1 | p a g e · ubuntu.dalam ebook ini saya akan menggunakan sistem operasi windows xp dan juga...

24
1 | Page

Upload: others

Post on 03-Oct-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 | P a g e · Ubuntu.Dalam ebook ini saya akan menggunakan sistem operasi Windows XP dan juga Ubuntu 10.04.Namun jika anda ingin membuat dual boot Windows 7 dan juga Ubuntu,langkah-langkah

1 | P a g e

Page 2: 1 | P a g e · Ubuntu.Dalam ebook ini saya akan menggunakan sistem operasi Windows XP dan juga Ubuntu 10.04.Namun jika anda ingin membuat dual boot Windows 7 dan juga Ubuntu,langkah-langkah

2 | P a g e

Coretan Penulis

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca-pembaca Cekap

Komputer.Pertama sekali,saya Khairil Izwan bin Jamros atau juga dikenali dengan nickname

E_peace6679 @ Epeace Tux berasa bersyukur kepada Allah S.W.T kerana akhirnya ebook

“Panduan Membuat Dual Boot Sistem Operasi Windows dan Ubuntu” berjaya disiapkan.Selain

itu,saya ingin mengucapkan ribuaan terima kasih kepada mereka yang membantu saya secara

langsung dan tidak langsung dalam pembikinan ebook ini.

Tujuan utama pembikinan ebook ini adalah untuk memberi panduan kepada mereka

yang ingin mencuba membuat dual boot sistem operasi Windows dan Linux(Ubuntu

terutamanya).Saya akan menunjukkan kepada anda langkah demi langkah juga disertakan

dengan gambarajah bagi memudahkan pemahaman anda.Selain itu,Saya mengharapkan

dengan sedikit manfaat yang diberikan oleh ebook ini dapat mendekatkan diri anda kepada

sistem operasi Linux dan juga Open Source.

Akhir sekali,Saya berharap anda semua terus memberi sokongan terhadap Cekap

Komputer dan kami berharap dapat memberikan anda segala ilmu-ilmu yang bermanfaat yang

kita dapat kongsi bersama-sama.Salam Cekap Komputer.

Khairilizwan @ Epeace6679

[email protected]

http://www.facebook.com/khairilizwan89

Page 3: 1 | P a g e · Ubuntu.Dalam ebook ini saya akan menggunakan sistem operasi Windows XP dan juga Ubuntu 10.04.Namun jika anda ingin membuat dual boot Windows 7 dan juga Ubuntu,langkah-langkah

3 | P a g e

Hakcipta terpelihara

Hakcipta ebook “Panduan Membuat Dual Boot Sistem Operasi

Windows dan Linux” ini adalah terpelihara.Anda dilarang sama

sekali untuk menjual atau mengubah isi kandung yang terdapat

pada ebook ini.

Namun anda bebas untuk mengedarkan ebook ini secara

“PERCUMA” tidak kira dalam bentuk softcopy ataupun hardcopy

kepada sesiapa sahaja dengan syarat tidak mengubah sebarang

isi kandung yang terdapat pada ebook ini.Hargai hasil kerja

tangan orang lain.

Page 4: 1 | P a g e · Ubuntu.Dalam ebook ini saya akan menggunakan sistem operasi Windows XP dan juga Ubuntu 10.04.Namun jika anda ingin membuat dual boot Windows 7 dan juga Ubuntu,langkah-langkah

4 | P a g e

Isi Kandung

Coretan Penulis

Hakcipta Terpelihara

BAB 1 : Langkah – langkah persedian sebelum membuat sistem operasi dual boot. 5

Bab 2 : - Membuat Partition Hard Disk Menggunakan Partition Editor (GParted) pada live CD

Ubuntu. 6

- Partition Hard Disk untuk Sistem Operasi Ubuntu 7

- Partition Hard Disk untuk Sistem Operasi Windows 9

Bab 3 : Format dan Install sistem operasi Windows terdahulu. 12

Bab 4 : Format dan Install sistem operasi Ubuntu. 15

Penutup

IKLAN

Page 5: 1 | P a g e · Ubuntu.Dalam ebook ini saya akan menggunakan sistem operasi Windows XP dan juga Ubuntu 10.04.Namun jika anda ingin membuat dual boot Windows 7 dan juga Ubuntu,langkah-langkah

5 | P a g e

Bab 1 : Langkah – langkah persedian sebelum membuat

sistem operasi dual boot.

