hud hud promo

102

Upload: dg-rafidah

Post on 09-Nov-2015

88 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

hud hud by afiq sazlan

TRANSCRIPT

  • www.hamasahassyabab.comLike HAS Publications on Facebook insyaAllah!

  • Dengan namaMu, Tuhan Sekalian alam,ku seru dikau sang Hud Hud.

  • IndeksAl-Fath: Pembukaan dan Perkenalan

    Warkah Pembuka

    Siapa Hud Hud?

    Tarbiah: Kunci Kegemilangan

    Sujud Pembebasan

    PhD Dakwah

    Dakwah: Tuntutan dan Gesaan

    Masa Terus Berlari

    Bina Siapa?

    Hamasah: Bangkit dan Salur

    Hamasah As-Syabab

    Medan Amal

    1

    7

    21

    39

    5

    6

    7

    8

  • Ujian: Ombak dan Taufan

    Keciciran

    Ilmu tanpa Amal

    Thabat: Di Jalan Dakwah Ku Syahid

    Kekeringan Jiwa

    Rugi Tak Bersama

    Penutup: Pesanan dan Seruan

    Warkah Penutup

    1

    2

    3

    4

    5

  • Al-Fath: Pembukaan dan Perkenalan

  • Maka apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang

    bertawakal kepada-Nya.

    Al-Imran ayat 159

  • 1 Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, bacalah.

    Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah SWT atas anugerahNya yang ini iaitu peluang menulis pendahuluan buat buku nukilan saya yang ketiga selepas buku Aku Hamasah As-Syabab dan Bagaimana Mengubah Dunia.

    Saya mula mengukir sejarah dalam penulisan saya sejak pengenalan saya kepada Islam, Alhamdulillah. Bukanlah hendak mengatakan bahwa saya merupakan seorang mualaf (kedua-dua ibu bapa saya adalah orang Islam ya), tetapi saya mula melihat Islam dan seluruh kehidupan saya dengan kaca mata yang berbeza pada 24 Jun 2012 bersamaan pelantikan Presiden Mohamed Morsi di Mesir.

    Tarikh tersebut juga menjadi titik tolak perkenalan antara saya dengan Dakwah dan Tarbiah Alhamdulillah. Suatu perkenalan yang saya begitu syukuri dan doakan ianya akan berkekalan.

    Warkah Pembuka

  • 2 Saya telah bermula dengan penulisan di Facebook dan juga Blogger. Rasa ingin berkongsi membuak-buak dalam dada saya kerna setelah hampir 2 dekad saya bernafas di muka bumi ini, saya akhirnya menemui kemuliaan yang dicari-cari selama ini. Islam meniup nafas yang baru ke dalam jasad saya. Tidak pernah saya rasa lebih hidup berbanding setelah mengenali Islam dengan sebenar-benarnya.

    Dengan izin Allah, penulisan saya telah mencuri perhatian beberapa orang yang saya kasihi kernaNya. Mereka setia mengikuti penulisan dan juga perkembangan diri saya Alhamdulillah. Mereka berterusan memberi galakan serta dorongan kepada saya untuk terus mencorak Dunia ini dengan penulisan saya. Moga Allah senantiasa merahmati dan memberkati serta memberikan mereka ganjaran.

    Buku pertama saya, Aku Hamasah As-Syabab merupakan manifestasi penghargaan saya buat insan-insan yang membaca dan mencari manfaat daripada penulisan saya di Facebook dan Blogger.

    Keazaman untuk menerbitkan buku tersebut memuncak tika seseorang memberitahu bahwa beliau telah mencetak beberapa isi penulisan saya dan menampalnya di dinding biliknya.

    Pada ketika itu, saya merasakan perlunya penulisan-penulisan ini dicetak agar ia berkekalan dan mampu memberi manfaat yang jauh lebih besar kepada Ummah.

    Alhamdulillah, genap setahun sudah usia saya sejak cetakan pertama buku Aku Hamasah As-Syabab. Syukur pada Allah buat se-gala-galannya. Alhamdulillah.

  • 3Setahun tanpa Buku

    Hati yang berbolak-balik telah menghalang diri saya daripada menulis buku yang kedua, Bagaimana Mengubah Dunia. Saya tiada alasan untuk diberikan kepada Ummah. Saya kehilangan kata-kata buat berbulan lamanya. Ia meruntun jiwa.

    Walau bagaimanapun, seorang pelayar dituntut untuk terus berjuangan biarpun dia keseorangan di tengah lautan yang bergelora. Ombak menghempas ganas. Kilat sabung-menyabung. Hanya Allah yang akan menyelamatkannya. Pergantungan seorang manusia hanya layak disandarkan kepadaNya, Pencipta Segala-galanya.

    Bumi berputar mengikut susunanNya. Sedang di sebelah timur bercahaya, mereka di sebelah barat berselimutkan kegelapan. Ombak ada masanya meninggi garang, ada masanya pula menghempas tubuh lautan.

    Begitu juga perihalnya Mencari Hud Hud yang Kini. Ia tiba tatkala Bagaimana Mengubah Dunia menyorok di sebalik kerak otak. Ia membawanya bersama obor harapan dan tiupan semangat. Saya mengambil keputusan untuk menulis buku Mencari Hud Hud yang Kini biarpun ia sebenarnya merupakan buku ketiga.

    Selepas Tahun tanpa Buku berakhir, saya belajar sesuatu yang sangat penting Alhamdulillah. Saya mengenali apa ertinya bergerak tanpa ilmu yang mencukupi. Bayangkanlah. Seorang penulis ber-cita-cita menulis kalam yang menerangi Dunia dalam keadaan diri dia sendiri berada di dalam kegelapan.

  • 4 Aku belum cukup bersedia. Aku perlukan ilmu lagi.

    Itulah kalimat yang menjadi pendorong bagi saya menyiapkan buku yang ketiga saya terlebih dahulu. Saya mendoakan dengannya, saya akan memperoleh perkara-perkara berikut:

    1) Mendalami risalah kebenaran ini. 2) Menghayati perit jerih perjuangan. 3) Membekali diri dengan ilmu. 4) Mematangkan pemikiran.

    Amatlah saya mengharapkan Bagaimana Mengubah Dunia benar-benar sehebat dan sekukuh tajuknya.

    Apakah Ia Berhasil?

    Alhamdulillah, setahun merupakan suatu jangka masa yang panjang untuk seseorang menuntut ilmu dan mematangkan diri. Ianya cukup untuk seseorang melalui dan merasai pelbagai jenis usaha dan gerak kerja dakwah.

    Buku Mencari Hud Hud yang Kini tidak dimulakan dengan set pemikiran Buku ini aku buat biasa-biasa sahaja. Sekadar mengisi kelapangan sebelum menerbitkan buku kedua.

    Sama seperti buku-buku sebelum ini, Alhamdulillah saya ada matlamat yang ingin dicapai. Buku ini ditulis dengan cita-cita ingin menghembus semangat dan ruh ke dalam para sahabat seperjuangan yang saya cintai kernaNya.

  • 5 Sekali lagi, malah saya yakin bahwa hingga ke kalimat terakhir nukilan saya, saya melalui detik-detik yang sukar dan sempit. Berulang kali saya temui dinding yang tinggi atau lebih dikenali ramai sebagai writers block.

    Alhamdulillah, dinding tersebut berjaya dipanjat sedikit demi sedikit dengan izinNya. Ilmu-ilmu yang dituntut menjadi batu-bata yang mengangkat diri ke langit. Nasihat para Daie menjadi tali-tali yang menarik diri ke atas. Segalanya adalah dengan izin Allah.

    Menjadi lumrah seorang manusia ingin memberikan yang terbaik buat mereka yang dicintaiNya. Atas asbab inilah, saya padam dan ubah manuskrip buku ini pada setiap peluang ada. Hinggalah akhirnya Allah menetapkan hati saya bahwa buku ini sudah siap.

    Persoalannya, apakah berhasil usaha mendahulukan buku ini sebelum Bagaimana Mengubah Dunia? Apakah tercapai matlamat yang saya letakkan ke atasnya?

    Cukuplah Allah bagiku; kepada-Nyalah hendaknyaberserah orang yang mahu berserah diri.

    Az-Zumar ayat 38

  • ... Kita akan menyaksikan al-Quran hidup dan memberi pengaruh dalam kehidupan generasi pertama umat Islam

    dan ia pun akan mampu untuk memberipengaruh dalam kehidupan kita.

    Kita akan merasa bahwa ia bersama kita hari ini, juga esok hari.

    Dan kita juga akan tahu bahwa ia bukan hanya bacaan-bacaan yang dibaca secara tartil tanpa makna

    serta jauh dari realita kita yang tengah kita hadapi;

    bukan juga sebuah penggalan sejarah yang telah berlalu, selesai serta terhenti pengaruh dan

    interaksinya dengan kehidupan manusia.

    Syed Qutb, Fikih Pergerakan: Aku Wariskan Untuk Kalian

  • 7Siapa Hud Hud?

    Nama Hud Hud menerjah ke dalam kehidupan saya dalam salah satu liqa usrah saya Alhamdulillah. Kami telah mentadabbur ayat 20 hingga 28 surah An-Naml, potongan surah yang menceritakan perihal Nabi Sulaiman dan Hud Hud serta Balqis;

    Dan Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung lalu berkata: Mengapa aku tidak melihat burung belatuk, adakah ia dari

    mereka yang tidak hadir?

    Niscaya Aku akan menyeksanya dengan seksa yang berat, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku

    alasan yang terang nyata.

    Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya, lalu berkata: Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak

    cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya.

  • 8Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka, dan ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari

    tiap-tiap sesuatu dan ia pula mempunyai singgahsana yang besar.

    Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan

    memperelokkan oleh syaitan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar);

    oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk.

    (Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud kepada Allah yang Mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan

    di bumi, dan yang Mengetahui apa yang kamu dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan.

    Allah! Tiada Tuhan melainkan Dia,

    Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar.

    Sulaiman berkata: Kami akan fikirkan dengan sehalus-halusnya, adakah benar apa yang engkau kata, ataupun

    engkau dari golongan yang berdusta.

    Pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka; dalam pada itu

    perhatikanlah apa tindak balas mereka.

    An-Naml ayat 20 hingga 28

  • 9 Nah, rasakanlah getaran jiwa yang luar biasa! Hati saya kagum dengan Hud Hud pada perkenalan pertama kami Alhamdulilah. Kisah ini membuatkan saya terus bertanya pada diri, Apakah wujud tentera sebegini rupa pada zaman ini? Kerna jika ya, maka sudah pasti gerak kerja dakwahnya sangat hebat!

    Syed Qutb dalam tafsir Fil Zilal juga menyatakan sifat Hud Hud yang luar biasa;

    Kita mendapati diri kita sedang berhadapan dengan Hud Hud yang luar biasa. Sesungguhnya ia nyata memiliki pemahaman, kecerdasan, keimanan, keindahan tutur kata dan juga susunan kalimat dalam dalam melaporkan suatu perisitwa, daya respons yang sensitif dalam sikapnya dan isyarat yang sangat tajam.

    Hud Hud betul-betul mengetahui bahwa wanita itu adalah Ratu Kerajaan Saba dan pengikut-pengikutnya adalah rakyatnya. Ia mengetahui bahwa mereka semua menyembah dan bersujud kepada matahari dan tidak menyembah Allah. Ia mengetahui bahwa sujud itu hanya layak dilakukan kepada,

    ... Allah yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan

    dan apa yang kamu nyatakan.

    ... Dia Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar..

    Burung Hud Hud biasa tidak mungkin mengetahui perkara ini dan tidak memiliki kemampuan seperti itu. Burung Hud Hud itu

  • 10

    adalah burung Hud Hud yang khusus dianugerahkan kemampuan ini sebagai salah satu bentuk mukjizat yang luar biasa.

