amanah harta tanah pnb 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahpnb232004.pdf ·...

34
2004 2004 AMANAH HARTA TANAH PNB 2 I N T E R I M R E P O R T I N T E R I M R E P O R T L A PO RAN I N TE R I M L A PO RAN I N TE R I M

Upload: duongnhu

Post on 29-May-2019

244 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

20042004

AMANAH HARTA TANAH PNB 2

I N T E R I M R E P O R TI N T E R I M R E P O R T

LAPORAN INTERIMLAPORAN INTERIM

Page 2: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

MAKLUMAT KORPORATCORPORATE INFORMATION

PENGURUSMANAGER

Pelaburan Hartanah Nasional Berhad (175967-W)(Diperbadankan di Malaysia/incorporated in Malaysia)

PEJABAT BERDAFTAR PENGURUSREGISTERED OFFICE OFTHE MANAGER

Tingkat 4, Balai PNB201-A, Jalan Tun Razak 50400 Kuala LumpurTelefon : 03-2050 5100Faksimili : 03-2050 5221Emel : [email protected]

LEMBAGAPENGARAH PENGURUSBOARD OFDIRECTORS OFTHE MANAGER

Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Ahmad Sarji bin Abdul Hamid(Pengerusi /Chairman)

Tan Sri Geh Ik CheongTan Sri Dato’ Hamad Kama Piah bin Che OthmanDato’ Seri Mohd. Hussaini bin Haji Abdul JamilDato’ Abd. Wahab bin MaskanDato’ Mohammed HusseinMohamed Rahim bin Ismail

SETIAUSAHASYARIKAT PENGURUSSECRETARY OFTHE MANAGER

Meriam binti Haji Yaacob (LS00115)

PENGURUSAN PENGURUSMANAGEMENT OFTHE MANAGER

Tan Sri Dato’ Hamad Kama Piah bin Che Othman(Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan / President and Group Chief Executive)

Mohamed Rahim bin Ismail(Ketua Pegawai Eksekutif / Chief Executive Officer)

Mior Abdul Rahman bin Miou Mohd Khan(Penolong Naib Presiden / Assistant Vice-President)

PEMEGANG AMANAH TRUSTEE

Bumiputra-Commerce Trustee Berhad (167913-M)D-2-6, Megan Phileo Promenade189, Jalan Tun Razak50400 Kuala Lumpur

PENGURUS PELABURANINVESTMENT MANAGER

Pemodalan Nasional Berhad (38218-X)Tingkat 4, Balai PNB, 201-A-Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur

PENGURUS-PENGURUS HARTANAHPROPERTY MANAGERS

PNB Property Management Sdn. Berhad (176509-D)Tingkat 4, Balai PNB, 201-A, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur

Colliers, Jordan Lee & Jaafar Sdn. Berhad (59901-K)1, Jalan Dato’ Sagor, 30000 Ipoh,Perak Darul Ridzuan

PENDAFTAR TABUNG AMANAH YANGMENGURUSKAN PENDAFTARAN PEMEGANG-PEMEGANG UNIT REGISTRAR OFTHE TRUST IN CHARGE OFTHEREGISTER OFUNITHOLDERS

Symphony Share Registrars Sdn.Berhad (378993-D)Tingkat 26, Menara Multi PurposeCapital SquareNo. 8, Jalan Munshi Abdullah50100 Kuala LumpurTelefon : 03-2721 2222Faksimili : 03-2721 2530

JURUAUDIT TABUNG AMANAHAUDITORS FOR THE TRUST

Tetuan Hanafiah Raslan & Mohamad (AF 0002)

PEGUAMCARA YANG MENASIHATKANPENGURUS BERKENAAN DENGAN TABUNGAMANAHSOLICITORS ADVISING THE MANAGER INCONNECTION WITH THE TRUST

Tetuan Zainal Abidin & Co.

BANK TABUNG AMANAHBANKER FOR THE TRUST

Malayan Banking Berhad (3813-K)

PENYENARAIAN BURSASAHAMSTOCK EXCHANGE LISTING

Bursa Malaysia Securities Berhad(Dahulunya dikenali sebagai Bursa Saham Kuala

Lumpur/ Formerly known as Kuala Lumpur Stock Exchange)

1

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T

Page 3: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

R E P O R T

AMANAH HARTA TANAH PNB 2Penyata Kewangan Yang Belum Diaudit

Bagi Tempoh Enam Bulan Berakhir 31 Disember 2004,Berserta Laporan Pengurus, Penyata Pemegang Amanah

dan Laporan Semakan Oleh Juruaudit

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T

Page 4: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

LAPORAN PENGURUS MENGENAI AMANAH HAR TA TANAH PNB 2BAGI TEMPOH ENAM BULAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2004

Pelaburan Hartanah Nasional Berhad (“PHNB”), Pengurus kepada Amanah Harta Tanah PNB 2(“AHP2”), dengan sukacitanya membentangkan Laporan Pengurus mengenai AHP2 bersertadengan penyata kewangan AHP2 yang belum diaudit bagi tempoh enam bulan berakhir 31Disember 2004.

TABUNG AMANAH, PENGURUS, AKTIVITI DAN DASAR UTAMA

AHP2, sebuah Amanah Pelaburan Hartanah, telah diperlembagakan di bawah Surat IkatanAmanah bertarikh 11 Januari 1990 di antara Pengurus pada waktu itu, Mayban Property TrustManagement Berhad (“MPTMB”), Pemegang Amanah, Bumiputra-Commerce Trustee Berhad danPemegang Unit Berdaftar. Surat Ikatan Amanah itu telah dipinda oleh Surat Ikatan AmanahTambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga danSurat Ikatan Amanah Tambahan Keempat yang masing-masing bertarikh 19 Jun 1990, 13 Ogos1990, 27 Disember 1996 dan 29 Oktober 2001. Pada 1 November 2001, MPTMB telah bersarasebagai syarikat pengurusan di bawah peruntukan Klausa 46(7)(d) Surat Ikatan Amanah dan PHNBtelah dilantik sebagai Pengurus AHP2.

AHP2 telah dilancarkan pada 28 Ogos 1990 dan telah disenaraikan di Bursa Malaysia SecuritiesBerhad ("Bursa Securities") pada 25 Mac 1997. Aktiviti utama AHP2 adalah pelaburan dalamhartanah dan pelaburan lain yang dibenarkan dengan objektif mencapai pulangan yang berterusandan penambahan nilai modal bagi jangka masa panjang. Tiada sebarang perubahan ketara dalamaktiviti utama di sepanjang tahun ini.

P e n g u rus, sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia, adalah sebuah anak syarikatPermodalan Nasional Berhad (“PNB”). Kegiatan utama Pengurus ialah pengurusan tabungamanah harta tanah. Tiada sebarang perubahan ketara dalam aktiviti utama di sepanjang tahunini.

PNB ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia. Aktiviti utamanya adalah memegangsaham-saham untuk meningkatkan hakmilik pegangan modal saham oleh masyarakat Bumiputeradi dalam sektor korporat di Malaysia.

YURAN DAN KOMISYEN PENGURUS

Tiada sebarang bayaran permulaan perkhidmatan, yuran atau komisyen yang telah diperolehi olehPengurus dalam menguruskan AHP2 selain daripada yuran Pengurus sebanyak RM474,968 (31Disember 2003: RM477,500) seperti yang dinyatakan dalam Nota 7 kepada penyata kewanganbelum diaudit AHP2. Seperti yang diperuntukkan dalam Surat Ikatan Amanah, Pengurus berhakmenerima yuran pengurusan tidak melebihi 5% daripada nilai aset bersih harian Tabung Amanahbagi setiap tempoh terakru. Yuran pengurusan yang dikenakan bagi tempoh enam bulan berakhir31 Disember 2004 adalah 1.0% (31 Disember 2003 : 1.0%) daripada nilai aset bersih bulanan.

3

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T

Page 5: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

TEMPOH TABUNG AMANAH

AHP2 akan meneruskan operasinya sehingga ke satu tempoh yang akan ditetapkan oleh PemegangAmanah dan Pengurus seperti yang termaktub di bawah peruntukan Klausa 30 Surat IkatanAmanah dan Klausa 22 Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga AHP2.