Perhatian :

Sebelum kita belajar secara lanjut mengenai proses membuat dual boot sistem operasi ini,saya

andaikan anda telah biasa melakukan proses instalasi sistem operasi Windows dan

Ubuntu.Dalam ebook ini saya akan menggunakan sistem operasi Windows XP dan juga Ubuntu

10.04.Namun jika anda ingin membuat dual boot Windows 7 dan juga Ubuntu,langkah-langkah

yang saya akan tunjukkan dalam ebook ini adalah sama dan boleh digunakan. Jika anda belum

pernah atau biasa melakukan proses instalasi sistem operasi,saya cadangkan anda mempelajari

proses tersebut terlebih dahulu.Saya tidak akan mengajar proses instalasi sistem operasi dalam

ebook ini.

Apa bahan-bahan yang anda perlukan?

Baiklah sebelum anda mempelajari proses ini,terdapat beberapa bahan yang anda perlu

sediakan.Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah :

1. Komputer/Laptop

2. CD Installation Windows XP (atau versi Windows lain seperti Windows 7)

3. CD Installation Ubuntu (Anda boleh mendapatkan secara percuma di ubuntu.com)

Nota Penting :

Pastikan anda telah salin/pindahkan data-data penting yang ada pada komputer

anda ke dalam external hard disk dan sebagainya.Jika tidak,semua data-data

anda akan hilang selepas pembahagian ruangan hard disk (partition) dilakukan.

Page 6: 1 | P a g e · Ubuntu.Dalam ebook ini saya akan menggunakan sistem operasi Windows XP dan juga Ubuntu 10.04.Namun jika anda ingin membuat dual boot Windows 7 dan juga Ubuntu,langkah-langkah

6 | P a g e

Bab 2 : Membuat Partition Hard Disk Menggunakan Partition

Editor (GParted) pada live CD Ubuntu.

Pertama sekali,masukkan cd installation Ubuntu ke dalam CD-ROM komputer anda dan

boot sebagai live CD Ubuntu.Live CD Ubuntu bermaksud anda boleh menggunakan sistem

operasi Ubuntu tanpa perlu install dan menganggu sistem operasi asal komputer anda.

Jika anda kurang memahami mengenai “live CD” anda boleh merujuk sumber ini :

http://ms.wikipedia.org/wiki/Live_CD

Setelah anda telah berjaya menggunakan live CD Ubuntu,Klik pada System Administration

kemudian pilih “ GParted”.

Kemudian,anda akan dapat lihat saiz untuk cakera keras(hard disk) anda.

Baiklah seterusnya,anda harus membuat partition untuk ruangan hard disk komputer anda bagi

sistem operasi Ubuntu Linux terlebih dahulu.

Pastikan anda telah salin/pindahkan data-data penting yang ada pada komputer anda ke dalam external

hard disk dan sebagainya.Jika tidak,semua data-data anda akan hilang selepas pembahagian ruangan hard

disk (partition) dilakukan.

Page 7: 1 | P a g e · Ubuntu.Dalam ebook ini saya akan menggunakan sistem operasi Windows XP dan juga Ubuntu 10.04.Namun jika anda ingin membuat dual boot Windows 7 dan juga Ubuntu,langkah-langkah

7 | P a g e

Partition Hard Disk untuk Sistem Operasi Ubuntu

Kemudian,klik pada Device Create Partition Table .Seperti gambarajah di bawah.

Satu tetingkap akan dipaparkan klik “Apply”.

Kemudian,anda perlu membahagikan ruangan hard disk untuk sistem operasi Ubuntu

anda.Saya cadangkan anda menyediakan ruangan hard disk untuk sistem operasi Ubuntu anda

minimum 20GB. Anda boleh drag menggunakan tetikus anda untuk membahagikan ruangan

hard disk anda.

Page 8: 1 | P a g e · Ubuntu.Dalam ebook ini saya akan menggunakan sistem operasi Windows XP dan juga Ubuntu 10.04.Namun jika anda ingin membuat dual boot Windows 7 dan juga Ubuntu,langkah-langkah

8 | P a g e

Pada bahagian ini,anda perlu menetapkan beberapa bahagian iaitu :

Create as : Primary Partition

File System : ext4 (sila pastikan anda memilih ext2,ext3 ataupun ext4 untuk pilihan ini)

Kemudian klik “Add”.

Anda akan dapat melihat ruangan hard disk untuk sistem operasi telah dibahagikan seperti

gambarajah di atas.Merujuk gambarajah tersebut, anda telah menjadikan New Partition #1

yang menggunakan file sistem ext4 sebagai ruangan untuk anda install sistem operasi Ubuntu

kelak.

