064_234_icm2011_pg0885_0903_sumber_teknologi

19
INTERNATIONAL CONFERENCE ON MANAGEMENT (ICM 2011) PROCEEDING 885 KESAN SUMBER-SUMBER TEKNOLOGI DAN KEMAHIRAN PENGURUSAN E- DAGANG KE ATAS KEUPAYAAN ORGANISASI DI MALAYSIA Mutia Sobihah Abd Halim Politeknik Hulu Terengganu 21700 Kuala Berang, Terengganu [email protected] Ahmad Munir B. Dato’ Mohd Salleh W. Abd Aziz B. W. Mohd Amin Noor Maizura Mohamad Noor Universiti Malaysia Terengganu 21030 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. ABSTRAK Kajian ini bermatlamat untuk menentukan hubungan sumber-sumber teknologi dan kemahiran pengurusan E-dagang ke atas keupayaan organisasi di dalam industri perhotelan di Malaysia dan faktor-faktor yang berkaitan dengannya. Alat pengukuran bagi sumber-sumber teknologi E- dagang dan kemahiran pengurusan E-dagang telah diaptasikan daripada Duncan dan Bogucki (1995), dan Mata, Fuerst dan Barney (1995). Dapatan kajian menunjukkan keupayaan E- dagang lebih tinggi dengan nilai min 3.23 berbanding kelebihan E-dagang 3.22. Kajian juga mendapati kemahiran pengurusan E-dagang dengan nilai min 3.23 dan sumber-sumber teknologi E-dagang dengan nilai min 3.22. Kajian juga menunjukkan terdapat korelasi antara keupayaan organisasi (kelebihan E-dagang dan keupayaan E-dagang) dengan pembolehubah sumber teknologi E-dagang dan kemahiran pengurusan E-dagang. Manakala analisis regresi ‘stepwise’ memperlihatkan pembolehubah sumber-sumber teknolgi E-dagang sebagai faktor paling dominan dalam meramalkan keupayaan organisasi dan kelebihan E-dagang. Manakala kemahiran pengurusan E-dagang merupakan faktor yang paling penting dalam mempengaruhi keupayaan E-dagang. Katakunci: E-dagang, E-dagang sumber-sumber teknologi, E-dagang kemahiran pengurusan dan Keupayaan organisasi.

Upload: sakinah-hassan

Post on 24-Apr-2015

15 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: 064_234_ICM2011_PG0885_0903_SUMBER_TEKNOLOGI

INTERNATIONAL CONFERENCE ON MANAGEMENT (ICM 2011) PROCEEDING

885

KESAN SUMBER-SUMBER TEKNOLOGI DAN KEMAHIRAN PENGURU SAN E-DAGANG KE ATAS KEUPAYAAN ORGANISASI DI MALAYSIA

Mutia Sobihah Abd Halim

Politeknik Hulu Terengganu

21700 Kuala Berang, Terengganu

[email protected]

Ahmad Munir B. Dato’ Mohd Salleh

W. Abd Aziz B. W. Mohd Amin

Noor Maizura Mohamad Noor

Universiti Malaysia Terengganu

21030 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.

ABSTRAK

Kajian ini bermatlamat untuk menentukan hubungan sumber-sumber teknologi dan kemahiran pengurusan E-dagang ke atas keupayaan organisasi di dalam industri perhotelan di Malaysia dan faktor-faktor yang berkaitan dengannya. Alat pengukuran bagi sumber-sumber teknologi E-dagang dan kemahiran pengurusan E-dagang telah diaptasikan daripada Duncan dan Bogucki (1995), dan Mata, Fuerst dan Barney (1995). Dapatan kajian menunjukkan keupayaan E-dagang lebih tinggi dengan nilai min 3.23 berbanding kelebihan E-dagang 3.22. Kajian juga mendapati kemahiran pengurusan E-dagang dengan nilai min 3.23 dan sumber-sumber teknologi E-dagang dengan nilai min 3.22. Kajian juga menunjukkan terdapat korelasi antara keupayaan organisasi (kelebihan E-dagang dan keupayaan E-dagang) dengan pembolehubah sumber teknologi E-dagang dan kemahiran pengurusan E-dagang. Manakala analisis regresi ‘stepwise’ memperlihatkan pembolehubah sumber-sumber teknolgi E-dagang sebagai faktor paling dominan dalam meramalkan keupayaan organisasi dan kelebihan E-dagang. Manakala kemahiran pengurusan E-dagang merupakan faktor yang paling penting dalam mempengaruhi keupayaan E-dagang.

Katakunci: E-dagang, E-dagang sumber-sumber teknologi, E-dagang kemahiran pengurusan dan Keupayaan organisasi.

Page 2: 064_234_ICM2011_PG0885_0903_SUMBER_TEKNOLOGI

INTERNATIONAL CONFERENCE ON MANAGEMENT (ICM 2011) PROCEEDING

886

PENGENALAN

Organisasi sentiasa berubah selaras dengan perubahan persekitaran global. Perubahan tersebut tidak dapat dijangka dan terbentuk di luar kawalan. Keadaan ini menuntut agar setiap organisasi turut sama berubah bagi mengurangkan jurang perbezaan perubahan persekitaran yang berlaku. Organisasi yang gagal mengikuti arus perubahan akan kentinggalan dalam banyak perkara. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada individu pekerja dan prestasi organisasi berkenaan.

Sejak 1950, organisasi melabur wang ke dalam teknologi maklumat untuk meningkatkan keuntungan dan untuk meningkatkan keupayaan organisasi. Pada tahun 1980 hingga 2004 organisasi swasta melabur dalam peningkatan teknologi maklumat dari 34% menjadi 50% dari jumlah keseluruhan pelaburan (Laudon, 2007). E-dagang menjadi lebih penting pada akhir abad ke-20 (Wikipedia.org). E-dagang adalah membeli dan menjual produk atau perkhidmatan melalui sistem elektronik seperti internet. E-dagang menggunakan internet dan teknologi maklumat yang lain untuk menyokong keupayaan perniagaan. Dalam 13 tahun, sejak tahun 1995, E-Dagang berkembang dengan $ 258.000.000.000 dan perniagaan runcit sekitar US $ 3,6 trilion di Amerika Syarikat (McKay dan Marshall, 2004). Pada tahun 2005, transaksi E-Dagang di Malaysia mencapai RM3.7 bilion (US $ 1,0 bilion) dan meningkat sekitar 81,8% setiap tahun(www.technopreneurdevelopment.net.my).

