendali Takaful, maka Takaful Tambahan ini hendaklah dianggap dibatalkan serta-merta.

Page 52: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

52

III. PENGECUALIAN Sekiranya Pasangan, sama ada dalam keadaan siuman atau tidak siuman, membunuh diri atau meninggal dunia disebabkan oleh Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau penyakit lain yang disebarkan menerusi hubungan seks, tiada manfaat di bawah Takaful Tambahan ini yang akan dibayar.

*********************************************************

RUANG INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG

*********************************************************

Page 53: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

53

SIJIL TAKAFUL TAMBAHAN

PERBELANJAAN PENGEBUMIAN (ANAK)

Sijil Perbelanjaan Pengebumian ini (seterusnya dirujuk sebagai "Takaful Tambahan”) adalah sebahagian penting daripada Sijil Induk dan hendaklah ditafsirkan sedemikian. Pengendali Takaful mengeluarkan Takaful Tambahan ini sebagai pertimbangan kepada sumbangan yang dibayar seperti yang ditunjukkan dalam Jadual Sijil Induk. Berasaskan syarat dan keistimewaan yang dinyatakan seterusnya, Takaful Tambahan ini menyediakan pembayaran sekaligus Amaun Manfaat seperti yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful sekiranya berlaku Kematian ke atas Anak, seperti yang ditakrifkan dan dihadkan dalam Jadual Sijil Induk. Permohonan dan perakuan dalam Borang Permohonan adalah dengan ini diperakui dan dipersetujui menjadi asas Takaful Tambahan ini.

I. MANFAAT

Sebagai pertimbangan bagi pembayaran sumbangan menurut Sijil Takaful dan tertakluk kepada peruntukan yang terkandung seterusnya, Pengendali Takaful hendaklah membayar, di Ibu Pejabatnya pada masa ini, jumlah yang ditetapkan dalam Jadual Sijil Induk kepada Penama atau Peserta (mengikut mana-mana yang berkenaan), apabila kontrak ini dihantar dan berasaskan bukti memuaskan yang diberikan kepada Pengendali Takaful sekiranya berlaku Kematian.

II. SYARAT-SYARAT 1. Semua manfaat di bawah Takaful Tambahan ini akan ditarik balik jika terdapat sebarang

perubahan dalam keadaan yang mungkin meningkatkan risiko, termasuk perubahan pekerjaan melainkan notis perubahan tersebut telah diberikan kepada Pengendali Takaful dan kebenaran bertulis daripada mereka untuk meneruskan Takaful telah diterima.

2. Sebaik selepas Pemegang Sijil Induk atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi

pihak Pemegang Sijil Induk maklum tentang sebarang kejadian yang mungkin menimbulkan tuntutan di bawah Takaful Tambahan ini, notis mengenainya hendaklah diberikan ke Ibu Pejabat Pengendali Takaful secara bertulis dalam masa tiga puluh (30) hari selepas kejadian tersebut berlaku dan semua maklumat, bantuan dan dokumen yang diketahui atau dipegang oleh Pemegang Sijil Induk atau orang lain tersebut atau mana-mana orang bagi pihaknya atau mana-mana seorang daripada mereka yang perlu untuk tujuan menguruskan perkara tersebut hendaklah dalam tempoh masa yang sewajarnya diberikan kepada Pengendali Takaful oleh atau bagi pihak dan atas perbelanjaan Pemegang Sijil Induk.

3. Walau apa pun jumlah manfaat yang perlu dibayar bagi setiap Peserta, had agregat liabiliti bagi DRP yang diuruskan oleh Pengendali Takaful di bawah Sijil Induk ini hendaklah tidak melebihi RM3,000,000.

4. Pengendali Takaful berhak untuk membatalkan Takaful Tambahan ini pada bila-bila masa

dengan memberikan notis tiga puluh (30) hari secara bertulis kepada Pemegang Sijil Induk dan Takaful Tambahan ini, jika belum ditamatkan sebelum ini, hendaklah ditamatkan serta-merta jika Sijil Induk ini ditamatkan. Apabila Takaful Tambahan ini ditamatkan, tiada sumbangan yang dibayar di bawahnya boleh dipulangkan kecuali bagi sebarang bahagian belum digunakan yang telah dibayar untuk melindungi tempoh selepas penamatan.

5. Takaful Tambahan ini adalah semata-mata untuk manfaat khusus Pemegang Sijil Induk dan

jika sebarang penyerahan hak, caj atau pindah milik Takaful Tambahan ini dibuat tanpa kebenaran Pengendali Takaful, maka Takaful Tambahan ini hendaklah dianggap dibatalkan serta-merta.

