1 pbd 26: 2016 - kheu.gov.bn pilihan/bkmh/hala… · jabatan perkhidmatan farmasi, kementerian...

42
1 PBD 26: 2016 Adalah dimaklumkan bahawa pematuhan ke atas Standard / Garis Panduan Negara Brunei Darussalam ini tidak memberikan sebarang imuniti dari sebarang keperluan undang-undang di mana-mana kontrak kerana mematuhi Standard / Garis Panduan ini. Standard / Garis Panduan Negara Brunei Darussalam akan disemak semula dari masa ke semasa menurut keperluan industri kosmetik tempatan dan bagi mengikuti perkembangan industri-industri yang berkenaan. Cadangan-cadangan pindaan akan dicatat dan pada waktu yang sesuai akan dikemukakan kepada jawatankuasa-jawatankuasa berkaitan. Pindaan yang dibuat sejak penerbitan: No. Pindaan Tarikh Dibuat Teks Yang Berkaitan

Upload: vuongkien

Post on 06-Feb-2018

269 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

1

PBD 26: 2016

PBD 26: 2016

Adalah dimaklumkan bahawa pematuhan ke atas Standard / Garis Panduan Negara Brunei

Darussalam ini tidak memberikan sebarang imuniti dari sebarang keperluan undang-undang

di mana-mana kontrak kerana mematuhi Standard / Garis Panduan ini.

Standard / Garis Panduan Negara Brunei Darussalam akan disemak semula dari masa ke

semasa menurut keperluan industri kosmetik tempatan dan bagi mengikuti perkembangan

industri-industri yang berkenaan. Cadangan-cadangan pindaan akan dicatat dan pada waktu

yang sesuai akan dikemukakan kepada jawatankuasa-jawatankuasa berkaitan.

Pindaan yang dibuat sejak penerbitan:

No. Pindaan Tarikh Dibuat Teks Yang Berkaitan

Page 2: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

2

PBD 26: 2016

PBD 26: 2016

KANDUNGAN

Wakil Jawatankuasa 3

Wakil Kumpulan Kerja 4

Pengenalan 5

1. Skop 6

2. Definisi 6

3. Kriteria untuk Penggunaan Istilah Halal 11

4. Pematuhan 22

Lampiran

A. Teks Arab 23

B. Penyembelihan 26

C. Kaedah Mencuci dan Menyertu Najis Menurut Hukum Syara’ 32

D. Label Halal 34

Rujukan 35

Penghargaan 37

Page 3: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

3

PBD 26: 2016

PBD 26: 2016

WAKIL JAWATANKUASA

Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Standard Halal Kebangsaan dan / atau Garis Panduan

untuk Produk Kosmetik Halal, yang membentuk garis panduan ini terdiri daripada wakil-wakil

organisasi berikut:

Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perdana Menteri

Divisyen Kawalan Bangunan dan Industri, Kementerian Pembangunan

Lembaga Pembangunan Ekonomi Brunei

Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber

Utama *

Jabatan Majlis Ugama Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama

Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan

Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama

Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal

Ugama

Pusat Inovasi Industri Halal, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama **

Unit Perundangan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama

Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

Pusat Standard Kebangsaan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama ***

Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri

Universiti Brunei Darussalam

Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Chia Michelle Akin and Aesthetic Therapy

Giant TMC (B) Sdn Bhd

IDS Borneo Sdn Bhd

Livewelle Company

Syarikat Nurfazarimad

*sekarang dikenali sebagai Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan

Pelancongan.

**sekarang dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Industri Halal Global, Jabatan Tenaga dan Perindustrian,

Jabatan Perdana Menteri.

***sekarang dikenali sebagai Pusat Standard Kebangsaan, Jabatan Tenaga dan Perindustrian, Jabatan

Perdana Menteri.

Page 4: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

4

PBD 26: 2016

PBD 26: 2016

WAKIL KUMPULAN KERJA

Kumpulan Kerja Garis Panduan Produk Kosmetik Halal yang merangka Garis Panduan untuk

Pengilangan dan Pengendalian Produk Kosmetik Halal Brunei Darussalam ini, terdiri daripada

wakil-wakil organisasi berikut:

Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber

Utama

Jabatan Majlis Ugama Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama

Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan

Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama

Unit Perundangan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama

Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri

Page 5: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

5

PBD 26: 2016

PBD 26: 2016

PENGENALAN

Garis Panduan untuk Pengilangan dan Pengendalian Produk Kosmetik Halal Brunei

Darussalam disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Standard Halal

Kebangsaan dan / atau Garis Panduan untuk Produk Kosmetik Halal, di bawah kuasa Majlis

Ugama Islam, Negara Brunei Darussalam.

Garis Panduan ini diterbitkan untuk memberi penjelasan mengenai syarat-syarat

pengilangan dan pengendalian produk kosmetik halal bagi memenuhi tanggungjawab

Fardhu Kifayah (kewajipan kolektif) dengan terdapatnya produk kosmetik halal dan juga bagi

tujuan peningkatan perniagaan dan perdagangan di Negara Brunei Darussalam.

Bidang-bidang utama yang dirangkumi oleh garis panduan ini termasuk sumber bahan-

bahan awalan, pengilangan, pembungkusan, pengangkutan dan penyimpanan produk

kosmetik halal. Garis panduan ini direkabentuk bagi mendukung syarat-syarat Amalan

Pengilangan Baik bagi produk kosmetik yang digunapakai oleh Pihak Berkuasa Kawalan Ubat

Negara Brunei Darussalam.

Page 6: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

6

PBD 26: 2016

PBD 26: 2016

1. Skop

Skop Garis Panduan untuk Pengilangan dan Pengendalian Produk Kosmetik Halal Brunei Darussalam adalah seperti berikut:

1.1 Untuk menyarankan langkah-langkah yang harus diambil dalam sumber bahan awalan, pengilangan, pembungkusan, pengangkutan dan penyimpanan produk

kosmetik halal.

1.2 Untuk penggunaan istilah halal yang bertepatan dengan Hukum Syara’ pada pensijilan dan pelabelan produk kosmetik halal.

Ia bertujuan untuk melengkapkan Garis Panduan ASEAN bagi Amalan Pengilangan Yang Baik untuk Kosmetik dan garis panduan yang lain yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti

COLIPA (The European Cosmetic Toiletry and Perfumery Association) Amalan

Pengilangan Baik Kosmetik – Garis Panduan bagi Pengilangan Produk Kosmetik, dan tidak

mengatasi sebarang larangan yang terkandung di dalamnya.

2. Definisi

2.1 Bagi tujuan garis panduan ini, definisi-definisi berikut diguna pakai:

2.1.1 Pihak Berkuasa Kawalan Ubat Negara Brunei Darussalam

Suatu kuasa dibentuk di bawah Bab 5 Perintah Ubat, 2007 yang mana fungsi- fungsinya disebut di bawah Bab 6 Perintah Ubat, 2007.

2.1.2 Bioteknologi

Sebarang aplikasi teknologi yang menggunakan sistem-sistem biologi, organisma-organisma hidup atau derivatif-derivatifnya, untuk membuat atau mengubahsuai

produk-produk atau proses-proses bagi kegunaan khusus. Contoh derivatif-derivatif berkenaan adalah seperti berikut, asid deoksiribonukleik (DNA), asid ribonukleik

(RNA), enzim dan polypeptides (asid amino).

2.1.3 Produk Kosmetik

Produk kosmetik bermaksud sebarang bahan atau penyediaan bertujuan untuk

digunakan pada pelbagai bahagian luaran badan manusia (lapisan epidermis, sistem rambut, kuku, bibir dan luaran organ-organ kemaluan) atau pada bahagian gigi dan

membran mukus rongga mulut dengan tujuan semata-mata atau terutamanya untuk membersihkan, mewangikan, menukar penampilan dan / atau memperbaiki bau badan dan / atau melindungi atau bagi memastikan bahagian badan yang

tersebut di atas sentiasa di dalam keadaan yang baik.