Semua syarikat pada hari ini tidak kira besar atau kecil, tempatan dan antarabangsa menggunakan sistem maklumat dan telah membelanjakan pelaburan yang besar di dalam teknologi maklumat untuk mencapai objektif perniagaan yang penting seperti memperbaiki keupayaan syarikat (Laudon, 2007). Internet, teknologi-teknologi yang berkaitan dan aplikasi-aplikasi harus berubah selaras dengan perubahan di dalam operasi perniagaan dan bagaimana pekerja-pekerja bekerja dan bagaimana sistem maklumat memberi sokongan kepada proses perniagaan, membuat keputusan, kelebihan persaingan dan keupayaan (O’Brien, 2007).

Hari ini kebanyakkan aspek di dalam pasaran dunia secara langsung atau tidak langsung menerima kesan daripada perkembangan teknologi maklumat. Pada abad ke 21, pasaran dunia telah disokong oleh sistem pasaran yang menggunakan infranstruktur elektronik. Umum telah mengetahui teknologi maklumat tidak mempunyai sempadan boleh dicapai di mana-mana sahaja oleh sesiapa sahaja yang mengakses internet. Perdagangan melalui internet telah membuka era baru di dalam hubungan perdagangan juga telah menstrukturkan keseluruhan sistem pasaran secara berelektronik yang memberi peluang kepada firma daripada negara-negara dunia ke-3.

Menurut Ng (2000), secara umumnya banyak organisasi-organisasi, tidak kira saiz, tidak berupaya untuk mengenalpasti keseluruhan potensi nilai-nilai yang ada pada E-dagang. Di negara membangun seperti Malaysia contohnya golongan enterprise telah dikenalpasti sebagai golongan utama yang tidak melibatkan diri di dalam penggunaan E-dagang. Telah dikenalpasti organisasi-organisasi di Malaysia hanyalah pengikut bukanlah perintis di dalam penggunaan E-dagang.

Page 3: 064_234_ICM2011_PG0885_0903_SUMBER_TEKNOLOGI

INTERNATIONAL CONFERENCE ON MANAGEMENT (ICM 2011) PROCEEDING

887

Sektor pelancongan akan cepat berkembang dan sentiasa berubah dengan pembangunan jaringan dan servis yang baru. Pelancongan merupakan antara industri perintis yang menggunapakai sistem dengan jayanya di dalam skala yang lebih besar.

Menurut Berhanu Beyene & Kibruyisfa Archamyeleh (1997), sistem pesanan secara berkomputer melalui internet merupakan contoh yang terbaik untuk menerangkan pasaran berelektronik. Ia mempunyai perstrukturan yang lengkap, saluran pengedaran dan keseluruhan industri. Bukan sahaja syarikat penerbangan yang menggunakannya begitu juga industri pelancongan yang boleh membekalkan instrumen-instrumen yang membenarkan aliran proses –proses dan menawarkan servis-servis kepada pelanggan berpotensi di seluruh dunia. e-Dagang merupakan medium perantaraan yang terbaik lebih efisyen dan fleksibel.

Industri pelancongan akan menghasilkan pendapatan bagi kebanyakkan Negara dan menarik masuk mata wang asing ke dalam sesebuah Negara. Pasaran pelancongan berkembang dengan pesat. ‘World Tourism Organization’ menganggarkan menjelang tahun 2020 lebih 1.5 billion pelancong-pelancong akan melancong ke luar Negara. Eropah tetap akan menjadi destinasi pelancongan yang paling popular. Kedua selepas Eropah ialah Asia Pasifik yang mana akan dikunjungi sehingga 397 juta pelancong. Peratus kadar perkembangan ialah sebanyak 6.5% setahun. Industri pelancongan menunjukkan kadar perkembangan yang memberansangkan. Walaubagaimanapun situasi persaingan adalah hebat. Seperti yang diketahui umum, sektor pelancongan boleh membawa masuk tukaran asing ke dalam ekonomi sesebuah Negara di dalam tempoh masa yang pantas. Oleh itu kebanyakkan Negara membangun telah menumpukan sepenuh perhatian di dalam sektor pelancongan dengan mengukur pembangunan sektor pelancongan sebagai isu asas di dalam Perancangan Sosial dan Pembangunan Kebangsaan. Negara-negara membangun juga telah membangunkan sektor pelancongan mereka. (Patthanid Cheangtawee, 2005)

Pelancongan merupakan pergerakan yang global, di mana maklumat secara global, komunikasi secara global, servis dan produk yang selaras diperlukan. Oleh yang demikian dengan menggunakan e-Dagang, maklumat yang dikongsi lebih mudah, kos lebih efektif dan yang lebih penting boleh dicapai atas talian bagi badan-badan yang yang terletak di bawah pelancongan contohnya seperti organisasi-organisasi perhotelan. Ini merupakan sebab kenapa maklumat penting boleh dicapai atas talian yang mana boleh mempromosikan dan menjayakan e-Dagang di dalam sektor perhotelan. Kini sektor perhotelan telah memperkenalkan e-Dagang di dalam pelbagai bentuk kerja seperti penempahan bilik secara atas talian, penjelajahan sendiri, maklumat mengenai hotel, lokasi, jenis-jenis bilik, harga bilik dan kemudahan-kemudahan yang disediakan, e-mail, pembelian bahan mentah dari pembekal melalui internet dan pembayaran secara online. Kesemua kemudahan ini akan meningkatkan keupayaan operasi hotel (Patthanid Cheangtawee, 2005).

Di dalam tahun 2005, transaksi E-dagang di Malaysia mencapai RM3.7 billion (U.S$1.0 billion) dan ia bergerak sebanyak 81.8% dari tahun ke tahun. Transaksi B2B berkembang dari RM7.7 billion pada tahun 2004 kepada RM29.3 billion. Manakala

Page 4: 064_234_ICM2011_PG0885_0903_SUMBER_TEKNOLOGI

INTERNATIONAL CONFERENCE ON MANAGEMENT (ICM 2011) PROCEEDING

888

transaksi B2C berkembang dari RM3.4 billion kepada RM7.4 billion. Di dalam tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2006 hingga 2010 nilai transaksi E-dagang dijangka meningkat dengan purata 27% setiap tahun (www.technopreneurdevelopment.net.my).

e-Dagang mempunyai kuasa terutama di dalam industri pelancongan amnya iaitu perhotelan khasnya. Yang mana ia boleh membekalkan maklumat dengan mudah berserta dengan pembayaran secara terus.Tujuan utama kajian ini dilaksanakan ialah untuk mengenalpasti kesan keupayaan e-Dagang dan budaya organisasi memberi kesan ke atas prestasi sesebuah organisasi iaitu di dalam industri pelancongan di Malaysia dengan menfokuskan sektor perhotelan.

