(1) pel 1 islam dan harta (harta amanah allah)

14
Tingkatan 5 : Bab 1 : Ekonomi Islam KERTAS 1 BAHAGIAN A : Soalan Objektif Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat. 1 Berikut merupakan kenyataan tentang pengertian harta kecuali A Boleh dimiliki oleh setiap manusia B Memberi manfaat kepada pemiliknya C Menjadi matlamat mutlak hidup manusia D Memberi perlindungan dan keselesaan kepada pemiliknya 2 Harta yang dicari dikira sebagai ibadat apabila I Mencarinya ketika lapang II Daripada sumber yang halal III Ibadat fardhu tidak ditinggalkan IV Memanfaatkan alam untuk kepentingan diri A I dan II B II dan III C III dan IV D II dan IV 3 Umat Islam dituntut mencari harta secara halal untuk I Menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat II Mengelakkan penindasan dan penganiayaan III Mengumpul wang sekadar yang mampu IV Dipandang mulia oleh masyarakat A I dan II B II dan III C III dan IV D II dan IV 4 Menunaikan yang wajib terhadap harta Melaksanakan tanggungjawab sosial Memanfaatkan harta untuk kepentingan ramai Membelanjakan harta secara berhemah Pernyataan di atas menerangkan tentang A Ujian kepada pemilik harta B Kelebihan menguruskan harta C Cara menguruskan harta D Keperluan mencari harta 5 Harta yang dibelanjakan secara Islam menyebabkan A Pungutan zakat berkurangan B Pembangunan negara terjejas C Pemiliknya dikenakan tindakan D Kadar kemiskinan berkurangan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral 1 PELAJARAN 1 : ISLAM DAN HARTA

Upload: nurlina-khairi

Post on 20-Nov-2015

73 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pel islam dan harta

TRANSCRIPT

BORANG ITEM OBJEKTIF

Tingkatan 5 : Bab 1 : Ekonomi Islam

KERTAS 1

BAHAGIAN A : Soalan Objektif

Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.

1Berikut merupakan kenyataan tentang pengertian harta kecuali

ABoleh dimiliki oleh setiap manusia

BMemberi manfaat kepada pemiliknya

CMenjadi matlamat mutlak hidup manusia

DMemberi perlindungan dan keselesaan kepada pemiliknya

2Harta yang dicari dikira sebagai ibadat apabila

IMencarinya ketika lapang

IIDaripada sumber yang halal

IIIIbadat fardhu tidak ditinggalkan

IVMemanfaatkan alam untuk kepentingan diri

AI dan II

BII dan III

CIII dan IV

DII dan IV

3Umat Islam dituntut mencari harta secara halal untuk

IMenjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat

IIMengelakkan penindasan dan penganiayaan

IIIMengumpul wang sekadar yang mampu

IVDipandang mulia oleh masyarakat

AI dan II

BII dan III

CIII dan IV

DII dan IV

4Menunaikan yang wajib terhadap harta

Melaksanakan tanggungjawab sosial

Memanfaatkan harta untuk kepentingan ramai

Membelanjakan harta secara berhemah

Pernyataan di atas menerangkan tentang

AUjian kepada pemilik harta

BKelebihan menguruskan harta

CCara menguruskan harta

DKeperluan mencari harta

5Harta yang dibelanjakan secara Islam menyebabkan

APungutan zakat berkurangan

BPembangunan negara terjejas

CPemiliknya dikenakan tindakan

DKadar kemiskinan berkurangan

6Apakah yang dimaksudkan dengan harta wakaf?

AHarta yang diserahkan untuk faedah orang ramai yang berkaitan dengan agama Islam

BPemberian seseorang kepada orang lain untuk kegunaan orang tertentu

CRumah yang telah usang yang mempunyai penghuni yang ramai

DTempat berhenti atau berehat di tepi sungai atau pantai

7Berikut ialah kebaikan yang diperolehi apabila melaksanakan tanggungjawab terhadap harta kecuali

AJiwa menjadi tenang

BPemilik harta akan dihormati

CHarta yang ada akan bertambah

DMudah mendapat apa yang diingini

8Apakah kesan yang dihadapi oleh masyarakat jika memperoleh harta secara haram?

