06 bbps4103 topik 2 - docshare02.docshare.tipsdocshare02.docshare.tips/files/29205/292053645.pdf ·...

11
PENGENALAN Sejak membangunnya pengurusan strategik, terdapat banyak definisi pengurusan strategik kerana terdapat banyak buku yang ditulis dalam bidang ini. Definisi ini mencadangkan kepentingan keputusan dan tindakan untuk memastikan objektif organisasi tercapai. Pearce dan Robinson (1985) mendefinisikan pengurusan strategik sebagai set keputusan dan tindakan yang membawa kepada formulasi dan pelaksanaan satu strategi agar dapat mencapai objektif organisasi itu. Menurut Gluck dan Jaunch (1984), pengurusan strategik merujuk kepada set keputusan dan tindakan yang membawa kepada formulasi bagi strategi efektif untuk mencapai objektif organisasi. T T o o p p i i k k 2 2 Model Pengurusan Strategik Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membezakan komponen utama bagi pengurusan strategik; 2. Menghuraikan model pengurusan strategik; dan 3. Menerangkan perkaitan dalam proses pengurusan strategik. HASIL PEMBELAJARAN

Upload: vuongkhue

Post on 12-Apr-2018

256 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 06 BBPS4103 Topik 2 - docshare02.docshare.tipsdocshare02.docshare.tips/files/29205/292053645.pdf · Berdasarkan definisi yang diberikan, ia adalah jelas bahawa pengurusan strategik

� PENGENALAN

Sejak membangunnya pengurusan strategik, terdapat banyak definisi pengurusan strategik kerana terdapat banyak buku yang ditulis dalam bidang ini.

Definisi ini mencadangkan kepentingan keputusan dan tindakan untuk memastikan objektif organisasi tercapai.

Pearce dan Robinson (1985) mendefinisikan pengurusan strategik sebagai set keputusan dan tindakan yang membawa kepada formulasi dan pelaksanaan satu strategi agar dapat mencapai objektif organisasi itu.

Menurut Gluck dan Jaunch (1984), pengurusan strategik merujuk kepada set keputusan dan tindakan yang membawa kepada formulasi bagi strategi efektif untuk mencapai objektif organisasi.

TTooppiikk

22 � Model

Pengurusan Strategik

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Membezakan komponen utama bagi pengurusan strategik;

2. Menghuraikan model pengurusan strategik; dan

3. Menerangkan perkaitan dalam proses pengurusan strategik.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 2: 06 BBPS4103 Topik 2 - docshare02.docshare.tipsdocshare02.docshare.tips/files/29205/292053645.pdf · Berdasarkan definisi yang diberikan, ia adalah jelas bahawa pengurusan strategik

� TOPIK 2 MODEL PENGURUSAN STRATEGIK 18

Definisi yang diberikan oleh Hunger dan Wheelen (1996), serta David (2003) ini adalah konsisten dengan definisi awal pengurusan strategik tetapi terdapat penambahan beberapa elemen seperti formulasi strategi, pelaksanaan strategi, penilaian dan kawalan dalam konsep pengurusan strategik.

APAKAH PENGURUSAN STRATEGIK?

Berdasarkan definisi yang diberikan, ia adalah jelas bahawa pengurusan strategik melibatkan pembuatan keputusan dan mengambil tindakan yang boleh membantu organisasi mencapai objektifnya dengan menggunakan cara sistematik bagi memformulasikan strategi, melaksanakan strategi dan menilai serta mengawal strategi yang dilaksanakan. Oleh yang demikian, pengurusan strategik menghubungkan pelbagai bidang fungsian seperti pemasaran, pengurusan, kewangan, perakaunan, sumber manusia, pengeluaran dan sistem maklumat dalam cara yang formal dan sistematik selaras dengan objektif organisasi dan prestasi yang unggul. Definisi ini juga mencadangkan bahawa pengurusan strategik merangkumi tiga komponen utama iaitu formulasi strategi, pelaksanaan strategi serta penilaian dan kawalan strategi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1.