Penyataan Masalah

Kebanyakkan organisasi tidak kira dari jenis atau saiz industry, masih kurang jelas tentang kelebihan-kelebihan yang dibawa oleh E-dagang di Malaysia.

Kurangnya kisah kejayaan oleh syarikat ‘click and mortar’ telah dikenalpasti sebagai alasan mengapa perniagaan tradisional enggan untuk memulakan pelaburan di dalam E-dagang. Di dalam kajian mengenai rangsangan E-Dagang dan amalan di antara Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia, Ainin dan Noor Ismawati (2003) memberikan sokongan empirikal di mana 79 peratus daripada responden mengatakan "tidak banyak kisah kejayaan E-Dagang" sebagai penghalang utama untuk mengaplikasi E-Dagang, diikuti dengan "tidak mempunyai pengetahuan dalam E-Dagang" (72.6 peratus), "akses internet rendah di antara pembeli" (72.2 peratus), dan "kurangnya pengetahuan tentang potensi E-Dagang" (69.6 peratus).

Chow (2000) mendapati hanya 20.5% organisasi yang terlibat di dalam pelancongan terlibat di dalam E-Dagang ini kerana kekurangan cerita-cerita kejayaan dan maklumat kesan daripada penggunaan E-Dagang di dalam organisasi ke atas keupayaan di Malaysia. Walaupun banyak artikel membincangkan tentang aplikasi dan keuntungan menggunakan E-dagang, tetapi kajian akademik dengan penjelasan yang sistematik kesan sumber-sumber teknologi dan kemahiran pengurusan E-dagang ke atas keupayaan organisasi di Malaysia di dalam industri pelancongan dan sektor perhotelan khasnya adalah terhad. Oleh itu sejauhmana penggunaan E-Dagang memberi kesan di dalam keupayaan sektor perhotelan di Malaysia belum dapat dikenalpasti.

Page 5: 064_234_ICM2011_PG0885_0903_SUMBER_TEKNOLOGI

INTERNATIONAL CONFERENCE ON MANAGEMENT (ICM 2011) PROCEEDING

889

Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan sumber-sumber teknologi dan kemahiran pengurusan E-dagang ke atas keupayaan sector perhotelan di Malaysia. Oleh itu isu-isu dan persoalan yang dibangkitkan adalah seperti berikut:

1. Apakah tahap-tahap keupayaan-keupayaan organisasi ( kelebihan E-dagang dan keupayaan E-dagang), sumber-sumber teknologi E-dagang dan kemahiran pengurusan E-dagang?

2. Adakah tedapat sebarang hubungan di antara sumber-sumber teknologi E-dagang dan kemahiran pengurusan E-dagang dan keupayaan-keupayaan organisasi ( kelebihan E-dagang dan keupayaan E-dagang)?

3. Pembolehubah yang manakah paling dominan yang boleh mempengaruhi keupayaan-keupayaan organisasi (kelebihan E-dagang dan keupayaan E-dagang)?

Objektif Kajian Kajian ini untuk mengenal pasti kesan penggunaan E-dagang di dalam sector perhotelan di dalam mempengaruhi keupayaan organisasi mereka. Oleh yang demikian objektif kajian ialah seperti berikut:

1. Untuk mengenalpasti tahap-tahap keupayaan-keupayaan organisasi (kelebihan E-dagang dan keupayaan E-dagang), sumber-sumber teknologi E-dagang dan kemahiran pengurusan E-dagang;

2. Untuk mengukur hubungan di antara keupayaan-keupayaan organisasi

(kelebihan E-dagang dan keupayaan E-dagang) dan pembolehubah tidak bersandar; dan

3. Untuk menentukan pembolehubah yang paling dominan yang

mempengaruhi keupayaan-keupayaan organisasi (kelebihan E-dagang dan keupayaan E-dagang)

ULASAN KARYA

Laudon & Traver (2009) mendefinisikan e-Dagang sebagai penggunaan internet dan laman web untuk melakukan transaksi perniagaan. Secara terperinci, transaksi perdagangan di antara dan antara organisasi dan individu secara digital.

Page 6: 064_234_ICM2011_PG0885_0903_SUMBER_TEKNOLOGI

INTERNATIONAL CONFERENCE ON MANAGEMENT (ICM 2011) PROCEEDING

890

Manakala menurut Turban (2008), e-Dagang ialah suatu proses membeli, menjual atau bertukar produk, servis atau maklumat melalui jaringan komputer.

Dari perspektif perniagaan, e-Dagang merupakan menjalankan perniagaan secara elektronik dengan mengendalikan proses perniagaan atas atas jaringan elektronik yang mana menggantikan proses perniagaan secara fizikal. (Weill & Vitale, 2001)

Konsep e-Dagang adalah untuk menyokong perdagangan dengan sistem perkomputeran yang mempunyai dinamik tinggi dan teknologi maklumat terbuka. e-Dagang juga dikenali sebagai melakukan perniagaan tanpa kertas, iaitu termasuklah sistem pesanan, memeriksa, membayar dan juga penghantaran produk. Di dalam sistem ini pertukaran data secara elektronik, proses komunikasi (aplikasi komputer dengan komputer) di dalam maklumat perniagaan merupakan salah satu cabang daripada sistem ini. Rakan perdagangan (penjual, pembeli atau orang tengah) secara global bertemu melalui sistem pasaran elektronik iaitu internet. Pasaran elektronik merupakan sistem komputer yang menghubungkan antara satu sama lain. Semua aktiviti-aktiviti perdagangan daripada mencari pelanggan atau pembekal, perundingan, kontrak, perjanjian dan menyelesaikan bayaran berlaku secara elektronik dengan selamat dan efisyen (Turban, 2008).

Pengkaji-pengkaji telah mendapati bahawa teknologi bagi teknologi maklumat telah disenaraikan sebagai yang utama dan diberi perhatian di dalam sumber-sumber teknologi maklumat (Koeller, 1994; Niederman, Brancheau & Wetherbe, 1991). Teknologi bagi teknologi maklumat boleh didefinisikan sabagai satu set sumber-sumber yang dapat dilihat dan servis-servis yang tidak dapat dilihat (McKay,1989; Weill,1993; Dunco & Bogucki, 1995) seperti:

i. Platform teknologi;

ii. Teknologi telekomunikasi dan jaringan;

iii. Data kunci;

iv. Aplikasi-aplikasi memproses data utama;

v. Perancangan-perancangan strategi maklumat yang seimbang dengan objektif perniagaan;

vi. Pelan rekabentuk teknologi maklumat; dan

vii. Skil-skil teknologi maklumat di dalam pengurusan sumber teknologi maklumat.

