1 lagi sumbangan amal kepada masyarakat

1
1 Lagi Sumbangan Amal Kepada Masyarakat : AmanahRaya Sumbang Bantuan Persekolahan Kepada 500 Pelajar 5 Februari 2010 Bagan Datoh, Perak, 5hb Februari 2010 - AmanahRaya dengan kerjasama Ahli Parlimen Bagan Bagoh hari ini mengadakan majlis penyampaian sumbangan persekolahan kepada murid-murid tahun satu (1) di sekitar daerah Bagan Datoh, Perak. Majlis diadakan di Dewan Besar Sungai Sumun dan dihadiri oleh lebih 500 tetamu yang terdiri daripada pelajar sekolah, keluarga dan pemimpin setempat. Selaras tagline syarikat WE CARE, penganjuran 1 lagi program bersama masyarakat ini adalah sebahagian CSR syarikat untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan. Sumbangan berupa pakaian seragam sekolah iaitu 250 helai baju kemeja dan seluar panjang untuk pelajar lelaki, 250 helai baju kurung dan kain untuk pelajar perempuan serta 500 unit beg sekolah. Sumbangan disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Shamsuddin Haji Tahir, Ahli Lembaga Pengarah AmanahRaya. Sempena sesi persekolahan 2010, AmanahRaya memperuntukan sumbangan bernilai lebih RM200,000 dalam bentuk barangan keperluan persekolahan untuk diagih-agihkan ke seluruh negara. Ia merupakan program tahunan syarikat yang diadakan secara terus dengan kerjasama pemimpin masyarakat. Sebagai sebuah syarikat milik penuh kerajaan, syarikat berharap penganjuran program seperti ini dapat menerapkan semangat saling bantu membantu seterusnya mewujudkan nilai-nilai murni dan amalan sihat di dalam masyarakat kita. Pada hari yang sama juga bertempat di Masjid Jamek Pekan Hutan Melintang, AmanahRaya telah diraikan dalam satu majlis jamuan doa selamat atas sumbangan sebanyak RM121,560.00 bagi kos membaikpulih dua buah masjid di daerah Bagan Datoh. Semoga majlis ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara AmanahRaya dengan masyarakat di Bagan Datoh, Perak ini serta mendekatkan masyarakat dengan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami seperti perancangan dan pentadbiran harta pusaka, perkhidmatan wasiat dan amanah. Program sumbangan amal ini merupakan sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang serta sebagai sokongan untuk membangunkan generasi muda negara khususnya pelajar sekolah. Sumber: http://www.arb.com.my/bm/index.asp? fuseaction=Content.View&ID=185 14/2 4.54pm

Upload: amirul-ariff

Post on 31-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 Lagi Sumbangan Amal Kepada Masyarakat

1 Lagi Sumbangan Amal Kepada Masyarakat : AmanahRaya Sumbang Bantuan Persekolahan Kepada 500 Pelajar5 Februari 2010

Bagan Datoh, Perak, 5hb Februari 2010 - AmanahRaya dengan kerjasama Ahli Parlimen Bagan Bagoh hari ini mengadakan majlis penyampaian sumbangan persekolahan kepada murid-murid tahun satu (1) di sekitar daerah Bagan Datoh, Perak. Majlis diadakan di Dewan Besar Sungai Sumun dan dihadiri oleh lebih 500 tetamu yang terdiri daripada pelajar sekolah, keluarga dan pemimpin setempat. Selaras tagline syarikat WE CARE, penganjuran 1 lagi program bersama masyarakat ini adalah sebahagian CSR syarikat untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan. 

Sumbangan berupa pakaian seragam sekolah iaitu 250 helai baju kemeja dan seluar panjang untuk pelajar lelaki, 250 helai baju kurung dan kain untuk pelajar perempuan serta 500 unit beg sekolah. Sumbangan disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Shamsuddin Haji Tahir, Ahli Lembaga Pengarah AmanahRaya. 

Sempena sesi persekolahan 2010, AmanahRaya memperuntukan sumbangan bernilai lebih RM200,000 dalam bentuk barangan keperluan persekolahan untuk diagih-agihkan ke seluruh negara. Ia merupakan program tahunan syarikat yang diadakan secara terus dengan kerjasama pemimpin masyarakat. Sebagai sebuah syarikat milik penuh kerajaan, syarikat berharap penganjuran program seperti ini dapat menerapkan semangat saling bantu membantu seterusnya mewujudkan nilai-nilai murni dan amalan sihat di dalam masyarakat kita.

Pada hari yang sama juga bertempat di Masjid Jamek Pekan Hutan Melintang, AmanahRaya telah diraikan dalam satu majlis jamuan doa selamat atas sumbangan sebanyak RM121,560.00 bagi kos membaikpulih dua buah masjid di daerah Bagan Datoh.

Semoga majlis ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara AmanahRaya dengan masyarakat di Bagan Datoh, Perak ini serta mendekatkan masyarakat dengan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami seperti perancangan dan pentadbiran harta pusaka, perkhidmatan wasiat dan amanah. Program sumbangan amal ini merupakan sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang serta sebagai sokongan untuk membangunkan generasi muda negara khususnya pelajar sekolah.

Sumber: http://www.arb.com.my/bm/index.asp?fuseaction=Content.View&ID=185 14/2 4.54pm