Page 7: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

7

PBD 26: 2016

PBD 26: 2016

2.1.4 Pihak Berkuasa

Pihak Berkuasa adalah agensi yang diamanahkan oleh Kerajaan Negara Brunei

Darussalamuntuk menjalankan kerja tertentu menurut syarat-syarat yang ditetapkan.

2.1.5 Pihak Berkuasa Ugama Islam

Pihak Berkuasa Ugama Islam adalah Majlis atau Agensi Ugama Islam yang diamanahkan oleh Majlis untuk menjalankan kerja tertentu menurut syarat- syarat yang ditetapkan.

2.1.6 Dibagh (Penyamakan)

Menghilangkan kebusukan dan kelembapan kulit dengan bahan yang tertentu.

2.1.7 Enzim

Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya musnah atau berubah setelah tamatnya tindak balas.

2.1.8 Produk Siap

Produk kosmetik yang telah melalui semua tahap pengilangan, termasuk pembungkusan di kontena terakhir serta pelabelan.

2.1.9 Halal

Benda atau perbuatan yang dibenarkan oleh Hukum Syara’ dan tidak akan dikenakan balasan azab kepada orang-orang yang melakukannya.

2.1.10 Produk Kosmetik Halal

Produk kosmetik halal adalah produk-produk kosmetik yang memenuhi syarat- syarat berikut sebagaimana yang dibenarkan oleh Hukum Syara’:

a) Mengandungi ramuan yang tidak mengandungi apa-apa bahagian atau produk haiwan yang tidak halal untuk orang Islam menurut Hukum Syara’

atau produk haiwan yang tidak disembelih menurut Hukum Syara’;

b) Tidak mengandungi sebarang ramuan yang najis menurut Hukum Syara’;

c) Selamat dan tidak berbahaya kepada pengguna;

d) Tidak disediakan, diproses atau dikilang menggunakan peralatan yang tercemar dengan benda-benda najis menurut Hukum Syara’;

Page 8: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

8

PBD 26: 2016

PBD 26: 2016

e) Tidak mengandungi sebarang bahagian anggota manusia ataupun

derivatifnya;

f) Tidak mengandungi sebarang bahan atau organisma yang diubahsuai secara

genetik (GMO), yang dikira najis mengikut Hukum Syara’; dan

g) Tidak bercampur secara fizikal dengan mana-mana produk kosmetik yang

tidak memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam butiran-butiran (a), (b), (c), (d), (e) dan (f) atau mana-mana benda lain yang dikira najis oleh

Hukum Syara’ semasa penyediaan, pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan atau pengangkutannya.

2.1.11 Pengendalian

Fungsi-fungsi yang berkaitan dengan pengutipan dan pengedaran termasuk penyimpanan dan pengangkutan bahan-bahan awalan serta produk siap.

2.1.12 Hukum Syara’

Hukum Syara’ bermakna Undang-undang Islam mengikut Mazhab Syafie atau mana-mana mazhab lain yang diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk dikuatkuasakan di Negara Brunei Darussalam.

2.1.13 Majlis

Majlis Ugama Islam yang ditubuhkan di bawah Bab 5 Akta Majlis Ugama Islam dan

Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77).

2.1.14 Pengilangan

Berhubung dengan mana-mana produk kosmetik halal, ia termasuklah:

(a) Pembelian bahan-bahan dan pembuatan atau pemasangan produk

berkenaan;

(b) Pembungkusan produk dalam mana-mana kontena dalam bentuk yang

bersesuaian untuk pengurusan atau penggunaan, dan pelabelan kontena berkenaan; dan

(c) Perlaksanaan apa-apa jua proses yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang tersebut di atas seperti kawalan kualiti, pelepasan dan penyimpanan

produk berkenaan.

2.1.15 Mustaqzdar (Sesuatu Yang Menjijikkan)

Sesuatu yang pada asalnya menjijikkan menurut kebanyakan orang yang

mempunyai naluri yang normal, contohnya air liur, kahak dan hingus.

Page 9: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

9

PBD 26: 2016

2.1.16 Najis

Najis adalah apa-apa yang dianggap sebagai tidak suci oleh Hukum Syara’.

2.1.16.1 Najis mengikut Hukum Syara’ ialah:

(a) Khinzir (babi) dan anjing atau keturunan-keturunannya dan derivatif-derivatifnya;

(b) Bangkai:

(i) haiwan yang tidak halal menurut Hukum Syara’; dan

(ii) haiwan halal yang tidak disembelih menurut Hukum Syara’;

(c) Sebarang komponen yang diekstrak atau bahagian yang diambil dari:

(i) haiwan yang hidup kecuali telur dan madunya; dan

(ii) haiwan darat halal yang hidup, kecuali susu dan bulunya;

(d) Darah;

(e) Sebarang cecair atau pepejal yang keluar dari tubuh manusia atau haiwan seperti:

(i) tahi;

(ii) air kencing;

(iii) al-mazi (cecair putih yang tidak likat, keluar bila mula

terangsang secara seksual);

(iv) al-wadi (cecair putih keruh yang likat, biasanya keluar setelah

kencing atau apabila mengangkat barang berat);

(v) muntah; dan

(vi) nanah;

(f) Khamr (arak atau mana-mana minuman yang memabukkan).

2.1.16.2 Najis terbahagi kepada dua bentuk:

(a) Najis ‘Aini

Najis `Aini ialah yang mempunyai jirim atau sifatnya yang terdiri

daripada rasa, warna atau bau.

Page 10: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

10

PBD 26: 2016

(b) Najis Hukmi

Najis Hukmi ialah yang tidak mempunyai jirim dan sifatnya yang terdiri

daripada rasa, warna dan bau. 2.1.16.3 Najis terbahagi kepada tiga peringkat:

(a) Najis Mukhaffafah yang dianggap sebagai najis ringan. Najis yang

berada dalam kategori ini hanyalah air kencing kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun dan kebawah menurut kalendar Islam qamariah (Lunar) yang tidak mengambil apa-apa makanan lain kecuali susu ibunya sahaja;

(b) Najis Mutawassitah yang dianggap sebagai najis pertengahan seperti yang dinyatakan di perenggan 2.1.16.1 (b) to (f), iaitu najis yang tidak

termasuk di dalam kategori najis berat atau najis ringan;

(c) Najis Mughallazhah yang dianggap najis berat seperti yang dinyatakan

di perenggan 2.1.16.1 (a) iaitu khinzir (babi) dan anjing atau

keturunannya atau derivatifnya.

2.1.17 Pembungkusan

Semua operasi, termasuk pengisian dan pelabelan, yang harus dilalui oleh suatu produk pukal bagi menjadikan ia suatu produk siap.

2.1.18 Bahan Pembungkusan

Sebarang bahan yang digunakan dalam pembungkusan produk kosmetik halal, kecuali apa-apa pembungkusan luaran yang digunakan untuk pengangkutan atau

penghantaran. Bahan-bahan pembungkusan yang dirujuk sebagai primer atau sekunder, adalah bergantung kepada keadaan sama ada ia akan bersentuh terus dengan produk atau tidak.

2.1.19 Prosedur-Prosedur

Penerangan mengenai operasi-operasi yang akan dijalankan, langkah-langkah berjaga-jaga yang perlu diambil dan langkah-langkah yang perlu dilakukan secara

langsung atau tidak dalam hal yang berkaitan dengan pengilangan produk kosmetik halal.

2.1.20 Pengeluaran

Semua operasi yang melibatkan penyediaan produk kosmetik halal, dari penerimaan bahan-bahan, seterusnya melalui pemprosesan dan pembungkusan,

sehinggalah selesai sebagai produk siap.

Page 11: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

11

PBD 26: 2016

2.1.21 Penyembelihan

Ia adalah satu perbuatan yang melibatkan prosedur-prosedur yang perlu dijalankan

mengikut kehendak-kehendak yang ditetapkan di bawah Lampiran B. 2.1.22 Bahan Awalan

Sebarang bahan dari kualiti tertentu yang digunakan dalam pengeluaran produk

kosmetik halal, tetapi tidak termasuk bahan-bahan pembungkusan. 2.1.23 Penyimpanan

Istilah yang digunakan untuk menerangkan cara penyimpanan yang selamat bagi

produk-produk kosmetik seperti bahan-bahan awalan dan produk-produk siap yang diterima di kilang dan disimpan di gudang dan kawasan-kawasan penyimpanan yang dikhaskan dan diluluskan.