Page 54: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

54

III. PENGECUALIAN Sekiranya Anak, sama ada dalam keadaan siuman atau tidak siuman, membunuh diri atau meninggal dunia disebabkan oleh Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau penyakit lain yang disebarkan menerusi hubungan seks, tiada manfaat di bawah Takaful Tambahan ini yang akan dibayar.

*********************************************************

RUANG INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG

*********************************************************

Page 55: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

55

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

(Baca Helaian Pendedahan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Takaful Simpanan Berkelompok HLM Takaful. Pastikan juga anda membaca terma dan syarat am. HONG LEONG MSIG TAKAFUL BERHAD (738090-M) Takaful Simpanan Berkelompok HLM Takaful (PROSavT) 1. Apakah produk ini? Produk ini memberikan perlindungan sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal dan

menyeluruh (KKM), sama ada semulajadi atau sebarang sebab, ke atas Peserta. Produk ini boleh diperbaharui secara tahunan sehingga Peserta mencapai umur 66, hari jadi akan datang (pembaharuan dijamin). Sumbangan bulanan hendaklah dibayar pada setiap ulangtahun bulanan. Tiada tempoh minimum atau maksimum, bagaimanapun plan adalah boleh diperbahurui sehingga Peserta mencapai umur 66, hari jadi akan datang. Produk ini juga memberikan sebahagian simpanan sekiranya dipegang sehingga matang, tertakluk kepada terma dan syarat seperti tercatat dalam Sijil.

2. Apakah konsep-konsep shariah yang digunakan? Iltizam Bi Al Tabarru’ - bermaksud komitmen untuk melakukan Tabarru' (derma); i.e. suatu konsep

di mana sebarang amaun dibayar oleh Peserta yang diperuntukkan ke dalam Dana Risiko Peserta diambil kira sebagai komitmen peserta untuk melakukan derma. Tabarru'/derma sebenar dikira berlaku hanya sekiranya berlaku aktiviti atau peristiwa yang diluluskan oleh Jawatankuasa Shariah Pengendali. Tabarru’ - sebahagian daripada sumbangan yang mana Peserta bersetuju untuk membayar apabila berlaku aktiviti atau peristiwa yang disahkan oleh pihak pengurusan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Shariah Pengendali, dengan itu membolehkan Peserta memenuhi tanggungjawabnya untuk saling membantu dan jaminan bersama sekiranya peserta-peserta lain mengalami kerugian lain yang ditakrifkan. Wakalah - bermaksud suatu perjanjian yang melantik Pengendali untuk menguruskan perkhidmatan secara menyeluruh yang diberikan di bawah Sijil Takaful. Pengendali akan mengambil sebahagian sumbangan sebagai Yuran Wakalah untuk perkhidmatan yang diberikan. Mudharabah (perkongsian keuntungan) - bermaksud suatu konrak antara Pengendali dan Peserta di mana Peserta memberikan Sumbangan untuk diurus dan ditadbir oleh Pengendali bagi pihak Peserta untuk tujuan pelaburan. Sebarang keuntungan pelaburan daripada pelaburan Dana Peserta akan dikongsi antara Peserta dan Pengendali dengan nisbah 90:10 masing-masing. Ju’alah - bermaksud suatu perjanjian dimana Peserta bersetuju untuk memberi ganjaran kepada Pengendali atas pencapaiannya atau prestasi yang baik dalam menguruskan Dana Risiko Peserta yang membawa kepada lebihan kepada Dana Risiko Peserta.

3. Apakah perlindungan/manfaat yang disediakan?

Sijil ini menyediakan: Perlindungan Asas: Kematian atau KKM akibat sebab-sebab semulajadi.

Manfaat sampingan (Pilihan) yang boleh didapati bawah produk ini: Kematian akibat Kemalangan Keilatan Kekal dan Menyeluruh akibat Kemalangan Keilatan Kekal dan Sebahagian akibat Semulajadi atau Kemalangan (untuk Pelan Berlian sahaja) Penyakit Kritikal Pembayaran Manfaat Dipercepatkan Manfaat Pendapatan Hospital Khairat Kematian Peserta / Pasangan / Anak

Page 56: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

56

4. Berapakah jumlah sumbangan yang saya perlu bayar? Jumlah sumbangan yang perlu anda bayar dan tempoh sijil adalah berbeza bergantung kepada pelan yang dipilih.