    Sifat Hud Hud

    Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya kagum dengan Hud Hud kerna beberapa sifatnya yang saya kira sangat perlu ada pada para Daie. Sifat-sifatnya sekiranya ditanam ke dalam kita, insyaAllah akan menjadikan kita seorang tentera Allah yang lebih hebat.

    1) Memahami tanggungjawab dakwah

    Betapa ramai manusia yang melupakan sama sekali tujuan mereka dicipta. Mereka bersikap angkuh dan enggan bertanya akan mengapa mereka dicipta. Mereka memilih untuk tidak memikirkan perkara ini lantas menyangka mereka akan berjaya melepaskan diri daripada tanggungjawab yang digalas ke atas bahu mereka pada saat mereka dicipta. Ternyata mereka silap.

    Dan mereka menjerit di dalam Neraka itu:

    Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami! Kami akan kerjakan amal yang soleh;

    lain dari yang kami kerjakan.

    Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat?

    Dan kamu pula telah didatangi seorang pemberi amaran.

  • 11

    Oleh itu, rasalah azab seksa, kerana orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat memberikan pertolongan.

    Al-Fatiir ayat 37

    Manusia diciptaNya untuk memenuhi dua matlamat yang nyata. Tiada kompromi mahupun pengecualian dalam perihal ini. Maka, kesedaran terhadap perkara ini adalah wajib bagi mana-mana manusia yang inginkan redhaNya.

    Tujuan penciptaan manusia ada dua iaitu:

    Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah-Ku.

    Adz-Dzaariyat ayat 56

    Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.

    Al-Baqarah ayat 30

    Dalam buku Asas-asas Berdakwah ke Jalan Allah karya Dr. Hamman Said bahagian pertama iaitu Dakwah kepada Allah SWT adalah Jalan Keselamatan di Dunia dan Akhirat telah dinyatakan:

    Berdakwah kepada Allah SWT adalah cara yang paling utama untuk kita menzahirkan pengagungan kita pada Allah SWT.

  • 12

    Oleh kerana itulah, saya merasa begitu dekat dengan ciri yang pertama ini. Hud Hud secara jelas menonjolkan kefahamannya akan tanggungjawab dakwah dan meletakkannya sebagai terutama dalam gerak kerjanya melalui bicaranya.

    Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan

    memperelokkan oleh syaitan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar);

    oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk.

    (Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud kepada Allah yang Mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan

    di bumi, dan yang Mengetahui apa yang kamu dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan.

    Allah! Tiada Tuhan melainkan Dia,

    Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar.

    Fokus laporan Hud Hud kepada Nabi Sulaiman a.s. adalah perbuatan Balqis dan kaumnya menyembah selain Allah SWT. Ianya adalah berkenaan dakwah. Bicaranya menyuarakan pemikirannya.

    Dan sebegitulah seharusnya kita para pendakwah juga.

    2) Meyakini Kemampuan Diri

    Ini merupakan sifat kedua Hud Hud yang saya kagumi. Ia memberi saya inspirasi melalui keyakinan dirinya.

  • 13

    Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya.

    Bila saya membaca kata-kata Hud Hud ini, saya terkejut. Dia boleh berkata-kata macam ini kepada Nabi Sulaiman a.s., raja yang memiliki bala tentera terdiri daripada jin, manusia dan burung?

    Dan dihimpunkan bagi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta

    diatur keadaandan perjalanan masing-masing.

    An-Naml ayat 17

    Pasti hanya mereka yang begitu meyakini kebenaran yang dibawa serta kemampuan dirinya akan berani berbuat sedemikian!

    Seorang Daie perlu memiliki keyakinan yang tinggi agar tidak terbatas kepada memerlukan perintah dan tunjuk ajar murabbi atau pimpinan dalam setiap perkara. Hasilnya adalah sebuah gerak kerja yang dinamik dan fleksibel serta efisyen.

    3) Teliti dan terurus

    Hud Hud juga mendemonstrasi ketelitiannya dalam bertugas. Ia hadir di hadapan Nabi Sulaiman a.s. dalam keadaan ia telah pun memastikan kebenaran berita yang dibawanya. Ia telah mengkaji dan meneroka secara menyeluruh situasi Balqis dan kaumnya di negeri Saba.

  • 14

    ... dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya.

    Alangkah besar tuntutan ke atas para Daie untuk teliti dalam pelaksanaan amanahnya. Seorang Daie perlu memastikan tugas-tugas yang dibebankan ke atas bahunya dikerjakan dengan tersusun dan menggunakan kaedah-kaedah yang berkesan.

    Bagi mencapai matlamat kita iaitu menegakkan Islam agama yang diredhaNya,di seluruh muka Bumi, Daie tidak boleh melepaskan diri daripada kecemerlangan dan kegemilangan.

    Fathi Yakan menyatakan keperluan Daie yang berkebolehan dalam karyanya Istiab: Meningkatkan Kapasiti Rekrutmen Dakwah pada bab Istiab dalam Dakwah dan Daie:

    Tidak dinafikan bahwa para Daie seperti manusia yang lain, memiliki tahap kemampuan yang berbeza dalam istiab. Walau bagaimanapun, seorang Daie tetap dituntut untuk memiliki tahap minima kemampuan istiab. Hal ini adalah kerna tanpa kemampuan ini, dia tidak akan boleh menjadi Daie dan aktivitis di medan dakwah.

    Jika kayu ukur minimal dalam istiab tidak dapat dipenuhi, maka seorang Daie itu bukan sekadar tidak produktif dan tidak men-datangkan manfaat, bahkan ia menjadi penghalang proses produksi dan juga penyumbang kemudharatan kepada Islam dan pergerakan Islam.

    Sudah berapa banyak manusia yang dianggap sebagai Daie atau aktivis di medan dakwah, tetapi sebenarnya memudharatkan dan

  • 15

    tidak memberi manfaat. Mereka membinasa dan bukan membina. Akhirnya, mereka ini dijadikan bukti bagi pihak musuh Islam dalam memburuk-burukkan dakwah.

    Berapa banyak orang yang hidup dalam kefahaman terhadap dakwah dan memahami prinsip-prinsipnya tetapi enggan menyebar kefahaman itu walau hanya selangkah di luar lingkungannya.

    Namun demikian, masih ada Daie lain yang hidup di dalam dakwah dan hidup demi dakwah. Mereka inilah Daie yang diperlukan Islam untuk menegakkan panji-panji dan membangun negerinya.

    Jelaslah bahwa kita perlu memiliki, mencungkil dan juga mengasah kebolehan kita untuk dimanfaatkan di jalan dakwah. Moga dengan usaha kita, kita tergolong dalam Daie yang diperlukan Islam untuk menegakkan panji-panji dan membangun negerinya.

    4) Menyedari Urgency of Dakwah

    Hud Hud tidak menunggu arahan Nabi Sulaiman a.s. untuk bertindak. Berbekalkan kefahamannya, ia terus menuju ke kawasan yang memerlukan sinar hidayah menerangi. Ia memahami bahwa ada gesaan untuk bergegas dalam berdakwah, sepertimana yang difahami pemuda ini:

    ... datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:

  • 16

    Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu.

    Turutlah orang-orang yang tidak meminta kepada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang

    yang mendapat hidayah petunjuk.

    Yasin ayat 20 & 21

    Bagaimana pula dengan kita? Apakah kita jua merasai hati yang memberontak hendak keluar menyantuni madu? Apakah kita memiliki keinginan yang membuak-buak ingin berkongsi dengan Ummah petunjuk yang kita peroleh?

    Kita para Daie perlu meyakini adanya urgency of dakwah dan seterusnya meyakini bahwa kita wajib memperkasa diri dengan bersungguh-sungguh demi melaksanakan cita-cita dakwah ini.

    Sesuatu perkara yang tidak dapat disempurnakan sesuatu yang wajib melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib.

    Sesungguhnya, kita ingin sekali diampunkan dan dimuliakan Allah. Malah, kita ingin umat manusia jua merasainya bersama. Pasti kita ingin masuk Syurga bersama-sama, bukan?

    Ia berkata: Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui. Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku,

    serta dijadikan-Nya daku dari orang-orang yang dimuliakan!

    Yasin ayat 27

  • 17

    Harapan Penulis

    Kemenangan adalah bagi orang yang bertaqwa.

    Sesungguhnya orang yang bertaqwa, disediakan syurga tempat mereka beroleh apa yang diingini.

    (Mereka akan beroleh) taman-taman bungadan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur.

    Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya. Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman.

    Mereka tidak mendengar di dalam syurga ituperkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta.

    Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup.

    An-Naba ayat 31-37

    Moga menang.

  • Tarbiah: Kunci Kegemilangan

  • Tarbiah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiah.

    Sheikh Mustafa Masyur

  • 21

    Alhamdulillah, pada ketika ini kita dipisahkan antara satu sama lain beribu batu jauhnya. Saya sedang berada di udara, disajikan pemandangan lautan dan awan-awan yang begitu indah sekali. Sinar cahya mentari yang serba oren dan sarat dengan vitamin D menerangi ruangan kapal terbang yang dinaiki ini. Penerbangan kali ini adalah bagi memenuhi tuntutan dakwah di Sarawak Alhamdulillah.

    Perjalanan ini membuatkan saya teringat akan pegangan saya semenjak mengenali tarbiyyah: tiada tempat yang terlalu jauh atau mustahil untuk dijejaki demi madu yang dicintai kernaNya.

    Tiada sekilometer per segi muka bumi ini yang tidak sanggup diredahi demi menyantuni madu yang menanti sentuhan al-akh yang berjuang kernaNya. Tarbiyyah benar-benar telah mengubah cara saya memandang diri saya sendiri, malah Dunia ini keseluruhannya.

    Lihatlah sahaja halaqah kita, baik anda mahupun saya yang punya. Ada yang perjalanan mingguannya Melaka-Selangor. Ada pula

    Sujud Pembebasan

  • 22

    yang berulang-alik antara Kuala Selangor dan Serdang. Perjalanan jauh diredah sabar.

    Di antara kita juga ada yang menyelitkan kerja-kerja dakwah dalam jadual yang padat. Masih berpakaian kemeja yang berpeluh, mereka bergegas ke lokasi halaqah petang itu. Kesesakan lalu lintas mengajar mereka erti payah.

    Ada pula ikhwah yang banyak merantau atas urusan dakwah. Lokasi jasadnya cepat berubah. Teman-temannya bersilih ganti. Siang dan malam keduanya medan amal yang sama sahaja baginya.

    Kebebasan yang Dibenci

    Sememangnya semua ikhwah memiliki alasan yang cukup kukuh untuk lari daripada beban dakwah ini. Bebas daripada beban yang selama ini menghalang kita daripada bebas mengaut kemewahan Dunia yang fana.

    Tanpa dakwah, kita akan bebas untuk berfoya-foya dengan masa dan harta yang dimiliki. Kita boleh bertungkus-lumus dalam mengaut kekayaan. Malah, kita akhirnya akan memiliki masa untuk dihabiskan bersama keluarga tercinta!

    Erti kata lain, kita boleh jadi manusia biasa.

    Namun begitu, bukan itu yang kita mahu. Bukan kebebasan sebegitu yang kita cari. Kebebasan itu bersifat sementara dan akan meninggalkan kita jua pada Hari Perhitungan kelak.

  • 23

    Mereka menjawab: Wahai Tuhan kami, kami telah dikalahkan oleh sebab-sebab kecelakaan kami, dan dengan itu

    menjadilah kami kaum yang sesat.

    Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini; kalau kami kembali lagi mengerjakan kufur, maka sesungguhnya kami orang yang zalim.

    Allah berfirman: Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam neraka, dan janganlah kamu berkata-kata

    memohon sesuatupun kepada-Ku!