Rajah 2.1: Model pengurusan strategik

2.1

David (2003) mendefinisikan pengurusan strategik sebagai seni dan sains memformulasikan, melaksanakan dan menilai keputusan silang fungsian yang membolehkan organisasi untuk mencapai objektifnya.

Hunger dan Wheelen (1996) mendefinisikan pengurusan strategik sebagai set keputusan dan tindakan pengurusan yang menentukan prestasi jangka panjang bagi organisasi. Ia juga merangkumi imbasan persekitaran, formulasi strategi, dan penilaian dan kawalan.

Page 3: 06 BBPS4103 Topik 2 - docshare02.docshare.tipsdocshare02.docshare.tips/files/29205/292053645.pdf · Berdasarkan definisi yang diberikan, ia adalah jelas bahawa pengurusan strategik

TOPIK 2 MODEL PENGURUSAN STRATEGIK �

19

Dalam subtopik 2.2, anda akan didedahkan kepada elemen dan komponen asas bagi pengurusan strategik. Subtopik 2.3 membincangkan model pengurusan strategik dan subtopik 2.4 membincangkan proses pengurusan strategik.

KOMPONEN DAN ELEMEN BAGI PENGURUSAN STRATEGIK

Terdapat tiga komponen utama dalam pengurusan strategik iaitu formulasi strategi, pelaksanaan strategi serta penilaian dan kawalan strategi seperti yang dipaparkan dalam Rajah 2.1. Terdapat beberapa elemen yang membentuk setiap komponen. Dalam komponen fformulasi strategi, elemen utama merupakan visi, misi, matlamat dan objektif bagi organisasi. Elemen lain merupakan analisis luaran, analisis dalaman, analisis industri dan analisis persaingan. Mengenal pasti alternatif strategik dan seleksi pilihan strategik juga membentuk bahagian bagi komponen formulasi strategi. Dalam komponen ppelaksanaan strategik, terdapat sekurang-kurangnya tiga elemen yang mempengaruhi pelaksanaan strategi iaitu struktur organisasi, pekerja dan kepimpinan, serta sistem dan proses organisasi. Dalam komponen inilah tindakan organisasi bermula dan ia memberikan cabaran utama kepada banyak organisasi. Dalam komponen ppenilaian dan kawalan strategi, elemen utama merupakan model dan proses penilaian, kriteria penilaian, kaedah dan mekanisme kawalan untuk meningkatkan prestasi organisasi dan memenuhi objektif organisasi. Bagi memahami lebih mendalam berkaitan elemen dan komponen ini (lihat Jadual 2.1 dan Rajah 2.2), ia adalah penting untuk mengetahui beberapa konsep asas dalam pengurusan strategik.

2.2

Page 4: 06 BBPS4103 Topik 2 - docshare02.docshare.tipsdocshare02.docshare.tips/files/29205/292053645.pdf · Berdasarkan definisi yang diberikan, ia adalah jelas bahawa pengurusan strategik

� TOPIK 2 MODEL PENGURUSAN STRATEGIK 20

Jadual 2.1: Komponen dan Elemen dalam Pengurusan Strategik

KOMPONEN ELEMEN

Formulasi strategi � Visi

� Misi

� Matlamat

� Objektif

� Analisis luaran

� Analisis dalaman

� Analisis industri

� Analisis persaingan

Pelaksanaan strategi � Struktur organisasi

� Pekerja dan kepimpinan

� Sistem dan proses organisasi

Penilaian dan kawalan strategi � Model dan proses penilaian

� Kriteria penilaian

� Kaedah kawalan

Apabila memperkatakan tentang strategi, tahukah anda definisi sebenar „strategi‰?