Empat yang pertama komponen hardware dan software merupakan keperluan asas infranstruktur teknologi maklumat yang diperlukan untuk sesebuah organisasi beroperasi. Tiga komponen yang terakhir pula mempunyai hubungan dengan perancangan sistem maklumat yang mana membolehkan firma boleh memberi tindak balas yang cepat dan efektif kepada keperluan dan peluang-peluang yang wujud

Page 7: 064_234_ICM2011_PG0885_0903_SUMBER_TEKNOLOGI

INTERNATIONAL CONFERENCE ON MANAGEMENT (ICM 2011) PROCEEDING

891

(Henderson & Venkatraman, 1993). Manakala perancangan sistem maklumat membantu untuk menyokong perlaksanaan teknologi maklumat. Apa yang diperlukan ialah pelan peringkat tinggi yang menggabungkan arah tuju perniagaan, teknologi, proses sumber manusia ke dalam satu perancangan oleh itu ia boleh dijadikan sebagai satu rangkakerja rekabentuk teknologi maklumat untuk di analisis, direkabentuk dan dilaksanakan (Maglitta, 1994). Akhirnya, sesebuah organisasi memerlukan kemahiran-kemahiran dan pengalaman teknologi maklumat untuk mengintegrasi perancangan sistem maklumat dan pelan rekabentuk teknologi maklumat secara efektif oleh itu sesebuah organisasi boleh memberi tindakbalas secara efisyen di dalam keperluan-keperluan perniagaan.

Sesetengah pengkaji mempersoalkan sumber teknologi bagi teknologi maklumat merupakan satu set pembangunan sumber teknologi yang kompleks dan sukar untuk diubahsuai. Ia diterangkan secara rapi di dalam bentuk penulisan kerana ia melibatkan perancangan, proses-proses dan interaksi di antara dan di dalam keseluruhan rantaian nilai sesebuah organisasi (Cash, McFarlan, Mc Kenney & Applegate, 1992). Sesebuah organisasi boleh melaksanakan infranstruktur untuk mencapai kelebihan persaingan dan pesaing-pesaing tidak boleh meniru kerana teknologi dan kemahiran-

kemahiran, infranstruktur teknologi maklumat di lihat sebagai sumber strategik dan sebagai sumber potensi kelebihan persaingan yang kekal (Keen, 1991; Niederman, Brancheau & Wetherbe, 1991; Weill, 1993).

Manakala ada juga sesetengah pengkaji mempersoalkan bahawa teknologi maklumat mempunyai nilai tetapi ia bukanlah merupakan sumber kepada kelebihan persaingan kerana infranstruktur teknologi dan kemahiran-kemahiran teknikal mudah untuk ditiru dan diperolehi (Hayes & Wheelwright, 1984; Barney, 1986; Mata et al., 1995). Bharadwaj (2000) mempersoalkan bahawa infranstruktur teknologi maklumat tidak boleh dilihat secara sendirian sebagai komponen persendirian. Membangunkan integrasi infranstruktur akan mengambil masa, usaha, pengalaman pembelajaran dan risiko kewangan (Weil & Broadbent, 1998). Pesaing-pesaing tidak akan menerima keputusan yang sama hasil daripada pelaburan di dalam teknologi maklumat yang sama kerana masa yang tidak mencukupi, kekaburan dan sosial yang kompleks (Deirickx & Cool, 1989). Contohnya, Dell dan Nike mempunyai penyusunan teknologi maklumat yang kompleks dan mengembangkannya secara beransur-ansur di dalam beberapa tahun. Kedua-duanya mempunyai infranstruktur teknologi maklumat yang mempunyai hubungan dengan aktiviti-aktiviti perniagaan yang menyokong koordinasi diantara rakan kongsi perniagaan dan pelanggan seluruh dunia. Rutin dan hubungan perniagaan yang kompleks adalah sukar untuk disalin dan ditiru, dan ciri-ciri yang unik teknologi maklumat atau e-Dagang juga adalah tetap. Di dalam semua keadaan-keadaan ini jika sumber-sumber teknologi bagi teknologi maklumat dan e-Dagang bernilai, jika ia tidak mudah ditiru, jika ia diedarkan pelbagai keseluruh organisasi, dan jika ia kompleks, ia mungkin menjadi sumber kepada kelebihan persaingan.

Kesimpulannya, teknologi e-Dagang berpotensi kerana ia mampu untuk mengintegrasi, membangun dan menggabungkan dengan sumber-sumber lain seperti kemahiran-

Page 8: 064_234_ICM2011_PG0885_0903_SUMBER_TEKNOLOGI

INTERNATIONAL CONFERENCE ON MANAGEMENT (ICM 2011) PROCEEDING

892

kemahiran pengurusan, jaringan perniagaan, sinergi maklumat dan jaringan pelanggan. Penelitian ini dilihat secara bersama-sama dengan keupayaan persekitaran yang cepat berubah (terutamanya apabila teknologi-teknologi dan pasaran-pasaran masih lagi berkembang) mungkin boleh membantu untuk menerangkan mengapa keupayaan e-Dagang mempunyai prestasi yang cemerlang di dalam mempengaruhi sesebuah organisasi. Menurut Zhang dan Lado’s (2001), penglibatan teknologi maklumat ke dalam kelebihan persaingan bergantung kepada “ Macammana dan bagaimana ia digunakan”. Dengan kata lain, samaada teknologi e-Dagang boleh menjadi sumber kepada keupayaan organisasi bergantung kepada bagaimana ia digunakan untuk menghasilkan keputusan. Teknologi e-Dagang tidak mempunyai ciri-ciri seperti jarang dijumpai, tidak bergerak dan tidak boleh ditiru, tetapi ia menjadi sumber pelengkap bagi meningkatkan kekuatan sumber-sumber lain dan keupayaan-keupayaan dan pada masa yang sama boleh mengurangkan kelemahan sumber-sumber lain (Fay, 2000; Teng & Cummings, 2002). Tanpa kombinasi dengan sumber-sumber lain, penggunaan teknologi maklumat tidak boleh mencapai keuntungan sehingga melebihi tahap normal. Oleh yang demikian penggunaan E-dagang boleh dikatakan sebagai mampu untuk bergabung dan berintegrasi dengan sumber-sumber lain bagi membentuk kelebihan persaingan (Amit & Schoemaker, 1993; Bharadwaj, 2000).

