1)akta sewa beli , akta pemberi pinjam wang 1951

8
1) Akta Sewa Beli 2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 Soalan 1: Semua transaksi sewa beli adalah dikawal oleh Akta Sewa Beli 1967 di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Dalam kes ini, mengikut Seksyen 23, penjamin iaitu Ahmad mempunyai hak terhadap tuan punya. Penjamin boleh pada bila-bila masa menjaminkan pelepasannya dengan membayar amaun yang harus dibayar kepada tuan punya daripada penyewa. Di mana dalam Seksyen 23(2), atas pembayaran sedemikian dibuat oleh penjamin adalah berhak untuk mendakwa penyewa itu pada nama tuan punya bagi mana-mana pelanggaran obligasi penyewa di bawah perjanjian sewa-beli yang tertakluk untuk memberikan kepada tuan punya indemniti yang sesuai bagi kos-kos. Ahmad juga boleh mendakwa atas namanya sendiri jika ia mengambil suatu gerak kerja undang-undang daripada hutang sewa- beli. Selain itu, atas pembayaran sedemikian dibuat penjamin berhak mendesak atas pemindahan kepadanya sendiri terhadap semua cagaran-cagaran yang diambil oleh tuan punya daripada penyewa untuk menjaminkan pelaksanaan obligasi penyewa. Selain itu, penjamin iaitu Ahmad adalah berhak menuntut dibuat terhadap oleh tuan punya atas gerenti itu untuk

Upload: mandalina-landy

Post on 21-Jun-2015

7.555 views

Category:

Technology


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1)Akta Sewa Beli  , Akta Pemberi Pinjam Wang 1951

1) Akta Sewa Beli

2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951

Soalan 1:

Semua transaksi sewa beli adalah dikawal oleh Akta Sewa Beli 1967 di bawah

bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Dalam

kes ini, mengikut Seksyen 23, penjamin iaitu Ahmad mempunyai hak terhadap tuan

punya. Penjamin boleh pada bila-bila masa menjaminkan pelepasannya dengan

membayar amaun yang harus dibayar kepada tuan punya daripada penyewa. Di mana

dalam Seksyen 23(2), atas pembayaran sedemikian dibuat oleh penjamin adalah berhak

untuk mendakwa penyewa itu pada nama tuan punya bagi mana-mana pelanggaran

obligasi penyewa di bawah perjanjian sewa-beli yang tertakluk untuk memberikan

kepada tuan punya indemniti yang sesuai bagi kos-kos. Ahmad juga boleh mendakwa

atas namanya sendiri jika ia mengambil suatu gerak kerja undang-undang daripada

hutang sewa- beli.

Selain itu, atas pembayaran sedemikian dibuat penjamin berhak mendesak atas

pemindahan kepadanya sendiri terhadap semua cagaran-cagaran yang diambil oleh tuan

punya daripada penyewa untuk menjaminkan pelaksanaan obligasi penyewa. Selain itu,

penjamin iaitu Ahmad adalah berhak menuntut dibuat terhadap oleh tuan punya atas

gerenti itu untuk menggunakan mana-mana imbangan atau tuntutan balas yang boleh

dimiliki oleh penyewa terhadap tuan punya.

Di samping itu, mengikut Seksyen 24(1) Ahmad juga berhak diganti rugikan oleh

penyewa terhadap mana-mana tuntutan yang dibuat oleh tuan punya atas gerenti.

Tambahan pula, mengikut Seksyen 24(2), Ahmad adalah berhak untuk memaksa

penyewa untuk membayar bayaran ansuran bagi perjanjian sewa-beli yang sebagaiman

dan bilakah ia harus dibayar. Ahmad juga boleh memohon kepada salah sebuah

mahkamah Majistret untuk meminta suatu perintah kepada kesan tersebut.