2.1.24 Thahir (Suci)

Bebas dari najis – sama ada najis ‘aini atau najis hukmi.

2.2 Perkataan Arab

Bagi mengelakkan sebarang keraguan mengenai identiti atau definisi perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam garis panduan ini dan yang tersenarai di dalam

lajur pertama di Lampiran A, rujukan boleh dibuat pada perkataan Arab asal berkaitan dengan perkataan dan ungkapan di lajur kedua Lampiran.

3. Kriteria Penggunaan Istilah Halal

Kriteria penggunaan istilah halal untuk produk kosmetik adalah seperti berikut:

3.1 Sumber-Sumber Bahan Awalan

Semua sumber bahan awalan termasuk produk dan derivatifnya yang dimaksudkan untuk digunakan dalam produk siap adalah halal menurut Hukum Syara’, melainkan

yang dinyatakan di bawah dan / atau bercampur dengan bahan- bahan yang najis. 3.1.1 Sumber daripada Haiwan

Sumber daripada haiwan terbahagi kepada dua kategori:

(a) Haiwan darat.

(b) Haiwan laut.

Page 12: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

12

PBD 26: 2016

3.1.1.1 Haiwan Darat

Haiwan-haiwan darat berikut adalah tidak halal sebagai sumber bahan awalan

yang dimaksudkan untuk produk kosmetik halal:

a) Khinzir (babi) dan anjing dan keturunannya;

b) Haiwan bertaring atau bergading yang digunakannya untuk membunuh mangsanya, seperti harimau, beruang, gajah, kucing dan monyet, dan

lain-lain;

c) Burung yang mempunyai cakar (yang kuat untuk mencederakan

mengsanya) atau burung pemangsa;

d) Haiwan-haiwan yang dibolehkan untuk dibunuh dalam Islam iaitu tikus, kala jengking, ular, burung gagak, burung hida’ah (sejenis helang) dan anjing gila;

e) Haiwan-haiwan yang diharamkan untuk dibunuh dalam Islam iaitu semut, lebah, burung hud-hud, burung shurad, burung khuththaf (layang-

layang), katak dan kelawar;

f) Makhluk-makhluk yang biasanya dianggap jijik seperti kutu, lalat, cacing, ulat, lipan, nyamuk, lebah, kumbang, cicak dan labah-labah, dan lain-lain;

g) Haiwan yang boleh hidup di darat dan juga di air seperti buaya, penyu dan katak, dan lain-lain; dan

h) Haiwan yang tidak disembelih menurut Hukum Syara’.

3.1.1.2 Haiwan Laut

Haiwan laut adalah haiwan yang hidup di dalam air dan tidak boleh hidup

di darat, seperti ikan.

Semua haiwan laut adalah halal sebagai sumber bahan awalan yang dimaksudkan untuk produk kosmetik halal melainkan yang memudharatkan kesihatan.

3.1.2 Sumber daripada Tumbuhan

Semua jenis tumbuhan darat dan laut, keluaran sampingannya dan / atau derivatifnya adalah halal melainkan yang memudharatkan kesihatan.

Page 13: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

13

PBD 26: 2016

3.1.3 Kulat dan Mikro-organisma

Semua jenis kulat dan mikro-organisma seperti bakteria dan alga, dan keluaran sampingannya dan/atau derivatifnya adalah halal melainkan yang:

(a) Memudharatkan kesihatan;

(b) Diperolehi atau berasal dari sumber-sumber yang dikira sebagai najis;

(c) Diperolehi dari bahagian tubuh manusia atau derivatifnya;

(d) Dibiakkan dalam medium yang mengandungi ramuan tidak halal.

3.1.4 Tanah

Semua sumber dari tanah dan keluaran sampingannya (termasuk mineral) adalah halal melainkan yang memudharatkan kesihatan dan / atau bercampur dengan

bahan-bahan yang dikira sebagai najis. 3.1.5 Sintetik

Bahan-bahan untuk produk-produk kosmetik yang dihasilkan secara sintetik adalah

halal melainkan yang memudharatkan kesihatan dan / atau bercampur dengan bahan-bahan yang dikira sebagai najis.

3.2 Bahan Awalan1

Jenis-jenis bahan awalan tidak akan diistilahkan halal jika bahan-bahan berkenaan dengan cara apa jua pun dinyatakan seperti mana-mana daripada

berikut:

(a) Najis;

(b) Diperolehi atau berasal dari bahagian tubuh manusia atau derivatifnya;

(c) Diperolehi atau berasal daripada sumber-sumber yang mustaqdzar;

(d) Memudharatkan kesihatan;

(e) Bercampur atau tercemar dengan yang dinyatakan dibutiran (a), (b), (c)

atau (d).

Secara umum, bahan-bahan awalan yang digunakan dalam penghasilan produk

kosmetik, termasuk yang dinyatakan di bawah, akan diistilahkan halal jika bahan-bahan berkenaan tidak termasuk dalam cara apa jua pun dinyatakan

seperti mana-mana yang tersebut di atas.

1 Jenis-jenis bahan awalan yang disebut di bawah tidak mencakupi keseluruhannya.

Page 14: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

14

PBD 26: 2016

3.2.1 Alkohol

Alkohol adalah secara umumnya dikenali sebagai etanol atau etil alkohol dan

boleh dihasilkan melalui dua cara:

(a) Penapaian Yis Karbohidrat

Inilah cara khamr (arak atau apa-apa minuman memabukkan) dihasilkan.

(b) Sintesis Kimia

Inilah cara etanol dihasilkan secara tidak asli seperti penurunan Ester / alkena

/ keton atau penghidratan etilena.

Menurut Syara’ perkara berikut adalah hukum yang terpakai kepada alcohol (etanol),

(a) Apabila dihasilkan atau diekstrak dari khamr (arak atau apa-apa minuman

yang memabukkan), alkohol (etanol) itu dikira sebagai najis.

(b) Setiap pembuatan alkohol yang membawa kepada arak adalah najis.

(c) Apabila dihasilkan dari sintesis kimia, alkohol (etanol) itu bukan najis dan apabila digunakan dalam produk yang dimaksudkan bagi aplikasi luaran

badan, produk berkenaan dikira sebagai halal.

(d) Alkohol (etanol) yang dihasilkan dari sintesis kimia boleh digunakan sebagai

pembersih peralatan asalkan ia tidak mencemari sebarang penyediaan yang dimaksudkan bagi penggunaan dalaman.

3.2.2 Produk Bioteknologi

Semua produk bioteknologi adalah halal melainkan yang di bawah perenggan 3.2(a), (b), (c), (d), atau (e) di atas.

Perkara berikut juga terpakai bagi semua produk bioteknologi:-

(i) Semua produk bioteknologi yang diperoleh atau diekstrak dari tumbuhan

adalah halal melainkan yang memudharatkan kesihatan.

(ii) Semua produk bioteknologi yang diperoleh atau diekstrak dari haiwan

darat halal yang disembelih menurut Hukum Syara’ dan haiwan laut halal adalah halal melainkan yang najis atau apabila diperoleh atau diekstrak

daripada sumber-sumber yang mustaqdzar.

(iii) Semua produk bioteknologi yang diperoleh atau diekstrak dari bahagian

tubuh manusia atau derivatifnya adalah tidak halal.

Page 15: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

15

PBD 26: 2016

(iv) Semua produk bioteknologi yang diperoleh atau diekstrak dari kulat dan mikro-organisma adalah halal melainkan yang memudharatkan kesihatan,

diperoleh atau diekstrak daripada sumber-sumber yang najis, dibiakkan dalam medium yang mengandungi ramuan-ramuan yang tidak halal, atau

diperoleh atau diekstrak dari bahagian tubuh manusia dan derivatifnya.

3.2.3 Darah

Semua jenis darah dan derivatifnya adalah tidak halal melainkan hati dan limpa yang

diperolehi dari haiwan darat halal yang disembelih menurut Hukum Syara’ dan haiwan laut halal.