OBJEKTIF, POLISI DAN STRATEGI PELABURAN

Objektif pelaburan AHP2 ialah untuk memberi pulangan yang stabil dan berpatutan kepadapemegang-pemegang unit berdasarkan portfolio hartanah terpilih dan aset cair yang diluluskan.

Polisi pelaburan AHP2 adalah menjurus ke arah pembesaran AHP2 melalui usaha berterusanmengenal pasti hartanah-hartanah berkualiti yang menawarkan pulangan yang berpatutan danpenambahan nilai modal.

Pengurus akan meneruskan penggunaan strategi pelaburan yang berhati-hati dengan pandanganuntuk menghasilkan pendapatan yang stabil dan konsisten bagi Tabung Amanah. Pemilihanhartanah bagi Tabung Amanah adalah berdasarkan proses dengan fokus utama ke atas kriteriaseperti lokasi hartanah, potensi untuk perkembangan modal, kualiti fizikal hartanah dan kualitipenyewaan.

Semasa tempoh dalam tinjauan, strategi ditumpukan kepada peningkatan tahap penghunianhartanah AHP2, terutamanya Bangunan Mayban Trust Ipoh di Ipoh, Perak

PELABURAN TABUNG AMANAH

Jumlah pelaburan AHP2, termasuk tunai dan baki di bank, pada 31 Disember 2004 adalahRM96,402,580 (Diaudit 30 Jun 2004 : RM95,609,153). Butir-butir potfolio pelaburan AHP2 adalahseperti berikut:

Pada 31 Disember 2004 Pada 30 Jun 2004 Yang Belum Diaudit YangTelah Diaudit

RM'000 % RM'000 %

Pada nilaian:

Hartanah- Komersil dan bangunan pejabat

Bangunan Mayban Finance 8,800 9.1 8,800 9.2 Bangunan TAR 12,500 13.0 12,500 13.1 Plaza Mayban Trust 9,300 9.6 9,300 9.7 Bangunan Mayban Trust

Ipoh 18,300 19.0 18,300 19.1 Bangunan Mayban Trust

Penang 16,645 17.3 16,500 17.3

4

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T R E P O R T

Page 6: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

PELABURAN TABUNG AMANAH (SAMB)

Pada 31 Disember 2004 Pada 30 Jun 2004 Yang Belum Diaudit YangTelah Diaudit

RM'000 % RM'000 %Pada kos:

Aset bukan berkaitan hartanah - - 5,071 5.3

Pada nilai saksama:

Deposit dengan institusi kewangan dan tunaidi bank 30,858 32.0 25,138 26.3

96,403 100.0 95,609 100.0

Butiran-butiran pelaburan dalam hartanah adalah seperti yang dinyatakan di dalam Nota 12kepada penyata kewangan.

PRESTASI TABUNG AMANAH

Tahun Enam Bulan Kewangan

Berakhir Berakhir 31 Disember 2004 30 Jun 2004

Yang Belum Yang Telah Perubahan Diaudit Diaudit (%)

Jumlah nilai aset bersih (RM) 94,994,486 93,808,766 1.26

Unit dalam edaran (unit) 106,037,000 106,037,000 -

Nilai aset bersih setiap unit (sen) 89.6 88.5 1.24

Harga pasaran setiap unit (sen) 40.5 47.0 (13.83)

Harga urusniaga paling tinggi (sen) 51.0 71.0 (28.17)

Harga urusniaga paling rendah (sen) 39.5 45.0 (12.22)

Tidak terdapat perubahan ketara dalam pengagihan aset sejak laporan yang terakhir.

5

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T

Page 7: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

HASIL OPERASI AHP2

Hasil operasi AHP2 bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 2004, adalah seperti berikut:

RM

Pendapatan sebelum cukai 1,523,115 Cukai (337,395)Pendapatan selepas cukai 1,185,720

Bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 2004, AHP2 telah mencatatkan pendapatansebelum cukai sebanyak RM1,523,115 (31 Disember 2003 : RM1,227,958). Bagi pendapatan sewaanbersih, AHP2 telah mencatatkan kenaikan sebanyak RM218,908 atau 19.6% dari RM1,117,114 yangtelah dicatatkan dalam tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 2003 sebelumnya. AHP2 jugatelah mencatatkan pengurangan di dalam jumlah perbelanjaan unit amanah sebanyak RM11,736atau 1.95% dari RM602,597 yang telah dicatatkan dalam tempoh enam bulan berakhir 31 Disember2003 sebelumnya.

TINJAUAN PASARAN HAR TANAH

Bagi tempoh dalam tinjauan, ekonomi Malaysia telah mencatatkan kadar pertumbuhan sebanyak7.6% seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan, Malaysia dalam laporannya "EkonomiMalaysia Sepintas Lalu". Seiring dengan perkembangan positif ekonomi yang dibantu oleh polisikerajaan yang memberangsangkan, pakej pembiayaan yang menarik dan peningkatan kadarkeyakinan pengguna, pasaran hartanah terus berkembang maju dengan peningkatan aktiviti-aktiviti sub-sektor berkaitan dengan hartanah.

Selaras dengan prestasi keseluruhan pasaran hartanah yang memberansangkan, prestasi sektorpejabat turut meningkat sebagaimana yang ditunjukkan oleh peningkatan dalam kadarpenghunian yang direkod dalam tempoh berkenaan. Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta,Kementerian Kewangan Malaysia, dalam "Laporan Pasaran Harta Separuh Pertama 2004",melaporkan bahawa keseluruhan penghunian untuk pejabat yang dibina khas telah meningkatsebanyak 1.3% kepada 81.7% berbanding dengan tempoh masa yang sama pada tahun lepas.Walaupun terdapat peningkatan, kadar sewa masih stabil.

PROSPEK PASARAN HAR TANAH

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia telah meramalkan pertumbuhan dalam Keluaran DalamNegara Kasar sebanyak 5.7% bagi tahun 2005. Berikutan jangkaan ekonomi Malaysia yang stabil,prospek pasaran hartanah, secara amnya, dijangka kekal positif. Pasaran pejabat dijangka akankekal berdayasaing selaras dengan pertumbuhan ekonomi dan peningkatan keyakinan perniagaan.

Prospek hartanah di dalam portfolio AHP2 dijangka akan kekal berdayasaing kecuali bagibangunan di Ipoh, Perak. Pihak pengurusan akan meneruskan usaha pemasaran untukmeningkatkan kadar penghunian di bangunan ini.

6

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T R E P O R T

Page 8: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

RIZAB DAN PERUNTUKAN

Tidak ada pindahan yang penting kepada atau daripada rizab atau peruntukan sepanjang tempohkewangan ini.

PENGAGIHAN PENDAP ATAN

Tiada sebarang pengagihan dibayar atau dicadangkan sejak 30 Jun 2004.

PECAHAN PEGANGAN UNIT

Jumlah Peratusan Jumlah Peratusan Pemegang Pemegang Unit Unit

Unit Unit Dipegang Dipegang Kelas unit (%) (%)

5,000 dan ke bawah 7,244 75.1 16,209,390 15.3 5,001 ke 10,000 1,254 13.0 11,099,900 10.5 10,001 ke 50,000 966 10.0 22,586,000 21.3 50,001 ke 500,000 175 1.8 21,115,300 19.9 500,001 dan ke atas 11 0.1 35,026,410 33.0

9,650 100.0 106,037,000 100.0

PARA PENGARAH PENGURUS

Para Pengarah PHNB sejak laporan yang terakhir dan pada tarikh laporan ini adalah sepertiberikut:

Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Ahmad Sarji bin Abdul Hamid Tan Sri Geh Ik Cheong Tan Sri Dato’ Hamad Kama Piah bin Che Othman Dato' Seri Mohd. Hussaini bin Haji Abdul Jamil Dato' Abd. Wahab bin Maskan Dato' Mohammed HusseinEncik Mohamed Rahim bin Ismail

FAEDAH-FAEDAH PARA PENGARAH

Samada sepanjang atau pada akhir tempoh, PHNB atau AHP2 tidak menjadi pihak kepadasebarang perjanjian yang bertujuan membolehkan para Pengarah mendapat faedah melaluiperolehan saham atau debentur dalam PHNB atau lain-lain badan korporat atau pemilikan unitdalam AHP2.

