07) klac

7
2.3.4 KLAC Objektif: Pada akhir unit ini pelajar dapat: 1. Mengenal pasti pepasangan klac. 2. Menerangkan kendalian klac dan pentingnya gerak bebas pedal klac. 3. Menservis klac. 4. Menanggal, memeriksa dan memasang kotak gear manual pacuan roda hadapan dan pepasangan klac 5. Memeriksa paras minyak gear dan melaras gerak bebas pedal klac. Pencapaian Kompetensi. 1. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa bekerja. 2. Menerangkan kendalian klac jenis kabel dan haidraulik. 3. Mengenal pasti komponen utama pepasangan klac. 4. Dapat menerangkan kendalian klac dan pentingnya gerak bebas pedal klac. 5. Boleh menservis sistem klac. 6. Boleh menanggal, memeriksa, memasang syaf pandu dan kotak gear . 7. Boleh menanggal, memeriksa dan memasang pepasangan klac dengan menggunakan pilot shaft atau centering tools. 8. Boleh memeriksa paras minyak gear dan melaras gerak bebas pedal klac. Maklumat penting Fungsi Menyambung dan memutuskan kuasa daripada enjin supaya: 1. Penukaran gear dapat dilakukan dengan mudah dan lancar. Info: Kedudukan klac adalah di antara enjin dan

Upload: faizlyan

Post on 12-Jun-2015

2.431 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: 07) KLAC

2.3.4 KLAC

Objektif:

Pada akhir unit ini pelajar dapat:

1. Mengenal pasti pepasangan klac.2. Menerangkan kendalian klac dan pentingnya gerak bebas pedal klac.3. Menservis klac.4. Menanggal, memeriksa dan memasang kotak gear manual pacuan roda hadapan dan

pepasangan klac 5. Memeriksa paras minyak gear dan melaras gerak bebas pedal klac.

Pencapaian Kompetensi.

1. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa bekerja.2. Menerangkan kendalian klac jenis kabel dan haidraulik.3. Mengenal pasti komponen utama pepasangan klac.4. Dapat menerangkan kendalian klac dan pentingnya gerak bebas pedal klac.5. Boleh menservis sistem klac.6. Boleh menanggal, memeriksa, memasang syaf pandu dan kotak gear .7. Boleh menanggal, memeriksa dan memasang pepasangan klac dengan menggunakan pilot

shaft atau centering tools. 8. Boleh memeriksa paras minyak gear dan

melaras gerak bebas pedal klac.

Maklumat penting

Fungsi

Menyambung dan memutuskan kuasa daripada enjin supaya:

1. Penukaran gear dapat dilakukan dengan mudah dan lancar.

2. Melancarkan pergerakan ketika kenderaan mula hendak bergerak.

3. Membenarkan enjin terus hidup walaupun gear dalam kendalian (pedal klac ditekan).

Pepasangan Klac

Ia dipasangkan ke roda tenaga dengan menggunakan beberapa bol.

Kendalian klac menggunakan kabel.

Apabila pedal klac ditekan, kabel akan tertarik dan menyebabkan tuil pelepas ( release fork ) menolak galas pelepas ke hadapan dan menekan spring gegendang. Spring gegendang akan menarik plat tekanan ke belakang dan membebaskan plat klac. Kuasa dari enjin diputuskan.

53

Info:Kedudukan klac adalah di antara enjin dan kotak gear.

Rajah 2.38 Komponen pepasangan klac

Page 2: 07) KLAC

Rajah 2.39 Komponen pepasangan klac menggunakan kabel

Pedal klacKabel klac

Perumah klac

Plat klac

Tuil pelepas

Bebola pin pelepas (withdraw lever ball pin)

Galas pelepas

Spring gegendang

Page 3: 07) KLAC

Kendalian klac menggunakan hidraulik

Apabila pedal klac ditekan, cecair hidraulik didalam silinder induk akan dimampat dan menolak piston didalam silinder bantuan klac ( slave cylinder ) ke hadapan. Tindakan ini menyebabkan tuil pelepas ( release fork ) menolak alas pelepas ke hadapan dan menekan spring gegendang. Spring gegendang akan menarik plat tekanan ke belakang dan membebaskan plat klac.

Aktiviti

Tugasan

1. Mengamalkan langkah keselamatan semasa bekerja.2. Menservis klac dengan menanggal, memeriksa dan memasang pepasangan klac.3. Memeriksa paras minyak gear dan melaras gerak bebas pedal klac.

PeralatanSenarai peralatan Senarai Bahan / kelengkapan

1. Alat tangan yang sesuai.2. Jek. 3. Sangga keselamatan dan penyendal.4. Perengkuh daya kilas.5. Syaf pandu.6. Pam minyak gear.

1. Kenderaan pacuan roda hadapan.2. Kertas las.3. Klac, perumah klac, galas

pelepas dan penghadang minyak gantian.

4. Minyak gear SAE 90.

Langkah kerja

Menanggal, memeriksa, dan memasang pepasangan klac

1. Enjin yang dilengkapi dengan pepasangan klac.2. Buka bol di sekeliling perumah klac.

3. Periksa permukaan plat tekanan, roda tenaga dan plat klac.(rujuk jadual diagnosis)

4. Pasangkan semula pepasangan klac ke roda tenaga.

5. Masukkan syaf pandu dan ikat bol.

6. Gunakan perengkuh daya kilas untuk mengikat bol dengan menggunakan kaedah silang.

54

Rajah 2.40 Komponen pepasangan klac menggunakan hidraulik

Page 4: 07) KLAC

Pemeriksaan klac. Jadual diagnosis

Komponen DiagnosisPlat klac. 1. Permukaan klac.

a) berminyak.b) Terbakar.c) Retak.

2. Ketebalan plat klac.

Perumah klac. 1. Permukaan plat tekanan.a) Calar.b) Terbakar.

2. Spring gegendang.

Galas pelepas. 1. Pusingan.- Tidak kasar.

Roda tenaga. 1. Permukaan roda tenaga.a) Terbakar.b) Calar.c) Berminyak.

Memeriksa paras minyak gear.

1. Buka palam pengisian.2. Pastikan paras minyak gear separas dengan bahagian bawah lubang pengisian.

Gambarajah memeriksa paras minyak gear.

55

56

Minyak gear

Lubang pengisian

Palam pengisian

Palam salir

Paras minyak gear

Page 5: 07) KLAC

Gambarajah melaras gerak bebas pedal klac

Gerak bebas pedal klac

Gerak bebas pedal klac ialah jarak dari kedudukan asal sebelum pedal klac ditekan hingga permulaan terasa berat, (galas pelepas menekan spring gegendang). Jarak gerak bebas pedal klac, rujuk spesifikasi dengan melaras skru nat pelaras pada kabel atau rod tunjal.

Latihan.

1. Berdasarkan gambarajah di atas, labelkan bahagian yang bernombor.

2. Nyatakan fungsi sistem klac pada sesebuah kenderaan.

3. Nyatakan pentingnya gerak bebas pedal klac pada sesebuah kenderaan.

i)

ii)

iii)

iv)

57

Rajah 1