1. pekeliling pendaftaran upsr 2010

7
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2010 PANDUAN PENGURUSAN PENDAFTARAN CALON 1. PENERIMAAN CALON 1.1 Oleh kerana ujian ini bertujuan untuk mengesan, menilai dan mengkaji kemajuan murid, semua murid yang berada dalam TAHUN ENAM di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Menengah (Model Khas) dikehendaki mengambil ujian ini. 1.2 Sekolah swasta yang memenuhi syarat berikut boleh mengemukakan calon untuk UPSR. (a) Sekolah berkenaan telah didaftarkan dengan Pendaftar Sekolah Kementerian Pelajaran. (b) Sekolah berkenaan mengikuti Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) sepenuhnya. (c) Murid telah mengikuti KBSR dari Tahun Satu hingga Tahun Enam dan semasa mendaftar sedang belajar di Tahun Enam. 1.3 Calon adalah warganegara Malaysia (ada Surat Beranak / PTW) atau calon bukan warganegara Malaysia yang memiliki permit belajar serta mendapat kelulusan belajar daripada Unit Penyeliaan Sekolah Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Terengganu.(Rujuk para 5.). 1.4 Calon termasuk dalam kohort umur yang ditetapkan iaitu lahir pada 2.1.1998 hingga 1.1.1999 (dikecualikan bagi calon istimewa). 2. PENDAFTARAN CALON 2.1 Borang Kawalan Kemasukan Data Sekolah (LPM/DS1) dan Borang Pendaftaran Calon (LPM/UPSR1) hendaklah digunakan. Sila perbanyakkan borang LPM/DS1 (1 / pusat) dan LPM/UPSR 1 (1 / calon) mengikut keperluan sekolah. 2.2 Sila gunakan Nombor Pusat, Nombor Sekolah dan Nama Pusat yang telah ditetapkan (Rujuk Lampiran 1). Biangan calon maksimum setiap puast adalah 175 orang. Jika bilangan calon melebihi 175 orang, sila pecahkan kepada dua pusat 1/5

Upload: mottong

Post on 16-Apr-2015

98 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1. Pekeliling Pendaftaran UPSR 2010

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2010PANDUAN PENGURUSAN PENDAFTARAN CALON

1. PENERIMAAN CALON

1.1 Oleh kerana ujian ini bertujuan untuk mengesan, menilai dan mengkaji kemajuan murid, semua murid yang berada dalam TAHUN ENAM di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Menengah (Model Khas) dikehendaki mengambil ujian ini.

1.2 Sekolah swasta yang memenuhi syarat berikut boleh mengemukakan calon untuk UPSR.

(a) Sekolah berkenaan telah didaftarkan dengan Pendaftar Sekolah Kementerian Pelajaran.

(b) Sekolah berkenaan mengikuti Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) sepenuhnya.

(c) Murid telah mengikuti KBSR dari Tahun Satu hingga Tahun Enam dan semasa mendaftar sedang belajar di Tahun Enam.

1.3 Calon adalah warganegara Malaysia (ada Surat Beranak / PTW) atau calon bukan warganegara Malaysia yang memiliki permit belajar serta mendapat kelulusan belajar daripada Unit Penyeliaan Sekolah Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Terengganu.(Rujuk para 5.).

1.4 Calon termasuk dalam kohort umur yang ditetapkan iaitu lahir pada 2.1.1998 hingga 1.1.1999 (dikecualikan bagi calon istimewa).

2. PENDAFTARAN CALON

2.1 Borang Kawalan Kemasukan Data Sekolah (LPM/DS1) dan Borang Pendaftaran Calon (LPM/UPSR1) hendaklah digunakan. Sila perbanyakkan borang LPM/DS1 (1 / pusat) dan LPM/UPSR 1 (1 / calon) mengikut keperluan sekolah.

2.2 Sila gunakan Nombor Pusat, Nombor Sekolah dan Nama Pusat yang telah ditetapkan (Rujuk Lampiran 1). Biangan calon maksimum setiap puast adalah 175 orang. Jika bilangan calon melebihi 175 orang, sila pecahkan kepada dua pusat peperiksaan. Sila agihkan calon mengikut kapasiti bilik/dewan pusat terbabit. Sila hubungi SPP JPNT jika memerlukan pusat tambahan baru.

3.3 Sila pastikan prosedur pendaftaran berikut dipatuhi:

(a) Taklimat pengisian dan pengurusan dokumen pendaftaran diberikan kepada guru kelas dan calon terbabit.

(b) Borang Pendaftaran Calon LPM/UPSR 1 diisi oleh semua calon dalam satu salinan. Borang dikembalikan kepada guru kelas bersama satu salinan surat beranak.

1/5

Page 2: 1. Pekeliling Pendaftaran UPSR 2010

(c) Guru kelas hendaklah menyemak dan mengesahkan maklumat yang diisi oleh calon berdasarkan surat beranak/pengenalan diri calon.