Sejak tarikh tahun kewangan terakhir, tiada Pengarah PHNB yang telah menerima atau layakmenerima sebarang faedah (selain daripada faedah yang terakru daripada yuran kepada PHNB

7

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T

Page 9: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

FAEDAH-FAEDAH PARA PENGARAH (SAMB)

atau daripada urusniaga dengan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan PHNB seperti yangdinyatakan di nota-nota penyata kewangan AHP2) hasil dari kontrak yang dibuat oleh PHNB atau AHP2 atau badan yang berkaitan dengan Pengarah atau dengan firma di mana Pengarahnya ialahahli atau dengan syarikat di mana Pengarah itu mempunyai kepentingan.

KEPENTINGAN PARA PENGARAH

Berdasarkan kepada rekod pegangan saham para pengarah PHNB, tiada para pengarah yangmemegang jawatan pada akhir tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 2004 memegangsebarang kepentingan di dalam AHP2 dalam tempoh semasa.

Sepanjang dan pada akhir tempoh enam bulan, tiada sebarang kontrak penting yang telahdipersetujui yang melibatkan mana-mana Pengarah dan pemegang-pemegang unit utama.

LAIN-LAIN MAKLUMAT BERKANUN

(a) Sebelum penyata pendapatan dan lembaran imbangan AHP2 disediakan, Pengurus telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya:

i. untuk memastikan bahawa tindakan telah diambil berkaitan dengan pemansuhan hutang lapuk dan peruntukan bagi hutang ragu dan berpuashati tiada sebarang hutang lapuk yang diketahui dan tiada peruntukan yang diperlukan untuk hutang ragu; dan

ii. untuk menentukan bahawa harta semasa yang mungkin tidak dapat direalisasi dalam perniagaan biasa mengikut nilai harga yang ditunjukkan dalam penyata kewangan AHP2 telah dikurangkan nilainya kepada nilai yang dianggap boleh direalisasi.

(b) Pada tarikh laporan ini, Pengurus tidak mengetahui tentang sebarang keadaan yang:

i. memerlukan pemansuhan hutang lapuk atau peruntukan hutang ragu dibuat dalam penyata kewangan AHP2; dan

ii. menjadikan nilai aset semasa dalam penyata kewangan AHP2 mengelirukan.

(c) Pada tarikh laporan ini, Pengurus tidak mengetahui tentang sebarang keadaan yang berbangkit yang membuatkan penggunaan kaedah penilaian yang digunakan sekarang bagi menilai aset-aset atau tanggungan AHP2 mengelirukan atau tidak sesuai.

(d) Pada tarikh laporan ini, Pengurus tidak mengetahui mengenai sebarang perkara yang belum dinyatakan di dalam laporan ini atau penyata kewangan AHP2 yang boleh menjadikanmana-mana jumlah yang dinyatakan di dalam penyata kewangan tersebut mengelirukan.

8

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T R E P O R T

Page 10: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

LAIN-LAIN MAKLUMAT BERKANUN (SAMB.)

(e) Pada tarikh laporan ini, tidak wujud:

i. apa-apa cagaran ke atas harta-harta AHP2 yang timbul sejak akhir tahun kewangan yangmenjamin tanggungan-tanggungan pihak lain; atau

ii. apa-apa tanggungan luarjangka bagi AHP2 yang timbul sejak akhir tempoh kewangan.

(f) Pada pendapat para Pengarah Pengurus:

i. tidak ada tanggungan luarjangka atau lain-lain tanggungan AHP2 yang berkuatkuasa atau berkemungkinan sebegitu dalam tempoh dua belas bulan dari akhir tempoh enam bulan ini akan atau boleh memberi kesan yang penting terhadap keupayaan AHP2 menunaikan kewajipannya apabila tiba masa kewajipannya dituntut; dan

ii. tidak terdapat sebarang butiran, urusniaga atau peristiwa yang bersifat penting dan ganjil dalam jangkamasa di antara akhir tahun kewangan dan tarikh laporan ini yang membawa kesan penting keatas hasil operasi AHP2 bagi tempoh enam bulan yang dilaporkan ini.

(g) Pengurus ataupun wakilnya tidak menerima komisyen tidak nyata dari syarikat broker saham atas dasar urusniaga yang dijalankan oleh AHP2.

Ditandatangani bagi pihak PELABURAN HAR TANAH NASIONAL BERHAD menurut resolusi para Pengarah:

TAN SRI DATO' SERI (DR.) AHMAD SARJI TAN SRI DATO' HAMAD KAMA PIAH BIN ABDUL HAMID BIN CHE OTHMAN

Kuala Lumpur, Malaysia27 Januari 2005

9

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T

Page 11: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

PENYATA OLEH PENGURUS

Kami, TAN SRI DATO’ SERI (DR.) AHMAD SARJI BIN ABDUL HAMID dan TAN SRI DATO' HAMADKAMA PIAH BIN CHE OTHMAN, sebagai dua dari para Pengarah PELABURAN HARTANAHNASIONAL BERHAD, dengan ini menyatakan bahawa pada pendapat para Pengarah, penyatakewangan dari mukasurat 13 ke 33 telah disediakan dengan wajarnya menurut peruntukan AktaSyarikat, 1965, Piawaian Perakaunan berkenaan yang diluluskan di Malaysia, peru n t u k a nSuruhanjaya Sekuriti bagi Garis Panduan Amanah Pelaburan Hartanah dan peruntukan SuratIkatan Amanah bagi memberi pandangan yang benar dan saksama berkenaan dengan keadaanurusan AMANAH HARTA TANAH PNB 2 pada 31 Disember 2004 dan hasil kendalian serta alirantunai bagi tempoh enam bulan berakhir pada tarikh tersebut.

Ditandatangani bagi pihak PELABURAN HAR TANAH NASIONAL BERHAD menurut resolusi para Pengarah:

TAN SRI DATO' SERI (DR.) AHMAD SARJI TAN SRI DATO' HAMAD KAMA PIAH BIN ABDUL HAMID BIN CHE OTHMAN

Kuala Lumpur, Malaysia27 Januari 2005

10

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T R E P O R T

Page 12: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

PENYATA PEMEGANG AMANAH

Kepada Pemegang-pemegang Unit AMANAH HARTA TANAH PNB 2

BUMIPUTRA-COMMERCE TRUSTEE BERHAD sebagai Pemegang Amanah kepada AMANAHHARTA TANAH PNB 2, (“Tabung Amanah”) berpendapat bahawa PELABURAN HARTANAHNASIONAL BERHAD, bertindak dibawah kapasiti selaku Pengurus Tabung Amanah, telahmenjalankan tanggungjawab mereka bagi tempoh kewangan dalam tinjauan selaras dengan had-had kuasa pelaburan yang diberikan kepada Pengurus dan Pemegang Amanah yang termaktub didalam Surat Ikatan Amanah, peruntukan Suruhanjaya Sekuriti bagi Garis Panduan AmanahPelaburan Hartanah, Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (pindaaan) dan undang-undang lain yangditerima pakai bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 2004.

Untuk dan bagi pihakBUMIPUTRA-COMMERCE TRUSTEE BERHAD

SHAHIDAH BINTI HASHIMPengurus Besar

Kuala Lumpur, Malaysia27 Januari 2005

11

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T

Page 13: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

Lembaga PengarahPelaburan Hartanah Nasional BerhadTingkat 4, Balai PNB201-A, Jalan Tun Razak50400 Kuala Lumpur

Tuan,

Laporan Semakan – Amanah Harta Tanah PNB 2Penyata Kewangan yang Belum Diaudit bagi Tempoh Enam Bulan Berakhir 31 Disember2004

Kami telah menyemak penyata kewangan yang terdiri daripada lembaran imbangan pada 31Disember 2004, penyata pendapatan yang berkaitan, penyata perubahan dalam nilai aset bersihdan penyara aliran tunai bagi jangkamasa enam bulan berakhir pada tarikh tersebut, dan nota-nota yang dilampirkan, dicop oleh kami bagi tujuan pengenalan. Penyata kewangan tersebutadalah tanggungjawab para pengarah syarikat pengurusan, dan telah disediakan untuk disebarkankepada pemegang unit.