    Al-Muminun ayat 106-108

    Tiada peluang kedua buat kita. Kita tidak akan kembali ke Dunia untuk kehidupan yang baru. Tidak sama sekali.

    Dan berilah amaran kepada manusia akan hari Kiamat yang mereka didatangi azab, maka orang yang zalim

    akan merayu dengan berkata:

    Wahai Tuhan kami, beri tempohlah kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruan-Mu,

    dan mengikuti Rasul-rasul itu.

    Dikatakan kepada mereka: Tidakkah kamu telah bersumpah dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?

    Ibrahim ayat 44

  • 24

    Kita tidak ingin menggumam kesal kelak.

    Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata: Alangkah baiknya kalau kami dahulu

    taat kepada Allah serta Rasul Allah!

    Al-Ahzab ayat 66

    Atau merayu hina.

    Sekiranya engkau melihat ketika orang yang berdosa itu menundukkan kepala di hadapan Tuhan mereka sambil berkata:

    Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia agar kami mengerjakan amal saleh,

    sesungguhnya kami sekarang telah yakin dan beriman.

    As-Sajdah ayat 12

    Dengan izinNya, jelas bahwa kebebasan di mana kemewahan dan kesenangan Dunia dikaut sepenuh hati hanya membaca bencana kepada kita. Oleh itu, amat penting bagi kita mencari erti kebebasan yang sebenar. Kita hanya ada satu peluang. Hanya satu.

    Pembebasan yang Sebenar-Benarnya

    Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kita ucapkan atas nikmat kurniaanNya. Sesungguhnya Islam telah membebaskan kitadengansebenar-benarnya!

  • 25

    Dengan Islam, kita menjadi mulia dan tidak sesekali kita merasa hina kepada mana-mana hambaNya. Kita hanya mengenal satu Tuhan dan Dia adalah Raja Sekalian Alam. Hanya kepadaNya kita tunduk, dan hanya kepadaNya jualah kita memohon pertolongan.

    Selain itu, dengan Islam, kita manfaatkan Dunia sebagai ladang meraih redhaNya. Kita kerah segala kudrat dan kreativiti kita demi melaksanakan amanah yang kita tanggung. Segalanya adalah kerna dengan Islam, kita kenal Dakwah dan Tarbiah. Nikmat terbesar dalam kehidupan kita.

    Kita tidak lagi terikat kepada mana-mana jahiliah yang hanya membinasakan kita di Dunia dan Akhirat. Kita tidak lagi tunduk dan akur kepada mana-mana penguasa mahupun konspirasi yang tujuan mereka hanya untuk menindas dan berlaku zalim.

    Kita bebas, wahai anda.

    Kita bebas!

    Bilal yang Tinggi

    Lihatlah Bilal bin Rabah r.a. Sebelum Islam hadir, beliau tidak dipandang dan dilayan dengan mulia. Pada masyarakat di sekeliling, beliau hanyalah seorang hamba. Segalanya berubah dengan Islam.

    Islam menyinari kehidupan para hamba di Mekah sekaligus menyebabkan maruah mereka bersinar keluar daripada susuk tubuh mereka. Berdirilah Bilal bin Rabah selaku seorang hamba kepadaNya

  • 26

    yang memiliki jati diri yang utuh.

    Bilal bin Rabah r.a. masih kekal sebagai hamba, tetapi jiwa dan hatinya telah terbang tinggi melangit sama sekali. Seksaan tuan beliau dihadapi sebagai hamba Tuhan Yang Maha Berkuasa. Ia tidak berganjak daripada akidah pegangannya. Ini selari dengan statusnya sebagai seorang yang merdeka jiwanya.

    Atas keteguhan pegangannya kepada Islam, Bilal r.a. telah mendapat tempat yang istimewa dalam kaum Muslimin. Allah telah memuliakan nama Bilal beratus-ratus tahun selepas kematiannya. Hingga kini!

    Walau di mana sahaja anda berada, anda boleh bertanya pada kanak-kanak di sana, siapakah Bilal?

    InsyaAllah anda akan menerima jawapan yang sama:

    Bilal adalah seorang muazzin yang pernah diseksa dengan batu besar di tengah panas terik agar ia meninggalkan Islam tetapi ia telah berpegang teguh pada agamanya dan seterusnya diberi ganjaran yang lumayan olehNya di Dunia dan di Akhirat.

    Ataupun anda akan dijawab dengan kenyataan bahwa Bilal adalah muazzin di masjid kampung halamannya. Alangkah beruntung beliau kerna muazzin merata Dunia diberi gelaran sebagai bilal.

    Kemuliaan Bilal terserlah dalam peristiwa pembukaan Kota Mekah. Rasulullah SAW telah menyuruhBilal naik ke bahagian atas

  • 27

    masjid untuk mengumandangkan azan. Penduduk kota Mekah pasti terkejut melihat insan yang sebelum ini mereka perlekeh kerna status hambanya, kini adalah insan yang dimuliakan!

    Betapa Islam telah membebaskannya!

    Abu Dzar yang Mulia

    Kita lihat pula kisah yang lagi satu, iaitu kisah insan hebat yang bernama Abu Dzar al-Ghifari. Beliau datang dari suku Ghifar. Suku Ghifar adalah perompak yang sangat kejam hinggakan mereka hanya dikenali sebagai perompak. Rombongan pedagang yang berada di kawasan Ghiffar pasti dikerjakan.

    Abu Dzar telah melalukan sesuatu yang menakjubkan pada ketika Islam baru sahaja mula berputik. Beliau bertemu dengan Nabi Muhammad SAW dan menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam. Dengan perbuatannya itu, maka bermulalah bibit-bibit Islam meresap ke dalam suku Ghifar.

    Pada suatu hari di Madinah, kelihatan satu barisan panjang sekumpulan manusia sedang menghampiri kota Madinah. Langkah rombongan itu mengepulkan debu yang banyak. Sekiranya bukan kerana takbir mereka yang bergema, pasti mereka disangka pasukan musuh yang datang menyerang Madinah.

    Rombongan tersebut telah memasuki kotalantas menuju ke arah Masjid Nabawi dan kediaman Rasulullah SAW. Rombongan tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah kabilah Ghifar dan Aslam.

  • 28

    Lelaki dan perempuan, anak-anak dan orang tua.Abu Dzar memimpin mereka Kesemua daripada mereka sudah pun memeluk Islam. Kaum yang selama ini dikenali sebagai perompak yang ditakuti, kini akan dikenali sebagai kaum pendukung kebenaran.

    Ternyatalah Islam itu sifatnya membebaskan penganutnya daripada seburuk-buruk kejahilan dan memaksimakan potensi diri dalam memperjuang kemuliaan diri dan kebenaran.

    Islam Pembebas Belenggu

    Nah! Bukankah inisesuatu yang luar biasa?

    Dalam keadaan Dunia menyesakkan jiwa, Islam hadir dengan harapan. Islam mengembalikan kemuliaan dan kesucian kepada umat manusia. Tiada lagi manusia yang dipandang hina atau diperlekeh.

    Seorang hamba menjadi seorang Bilal yang diingati zaman akan datang? Suku perompak akhirnya menjadi pendukung al-Haq? Siapa sangka?

    Amatlah rugi sekiranya kita sekadar melihat kisah-kisah luar biasa ini dengan lagak seorang anak mendengar kisah sebelum tidur daripada sang bapa.

    Amatlah rugi sekiranya catatan-catatan sejarah ini sekadar menjadi halwa telinga kita yang kemudiannya dilupakan sebelum dibangkitkan semula tatkala kita semakin mendekati Maulidur Rasul. Amat rugi sama sekali!

  • 29

    Seharusnya tauladan-tauladan ini menggoncang hati dan jiwa kita hingga semangat kita melonjak-lonjak keluar daripada tubuh kita. Seharusnya mereka yang terdahulu ini menjadi guru dan contoh yang kita perlu pelajari daripada dan juga teladani.

    Bukankah mereka juga manusia sepertimana kita? Bukankah mereka juga memeluk agama yang sama? Bukankah al-Quran yang mereka imani adalah sama?

    Maka, ianya tidak mustahil!

    Kita sebenarnya mampu melakukan perkara-perkara yang luar biasa. Bukanlah sepertimana yang anda lihat dalam filem-filem superhero seperti Superman dan Spiderman yang bersifat mampu terbang ke hulu hilir, menembak sarang labah-labah dan bergayut dari bangunan ke bangunan.

    Sebaliknya, kita semua mampu menjadi superhero yang benar-benar teruji keikhlasannya dalam berjuang. Superhero yang sekiranya diceritakan kisah kita kepada masyarakat, pastinya mereka akan terlopong dan bertanya,

    Benar-benar wujudkah manusia sebegini rupa?

    Superhero Benar-benar Wujud!

    Pernahkah anda mendengar kisah seorang doktor yang tiba di hospital tempat ia bekerja seawal 5 pagi setiap hari? Atas tujuan apa ia ke sana begitu awal?

  • 30

    Ianya adalah supaya beliau mampu mengejutkan kesemua pesakit tercinta untuk solat Subuh pada hari tersebut. Menakjubkan bukan?

    Realitinya menjadi jauh lebih luar biasa kerna perjalanan dari rumah doktor tersebut memakan masa lebih kurang 1 jam. Setiap hari, beliau bertolak seawal 4 pagi. Maka, beliau bangkit daripada tilam yang empuk seawal 3 pagi bagi melaksanakan ibadah malamnya dan juga bersiap untuk kerja.

    Sekiranya masyarakat mendengar kisah ini, pasti hati mereka terdetik, Bagaimana mungkin insan sebegini mulia wujud?

    Formula melahirkan manusia sebegitu rupa adalah formula yang sama sepertimana yang telah digunakan untuk melahirkan Abu Dzar al-Ghiffari! Abu Dzar tidak akan mampu membawa kaumnya memeluk Islam melainkan dengan usaha yang gigih dan penuh sabar.

    Begitu juga dengan kita. Tangga menuju kejayaan dipenuhi dengan tuntutan pengorbanan. Kita tidak boleh culas ataupun bersikap sambil lewa dalam bekerja demi Ummah. Kita perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi menyampaikan cahaya Islam dalam setiap rumah di Dunia ini.

    Pernahkah anda cuba atau terasa ingin membawa sahabat anda ke arah Islam? Satu-satunya cara untuk berjaya mendekatkannya kepada Islam adalah melalui usaha dan pengorbanan anda? Itu baru seorang. Bayangkan pula jasa Abu Dzar yang berjaya mengislamkan seluruh kaumnya yang jauh lebih ganas dari sahabat anda itu!

  • 31

    Bagi saya, Abu Dzar dan doktor tersebut adalah superhero yang benar-benar wujud, subhanAllah! Apakah formula yang mampu menghasilkan susuk-susuk tubuh sebegini rupa?

    Formula ini tidak khusus untuk mereka yang hidup pada zaman Rasulullah SAW, tetapi ia terus berkesan walau ratusan tahun telah pun berlalu.

    Jawapannya adalah TARBIAH.

    Tarbiah Membebaskan Kita

    Tarbiah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiah.

    Almarhum Sheikh Mustafa Masyhur

    Benarlah kata Sheikh. Segalanya bermula dengan tarbiah. Malah kebersamaan kita berdua di jalan dakwah ini setelah sekian lama juga adalah kerna sentuhan tarbiah. Boleh jadi juga satu-satunya sebab anda sedang membaca nukilan ini adalah kernanya.

    Tarbiah mengajar kita untuk memaksimakan potensi diri kita untuk dimanfaatkan di jalan dakwah. Kita berterusan memperbaiki diri dan menuntut ilmu serta menguasai kemahiran baru supaya kita berada di barisan terkehadapan dalam apa jua bidang.

