06. khutbah jumaat 5 februari 2016 (peranan masjid sepanjang zaman)

11
KHUTBAH JUMAAT PERANAN MASJID SEPANJANG ZAMAN” (5 Februari 2016M/ 26 Rabiulakhir 1437H ) ____________________________________________________________________________________________________ ________ ْ لَ اُ دْ مَ حِ ِ : ِ لِ اَ قْ ل ا ُ دَ هْ شَ ا اْ نَ لَ اَ ه َ لِ ا لِ اَ اُ ه ل ل اُ هَ د ْ حَ و اَ لَ ( كْ * ِ رَ شُ ه َ لُ دَ هْ شَ اَ . وَ نَ ا اً دَ مَ ح ُ مُ هُ د ْ 4 بَ ع. ُ هُ لْ وُ سَ رَ وَ مُ ه ل لَ اِ لَ ص ىَ لَ عَ وٍ دَ مَ ح ُ م اَ C نِ دِ * بَ س ىَ لَ ع ا.ً ر ْ * يِ H ثَ ك اً مْ * يِ لْ سَ تْ مِ لَ سَ وِ هِ 4 بْ حَ صَ وِ ه ِ لT ا. َ نْ وُ مِ لْ سُ مْ مُ تْ C نَ اَ ا وَ لِ اَ نُ تْ وُ مَ تَ لاَ وِ هِ اتَ قُ تَ قَ حَ له ل ا اْ وُ قَ تِ ، اِ له ل اَ ادَ 4 بِ ع اَ * يَ C ف، ُ دْ عَ 4 ت اَ مَ اSidang Jumaat yang dirahmati Allah, Marilah kita bersama-sama mempertingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah subhanahu wata’ala dengan mengerjakan segala titah dan perintahNya serta menjauhi segala larangan dan tegahanNya. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang-orang yang bertaqwa. Mimbar hari ini ingin membawa para jemaah menghayati erti dan keunggulan Masjid dalam khutbah yang bertajuk Peranan Masjid Sepanjang Zaman”. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, 1

Upload: abul-khoir

Post on 13-Apr-2016

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

teks khutbah ini membantu para khatib membaca khutbah pada hari jumaat

TRANSCRIPT

Page 1: 06. Khutbah Jumaat 5 Februari 2016 (Peranan Masjid Sepanjang Zaman)

KHUTBAH JUMAAT

“PERANAN MASJID SEPANJANG ZAMAN” (5 Februari 2016M/ 26 Rabiulakhir 1437H )

____________________________________________________________________________________________________________

القائل: لله حمدـال

ريك ال وحده الله اإل إلـه ال نأ أشهد ــه شــ ل هد أن . وأشــوله. عبده مـحمدا ل اللهمورســ دنا مــحمدعلى صـ ي سـ

م تسليما كثيرا. أما بعد، فيا عبادعلىو آله وصحبه وسلقوا الله حق تقاته وال تـموتن إال وأنتم مسلمون. الله، اتSidang Jumaat yang dirahmati Allah,Marilah kita bersama-sama mempertingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah

subhanahu wata’ala dengan mengerjakan segala titah dan perintahNya serta

menjauhi segala larangan dan tegahanNya. Mudah-mudahan kita tergolong

dalam golongan orang-orang yang bertaqwa. Mimbar hari ini ingin membawa

para jemaah menghayati erti dan keunggulan Masjid dalam khutbah yang

bertajuk “Peranan Masjid Sepanjang Zaman”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,Istilah “masjid” berasal daripada perkataan Arab “masjid” atau “masjad”. Dari