3.2.4 Bahan Pewarna

Semua bahan pewarna adalah halal melainkan yang di bawah perengan 3.2 (a), (b), (c), (d) atau (e) di atas.

Perkara berikut juga terpakai bagi semua bahan pewarna:-

(i) Semua bahan pewarna yang diperoleh atau diekstrak dari tumbuhan adalah halal melainkan yang memudharatkan kesihatan.

(ii) Semua bahan pewarna yang diperoleh atau diekstrak dari haiwan darat halal yang disembelih menurut Hukum Syara’ dan haiwan laut halal adalah

halal melainkan yang najis atau apabila diperoleh atau diekstrak daripada sumber-sumber yang mustaqdzar.

(iii) Semua bahan pewarna yang diperoleh atau diekstrak dari bahagian tubuh

manusia atau derivatifnya adalah tidak halal.

(iv) Semua bahan pewarna yang diperoleh atau diekstrak dari kulat dan

mikro-organisma adalah halal melainkan yang memudharatkan kesihatan,

diperoleh atau diekstrak daripada sumber-sumber yang najis, dibiakkan

dalam medium yang mengandungi ramuan-ramuan yang tidak halal, atau

diperoleh dari bahagian tubuh manusia dan derivatifnya.

3.2.5 Telur

Semua telur adalah halal melainkan yang memudharatkan kesihatan.

3.2.6 Enzim

Semua jenis enzim adalah halal melainkan yang di bawah perengan 3.2 (a), (b),

(c), (d), atau (e) di atas.

Perkara berikut juga terpakai bagi semua enzim:-

Page 16: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

16

PBD 26: 2016

(i) Semua enzim yang diperoleh atau berasal dari tumbuhan adalah halal

melainkan yang memudharatkan kesihatan.

(ii) Semua enzim yang diperoleh atau berasal dari haiwan darat halal yang

disembelih menurut Hukum Syara’ dan haiwan laut halal adalah halal melainkan yang najis atau apabila diperoleh atau berasal daripada sumber-

sumber yang mustaqdzar.

(iii) Semua enzim yang diperoleh atau berasal dari bahagian tubuh manusia

atau derivatifnya adalah tidak halal.

(iv) Semua enzim yang diperoleh atau berasal dari kulat dan mikro-organisma

adalah halal melainkan yang memudharatkan kesihatan, diperoleh atau berasal daripada sumber-sumber yang najis, dibiakkan dalam medium

yang mengandungi ramuan-ramuan yang tidak halal, atau diperoleh dari bahagian tubuh manusia dan derivatifnya.

3.2.7 Lemak

Semua jenis lemak adalah halal melainkan yang di bawah perengan 3.2(a), (b), (c), (d), atau (e) di atas.

Perkara berikut juga terpakai bagi semua jenis lemak:-

(i) Semua jenis lemak yang diperoleh atau berasal dari tumbuhan adalah halal melainkan memudharatkan kesihatan.

(ii) Semua jenis lemak yang diperoleh atau berasal dari haiwan darat halal yang disembelih menurut Hukum Syara’ dan haiwan laut halal adalah halal

melainkan yang najis atau apabila diperoleh atau berasal daripada sumber-sumber yang mustaqdzar.

(iii) Semua jenis lemak yang diperoleh atau berasal dari bahagian tubuh manusia atau derivatifnya adalah tidak halal.

3.2.8 Bulu

Bahan awalan yang diekstrak daripada bulu yang diperoleh dari haiwan darat halal adalah halal sama ada bulu berkenaan diperoleh ketika haiwan tersebut masih

hidup atau setelah disembelih.

3.2.9 Gelatin

Gelatin adalah halal melainkan yang diperoleh atau berasal dari haiwan dan

tumbuhan di bawah perengan 3.2(a), (b), (c), (d), atau (e) di atas.

Perkara berikut juga terpakai bagi semua jenis gelatin:-

Page 17: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

17

PBD 26: 2016

(i) Gelatin yang diperoleh dari tumbuhan adalah halal melainkan yang

memudharatkan kesihatan.

(ii) Gelatin yang diperoleh dari haiwan darat halal yang disembelih menurut

Hukum Syara’ dan haiwan laut halal adalah halal melainkan yang najis atau diperoleh daripada sumber-sumber yang mustaqdzar.

(iii) Gelatin yang diperoleh dari bahagian tubuh manusia atau derivatifnya

adalah tidak halal.

3.2.10 Madu

Semua jenis madu adalah halal.

3.2.11 Cecair

Semua jenis cecair dan keluaran sampingannya adalah halal melainkan yang najis atau memudharatkan kesihatan.

3.2.12 Kesturi

Wangian kesturi adalah bahan yang mempunyai bau yang kuat yang digunakan

dalam pembuatan beberapa minyak wangi. Ia diperoleh daripada bintil kelenjar kijang jantan. Kesturi adalah sama ada ianya diperoleh ketika haiwan tersebut masih hidup atau setelah disembelih.

3.2.13 Protein Pemakanan dan Asid Amino

Semua protein pemakanan dan asid amino adalah halal melainkan yang di bawah perenggan 3.2(a), (b), (c), (d), atau (e) di atas.

Perkara berikut juga terpakai bagi semua ptotein pemakanan dan asid amino:-

(i) Semua protein pemakanan dan asid amino yang diperoleh atau diekstrak dari tumbuhan adalah halal melainkan yang memudharatkan kesihatan.

(ii) Semua protein pemakanan dan asid amino yang diperoleh atau diekstrak dari haiwan darat halal yang disembelih menurut Hukum Syara’ dan dari

haiwan laut halal adalah halal melainkan yang najis atau apabila diperoleh atau diekstrak daripada sumber-sumber yang mustaqdzar.

(iii) Semua protein pemakanan dan asid amino yang diperoleh atau diekstrak dari bahagian tubuh manusia atau derivatifnya adalah tidak halal.

Page 18: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

18

PBD 26: 2016

(iv) Semua protein pemakanan dan asid amino yang diperoleh atau diekstrak

dari kulat dan mikro-organisma adalah halal melainkan yang memudharatkan

kesihatan, diperoleh atau berasal daripada sumber-sumber yang najis,

dibiakkan dalam medium yang mengandungi ramuan-ramuan yang tidak

halal, atau diperoleh dari bahagian tubuh manusia dan derivatifnya.

3.2.14 Syelek

Syelek adalah tidak halal melainkan apabila diperoleh atau berasal daripada sumber-sumber atau haiwan-haiwan yang halal menurut Hukum Syara’.

3.2.15 Kulit

Kulit yang diperoleh daripada bangkai haiwan boleh menjadi thahir apabila ia melalui proses dibagh melainkan kulit yang diperoleh daripada khinzir (babi) atau anjing.

3.2.16 Vitamin dan Mineral

Semua jenis vitamin dan mineral asli dan sintetik adalah halal melainkan yang di bawah perenggan 3.2(a), (b), (c), (d), atau (e) di atas.

Perkara berikut juga terpakai bagi semua jenis vitamin dan mineral asli dan

sintetik:-

(i) Semua vitamin dan mineral asli dan sintetik yang diperoleh atau berasal

dari tumbuhan adalah halal melainkan yang memudharatkan kesihatan.

(ii) Semua vitamin dan mineral asli dan sintetik yang diperoleh atau berasal

dari haiwan darat halal yang disembelih menurut Hukum Syara’ dan haiwan laut halal adalah halal melainkan yang najis atau apabila diperoleh

atau berasal daripada sumber-sumber yang mustaqdzar.

(iii) Semua vitamin dan mineral asli dan sintetik yang diperoleh atau berasal

dari bahagian tubuh manusia atau derivatifnya adalah tidak halal.

(iv) Semua vitamin dan mineral asli dan sintetik yang diperoleh atau berasal

dari kulat dan mikro-organisma adalah halal melainkan memudharatkan kesihatan, diperoleh atau berasal daripada sumber-sumber yang najis,

dibiakkan dalam medium yang mengandungi ramuan-ramuan yang tidak halal, atau diperoleh dari bahagian tubuh manusia dan derivatifnya.