(d) Maklumat semua calon yang telah diisi dalam Borang Pendaftaran Calon didaftarkan menggunakan Sistem Pendaftaran UPSR (SPU) V2010

(e) Cetakan Semakan (SPU: Cetak Senarai > Semakan > ) dibuat dan diedarkan kepada calon melalui guru kelas.

(f) Setiap calon menyemak dan mengesahkan sendiri maklumat yang terkandung dalam cetakan berkenaan.

(g) Semua pembetulan (jika ada) dibuat pada Borang Pendaftaran Calon dan Sistem SPU. Cetak semula maklumat pendaftaran calon yang diedit dan dapatkan semula pengesahan calon.

2.4 Proses kemaskini nombor calon boleh dilakukan mulai 21 Februari 2009. Jangan kemaskini nombor calon sebelum tarikh tersebut kerana proses ini hanya boleh dilakukan sekali sahaja. Setelah nombor calon dikemaskini, data pendaftaran dalam Sistem SPU hendaklah dipindahkan ke disket ( SPU : Utiliti > Pindah Data > A:\ > Pindah Data) atau lain-lain pemacu yang sesuai.

2.5 Tuan/puan perlu menyediakan sekeping disket HD 3.5” yang baru dan terformat bagi setiap pusat peperiksaan. Sila labelkan disket data dengan maklumat berikut;

PENDAFTARANNama Peperiksaan + TahunNo. Pusat /No. Sekolah Cop sekolah

Sila buat salinan disket data untuk simpanan sekolah.

3.6 Sila cetak Senarai Kemasukan Mata Pelajaran ( SPU : Cetak Senarai > Kemasukan > Senarai Kemasukan Mata Pelajaran) dan serahkan kepada calon untuk semakan dan dapatkan tanda tangan calon.

3.7Sila cetak Rumusan Mata Pelajaran dan Bayaran ( SPU : Cetak Senarai > Rumusan > Rumusan Sekolah).

i) Pastikan bilangan calon mengikut matapelajaran adalah betul.ii) Abaikan bayaran bagi SK dan SJK. Bayaran hanya dikenakan bagi

sekolah swasta sahaja.iii) Dapatkan pengesahan Guru Besar/Pengetua (Tandatangan dan cop

sekolah) dan lengkapkan maklumat berkenaan.

3.8 Operasi pengumpulan dokumen pendaftaran pula akan diadakan mengikut daerah pada tarikh dan masa sebagaimana Lampiran 2.

3.9 Lembaga Peperiksaan tidak akan membuat sebarang pembetulan atas maklumat pusat dan calon yang salah dari disket yang diterima.

2/5

Page 3: 1. Pekeliling Pendaftaran UPSR 2010

3.10 Aplikasi SPU V2010 boleh digunakan untuk pendaftaran lebih dari satu pusat dalam komputer yang sama. Sila pindahkan data ke disket/pendrive/cakera keras yang berlainan bagi setiap pusat terbabit.

4. KOD AGAMA

4.1 Bagi tujuan mengendalikan ujian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) calon yang beragama Islam perlu dikenalpasti. Kesilapan kod agama akan menyebabkan markah PAFA calon terbabit tidak dapat dimasukkan ke sistem.

5. PENDAFTARAN UNTUK MENGAMBIL MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU KOD 011 DAN 012 BAGI CALON SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC).

5.1 Murid dari SJKC yang berminat untuk mengambil Bahasa Melayu 011 dan 012 hendaklah menandakan “X” pada ruang berkenaan dalam Borang Pendaftaran Calon dan aplikasi SPU.

5.2 Adalah diingatkan bahawa murid yang telah mendaftar untuk mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu 011 dan 012 tidak dibenarkan mengambil kertas Bahasa Melayu SJKC (021 dan 022), begitu juga sebaliknya.

6. PILIHAN DWI BAHASA

6.1 Kertas soalan Mathematics dan Science dikemukan dalam dwibahasa (B Inggeris dan B Melayu). Tandakan "X" jika calon memilih untuk menjawab kertas terbabit dalam Bahasa Inggeris.

7. CALON TANPA SURAT BERANAK MALAYSIA.

7.1 Calon yang tidak memiliki Surat Beranak Malaysia / Bukan Warga Negara Malaysia hendaklah menyertakan satu salinan Permit Belajar dan salinan pasport untuk dihantar bersama lain-lain dokumen semasa pendaftaran.

7.2 Semasa mendaftarkan calon berkenaan menggunakan aplikasi SPU, biarkan kosong medan input no.SB/KP. Sistem akan menjanakan No. Rujukan LPM bagi calon berkenaan yang akan diguna pakai bagi peperiksaan UPSR.