segi bahasa ia bererti tempat sujud. Perkataan Masjid adalah merujuk

kepada perbuatan 'sujud' yang dilakukan dalam solat. "Sujud" pula membawa

erti kepatuhan dan pengabdian kepada Allah subhanahu wata’ala. Justeru,

‘masjid” juga dirujuk sebagai tempat umat Islam melakukan aktiviti bagi

melambangkan kepatuhan dan pengabdiannya kepada Allah subhanahu

wata’ala. Sebahagian daripada kepatuhan dan pengabdian ialah Rukun

Kifayah. Ini bermakna masjid juga berfungsi sebagai Pusat Masyarakat dan

Komuniti iaitu tempat melakukan pelbagai aktiviti kebajikan dan apa-apa

kegiatan yang boleh mewujudkan syiar agama atau pelbagai aktiviti yang

1

Page 2: 06. Khutbah Jumaat 5 Februari 2016 (Peranan Masjid Sepanjang Zaman)

boleh meningkatkan amalan-amalan “mematuhi” dan mengabdikan diri

kepada Allah subhanahu wata’ala. Dalam pengertian lain, masjid adalah

lambang kepatuhan dan pengabdian umat Islam kepada Allah subhanahu

wata’ala.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,Sebagai lambang kepatuhan dan pengabdian ini, masjid mempunyai

peranan-peranannya yang tertentu dalam Islam. Antaranya :

Pertama : Masjid Sebagai Pusat IbadatPeranan masjid sebagai pusat ibadat adalah untuk menjadikan kehidupan

manusia sentiasa mempunyai ikatan dan hubungan dengan Allah subhanahu

wata’ala. Allah subhanahu wata’ala telah menegaskan dalam al-Quran

bahawa objektif penciptaan manusia ialah untuk beribadah, manusia disuruh

melakukan ibadah secara ikhlas dan penuh pengabdian. Perkara ini

ditegaskan melalui firman Allah subhanahu wata’ala dalam surah Az-Zariyaat

( ارياتالذ ) ayat 56, yang berbunyi :

Maksudnya : Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, melainkan supaya

mereka menyembah Aku.

Ini bererti masjid boleh menerima apa saja aktiviti yang bertujuan baik bagi

faedah umat manusia, asalkan matlamatnya adalah untuk memperteguhkan

kepatuhan kepada Allah subhanahu wata’ala. Oleh itu, masjid perlu bersih

daripada sebarang kekotoran sama ada yang bersifat fizikal seperti

kesihatan, keselamatan atau ketenteraman ataupun yang bersifat moral

seperti kelakuan yang bersopan, pakaian yang tidak menjelek mata serta

pertuturan yang baik dan sempurna. Kebersihan merupakan salah satu

kemestian dalam melakukan ibadat. Ibadah solat sendiri juga menekankan

2

Page 3: 06. Khutbah Jumaat 5 Februari 2016 (Peranan Masjid Sepanjang Zaman)

kesucian dan kebersihan jemaah dari kekotoran ‘Hissiyyah’ ة) ي (حس dan

‘Maknawiyah’ (ة .(معنوي

Kebersihan secara fizikal sesebuah masjid juga dilihat dari sudut maknawi (

ـوي ـ ,(معن seperti kebersihan daripada sebarang fikiran kotor yang

bertentangan dengan semangat kesucian agama Islam sendiri. Misalnya,

dengki dan khianat serta permusuhan sesama sendiri, perebutan pengaruh

dan kuasa dalam kalangan ahli masjid, penggunaan masjid untuk mendapat

faedah peribadi selain daripada keredhaan Allah subhanahu wata’ala dan

sebagainya.

Kedua : Masjid Sebagai Pusat Perkembangan MasyarakatMasjid juga melambangkan tahap persaudaraan, muhibbah dan perpaduan

ummah dalam masyarakat berkenaan. Peranan ini jelas digambarkan oleh

Masjidil Haram, apabila Ka’bah menjadi kiblat solat bagi semua orang Islam,

dan ia sendiri menjadi pusat tumpuan dalam ibadat Haji.

Untuk itu, mana-mana masjid mesti terbuka kepada semua umat Islam, tidak

mengira bangsa atau pun kaum. Masjid perlu bebas daripada apa saja sifat

dan aktiviti yang memecah-belahkan perpaduan ummah. Antaranya ialah

tidak ada unsur monopoli dalam pentadbiran masjid, atau dalam apa-apa

usaha dan program pengimarahannya.