Page 2: 1)Akta Sewa Beli  , Akta Pemberi Pinjam Wang 1951

Tanggungjawab (liabiliti) Ahmad sebagai penjakin di bawah perjanjian sewa beli

ialah memikul tanggungjawab untuk membayar balik hutang Ali (penyewa) kepada Ting

Tong Finance (tuan punya) jika ia gagal untuk membayar hutang itu sebelum tarikh harus

dibayar. Liabiliti Ahmad adalah berterusan walaupun selepas tuan punya telah memiliki

semula barang-barang daripada Ali. Manakala, liabiliti Ahmad adalah dihadkan kepada

yang dikenakan ke atas Ali oleh perjanjian sewa beli, kecuali jika Ahmad telah bersetuju

dengan tuan punya supaya terikat bagi penyempurnaan suatu tindakan yang bukan

merupakan satu daripada kewajipan yang dikenakan ke atas penyewa di bawah Perjanjian

Sewa Beli. Liabiliti Ahmad adalah tidak diperluaskan untuk meliputi satu perjanjian baru

yang dimasuki oleh Ali dan Ting Tong Finance yang berkaitan dengan barang-barang

sama yang terkandung dalam Perjanjian Sewa Beli.

Ahmad adalah tidak bertanggungjawab kepada mana-mana lanjutan atau takat lain

daripada Ali. Pelaksaan obligasinya telah menjaminkan tetapi tiada apa-apa dalam Akta

Perjanjian Sewa Beli ini melibatkan mana-mana perjanjian oleh Ahmad yang

mengikatkannya kepada pelaksanaan mana-mana obligasi yang bukan merupakan satu

daripada obligasi yang dikenakan kepada Ali di bawah perjanjian sewa beli bagi yang

mana gerenti itu diberikan.

Page 3: 1)Akta Sewa Beli  , Akta Pemberi Pinjam Wang 1951

2)Bincangkan sejauhmanakah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 melindungi para

peminjam di dalam transaksi pinjaman wang.

Lesen ini dikeluarkan kepada pemohon yang berkelayakan menjalankan perniagaan

memberi pinjaman wang sahaja. Akta ini adalah untuk mengawal individu atau syarikat 

menjalankan kegiatan peminjaman wang. Untuk menjalankan kegiatan ini, lesen adalah

diwajibkan. Menurut Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, kadar faedah yang boleh

dikenakan adalah 12 peratus setahun bagi pinjaman berjamin atau 18 peratus setahun bagi

pinjaman tanpa jaminan.

Bermula pada I Januari 2008, pemohon yang ingin memohon lesen Pemberi Pinjaman

Wang perlu memenuhi kriteria seperti syarikat atau pertubuhan milik kerajaan kerajaan

yang ditubuhkan perlu mengikuti tujuan tertentu tanpa mengira amaun modal berbayar

atau modal kerja tunai; memdapat keuntungan melebihi RM 1 juta setahun dalam 3

tahun berturut-turut dengan rekod perniagaan bersih; semua pemilik saham lulus tapisan

polis dan mempunyai rekod bersih daripada Lembaga Hasil Dalam negeri atau Jabatan

Siasatan Jenayah Komersil PDRM atau Bank Negara Malaysia atau jabatan Insolvensi;

pemohon bukan pemilik tunggal; tidak mempunyai lesen Pemegang Pajak Gadai; tidak

terlibat dengan perniagaan sewa beli.

Perjanjian Pemberian Pinjaman Wang ( Pinjaman Tanpa Cagara) merupakan suatu

perjanjian yang diperbuat pada hari dan tahun yang dinyatakan dalam Seksyen 1 Jadual

Pertama kepada Perjanjian ini di antara pemberi pinjam wang yang dinyatakan dalam

seksyen 2 Jadual Pertama (“Pemberi Pinjam”) sebagai satu pihak dan peminjam yang

dinyatakan dalam seksyen 3 Jadual Pertama (“Peminjam”) sebagai pihak yang satu lagi.