Menurut kajian literatur, sifat-sifat kemahiran pengurusan e-Dagang ialah seperti berikut: (i) funsi-fungsi pengurusan sistem maklumat yang efektif, (ii) interaksi dan koordinasi dengan pengguna komuniti, (iii) berupaya untuk mengintegrasi aplikasi-aplikasi teknologi maklumat dengan proses-proses perancangan dan strategi-strategi perniagaan (iv) berupaya menggunakan teknologi maklumat untuk mencapai operasi yang lebih efektif, dan (v) berupaya untuk menjangka keperluan pelanggan dan mencipta cadangan yang bernilai yang mana orang lain tidak boleh menirunya (Mata et al., 1995; Bharadwaj, 2000).

Pihak pengurusan berupaya untuk mengkoordinasikan seperti menyusun aktiviti-aktiviti yang kompleks bersama-sama dengan kejayaan aplikasi-aplikasi e-Dagang merupakan faktor utama bagi mencapai kelebihan persaingan. Contohnya, Dell menggunakan servis teknologi web untuk berkongsi maklumat inventori dengan pembekal-pembekal komponennya. Dengan itu, Dell berupaya Berjaya menguruskan inventori dari 36 jam kepada 5 jam sahaja (Hagel III,2002). Dell Berjaya di dalam pengurusan rantaian nilai, bukan disebabkan oleh teknologi web semata-mata, tetapi lebih banyak daripada keupayaan kemahiran-kemahiran pengurusan yang lebih baik. Pengkaji-pengkaji menyatakan bahawa kemahiran-kemahiran pengurusan bukanlah faktor jangkaan utama prestasi bagi sesebuah organisasi, tetapi ia juga merupakan sumber utama bagi pencapaian prestasi e-Dagang (Reed & DeFillippi,1990; Dvenport, 1994; Pfeffer, 1995 & Brown and durguid,2002).

Pengkaji-pengkaji (Mata et al., 1995; Robert, 2000) menyatakan bahawa kemahiran-kemahiran pengurusan mungkin bernilai dan boleh jadi pelbagai untuk diedarkan ke seluruh organisasi. Mereka juga menyatakan bahawa kemahiran-kemahiran pengurusan adalah sukar untuk ditiru kerana mereka biasanya bangunkan dalam tempoh masa yang panjang melalui percubaan betul atau salah (Katz, 1974). Sebagai

Page 9: 064_234_ICM2011_PG0885_0903_SUMBER_TEKNOLOGI

INTERNATIONAL CONFERENCE ON MANAGEMENT (ICM 2011) PROCEEDING

893

contoh, Nike telah menghabiskan berjuta-juta dollar sebelum software rantaian nilai id2 berjaya dilaksanakan (Davenport, 1994; Hagel III, 2002). Kemahiran-kemahiran pengurusan juga akan menjadi taktikal, lebih berpusat atau spesifik (Chatfield & Bjorn-Andersen, 1997; Sambamurthy & Zmud, 1997). Disebabkan kekaburan peranan di dalam kemahiran-kemahiran pengurusan e-Dagang kerana penglibatannya di dalam banyak proses dan pelbagai interaksi menyebabkan ia tidak dapat ditiru dengan tepat (Castanias & Helfat, 1991). Akhirnya, kemahiran-kemahiran pengurusan selalunya akan menjadi kompleks kerana perkara-perkara lain akan turut terlibat di dalam hubungan dengan pengguna dan proses perniagaan, ia juga akan membekalkan hubungan dengan jaringan luaran seperti pelanggan dan pembekal untuk membentuk satu pertubuhan yang strategik (Jackson,1985; Mata et al., 1995). Contohnya tanpa kemahiran pengurusan yang spesifik dan jaringan “teknikal-sosial”, Benetton tidak berupaya untuk menguruskan jaringan seramai 7,000 francais di seluruh dunia. Melihat dari perspektif RBV, jika kemahiran-kemahiran pengurusan adalah bernilai, jika ia tidak mudah untuk ditiru, jika ia boleh diedarkan pelbagai keseluruh organisasi, jika ia kabur, dan jika ia kompleks, ia boleh dijadikan sebagai satu sumber untuk mendapatkan kelebihan persaiangan.

METODOLOGI

Kerangka Konsepsual

Kerangka konsepsual ini bedasarkan hasil kerja Powell & Dent Micallef (1997) di dalam industri peruncitan dan telah diubahsuai oleh Chu Jan Tow (2008) akan digunakan dan diubah mengikut kesesuaian kajian. Berdasarkan isu-isu dan dapatan daripada perbincangan kajian-kajian lepas di dalam ulasan karya mendapati pembolehubah tidak bersandar yang dicadangkan untuk kajian ini ialah sumber-sumber teknologi E-dagang dan kemahiran pengurusan E-dagang ke atas keupayaan organisasi (Duncan & Bogucki, 1995; Mata Fuerst & Barney, 1995). Keputusan yang diharapkan akan berlaku ialah meningkatkan kelebihan E-dagang, dan meningkatkan keupayaan E-dagang.

Sumber-sumber teknologi

E-dagang

Kemahiran pengurusan

E-dagang

Keupayaan Organisasi

1) Kelebihan E-dagang

2) Keupayaan E-dagang

Page 10: 064_234_ICM2011_PG0885_0903_SUMBER_TEKNOLOGI

INTERNATIONAL CONFERENCE ON MANAGEMENT (ICM 2011) PROCEEDING

894

Rajah 1: Kerangka Konsepsual

Hipotesis Kajian

Oleh itu hipotesis kajian adalah seperti berikut:

H1: Terdapat hubungan yang signifikan di antara sumber-sumber teknologi E-dagang dan keupayaan organisasi (H1a: Kelebihan E-dagang, H1b: Keupayaan E-dagang)

H2: Terdapat hubungan yang signifikan di antara kemahiran pengurusan E-dagang dan keupayaan organisasi (H2a Kelebihan E-dagang, H2b:Keupayaan E-dagang)

H3: Terdapat hubungan yang signifikan di antara sumber-sumber teknologi E-dagang, kemahiran pengurusan E-dagang dan keupayaan organisasi (H3a Kelebihan E-dagang, H2b:Keupayaan E-dagang)