5. Apakah yuran-yuran dan caj-caj yang perlu saya bayar? Caj-caj tabarru' akan ditolak secara bulanan dari Akaun Peserta. Caj-caj tabarru' akan meningkat dengan peningkatan usia anda. Perincian caj-caj tabarru' dan lain-lain caj untuk PROSavT adalah diberi dalam Sijil Takaful.

Jenis Amaun

▫ Yuran Wakalah ▫ 25.00% daripada Jumlah Sumbangan, di mana:

(a) Komisyen: 10%

(b) Perbelanjaan Pengurusan: 15%

▫ Cukai Setem

▫ RM 10 (dibayar oleh Pemegang Sijil Induk)

6. Adakah saya menerima sebarang lebihan daripada plan ini?

Anda berhak untuk menerima sekurang-kurang 50% daripada lebihan yang diagihkan (jika ada) secara tahunan akan dikredit terus ke dalam Akaun Peserta. Baki sehingga 50% adalah dikongsi dengan kami (Pengendali) sebagai insentif menguruskan Dana Risiko Peserta.

7. Apakah terma dan syarat yang perlu saya ketahui? Kepentingan pendedahan - anda mesti mendedahkan semua fakta penting seperti keadaan

perubatan, dan menyatakan umur anda dengan betul. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh mengakibatkan sijil anda dibatalkan. Tempoh bertenang - anda boleh membatalkan sijil PROSavT anda dengan memulangkan sijil dalam tempoh 15 hari kalendar selepas anda menerima sijil. Sumbangan-sumbangan yang telah anda bayar (kurang sebarang yuran perubatan yang ditanggung) akan dipulangkan kepada anda tanpa sebarang keuntungan.

Nota: Senarai ini adalah tidak lengkap. Sila rujuk pada Sijil Induk untuk terma dan syarat di bawah Sijil Takaful anda.

8. Apakah pengecualian utama di bawah Sijil ini?

Manfaat Kematian: Sekiranya Peserta, sama ada dalam keadaan siuman atau tidak siuman membunuh diri, atau

mati akibat AIDS atau penyakit yang tersebar melalui seks, tiada manfaat Kematian akan dibayar. Dalam keadaan ini, hanya nilai Akaun Peserta anda pada waktu kematian akan dibayar. Sekiranya Peserta mati akibat Keadaan Sedia Ada dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh efektif perlindungan, tiada manfaat Kematian akan dibayar. Dalam keadaan ini, hanya nilai Akaun Peserta anda akan dibayar.

Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh:

Tiada manfaat Takaful akan dibayar sekiranya Keilatan Kekal dan Menyeluruh secara langsung atau tidak langsung berlaku akibat:

Kecederaan yang disengajakan atau sebarang percubaan untuk berbuat demikian dalam keadaan siuman atau tidak siuman; atau

Pengaruh alkohal, narkotik atau penyalahgunaan dadah yang diberi menerusi preskripsi oleh pengamal perubatan sah yang berkelayakan; atau

Melibatkan diri dalam penerbangan untuk tujuan melakukan sebarang pekerjaan atau operasi teknikal atau hobi atau dalam apa jua kegiatan penerbangan kecuali sebagai juruterbang, anak

Page 57: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

57

kapal atau sebagai penumpang yang membayar tambang melainkan dalam penerbangan yang dijadualkan secara tetap menggunakan pesawat komersial atau perkhidmatan sewa; atau

Sebarang perlanggaran undang-undang, yang membawa hukuman mati oleh Peserta; atau Jangkitan HIV, AIDS atau sebarang kerumitan berkaitan AIDS atau sebarang penyakit berkaitan

AIDS; atau Perkhidmatan tentera atau tentera laut pada masa peperangan yang diisytiharkan atau tidak,

semasa di bawah arahan untuk operasi seperti peperangan atau memulihkan ketenteraman awam; atau

Keadaan Sedia Ada.

Manfaat Penyakit Kritikal: Manfaat Takaful tidak akan dibayar jika Penyakit Kritikal disebabkan secara langsung atau tidak Langsung oleh:

