05) syaf putar dan syaf pandu

8
2.3.2 SYAF PUTAR DAN SYAF PANDU Objektif: Pada akhir unit ini pelajar dapat: 1. Mengenal pasti fungsi syaf putar, syaf pandu, sendi universal dan CV joint. 2. Menanggal, memeriksa dan memasang syaf putar dan syaf pandu. 3. Menservis dan memeriksa sendi universal. Pencapaian Kompetensi 1. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa bekerja. 2. Menggunakan peralatan dengan cara yang betul. 3. Menerangkan fungsi syaf putar dan syaf pandu. 4. Mengenal pasti komponen syaf putar dan syaf pandu. 5. Menanggal, memeriksa dan memasang semula syaf putar dan syaf pandu mengikut prosedur. 6. Menceraikan, mengganti dan memasang sendi universal mengikut prosedur. Maklumat penting Syaf putar

Upload: faizlyan

Post on 12-Jun-2015

876 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 05) Syaf Putar Dan Syaf Pandu

2.3.2 SYAF PUTAR DAN SYAF PANDU

Objektif:

Pada akhir unit ini pelajar dapat:

1. Mengenal pasti fungsi syaf putar, syaf pandu, sendi universal dan CV joint.2. Menanggal, memeriksa dan memasang syaf putar dan syaf pandu.3. Menservis dan memeriksa sendi universal.

Pencapaian Kompetensi

1. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa bekerja.2. Menggunakan peralatan dengan cara yang betul.3. Menerangkan fungsi syaf putar dan syaf pandu.4. Mengenal pasti komponen syaf putar dan syaf pandu.5. Menanggal, memeriksa dan memasang semula syaf putar dan syaf pandu mengikut

prosedur.6. Menceraikan, mengganti dan memasang sendi universal mengikut prosedur.

Maklumat penting

Syaf putar

Fungsi syaf putar ialah menghubungkan kuasa yang dihasilkan oleh enjin melalui kotak gear ke unit kerbeda seterusnya ke roda.

Komponen syaf putar.

Komponen syaf putar terdiri daripada sleeve yoke, syaf putar dan sendi universal.

Rajah 2.19 Pepasangan syaf putar

37

Page 2: 05) Syaf Putar Dan Syaf Pandu

Sendi universal (Universal Joint)

Ianya untuk melicinkan perpindahan tenaga daripada kotak gear ke unit kerbeda dalam sudut yang sentiasa berubah semasa kenderaan bergerak.

Syaf Pandu.

Fungsi syaf pandu ialah menghantar kuasa melalui unit kerbeda bagi memusingkan roda hadapan.

38

Kotak gear

Syaf pandu

Enjin

Unit kerbeda

Rajah 2.21 Kedudukan pacuan roda hadapan

Rajah 2.22 Ceraian komponen syaf pandu

Rajah 2.20 Ceraian komponen sendi universal

Spider

Sleeve yoke

Syaf putar

Perumah galas jarum

Gelang kedap

Gelugur luarKotak

gear

Gelugur dalam Sleeve yoke

Gelang sentap

Page 3: 05) Syaf Putar Dan Syaf Pandu

Gambarajah cara menanggal syaf putar

Aktiviti

Tugasan

1. Mengamalkan langkah keselamatan semasa bekerja.2. Menanggal dan memasang syaf putar.3. Menceraikan dan memasang semula sendi universal mengikut prosedur.4. Menanggal dan memasang syaf pandu mengikut prosedur.

Peralatan

Langkah kerja

Menanggal dan memasang syaf putar.

1. Tahan roda hadapan dengan penahan roda.2. Jek kenderaan dan letakkan sangga keselamatan. 3. Tanggalkan syaf putar dari kerbeda, setelah menandakannya seperti dalam gambarajah.4. Periksa syaf bagi menentukan sama ada bengkok atau tidak.5. Periksa yoke sama ada haus, retak atau rosak.

Mencerai dan memasang semula sendi universal

Senarai peralatan Senarai bahan / kelengkapan1. Alat tangan yang sesuai.2. Sangga keselamatan.3. Jek.4. Takung minyak.5. Bar pengumpil.