Kami telah menjalankan semakan berdasarkan piawaian professional yang diluluskan di Malaysiayang berkaitan dengan perlantikan untuk semakan. Semakan adalah pada asasnya terhad kepadaprosedur penilaian bagi data kewangan dan pertanyaan kepada kakitangan syarikat pengurusanyang bertanggungjawab ke atas laporan kewangan dan perihal perakaunan. Ianya meliputi skopyang lebih kecil jika dibandingkan dengan audit yang dibuat berdasarkan Piawaian Audit diMalaysia, dan objektifnya ialah bagi menyatakan pendapat berkenaan penyata kewangan secarakeseluruhan, dan oleh yang demikian memberikan jaminan yang kurang berbanding audit. Kamitidak menjalankan audit dan, oleh yang demikian, tidak menyatakan pendapat audit, mahupunapa-apa pendapat ke atas mana-mana perkara yang terdapat di dalam penyata kewangan.

Berdasarkan semakan kami, kami tidak mengetahui akan apa-apa perubahan ketara yang perludibuat ke atas penyata kewangan bagi ianya memenuhi keperluan piawaian perakaunan yangdiluluskan di Malaysia dan Garis Panduan Amanah Pelaburan Hartanah yang berkenaan.

Hanafiah Raslan & Mohamad Habibah bte AbdulAF : 0002 1210/05/04(J)Akauntan Bertauliah Rakan kongsi

Kuala Lumpur, Malaysia27 Januari 2005

12

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T R E P O R T

Page 14: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

PENYATA PENDAP ATAN BELUM DIAUDITBAGI TEMPOH ENAM BULAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2004

Enam Bulan Enam Bulan Berakhir Berakhir

31 Disember 31 Disember Nota 2004 2003

RM RM

JUMLAH PENDAP ATAN

Pendapatan sewaan kasar 5 2,036,395 1,954,908 Tolak : Perbelanjaan operasi harta tanah 6 (700,373) (837,794)Pendapatan sewaan bersih 1,336,022 1,117,114 Pendapatan faedah 514,562 737,691 Keuntungan dari penebusan aset bukan

berkaitan hartanah 273,784 -Pertambahan diskaun bersih selepas pelunasan

premium (10,392) (24,250)

2,113,976 1,830,555

JUMLAH PERBELANJAAN

Yuran Pengurus 7 474,968 477,500 Yuran Pemegang Amanah 8 42,748 42,976 Ganjaran juruaudit 3,750 3,750 Ganjaran agen percukaian 1,750 1,750 Percetakan, perbelanjaan pos dan pelbagai

perbelanjaan 67,645 76,621

590,861 602,597

PENDAPATAN SEBELUM CUKAI 1,523,115 1,227,958CUKAI 9 (337,395) (285,045)

PENDAP ATAN BERSIH SELEPAS CUKAI 1,185,720 942,913

PENDAP ATAN SELEPAS CUKAI TERDIRI DARIPADA BERIKUT :

Ternyata 1,185,720 942,913Tidak ternyata - -

1,185,720 942,113

13

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T

Page 15: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

PENYATA PENDAP ATAN BELUM DIAUDITBAGI TEMPOH ENAM BULAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2004 (SAMB.)

Enam Bulan Enam Bulan Berakhir Berakhir

31 Disember 31 Disember Nota 2004 2003

RM RM

PENDAP ATAN SEUNIT 10 1.12 sen 0.89 sen

PENDAP ATAN SEUNIT (SEBELUMYURAN PENGURUS)

- Kasar sebelum cukai 1.61 sen 1.90 sen - Bersih selepas cukai 1.34 sen 1.60 sen

PENGAGIHAN PENDAP ATAN BERSIH 11

Pengagihan pendapatan interim dicadangkan- Tiada (2003: 1.05 sen, dibayar pada

27 Februari 2004) - 829,296

PENGAGIHAN PENDAP ATAN INTERIMSETIAP UNIT 11

- Kasar sebelum cukai - 1.05 sen

- Bersih selepas cukai - 0.78 sen

Nota-nota yang dilampirkan merupakan sebahagian asasi penyata kewangan ini.

14

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T R E P O R T

Page 16: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

LEMBARAN IMBANGAN BELUM DIAUDIT PADA 31 DISEMBER 2004

Diaudit Pada Pada

31 Disember 30 Jun Nota 2004 2004

RM RM PELABURAN

Hartanah 12 65,544,902 65,400,000 Aset bukan berkaitan hartanah 13 - 5,070,959 Deposit dengan institusi-institusi kewangan 14 30,840,712 25,123,302

96,385,614 95,594,261

ASET-ASET LAINKomputer dan peralatan pejabat 15 3,389 4,140 Penghutang perdagangan 75,412 57,507 Lain-lain penghutang 16 262,782 414,303 Tunai dan baki di bank 17 16,966 14,892

358,549 490,842

JUMLAH ASET 96,744,163 96,085,103

LIABILITI Deposit-deposit sewaan 18 1,162,349 1,182,451 Lain-lain pemiutang 191,190 188,381 Terhutang kepada Pengurus 81,590 281,385 Peruntukan cukai 89,548 399,120 Liabiliti cukai tertunda 19 225,000 225,000

1,749,677 2,276,337

NILAI ASET BERSIH 94,994,486 93,808,766

DIBIA YAI OLEH:

DANA PEMEGANG-PEMEGANG UNITModal pemegang-pemegang unit 20 104,894,759 104,894,759 Rizab penilaian semula 21 2,886,424 2,886,424 Kerugian terkumpul (12,786,697) (13,972,417)

94,994,486 93,808,766

NILAI ASET BERSIH SEUNIT (sen) 22 89.6 88.5

UNIT DALAM EDARAN 106,037,000 106,037,000

Nota-nota yang dilampirkan merupakan sebahagian asasi penyata kewangan ini.

15

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T

Page 17: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

PENYATA PERUBAHAN DALAM NILAI ASET BERSIH BELUM DIAUDITBAGI TEMPOH ENAM BULAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2004

Tidak boleh diagih Boleh diagih

Modal Jumlah dana pemegang- Rizab pemegang- pemegang penilaian Kerugian pemegang

Nota unit semula terkumpul unit RM RM RM RM

Pada 1 Julai 2003 104,894,759 2,328,901 (12,310,577) 94,913,083

Pendapatan bersih tempohsemasa - - 942,913 942,913

Pengagihan pendapatandibayar dalam tempoh:Pengagihan akhir- 30 Jun 2003 11 - - (867,744) (867,744)

Pada 31 Disember 2003 104,894,759 2,328,901 (12,235,408) 94,988,252

Pada 1 Julai 2004 104,894,759 2,886,424 (13,972,417) 93,808,766

Pendapatan bersih tempohsemasa - - 1,185,720 1,185,720

Pada 31 Disember 2004 104,894,759 2,886,424 (12,786,697) 94,994,486

Nota-nota yang dilampirkan merupakan sebahagian asasi penyata kewangan ini.