APelabur takut untuk melabur dalam negara

BHarta tidak diberkati Allah s.w.t

CMasyarakat tidak bersatu padu

DEkonomi negara runtuh

9Manakah pernyataan yang menggambarkan cara membelanjakan harta untuk keluarga?

AMembelanjakan harta dengan berhemat dan tidak membazir

BMengeluarkan zakat dan membayar cukai

CMembantu orang yang ditimpa bencana

DBersedekah dan menderma

10Peperangan yang berlaku memusnahkan harta dan mengorbankan jiwa manusia

Ujian terhadap pemilik harta di atas merujuk kepada

AUjian terhadap negara

BUjian terhadap individu

CUjian terhadap keluarga

DUjian terhadap masyarakat

11Harta terbahagi kepada dua jenis

AHarta boleh alih dan harta tidak boleh alih

BHarta orang kaya dan harta orang miskin

CHarta kekal dan harta sementara

DHarta dunia dan harta akhirat

12Penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan

Pernyataan di atas merujuk kepada

AManipulasi

BMonopoli

CRasuah

DSabotaj

13En. X memberi RM 700 kepada En. Y kerana meluluskan permohonannya mendapatkan ruang niaga di kawasan bandar

Situasi di atas mempunyai unsur

ARiba

BRasuah

CMonopoli

DManipulasi

14En. X seorang pengatur cara komputer telah memindahkan sejumlah wang tanpa disedari oleh pendeposit bank ke dalam akaunnya sendiri

Situasi di atas menerangkan tentang

ARiba

BRasuah

CMonopoli

Dmanipulasi

15Manakah situasi yang menggambarkan cara memperolehi harta secara haram?

ABerkongsi perniagaan dengan orang bukan Islam

BMelabur dalam saham berasaskan spekulasi

CMembuka kedai runcit hingga larut malam

DMenanam pokok

BAHAGIAN B : Respon terhad.Soalan 16 hingga 34Lengkapkan pernyataan berikut.

Untuk kegunaan PemeriksaTandakan ( ( ) pada pernyataan yang BETUL.

Tandakan ( ( ) pada pernyataan yang SALAH.

16Harta merupakan milik mutlak Allah s.w.t.

17Pengurusan harta boleh dibuat mengikut cara sendiri

18Harta mesti diuruskan dengan memanfaatkannya untuk kepentingan umum

19Manipulasi ialah kita menggunakan kemahiran untuk memperolehi kepentingan peribadi

20Memelihara dan memulihara sumber alam ialah satu cara pengurusan harta berkesan

21Allah s.w.t menguji manusia dengan harta

Untuk kegunaan PemeriksaTandakan ( ( ) pada pernyataan yang BETUL.

Tandakan ( ( ) pada pernyataan yang SALAH.

22Memiliki harta merupakan fitrah manusia

23Menipu, mencuri dan monopoli merupakan sumber harta yang haram

24Meninggalkan ibadat fardhu semasa mencari harta dikatakan satu ibadat

25Pemilikan harta secara halal oleh individu diberkati oleh Allah s.w.t

Tentukan pernyataan di bawah dengan menandakan ( X ) dan ( Y ) dalam ruangan yang disediakan.

X

Sumber harta yang halal

Y

Sumber harta yang haram

2627282930Pernyataan

Jawapan

Kegiatan pertanian dan penternakan khinzir

Perkhidmatan membersihkan tangki najis

Bekerja di kilang atau kedai arak

Mengurangkan ukuran kain yang dibeli oleh pelanggan

Jualan hasil kraftangan batik dan songket

Carta di bawah menunjukkan cara memperolehi harta. Anda dikehendaki melengkapkan carta mengikut jawapan yang sesuai

31P: _____________________

Berikan contoh-contoh bagi :

32Q: ____________________

33R: ____________________

34S: ____________________

KERTAS 2Jawab semua soalan berikut. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan.1Jelaskan konsep harta mengikut perspektif Islam.

2Apakah yang dimaksudkan dengan pecah amanah?

3Jelaskan implikasi pecah amanah.