Sebagai contoh, strategi Yahoo! adalah untuk mendapatkan 80% daripada hasilnya daripada pengiklanan untuk mendapatkan lebih hasil daripada pelanggan yang membayar untuk perkhidmatannya. Dengan cara itu, strategi Yahoo! adalah untuk menawarkan perkhidmatan seperti laman web peribadi, langganan audio dan video muzik dengan bayaran yuran (David, 2003). Oleh itu, ahli strategi adalah pekerja dalam organisasi yang bertanggungjawab untuk kejayaan atau kegagalan organisasi (David, 2003). Mereka juga ialah pekerja yang boleh membuat keputusan penting yang mempengaruhi kelestarian organisasi. Mereka adalah pekerja dengan jawatan seperti ketua pegawai eksekutif, naib canselor, presiden, pengarah eksekutif, pengarah urusan, dekan, pengerusi lembaga dan pemilik perniagaan atau usahawan.

Istilah „sstrategi‰ merujuk kepada cara organisasi cuba untuk mencapai objektif jangka panjangnya (David, 2003). Ia juga merujuk kepada tindakan yang pengurus harus ambil dan lakukan agar dapat memastikan bahawa apa yang telah ditetapkan dalam objektif boleh dicapai.

Page 5: 06 BBPS4103 Topik 2 - docshare02.docshare.tipsdocshare02.docshare.tips/files/29205/292053645.pdf · Berdasarkan definisi yang diberikan, ia adalah jelas bahawa pengurusan strategik

TOPIK 2 MODEL PENGURUSAN STRATEGIK �

21

Istilah biasa yang lain dalam pengurusan strategik ialah polisi. Polisi merangkumi garis panduan, peraturan dan prosedur yang dibentuk atau dicipta untuk menyokong usaha dalam mencapai objektif organisasi. Polisi memberikan garis panduan umum kepada pengurus untuk melakukan operasi aktiviti perniagaan mereka tanpa menyatakan pendekatan khusus atau cara untuk melakukan sesuatu. Bagi mengetahui bagaimana cara untuk melakukan sesuatu, prosedur dan peraturan dibina untuk memastikan keselarasan dalam sesuatu perkara dilaksanakan. Contohnya, polisi organisasi adalah untuk memberikan bonus prestasi empat bulan gaji pokok kepada pekerja dengan prestasi cemerlang. Organisasi tersebut mendapati bahawa 10 daripada 100 pekerjanya layak mendapat bonus prestasi ini dan untuk melaksanakan polisi ini, jabatan sumber manusia diminta untuk menentukan kriteria untuk prestasi cemerlang (yang biasanya ditentukan dalam proses penilaian prestasi), dan kemudian mengaplikasikan peraturan kepada pekerja yang mendapat kesan. Prosedur akan menjelaskan bagaimana sesuatu perlu dilakukan, sementara peraturan akan menjelaskan apa yang akan dilakukan dalam lingkungan parameter yang ditetapkan oleh organisasi. Jadi, peraturannya adalah hanya pekerja cemerlang yang akan memperoleh empat bulan bonus. Prosedur digariskan dalam borang semakan penilaian prestasi tahunan seperti yang ditetapkan oleh jabatan sumber manusia.

Page 6: 06 BBPS4103 Topik 2 - docshare02.docshare.tipsdocshare02.docshare.tips/files/29205/292053645.pdf · Berdasarkan definisi yang diberikan, ia adalah jelas bahawa pengurusan strategik

� TOPIK 2 MODEL PENGURUSAN STRATEGIK 22

Rajah 2.2: Model pengurusan strategik

Page 7: 06 BBPS4103 Topik 2 - docshare02.docshare.tipsdocshare02.docshare.tips/files/29205/292053645.pdf · Berdasarkan definisi yang diberikan, ia adalah jelas bahawa pengurusan strategik