16

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T R E P O R T

Page 18: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

PENYATA ALIRAN TUNAI BELUM DIAUDIT PADA 31 DISEMBER 2004

Enam Bulan Enam Bulan Berakhir Berakhir

31 Disember 31 Disember 2004 2003

RM RM

ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI OPERASIPendapatan sebelum cukai 1,523,115 1,227,958 Pelarasan untuk butiran yang tidak melibatkan pergerakan dana:

Pertambahan diskaun bersih selepas pelunasan premium 10,392 24,250 Pendapatan faedah (514,562) (737,691)Keuntungan dari penebusan aset tidak berkaitan hartanah (273,784) -Susutnilai 751 748

Keuntungan operasi sebelum perubahan modal kerja 745,912 515,265 Pengurangan dalam penghutang perdagangan dan

lain-lain penghutang 50,397 101,491 (Pengurangan)/pertambahan dalam deposit sewaan (20,102) 46,562 (Pengurangan)/pertambahan dalam lain-lain pemiutang (196,986) 164,578

Tunai dihasilkan daripada aktiviti operasi 579,221 827,896 Cukai dibayar (646,966) (269,847)

Tunai bersih (digunakan)/dihasilkan daripada aktiviti operasi (67,745) 558,049

ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI PELABURANFaedah diterima 597,781 923,477 Pembelian komputer dan peralatan pejabat (144,902) -Penebusan pelaburan dalam aset bukan berkaitan hartanah 5,334,350 5,000,000Tunai bersih dihasilkan daripada aktiviti pelaburan 5,787,229 5,923,477

ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI KEWANGANPengagihan dibayar - (867,744)Tunai bersih digunakan dalam aktiviti kewangan - (867,744)

PERTAMBAHAN BERSIH TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI 5,719,484 5,613,782 TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI PADA A WALTEMPOH 25,138,194 14,545,393 TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI PADA AKHIR TEMPOH 30,857,678 20,159,175

TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI TERDIRI DARIPADA:Tunai dan baki di bank 16,966 30,976 Deposit di institusi-institusi kewangan 30,840,712 20,128,199

30,857,678 20,159,175

Nota-nota yang dilampirkan merupakan sebahagian asasi penyata kewangan ini.

17

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T

Page 19: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

NOTA-NOTA BERKENAAN PENY ATA KEWANGAN YANG BELUM DIAUDIT PADA 31 DISEMBER 2004

1. TABUNG AMANAH, PENGURUS DAN AKTIVITI-AKTIVITI UTAMA

AHP2, sebuah Amanah Pelaburan Hartanah, telah diperlembagakan di bawah Surat IkatanAmanah bertarikh 11 Januari 1990 diantara Pengurus pada waktu itu, Mayban Property TrustManagement Berhad (“MPTMB”), Pemegang Amanah, Bumiputra-Commerce Trustee Berhad dan Pemegang Unit Berdaftar. Surat Ikatan Amanah itu telah dipinda oleh Surat Ikatan Amanah Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan Surat Ikatan Amanah Tambahan Keempat yang masing-masing bertarikh 19 Jun 1990, 13 Ogos 1990, 27 Disember 1996 dan 29 Oktober 2001. Pada 1 November 2001, MPTMB telah bersara sebagai syarikat pengurusan di bawah peruntukan Klausa 46(7)(d) Surat Ikatan Amanah dan PHNB telah dilantik sebagai Pengurus AHP2.

AHP2 telah dilancarkan pada 28 Ogos 1990 dan telah disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities") pada 25 Mac 1997. Aktiviti utama AHP2 adalah pelaburan dalam hartanah dan pelaburan lain yang dibenarkan dengan objektif mencapai pulangan yang berterusan dan penambahan nilai modal bagi jangka masa panjang. Tiada sebarang perubahan ketara dalam aktiviti utama di sepanjang tahun ini.

Pengurus, sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia, adalah sebuah anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (“PNB”). Kegiatan utama Pengurus ialah pengurusan tabung amanah harta tanah. Tiada sebarang perubahan ketara dalam aktiviti utama di sepanjang tahun ini.

PNB ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia. Aktiviti utamanya adalah memegang saham-saham untuk meningkatkan hakmilik pegangan modal saham oleh masyarakat Bumiputera di dalam sektor korporat di Malaysia.

Penyata kewangan ini telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Pengurus untuk diterbit menerusi resolusi para Pengarah pada 27 Januari 2005.

2. TEMPOH TABUNG AMANAH

AHP2 akan meneruskan operasinya sehingga ke satu tempoh yang ditetapkan oleh Pemegang Amanah dan Pengurus seperti yang termaktub di bawah peruntukan Klausa 30 Surat Ikatan Amanah dan Klausa 22 Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga AHP2.

3. OBJEKTIF DAN POLISI PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN

Polisi pengurusan risiko kewangan Tabung Amanah cuba memastikan terdapat sumber kewangan yang mencukupi bagi pembangunan perniagaan Tabung Amanah disamping menguruskan risiko pasaran, kadar faedah dan kreditnya. Tabung Amanah beroperasi melalui garispanduan yang jelas yang diluluskan oleh Pengurus dan polisi Tabung Amanah adalah untuk tidak telibat di dalam sebarang aktiviti s p e k u l a t i f .

18

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T R E P O R T

Page 20: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

3. OBJEKTIF DAN POLISI PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN (SAMB.)

Risiko Pasaran

Pendedahan kepada risiko pasaran terhasil dari perjalanan biasa perniagaan Tabung Amanah dari ketidakpastian dalam harga pasaran instrumen kewangan yang dilaburkan oleh Tabung Amanah.

Tabung Amanah menguruskan risiko pasaran secara aktif melalui garispanduan dan polisi pelaburan yang disediakan dan juga strategi pengagihan portfolio aset dan diversifikasi. Tabung Amanah tidak mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti-aktiviti spekulatif.

Risiko Kadar Faedah

Risiko kadar faedah adalah risiko nilai instrumen kewangan Tabung Amanah yang sensitif terhadap kadar faedah akan berubah-ubah disebabkan oleh perubahan dalam kadar faedah pasaran.

Tabung Amanah menguruskan risiko kadar faedah secara aktif dengan mengekalkan potfolio instrumen kewangan berdasarkan garispanduan dan polisi pelaburan, dan semakan yang kerap ke atas kadar faedah dan jangkaan pasaran.

Risiko Kredit

Risiko kredit terbit dari urusan dengan penyewa hartanah Tabung Amanah dan perantara seperti broker saham dan institusi-institusi kewangan.

Tabung Amanah menguruskan risiko kreditnya dengan mempunyai polisi dan garispanduan bagi pelaburan dan had pendedahan pihak lain bagi mengurangkan konsentrasi risiko tersebut. Penilaian kredit dari masa ke semasa dijalankan ke atas pihak-pihak tersebut.

4. RINGKASAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN YANG PENTING

a. Asas Penyediaan

Penyata kewangan ini telah disediakan menurut konvensyen kos sejarah kecuali penilaian semula bagi pelaburan dalam hartanah dan aset bukan berkaitan hartanah.

Penyata kewangan ini disediakan menurut peruntukan Akta Syarikat, 1965 dan piawaianperakaunan yang diluluskan di Malaysia dan Garis Panduan Amanah PelaburanHartanah yang berkenaan.

Polisi perakaunan dan kaedah pengiraan yang digunakan di dalam penyediaan penyatakewangan interim adalah selari dengan polisi dan kaedah yang diterima pakai dalam penyata kewangan diaudit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2004.

19

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T

Page 21: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

4. RINGKASAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN YANG PENTING (SAMB.)

b. Komputer dan Alatan Pejabat dan Susutnilai

Komputer dan alatan pejabat dinyatakan pada kos setelah ditolak susutnilai terkumpul dan kerugian rosotnilai.Polisi bagi pengiktirafan dan pengiraan kerugian rosotnilaiadalah selaras dengan Nota 4(f).

Susutnilai diperuntukkan ke atas kos setiap aset mengikut kaedah garis lurus berdasarkan anggaran hayat kegunaan pada kadar tahunan berikut:

Peralatan komputer 25%Alatan pejabat 20%

Perbezaan diantara penerimaan bersih pelupusan dan jumlah dibawa akan dikenakan atau dikreditkan kepada penyata pendapatan apabila komputer dan alatan pejabat dilupuskan.

c. Hartanah

Hartanah termasuk tanah milik bebas dan bangunan yang dinyatakan pada nilaian.Pembaikan kepada hartanah dimodalkan dan dibawa pada kos dan ditambah kepada nilai dibawa hartanah tersebut.

Penilaian semula dijalankan oleh jurunilai bebas sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun selepas penilaian terakhir, seperti yang diperuntukkan di bawah Klausa 11.02 (1) (a) Garis Panduan Amanah Pelaburan Hartanah untuk menentukan nilai pasaran saksama. Sebarang tambahan dalam amaun dibawa hasil daripada penilaian semula pelaburan hartanah akan dikreditkan ke ekuiti sebagai lebihan penilaian; sebarang pengurangan terlebih dahulu akan menghapuskira penambahan hasil dari penilaian semula yang terdahulu bagi pelaburan hartanah yang sama, selebihnya akan diiktiraf sebagai perbelanjaan. Sebarang tambahan penilaian semula berkaitan secara langsung dengan pengurangan sebelum dalam amaun dibawa untuk pelaburan hartanah yang sama, yang telah diiktiraf sebagai perbelanjaan, akan dikreditkan sebagai pendapatan sehingga ianya menghapuskira pengurangan yang telah dicatat semula.