Keadaan Sedia Ada; atau Penyakit Khusus yang berlaku dalam tempoh satu ratus dua puluh (120) hari pertama perlindungan berterusan; atau Jika penyakit disahkan menerusi diagnosis dalam masa tiga puluh (30) hari tarikh pengeluaran Kontrak Tambahan ini atau tarikh pengembalian semula, yang mana lebih lewat; atau Selain daripada kejadian pertama Penyakit Berbahaya; atau Sebarang kecederaan atau penyakit yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya, oleh kecederaan yang disengajakan, semasa siuman atau tidak siuman, sengaja menyalahgunakan alkohol dan/atau pengambilan ubat selain daripada mengikut arahan Pengamal Perubatan berdaftar; atau Sebarang kecederaan atau penyakit yang dialami semasa: (i) giat menyertai rusuhan, mogok atau kekacauan awam, kebangkitan, peperangan atau

penaklukan atau sebarang tindakan yang berkaitan dengannya (ii) Penerbangan, meluncur atau sebarang bentuk penerbangan udara (selain daripada

penumpang membayar tambang yang menaiki penerbangan terjadual) atau lumba motor, lumba kuda atau operasi kapal selam. Kehamilan atau kelahiran anak, melainkan kehilangan upaya berterusan selama lebih daripada

tiga (3) bulan selepas tamat kehamilan; atau Untuk Peserta Juvenil, sebarang kerosakan/kecacatan kongenital (sejak lahir) dikecualikan

secara khusus.

Manfaat Kematian akibat Kemalangan: Manfaat Takaful tidak akan dibayar jika Kematian Akibat Kemalangan disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada:

Kecederaan disengajakan atau sebarang percubaan melakukannya dalam keadaan siuman atau tidak siuman; atau

Pengaruh alkohol, narkotik atau salah guna dadah yang disyorkan oleh pengamal perubatan sah yang berkelayakan; atau Melibatkan diri dalam penerbangan untuk tujuan melakukan sebarang pekerjaan atau operasi teknikal atau hobi atau dalam apa jua kegiatan penerbangan kecuali sebagai juruterbang, anak kapal atau sebagai penumpang yang membayar tambang dalam penerbangan yang dijadualkan secara tetap menggunakan pesawat komersial atau perkhidmatan sewa; atau Sebarang perlanggaran undang-undang oleh Peserta yang membawa hukuman mati; atau Jangkitan HIV, AIDS atau sebarang kerumitan berkaitan AIDS atau sebarang penyakit berkaitan AIDS; atau Perkhidmatan tentera darat atau laut pada masa peperangan diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, semasa di bawah arahan bagi operasi seperti peperangan atau pemulihan ketenteraman awam; atau Kecederaan akibat pembelahan nuklear, pelakuran nuklear, bahan senjata nuklear atau pencemaran radioaktif; atau Penglibatan dalam sebarang kegiatan mendaki gunung atau memanjat batu; atau

Page 58: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan ......RM2,500 RM9,000 3. Anak RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) 2 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

58

Penyertaan dalam atau latihan untuk sebarang sukan dan pertandingan berbahaya atau memudaratkan atau menunggang atau memandu dalam apa jua bentuk perlumbaan atau pertandingan.

Nota: Senarai ini adalah tidak lengkap. Sila rujuk pada Sijil Induk untuk terma dan syarat di bawah Sijil Takaful anda. 9. Bolehkah saya membatalkan sijil saya?

Menyertai plan takaful keluarga adalah komitmen kewangan jangka panjang. Jika anda tidak membayar sumbangan anda dalam tempoh ihsan, sijil anda akan luput. Amaun tunai yang akan dibayar oleh Pengendali Takaful apabila anda membatalkan sijil sebelum tempoh matang adalah kurang daraipada jumlah sumbangan yang anda telah bayar.

10. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat perubahan dalam maklumat perhubungan saya?

Adalah penting untuk anda memaklumkan kami sebarang perubahan dalam maklumat perhubungan untuk memastikan sebarang maklumat sampai kepada anda dalam masa yang ditetapkan.

11.Dimana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut berkenaan Takaful Keluarga, sila rujuk kepada buku insuranceinfo tentang "Takaful Keluarga", yang boleh didapati di semua cawangan Pengendali Takaful atau layari www.insuranceinfo.com.my.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pengendali Takaful di:

Hong leong MSIG Takaful Berhad (738090-M)

Level 5, Tower B, PJ City Development

No. 15A, Jalan 219, Seksyen 51A

46100 Petaling Jaya, Selangor.

Telephone: +603 7650 1800

Facsimile : +603 7620 6730

Website: www.hlmsigtakaful.com.my NOTIS PENTING: MENYERTAI PLAN TAKAFUL KELUARGA ADALAH KOMITMEN KEWANGAN JANGKA PANJANG. ANDA MESTI MEMILIH JENIS SIJIL YANG PALING SESUAI DENGAN KEPERLUAN PERIBADI ANDA. ANDA HARUS BACA DAN FAHAM SIJIL TAKAFUL DAN BERBINCANG DENGAN EJEN ATAU HUBUNGI PENGENDALI TAKAFUL UNTUK MAKLUMAT LANJUT.