3.3 Pembelian Bahan-bahan Awalan

3.3.1 Pengilang hendaklah memastikan bahan-bahan awalan yang dibeli adalah halal menurut Hukum Syara’.

Page 19: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

19

PBD 26: 2016

3.3.2 Pengilang hendaklah memastikan pensijilan atau dokumentasi belian bahan-bahan

awalan yang halal ada dalam simpanan bagi tujuan pengesahan.

3.3.3 Bahan-bahan awalan hendaklah dibeli hanya dari pembekal yang diluluskan seperti yang dinamakan dalam spesifikasi berkaitan dan, jika boleh, dibeli terus dari pengeluar. Adalah disarankan agar spesifikasi yang ditetapkan oleh pengilang bagi

bahan-bahan awalan dibincangkan bersama dengan pembekal. Adalah bermanfaat bagi semua aspek pengeluaran dan pengawalan bahan-bahan awalan itu, termasuk

syarat-syarat pengendalian, pelabelan dan pembungkusannya serta prosedur aduan dan penolakannya juga dibincangkan dengan pengilang dan pembekal.

3.4 Prosedur Penyembelihan

Prosedur penyembelihan hendaklah dilakukan menurut kehendak-kehendak yang ditetapkan di Lampiran B.

3.5 Pengilangan, Pembungkusan dan Pengendalian

Semua bahan-bahan awalan dan produk siap hendaklah dikilang dan dikendalikan dengan mematuhi garis panduan berkaitan yang digunapakai. Bagi produk-produk

kosmetik, produk-produk tersebut hendaklah mematuhi Garis Panduan ASEAN bagi Amalan Pengilangan Baik untuk Kosmetik atau garis panduan yang lain yang

digunapakai oleh Pihak Berkuasa Kawalan Ubat Negara Brunei Darussalam dan ia adalah prasyarat dalam pengeluaran produk-produk kosmetik halal.

3.5.1 Semua produk kosmetik halal yang disimpan, dipamerkan atau dijual hendaklah

dikategorikan dan dilabelkan halal dan diasingkan pada setiap peringkat bagi

mengelakkanya dari bercampur atau tercemar dengan bahan-bahan yang tidak halal.

3.5.2 Produk kosmetik hendaklah dibungkus dengan baik menggunakan bahan-bahan

pembungkusan yang memenuhi syarat-syarat berikut:

(a) Bahan-bahan pembungkusan hendaklah tidak dibuat dari bahan-bahan

mentah yang:

(i) najis;

(ii) diperoleh atau berasal dari bahagian tubuh manusia atau

derivatifnya;

(iii) diperoleh atau berasal daripada sumber-sumber yang mustaqdzar;

(iv) memudharatkan kesihatan; atau

(v) bercampur atau tercemar dengan yang dinyatakan dibutiran (i), (ii), (iii) or (iv).

Page 20: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

20

PBD 26: 2016

(b) Bahan pembungkusan tidak boleh disediakan, diproses atau dikilang

menggunakan peralatan dan kemudahan yang:

(i) najis;

(ii) diperoleh atau berasal dari bahagian tubuh manusia atau

derivatifnya;

(iii) diperoleh atau berasal daripada sumber-sumber yang mustaqdzar;

(iv) memudharatkan kesihatan; atau

(v) bercampur atau tercemar dengan yang dinyatakan dibutiran (i), (ii), (iii) or (iv).

(c) Semasa pengilangan dan pengendalian bahan pembungkusan, ia hendaklah diasingkan dari sebarang bahan pembungkusan lain yang tidak memenuhi

syarat-syarat yang dinyatakan di perenggan 3.5.2 (a) atau (b).

3.5.3 Proses pembungkusan hendaklah dijalankan dalam keadaan suci dan bersih serta dalam keadaan sanitari yang baik.

3.5.4 Peralatan, perkakas, mesin dan alat bantu pemprosesan

3.5.4.1 Peralatan, perkakas, mesin dan alat bantu pemprosesan yang digunakan untuk memproses produk kosmetik halal hendaklah tidak mengandungi atau dibuat dari

bahan-bahan yang dikira sebagai najis oleh Hukum Syara’ dan hendaklah digunakan hanya untuk produk kosmetik halal.

3.5.4.2 Dalam kes penukaran dan penyucian:

(a) Aliran najis atau aliran pemprosesan yang mengandungi najis untuk menjadi aliran pengeluaran halal; dan

(b) Peralatan, perkakas dan mesin, yang sebelumnya digunakan atau bersentuhan dengan najis untuk menjadi peralatan, perkakas dan mesin

produk thahir.

Aliran-aliran, peralatan, perkakas dan mesin berkenaan hendaklah dicuci dan

disertu menurut Hukum Syara’ seperti di Lampiran C.

Walau bagaimana pun, prosedur berhubung dengan penyucian atau penyertuan

najis al-mughallazhah hendaklah diselia dan disahkan oleh Pihak Berkuasa Ugama Islam yang Kompeten. Setelah penukaran dilakukan, aliran-aliran,

peralatan, perkakas dan mesin tersebut hanya boleh digunakan dan dikendalikan untuk produk kosmetik halal sahaja. Berulang-ulang dalam penukaran aliran najis al-mughallazhah kepada aliran halal adalah tidak dibenarkan.

Page 21: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

21

PBD 26: 2016

3.6 Kebersihan dan Sanitasi

3.6.1 Kebersihan dan sanitasi adalah prasyarat dalam penyediaan bahan-bahan awalan

dan produk kosmetik halal. Ia termasuk pelbagai aspek kebersihan diri, pakaian, peralatan dan premis kerja untuk penyembelihan haiwan, penyediaan bahan awalan halal yang bersumber daripada haiwan, pemprosesan atau pengilangan produk

kosmetik halal.

3.6.2 Pengeluar bahan-bahan awalan halal yang bersumberkan dari haiwan dan tanaman hendaklah mengambil langkah-langkah untuk:

(a) Mengawal pencemaran dari udara, tanah, air, makanan haiwan, baja (termasuk baja asli), racun haiwan perosak, ubat-ubatan veterinari atau

bahan-bahan lain yang digunakan dalam pengeluaran primer;

(b) Mengawal kesihatan tanaman dan haiwan agar ia tidak menjadi ancaman

pada kesihatan manusia melalui sentuhan, pemakaian, penggunaan, atau menjejaskan kesesuaian produk;

(c) Memelihara sumber-sumber makanan dari haiwan perosak, najis dan pencemaran-pencemaran lain;

(d) Menguruskan bahan buangan dengan berkesan; dan

(e) Menyimpan bahan-bahan merbahaya dengan teratur.

3.6.3 Bahan-bahan awalan halal bersumber dari haiwan, tumbuhan dan mikro- organisma hendaklah disediakan, diproses, dibungkus, diangkut dan disimpan dengan cara yang mematuhi syarat-syarat kebersihan dan sanitari bagi Prinsip-

Prinsip Umum Codex mengenai Kebersihan Makanan atau Amalan Perkilangan Baik yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

3.6.4 Semua produk kosmetik halal hendaklah disediakan, diposes, dibungkus, diangkut

dan disimpan dengan cara agar mematuhi syarat-syarat kebersihan dan sanitari

Amalan Perkilangan Baik yang di iktiraf di peringkat antarabangsa.

3.7 Pelabelan

3.7.1 Setiap pembungkusan hendaklah ditanda dengan jelas dan tidak boleh terpadam atau sesuatu label hendaklah dilekatkan kepada bungkusan, dengan maklumat seperti yang disyaratkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Ubat Negara Brunei

Darussalam.

3.7.2 Bahan pelabelan yang digunakan secara bersentuhan terus atau tidak dengan produk hendaklah tidak berbahaya dan bukan dari bahan mentah yang dikira

sebagai najis oleh Hukum Syara’.

Page 22: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

22

PBD 26: 2016

3.7.3 Apabila sesuatu produk kosmetik halal disahkan sebagai halal oleh Majlis, maka

label Halal seperti dalam Lampiran D hendaklah kelihatan pada bungkusannya.