    Tidak. Kita tidak akan sesekali memilih kemunduran dalam apa jua aspek kerna ini bertentangan dalam ajaran kita. Imam Hassan

  • 32

    al-Banna mengulas perihal ini dalam risalahnya, Wahai Pemuda:

    Sebenarnya, angkatan Islam mengisytiharkan saban waktu bahawa seorang muslim itu mesti menjadi pemimpin dalam segenap perkara. Mereka tidak berpuas hati selagi tidak dapat memimpin, bekerja, dan berjuang serta mendahului orang lain dalam segenap urusan, baik dalam bidang ilmu pengetahuan, kekuatan, kesihatan, dan juga kekayaan. Perlu disebut bahawa apa sahaja jenis kemunduran dalam sesuatu bidang adalah merosakkan fikrah perjuangan kita dan juga menyalahi pula ajaran ugama kita.

    Jelas, tepat dan padu. Lenyaplah sudah segala alasan untuk bersikap ala kadar dalam perjuangan di medan amal masing-masing. Imam Hassan al-Banna telah menyambung,

    Walau bagaimanapun, kita menolak sepenuhnya fahaman kebendaan (materialisma) yang menimpa umat manusia. Fahaman itu membawa mereka ke arah hidup untuk diri sendiri (individualistik) dan mendorong mereka mengguna segala kemudahan semula jadi, masa dan tenaga ke arah kehebatan diri sendiri semata-mata.

    Hal ini adalah kerana mereka itu tidak akan bekerja untuk faedah orang lain walau sekecil-kecil khidmat sekalipun malah ia tidak akan mengambil tahu walau sedikit pun dari hal umatnya. Sedangkan Nabi saw telah bersabda: Sesiapa yang tidak menghiraukan urusan umat Islam maka dia bukanlah daripada mereka.

    Kita boleh simpulkan bahwa tujuan mengejar kecemerlangan dalam urusan Dunia adalah bagi memberi manfaat kepada Ummah.

  • 33

    Fahaman individualistik dan materialistik kita tolak tanpa sebarang kompromi. Pada masa yang sama, kita juga menolak fahaman Islam melarang kemajuan dan kecemerlangan. Sesungguhnya semangat dan keinginan yang kuat untuk menjadi yang terbaik adalah aset penting dalam memastikan gerak kerja dakwah kita efektif dan menyeluruh.

    Perihal memaksimakan potensi diri dalam berdakwah juga disebut dalam buku Asas-asas Berdakwah karya Dr. Hamman Said bab Asas ke-4: Seorang Daie Berkewajipan Mencapai Tahap Muballigh (Penyampai Risalah) dan Berusaha untuk Menyentuh Setiap Qalbu dalam penyampaian Dakwah.

    Bagi memastikan seorang Daie mencapai tahap al-Balaagh, maka Daie tersebut hendak menggunakan wasilah-wasilah (kaedah) yang dapat menyingkap mesej yang ingin disampaikan agar proses dakwahnya berlaku dengan pantas.

    Para Daie hendaklah berbicara kepada manusia berbekalkan bantuan gambar, filem, peta, peta minda, ilustrasi, pengembaraan yang bermotif, cerita-cerita, analogi-analogi, puisi serta mengenai makhluk-makhluk Allah SWT dan keajaiban ciptaannya.

    Kebebasan yang kita peroleh melalui tarbiah adalah istimewa. Ia bukanlah kebebasan yang remeh atau membinasakan. Sebaliknya, kebebasan yang dimaksudkan adalah kebebasan daripada belenggu kehinaan menuju kemuliaan dan juga perhambaan terhadap manusia kepada perhambaan hanya pada Allah yang Maha Esa.

    Kita dituntut menjadi hebat agar kebebasan itu milik Ummah.

  • 34

    Segala ilmu dan kemahiran yang melajukan gerak kerja dakwah ini perlu kita mahiri. Manakala sikap-sikap dan tabiat yang melambatkan proses penyampaian risalah kebenaran pula perlu dikikis dan dinyah hingga ke sisa-sisa yang terakhir.

    Tugas Kita Duat

    Tarbiah adalah jalan yang jelas hala tujunya dalam melahirkan individu-individu yang bersiap sedia berjuang dan berkorban dengan jiwa dan harta mereka. Ia mencungkil dan menjadikan kebolehan mereka bercahaya lebih terang dari sinar matahari yang menarik umat manusia daripada kegelapan menuju keindahan Syurga.

    Tiada ruangan yang membenarkan para Daie lari mahupun menolak kewajipan memanfaatkan kemahiran dan bakatnya di jalan dakwah. Setiap Daie wajib memiliki kemampuan mempengaruhi mereka di sekeliling atau ia hanya tertipu dengan amalnya yang tidak memberi faedah baik kepada diri mahupun masyarakat.

    Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna Daie itu perlu memperoleh hasil daripada usaha dakwahnya. Akhirnya, hidayah itu tetap adalah urusan Allah SWT sepertimana firmanNya,

    Sesungguhnya kamu tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada

    sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat petunjuk.

    Al-Qasas ayat 56

  • 35

    Jadilah seperti Hud Hud yang berani dan bersemangat dalam mengajak hamba-hamba Allah tunduk hanya kepadaNya. Ia berusaha dan menyerahkan hasilnya kepada Allah. Kita sudah tahu hasil usaha Hud Hud.

    Langkah pertama menuju kejayaan adalah merasa yakin akan kemuliaan dan keistimewaan kita selaku individu yang dipilih Allah SWT. Kita perlu merasa tinggi dalam apa jua keadaan dan kita tidak boleh sama sekali merasa diabaikanNya.

    Hanya mereka yang meyakini bahwa mereka adalah khalifah yang dilahirkan di muka Bumi bagi menegakkan keadilan dan rahmat, akan bekerja keras dan berusaha dengan sungguh-sungguh. Sungguh, tiadalah yang mulia akan mengerjakan perkara yang sia-sia.

    Maka, dabiklah dadamu, wahai mujahid.

    Allah bersama kita.

    Mereka yang diberitahu oleh orang kepada mereka: Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu takutlah kepada mereka.

    Maka berita itu menambahkan iman mereka lalu berkata: Cukuplah Allah (penolong) kami, dan Ia sebaik-baik Pengurus.

    Al-Imran ayat 173

  • Dahulu yang hitam nampak putih,dilumurnya pada tubuh tampak jahil.

    Dahulu yang buruk nampak cantik,dipakainya sungguh disangka molek.

    Oh alangkah dahulunya itu semua,kini segala berbeza sudah.

    Yang putih nyata putih,yang hitam nyata hitam.

    Segala payah dan jerih,kini buat agama yang terkasih.

    Dahulu aku ternyata jahil,tapi Dia masih kasih.

    Kini aku celik,maka aku memberi kasih.

  • Wahai Ummah yang ku cinta,kan ku gadai nyawa.

    Biar di Dunia ku berlelah,demi di Syurga kita bersama.

    Takkan ku gentar,walau musuh tiba gencar.

    Kan ku terus bertapak,hingga ajalku tiba.

    Dan jasadku kan kau guna,demi kemenangan yang tercinta.

  • Saudaraku, apakah yang akan berlaku,sekiranya engkau jemu untuk berjuang?

    Dan engkau melemparkan dari bahumu,segala senjata-senjata?

    Siapakah yang akan mengubati luka para tentera,yang cedera di medan peperangan?

    Dan siapa pula yang akan,mengangkat kembali bendera kita?

    Syed Qutb

  • 39

    InsyaAllah kebanyakan daripada kita di sini mengenali ijazah atau lebih dikenali masyarakat sebagai degree. Ia adalah sebahagian daripada kehidupan kita semua baik secara langsung mahupun tidak. Boleh jadi, kita atau kenalan kita yang sedang menuntut di insitusi pengajian untuk mendapatkannya. Sekurang-kurangnya kita pernah mendengar kewujudannya.

    Dalam nukilan ini, tiadalah saya akan menyentuh perihal manfaat atau keburukan ijazah. Begitu juga dengan perbincangan mengenai penyalahgunaan dan kesalahan dalam memahami tujuan mendapatkan ijazah dalam kalangan mahasiswa. Apatah lagi tips-tips hendak berjaya di universiti.

    Sebaliknya, ia akan digunakan sebagai analogi dalam nukilan yang ini, insyaAllah. Moga Allah jauhkan diri ini daripada sebarang kepentingan yang membinasakan melalui nukilan.

    Bismillah.

    PhD Dakwah

  • 40

    Kenapa Ijazah?

    Saya sering bertanya kepada para sahabat:

    Kenapa anda inginkan ijazah?

    Boleh dikatakan ramai yang memberi jawapan bahwa ijazah merupakan keperluan dalam mendapatkan pekerjaan. Hal ini adalah benar, Alhamdulillah. Ijazah adalah keperluan minima mendapatkan pekerjaan di syarikat-syarikat besar.

    Hampir semua yang memiliki ijazah mampu mendapatkan pekerjaan selepas graduasi. Dengan syarat, dia perlu berusaha. Cuma mungkin pekerjaan yang diperoleh tidak menepati cita-citanya tika kecil dahulu.

    Kesimpulan yang hendak ditegaskan:

    Fungsi ijazah adalah bagi mendapatkan pekerjaan.

    Apa Itu PhD?

    PhD ialah doctor of philosophy atau bahasa Malaysianya, doktor falsafah. Ia merupakan pencapaian akademik yang tinggi. Sekiranya anda memiliki PhD, anda layak dihormati kerna hasil kerja anda berkualiti tinggi.

    Proses mendapatkan PhD adalah sukar dan dijauhi ramai. Bilangan pemegang PhD yang jauh lebih sedikit berbanding pemilik

  • 41

    ijazah menjadi bukti kasar.

    Degree versus PhD

    InsyaAllah, hasil daripada penjelasan kedua-dua pencapaian akademik ini di awal nukilan, kita mampu membuat perbandingan ringkas bagi memudahkan penyampaian mesej selepas ini.

    1) Prestij

    Prestij adalah penghormatan yang diperoleh kerna kejayaan, nama baik dan prestasi kita. Ia adalah martabat dan kemegahan. Sekiranya hendak dibuat perbandingan antara Degree dan PhD, sudah semestinya PhD adalah jauh lebih berprestij dan posisi pemegang PhD dalam masyarakat adalah lebih tinggi.

    2) Kepakaran

    Pemegang PhD adalah pakar dalam bidangnya. Hal ini kerana mereka telah melalui proses pengajian yang lebih panjang. Selain itu, mereka telah membuat kajian intensif dan juga membuat tesis yang komprehensif sebelum layak menerima PhD tersebut.

    Di Mana Kita?

    Barangkali anda tertanya-tanya mengapa saya menjelaskan setiap satu malah membuat perbandingan antara keduanya. Apakah motif saya? Apakah yang saya ingin sampaikan? Analogi apakah yang hendak saya bentangkan?

  • 42

    Sejak kebelakangan ini, saya kerap memikirkan cara-cara hendak meningkatkan lagi semangat para pemuda agar bergerak lebih laju dan hebat di jalan dakwah. Saya tercari-cari apakah kaedah yang paling sesuai bagi menerangkan kepentingan kita menghayati dan mengkaji setiap gerak kerja dakwah kita.

    Maka muncullah analogi ini Alhamdulillah.

    Dalam dunia akademi dan pekerjaan, kita memasuki institusi pengajian pada usia yang muda (sekitar 18-20 tahun) dengan harapan berjaya memperoleh ijazah. Selepas itu, secara lumrahnya, kita akan bekerja pula. Itu adalah set pemikiran individu yang normal.

    Begitu juga dengan dakwah. Kita bermula dengan melalui proses tarbiah (belajar) sebelum kita pula mentarbiah (bekerja). Ini juga adalah set pemikiran ikhwah yang normal.