TOPIK 2 MODEL PENGURUSAN STRATEGIK �

23

MODEL PENGURUSAN STRATEGIK

Seperti yang disebut dalam subtopik awal, model pengurusan strategik mengandungi tiga bahagian iaitu formulasi strategi, pelaksanaan strategi, serta penilaian dan kawalan strategi. Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1 tadi, janaan model bagi pengurusan strategik adalah pada peringkat makro. Walau bagaimanapun, pada peringkat mikro dalam organisasi, model pengurusan strategik merangkumi beberapa elemen dalam komponen model pengurusan strategik. Rajah 2.2 menunjukkan komponen dan elemen model pengurusan strategik. Membangunkan model pengurusan strategik adalah penting kerana ia memberi rangka kerja asas untuk memahami bagaimana pengurusan strategik boleh beroperasi pada peringkat firma. Tambahan pula, model pengurusan strategik menyediakan pengurus dan ahli strategi dengan pemahaman pendekatan lelaran yang lebih luas dalam mengadakan pengurusan strategik yang sebenar dalam situasi organisasi. Rajah 2.2 menunjukkan bahawa model pengurusan strategik bermula dengan pembangunan visi dan misi organisasi. Visi dan misi organisasi akan kemudiannya diterjemahkan kepada matlamat organisasi. Definisi bagi terma ini dijelaskan dalam Topik 4. Elemen ini menggambarkan haluan dan bidang yang dititikberatkan untuk dicapai oleh organisasi. Setelah elemen ini ditentukan, peranan pengurus dan ahli strategi adalah untuk melakukan analisis bagi organisasi. Hal ini melibatkan tiga jenis analisis utama iaitu analisis persekitaran luaran, analisis dalaman organisasi dan kemudian analisis industri. Setiap analisis ini akan memberikan maklumat tentang peluang dan ancaman, kekuatan dan kelemahan, dan membantu organisasi untuk meletakkan dirinya berbanding dengan organisasi pesaing lain dalam industri. Hasil daripada analisis ini akan kemudiannya membantu pengurus dan ahli strategi untuk menyesuaikannya dengan bidang khusus untuk diberi tumpuan, mengenal pasti kelebihan bersaing organisasi dan menentukan kedudukan daya saing yang perlu diambil organisasi agar dapat mengekalkan daya saingnya dalam industri.

2.3

Apakah perbezaan antara prosedur dan peraturan?

AKTIVITI 2.1

Page 8: 06 BBPS4103 Topik 2 - docshare02.docshare.tipsdocshare02.docshare.tips/files/29205/292053645.pdf · Berdasarkan definisi yang diberikan, ia adalah jelas bahawa pengurusan strategik

� TOPIK 2 MODEL PENGURUSAN STRATEGIK 24

Hasil bagi analisis strategik seterusnya akan membantu pengurus atau ahli strategi untuk menentukan bakal alternatif yang tersedia untuk organisasi. Seleksi pilihan strategik yang sesuai akan dipastikan tersedia untuk dilaksanakan. Dalam melaksanakan strategi, organisasi perlu memastikan elemen dalam pelaksanaan berada pada tempatnya. Ini bermaksud matlamat organisasi perlu ditakrifkan pada peringkat operasi, dan diterjemahkan menjadi objektif yang lebih spesifik dan tepat berbanding matlamat yang ditetapkan oleh organisasi. Polisi dalam organisasi perlu dibangunkan dan diletakkan pada tempatnya. Seterusnya, program khusus atau pelan tindakan perlu disediakan untuk memastikan pelaksanaan yang efektif bagi strategi organisasi. Pelaksanaan strategi tidak akan selesai tanpa memastikan semua elemen asas dalam pelaksanaan strategik berada pada tempatnya. Hal ini termasuklah memastikan organisasi mempunyai struktur, pekerja dan kepimpinan yang sesuai yang diperlukan untuk menguruskan pelaksanaan bagi pelan tindakan yang telah dipilih. Akhirnya, pelaksanaan juga memerlukan pengurus atau ahli strategi untuk menyelaras dan mengintegrasikan pelbagai bidang fungsian dalam organisasi agar sistem dan proses mengurus pelbagai bidang fungsian adalah diselarikan dengan objektif organisasi yang telah ditetapkan lebih awal. Bahagian akhir bagi model pengurusan strategik merangkumi penilaian dan kawalan. Dalam komponen ini, pengurus atau ahli strategi harus memastikan bahawa strategi yang dilaksanakan adalah dinilai dengan sewajarnya dan dinilai secara berkala, contohnya setiap setengah tahun atau suku tahun sekali. Kriteria penilaian dan prestasi yang dijangkakan ditanda aras dengan standard industri atau firma. Perbandingan dibuat dengan pesaing atau firma lain atau dalam dimensi masa (berbanding tahun sebelumnya). Mekanisme kawalan perlu diletak pada tempatnya agar organisasi boleh memastikan yang objektif yang diidamkan boleh dicapai dalam fasa pelaksanaan seterusnya. Setelah model pengurusan strategik ditentukan dan ditetapkan secara jelas, fasa seterusnya melibatkan pemahaman proses pengurusan strategik.