Instrumen Kajian

Satu set soal selidik untuk kajian ini mengandungi lima bahagian utama, yang terdiri dari 1) pembolehubah demografi 2) sumber-sumber teknologi E-dagang 3) kemahiran pengurusan E-dagang , dan 4) keupayaan organisasi. Kecuali untuk pembolehubah demografi, lima-titik Skala Likert digunakan untuk semua sumber-sumber teknologi E-dagang,kemahiran pengurusan E-dagang, dan keupayaan organisasi. Bahagian A: Pembolehubah Demografi Bahagian ini berkenaan maklumat peribadi dari responden. Bahagian ini juga mengandungi latar belakang responden yang terdiri daripada status jantina, tahap umur dan tahap pendidikan tertinggi. Jumlah soalan-soalan dibawah pembolehubah demografi adalah 13 item. Bahagian B: Sumber-sumber teknologi E-dagang Bahagian berikutnya B berkenaan sumber-sumber teknologi E-dagang. Terdiri dari 8 soalan, pembolehubah ini diadaptasi dari Duncan dan Bogucki (1995). Bahagian C: Kemahiran Pengurusan E-dagang

Page 11: 064_234_ICM2011_PG0885_0903_SUMBER_TEKNOLOGI

INTERNATIONAL CONFERENCE ON MANAGEMENT (ICM 2011) PROCEEDING

895

Bahagian seterusnya C berkenaan kemahiran pengurusan E-dagang. Terdiri dari 7 soalan, pembolehubah ini diadaptasi dari Mata, Fuerst dan Barney (1995). Bahagian D: Keupayaan Organisasi Bahagian berikutnya berkenaan keupayaan organisasi. Terdiri daripada 17 soalan, pembolehubah ini diadaptasi dari Chu Jan Tow (2004).

Kaedah Persampelan

Penyelidikan ini cuba untuk mengkaji dari perspektif hotel dan resort di Malaysia kerana tidak banyak kajian tentang E-dagang dilakukan di dalam sektor di Malaysia. Populasi dalam penelitian ini adalah 563 hotel dan resort di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia dan dibahagikan kepada tiga tempat penginapan (3) kategori 1) pulau dan pantai, 2) kembara dan alam dan 3) hotel di dalam bandar. Untuk melakukan kajian ini, 217 hotel dan resort telah dipilih sebagai sampel dengan menggunakan teknik sampel rawak mudah dari ketiga-tiga jenis penginapan dengan status dari tiga (3) bintang ke bawah, dan empat (4) bintang ke atas. Hotel-hotel dan resort dipilih kerana penglibatan mereka dalam inisiatif E-dagang. Jumlah populasi kajian ini adalah 563 hotel dan resort. Merujuk kepada Krecjie dan Morgan (1970), untuk ukuran populasi 563, saiz sampel minimum yang diperlukan untuk kajian ini adalah sekitar 217 responden. Pemberi maklumat untuk pengumpulan data, bergantung pada satu (1) orang untuk memberikan maklumat tentang tatacara kolektif. Para pemberi maklumat dianggap sangat memenuhi syarat kerana kedudukan mereka, pengalaman dan pengetahuan khusus (Ventkatraman, 1989). Kerana ini kajian akan menyiasat E-dagang, dan keupayaan organisasi, Eksekuti E-dagang atau Eksekutif Teknologi Maklumat adalah pemberi maklumat yang sesuai. Semua data akan dianalisis dengan menggunakan SPSS / PC versi 11.5.

Dari 217 soalselidik yang disebarkan kepada responden, semuanya telah diisi dan dikembalikan.

KEPUTUSAN KAJIAN

Analisis Kebolehpercayaan

Kebolehpercayan merupakan darjah yang mana untuk mengukur dipercayai atau konsisten (Trochim, 2001). Kebolehpercayaan Alpha biasanya digunakan bagi menentukan ketekalan dalaman. Jadual 1 menunjukkan keupayaan organisasi mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dengan Cronbach Alpha 0.73, manakala

Page 12: 064_234_ICM2011_PG0885_0903_SUMBER_TEKNOLOGI

INTERNATIONAL CONFERENCE ON MANAGEMENT (ICM 2011) PROCEEDING

896

sumber-sumber teknologi E-dagang dan kemahiran pengurusan E-dagang 0.69 dan 0.68. Dengan hasil tersebut, semua pembolehubah yang ditinjau memiliki tahap kebolehpercayaan ketekalan dalaman yang mencukupi kerana mereka memenuhi standard yang disarankan 0.60 (Sekaran, 2003)

Jadual 1

Analisis Kebolepercayaan (N=217)

Pembolehubah Bilangan Item Alpha Cronbach

Sumber-sumber Teknologi E-dagang 8 0.69

Kemahiran Pengurusan E-dagang 7 0.68

Keupayaan Organisasi 17 0.73

____________________________________________________________________________________ Statistik Diskriptif Skor Min bagi pembolehubah-pembolehubah Skor min adalah untuk menjawab objektif kajian yang pertama 1: Untuk mengenalpasti tahap-tahap keupayaan-keupayaan organisasi (kelebihan E-dagang dan keupayaan E-dagang), sumber-sumber teknologi E-dagang dan kemahiran pengurusan E-dagang. Seperti yang dapat dilihat di dalam jadual 2 di bawah, keupayaan organisasi, iaitu keupayaan E-dagang dilihat mempunyai tahap yang tinggi (min=3.23), berbanding kelebihan E-dagang (min=3.22). Manakala, kemahiran pengurusan (min=3.23, SD=0.3938), dan sumber-sumber teknologi E-dagang (min=3.22, SD=0.3632). Jadual 2

Analisis Skor Min

Page 13: 064_234_ICM2011_PG0885_0903_SUMBER_TEKNOLOGI

INTERNATIONAL CONFERENCE ON MANAGEMENT (ICM 2011) PROCEEDING

897

Persepsi Min Sisihan Piawai

Keupayaan Organisasi 3.21 0.3174

- Keupayaan E-dagang 3.23 0.3406 - Kelebihan E-dagang 3.22 0.3346

Kemahiran Pengyurusan E-dagang 3.23 0.3938

Sumber-sumber Teknologi E-dagang 3.22 0.3632

____________________________________________________________________________________

Analisis Korelasi

Korelasi Pearson’s telah dilakukan untuk menjawab objektif kajian 2: Untuk mengukur hubungan di antara keupayaan-keupayaan organisasi (kelebihan E-dagang dan keupayaan E-dagang) dan pembolehubah tidak bersandar. Merujuk kepada Jadual 3, keputusan analisis korelasi menunjukkan hubungan yang positif signifikan antara keupayaan organisasi dengan (kelebihan E-dagang, dan keupayaan E-dagang) dengan pembolehubah kemahiran pengurusan E-dagang dan sumber-sumber teknologi E-dagang (p<0.01). Keputusan kajian ini menyokong hipotesis H1, H1a, H1b, H2, H2a, H2b, H3, H3a, dan H3b.