    Masalahnya adalah: kita tak nak jadi normal! Kita nak jadi luar biasa. Kita nak jadi hebat. Kita nak jadi mulia. Tidak sama sekali akan kita terima kedudukan yang sederhana di sisi Allah. Sasaran kita adalah darjat yang tertinggi di sisiNya!

    Oleh kerana itulah, kita akan mencari kaedah yang membawa kita ke arah itu. Kita akan berlumba-lumba. Kita akan sibuk bertanya pada diri kita, Bagaimana, bagaimana, bagaimana hendak menjadi lebih mulia lagi di sisi Allah?!

    Salah satu tujuan utama kita dibina oleh murabbi adalah supaya kita pula membina orang lain. Erti kata lain, kita pula menjadi

  • 43

    murabbi. Sesungguhnya, murabbi yang baik adalah murabbi yang melahirkan murabbi yang lebih baik. Natijahnya, barisan mujahid akan sentiasa menjadi lebih hebat pada setiap generasi.

    Boleh dikatakan graduasi ikhwah adalah apabila ia menjadi seorang murabbi. Ini ibarat perpindahan dari alam pengajian menuju alam pekerjaan. Alhamdulillah, ramai ikhwah yang berijazah dalam Dakwah dan Tarbiah.

    Namun begitu, itu adalah perkara normal. Kita sememangnya sudah ada ramai murabbi yang berijazah dan kita tergolong dalam golongan tersebut Alhamdulillah. Itu adalah sesuatu yang sudah pun kita bercapai dengan izinNya.

    Oleh itu, soalan kritikal yang perlu diajukan sekarang adalah:

    Apa seterusnya?

    Jom Ambil PhD!

    Pada zaman awal-awal kita menerima tarbiah, kita sekadar mengambil apa sahaja yang diberikan kepada kita. Kita membaca buku fikrah, sirah Nabi dan para Sahabat, serta tafsir al-Quran. Kita memahaminya kemudian menyimpannya rapi di dalam benak otak kita. Kemudian, kita manfaatkannya dalam membina mutarabbi kita.

    Ianya serupa seperti transisi antara zaman pengajian dan pekerjaan kita. Kita menyedut ilmu dalam tempoh pengajian kita, kemudian di alam pekerjaan, kita memanfaatkannya.

  • 44

    Perbuatan ini tidak salah. Tidak sama sekali. Perkara yang ditekankan adalah aspek ambil dan guna. Kita sekadar mengambil ilmu, kemudian kita guna. Hanya itu. Tanpa sebarang improvisasi, atau kajian. Hasilnya adalah tiada kemajuan dalam dakwah melainkan pertambahan angka sahaja.

    Tapi kita bukan nak jadi manusia biasa sahaja kan? Bagaimana jika kita hendak mendapatkan PhD dalam Dakwah dan Tarbiah?

    Kita tidak boleh sekadar mengambil ilmu, sebaliknya kita juga mengkaji. Perihal inilah yang saya tekankan. Kepentingan meneroka, keperluan mencipta dan kewajipan membuat kajian. Bukan sekadar ambil dan sumbat dan bukan sekadar masuk kemudian keluar.

    Dakwah ini tidak akan berkembang jika para pendukungnya mengamalkan sikap mengambil tanpa memberi. Sekadar berkongsi ilmu yang diperoleh tidak memadai untuk dikatakan cukup memberi.

    Kita mengambil hasil kajian ikhwah yang terdahulu. Mereka meneroka, mengkaji, memperbaharui dan mencipta berdasarkan ilmu yang diperoleh daripada golongan yang hadir sebelum mereka. Maka secara logiknya, kita juga perlu berbuat sedemikian. Barulah setaraf pemberian dan pengambilan kita.

    Inilah yang saya maksudkan dengan kita mengambil PhD, yakni dengan menyelesaikan program ijazah kita (melengkapkan ilmu-ilmu dan kemahiran asas) kemudian melaksanakan kajian dan penciptaan serta menghasilkan tesis-tesis yang dimanfaatkan oleh mereka sezaman dengan kita dan juga generasi akan datang.

  • 45

    Perubahan Dunia dan Isinya

    Peredaran masa tidak akan pernah berhenti melainkan ditetapkan Allah sebegitu rupa. Kita selaku manusia akan berterusan menimba ilmu dan pengalaman yang berbagai rupa secara langsung dan tidak langsung.

    4 September 1998 1 Ogos 2003 3 Februari 2004 14 Februari 2005 21 Mac 2006 6 Oktober 2010

    : Google: Myspace: Facebook: Youtube: Twitter: Instagram

    Beberapa tahun yang lepas, kita belum mengenali medan amal yang sifatnya seperti Facebook, Youtube, Twitter mahupun Blog. Kita juga tidak mengenali sebarang medan perkongsian bahan-bahan seperti Dropbox dan Soundcloud.

    Kemunculan media sosial banyak mengubah corak kehidupan manusia sejagat. Antaranya adalah budaya menceritakan perihal diri kepada seluruh dunia melalui status-status di Facebook dan kicauan di Twitter. Selain itu, budaya-budaya seperti selfie merebak laju hasil timbunan budaya dan media sosial yang wujud sebelumnya.

    Kita juga boleh melihat perubahan corak peperangan secara halus dan terang-terangan. Kenyataan-kenyataan rasmi kini boleh dilakukan di Facebook, Twitter, Youtube dan Wordpress. Tambahan pula, surat khabar versi moden boleh dipelopori oleh sesiapa sahaja yang bersedia untuk mencari bahan-bahan perkongsian.

  • 46

    Begitu juga perihalnya filem-filem. Youtube telah membuka jalan kepada para penggiat memaparkan karya mereka tanpa sebarang tapisan kepada masyarakat awam. Ini membawa implikasi sesiapa saja dibenarkan menyebarkan fikrahnya.

    Barangkali anda memandang hala tuju Ummah dengan hanya sebelah mata. Walau bagaimanapun, anda perlu segera sedar bahwa mereka yang menentukan bentuk Dunia Media merupakan pencorak pemikiran anak-anak anda. Situasinya menjadi lebih parah jika anda menyajikan mereka video Youtube tanpa sebarang pengawasan!

    Perkara yang saya ingin ketengahkan melalui kemunculan fenomena-fenomena baru tersebut adalah impaknya pada Ummah dalam jangka masa panjang. Ia bukanlah sesuatu yang hadir dan pergi begitu sahaja, sebaliknya ia meninggalkan suatu kesan yang mendalam dan menjadi penentu kepada generasi seterusnya.

    Oleh itu, amatlah penting bagi kita mengambil tampuk pimpinan arus pemodenan ini dan mengarahkannya ke arah dakwah ila Allah. Hal ini adalah kerana setiap satu perbuatan, keputusan dan pengorbanan kita akan menentukan posisi kita di jalan dakwah ini. Setiap satu daripadanya bermakna dalam usaha menyelamat ummah.

    Amal Kita Tidak Sia-sia

    Syed Qutb mengupas perihal natijah kehadiran Islam ke atas manusia melalui karyanya Haza Ad-Deen (Inilah Islam) bab Aset Pengalaman. Beliau kemukakan idea ini dalam beberapa petikan yang padu dan tepat.

  • 47

    Sejarah ini tidak pupus tanpa meninggalkan warisan buat generasi seterusnya sepertimana yang berlaku sebelum ini. Tidak mungkin pupus sama sekali kerna ia bukan sunatullah dalam hidup manusia. Manusia tetap manusia. Tubuh manusia adalah tubuh yang hidup, melalui banyak pengalaman dan mampu menyimpan banyak maklumat.

    Biarlah banyak mana pun timbunan jahiliah yang menimbus sifat kemanusiaannya, walau betapa banyak ia melalui saat kegelapan. Namun, aset pengalaman ini masih kekal tersimpan bahkan telah menjadi sebati dalam tubuhnya!

    Akhirnya segala unsur ini (yang dibawa Islam) dikenali oleh hampir seluruh msyarakat dunai selama lebih seribu tiga ratus tahun. Walaupun tidak dikenali melalui pengalaman dan amalan, ia dikenali melalui kajian dan analisa.

    Segala unsur ini kini tidak lagi dianggap asing kepada hidup manusia. Tidak seperti dahulu ketika kali pertama diperkenal hingga ditolak keras!

    Boleh dikatakan, perubahan yang dilakukan oleh agama ini telah terserlah di muka bumi dan tertanam dalam kehidupan manusia ini. Perubahan ini meninggalkan kesan terhadap kehidupan manusia. Walaupun berbeza tahapannya, ia tetap ada.

    Secara langsung ataupun tidak, semua arus perdana dalam se-jarah pasti menimba pengalaman daripada peristiwa yang hebat ini atau lebih tepat, fenomena alam yang hebat ini.

  • 48

    Barisan pejuang Islam yang terdahulu berjaya mempengaruhi budaya dan gaya hidup masyarakat dari zaman mereka hinggalah kini. Tiada yang terlepas daripada terkena tempias gelombang reformasi yang dibawa mereka. Mengapa tidak kita jua?

    Kita mampu melakukan perkara yang sama kerna kita jua mengangkat panji perjuangan yang serupa seperti mereka. Dengan izin Allah, kita berupaya mencorak pemikiran dan kehidupan Ummah menuju keamanan dan keadilan. Setiap perbuatan yang kita lakukan sekarang pasti akan membuahkan hasil dalam rentang sejarah yang akan berterusan hingga hari Kiamat!

    Namun begitu, kejayaan kita hanya datang sekiranya dibayar dengan harga yang tinggi. Ia menuntut kita mengorbankan jiwa dan harta kita sepenuhnya di jalan dakwah. Kita perlu bekerja demi Islam dengan bersungguh-sungguh hingga ke nafas yang terakhir.

    Sungguh, kita mampu memaksimakan manfaat teknologi di jalan dakwah ini. Tidak mustahil bagi kita menjadi pelopor dan penunjuk arah kepada generasi kini dan seterusnya dalam menelusuri era baru ini.

    Kita perlu menjadi pakar dalam bidang dakwah zaman moden. Kajian perlu dilakukan dan begitu juga dengan penerokaan. Kita perlu memerhati dan meneliti tabiat Ummah yang dipengaruhi media sosial. Kemudian, kita wajib mencipta kaedah-kaedah dakwah yang baru dan lebih efisyen dalam menyentuh hati-hati madu.

    Ya, kita SEMUA perlu mengambil PhD!

  • 49

    Resolusi Kita

    Kesungguhan dan semangat untuk meniup inovasi ke dalam kaedah dakwah perlu dipupuk murabbi. Budaya menulis hasil kajian atau tesis dakwah dan membentangkannya perlu digiatkan agar lebih ramai murabbi menerima manfaatnya sekaligus mempercepat proses pembinaan madu.

    Buku ini tidak akan menampilkan sebarang contoh-contoh kajian yang perlu dilakukan. Sebaliknya menjadi tanggungjawab kita bersama untuk melaksanakannya. Lihatlah di sekeliling kita, catitlah perjalanan dakwah kita dan kemudian kajinya. Cari ruang-ruang yang boleh diinovasikan demi kemajuan walau hanya secubit besarnya.

    InsyaAllah, kita boleh temui peluang-peluang sebegitu dalam amalan yang diulang-ulang atau diperturun. Bedahlah kitab-kitab yang telah ditulis dan hadamkan cara kajian dilakukan oleh penulis berkenaan.

    Kunci kejayaan kita dalam mendapatkan PhD dan menjadi pakar Dakwah adalah kesungguhan dan sikap tidak mengenal putus asa. Moga dengan usaha ini, kita akan terlalu sibuk dengan perihal Ummah laksana susuk tubuh yang dirindui Imam Hassan al-Banna:

    Sesungguhnya aku amat merindui seorang pemuda yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah.

    P.s. Jangan disangka ambil PhD itu mudah ya!