PROSES PENGURUSAN STRATEGIK

Berdasarkan Rajah 2.2, boleh disimpulkan bahawa model pengurusan strategik ialah proses interaktif. Dengan kata lain, dalam mencuba untuk mengendalikan model pengurusan strategik, pengurus atau ahli strategi perlu memastikan bahawa mereka perlu memulakan proses dengan menentukan visi organisasi. Misi organisasi juga perlu diperjelaskan. Kemudian, matlamat organisasi ditentukan dan ditetapkan oleh pengurus atau ahli strategi.

2.4

Page 9: 06 BBPS4103 Topik 2 - docshare02.docshare.tipsdocshare02.docshare.tips/files/29205/292053645.pdf · Berdasarkan definisi yang diberikan, ia adalah jelas bahawa pengurusan strategik

TOPIK 2 MODEL PENGURUSAN STRATEGIK �

25

Pengendalian model pengurusan strategik melibatkan siri langkah-langkah yang berterusan dan berubah mengikut kedinamikan persekitaran. Perubahan dalam satu daripada elemen boleh memberi kesan kepada elemen lain dalam model pengurusan strategik. Maka, formulasi, pelaksanaan, penilaian dan kawalan strategi harus dilakukan secara berterusan dan bukan pendekatan sekali sahaja. Sebagai contoh, dalam situasi yang organisasi telah menetapkan visi, misi dan matlamat untuk dicapai, proses formulasi strategi bermula dengan menganalisis situasi strategik organisasi. Dengan kata lain, menganalisis persekitaran luaran, kekuatan dan kelemahan organisasi, dan analisis industri (dan/atau analisis daya saing) harus menjadi tahap pertama dalam proses pengurusan strategik. Pastinya, organisasi boleh juga menyemak matlamat mereka selari dengan persekitaran perniagaan yang sentiasa berubah agar organisasi tidak terus kekal kurang berdaya saing. Contohnya, dalam industri penerbangan, organisasi boleh menetapkan misinya untuk menjadi pendahulu dalam industri perkhidmatan penerbangan. Walau bagaimanapun, landskap industri penerbangan berubah dengan pantas dan tidak hanya memberikan servis penerbangan tetapi juga servis yang berkaitan seperti hotel, pelancongan, pakej percutian malah khidmat kereta sewa. Oleh sebab persaingan dalam industri menjadi lebih sengit, mentakrifkan semula misi organisasi tidak dapat dielakkan dan ia menjadi keperluan untuk memastikan organisasi terus kekal dalam persekitaran tidak mesra tersebut. Pada fasa pelaksanaan, proses pengurusan strategik boleh bermula dengan menyemak struktur organisasi dan pekerja yang ada dalam organisasi sebelum menetapkan polisi dan program atau pelan tindakan. Sistem dan proses organisasi juga perlu dikaji semula secara wajar. Akibatnya, proses pelaksanaan strategi boleh berbeza mengikut keadaan dan situasi. Akhir sekali, pada fasa penilaian dan kawalan, proses itu mungkin memerlukan organisasi untuk menyemak mekanisme kawalan lebih daripada proses penilaian strategi. Memandangkan model pengurusan strategi adalah proses dinamik dan memerlukan kemas kini dan semakan secara berkala, proses bagi amalan pengurusan strategik boleh menjadi selancar perubahan pesat dalam perniagaan yang dinamik. Pada tahap ini, harus disedari bahawa terdapat beberapa aspek utama yang tidak berubah walaupun ia mengalir dalam amalan pengurusan strategik. Pertama ialah elemen utama dalam komponen pengurusan strategik dan kedua ialah tiga komponen utama bagi pengurusan strategik. Kedua-dua aspek ini tidak berubah selagi konsep pengurusan strategik ditakrifkan dalam cara yang telah disebutkan pada awal topik ini.