Page 9: 1 | P a g e · Ubuntu.Dalam ebook ini saya akan menggunakan sistem operasi Windows XP dan juga Ubuntu 10.04.Namun jika anda ingin membuat dual boot Windows 7 dan juga Ubuntu,langkah-langkah

9 | P a g e

Partition Hard Disk untuk Sistem Operasi Windows

Pada tetingkap yang sama tadi,anda perlu membuat partition hard disk untuk sistem

operasi Windows anda.Cara untuk membuat partition hard disk untuk Windows adalah sangat

mudah.Pertama sekali,right klik pada bahagian “unallocated” kemudian klik “new” seperti

dalam gambarajah di bawah.

Kemudia pada bahagian File system,pilih NTFS.Kemudian klik “Add”

New Technology File System (NTFS) adalah sistem fail yang biasa bagi Windows NT dan dan versi Windows lain

selepas itu. Windows versi 95, 98, 98SE dan ME tidak boleh membaca sistem fail NTFS. Walaubagaimanapun,

terdapat utiliti atau program alternatif dari pihak ke-3 wujud untuk tujuan ini.

Sumber : Wikipedia

Page 10: 1 | P a g e · Ubuntu.Dalam ebook ini saya akan menggunakan sistem operasi Windows XP dan juga Ubuntu 10.04.Namun jika anda ingin membuat dual boot Windows 7 dan juga Ubuntu,langkah-langkah

10 | P a g e

Merujuk gambarajah di bawah,anda telah menetapkan New Partition #2 sebagai ruangan hard

disk untuk sistem operasi Windows anda.

Kemudian,klik pada butang “Apply”.Rujuk gambarajah di bawah.

Page 11: 1 | P a g e · Ubuntu.Dalam ebook ini saya akan menggunakan sistem operasi Windows XP dan juga Ubuntu 10.04.Namun jika anda ingin membuat dual boot Windows 7 dan juga Ubuntu,langkah-langkah

11 | P a g e

Tunggu sehingga proses tersebut selesai.

Setelah selesai,apa yang anda perlu lakukan ialah restart komputer anda dan keluarkan

CD installation sistem operasi Ubuntu anda.

Proses membuat partition pada hard disk komputer anda untuk sistem operasi

Windows dan Ubuntu anda selesai.

Page 12: 1 | P a g e · Ubuntu.Dalam ebook ini saya akan menggunakan sistem operasi Windows XP dan juga Ubuntu 10.04.Namun jika anda ingin membuat dual boot Windows 7 dan juga Ubuntu,langkah-langkah

12 | P a g e

Bab 3 :

Format dan Install sistem operasi Windows terdahulu.

Setelah anda selesai melakukan proses membuat partition pada hard disk anda,anda

harus melakukan proses installation sistem operasi.Namun persoalannya,sistem operasi yang

manakah pertama sekali perlu diinstall?Windows ataupun Ubuntu? Tentu sekali soalan ini

bermain di fikiran anda.

Baiklah pertama sekali,anda haruslah install sistem operasi Windows terlebih

dahulu.Saya andaikan anda telah biasa dan pernah melakukan proses installation ini.Saya hanya

akan tunjukkan beberapa gambarajah berkaitan proses installation ini.Dalam ebook ini,seperti

yang saya maklumkan sebelum ini,saya menggunakan sistem operasi Windows XP.

Format Windows XP terdahulu

Pertama sekali,masukkan CD installation Windows xp anda ke dalam CD-Rom komputer anda

kemudian lakukan proses installation yang sama seperti anda melakukan sebelum ini.

Page 13: 1 | P a g e · Ubuntu.Dalam ebook ini saya akan menggunakan sistem operasi Windows XP dan juga Ubuntu 10.04.Namun jika anda ingin membuat dual boot Windows 7 dan juga Ubuntu,langkah-langkah

13 | P a g e

Anda akan dapat lihat proses installation sistem operasi Windows seperti dalam gambarajah di

atas.Kemudian tekan butang “ENTER”

Tekan butang F8 pada papan kekunci(keyboard) anda.