  • Dakwah: Tuntutan dan Gesaan

  • Tanggungjawab itu melebihi masa yang ada.

    Imam Hassan al-Banna

  • 53

    Wahai saudara yang saya cintai kernaNya,

    Tidak cukup sekadar menyedari hakikat kemampuan diri dan tuntutan menjadi yang terbaik dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Kesedaran tidak membawa makna melainkan ia membuahkan amal.

    Sesuai dengan potensi dan ketelitian yang diperlukan, kerja di jalan dakwah amat banyak sekali. Tanggungjawab yang terpikul di bahu duat melebihi masa yang ada dan hanya mampu terlaksana oleh pemuda yang digambarkan Imam Hassan al-Banna:

    Aku mampu membayangkan akh al-Mujahid itu sebagai seorang lelaki yang senantiasa melakukan persiapan dan menyiapkan perlengkapannya, mampu menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwanya dan seluruh bahagian hatinya.

    Dia sentiasa memfokus perhatian penuh terhadap persiapan yang terus menerus. Apabila dipanggil ia menyahut, apabila diajak ia

    Masa Terus Berlari

  • 54

    menanggapi, hadir dan perginya, perkataan dan bicaranya, kebenaran dan kelakarnya, tidak melampaui batas.

    Dia tidak melaksanakan tugas melainkan yang diletakkan oleh keadaan dan tuntunan atasnya, dan dia berjihad di jalannya. Anda dapat membaca pada raut muka dan kilauan matanya, dan juga dapat mendengar dari gerakan lidahnya semua yang bergelora dan kesengsaraan yang tersimpan di dalam hati dirinya. Semua tujuannya benar dan bersungguh-sungguh pelaksanaannya, cita-citanya tinggi dan sasarannya jauh untuk memenuhi jiwanya.

    Seorang pemuda yang berada di jalan dakwah sikapnya sibuk memikirkan mengenai Ummah. Setiap langkahnya penuh keazaman membantu Ummahnya dalam menggapai redha Allah. Segala bicara terbit di lidahnya hanya untuk menyampaikan berita gembira kepada Ummah tercinta.

    Agenda Menyelamatkan Ummah

    Ummah kini berada dalam keadaan nazak. Seorang pemuda yang memerhati dan meneliti perihal Ummah akan menyedari bahwa sekiranya tidak dipelihara, ia akan menuju kebinasaannya. Bahkan isu dunia sekarang jelas mempamerkannya. Penuh dengan kacau bilau.

    Antaranya adalah peristiwa penggulingan Presiden Mesir yang sah iaitu Dr Mohamed Morsi. Baru-baru ini, beliau dituduh membocorkan maklumat penting kerajaan kepada Qatar, penyokong Ikhwanul Muslimin. Selain itu, beliau didakwa atas berbagai kesalahan seperti kematian penunjuk perasaan, pembunuhan petugas penjara,

  • 55

    dan berkonspirasi dengan HAMAS (Palestin) untuk mengadakan kekacauan di Mesir.

    Di Palestin pula, kita bersyukur atas kejayaan saudara kita mengharungi Maarakat Asfim Maakul (Peperangan Dedaun Hancur Dimakan Ulat). Palestin membuktikan kekuatan akidah mengatasi semua ancaman luar. Tiada siapa dapat menafikan bahwa HAMAS memenangi peperangan kali ini dengan kekuatan yang tidak dijangka daripada pihak serba kekurangan.

    Gencatan senjata disepakati setelah Dunia menyaksikan suka duka rakyat Palestin dan Zionis yang ketakutan. Walau bagaimanapun, Israel kembali mempamer sikap kejinya. Mereka merampas tanah dan mengganggu kehidupan rakyat Palestin sejurus selepas itu.

    Di suatu sudut yang lain pula, ISIS (Islamic State of Iraq and Syria) menunjukkan taring mereka dengan kepelbagaian isu-isu yang ditimbulkan. Baru-baru ini, Amerika Syarikat mula menunjukkan keinginannya untuk menjadi hero Dunia sekali lagi selepas kejayaan mereka di negara seperti Iraq, Palestin dan Afghanistan.

    Itu hanyalah sebilangan kecil masalah-masalah yang Dunia hadapi kerana fokusnya pada dunia Islam sahaja. Sedangkan tugas kita adalah memastikan keamanan dan keadilan tertegak sedunia. Belum lagi disebut masalah sosial di negara-negara lain. Masalah ekonomi apatah lagi.

    Atas dasar cintakan umat manusia, kita perlulah bersetuju bahwa kita tiada masa untuk leka dengan kemajuan teknologi Dunia

  • 56

    kini. Kita perlu berterusan mencipta kaedah dakwah dan tarbiah yang lebih muntij dari semalam dan kelmarin. Penambahbaikan perlu dilakukan pada setiap masa agar tiada ruangan yang dibiarkan tanpa penerokaan dan penyelidikan.

    Sikap mengutamakan kaedah yang lebih baik daripada kaedah yang baik perlu ditanamkan. Bukan sikap kita menolak mana-mana amal yang baik, tetapi kita perlu mengambil langkah yang paling tepat dalam menyelamatkan Ummah sebelum kebinasaannya.

    Kita perlulah memastikan dakwah kita sampai ke setiap rahim ibu, setiap pintu rumah dan juga setiap saluran media yang dimiliki manusia. Hal ini adalah kerana perbuatan berdakwah kepada Allah SWT adalah bukti kasih saya daie kepada sekalian hamba Allah seperti kenyataan Dr. Hammam Said melalui karyanya Asas-asas Berdakwah ke Jalan Allah dalam bab Dakwah kepada Allah SWT adalah Jalan Keselamatan di Dunia dan Akhirat:

    Dalam berdakwah kepada Allah SWT, terdapat bukti kasih sayang Daie kepada sekalian hamba Allah. Ini kerana tugas dakwah ialah mengeluarkan manusia daripada kehidupan yang berpecah di bawah belenggu penguasa ke arah menuju keluasan agama dan ruang yang melingkunginya, serta peraturan yang membawa kebahagiaan kepada manusia. Selain itu, tugas dakwah juga adalah mengeluarkan manusia dari jurang neraka kepada taman syurga.

    Nah, bukankah ini juga membawa makna bahwa cara kita membuktikan kita benar-benar sayang Ummah adalah melalui usaha dakwah kita yang penuh kesungguhan?

  • 57

    Disebabkan Ummah berada dalam keadaan yang kritikal, maka keutamaan kita adalah untuk bermula sekarang. Kita tiada masa untuk berlengah-lengah lagi setelah segala kekacauan yang berlaku. Apakah kita sanggup melihat Ummah terus merana?

    Ada pepatah lama yang berbunyi, Masa yang terbaik untuk menanam pokok adalah 20 tahun yang lalu. Masa terbaik seterusnya pula adalah sekarang.

    Kita tidak boleh menangguhkan lagi kerja dakwah kita. Sudah cukup angan-angan kita selama ini sekadar berlegar di ruangan udara. Tiba masanya bagi kita memberinya bentuk dan sifat di dunia realiti melalui usaha-usaha kita yang berterusan.

    Sekarang adalah masanya! Medan Jihad Menanti!

    Medan bercakap tidak akan sama dengan medan berkhayal. Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap. Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal. Medan berjihad yang hakiki tidak sama dengan medan berjihad yang palsu.

    Ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ramai yang mampu bercakap namun hanya segelintir daripadanya yang mampu bersabar ketika beramal. Ramai di kalangan segelintir ini mampu beramal namun segelintir sahaja di kalangan mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan amal yang nekad.

  • 58

    Para mujahid yang kecil jumlahnya ini mungkin akan tersilap jalan dan tidak menepati sasaran jika tidak kerana mereka dipelihara oleh Allah. Kisah Talut menjelaskan apa yang saya katakan ini. Oleh itu, siapkanlah diri kamu, pupuklah jiwa kamu dengan tarbiah amal yang betul, latihan yang ketat dan ujilah diri kamu beramal dengan kerja-kerja yang keras, tidak disukai dan menyukarkan dan kekanglah segala kehendak dan adat kebiasaannya.

    Imam Hassan al-Banna, Risalah Muktamar Kelima

    Sekiranya kita amati perkembangan pemuda-pemuda yang kebanyakannya di Universiti, mereka ada satu sikap yang rata-rata sama iaitu suka mendengar dan berbicara. Saya tidak akan menyentuh perihal konferens-konferens yang lebih gemar mencanangkan perihal cinta dan Baitul Muslim semata-mata tanpa meletakkan perjuangan sebagai agenda utama.

    Fokus saya kini adalah pada pemuda-pemuda yang gemar berbicara mengenai perkara-perkara besar seperti sosial, ekonomi dan politik Dunia. Mereka mendabik dada tatkala berbincang dalam kelompik mereka, masing-masing memandang antara satu sama lain dengan rasa kagum. Selain itu, mereka juga menolak perkara-perkara asas kerna menganggap ianya remeh.

    Malangnya, ia meresap jauh ke dalam pemikiran pemuda umumnya hingga turut menjejaskan pejuang-pejuang muda kita.

    Masalahnya bukan terletak pada perbincangan sebaliknya keengganan atau kejahilan mereka terhadap medan yang lebih besar.

  • 59

    Mereka larut dalam kemegahan yang dicipta sendiri hingga merasa sudah cukup manfaatnya kepada Ummah. Apakah para pemuda ini menyangka Ummah menghargai perbincangan sebegini sedangkan ia tidak membawa manfaat walau sedikit kepada mereka?

    Pergilah kepada mana-mana lapisan masyarakat awam dan tanya mereka, apakah kesan daripada perbincangan dan konferens yang dikatakan besar ini? Mereka tidak kisah walau apa sekalipun kita bincangkan. Bagi mereka, perkara yang penting adalah bentuk khidmat yang kita boleh berikan kepada mereka!

    Oleh kerana itulah, anda boleh dapati susuk-susuk tubuh yang benar-benar hebat adalah mereka yang bicaranya adalah seruan dan amalnya adalah hujah.

    Saya sentiasa berharap supaya kita sentiasa bekerja dan tidak perlu bercakap. Kita serahkan tindakan kita sahaja sebagai jurucakap yang menceritakan siapakah Ikhwan dan apakah strategi Ikhwan.

    Imam Hassan al-Banna

    Para pemuda perlu bermula dengan cita-cita atau khayalan dan harapannya kepada dunia yang lebih baik. Kemudiannya, dia akan berganjak kepada usaha menyeru dan menyampaikan ideanya. Selepas itu, dia akan menyedari bahwa cita-cita tersebut hanya akan tercapai dengan amal sebelum mengakui bahwa dia perlu berjihad dengan jiwa dan hartanya bagi menggapai kemenangan.

    Maka seruan kepada para pemuda adalah agar mereka segera

  • 60

    berganjak daripada medan percakapan kepada medan beramal dan seterusnya medan berjihad. Berlumba-lumbalah dalam memperbaiki dan mengisi medan-medan jihad yang terbentang luas seluruh Dunia.

    Kita boleh berbincang hingga beribu-ribu tahun perihal isu gelendangan yang semakin kritikal di bumi ini dan tetap melihat ia terus menular dan melarat. Begitu juga dengan isu-isu seperti anak-anak yatim yang tidak terbela haknya dan golongan fakir miskin yang ditindas para kapitalis.

    Sunnatullah akan menjadi saksi kebangkitan sekelompok pemuda yang akhirnya menggenjam panji perjuangan sekaligus menyelesaikan masalah-masalah tersebut dengan saksama. Persoalan utama adalah, tidak mahukah kita menjadi pemuda itu?

    Satu-satunya cara bagi kita menjadikan Dunia ini sebagai tempat yang lebih baik adalah dengan sikap tekun dan teliti dalam bekerja. Kita gadaikan jiwa dan harta demi matlamat itu. Konferens tidak membuahkan sebarang impak pada Ummah melainkan pemuda yang keluar dengan keazaman tergenggam rapi dalam penumbuknya.