Seterusnya, bukan saja masjid perlu menjaga dari apa-apa unsur

perpecahan, tetapi penting juga masjid mengambil langkah proaktif,

menggalak dan mendorong persahabatan dan kemesraan dikalangan

qariahnya. Berasaskan kepada peranan ini, lahirlah istilah “memasyarakatkan

masjid” dan “memasjidkan masyarakat”. Apa pun juga istilah yang digunakan,

tujuannya ialah supaya masjid berjaya memainkan peranannya sebagai ejen

pembina dan pembangun masyarakat atau peranan sosialisasi masyarakat,

3

Page 4: 06. Khutbah Jumaat 5 Februari 2016 (Peranan Masjid Sepanjang Zaman)

sama seperti unit-unit lain, seperti keluarga, sekolah, media massa dan

sebagainya.

Satu pendekatan yang terbukti berkesan dalam melaksanakan peranan

masjid dalam proses sosialisasi ini, ialah usaha menyediakan kemudahan

pelajaran, seperti kelas tambahan, tabika, tadika, kemudahan sukan, tempat

riadah dan sebagainya kepada generasi muda, disamping kelas-kelas

kemahiran seperti menjahit, memasak atau kraftangan bagi orang-orang

dewasa. Aktiviti-aktiviti sebegini boleh dianggap sebagai serampang dua

mata iaitu bermesra sambil belajar dan belajar sambil beribadah. Tentu

banyak lagi kemungkinan yang boleh difikirkan dan dicipta berlaku di masjid

apabila ianya disukai oleh ahli qariah yang berniat murni melaksanakan

suruhan Allah subhanahu wata’ala.

Dengan wujudnya rasa kasih dan mesra serta semangat sillatur rahim yang

tetap dikalangan Qariah, dalam keadaan tertentu, masjid juga boleh dan

mampu berperanan menjadi pusat perlindungan dan keselamatan bagi

sesetengah golongan yang memerlukan, seperti keluarga berpisah dan

individu terancam. Langkah-langkah ini mungkin lebih rumit, tetapi sesebuah

masjid yang sudah kukuh pengurusan dan pentadbirannya, maka ia patut

dan boleh dimajukan seperti itu.

Sebagai rumusan, mimbar ingin menyarankan beberapa saranan seperti

berikut :

1. Umat Islam perlu mengimarahkan dan memajukan masjid dalam

komuniti masing-masing.

2. Pihak pengurusan masjid perlu mempertingkatkan kemahiran dalam

mengurus dan mentadbir serta mengimarah dan memajukan masjid.

3. Bersama-samalah kita berusaha dan berniat memperteguhkan

matlamat Masjid sebagai Pusat Kecemerlangan Ummah.

4

Page 5: 06. Khutbah Jumaat 5 Februari 2016 (Peranan Masjid Sepanjang Zaman)

Akhirnya, sama-samalah kita merenung firman Allah subhanahu wata’ala

dalam surah At-Taubah ayat 18 :

جيم يطان الر أعوذ بالله من الش

Maksudnya : Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan)

masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari

akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut

melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka

adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.

ــارك اكم ونفعني العظيم، القــرآن في ولكم لي اللــه ب وإيـه بما ـ ـات من في ـ ــذكر اآلي ل الحكيم، وال ي وتقب ومنكم من

ه تالوته، ميع هو إن وأستغفر ، هذا قولي العليم. أقول السلمين ولسائر ولكم، لي العظيم الله لمات، المســ والمســ

ــؤمنين ــ ـات،او والمـ ــ ــ تغفروه، لمؤمن ــ ــ ــوز فيا فاسـ ــ فـ ويا المستغفرين ائبين. جاةـن الت

KHUTBAH KEDUA____________________________________________________________________________________________________________

الـحمد لله. الـحمد لله حمدا كثيرا كما أمر. أشهد أن ال ـــإل هد أنـ ــ ــه، وأش ريك ل ــه وحــده ال شــ د ه إال الل ي ناســ