8. CALON ISTIMEWA

8.1 Calon istimewa seperti buta, rabun, pekak dan cacat anggota yang memerlukan tambahan masa dan keperluan khas lain hendaklah melengkapkan borang A1 dan Borang B atau C diisi secara individu mengikut jenis kecacatan calon dalam tiga salinan. Dokumen dan contoh yang diperlukan hendaklah disertakan bersama-sama borang berkenaan. (Borang A1, B dan C perlu diperbanyakkan mengikut keperluan).

3/5

Page 4: 1. Pekeliling Pendaftaran UPSR 2010

8.2 Sila masukkan kod calon istimewa semasa mendaftarkan calon terbabit dalam Sistem Pendaftaran UPSR (SPU V2010).

8.3 Salinan asal dan kedua borang A1 dan Borang B atau C serta cetakan Senarai Calon Cacat (SPU: Cetak Senarai > Senarai Calon Cacat) hendaklah dihantar bersama semasa menyerahkan dokumen pendaftaran calon UPSR. Salinan ketiga adalah untuk simpanan sekolah.

8.4 Kertas soalan yang dimoderasi disediakan untuk calon bermasalah pendengaran, calon terbabit boleh memohon untuk menduduki kertas soalan ini dimana mereka akan diberi masa tambahan maksimum 25 % masa yang diperuntukan. Mereka yang tidak memohon untuk menduduki kertas soalan yang dimoderasi akan dianggap sebagai calon normal dan tidak diberi masa tambahan.

9. PENDAFTARAN LEWAT

9.1 Adalah menjadi tanggungjawab tuan/puan memastikan semua pelajar yang berada di tahun 6 didaftarkan sebelum tarikh tutup pendaftaran (28 Februari 2010) serta memastikan semua pelajar yang berpindah masuk ke tahun enam sekolah tuan/puan telah didaftarkan untuk menduduki UPSR.

9.2 Pendaftaran lewat hanya diterima bagi kes pelajar yang baru diterima masuk belajar dan ditempatkan terus ke tahun enam (Permohonan diluluskan oleh Unit Pengurusan Sekolah Rendah, PPD atau Unit Penyeliaan Sekolah Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Terengganu).

9.3 Permohonan hendaklah dihantar ke Sektor Penilaian dan Peperiksaan, JPN Terengganu dengan mengemukakan:

i. Borang Pendaftaran Calon yang lengkap diisi.ii. Salinan surat arahan penempatan pelajar.iii. Salinan surat beranak/kad pengenalan calon.

10. PINDAH PUSAT PEPERIKSAAN

Calon yang telah didaftarkan (mulai 1 Mac) dan ingin bertukar ke sekolah lain hendaklah mengisi Borang Perpindahan Calon (LPM/AM 37). Prosedur berikut hendaklah dipatuhi dalam mengurus perpindahan pusat peperiksaan calon.

i) Sekolah asal calon dikehendaki melengkapkan Bahagian A borang LPM/AM 17 dalam lapan salinan.

ii) Satu salinan borang ini hendaklah dihantar ke Sektor Penilaian dan

Peperiksaan JPN Terengganu.

iii) Enam salinan borang ini dan salinan surat permohonan/kelulusan pertukaran sekolah (bagi calon sekolah) beserta dengan dokumen Kerja Kursus, PEKA & PAFA calon hendaklah dihantar/diserahkan lepada Guru Besar/Pengetua sekolah baru.

4/5

Page 5: 1. Pekeliling Pendaftaran UPSR 2010

iv) Guru Besar/Pengetua sekolah baru hendaklah melengkapkan Bahagian B borang terbabit. Angka Giliran Baru (selepas angka giliran terakhir dipusat terbabit) hendaklah diberi jika borang perpindahan diterima sebelum atau pada 15 Mei 2010. Bagi permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut, angka giliran asal (Sekolah Asal) hendaklah dikekalkan (calon pindah menumpang).

iv) Cetakan Senarai Kemasukan hendaklah diguna pakai sebagai kawalan keluar masuk pelajar dan pemberian angka giliran secara manual. Maklumat dalam Sistem Pendaftaran UPSR tidak perlu diperbetulkan.

vi) Tiada bayaran dikenakan bagi perpindahan calon UPSR.

vii) Sekolah baru hendaklah menghantar lima salinan borang ini ke Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri (sekolah baru).

11. PENGENALAN DIRI CALON

11.1 Borang Perakuan Calon UPSR boleh dicetak daripada Sistem Pendaftaran UPSR (SPU : Cetak Senarai > Borang > Borang Perakuan Calon UPSR). Semua calon UPSR dikehendaki melengkapkan borang ini dan setelah lengkap Bahagian A dan B hendaklah diceraikan. Bahagian A dikumpulkan dan diserahkan kepada Pegawai Peperiksaan Daerah PPD masing-masing sebelum 1 Mei 2010. Bahagian B disimpan dan diserahkan kepada calon sebelum hari peperiksaan sebenar.

SEKTOR PENILAIAN DAN PEPERIKSAANJABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

© 2010 SODEN SPPJPNT

5/5