3.7.4 Pengakuan halal tidak boleh digunakan dalam apa jua cara pun yang boleh menimbulkan keraguan terhadap kualiti, keselamatan dan Pengakuan kelebihan produk kosmetik lain yang serupa dengannya, atau Pengakuan bahawa produk

kosmetik halal adalah lebih tinggi kualiti, keselamatan dan Pengakuan kelebihannya berbanding dengan produk kosmetik lain yang serupa dengannya atau berbanding

dengan produk kosmetik alternatif lain.

3.8 Kehendak Undang-Undang

Semua produk siap hendaklah mematuhi undang-undang termasuk mana-mana peraturan yang berkaitan yang sedang berkuatkuasa di Negara Brunei Darussalam.

Produk-produk yang mempunyai / tidak mempunyai pensijilan halal yang hendak dipasarkan di Negara Brunei Darussalam mestilah mematuhi Peraturan Perubatan

(Produk Kosmetik) 2007 dan keperluan-keperluannya.

4. Pematuhan

Pematuhan produk kosmetik menurut garis panduan ini hendaklah disahkan

melalui pemeriksaan tapak / premis oleh orang-orang yang dilantik oleh Majlis.

Page 23: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

23

PBD 26: 2016

LAMPIRAN A

Teks Arab

Al-Mazi

....................................................

المذي

Al-Wadi

....................................................

يالود

Dibagh

....................................................

دباغ

Fardhu Kifayah

....................................................

فرض كفاية

Ghusl

....................................................

غسل

Hadats Akbar

....................................................

كبرأحدث

Hadats Asghar

....................................................

صغرأحدث

Hajj

....................................................

حج

Halal

....................................................

حالل

Halqum

....................................................

حلقوم

Hayat Mustaqirrah

....................................................

ةحياة مستقر

Hud-Hud

....................................................

هدهد

Page 24: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

24

PBD 26: 2016

Hukum Syara’ ....................................................

حكم شرع

Ihram ....................................................

إحرام

Khamr ....................................................

خمر

Khinzir ....................................................

خنزير

Khuththaf ....................................................

خط اف

Mari’ ....................................................

ىءمر

Mazhab ....................................................

مذهب

Mazhab Syafie

....................................................

مذهب شافعي

Mughallazhah ....................................................

ظةمغل

Mukhaffafah ....................................................

فةمخف

Musta’mal ....................................................

مستعمل

Mustaqdzar ....................................................

مستقذر

Mutanajjis ....................................................

سمتنج

Mutawassitah ....................................................

طةمتوس

Mutlaq ....................................................

مطلق

Najis

....................................................

نجس

Page 25: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

25

PBD 26: 2016

Najis ‘Aini

....................................................

نجس عيني

Najis Hukmi

....................................................

نجس حكمي

Niyyah

....................................................

ةني

Qamariah

....................................................

قمرية

Qaul Mu’tamad

....................................................

دقول معتم

Qullah

....................................................

ةقل

Shurad

....................................................

صرد

Tayammum

....................................................

متيم

Thahir

....................................................

طاهر

‘Umrah

....................................................

عمرة

Wadajain

....................................................

دجينو

Wudhu

....................................................

ضوء و

Page 26: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

26

PBD 26: 2016

LAMPIRAN B

Penyembelihan

Prosedur penyembelihan haiwan halal hendaklah dijalankan menurut Hukum Syara’ seperti berikut:

B1. Tempat Penyembelihan

(a) Tempat penyembelihan hendaklah digunakan bagi tujuan penyembelihan haiwan halal sahaja.

(b) Tempat penyembelihan haiwan halal hendaklah diasingkan sepenuhnya

daripada tempat penyembelihan haiwan tidak halal bagi memastikan haiwan halal yang telah disembelih tidak dicemari atau bersentuhan dengan najis.

B2. Haiwan yang Hendak Disembelih

(a) Haiwan yang hendak disembelih hendaklah haiwan yang halal.

(b) Haiwan yang hendak disembelih hendaklah hidup atau dalam keadaan

hayat mustaqirrah (diyakini masih bernyawa) pada waktu ia disembelih.

(c) Haiwan yang hendak disembelih hendaklah sihat dan telah diluluskan oleh

pihak berkuasa yang bertauliah.

B3. Penyembelih

(a) Penyembelih hendaklah merupakan seorang Islam yang waras dan benar-

benar faham serta mempunyai pengetahuan tentang peraturan-peraturan dan syarat-syarat asas berkaitan dengan penyembelihan haiwan menurut

Hukum Syara’.

(b) Penyembelih hendak lah tidak berada di dalam keadaan ihram (ihram

merupakan salah satu rukun ketika mengerjakan haji dan`umrah).

B4. Aliran Penyembelihan, Alat dan Kelengkapan

(a) Aliran penyembelihan, alat dan kelengkapan hendaklah khusus digunakan

bagi tujuan penyembelihan haiwan halal sahaja.

(b) Pisau penyembelihan hendaklah tajam.

(c) Tulang, kuku dan gigi tidak boleh digunakan sebagai alat penyembelihan.

Page 27: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

27

PBD 26: 2016

B5. Prosedur

(a) Penyembelihan haiwan halal secara mekanikal adalah dilarang.

(b) Perbuatan menyembelih hendaklah dilakukan dengan niyyah (niat) dan Penyembelih benar-benar menyedari perbuatannya.

(c) Tujuan penyembelihan hendaklah kerana Allah semata-mata dan bukan kerana tujuan lain.

(d) Kalimah (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani) mestilah dilafazkan sebaik sahaja penyembelihan setiap

haiwan hendak dilakukan.

(e) Penyembelihan hendaklah dilakukan sekali sahaja terhadap setiap haiwan.

Pergerakan pisau yang berulang-ulang semasa penyembelihan dibenarkan asalkan pisau penyembelihan itu tidak diangkat daripada haiwan semasa

penyembelihan.

(f) Penyembelihan halal hendaklah dimulakan dengan pemotongan pada

bahagian leher di bawah biji halqum dan selepas biji halqum bagi haiwan berleher panjang.

(g) Perbuatan menyembelih hendaklah dengan memutuskan halqum (saluran pernafasan), mari’ / esofagus (saluran makan dan minum) dan wadajain

(kedua-dua urat darah carotid dan vena jugular untuk mempercepatkan keluar pengaliran darah dan kematian haiwan (sila lihat Gambarajah 1

hingga Gambarajah 6). Pengaliran darah hendaklah terpancut secara spontan dan sempurna.

Page 28: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

28

PBD 26: 2016

Arteri Karotid

Kulit

Trakea

Esofagus

Otot Leher

Vena Jugular

Gambarajah 1. Anatomi Ayam (Leher)

Gambarajah 2. Bahagian penting untuk penyembelihan Ayam

Kulit

Otot Leher

Esofagus

Vena Karotid

Vena Jugular

Trakea

Page 29: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

29

PBD 26: 2016

Arteri Karotid Esofagus

Otot Leher Trakea

Kulit

Vena Jugular

Gambarajah 3. Kaedah penyembelihan Ayam

Vena Jugular

Arteri Karotid

Esofagus

Trakea

Otot Leher Kulit

Gambarajah 4. Anatomi Lembu - Kerbau (Leher)

Page 30: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

30

PBD 26: 2016

Kulit

Esofagus

Vena Jugular Arteri Karotid

Trakea

Gambarajah 6. Kaedah penyembelihan Lembu - Kerbau

Gambarajah 5. Bahagian penting penyembelihan Lembu - Kerbau

Trakea

Vena Jugular

Otot Leher

Arteri Karotid

Esofagus

Page 31: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

31

PBD 26: 2016

B5.1 Penceluran

Bagi ayam-itik, penceluran hanya boleh dilakukan ke atas haiwan yang diyakini mati hasil dari penyembelihan halal.