Dalam penghapusan pelaburan hartanah, bahagian yang berkaitan dengan lebihan penilaian bagi penilaian sebelum akan dibebaskan daripada lebihan penilaian pelaburan hartanah terus kepada keuntungan terkumpul.

d. Aset-aset Bukan Berkaitan Hartanah

Aset-aset bukan berkaitan hartanah terdiri daripada pelaburan dalam bon tidak disebutharga yang diterbitkan oleh syarikat-syarikat bukan hartanah. Pelaburan dalambon tidak disebutharga dinyatakan pada harga kos selepas pelunasan premium ataupertambahan diskaun dan selepas ditolak kerugian rosotnilai. Polisi bagi pengiktirafan dan pengiraan kerugian rosotnilai adalah selaras dengan Nota 4(f).

20

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T R E P O R T

Page 22: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

4. RINGKASAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN YANG PENTING (SAMB.)

e. Pengiktirafan Pendapatan

i. Pendapatan Sewaan

Pendapatan sewaan dari pelaburan hartanah diambilkira mengikut dasar terakru.

ii. Lain-lain Pendapatan

Pendapatan faedah, pertambahan diskaun bersih selepas pelunasan p remium, pendapatan tempat letak kereta dan lain-lain pendapatan harta tanah diambil kira mengikut dasar terakru.

f. Rosot nilai Aset

Pada setiap tarikh Lembaran Imbangan, Pengurus menyemak nilai aset dibawa, selain daripada aset kewangan, bagi menentukan samada ada petanda yang aset tersebut telah mengalami pengurangan dalam nilai. Sekiranya terdapat petanda tersebut, rosotnilai diukur secara membanding nilai aset dibawa dengan amaun yang boleh diterima. Amaun boleh terima adalah amaun yang lebih tinggi di antara harga jualan bersih dan nilai digunakan, di mana ianya dikira berdasarkan aliran tunai masa hadapan didiskaunkan. Amaun boleh diterima dianggar bagi setiap aset atau, jika tidak boleh,bagi unit penghasilan-tunai aset tersebut.

Pembalikan kerugian rosotnilai yang diiktiraf dalam tahun sebelumnya direkodkan apabila terdapat petanda bahawa kerugian rosotnilai yang diiktiraf bagi aset tersebut sudah tidak wujud lagi atau telah berkurangan. Pembalikan tersebut akan diiktiraf setakat nilai aset dibawa yang sepatutnya dipastikan (bersih daripada pelunasan dan susutnilai) jika tiada kerugian rosotnilai telah diiktiraf. Pembalikan tersebut diiktiraf dalam penyata pendapatan serta merta, melainkan aset tersebut dinyatakan pada amaun penilaian semula. Pembalikan kerugian rosotnilai bagi aset yang dinilai semula d i k reditkan terus ke pertambahan penilaian semula. Walaubagaimanapun, jika kerugian rosotnilai sesuatu aset telah diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam penyata pendapatan sebelum ini, pembalikan rosotnilai akan diiktiraf sebagai pendapatan dalam penyata pendapatan sehingga tahap yang telah diiktiraf sebagai perbelanjaan sebelum ini.

Kerugian rosotnilai dicaj ke penyata pendapatan serta merta, melainkan aset tersebut dinyatakan pada amaun penilaian semula. Sebarang kerugian rosotnilai dianggap sebagai kurangan penilaian semula hingga ke tahap lebihan penilaian semula yang telah diiktiraf bagi aset tersebut.

21

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T

Page 23: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

4. RINGKASAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN YANG PENTING (SAMB.)

g. Tunai dan Persamaan Tunai

Bagi tujuan penyata aliran tunai, tunai dan persamaan tunai terdiri daripada tunai di bank, deposit panggilan dan pelaburan jangka pendek yang mempunyai kecairan yang tinggi yang mempunyai risiko perubahan dalam nilai yang rendah.

h Penghutang Perdagangan dan Lain-lain Penghutang

Penghutang perdagangan dan lain-lain penghutang dinyatakan pada kos tolak peruntukan jangkaan penerimaan ragu.

i. Pemiutang

Pemiutang dinyatakan pada kos di mana ia adalah nilai saksama yang akan dibayar pada masa hadapan bagi barang dan perkhidmatan yang diterima.

j. Instrumen Kewangan

Aset kewangan dan liabiliti kewangan di dalam lembaran imbangan adalah merangkumi tunai di bank, bon-bon tidak disebutharga, deposit dengan institusi kewangan, penghutang dan pemiutang. Dasar-dasar perakaunan mengenai pengiktirafan dan ukuran bagi perkara-perkara tersebut dinyatakan dalam dasar perakaunan masing-masing.

I n s t rumen kewangan diklasifikasikan sebagai aset atau liabiliti berdasarkan butiran perjanjian kontrak. Faedah, keuntungan dan kerugian berkaitan i n s t rumen kewangan yang diklasifikasikan sebagai aset dilaporkan sebagaipendapatan.

k. Cukai Pendapatan

Cukai pendapatan ke atas keuntungan atau kerugian bagi tempoh semasa merangkumi cukai semasa dan tertunda. Cukai semasa adalah amaun yang dijangka bagi cukai pendapatan yang perlu dibayar bagi keuntungan yang dicukai bagi tahun semasa dan diukur menggunakan kadar cukai yang telah termaktub pada tarikh lembangan imbangan.

Cukai tertunda diperuntukkan sepenuhnya, menggunakan kaedah liabiliti, bagi perbezaan sementara di antara jumlah bagi aset dan liabiliti untuk tujuan percukaian dan amaun dibawa di dalam penyata kewangan. Cukai tertunda aset diambilkira hanya ke tahap di mana keuntungan boleh cukai dimasa hadapan boleh diperolehi dan digunakan ke atas perbezaan sementara tersebut.

Kadar cukai yang termaktub atau sebahagian besarnya telah termaktub pada tarikh lembaran imbangan digunakan bagi menentukan cukai tertunda.

22

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T R E P O R T

Page 24: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

5. PENDAP ATAN SEWAAN KASAR

Pendapatan sewaan kasar Tabung Amanah merangkumi:Enam Bulan Enam Bulan

Berakhir Berakhir 31 Disember 31 Disember

2004 2003 RM RM

Pendapatan sewaan 1,950,084 1,871,963 Lain-lain pendapatan 86,311 82,945

2,036,395 1,954,908

Termasuk dalam pendapatan sewaan adalah jumlah sebanyak RM853,204 (31 Disember 2003:RM733,204) diterima daripada sebuah institusi kewangan yang berkaitan dengan Pengurus.

6. PERBELANJAAN OPERASI HAR TANAH

Termasuk di dalam perbelanjaan operasi hartanah adalah:

Enam Bulan Enam Bulan Berakhir Berakhir

31 Disember 31 Disember 2004 2003

RM RM

Perbelanjaan penjagaan, pembaikan dan membaik pulih 296,139 317,512 Cukai tanah 154,973 167,184 Cukai pintu 7,996 7,996 Yuran Pengurus Hartanah* 48,005 47,182

* Salah satu Pengurus Hartanah, PNB Property Management Sdn. Berhad, sebuah syarikat berkaitan dengan PHNB, mendapat yuran pengurusan hartanah sebanyak RM42,039 (31 Disember 2003 : RM40,511) bagi mengurus Bangunan Mayban Finance, Plaza Mayban Trust, Bangunan TAR dan Bangunan Mayban Trust Penang. Yuran tersebut berdasarkan pada satu skala berperingkat seperti yang diperuntukkan oleh Surat Ikatan Amanah dan peruntukan Akta Jurunilai, Penaksir dan Ejen Hartanah 1981, yang telah disemak semula.

