04095122topik9sistemdalamenjin
TRANSCRIPT
PENGENALAN
Topik ini menyenaraikan sistem-sistem utama yang terdapat dalam enjin dan menerangkan kendaliannya. Komponen-komponen utama dalam sistem dikenalpasti dan diterangkan fungsinya agar peranannya dalam kendalian enjin dapat dilihat.
PENGENALAN SISTEM BAHAN API
Fungi utama sistem bahan api ialah memebekalkan campuran udara dan bahan api ke dalam ruang pembakaran enjin untuk memudahkan pembakaran yang sempurna serta memperoleh kuasa yang optimum. Kadar campuran berubah mengikut keadaan jalan yang dilalui oleh kenderaan.
9.1.1 Tangki Bahan Api
Tangki bahan api biasanya terletak jauh dari enjin untuk mengelakkan kebakaran khususnya ketika berlaku kemalangan. Biasanya tangki ini diperbuat daripada keluli tertekan. Di dalam tangki terdapat sesekat untuk mengurangkan
9.1
TTooppiicc 99 Sistem Dalam Enjin
4. Menerangkan kendalian sistem penyejukan dan pelinciran.
3. Menerangkan kendalian sistem penyalaan; dan
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenali sistem-sistem yang terdapat dalam enjin;
2. Menerangkan kendalian sistem bahan api;
TOPIK 9 SISTEM DALAM ENJIN
146
bahan api bergelombang. Unit penghantar isyarat juga terletak dalam tangki dan fungsinya ialah menghantar isyarat menunjukkan muatan tangki.
9.1.2 Pam Bahan Api
Fungsi pam bahan api ialah mengepam bahan api daripada tangki ke enjin. Terdapat dua jenis pam iaitu mekanikal dan elektrik diguna dalam kenderaan. Pam mekanikal dipasang pada enjin sementara pam elektrik dipasang dalam tangki bahan api. Kebanyakan kenderaan moden mengguna pam elektrik. Lihat Rajah 9.1.
Rajah 9.1: Pam bahan api mekanikal
9.1.3 Tolok Bahan Api
Tolok bahan api menunjukkan paras bahan api dalam tangki minyak. Dua jenis tolok diguna dalam kenderaan iaitu jenis gelong imbangan dan jenis thermostatik.
9.1.4 Penapis Udara
Fungsi penapis udara ialah membersihkan udara yang masuk ke dalam silinder. Sila lihat Rajah 9.2. Penapis yang kotor dan tersumbat akan menyebabkan campuran udara dan bahan api menjadi kaya dan membazirkan bahan api.Terdapat dua jenis penapis udara iaitu kering dan basah. a dipasang atas corong karburetor.
TOPIK 9 SISTEM DALAM ENJIN 147
Rajah 9.2: Penapis udara
9.1.5 Penapis Bahan Api
Bahan api perlu bersih apabila memasuki karburetor. Ia mengelakkan orifis karburetor daripada tersumbat. Bahan api yang kotor juga boleh menyebabkan injektor tersumbat. Lihat Rajah 9.3.
Rajah 9.3: Penapis bahan api
9.1.6 Karburetor
Fungsi karburetor ialah membekalkan campuran udara dan bahanapi mengikut keperluan keadaan jalan serta kelajuan kenderaan. Karburetor boleh dikelaskan mengikut beberapa kaedah. Berdasarkan aliran udara ia dibahagi kepada aliran
TOPIK 9 SISTEM DALAM ENJIN
148
tepi, bawah dan atas. Sila lihat Rajah 9.4(a), 9.4. Karburetor juga dikelaskan mengikut corongnya samada satu corong atau dua corong. Lihat Rajah 9.5.
Alir tepi Alir bawah Alir atas
Rajah 9.4: Jenis karburator berdasarkan udara
Rajah 9.5: Jenis satu corong
Kenderaan melalui pelbagai keadaan semasa bergerak atas jalan. Bagi memenuhi keadaan ini berbagai litar digunakan dalam karburetor untuk menyalurkan campuran udara dan bahan api. Litar-litar utama ialah pelampung, pencekik, kelajuan melahu/rendah, kelajuan tinggi, kuasa penuh dan pencepat. Lihat Rajah 9.6.
TOPIK 9 SISTEM DALAM ENJIN 149
Rajah 9.6: Litar pelampung
9.1.7 Sistem Pancitan Bahan Api Elektronik
Kendalian sistem ini adalah dengan memancit bahan api ke dalam panca rongga sedutan yang mengalirkan udara. Sistem ini adalah lebih effisyen berbanding dengan sistem karburetor kerana ia dapat menyukat bahan api dengan lebih tepat mengikut keadaan jalan. Sukatan ditentukan oleh unit kawalan elektronik yang dibantu oleh penderia. Berdasarkan isyarat penderia, unit kawalan elektronik memberi isyarat kepada pemancit untuk menyembur bahan api.
9.1.8 Kendalian
Bahan api dari tangki disalurkan oleh pam elektrik ke dalam sistem bertekanan. Bahan api yang berlebihan kembali ke tangki. Sebuah pengatur dalam sistem mampastikan tekanan bahan api dalam sistem adalah malar.