4Jelaskan contoh pecah amanah dan kesan daripada contoh yang diberikan tersebut.

5Apakah yang dimaksudkan dengan rasuah?

6Mengapakah masih terdapat segelintir umat Islam masih yang mengamalkan rasuah walaupun mengetahui perkara tersebut dilarang dalam Islam?.

7Jelaskan kesan mengamalkan rasuah.

8Apakah yang dimaksudkan dengan monopoli?

9Jelaskan kesan-kesan monopoli.

10Jelaskan cara-cara yang terbaik untuk menangani monopoli.

11Apakah yang dimaksudkan dengan riba?

12Berikan contoh-contoh riba.

13Jelaskan implikasi amalan riba.

14Bagaimanakah amalan riba boleh dihindarkan.

15Mengapakah masih terdapat umat Islam yang mengamalkan riba.

16Apakah yang dimaksudkan dengan manipulasi?

17Jelaskan keburukan manipulasi.

18Nyatakan sebab manusia disuruh mencari harta secara halal.

19Bagaimanakah cara menguruskan harta menurut Islam?

20Nyatakan dua bentuk ujian terhadap orang yang berharta.

21Terangkan dua sebab mengapa Allah s.w.t menguji manusia dengan harta.

22Mengapakah Islam menggalakkan umatnya mencari harta?

23Nyatakan dua sumber harta yang halal dan haram.

24Nyatakan dua langkah mendapatkan harta secara halal.

25Senaraikan dua kesan memperoleh harta secara halal kepada individu dan masyarakat.

26Huraikan cara membelanjakan harta agar diredhai Allah s.w.t

27Apakah yang dimaksudkan dengan pembaziran harta?

28Mengapakah Islam menghalang umatnya membazir?

29Huraikan kesan pembaziran terhadap ekonomi negara.

30Mengapakah umat Islam masih melakukan pembaziran walaupun mengetahui perbuatan tersebut dilarang oleh Allah s.w.t

31Bagaimanakah kita dapat mencegah perbuatan membazir?

32Jelaskan dua cara mensyukuri nikmat Allah s.w.t.

33Nyatakan dua akibat jika tidak mensyukuri nikmat harta.

34Jelaskan kepentingan harta terhadap pembangunan negara.

35Nyatakan tiga kesan yang ditanggung oleh masyarakat sekiranya pengabaian tanggungjawab terhadap harta.

36Mengapakah harta begitu penting dalam membangunkan negara?

KERTAS 1

BAHAGIAN A

1.C2.B3.A4.C5.D

6.A7.D8.C9.A10.D

11.A12.B13.B14.D15B

BAHAGIAN B16( (Betul)

17( (Salah)

18( (Betul)

19( (Betul)

20( (Betul)

21( (Betul)

22 ( (Betul)

23( (Betul)

24( (Salah)

25( (Betul)

26Y

27x

28Y

29Y

30x

31(P) Secara haram

32(Q) Makan gaji

33(R) Kekerasan / kezaliman

34(S) Melakukan aktiviti haram

KERTAS 21Konsep harta menurut Islam ialah

Harta merupakan milik Allah s.w.t

Harta adalah amanah Allah s.w.t

Harta menjadi ujian kepada manusia

Kewajipan mencari dan membelanjakan harta secara halal

2Maksud pecah amanah ialah

Perbuatan yang mensia-siakan atau melanggar amanah yang telah diberikan, contohnya memberi dan menerima rasuah.

3Implikasi pecah amanah ialah

Hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap seseorang

Mewujudkan sifat pentingkan diri sendiri

Berlaku permusuhan dan pergaduhan

Berlaku kezaliman dan penindasan

4Contoh pecah amanah :

Menggelapkan wang syarikat

Memberi maklumat rahsia kepada musuh

Menyalahgunakan kuasa

Mengambil rasuah

Kesan

Syarikat akan mengalami kerugian

Melemahkan pertahanan negara

Menzalimi pihak yang lemah

Berlaku kezaliman dan merosakkan institusi negara

5Maksud rasuah ialah

Memberikan sesuatu barangan yang berharga kepada seseorang untuk mendapatkan atau melepaskan sesuatu tindakan dengan cara yang salah.