Mengikut Jadual J, kedua-dua pihak tersebut perlu mempersetujui jumlah dan masa bayar

balik ansuran. Jika peminjam gagal membayar balik dalam tempoh yang dipersetujui itu,

Page 4: 1)Akta Sewa Beli  , Akta Pemberi Pinjam Wang 1951

pemberi pinjaman berhak mengenakan faedah ringan ke atas jumlah wang ansuran yang

tidak dibayar itu yang hendaklah dikira pada kadar lapan peratus setahun dari hari ke hari

dari tarikh keingkaran bayaran balik jumlah wang ansuran itu sehingga jumlah wang

ansuran itu dijelaskan, dan apa-apa faedah yang dikenakan tidak boleh dikira bagi

maksud Perjanjian ini sebagai sebahagian daripada faedah yang dikenakan berkenaan

dengan pinjaman. Faedah hendaklah dikira mengikut formula yang berikut:

R = 8/100 x D/365 x S

di mana

R mewakili jumlah wang faedah yang hendaklah dibayar.

D mewakili bilangan hari keingkaran.

S mewakili jumlah wang ansuran bulanan yang genap tempoh.

Pemberi pinjaman berhak menamat perjanjian jika peminjam tidak membayar

balik apa-apa jumlah wang ansuran yang kena dibayar atau apa-apa jumlah daripada

wang ansuran itu dan mana-mana faedah yang kena dibayar di bawah seksyen 5 Jadual

Pertama bagi apa-apa tempoh yang melebihi dua puluh lapan hari selepas tarikh

genapnya; atau melakukan perbuatan kebankrapan atau memasuki mana-mana

komposisi atau perkiraan dengan pemiutangnya atau, sebagai syarikat, memasuki

penyelesaian likuidasi, sama ada secara paksa atau sukarela,

Sekiranya Perjanjian ini telah ditamatkan atau dibatalkan, maka Pemberi Pinjam

boleh menuntut baki belum jelas daripada Peminjam mengikut peruntukan di bawah

Perintah 45 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1990 [P.U. (A) 97/90] jika baki belum

jelas itu tidak lebih daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit atau Perintah 79 Kaedah-

Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 [P.U. (A) 50/80] jika baki belum jelas itu lebih tinggi

daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit.

Semua duti setem dan fi pengakusaksian yang dilakukan berkaitan dengan

Perjanjian ini hendaklah ditanggung oleh Peminjam. Masa hendaklah menjadi intipati

Perjanjian ini yang berhubungan dengan segala peruntukan dalam Perjanjian ini.

Perjanjian ini hendaklah mengikat pengganti dalam hakmilik dan penerima serah hak

Page 5: 1)Akta Sewa Beli  , Akta Pemberi Pinjam Wang 1951

yang dibenarkan kepada Pemberi Pinjam, waris, wakil peribadi, pengganti dalam

hakmilik dan penerima serah hak yang dibenarkan kepada Peminjam.

Tidak dinafikan ada di kalangan peminjam wang ini terdiri daripada mereka yang

terdesak untuk mendapatkan sejumlah wang tertentu mendapatkan khidmat ceti haram

ini. Ia disebabkan kesukaran mendapatkan wang menerusi saluran sedia ada seperti

syarikat kewangan, koperasi dan sebagainya yang didakwa mengenakan syarat ketat.

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mencadangkan agar syarikat

kewangan, koperasi atau badan tertentu seperti Bank Islam, Bank Rakyat, Yayasan

Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) dan sebagainya mewujudkan tabung

pinjaman tanpa faedah atau Qardhul Hassan untuk membantu golongan terdesak ini.

Selain itu, bagi memastikan pemberian lesen dan penguatkuasa terhadap pemberi

pinjaman berlesen ini dilakukan secara terkawal, Fomca mencadangkan agar Akta

Pemberi Pinjam Wang 1951 yang kini di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan

dan Kerajaan Tempatan, dipindahkan kepada Kementerian Kewangan atau pun

disepadukan di bawah akta baru yang perlu diwujudkan iaitu Akta Kredit Pengguna.