1. Kenderaan yang dilengkapi dengan sistem pacuan roda belakang.

2. Kenderaan yang dilengkapi dengan sistem pacuan roda hadapan.

3. Sendi universal.4. Gris.5. Kertas las.6. Minyak gear.

39

Kerbeda

Sendi universal belakang

Kotak gear

Sendi universal hadapan

Syaf putar Tandakan

Page 4: 05) Syaf Putar Dan Syaf Pandu

PERINGATAN.LANGKAH-LANGKAH KERJA MESTI DIIKUTI BAGI MENGELAKKAN KEMALANGAN.

Menanggal

1. Ikat syaf putar pada ragum.2. Keluarkan gelang sentap. 3. Keluarkan perumah galas jarum daripada yoke.

- Ikat yoke syaf putar pada ragum dengan soket diletakkan pada satu bahagian perumah galas jarum.

- Ikat dengan perlahan-lahan sehingga perumah galas jarum yang bersebelahan terkeluar sedikit.

4. Ketuk bahagian yoke dengan tukul sehingga perumah galas jarum terkeluar.

5. Keluarkan galas collar yang berikutnya dengan kaedah seperti perkara 3 di atas.

6. Keluarkan sleeve yoke dengan spider.7. Keluarkan perumah galas jarum pada yoke mengikut kaedah

yang sama dan keluarkan spider.

Memasang

1.Pasang semula perumah galas jarum. Pastikan ianya telah disapukan gris yang sesuai .2.Pasang perumah galas jarum pada sleeve yoke, gunakan soket dan ikat dengan ragum.3.Pasang sendi universal pada perumah galas jarum.

4.Pasang semula gelang sentap pada lurah di yoke.5.

Pasang spider bersama sleeve yoke tadi kepada yoke syaf putar mengikut kaedah 1, 2 , 3 dan 4.

6. Ketuk yoke dengan tukul apabila siap memasang bagi mempastikan galas collar berada pada kedudukan yang betul.

7. Pasangkan semula syaf putar pada kenderaan.

Menanggal dan memasang syaf pandu

Menanggal

1. Jek dan sangga kenderaan mengikut prosedur.

40

Page 5: 05) Syaf Putar Dan Syaf Pandu

Bar Pengumpel

Kotak GearSyaf Pandu

2. Keluarkan minyak kotak gear.3. Tanggalkan klip dan hos brek dari penyerap hentak.4. Tanggalkan nat syaf pandu.5. Tanggalkan hujung rod runut.6. Tanggalkan pengikat sendi buku (knuckle).7. Tarik hab ke arah luar, pastikan syaf keluar dari gelugur.

8. Cungkil keluar syaf pandu dari kotak gear.9. Tarik keluar syaf pandu dan letakkan di atas

meja kerja.

Memeriksa

1. Periksa syaf pandu sama ada bengkok atau sebarang kerosakan.

2. Periksa gelugur syaf pandu sama ada haus atau sebarang kerosakan.

3. Periksa boot getah sama ada koyak atau tidak.

Memasang

1. Pasangkan syaf pandu pada perumah kotak gear.2. Ikatkan nat syaf pandu pada hab.3. Ikatkan hujung rod runut ke sendi buku stereng.4. Pasangkan semula hos brek dan klip.5. Masukkan minyak gear ke dalam kotak gear.6. Pasangkan roda dan turunkan kenderaan.7. Ikatkan nat syaf pandu mengikut spesifikasi ( torque 18.5 kg.in.134 ft lb.).

Latihan

1. ______________________ berfungsi untuk melicinkan penghantaran kuasa daripada gear kerbeda ke roda yang memacu bagi kenderaan pacuan roda hadapan.

41

Page 6: 05) Syaf Putar Dan Syaf Pandu

Betul

Salah

2. Untuk melicinkan perpindahan tenaga dari kotak gear ke gear kerbeda, satu komponen yang dinamakan syaf pandu digunakan pada kedua-dua hujung syaf putar .

3. Namakan dua jenis sendi universal:

Rajah 1.

4. Rajah 1 menunjukkan komponen utama syaf pandu, namakan komponen rajah yang berlebel A, B, C, D, E, F dan G.

A:

B:

C:

D:

E:

F:

G:

43

42