[04] kaum ad enggan percayai nabi hud

Upload: adam

Post on 30-May-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 [04] Kaum Ad Enggan Percayai Nabi Hud

    1/2

    Siri 4: Kaum Ad enggan percayai Nabi Hud

    NABI Hud berasal daripada keturunan Abdullah bin Rabah bin al-Khulud bin Ad bin Aus bin Iram,diutuskan kepada kaum Ad, yang tinggal di al-Ahqaf di antara Yaman dan Amman hinggaHadramaut serta As-Syajar.

    Kaum Ad terkenal dengan kesombongan dan mempersekutukan Allah, menyembah berhalaseperti Shada dan Shamud.

    Hud menyeru kaumnya beribadah kepada Allah, meninggalkan semua bentuk penyembahanberhala kerana ia jalan bagi menghindarkan diri daripada azab di akhirat.

    Tetapi kaum Ad beriktikad berhala itu sekutu Allah, malah bagi mereka berhala dapatmemberikan pertolongan. Mereka tidak mahu mengikuti ajaran yang disampaikan, malahmerendahkan dan menghina Hud.

    Ketika menghadapi mereka, Hud memperkenalkan dirinya seorang rasul yang diutuskan Allah.

    Beliau menyatakan dakwahnya itu ikhlas kerana Allah tanpa mempunyai maksud lain.

    Namun, pemimpin kaumnya yang kafir itu berkata: Sesungguhnya kami benar-benarmemandang kamu dalam keadaan kurang akal dan kami menganggap kamu termasuk orangberdusta.

    Hud menjawab: Wahai kaumku, tiada padaku kekurangan akal walau sedikit pun, tetapi aku iniutusan dari Tuhan semesta alam, aku menyampaikan amanah Tuhanku kepadamu dan akuhanya pemberi nasihat kepadamu.

    Kaum Ad yang memang bersikap keras kepala mengajukan banyak soal terhadap Hud. Namun,mereka langsung tidak menerima nasihat dan hujah yang disampaikan Hud.

    Mereka tidak mensyukuri nikmat Allah, malah bertuhankan hawa nafsu. Pemimpin merekakeberatan meninggalkan penyembahan berhala. Kemudian mereka berkata:

    Engkau belum memberi hujah jelas dalam dakwahmu. Kami sama sekali tidak akanmeninggalkan penyembahan kepada tuhan kami, tidak akan membenarkan dan mengikutiseruanmu.

    Seterusnya, kaum Ad berasa bosan dan marah kerana sentiasa berdakwah dan menasihatimereka ke jalan benar. Mereka tidak mahu lagi mendengar nasihat, sebaliknya meneruskanpenyembahan berhala.

    Kemudian Hud berkata: Kamu semua pasti akan ditimpa kemurkaan Allah. Tunggulah bersamaaku datangnya azab Allah yang akan menimpa kamu.

    Lalu mereka menjawab: Apakah kamu datang kepada kami supaya kami hanya menyembahAllah dan meninggalkan apa yang biasa disembah bapa kami? Datangkanlah azab yang kamuancamkan kepada kami jika kamu termasuk orang benar.

    Hud berkata: Sungguh, sudah pasti kamu akan ditimpa azab dan kemarahan dari Tuhanmu.Apakah kamu mahu membantah denganku mengenai nama yang kamu sertakan. Tunggulahazab itu, sungguh aku tidak termasuk orang menunggu bersama kamu.

    Mereka keras kepala dan buta mata hati. Hud menjelaskan tuhan berhala yang disembah mereka

  • 8/14/2019 [04] Kaum Ad Enggan Percayai Nabi Hud

    2/2

    tidak lebih daripada nama kosong dan tiada kekuasaan, hanya patung tidak masuk akal untukdisembah.

    Kesombongan dan kedegilan kaum Ad itu mengundang petanda bala daripada Allah, iaitukemarau yang panjang dengan tiada hujan selama tiga tahun.

    Hud menasihat mereka: Berdoalah kepada Tuhan, mohon ampun daripada dosa, kemudianbertaubatlah pada Tuhan. Jika kamu lakukan, pasti Dia akan menurunkan hujan.

    Selepas dilanda kemarau panjang, Allah menurunkan azab terhadap kaum Ad. Merekadimusnahkan taufan dengan semua bangunan tinggi ranap. Kebun dan haiwan peliharaanmereka berselerak.

    Negeri didiami mereka sebelum ini subur dengan tanaman dan mewah dengan bangunan tinggibertukar wajah sekelip mata menjadi tandus serta kering dan tiada berpenghuni.

    Nabi Hud bersama pengikutnya yang beriman kepada Allah sebelum didatangkan azab ituberhijrah ke Makkah.

    Selepas menetap di sana beberapa lama, beliau meninggal dunia.