Page 14: 1 | P a g e · Ubuntu.Dalam ebook ini saya akan menggunakan sistem operasi Windows XP dan juga Ubuntu 10.04.Namun jika anda ingin membuat dual boot Windows 7 dan juga Ubuntu,langkah-langkah

14 | P a g e

Baiklah pada bahagian ini ( rujuk gambarajah di atas),anda akan dapat melihat terdapat dua

partition hard disk yang telah dibina sebelum ini. Partition tersebut merupakan partition yang

telah anda buat sebelum ini.Dalam gambarajah di atas,partition Drive E: merupakan partition

untuk sistem operasi Ubuntu yang anda tetapkan sebelum ini. Perkataan “[Unknown]” yang

anda dapat lihat di tepi partition tersebut sebenarnya merupakan file sistem untuk linux yang

kita telah tetapkan sebelum ini iaitu “ext4”.Pilih partition untuk fail sistem NTFS dan lakukan

proses installation Windows sehingga selesai.

Page 15: 1 | P a g e · Ubuntu.Dalam ebook ini saya akan menggunakan sistem operasi Windows XP dan juga Ubuntu 10.04.Namun jika anda ingin membuat dual boot Windows 7 dan juga Ubuntu,langkah-langkah

15 | P a g e

Bab 4 :

Format dan Install sistem operasi Ubuntu.

Baiklah seterusnya setelah proses installation Windows XP selesai dilakukan,kini anda perlu

melakukan proses installation sistem operasi Ubuntu.Untuk melakukan melakukan proses

installation Ubuntu adalah sangat mudah dan caranya tidak jauh beza dengan proses

installation Windows.

Pertama sekali,Masukkan CD installation Ubuntu ke dalam CD-Rom komputer anda

kemudian “boot” melalui CD untuk melakukan proses installation (cara yang sama anda lakukan

untuk proses installation Windows sebelum ini).

Kemudian pilih pada “install ubuntu” dan tunggu sehingga tetingkap seperti gambarajah di

bawah di paparkan.

Pilih bahasa anda kemudian klik “forward”.

Page 16: 1 | P a g e · Ubuntu.Dalam ebook ini saya akan menggunakan sistem operasi Windows XP dan juga Ubuntu 10.04.Namun jika anda ingin membuat dual boot Windows 7 dan juga Ubuntu,langkah-langkah

16 | P a g e

Kemudian pada step 2,pilih Time Zone anda.Kemudian “forward”.

Kemudian klik “forward”.

Page 17: 1 | P a g e · Ubuntu.Dalam ebook ini saya akan menggunakan sistem operasi Windows XP dan juga Ubuntu 10.04.Namun jika anda ingin membuat dual boot Windows 7 dan juga Ubuntu,langkah-langkah

17 | P a g e

Baiklah pada step 4 merupakan bahagian yang paling penting sekali.Jika anda silap pada

bahagian ini,kemungkinan besar sistem operasi Windows anda akan hilang begitu sahaja.Untuk

bahagian ini,anda perlu pilih pada Specify partitions manually (advanced).Ini membolehkan

anda menentukan partition yang anda ingin install sistem operasi Ubuntu tanpa mengganggu

partition lain (sistem operasi Windows sebelum ini).

Page 18: 1 | P a g e · Ubuntu.Dalam ebook ini saya akan menggunakan sistem operasi Windows XP dan juga Ubuntu 10.04.Namun jika anda ingin membuat dual boot Windows 7 dan juga Ubuntu,langkah-langkah

18 | P a g e

Seterusnya,anda akan dapat melihat terdapat dua partition yang telah bina sebelum ini.Tentu

anda dapat melihat perbezaan partition untuk sistem operasi Windows dan Ubuntu

anda.Partition untuk Ubuntu anda menggunakan file sistem “ext4” dan file sistem Windows

anda menggunakan “NTFS”.

Merujuk gambarajah di atas, /dev/sda1 merupakan partition untuk sistem operasi

ubuntu anda.Klik pada partition tersebut kemudian klik “Change”.

Kemudian,tetapkan pada bahagian berikut seperti gambarajah di atas :

Use as : Ext4

Format the partition : Yes

Mount Point : /

Page 19: 1 | P a g e · Ubuntu.Dalam ebook ini saya akan menggunakan sistem operasi Windows XP dan juga Ubuntu 10.04.Namun jika anda ingin membuat dual boot Windows 7 dan juga Ubuntu,langkah-langkah

19 | P a g e

Kemudian klik “OK”.

Kemudian klik “Forward”.

Satu tetingkap kecil akan dipaparkan seperti dalam gambarajah di atas,klik “Continue”.