    Apabila kita berhadapan situasi kecemasan seseorang hampir mati akibat tercekik, apa langkah paling bijak untuk diambil? Ianya adalah mengeluarkan punca kesakitan tersebut dan bukannya sibuk berbincang langkah penyelesaian apatah lagi merakam atau selfie!

    Kita perlu bersegera dalam menyelamatkan Ummah daripada ajalnya sebelum kita boleh mula memikirkan rencana mengembalikan kegemilangannya. Mengambil kira keadaan Ummah yang berada di

  • 61

    ambang kematian, kita sememangnya tidak memiliki kemewahan masa untuk digunakan pada perkara yang kurang bermanfaat. Sesungguhnya Ummah memerlukan pemuda yang menyedari potensi dirinya, menjadi pakar dalam bidangnya dan bertindak segara. Aset modal insan ternyata sangat penting dalam pembinaan sesebuah kegemilangan umat.

  • 63

    Ketika kejatuhan sistem Khalifah Uthmaniah, Syakib Arsalan menerima surat daripada pelbagai pihak dengan seruan agar diadakan perhimpunan besar-besaran dan juga pelantikan khalifah yang baru.

    Namun begitu, Syakib Arsalan telah menjawab,

    Apalah gunanya mengadakan muktamar menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan tersendiri dan tidak mampu melaksanakan walaupun satu keputusan atau resolusi. Apa faedahnya berbuat demikian? Adakah kamu mahu kami mengumpulkan angka-angka kosong?

    Dunia Mutakhir

    Sistem-sistem Dunia sedia ada banyak mempengaruhi gaya hidup kita. Ada yang menjadikan kehidupan kita menjadi lebih teratur dan mudah dan ada yang mengganggu keamanan sedunia. Bahkan,

    Bina Siapa?

  • 64

    ada sistem yang memudharatkan kehidupan kita selaku hamba Allah dan Khalifah di muka Bumi. Sistem yang terakhir ini kita perangi.

    Oleh kerna kita manusia cepat terbangkit semangatnya dan sedikit sebanyak tergopoh-gopoh, kita pantas memilih penyelesaian yang hasilnya jelas dan segera kelihatan. Kita akan memusatkan kudrat kita dalam mengubah sistem tersebut. Namun, acapkali kita menemui jalan mati di penghujungnya.

    Pernahkah anda terlibat ataupun mempunyai kenalan dalam dunia guaman? Alhamdulillah dunia guaman boleh dikatakan telah berjaya mencakupi setiap aspek perundangan yang diperlukan dalam kehidupan seharian manusia. Tujuan undang-undang diwujudkan adalah bagi memelihara dan melindungi mereka di bawahnya iaitu kita semua. Maka wajarlah bagi kita mengkategorikan dunia guaman ini sebagai sistem yang baik.

    Alhamdulillah, dunia guaman yang merupakan sistem yang baik ini, sekiranya kita letakkan di tangan orang-orang yang baik, maka insyaAllah tujuan penciptaannya akan tercapai. Mereka yang dizalimi pasti diberikan perlindungan dan juga dikembalikan hak-haknya. Mereka yang menzalimi pula akan menerima hukuman yang setimpal dengannya insyaAllah.

    Walau bagaimanapun, jika dunia guaman sebaliknya berada dalam genggaman tangan yang kotor dan penuh perancangan jahat, pastinya tiada yang dizahirkan melainkan yang jelik sahaja. Mereka yang dizalimi akan terus dizalimi. Mereka yang sepatutnya diketuk dengan tukul keadilan pula dibiarkan keluar dengan senyuman.

  • 65

    Semuanya adalah atas bantuan harta dan pangkatnya. Mereka mungkin terlepas sekarang, tetapi kelak harta dan pangkat mereka itu akan menentang dan menghumban mereka ke dalam Neraka tatkala dihisab di mahkamahNya!

    Di Dunia ini, siapa yang mampu menghalang mereka ini? Tiada siapa melainkan mereka yang dianugerahkan kuasa oleh Allah SWT. Mereka akan terus memporak-perandakan keadilan bumi ini hingga dihentikan dan kemudian diganti pemuda yang mencintaiNya.

    Anda pernah mendengar dan membuat bacaan di internet berkenaan Mesir? Presiden Mohamed Morsi iaitu Presiden Mesir yang sah telah dianugerahkan kesempatan olehNya untuk mentadbir Mesir selama 1 tahun sebelum digulingkan secara haram oleh As-Sisi.

    Alhamdulillah, Allah telah menemukan saya dengan artikel yang ditulis oleh Dr Walaa Ramadhan di laman sesawang Middle East Monitor yang bertajuk Head to Head: One year of Morsi versus one year of Al-Sisi. Penulisan ini dibuat genap setahun Mesir berada di bawah cengkaman Al-Sisi bagi membuat perbandingan pemerintahan setahun antara Presiden Morsi dengan As-Sisi.

    InsyaAllah anda digalakkan membaca artikel asalnya.

    Kedua-duanya menerima tanggungjawab ke atas satu sistem yang sama, iaitu Mesir. Perbezaan di antara mereka hanya peribadi, kebolehan, kemampuan, kebijaksanaan, ketelusan dan keikhlasan. Tempoh masa setahun cukup untuk menunjukkan pemimpin sebenar di antara mereka berdua.

  • 66

    Berdasarkan artikel tersebut, As-Sisi telah ditanya langkah yang akan diambilnya bagi menangani masalah bekalan elektrik di Mesir. Jawapannya adalah rakyat perlu menggantikan mentol sedia ada kepada mentol jimat tenaga dan juga mengurangkan penggunaan barangan elektrik.

    Manakala Presiden Morsi pada kempen presidennya telah memberi jawapan yang lebih memberangsangkan bagi masalah yang sama. Beliau mengatakan bahwa pengunaan tenaga nuklear akan mampu menampung keperluan rakyat Mesir malah lebihannya boleh dieksport sekaligus menambahkan sumber pendapatan Mesir.

    Masalah seterusnya pula, kebanyakan rakyat Mesir tidak mampu membeli roti dan terpaksa beratur untuk membeli roti yang mendapat subsidi daripada pihak kerajaan.

    Penyelesaian As-Sisi kali ini adalah keluarga-keluarga rakyat Mesir disuruh mengikat perut mereka dan mereka perlu ketepikan satu bahagian roti. Menurutnya, sekiranya 25 juta keluarga berjaya ketepikan satu bahagian roti, kita akan ada 25 juta bahagian untuk diberikan kepada yang tiada.

    Presiden Morsi pula berpendapat bahwa masalah ini boleh diatasi dengan peningkatan produksi gandum. Beliau mencadangkan penyewaan tanah di Sudan atau Ethiopia. Langkah penyewaan ini akan menjimatkan penggunaan air. Rancangan beliau adalah Mesir mampu berdiri sendiri dalam aspek bekalan gandum dalam masa 4 tahun.

    Dari segi kemaslahatan Ummah dan negara, ternyata pucuk

  • 67

    pimpinan amat perlu diserahkan kepada individu yang berkebolehan dan berkaliber. Jikalau tidak, rakyat bakal menjalani kehidupan penuh derita dan negara akan mati dikelar kelemahan pemimpinnya sendiri.

    Sepanjang pentadbiran Presiden Morsi, jumlah kedatangan para pelancong telah meningkat Alhamdulillah. Separuh pertama tahun 2013 telah menyaksikan kehadiran hampir 7 juta pelancong, menyuntik 5 juta dolar ke dalam ekonomi Mesir. Bagaimanakah Mesir selepas rampasan kuasa oleh Al-Sisi? Cukup sekiranya dikatakan dia adalah penghancur ekonomi Mesir secara total.

    Melihat dari aspek yang lain pula, sepanjang pemerintahan Al-Sisi selama 365 hari, terlalu banyak hak kemanusiaan yang telah dipijak henyak. Seramai 8,000 orang terbunuh manakala 20,000 orang cedera. Situasi lebih menyedihkan apabila ada media dan juga tokoh Islam yang menyokong rejim menggalakkan pertumpahan darah itu.

    Tambahan pula, seramai 44,000 orang dipenjarakan. 48 orang wartawan tidak terkecuali. Ratusan dikenakan hukuman mati. Situasi ini amat berbeza dengan pentadbiran Presiden Morsi. Walaupun 30 protes berlaku sepanjang setahun itu, tiada kematian dilaporkan.

    Bagi mencapai kesejahteraan tanah air, kita memerlukan pemimpin yang berperikemanusiaan. Negara akan menjadi tempat tinggal yang selesa bagi rakyat insyaAllah. Apa gunanya negara maju, tetapi rakyat ditindas dan dirampas hak asasinya?

    Ayuh kita lihat satu lagi contoh perbandingan manfaat antara pembinaan manusia dengan pembinaan sistem.

  • 68

    Pernahkah anda mendengar kisah Briged Al-Qassam? Briged Al-Qassam merupakan sayap bersenjata Hamas di Palestin. Perang terbaru yang dinamakan al-Asfu al-Makul (dedaun yang hancur berkecai dimakan ulat) telah melakar sejarah dengan kejutan-kejutan yang dilakukan Briged Al-Qasssam.

    Biarpun sekatan dan gangguan tanpa henti telah dilaksanakan ke atas Palestin serta kelebihan senjata berteknologi tinggi dimiliki pihak Israel, Al-Qassam berjaya menanam rasa takut ke dalam hati musuh Islam itu. Mereka berjaya mencipta peralatan perang seperti roket-roket yang menyebabkan ratusan penerbangan keluar masuk Israel dihentikan serta-merta. Impaknya sangat besar iaitu ekonomi Israel merudum ke tahap yang kritikal.

    Bukti terakhir aset modal insan lebih penting daripada sistem adalah kisah-kisah umat terdahulu yang dibinasakanNya. Sebagai contoh, kaum Ad dan Thamud. Allah anugerahkan mereka nikmat kemajuan tetapi mereka bersikap angkuh dan tidak bersyukur.

    Rentetan sejarah membuktikan bahwa pembinaan manusia perlu diutamakan terlebih dahulu bagi memenuhi ruangan sistem. Manusia yang berjiwa Rabbani akan memastikan kesejahteraan Dunia dan Akhirat berjaya dicapai dengan izinNya serta mengelakkan umat daripada dihancurkan.

    Jadi Tak Perlu Bina Sistem?

    Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan ramai ikhwah yang ikhlas beramal di jalan dakwah. Siang dan malam mereka penuh

  • 69

    pelaksanaan rencana pembinaan manusia. Tangan mereka sepantas kilat apabila pengorbanan diperlukan. Harta dan peluh ditabur segera bagai dermawan yang pantang melihat peluang kebajikan. Mereka berlari laju tanpa henti seolah-olah kepenatan sendiri lelah mengejar.

    Mereka lebih meyakini keutamaan tarbiah berbanding adanya nasi untuk dimakan tengah hari kelak. Malah mereka bersedia untuk berlapar demi mendukung cita-cita mulia menyebarkan risalah Islam ke setiap ceruk dunia.

    Fokus mereka adalah pada pembinaan insan yang memiliki sepuluh sifat penting (sepertimana Imam Hassan al-Banna gariskan dalam Risalah Talim):

    1) Memiliki tubuh yang kuat 2) Akhlak yang mantap 3) Berpengetahuan 4) Mampu berdikari 5) Akidah yang sejahtera 6) Ibadah yang betul 7) Bermujahadah melawan diri 8) Menjaga masa 9) Segala urusannya tersusun 10) Berguna kepada orang lain Perah otak anda dan petik beberapa nama individu yang anda boleh temui kesepuluh sifat di atas. Kemudian tanya pada diri anda, apa yang mereka lakukan dan impaknya pada masyarakat sekeliling? Adakah mereka sekadar duduk diam di rumahnya sedangkan berguna

  • 70

    kepada orang lain adalah salah satu sifat yang mereka miliki?