Jadual 3

Ringkasan Hubungan di antara Pembolehubah Bersandar dan Tidak Bersandar

Pembolehubah Bersandar

_______________________________________________________

Pembolehubah Tidak Bersandar Keupayaan Organisasi Kelebihan ED Keupayaan ED

Sumber-sumber Teknologi E-dagang 0.946** 0.983** 0.801**

Kemahiran Pengurusan E-dagang 0.938** 0.978** 0.820**

____________________________________________________________________________

Note. ** p < 0.01 level (2-tailed), * p< 0.05 level (2-tailed). Analisis Regresi Pelbagai dengan prosedur ‘Stepwise ’

Page 14: 064_234_ICM2011_PG0885_0903_SUMBER_TEKNOLOGI

INTERNATIONAL CONFERENCE ON MANAGEMENT (ICM 2011) PROCEEDING

898

Analisis pelbagai dilakukan untuk menjawab objektif kajian 3: Untuk menentukan pembolehubah yang paling dominan yang mempengaruhi keupayaan-keupayaan organisasi (kelebihan E-dagang dan keupayaan E-dagang Pembolehubah Yang Paling Dominan Di Dalam Mempengar uhi Keupayaan Organisasi

Keupayaan organisasi dengan Sumber-sumber teknologi , dan kemahiran pengurusan E-dagang. Merujuk jadual 4 di bawah, hanya sumber-sumber teknologi E-dagang telah mempengaruhi secara signifikan di dalam keupayaan organisasi. Sumber-sumber teknologi E-dagang merupakan yang paling dominan di dalam mempengaruhi keupayaan organisasi (β=.946, <0.01). Jadual 4

Regresi Keupayaan Organisasi (N=217)

Model R2 Adjusted R2 Unstand. Stand. T Sig. Value

Beta Beta

Model 1 .895 .895

Constant 0.557 8.903 .000

Sumber-sumber teknologi E-dagang 0.827 .946 42.824 .000**

____________________________________________________________________________________ Note. ** p < 0.01 level (2-tailed), * p< 0.05 level (2-tailed). Pembolehubah Yang Paling Dominan Di Dalam Mempengar uhi Kelebihan E-dagang Keupayaan organisasi dengan Sumber-sumber teknologi , dan kemahiran pengurusan E-dagang. Merujuk kepada jadual 5 di bawah, sumber-sumber teknologi E-dagang dan kemahiran pengurusan telah mempengaruhi secara signifikan di dalam kelebihan E-dagang. Sumber-sumber teknologi E-dagang merupakan yang paling dominan di dalam

Page 15: 064_234_ICM2011_PG0885_0903_SUMBER_TEKNOLOGI

INTERNATIONAL CONFERENCE ON MANAGEMENT (ICM 2011) PROCEEDING

899

mempengaruhi keupayaan organisasi (β=.946, <0.01) dan kemahiran pengurusan E-dagang (β=0.230,p<0.01). Bersama-sama kedua-dua pembolehubah menyatakan nilai R2 0.967 mencadangkan 96% varian di dalam kelebihan E-dagang.

Jadual 5

Regresi Kelebihan E-dagang (N=217)

Model R2 Adjusted R2 Unstand. Stand. T Sig. Value

Beta Beta

Model 1 .966 .965

Constant 0.303 8.022 .000

Sumber-sumber teknologi ED 0.905 .983 77.591 .000**

Model 2 .967 .967

Constant 0.357 8.951 .000

Sumber-sumber teknologi ED 0.644 .699 8.561 .000**

Kemahiran pengurusan ED 0.244 0.287 .000**

____________________________________________________________________________________ Note. ** p < 0.01 level (2-tailed), * p< 0.05 level (2-tailed). Pembolehubah Yang Paling Dominan Di Dalam Mempengar uhi Keupayaan E-dagang Keupayaan organisasi dengan Sumber-sumber teknologi , dan kemahiran pengurusan E-dagang.

Page 16: 064_234_ICM2011_PG0885_0903_SUMBER_TEKNOLOGI

INTERNATIONAL CONFERENCE ON MANAGEMENT (ICM 2011) PROCEEDING

900

Merujuk jadual 6 di bawah, hanya kemahiran pengurusan E-dagang telah mempengaruhi secara signifikan di dalam keupayaan organisasi. Kemahiran pengurusan E-dagang merupakan yang paling dominan di dalam mempengaruhi keupayaan organisasi (β=.820, <0.01). Pembolehubah menyatakan nilai R2 0.672 mencadangkan 67% varian di dalam keupayaan E-dagang.

Jadual 6

Regresi Keupayaan E-dagang (N=217)

Model R2 Adjusted R2 Unstand. Stand. T Sig. Value

Beta Beta

Model 1 .672 .670

Constant 0.943 8.572 .000

Kemahiran pengurusan ED 0.709 .820 20.975 .000**

____________________________________________________________________________________ Note. ** p < 0.01 level (2-tailed), * p< 0.05 level (2-tailed).

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, laporan kajian ini dalam penyelidikan kesan hubungan antara sumber -sumber teknologi E-dagang, dan kemahiran pengurusan E-dagang dengan keupayaan organisasi. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan selaras dengan penyelidikan sebelumnya oleh Tow (2004) dan Bharadwaj (2000), penemuan menunjukkan hubungan sumber-sumber teknologi E-dagang, dan kemahiran pengurusan E-dagang, dengan keupayaan organisasi (kelebihan E-dagang dan keupayaan E-dagang ). Dari semua pembolehubah, sumber-sumber teknologi E-dagang merupakan pembolehubah yang paling dominan dalam mempengaruhi keupayaan organisasi. Penemuan ini telah boleh digunakan oleh pihak pengurusan untuk meninjau rancangan masa depan agar mereka dapat meningkatkan keupayaan organisasi. Bagi organisasi yang menjalankan perniagaan di peringkat global

Page 17: 064_234_ICM2011_PG0885_0903_SUMBER_TEKNOLOGI

INTERNATIONAL CONFERENCE ON MANAGEMENT (ICM 2011) PROCEEDING

901

memungkinkan organisasi tersebut untuk menggunakan E-dagang (Majlis dan Kraemer, 2000). Merujuk pada hasil kajian, disarankan bagi pengurusan untuk konsisten di dalam kesediaan mereka untuk melabur dalam sumber-sumber teknologi E-dagang dan kemahiran pengurusan E-dagang seperti latihan pekerja. Ini memberikan panduan yang berguna untuk syarikat ‘Click and Mortar’ untuk menilai penggunaan E-dagang apabila mereka menggunakan E-dagang di dalam meningkatkan keupayaan organisasi.