B5.2 Pemengsanan

Jika pemengsanan digunakan semasa proses penyembelihan, prosedur-prosedur di bawah heandaklah dipatuhi:

(a) Pemengsanan akan membuatkan haiwan tidak sedar buat sementara waktu

sahaja;

(b) Alat pemengsanan adalah jenis yang tidak akan menembusi atau

memecahkan kepala haiwan; dan

(c) Ia hendaklah tidak menyebabkan kerosakan otak yang kekal atau

menyebabkan kematian atau kecacatan fizikal terhadap haiwan tersebut.

Page 32: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

32

PBD 26: 2016

LAMPIRAN C

Kaedah Mencuci dan Menyertu Najis menurut Hukum Syara’

C1. Bahan-bahan yang digunakan untuk membersihkan dan menyertu Najis ‘Aini dan najis Hukmi.

C1.1 Air

Air yang digunakan hendaklah air Mutlaq (asli). Walau bagaimanapun, boleh juga digunakan air berikut:

(a) Air Musta‘mal, jika kuantiti air adalah sekurang-kurangnya dua kolah (qullah).

(b) Air Mutanajjis, jika kuantiti air adalah sekurang-kurangnya dua kolah dan

ciri-ciri air tidak berubah langsung akibat wujudnya najis.

Nota:

Air Musta’mal bermakna air yang telah digunakan seperti air basuhan daripada hadath asghar (hadas kecil) atau (hadath akbar) (hadas besar).

Dua kolah air adalah lebih kurang 216 liter atau isi padu bekas yang berukuran

(60x60x60) cm3.

Air Mutanajjis adalah air yang tercemar oleh najis.

Ciri-ciri air adalah terdiri dari rasa, bau dan warnanya.

C1.2 Tanah

Tanah yang digunakan untuk penyertuan:

hendaklah bebas dari najis;

a) Hendaklah bukan terdiri dari tanah Musta‘mal seperti tanah yang telah

digunakan untuk tayammum;

b) Hendaklah bebas dari cecair seperti cuka, minyak dan sebagainya.

Nota:

Tayammum bermakna menyampaikan tanah ke muka dan kedua tangan sebagai

ganti wudhu’ dan mandi (mandi wajib dan mandi sunat) atau sebagai ganti

membasuh anggota wudhu’ dan mandi dengan syarat yang tertentu.

Page 33: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

33

PBD 26: 2016

C2. Kaedah Membersihkan dan Menyertu

C2.1 Najis Mukhaffafah

‘Aini dan hukmi:

Bahan yang telah bersentuhan dengan Najis Mukhaffafah dibersihkan dengan

merenjis air ke atas bahan tersebut dan air itu meliputi najis dan kadar

renjisannya melebihi najis tersebut.

C2.2 Najis Mutawassithah

‘Aini:

(a) Bahagian fizikal najis hendaklah dibuang terlebih dahulu sebelum kerja pembersihan.

(b) Bahan yang telah bersentuhan dengan Najis Mutawassithah dibersihkan dengan mengalirkan air atau mencurahkannya ke atas bahan tersebut

sehingga menghilangkan atau menghapuskan sifat najis.

(c) Bahan yang telah bersentuhan dengan Najis Mutawassithah boleh dicelupkan

di dalam bekas yang mengandungi sekurang-kurangnya dua kolah air.

Hukmi:

Bahan yang telah bersentuhan dengan Najis Mutawassithah dibersihkan dengan mengalirkan

air atau mencurahkannya sekali ke atas bahan tersebut.

C2.3 Najis Mughallazhah

‘Aini:

(a) Bahagian fizikal najis hendaklah dibuang terlebih dahulu sebelum kerja

pembersihan.

(b) Bahan yang telah bersentuhan dengan Najis Mughallazhah dibersihkan

dengan membasuhnya sebanyak tujuh kali air, satu daripadanya dengan air yang dicampur dengan tanah.

Hukmi:

Bahan yang telah bersentuhan dengan Najis Mughallazhah dibersihkan dengan membasuhnya sebanyak tujuh kali air, satu daripadanya dengan air yang dicampur

dengan tanah.

Nota: Kuantiti tanah yang digunakan dalam air yang dicampur dengan tanah memadai sekadar untuk menjadikan air itu keruh.

Page 34: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

34

PBD 26: 2016

LAMPIRAN D

LABEL HALAL

Page 35: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

35

PBD 26: 2016

RUJUKAN

Rujukan-rujukan berikut penting terhadap penggunaan Garis Panduan Pengilangan dan

Pengendalian Produk Kosmetik Halal Brunei Darussalam. Bagi rujukan-rujukan yang bertarikh, edisi terakhir bagi rujukannya (termasuk sebarang pindaan) adalah

tergunapakai:

(i) Ad-Dimyathi, Hasyiyah I’anah ath-Thalibin, Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah Beirut,

1422H/2002.

(ii) Al-Anshari, Hasyiyah al-Allamah asy-Syeikh Sulaiman al-Jamal ‘ala Syarh al-Manhaj, Dar al-Fikr.

(iii) Al-Bantani, Nihayah az-Zain fi Irsyad al-Mubtadi’in, Dar al-Fikr.

(iv) Al-Khathib asy-Syarbini, Mughni al-Muhtaj, Dar al-Fikr.

(v) An-Nawawi, al-Majmu’, Dar al-Fikr.

(vi) Ar-Ramli, Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj, Maktabah wa Mathba’ah Mushthafa al- Halabi.

(vii) ASEAN General Guidelines on The Preparation and The Handling of Halal Food, Food Handling Publication Series No.1.

(viii) ASEAN Guidelines for Cosmetic Good Manufacturing Practice, Appendix VI, ASEAN Cosmetic Directive.

(ix) Brunei Darussalam Guidelines For Manufacturing And Handling Of Halal Medicinal Products, Traditional Medicines And Health Supplements GD24:2010.

(x) Standard Makanan Halal Brunei Darussalam, PBD 24: 2007. Majlis Ugama Islam, Negara Brunei Darussalam.

(xi) Codex General Guidelines for the Use of the Term “Halal”, CAC/GL 24-1997.

(xii) Garis Panduan Umum Mengenai Kawalan Obat, Kosmetika dan Barang Gunaan

Halal Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Singapura, 2007,

Keluaran MABIMS.

(xiii) Perintah Sijil Halal dan Label Halal, 2005 (S 39/05). Negara Brunei Darussalam.

(xiv) Akta Daging Halal (Bab183). Negara Brunei Darussalam.

(xv) Ibnu Hajr al-Haitami, al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah, Dar al-Fikr.

Page 36: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

36

PBD 26: 2016

(xvi) Isu-Isu Produk Halal, diterbitkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan, Negara Brunei

Darussalam, 2007 ISBN 99917-33-70-1.

(xvii) Perintah Ubat, 2007 (S 79/07). Negara Brunei Darussalam.

(xviii) Qal’ah Ji & Qunaibi, Mu’jam Lughah al-Fuqaha, Dar an-Nafa’is.

(xix) Pharmaceutics: The Science of Dosage Form Design edited by ME Aulton, 1988.

(xx) Fatwa Mufti Kerajaan (Siri 07/2005), Jabatan Mufti Kerajaan, Negara Brunei

Darussalam.

(xxi) Sa’di Abu Jaib, al-Qamus al-Fiqhiy, Dar al-Fik.