6Segelintir umat Islam masih mengamalkan rasuah walaupun mengetahui perkara tersebut dilarang dalam Islam kerana :

Lemah iman

Kurang didikan agama

Kedudukan ekonominya tidak kukuh

Tekanan dari pihak tertentu / desakan hidup

Tiada tindakan tegas dari pihak berkuasa

7Kesan mengamalkan rasuah ialah

Berlakunya penindasan dan kezaliman / keadilan tidak dapat ditegakkan

Melahirkan sifat mementingkan diri

Sesebuah negara akan menjadi mundur / matlamat negara tidak tercapai

8Maksud monopoli ialah

Penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan, perdagangan, perkhidmatan dan sebagainya dalam pasaran tertentu oleh seseorang atau firma tertentu

9Kesan-kesan monopoli ialah

Berlakunya penindasan / pergaduhan dalam masyarakat

Berlakunya penipuan

Menjejaskan kepentingan pengguna

Mengikis sifat amanah dalam muamalah

Melahirkan sifat tamak / mementingkan diri

10Cara-cara yang terbaik untuk menangani monopoli ialah

Memberi didikan agama

Menerangkan keburukan monopoli

Menguatkuasakan undang-undang

11Maksud riba ialah

Bunga atau pertambahan dalam urusan pinjaman hutang piutang dan pertukaran barangan sejenis atau pertambahan bayaran balik hutang akibat penangguhan bayaran.

12Implikasi amalan riba ialah

Berlakunya penindasan

Melahirkan masyarakat mementingkan diri

Dilaknati Allah s.w.t

Melebarkan jurang perbezaan antara orang kaya dan miskin

13Contoh-contoh riba ialah

Hutang yang dikenakan lebih dari bayaran pokok

Bunga pada gadaian yang dibuat

14Amalan riba boleh dihindarkan melalui

Berurusan dengan institusi kewangan yang berasaskan sistem kewangan Islam

Membeli barangan secara tunai

Berbelanja mengikut kemampuan

Memberi penerangan tentang keburukan riba

15Terdapat umat Islam yang mengamalkan riba kerana

Lemah iman

Kurang didikan agama

Tamak / inginkan keuntungan dengan cepat

Pengaruh persekitaran / hawa nafsu

16Maksud manipulasi ialah

Menggunakan kemahiran untuk mendapat keuntungan secara tidak sah seperti mengurangkan timbangan

17Keburukan manipulasi ialah

Berlaku penindasan

Berlaku penipuan

Menjejaskan kepentingan pengguna

Mengikis sifat amanah dalam muamalah

Melahirkan sifat tamak / mementingkan diri

18Sebab manusia disuruh mencari harta secara halal ialah

Menjamin kebahagiaan hidup

Mengelakkan penindasan

Mengelakkan permusuhan

19Cara menguruskan harta menurut Islam.

Harta itu dikeluarkan zakat

Menderma / sedekah

Digunakan untuk kepentingan ramai

Tidak membazir

20Dua bentuk ujian terhadap orang yang berharta ialah

Harta musnah dalam kebakaran

Hidup diselubungi keresahan

Lalai dan leka menunaikan ibadat

Cintakan harta dan enggan menderma

21Dua sebab mengapa Allah s.w.t menguji manusia dengan harta.

Supaya manusia bersyukur dan tidak sombong dengan hartanya

Agar harta diuruskan dengan baik

Supaya harta tidak dibazirkan

Agar manusia sedar harta adalah amanah Allah s.w.t

22 Islam menggalakkan umatnya mencari harta kerana

Bersesuaian dengan fitrah manusia

Bagi memenuhi keperluan diri dan keluarga

Membantu golongan yang memerlukan

Supaya kadar kemiskinan dapat dikurangkan

Supaya dapat membangun dan memakmurkan negara

23Dua sumber harta yang halal dan haram.