9.1.9 Pemancit
Pemancit adalah sebuah komponen elektromekanikal yang memancit bahan api yang tersukat ke dalam pancarongga. Pemancit ini sebenarnya adalah sebuah solenoid yang bergerak apabila arus laluinya. Lihat Rajah 9.7.
TOPIK 9 SISTEM DALAM ENJIN
150
Rajah 9.7: Pemancit
AKTIVITI 9.1
1. Apakah kebaikan sistem pancitan bahan api elektronik berbanding dengan sistem karburetor?
2. Apakah fungsi penderia dalam sistem pancitan bahan api elektronik?
PENGENALAN SISTEM PENYALAAN 9.2
Dalam enjin pembakaran dalam, campuran udara dan bahan api dimampat semasa lejang mampatan. Maka keadaan ini memerlukan percikan bunga api yang bervoltan tinggi dalam lingkungan 25000 volt.
9.2.1 Sistem Penyalaan Bateri
Kendalian sistem ini adalah berdasarkan menyambung dan memutuskan pengaliran arus melalui litar utama dalam sistem penyalaan bateri. Apabila arus mengalir melalui litar utama dan dibumikan melalui titik sesentuh yang tertutup akan terwujud medan magnet dalam gelung penyalaan. Bekalan arus terputus bila titik sesentuh terbuka dan medan magnet jatuh dalam gelung penyalaan mewujudkan arus bervoltan tinggi yang disalurkan ke plag pencucuh. Komponen utama dalam sistem ini ialah bateri, suis penyalaan, titik sesentuh, pengagih, gelung penyalaan dan plag pencucuh. Lihat Rajah 9.8.
TOPIK 9 SISTEM DALAM ENJIN 151
Rajah 9.8: Sistem penyalaan bateri
9.2.2 Bateri
Bateri membekalkan arus untuk mengendalikan semua sistem dalam enjin. Terdapat dua jenis bateri iaitu basah dan kering. Setiap sel bateri mengandungi plat positif dan negatif. Plat-plat ini diasingkan oleh pemisah. Setiap sel boleh mengeluarkan dua volt dan bateri kenderaan biasa adalah 6 volt dan 12 volt. Lihat Rajah 9.9.
Rajah 9.9: Binaan sel bateri
TOPIK 9 SISTEM DALAM ENJIN
152
9.2.3 Gelung Penyalaan
Kandungan gelung terdiri daripada dua belitan dawai tembaga berpenebat. Arus yang mengalir dalam belitan utama menghasilkan daya magnet. Apabila aliran arus terputus, medan magnet runtuh dan voltan tinggi dalam lingkungan 25000 volt dihantar ke plag pencucuh.
9.2.4 Plag Pencucuh
Fungsi plag pencucuh ialah memercihkan bunga api di antara elektrod tengah dan tepi untuk mencucuh campuran udara dan bahan api yang termampat dalam ruang pembakaran. Lihat Rajah 9.10.
Rajah 9.10: Binaan plag pencucuh
AKTIVITI 9.2
1. Nyatakan perbezaan di antara sistem penyalaan titik sesentuh dan sistem penyalaan elektronik.
2. Apakah fungsi unit kawalan elektronik dalam sistem penyalaanelektronik?
TOPIK 9 SISTEM DALAM ENJIN 153
9.2.5 Sistem Penyalaan Elektronik
Penggunaan sistem penyalaan elektronik telah mengalami perubahan drastik hingga kini. Kebanyakan kenderaan tidak mengguna pengagih lagi. Setiap silinder mempunyai gelung penyalaan sendiri dan titik penyalaan ditentukan oleh isyarat daripada penderia aci engkol dan aci sesendol yang menghantar isyarat kepada unit kawalan elektronik.
9.2.6 Penderia
Penderia mengukur dan menterjemahkan isyarat yang diterima kepada isyarat elektrikal. Isyarat tersebut dihantar kepada unit kawalan elektronik yang akan membanding dengan voltan yang dihantar kepada penderia tersebut. Lihat Rajah 9.11.
Rajah 9.11: Penderia aliran udara
9.2.7 Unit Kawalan Elektronik
Unit kawalan elektronik diprogram mengikut spesifikasi enjin yang berfungsi untuk menerima isyarat daripada penderia, merekod, menganalisis isyarat dan membuat keputusan. Dengan maklumat tersebut unit ini akan mengarahkan penggerak-penggerak yang terdapat dalam enjin.
TOPIK 9 SISTEM DALAM ENJIN
154
SISTEM PENYEJUKAN DAN SISTEM PELINCIRAN
9.3
Enjin pembakaran dalam perlu disejukkan semasa kendalian. Kegagalannya boleh menyebabkan bahagian-bahagiannya terlebur akibat suhu yang tinggi.