Page 37: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

37

PBD 26: 2016

PENGHARGAAN

1. Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Garis Panduan untuk Produk Kosmetik Halal:

Awang Haji Abd Wahab bin Haji Sapar

(Pengerusi Bersama)

Jabatan Majlis Ugama Islam,

Kementerian Hal Ehwal Ugama

Ustazah Hajah Zakiah binti Haji Taib

(Pengerusi Bersama)

Jabatan Hal Ehwal Syariah,

Kementerian Hal Ehwal Ugama

Dayang Hajah Aminah binti Haji Md Jaafar

(Pengerusi Bersama)

Jabatan Perkhidmatan Farmasi,

Kementerian Kesihatan

Awang Haji Abdul Aziz bin Haji Akop

(Pengerusi Bersama)

Jabatan Majlis Ugama Islam,

Kementerian Hal Ehwal Ugama

Dayang Zubaidah binti Haji Mahmud

(Setiausaha Bersama)

Jabatan Perkhidmatan Farmasi,

Kementerian Kesihatan

Pengiran Hajah Rosidah binti Pengiran Haji Metussin

(Setiausaha Bersama)

Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-

Sumber Utama

Awang Haji Sabri bin Haji Mohd Taha (Setiausaha Bersama)

Pusat Inovasi Industri halal Kementerian Perindustrian dan Sumber-

Sumber Utama

Dayang Hajah Aidah binti Haji Mohd Hanifah Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-

Sumber Utama

Awang Chong Chee Kiong Jabatan Perkhidmatan Farmasi,

Kementerian Kesihatan

Awang Mohammad Shaffie bin Haji Meluddin

Jabatan Perkhidmatan Farmasi,

Kementerian Kesihatan

Dayang Ellys binti Haji Mohammed Jabatan Perkhidmatan Farmasi,

Kementerian Kesihatan

Dayang Rasidah binti Haji Apong Jabatan Majlis Ugama Islam,

Kementerian Hal Ehwal Ugama

Awang Haji Ali Hassan bin Haji Ahmad Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah,

Kementerian Hal Ehwal Ugama

Awang Mohd Noorsuffian bin Haji Yahya Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah,

Kementerian Hal Ehwal Ugama

Page 38: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

38

PBD 26: 2016

Dayang Hajah Rabi’atul Adawiyah binti Haji

Ahmad

Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah,

Kementerian Hal Ehwal Ugama

Dayang Wajihah binti Haji Zainuddin Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah,

Kementerian Hal Ehwal Ugama

Awang Haji Mohammad Hadilah bin Haji

Abd Manaf

Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah,

Kementerian Hal Ehwal Ugama

Dato Seri Setia Awang Haji Tassim bin Haji Akim

Unit Perundingan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama

Pengiran Khairul Nazri bin Pengiran Haji Shahbudin

Unit Perundingan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama

Dayang Morlitapuja binti Alawi Unit Perundingan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama

Awang Haji Dennie bin Haji Abdullah Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri

Awang Haji Mas Reduan bin Haji Jumat Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri

Awang Haji Abdul Rahman bin Pengarah

Haji Mokti

Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri

Awang Haji Mohd Sofian bin Awg Tengah Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri

Dayang Hajah Noorba’eyah binti Haji Yahya Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perdana Menteri

Awang Azmi bin Haji Abdul Rahim Pusat Piawaian Kebangsaan Kementerian Perindustrian dan Sumber-

Sumber Utama

Pengiran Saharudin bin Pengiran Yusof Divisyen Kawalan Bangunan dan Industri, Kementerian Pembangunan

Awang Mohammad Zulaine bin Hj Zahiri Divisyen Kawalan Bangunan dan Industri, Kementerian Pembangunan

Dr Hj Ibrahim bin Haji Abd Rahman Universiti Brunei Darussalam

Dayang Norasiah binti Haji Amai Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Page 39: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

39

PBD 26: 2016

Dayang Suaad binti Dr Hj Serbini Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Prof. Madya Dr Ariffin bin Omar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

Pengiran Hjh Norwidayawati binti Pg Hj Metusin

Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

Awang Haji Ideris bin Haji Ali Lembaga Pembangunan Ekonomi Brunei

Dayang Illie binti Dato Abd Rahman Lembaga Pembangunan Ekonomi Brunei

Dayang Jessica Lai Teck Choo Lembaga Pembangunan Ekonomi Brunei

Dayang Hjh Siti Zuriah binti Haji Mohammed

Syarikat Nurfarizmad

Dayang Asrinah binti Abdullah Livewelle Company

Dayang Chia Meng Shiang Chia Michelle Skin & Aesthetic Therapy

Dayang Audrene Loke IDS Borneo Sdn Bhd

Dayang Sheila Shanta Noel Giant TMC (B) Sdn Bhd

Page 40: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

40

PBD 26: 2016

Urusetia:

Awang Abdul Latif bin Haji Sani

Jabatan Pertanian dan Agrimakanan,

Kementerian Perindustrian dan Sumber-

Sumber Utama

Dayang Ainie Yusrina binti Haji Nayan

Pusat Inovasi Industri Halal

Kementerian Perindustrian dan Sumber-

Sumber Utama

Dayangku Norfatimawaty binti Pengiran

Haji Ibrahim

Pusat Inovasi Industri Halal

Kementerian Perindustrian dan Sumber-

Sumber Utama

Awang Mohamad Ehsan bin Haji

Tulang@Haji Mohd Ridhuan

Pusat Inovasi Industri Halal

Kementerian Perindustrian dan Sumber-

Sumber Utama

Dayang Siti Juhaidah binti Haji Mohd Junaidi

Jabatan Pertanian dan Agrimakanan,

Kementerian Perindustrian dan Sumber-

Sumber Utama

Dayang Hajah Noorlela binti DPS Haji Abd

Rahman

Pusat Inovasi Industri Halal

Kementerian Perindustrian dan Sumber-

Sumber Utama

Dayang Siti Nabilah binti Haji Abd Salim

Pusat Inovasi Industri Halal

Kementerian Perindustrian dan Sumber-

Sumber Utama

Dayang Noormasrhonieadesofyaney binti

Rhomayaney Mochsin

Jabatan Pertanian dan Agrimakanan,

Kementerian Perindustrian dan Sumber-

Sumber Utama

Page 41: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

41

PBD 26: 2016

2. Ahli-Ahli Kumpulan Kerja Garis Panduan untuk Produk Kosmetik Halal:

Pengiran Hajah Rosidah binti Pengiran Haji Metussin

(Pengerusi Bersama)

Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-

Sumber Utama

Dayang Zubaidah binti Haji Mahmud (Pengerusi Bersama)

Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan

Awang Chong Chee Kiong Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan

Awang Mohammad Shaffie bin Haji Meluddin Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan

Dayang Ellys binti Haji Mohammed Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan

Awang Abd Latif bin Haji Sani Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-

Sumber Utama

Awang Haji Abdul Wahab bin Haji Sapar Jabatan Majlis Ugama Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama

Dayang Rasidah binti Haji Apong Jabatan Majlis Ugama Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama

Awang Haji Ali Hassan bin Haji Ahmad Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah,

Kementerian Hal Ehwal Ugama

Awang Mohd Noorsuffian bin Haji Yahya Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah,

Kementerian Hal Ehwal Ugama

Dayang Hajah Rabi’atul Adawiyah binti Haji Ahmad

Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah,

Kementerian Hal Ehwal Ugama

Awangku Khairul Nazri bin Pengiran Haji Shahbudin

Unit Perundangan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama

Dayang Morlitapuja binti Alawi Unit Perundangan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama

Awang Haji Abd Rahman bin Pengarah Haji Mokti

Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri

Awang Haji Mohd Sofian bin Awg Tengah Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri

Page 42: 1 PBD 26: 2016 - kheu.gov.bn Pilihan/BKMH/Hala… · Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan ... Protein yang memangkinkan tindak balas kimia bahan-bahan lain tanpa ianya

42

PBD 26: 2016

Urusetia:

Dayang Ainie Yusrina binti Haji Nayan Pusat Inovasi Industri Halal Kementerian Perindustrian dan Sumber-

Sumber Utama

Dayangku Norfatimawaty binti Pengiran

Haji Ibrahim

Pusat Inovasi Industri Halal Kementerian Perindustrian dan Sumber-

Sumber Utama

Awang Mohamad Ehsan bin Haji

Tulang@Haji Mohd Ridhuan

Pusat Inovasi Industri Halal Kementerian Perindustrian dan Sumber-

Sumber Utama

Dayang Siti Juhaidah binti Haji Mohd

Junaidi

Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-

Sumber Utama

Dayang Hajah Noorlela binti DPS Haji Abd

Rahman

Pusat Inovasi Industri Halal Kementerian Perindustrian dan Sumber-

Sumber Utama

Dayang Siti Nabilah binti Haji Abd Salim Pusat Inovasi Industri Halal Kementerian Perindustrian dan Sumber-

Sumber Utama

Dayang Noormasrhonieadesofyaney binti

Rhomayaney Mochsin

Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-

Sumber Utama