5

Page 6: 06. Khutbah Jumaat 5 Februari 2016 (Peranan Masjid Sepanjang Zaman)

ــارك علىـم م وب ل ل وســ وله. اللهم صــ حمدا عبده ورســدنا م حمد وعلى أله وأصحابه أجمعين. ـسي

كم ــه لعل قــوا اللــه حــق تقات ــاد اللــه، ات ــا عب ــد، في أما بعتفلحون. قال الله تعالى:

} }

دنااللهم صل على دناحمد وعلى ألـ م سي ي حمد،ـــ م ســيت على ل ــ ــا صـ دناكمـ ي ــ ـراهيم وعلى أل سـ ــ دنا إب ي ــ سـ

ــارك على ــراهيم، وب دناإب ي ــ م ســ دناحمد وعلى ألـ ي ســدناحمد، كما باركت علىـم دنا إبراهيم وعلى أل سي سي

ــد. وارض اللهم ــد مجي ك حمي ــراهيم، في العــالمين، إن إب ــعن ال ـرـ ـ اداتنا أبي بك ــ ين، س ــدي دين المه ــ اش خلفاء الر

ابعين لهم حابة والت ــ ــان وعلي، وعن الصـ ــر وعثمـ وعمـلمين ــ ــر للمسـ ــدين.اللهم اغفـ ـوم الـ ــ ــإحسان إلى ي بـــآء منهم ــ ـات األحي ــ ــؤمنين والمؤمن لمات والمـ والمســـي ك سميع قريب مجيب الدعوات ويا قاضــ واألموات. إن

الحاجات. Ya Allah! Ampunkanlah dosa dan kesalahan kaum muslimin dan muslimat,

mukminin dan mukminat, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah

meninggal dunia. Limpahkanlah kesejahteraan, kedamaian dan kebahagiaan

kepada kami semua dalam kehidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat

kelak.

Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-Mu kepada

kami semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin Islam Negara kami,

khasnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia, dan

juga pemimpin-pemimpin Islam negeri kami, khususnya Tuan Yang Terutama

Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Ya Allah, kami memohon ke hadratMu, kukuhkanlah iman kami, tingkatkanlah

amal kami, eratkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami,

6

Page 7: 06. Khutbah Jumaat 5 Februari 2016 (Peranan Masjid Sepanjang Zaman)

kayakanlah kami dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan

yang bermanfaat. Suburkanlah peribadi kami dengan budi pekerti yang mulia,

bimbinglah kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada

ujianmu seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit,

persengketaan, kemiskinan dan kebuluran. Kami berlindung dan bermohon

denganMu Ya Allah, semoga negeri kami akan sentiasa bertambah aman,

makmur dan berkat.

Pada hari yang mulia ini juga, kami memohon kepadaMu ya Allah, jadikanlah

setiap individu generasi muda di kalangan remaja dan belia generasi pelapis

negara dan negeri kami ini golongan yang beramanah, bertanggungjawab,

dan berakhlak mulia agar dapat membentuk sebuah masyarakat yang baik,

aman dan bertamadun, serta mendapat keampunan, keredhaan dan berkat

daripadaMu, ya Allah. Peliharalah kami serta generasi yang mewarisi kami,

daripada terlibat dalam apa jua unsur negatif yang boleh menjatuhkan

maruah diri, keluarga, masyarakat dan negara.

نآ عذاب وقنا حسنة اآلخرة وفي حسنة الدنيا في أتنا ربار ــالمين رب يا أمين أمين،. الن ــاد .الع اللــه إن. اللــه عبــدل يأمر ان بالع ــآء. واإلحســ عن وينهى القــربى ذي وإيت

آء ـر الفحشـــ ــ كم يعظكم. والبغي والمنك رون لعل ـذك ــ .تــاذكروا ــه ف ــذكركم العظيم الل كروه. ي ــه على واشــ نعم

ــذكر. يعطكم فضله من واسألـوه. يزدكم ــر اللــه ول .أكب.الصالة أقيموا.تصنعون ما يعلم والله

7