Page 20: 1 | P a g e · Ubuntu.Dalam ebook ini saya akan menggunakan sistem operasi Windows XP dan juga Ubuntu 10.04.Namun jika anda ingin membuat dual boot Windows 7 dan juga Ubuntu,langkah-langkah

20 | P a g e

Sila masukkan butiran-butiran berikut kemudian klik “forward”.

Jika anda telah bersedia untuk melakukan proses installation sistem operasi Ubuntu klik butang

“INSTALL”.

Page 21: 1 | P a g e · Ubuntu.Dalam ebook ini saya akan menggunakan sistem operasi Windows XP dan juga Ubuntu 10.04.Namun jika anda ingin membuat dual boot Windows 7 dan juga Ubuntu,langkah-langkah

21 | P a g e

Tunggu sehingga proses installation sistem operasi selesai.Apabila selesai,restart komputer

anda dan keluarkan CD sistem operasi Ubuntu tersebut.

Page 22: 1 | P a g e · Ubuntu.Dalam ebook ini saya akan menggunakan sistem operasi Windows XP dan juga Ubuntu 10.04.Namun jika anda ingin membuat dual boot Windows 7 dan juga Ubuntu,langkah-langkah

22 | P a g e

Kemudian apa yang perlu dilakukan? Tahniah! Anda telah berjaya melakukan proses membuat dual boot Windows dan Ubuntu.

Jika anda melakukan langkah demi langkah yang telah saya tunjukkan dalam ebook

ini.Anda akan dapat melihat komputer anda kini telah mempunyai dua sistem operasi iaitu

Windows dan Ubuntu Linux.

Ketika komputer anda dihidupkan,satu paparan seperti gambarajah di atas akan kelihatan.Anda

akan diberi pilihan samada ingin menggunakan sistem operasi Ubuntu ataupun sistem operasi

Windows.

- TAMAT -

Page 23: 1 | P a g e · Ubuntu.Dalam ebook ini saya akan menggunakan sistem operasi Windows XP dan juga Ubuntu 10.04.Namun jika anda ingin membuat dual boot Windows 7 dan juga Ubuntu,langkah-langkah

23 | P a g e

Penutup

Diharapkan ebook ini telah memberi anda sedikit ilmu yang berguna dan boleh

dimanfaatkan bersama-sama. Dengan ilmu yang telah saya kongsikan bersama anda di dalam

ebook ini,semoga mendekatkan serta membolehkan anda mengenali sistem operasi linux

seperti Ubuntu.Ebook ini juga boleh dijadikan rujukan para pelajar dan sebagainya.Semoga

anda terus menyokong Cekap Komputer.Kami akan menyediakan beberapa lagi ebook-ebook

percuma pada masa akan datang.Salam Cekap Komputer.

Sertai Komuniti Cekap Komputer di Facebook.com!

http://www.facebook.com/cekapkomputer

Page 24: 1 | P a g e · Ubuntu.Dalam ebook ini saya akan menggunakan sistem operasi Windows XP dan juga Ubuntu 10.04.Namun jika anda ingin membuat dual boot Windows 7 dan juga Ubuntu,langkah-langkah

24 | P a g e

IKLAN

AMARAN: HANYA YANG SERIUS DAN KOMITED INGIN CARI WANG DI

INTERNET SAHAJA DI BENARKAN BACA!

Revolusi Perniagaan Di Internet Hanya dari Rumah Kini Semakin Popular..Seminit lagi akan

merubah persepsi anda tentang "revolusi perniagaan internet global"..

Anda mencari perniagaan sebenar di hanya ingin bekerja dari rumah?? Ini yang anda nanti-

nantikan...

Sistem website yang mantap dan berkesan.

Tidak perlu menjual produk.

Disertakan sistem autoresponder yang canggih.

100% dilakukan secara online.

Nilai Bonus USD yang tetap iaitu 1 USD = RM3.80

Bimbingan disediakan untuk kejayaan.

Pejabat di Malaysia sudah beroperasi dan sah disisi undang-undang.

Pembayaran bonus terus ke Akaun Bank Tempatan! Secara

mingguan!

Daftar secara percuma dan lihat bagaimana perniagaan kami berkembang!

MASIH TERAWAL! BARU BUKA DI INDONESIA DAN FILIPINA.

MALAYSIA MEMIMPIN NO.1 DI ASIA!

Daftar percuma :

http://vpendapatan.com/jutawan/

Awas! ini bukan skim cepat kaya! Namun, dengan usaha bersungguh-sungguh, anda boleh cepat kaya!