9.3.1 Sistem Penyejukan
Terdapat dua jenis sistem penejukan iaitu mengguna udara dan penyejuk. Enjin yang disejukkan oleh udara mempunyai sirip dikeliling silinder enjin dan dibantu oleh penghembus yang mengarahkan udara dikeliling silinder. Jenis kedua mengguna sistem penyejuk bertekanan. Dalam sistem ini penyejuk mengalir di sekeliling silinder dan disejukkan apabila mengalir melalui radiator. Pengaliran penyejuk dibantu oleh pam air. Pam air ini dikendalikan oleh tali sawat yang disambung kepada takal aci engkol. Komponen utama dalam sistem ini adalah radiator, pam air, kipas, thermostat dan paip hos.
9.3.2 Radiator
Air yang melaui selubung air perlu disejukkan sebelum beredar semula. Proses ini disempurnakan dengan mendedahkan penyejuk ke udara melalui permukaan yang luas. Paip dan sirip yang terdapat dalam radiator memudahkan proses pengalihan haba daripada penyejuk ke udara. Lihat Rajah 9.12.
Rajah 9.12: Radiator
TOPIK 9 SISTEM DALAM ENJIN 155
9.3.3 Pam Air
Pam ini yang dilengkapi dengan pendesak bantu mengedarkan penyejuk dalam sistem. Pam air dipasang pada hadapan bungkah enjin dan dipacu oleh tali sawat.
AKTIVITI 9.3
1. Apakah fungsi sirip dalam sistem penyejukan udara?
2. Berdasarkan pemerhatian anda, sebutkan kedudukan pam air dalam enjin kereta.
9.3.4 Pelinciran Enjin
Pengendalian bahagian enjin yang bergerak menyebabkan geseran. Keadaan ini menyebabkan bahgian tersebut haus dengan mudah dan menjadi panas. Maka minyak pelincir perlu digunakan untuk melincir bahagian-bahagian enjin. Pelincir yang diguna dalam enjin kenderaan adalah hasil sampingan semasa memproses minyak mentah petroliam. Selain daripada minyak pelincir gris juga digunakan untuk tujuan melincirkan pergerakan bahagian tertentu. Selain daripada melincirkan bahagian-bahagian, minyak pelincir juga berfungsi sebagai pengadang di antara dinding silinder dan omboh. Ia juga menyejukkan bahagian-bahagian yang bergerak dan bergeser serta mengalirkan kotoran dan serpihan keluar ke takungan minyak. Minyak yang kotor ditapis oleh penapis minyak yang terpasang pada enjin. Minyak pelincir lama ke lamaan akan menjadi kotor dan perlu diganti dengan yang baru. Panduan mengganti minyak pelincir serta penapis terdapat dalam manual kereta. Pelbagai kaedah digunakan untuk melincirkan enjin. Biasanya enjin motosikal silinder tunggal mengguna kaedah menyimbah minyak ke bahagian-bahagian. Ini dilakukan oleh penceduk yang terpasang pada rod penyambung. Sementara enjin berbilang silinder mengguna pam minyak pelincir untuk mengepam minyak daripada takungan kepada bahagian-bahagian enjin. Lihat Rajah 9.13.
TOPIK 9 SISTEM DALAM ENJIN
156
Rajah 9.13: Sistem pelinciran kereta
• Sistem bahan api membekalkan campuran udara dan bahan api dalam kadar
yang berpatutan mengikut keperluan keadaan jalan. • Campuran udara dan bahan api yang dimampat memerlukan percikan
bunga api yang kuat untuk menyempurnakan pembakaran. • Sistem penyalaan elektronik adalah presis dan tepat dalam mengeluarkan
percikan bunga api mengikut kelajuan enjin. • Pembakaran dalam ruang pembakaran enjin mengeluarkan suhu yang tinggi. • Sistem penyejukan memainkan peranan penting untuk mengawal suhu
kendalian enjin di peringkat optimum. • Minyak pelincir harus melakukan pelbagai fungsi untuk mempastikan
kendalian enjin adalah sempurna.
TOPIK 9 SISTEM DALAM ENJIN 157
Karburetor
Pam air
Pam bahan api
Pemancit
Penapis bahan api
Penapis bahan api
Penapis udara
Penderia
Ping pencucuh
Radiator
Tangki bahan api
Abu Bakar Md Jelas, Periasamy, & Md Sukri Yasin. (2005). Automotif Kenderaan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ian Chisholm. (1984). Automotive engine and vehhicle technology. London, England: Mc Graw Hill.
Istillah Kejuruteraan. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
J. A. Dolan. (1977). Motor vehicle technology and practical work. London, Heinamann: Educational Books Ltd.
James E. Duffy. (1986). Modern automotive mechanics. South Holand, Illinois USA: Good heart, Wilcox Company.
Mohd. Bahaman Rajuli. (1989). Teknologi automotif. Petaling Jaya: International Book Service.
P. Martim W. Stockel. Auto mechanics fundamental. South Holland, Illinois, USA: Goodheart, Wilcox Company.
Perodua Service Manual. (1996). Kuala Lumpur: Perodua Sales Sdn. Bhd.
Proton Wira Workshop Manual. (1993). Perusahaan Otomobil Nasional Bhd.
William K. Toboldt, et al., (1989). Automotive encyclopedia: Fundamental principles, operation,construction, service and repair. South Holland, Illinois, USA: Goodheart, Wilcox Company.