7 YURAN PENGURUS

Pengurus, PHNB, berhak menerima yuran yang tidak melebihi 5% dari nilai aset bersih harianTabung Amanah, seperti yang diperuntukkan di dalam Surat Ikatan Amanah AHP2. Yuran Pengurus yang dikenakan bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 2004 adalah 1.0% (31 Disember 2003 : 1.0%) dari nilai aset bersih bulanan.

Tiada yuran lain, komisyen atau caj perkhidmatan permulaan telah dibayar atau perlu dibayar kepada Pengurus.

23

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T

Page 25: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

8. YURAN PEMEGANG AMANAH

Pemegang Amanah, Bumiputra-Commerce Trustee Berhad, layak menerima yuran yang tidak melebihi 0.20% dari nilai aset bersih harian Tabung Amanah, seperti yang diperuntukkan di dalam Surat Ikatan Amanah AHP2. Yuran Pemegang Amanah bagi tempoh berakhir 31 Disember 2004 ialah 0.09% (31 Disember 2003: 0.09%) dari nilai aset bersih bulanan.

9. CUKAI

Enam Bulan Enam Bulan Berakhir Berakhir

31 Disember 31 Disember 2004 2003

RM RM

Cukai tahun semasa 346,324 276,045 Cukai tertunda yang berkaitan dengan punca dan

pembalikan perbezaan sementara (Nota 19) - 9,000 Lebihan peruntukan tahun sebelum (8,929) -

337,395 285,045

Penyesuaian bagi perbelanjaan cukai pendapatan yang dikaitkan dengan pendapatan sebelumcukai pada kadar berkanun cukai pendapatan terhadap perbelanjaan cukai pendapatan pada kadar efektif cukai pendapatan Tabung Amanah adalah seperti berikut:

Enam Bulan Enam Bulan Berakhir Berakhir

31 Disember 31 Disember 2004 2003

RM RM

Pendapatan sebelum cukai 1,523,115 1,227,958

Cukai pada kadar cukai berkanun sebanyak 28% (2003 : 28%) 426,472 343,828

Pendapatan yang tidak dicukai (217,827) (206,553)Perbelanjaan yang tidak boleh ditolak bagi tujuan cukai 137,679 147,770 Lebihan peruntukan tahun sebelum (8,929) -Perbelanjaan cukai bagi tempoh semasa 337,395 285,045

10.PENDAP ATAN SEUNIT

Pendapatan seunit bagi tempoh semasa telah dikira berdasarkan pendapatan selepas cukai tempoh semasa berjumlah RM1,185,720 (31 Disember 2003 : RM942,913) dan jumlah unit-unit dalam edaran sepanjang tempoh berjumlah 106,037,000 (31 Disember 2003 : 106,037,000) unit.

24

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T R E P O R T

Page 26: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

11.PENGAGIHAN PENDAP ATAN

Enam Bulan Berakhir Enam Bulan Berakhir 31 Disember 2004 31 Disember 2003

Kasar Bersih Kasar Bersih RM RM RM RM

Agihan pendapatan interimdicadangkan - Tiada(2003 : 1.05 sen, dibayar

pada 27 Februari 2004) - - 1,113,389 829,296 Jumlah agihan bagi tempoh - - 1,113,389 829,296

Agihan seunit (sen) - - 1.05 0.78

* Bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 2004, Pengurus tidak mencadangkan sebarang pengagihan pendapatan disebabkan pengumpulan kerugian tidak nyata berjumlah RM12,786,697 yang berpunca dari defisit hasil penilaian semula mandatori ke atas pelaburan dalam hartanah AHP2.

Sumber pengagihan

Pengagihan kepada pemegang unit adalah dari sumber-sumber berikut:

Enam Bulan Enam Bulan Berakhir Berakhir

31 Disember 31 Disember 2004 2003

RM RM

Pendapatan sewaan bersih - 1,117,114 Pendapatan faedah - 590,824

- 1,707,938 Tolak:

Perbelanjaan - (602,597)Cukai - (276,045)

Jumlah agihan - 829,296

25

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T

Page 27: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

12. HARTANAH

Nilai Buku Nilai Buku Bersih Bersih

Tempoh Enam Bulan Berakhir pada 1 Julai pada 31 Disember 31 Disember 2004 2004 Penambahan 2004

RM RM RM

Bangunan Mayban Finance 8,800,000 - 8,800,000 Bangunan TAR 12,500,000 - 12,500,000 Plaza Mayban Trust 9,300,000 - 9,300,000 Bangunan Mayban Trust Ipoh 18,300,000 - 18,300,000 Bangunan Mayban Trust Penang 16,500,000 144,902 16,644,902 Jumlah 65,400,000 144,902 65,544,902

Nilai Buku Nilai Buku Bersih Lebihan/ Bersih

Tahun Kewangan Diaudit Berakhir pada 1 Julai (kurangan) pada 30 Jun 30 Jun 2004 2003 Nilaian semula 2004

RM RM RM

Bangunan Mayban Finance 8,600,000 200,000 8,800,000 Bangunan TAR 11,745,000 755,000 12,500,000 Plaza Mayban Trust 8,950,000 350,000 9,300,000 Bangunan Mayban Trust Ipoh 20,900,000 (2,600,000) 18,300,000 Bangunan Mayban Trust Ipoh 16,500,000 - 16,500,000 Jumlah 66,695,000 (1,295,000) 65,400,000

Pelaburan dalam hartanah dinyatakan pada nilai pasaran seperti yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti pada 21 Jun 2004.

Butir-butir pelaburan dalam hartanah dan asas penilaian adalah seperti berikut:

Kos Pembelian

Tarikh dan Nilai Maklumat hartanah Tempoh Pembelian Penambahan Pasaran*

RM RM

Bangunan Mayban Finance Pegangan 13 Mei 1991 6,186,099 8,800,000 Bangunan pejabat komersil bebas 5 tingkat di Jalan Medan Tuanku Satu, Medan TuankuKuala Lumpur

26

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T R E P O R T

Page 28: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

12. HARTANAH (SAMB.)

Kos Pembelian

Tarikh dan Nilai Maklumat hartanah Tempoh Pembelian Penambahan Pasaran*

RM RM

Bangunan TAR Pegangan 9 Mei 1995 12,121,477 12,500,000 Bangunan komersil bebas 9 1/2 tingkat di Jalan Tuanku Abdul Rahman,Kuala Lumpur

Plaza Mayban Trust Pegangan 6 Ogos 1991 11,479,173 9,300,000 Bangunan komersil bebas 7 tingkat di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur

Bangunan Mayban Trust Pegangan 5 Jun 1990 30,652,974 18,300,000 Ipoh bebas Bangunan pejabat komersil 15 tingkat di Jalan Tun Sambanthan, Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Bangunan Mayban Trust Pegangan 20 Mac 1990 19,024,533 16,500,000 Penang bebas Bangunan pejabat komersil 14 tingkat di Lebuh Penang, Pulau Pinang

79,464,256 65,400,000

* Hartanah yang dinyatakan di atas telah dinilai semula pada 15 Januari 2004 oleh sebuah firma jurunilai professional bebas menggunakan kaedah penilaian perbandingan, kos dan pelaburan, kecuali untuk Bangunan TAR dimana kaedah yang digunakan ialah kos danpelaburan.

27

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T

Page 29: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

13. ASET-ASET BUKAN BERKAITAN HAR TANAH

Aset-aset bukan berkaitan hartanah terdiri daripada pelaburan dalam bon tidak disebut harga.