Page 10: 06 BBPS4103 Topik 2 - docshare02.docshare.tipsdocshare02.docshare.tips/files/29205/292053645.pdf · Berdasarkan definisi yang diberikan, ia adalah jelas bahawa pengurusan strategik

� TOPIK 2 MODEL PENGURUSAN STRATEGIK 26

Bagaimanakah perubahan dalam persekitaran perniagaan mempengaruhi pengurusan strategik?

AKTIVITI 2.2

1. Tandakan BBetul (B) atau SSalah (S) untuk setiap pernyataan berikut:

No Soalan B S

(a) Istilah „pengurusan strategik‰ dan „pelaksanaan strategik‰ adalah sama.

(b) Mengambil tindakan pembetulan adalah sebahagian daripada penilaian strategi.

(c) Peringkat tindakan bagi proses pengurusan strategik ialah penilaian strategi.

(d) Pelaksanaan strategi merangkumi tiga aktiviti asas iaitu:

(i) Menetapkan objektif;

(ii) Merangka polisi; dan

(iii) Mengukur prestasi.

2. Berikan definisi pengurusan strategik. 3. Apakah komponen utama bagi pengurusan strategi? 4. Huraikan model pengurusan strategik. 5. Apakah beberapa elemen bagi formulasi strategi?

Jawapan Betul (B) atau Salah (S):

(a) S (b) B (c) S (d) S

AKTIVITI 2.3

Page 11: 06 BBPS4103 Topik 2 - docshare02.docshare.tipsdocshare02.docshare.tips/files/29205/292053645.pdf · Berdasarkan definisi yang diberikan, ia adalah jelas bahawa pengurusan strategik

TOPIK 2 MODEL PENGURUSAN STRATEGIK �

27

� Secara dasarnya, model pengurusan strategik merangkumi tiga komponen: perancangan strategik atau formulasi strategi, pelaksanaan strategi, dan penilaian dan kawalan strategi.

� Dalam peringkat formulasi strategi, visi, misi dan matlamat organisasi ditetapkan.

� Analisis strategik dari segi persekitaran dalaman, persekitaran luaran dan situasi industri dinilai. Seterusnya, beberapa alternatif strategik dijana dan dipilih. Pada peringkat ini, organisasi mungkin mahu menyemak program (pelan tindakan), objektif dan polisi mereka sebelum melaksanakan strategi.

� Pada peringkat pelaksanaan, isu berkaitan struktur, pekerja dan sistem serta proses dinilai dan disemak.

� Akhirnya, penilaian bagi strategi yang telah dilaksanakan akan dibuat dan ukuran kawalan digunakan untuk memastikan bahawa sasaran strategik asal bagi organisasi dipenuhi.

Formulasi strategi

Pelaksanaan strategi

Penilaian dan kawalan strategi

Peraturan

Polisi

Prosedur