REFERENCES

Ainin, S. & Noor Ismawati, J. 2003, ‘E-Commerce Stimuli And Practices In Malaysia’, Proceedings Of 7th Pacific Asia Conference On Information system (Pacis), Adelaide.

Barney J. B. 1995, ‘Looking inside for competitive advantage’. Academic of Management, vol. 9, no. 4.

Bharadwaj, A.S. 2000, ‘A Resource-Based Perspective on Information Technology Capability and Firm Performance: An Empirical Investigation’, MIS Quarterly, vol. 24, no.1, pp.169.

Cash, J. L, Mc Farlan F.W., Mc Kenney J.L. and Applegate. L.M., 1992, Corporate Information systems management, 3rd Edition, Homewood, Il: Irwin.

Chang, Kuo-Chung, Jackson, J., & Grover, V. 2003, ‘E-Commerce and corporate strategy: An executive perspective’, Information and Management, vol. 40, pp. 663-675.

Duncan N.B, 1995, ‘ Capturing Flexibility Of information technology Infrastructure: A Study Of Resource Characteristic and Their Measure,’ Journal Of Management Information Systems, vol.12, no. 2, pp. 37-57.

Fay, J. 2000. ‘The Resource-based View of the Firm: Some Stumbling-blocks on the Road to Understanding Sustainable Competitive Advantage’, Journal of European Industrial Training.

Fisher, M. 2000, ‘Using E-Commerce To Deliver High Productivity.’ MCB University Press vol. 49, no. 2, pp. 59-62.

Kenneth C. Laudon, Jane P. Laudon, 2007, Management information system, 10th ed., Pearson.

Laudon, K. & Traverm, 2009, E-commerce. Pearson Prentice Hall.

Maglitta, J. 1994, ‘One on one’, Michael Hammer. Computerworld [On-line]. Available at http://www.computerworld.com/ cwi/story/.

McKay, J. & Marshall, P. 2004, Strategic Management of e-Business, John Wiley & Sons, Brisbane

Page 18: 064_234_ICM2011_PG0885_0903_SUMBER_TEKNOLOGI

INTERNATIONAL CONFERENCE ON MANAGEMENT (ICM 2011) PROCEEDING

902

McGaham, A.M. & Porter, M., E. 2002, ‘What Do We Know About Variance in Accounting Profitability’, Managaement science, vol. 48, no. 7, pp. 834-851.

Mohd Majid Konting, 1993, Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Niederman, F., Brancheau, J.C., and Wetherbe, J.C. 1991, ‘Information Systems Management ‘,Issues for the 1990s, MIS Quarterly, vol.15, no. 4, pp. 475-495.

Patthanid, C., Natsapun, P., & Wanno, F. 2005. ‘The Development of Key Performance Indicators for E-Commerce in Hotel Businesses Using Balanced Scorecard’, International Journal of the computer, the internet and management, vol. 13, no. SP3.

Peteraf, M.A, 1993, ‘The Cornerstones of Competitive Advantage: A Resource-based View’, Strategic Management Journal, vol. 14, no. 3, pp. 179-91.

Pires, Guilherme D. & Janet Aisbett., 2003, ‘The relationship between technology adoption and strategy in business-to-business markets: The case of E-commerce’, Industrial Marketing Management, vol. 2033, no. 32, pp. 291-300.

Powell, T.C., and Dent Micallef, A. 1997, ‘Information Technology A Competitive Advantage: The role of Human, Business & Technology Resources’, Strategic Management Journal, vol.18, no. 5, pp. 375-405.

Rogers, E.M. 1983, ‘ Diffusion of Innovations’, 3rd ed., The Free Press, New York, NY,.

Teng, B.S. & C., J.L. 2002, ‘Trade-offs in Managing Resources and Capabilities’, Academy of Management Executive, vol. 16, no. 2, pp. 81-91.

Tow, C. J. 2004, ‘Building and Sustaining The Sources Of Competitive Advantage In E-Commerce Capabilities’, Ph. Dissertation, Australia South Australia University.

Trochim, W.M.K. 2001, ‘The Research Methods Knowledge Base’, Cincinnati: Atomic Dog.

Swanson, E.B. 1994, ‘Information system innovation among organizations’, Management Science, vol. 40, no. 9, pp. 1069-1092.

Sekaran, U. 2003, Research Methods for Business: A Skill-building approach, 4th ed., John Wiley & Sons, Inc., New York.

Srivasta R.K., F., L., Christensen, H.K. 2001, ‘The Resource-based View and Marketing: The Role of Market-based Asset in Gaining Competitive Advantage’. Journal of Management Vol. 27.

Venkatraman, N., & Prescott, J.E. 1990, ‘Environment-Strategy Co alignment: An Empirical Test of Its Performance Implications’, Strategic Management Journal , no. 11, pp. 1-23.

Wen, H.J., Lim, B., Huang, H.L. 2003, ‘Measuring E-Commerce Efficiency: a data analysis (DEA) approach’, Industrial Management & Data Systems, vol. 103, no. 9, pp. 703-10.

Weill, P. & Vitale, M. 2001, ‘Place To Space: Migrating To E-Business Models’, Harvard Business School Press.

Wu, F., Mahajan, V., & Balasubramaniam, S. 2003, ‘An analysis of e-business adoption and its impact on business performance’, Journal of Academy of Marketing Science, vol. 31, no. 4 pp. 425-447.

Page 19: 064_234_ICM2011_PG0885_0903_SUMBER_TEKNOLOGI

INTERNATIONAL CONFERENCE ON MANAGEMENT (ICM 2011) PROCEEDING

903

Wu, F., Yeniyurt, S., Kim, D., & Cavusgil, S. T. 2006, ‘The Impact of Information Technology on Supply Chain Capabilities & Firm Performance. A Resource-Based View’, Industrial Marketing Management, vol. 35, no. 4, pp. 493-504.

Xiao, L. 2008, ‘The Impact Of Dyamic IT Capability and Organizational Culture on Firm performance’, Phd Thesis, Faculty of school Of Business, The George Washington University

M.J. Zhang and A.A. Lado. 2001, ‘Information systems and competitive advantage: a competency based view, Technovation’, vol. 21, pp. 147– 156.