Diaudit Pada Pada

31 Disember 30 Jun 2004 2004

Pada kos RM RM

Pada awal tempoh/tahun 5,070,959 15,097,000 Penebusan/matang dalam tempoh/tahun (5,244,500) (9,852,500)

(173,541) 5,244,500 Pertambahan diskaun bersih selepaspelunasan premium 173,541 (173,541)Pada akhir tempoh/tahun - 5,070,959

14. DEPOSIT DENGAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN

Diaudit Pada Pada

31 Disember 30 Jun 2004 2004

RM RM

Simpanan tetap dengan institusi kewangan berlesen:Bank-bank berlesen 23,758,861 1,000,000 Syarikat kewangan berlesen 85,000 24,123,302

23,843,861 25,123,302

Sijil simpanan boleh dirunding 1,582,462 -Pelaburan Afdal (Repo) 5,246,389 -Al-Mudharabah 118,000 -Wang dalam panggilan 50,000 -

30,840,712 25,123,302

28

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T R E P O R T

Page 30: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

14. DEPOSIT DENGAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN (SAMB.)

Kadar purata wajaran faedah dalam tempoh semasa dan purata tempoh matang bagi depositadalah seperti berikut:

Diaudit Pada Pada

31 Disember 30 Jun 2004 2004

Kadar Purata Purata Kadar Purata Purata Wajaran Tempoh Wajaran Tempoh Faedah Matang Faedah Matang

% Hari % Hari

Bank-bank berlesen 2.75 29 3.00 10 Syarikat kewangan berlesen 2.74 7 2.76 20

Salah satu bank berlesen, Malayan Banking Berhad adalah syarikat berkaitan dengan Pengurus.

15. KOMPUTER DAN PERALA TAN PEJABA TPeralatan Peralatan Komputer Pejabat Jumlah

RM RM RM Kos

Pada 1 Julai/31 Disember 2004 4,000 2,450 6,450

Susutnilai terkumpul

Pada 1 Julai 2004 1,589 721 2,310 Dikenakan bagi tempoh 504 247 751 Pada 31 Disember 2004 2,093 968 3,061

Nilai Buku Bersih

Pada 31 Disember 2004 1,907 1,482 3,389

Pada 30 Jun 2004 2,411 1,729 4,140

29

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T

Page 31: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

16. LAIN-LAIN PENGHUTANG

Diaudit Pada Pada

31 Disember 30 Jun 2004 2004

RM RM

Faedah belum diterima 48,899 132,118 Deposit 212,350 212,350 Prabayar 1,533 69,835

262,782 414,303

Tabung Amanah tidak mempunyai tumpuan yang ketara terhadap risiko kredit yang mungkin terhasil daripada pendedahan kepada seorang penghutang atau kumpulan penghutang.

17.TUNAI DAN BAKI DI BANK

Termasuk dalam tunai dan baki di bank adalah jumlah sebanyak RM16,818 (Diaudit 30 Jun 2004 : RM14,816) ditempatkan di institusi kewangan yang berkaitan dengan Pengurus.

18.DEPOSIT SEWAAN

Diaudit Pada Pada

31 Disember 30 Jun 2004 2004

RM RM

Perlu dibayar dalam masa 12 bulan 632,390 784,247 Perlu dibayar selepas 12 bulan 529,959 398,204

1,162,349 1,182,451

Termasuk dalam deposit sewaan adalah jumlah sebanyak RM582,131 (Diaudit 30 Jun 2004 :RM459,131) diterima daripada sebuah institusi kewangan yang berkaitan dengan Pengurus.

30

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T R E P O R T

Page 32: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

19. LIABILITI CUKAI TERTUNDA

Diaudit Pada Pada

31 Disember 30 Jun 2004 2004

RM RM

Pada 1 Julai 225,000 195,000 Diiktiraf dalam penyata pendapatan (Nota 9) - 9,000 Diiktiraf dalam ekuiti - 21,000 Pada akhir tempoh/tahun 225,000 225,000

Komponen dan pergerakan liabiliti dan aset cukai tertunda dalam tempoh kewangan 31 Disember 2004 adalah seperti berikut:

Elaun Penilaian Modal Semula

Dipercepat Hartanah Jumlah RM RM RM

Pada 1 Julai/31 Disember 119,000 106,000 225,000

20. MODAL PEMEGANG-PEMEGANG UNIT

Bilangan unit Diaudit

Pada Pada 31 Disember 30 Jun

2004 2004

Dibenarkan 112,000,000 112,000,000

Bilangan unit JumlahDiaudit Diaudit

Pada Pada Pada Pada 31 Disember 30 Jun 31 Disember 30 Jun

2004 2004 2004 2004 '000 '000 RM RM

Diterbitkan dan dibayar penuh:

Pada 1 Julai/30 Jun 106,037 106,037 104,894,759 104,894,759

31

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T

Page 33: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

20. MODAL PEMEGANG-PEMEGANG UNIT (SAMB.)

Pada 31 Disember 2004, Pengurus tidak memegang sebarang unit dalam Tabung Amanah. Walaubagaimanapun, PNB dan Malayan Banking Berhad, sebuah institusi kewangan yang berkaitan dengan Pengurus, memegang unit di dalam Tabung Amanah sepertiberikut:

Peratusan Unit Bilangan unit Dalam Terbitan

Diaudit DiauditPada Pada Pada Pada

31 Disember 30 Jun 31 Disember 30 Jun 2004 2004 2004 2004

% %

PNB 13,917,000 13,917,200 13.12 13.12 Malayan Banking Berhad 3,000,000 3,000,000 2.83 2.83

Berdasarkan nilai pasaran pada 31 Disember 2004 iaitu RM0.405 seunit, nilai unit-unit dipegang oleh PNB dan Malayan Banking Berhad adalah masing-masing RM5,636,385 dan RM1,215,000.

21. RIZAB PENILAIAN SEMULA

Ini merupakan lebihan berikutan dari penilaian semula pelaburan dalam hartanah menurut dasar yang dinyatakan di Nota 4 (c). Rizab ini tidak boleh diagihkan melalui dividen tunai tetapi boleh diagihkan melalui penerbitan unit bonus kepada pemegang-pemegang unit sehingga maksimum 90% daripada lebihan.

22. NILAI ASET BERSIH SEUNIT

Diaudit Pada Pada

31 Disember 30 Jun 2004 2004

Nilai aset bersih (RM) 94,994,486 93,808,766

Bilangan unit-unit yang diterbitkan (unit) 106,037,000 106,037,000

Nilai aset bersih seunit (RM) 0.90 0.88

32

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T R E P O R T

Page 34: AMANAH HARTA TANAH PNB 2 - libapps2.nus.edu.sglibapps2.nus.edu.sg/nus_hl/amanahPNB232004.pdf · Tambahan, Surat Ikatan Amanah Tambahan Kedua, Surat Ikatan Amanah Tambahan Ketiga dan

23. URUSNIAGA KETARA DENGAN PIHAK-PIHAK BERKAITAN

Tempoh Tempoh Enam Bulan Enam Bulan

Berakhir Berakhir 31 Disember 31 Disember

2004 2003 RM RM

Yuran pengurusan hartanah dibayar kepada sebuah syarikat berkaitan dengan Pengurus,PNB Property Management Sdn. Berhad 42,039 40,511

Pendapatan sewaan diterima dari pemegang saham utamaPengurus, Malayan Banking Berhad 853,204 733,204

Pendapatan faedah diterima dari pemegang saham utamaPengurus, Malayan Banking Berhad 118,600 13,596

Para Pengarah Pengurus berpendapat bahawa kesemua urusniaga di atas dilaksanakanmenurut perjalanan perniagaan biasa dan telah ditentukan berdasarkan syarat yang tidak berbeza secara material dari urusniaga dengan pihak-pihak yang tidak berkaitan.

24. NILAI SAKSAMA INSTRUMEN KEWANGAN

Kaedah dan andaian berikut digunakan dalam anggaran nilai saksama bagi setiap kelas instrumen kewangan berikut:

i. Tunai dan Persamaan Tunai, Deposit dengan Institusi Kewangan, PenghutangP e r dagangan, T e r hutang kepada Pengurus, Deposit Sewaan dan Pelbagai Penghutang/Pemiutang

Nilai dibawa merupakan anggaran nilai saksama disebabkan oleh tempoh matang yang pendek bagi instrumen-instumen kewangan ini.

ii. Aset-aset Bukan Berkaitan Hartanah

Nilai saksama bon tidak disebutharga adalah berdasarkan kaedah hasil hingga matang.

25. MATAWANG

Semua jumlah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia.

Peringatan:

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan diantara versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, versi Bahasa Inggeris adalahdianggap betul.

33

L A P O R A N I N T E R I M I N T E R I M R E P O R T