Harta yang halal

Didapati melalui perniagaan yang tiada unsur yang menyalahi syarak

Didapati melalui pertanian,penternakan dan perikanan

Didapati melalui hasil pertukangan

Didapati melalui pekerjaan seperti guru dan lain-lain

Harta yang haram

Harta yang diperolehi melalui penipuan, monopoli dan lain-lain Harta yang diperolehi melalui penindasan seperti riba, rasuah dan pecah amanah

Harta yang diperolehi melalui barangan haram seperti menjual arak, babi dan lain-lain Harta yang diperolehi melalui perkhidmatan yang tidak diakui syarak seperti bekerja di pusat hiburan dan lain-lain

24Dua langkah mendapatkan harta secara halal ialah

Bekerja dalam bidang pekerjaan yang halal

Bekerja dengan jujur dan ikhlas

Memelihara akhlak ketika bekerja

Memelihara ibadat ketika bekerja

25Dua kesan memperoleh harta secara halal kepada individu dan masyarakat.

Kepada Individu

Diberkati Allah s.w.t

Hidup menjadi tenang

Disayangi masyarakat

Kepada Masyarakat

Hidup aman damai

Tiada penipuan dan penindasan

Perpaduan akan menjadi kukuh

26Cara membelanjakan harta agar diredai Allah s.w.t

Bersedekah / derma

Menggunakannya di jalan Allah s.w.t / amal jariah

Membina kemudahan asas

Berzakat dan menunaikan haji

27Maksud pembaziran harta

Penggunaan harta pada jalan yang tidak diredhai Allah s.w.t / maksiat atau membelanjakan kepada perkara yang sia-sia

28Islam menghalang umatnya membazir kerana

Menyebabkan inflasi

Menjejaskan ekonomi negara

Terpaksa berhutang

Tiada perasaan belas kasihan dan timbangrasa

Mementingkan diri sendiri

29Kesan pembaziran terhadap ekonomi negara.

Ekonomi mundur

Berlaku inflasi

Tabungan negara berkurangan

Membantutkan pembangunan negara

30Umat Islam masih melakukan pembaziran walaupun mengetahui perbuatan tersebut dilarang oleh Allah s.w.t kerana

Kurang didikan agama

Mementingkan diri sendiri

Jahil tentang cara hidup Islam

Mementingkan kemewahan dunia

31Kita dapat mencegah perbuatan membazir melalui

Merancang perbelanjaan secara sistematik

Membeli barangan mengikut keperluan

Kempen kesedaran keburukan pembaziran

Melalui pendidikan kepenggunaan

32Dua cara mensyukuri nikmat Allah s.w.t

Berbelanja secara halal

Mengeluarkan zakat

Menderma

Tidak membazir

Reda dengan rezeki Allah s.w.t walaupun sedikit

33Dua akibat jika tidak mensyukuri nikmat harta ialah

Dimurkai Allah s.w.t /tidak diredai

Harta berkurangan / tidak berkat

Jiwa tidak tenang

Sering kesempitan wang

Disisih dan dipulau

34Kepentingan harta terhadap pembangunan negara ialah

Harta digunakan untuk memajukan negara

Harta dapat dijadikan modal bagi memulakan perniagaan

Harta dapat meningkatkan taraf pendidikan masyarakat dengan membina pusat pengajian dan pusat kemahiran

35Tiga kesan yang ditanggung oleh masyarakat sekiranya pengabaian tanggungjawab terhadap harta ialah

Perasaan hasad dengki / iri hati akan timbul

Pemusuhan dan perbalahan boleh tercetus

Golongan miskin dan berhajat akan terpinggir / tersisih

Kehidupan masyarakat tidak aman / tidak selesa

36Harta begitu penting dalam membangunkan negara kerana

Harta dapat digunakan bagi memajukan sektor ekonomi

Ianya dapat dijadikan modal bagi golongan yang ingin berniaga

Dapat meningkatkan taraf pendidikan negara

Menarik minat pelabur untuk datang dan beroperasi

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

PELAJARAN 1 : ISLAM DAN HARTA

PELAJARAN 1 : ISLAM DAN HARTA

1

1

1

1

1

Melabur

S

Q

R

Bekerja sendiri

Penipuan

Penindasan / penganiyaan

Contoh

Contoh

Secara Halal

P

Cara memperolehi harta

PAGE 12Jabatan Pendidikan Islam dan Moral