    Setujukah anda sekiranya ia tidak mustahil bagi mereka melakukan amal-amal luar biasa apabila mereka memiliki kesemua sifat di atas? Mereka bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah, malah mereka berpengetahuan dan berkebolehan. Semua pengarah syarikat tidak perlu berfikir panjang untuk mengambil mereka sebagai pekerja! Bayangkan!

    Seorang mujahid yang peribadinya terbina akan menganggap Dunia sebagai ladang menanam benih-benih amal. Dicampaknya ke dalam sistem yang serba kekurangan, ia akan memperbaharui dan memperbaiki sistem tersebut. Mereka beriman dengan sabda Nabi Muhammad SAW:

    Sesiapa yang merintis sunnah yang baik dalam Islam, maka ia mendapat pahalanya serta pahala orang yang beramal selepasnya, tanpa mengurangi sedikit pun pahala mereka.

    Dan barangsiapa yang merintis sunnah yang jahat dalam Islam, maka ia menanggung dosanya serta dosa orang yang beramal (dengan sunnah jahat tersebut) selepasnya, tanpa mengurangi

    sedikit pun dosa-dosa mereka.

    Riwayat Muslim

    Dihadapkan pula kepada sistem yang batil, ia menentang dan berusaha menggantikannya dengan sistem yang benar. Mustahil bagi mereka untuk tunduk kepada kebatilan.

  • 71

    Bak kata Syed Qutb, Jari telunjuk yang menjadi saksi setiap kali di dalam sembahyang bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah tidak akan menulis coretan yang hina dan mengampu. Jikalau sememangnya saya layak dipenjara, saya redha menerimanya.Tetapi jikalau saya dipenjara dengan zalim, saya tidak akan tunduk memohon belas kasihan daripada orang yang zalim.

    Sifat para mujahid juga dinyatakan sebagai tetap pendirian, kuat beribadah, bertawakal kepadaNya dan saling mengasihi dalam ayat 29 surah al-Fath;

    Nabi Muhammad itu Rasulullah; dan orang yang bersamanya bersikap keras terhadap orang kafir, dan sebaliknya

    berkasih sayang sesama sendiri.

    Engkau melihat mereka rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka

    serta mengharapkan keredhaan-Nya.

    Tanda keimanan mereka terdapat pada muka mereka dari kesan sujud.

    Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula seperti pokok tanaman yang mengeluarkan tunasnya, lalu menyuburkannya, sehingga ia

    menjadi kuat lalu ia tegap berdiri di atas batangnya dengan keadaan yang mengagumkan orang yang menanamnya,

    kerana Ia hendak jadikan orang kafir merana dengan perasaan marah.

  • 72

    Dan Allah telah menjanjikan kepada orang yang beriman dan beramal salih dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.

    Beginilah sikap kita seharusnya. Dicampak ke mana sahaja, kita akan berjihad menegakkan syiar Islam di situ. Berbuat selain itu adalah menghumban jiwa kita sendiri daripada terus berada dalam jasad. Kita tidak mengenal selain Islam sebagai cara hidup.

    Aku adalah anak-anak panah Islam. Campaklah aku kemana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam!

    Saad bin Abi Waqqas

    Langkah Pertama

    Persoalan-persoalan yang membingungkan para mujahid muda selama ini seharusnya terjawab sudah. Kelahiran individu yang memiliki 10 muwasafat tarbiah (sifat terbentuk melalui tarbiah) akan secara semulajadi membawa kepada pengislahan (pembaikan) dan penciptaan sistem-sistem yang bermanfaat.

    Oleh itu, kepada anda yang berkobar-kobar ingin mengubah dunia sedia ada dengan kekerasan penumbuk dan kelantangan suara, bersabarlah. Begitu juga kepada yang berpendapat kerja tarbiah itu suatu yang sia-sia dan sesuai buat golongan yang penakut dan lemah, istighfarlah.

    Tarbiah menjadi penyelesaian masalah-masalah dunia. Rugi sekiranya kita memiliki lambakan sistem tetapi tiada individu yang

  • 73

    layak mengisi ruangan tersebut. Sebaliknya, jika kita memiliki tenaga kerja yang setiap satu daripadanya memiliki peribadi hebat persis para sahabat terdahulu, maka kemustahilan tidak akan membelenggu kita lagi dengan izinNya.

    Ayuh, kita renungkan kata-kata Imam Hassan al-Banna dalam Muktamar Kelima Ikhwanul Muslimin.

    ... Islam menitik beratkan pemulihan jiwa manusia kerana ia merupakan teras kepada sistem ini. Teras yang menjana pemikiran, penilaian dan pembentukan sistem ini.

    Islam menyenaraikan ubat mujarab yang membersihkan jiwa manusia daripada nafsu serakah. Islam memimpin jiwa ini supaya menjadi jiwa yang sempurna dan mulia. Islam menghalang daripada tidak bersikap kejam, alpa atau zalim. Jika jiwa manusia ini berjaya dilentur dan dibersihkan maka setiap yang lahir daripada jiwa ini pasti elok dan baik.

    Seperti kata orang, keadilan bukan pada teks undang-undang tetapi pada hati hakim. Adakalanya undang-undang yang lengkap dan adil dikendalikan oleh seorang hakim yang menurut nafsu serakah atau kepentingan tertentu, sudah tentu undang-undang dilaksanakan secara kejam.

    Sementara undang-undang yang dilihat ada kelemahan dan tidak adil tetapi dikendalikan oleh seorang hakim yang baik dan adil serta tidak dipengaruhi oleh hawa nafsu atau kepentingan tertentu, undang-undang ini akan dilaksanakan dengan cara yang baik dan adil

  • 74

    serta membawa kebaikan untuk semua.

    Atas dasar inilah, jiwa manusia adalah perhatian utama kitab Allah. Manusia pertama yang dicorak Islam menjadi model manusia sempurna. Islam sebenarnya sesuai dengan segala zaman dan semua bangsa. Islam seiring dengan segala kehendak dan tuntutan.

    Selain itu, Islam juga tidak melarang umatnya memanfaatkan apa jua peraturan yang sesuai selagi tidak bertentangan dengan dasar-dasar am Islam.

    Kita tidak menolak pembinaan sistem. Malah, kita juga akan memerlukannya. Sistem perlu wujud atau manusia akan hidup dalam kekacauan dan ternyata itu bukan matlamat kita.

  • 75

  • Hamasah: Bangkit dan Salur

  • 79

    Tahukah anda akan kisah Umar al-Khattab r.a.? Bagaimana kehidupannya sebelum dan selepas beliau memeluk Islam? Jika belum, insyaAllah saya ingin mengambil kesempatan ini mempromosi Omar Series. Anda boleh Google Omar Series untuk menonton siri yang berkisarkan kehidupan Umar al-Khattab r.a.

    Mari kita bersama gambarkan sesuatu yang mustahil. Umar yang terkenal dengan keberanian dan kelantangan sebelum Islam, disuruh duduk diam selepas mengucapkan dua kalimah syahadah. Apakah impak pada dirinya dan ummah?

    Barangkali beliau akan memberontak kerana mustahil bagi dia untuk menyorokkan risalah kebenaran daripada umat manusia. Sikap beliau mampu dilihat lebih jelas lagi apabila kita dibantu secara visual oleh Omar Series. Mustahil bagi kita untuk bertemu Umar al-Khattab r.a. yang diberi gelaran al-Faruq, pemisah antara al-Haqq dan al-Batil lantas berkata, Duduk diam sahaja, wahai Umar. Engkau tidak perlu berbuat apa-apa. Tidak sama sekali!

    Hamasah As-Syabab

  • 80

    Kali ini bayangkan Abu Dzar r.a. yang diceritakan pada awal buku ini disuruh berdiam diri sahaja selepas memeluk Islam. Apakah ia suatu arahan yang rasional?

    Sedangkan beliau sejurus selepas bersaksi bahwa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad itu pesuruhNya, beliau keluar ke kawasan awam lalu mengumumkan keIslamannya. Orang-orang Quraisy Mekah menyaksikan peristiwa tersebut.

    Akibat perbuatannya itu, beliau dibelasah hingga pengsan. Beliau merasa betapa nikmatnya berjuang di jalan Allah walau baru sebentar sahaja bergelar seorang Muslim. Maka beliau mengulangi perkara sama pada keesokan harinya.

    Setelah itu, Rasulullah SAW memahami karakter Abu Dzar r.a. lantas memberi arahan agar beliau kembali kepada kaumnya. Abu Dzar r.a. menuruti perintah tersebut.

    Selang beberapa ketika, Abu Dzar r.a. kembali ke Madinah. Walau bagaimanapun, beliau tidak lagi berseorangan. Seluruh kaum Ghiffar turut serta dalam rombongan tersebut. Abu Dzar r.a. berjaya mengislamkan kaum yang dahulunya dikenali sebagai perompak!

    Kedua insan tersebut memiliki satu persamaan iaitu semangat yang membuak-buak. Sebaik sahaja mereka menetapkan hati untuk perjuangkan sesuatu, seluruh kudrat akan dikerah ke arahnya. Ramai lagi para sahabat yang mempamerkan peribadi yang sama. Mereka berlumba-lumba hendak meraih redhaNya. Sikap ini menyebabkan kebangkitan Islam membara dan merebak pantas ke seluruh Dunia.

  • 81

    Mereka adalah kelompok manusia yang lantang dalam seruan kepada kebenaran. Pengorbanan demi perjuangan menjadi dambaan dan rebutan. Mereka tidak sesekali merasa tenang dengan ketiadaan kerja. Mustahil kita akan selamat sekiranya dikatakan kepada mereka, Usah bebankan diri. Bersederhanalah dalam berjuang.

    Hamasah As-Syabab dalam siapa?

    Para pemuda secara amnya memiliki semangat yang tinggi. Perbezaan antara seorang pemuda dengan pemuda yang lain adalah ke mana semangat tersebut diarahkan. Penyaluran hamasah para daie adalah sangat kritikal dalam gerak kerja dakwah kita dan murabbi menanggung beban tanggungjawab besar ini.

    Kepentingan panduan dalam memanfaatkan pemuda yang bersemangat menjadi lebih mendesak apabila melibatkan individu berkebolehan tinggi. Kita perlu seimbangkan antara mematikan bakat yang dimiliki dengan membenarkan perkembangan luar kawalan. Kita juga perlu mengambil jalan tengah di antara melahirkan robot yang berkemahiran dengan pemimpin yang mampu berdiri sendiri.

    Perkara ini hanya mampu tercapai melalui tarbiah. Murabbi memainkan peranan yang utama dalam pembinaan mujahid tersebut agar potensi dirinya dimaksimakan. Lebih menarik apabila murabbi itu sendiri sebenarnya perlu digilap terlebih dahulu supaya matlamat ini mampu dicapai dengan sempurna.

    Maka kita boleh faham bahwa perjuangan ini adalah suatu proses yang panjang. Kita perlu ambil satu langkah demi satu langkah.

  • 82

    Perkembangan kita adalah dari satu fasa ke satu fasa. Bersabar dan tekun dalam bekerja menjadi pegangan kita insyaAllah.

    Tujuan saya kemukakan kisah dua orang sahabat iaitu Umar al-Khattab r.a. dan Abu Dzar r.a. adalah supaya kita boleh mengambil ibrah daripada mereka berdua. Kedua-duanya memiliki keberanian dan semangat yang tinggi.

    Rasulullah SAW tidak mematikan sifat berharga mereka. Sebaliknya Baginda menyalurkannya berdasarkan keperluan dan kesesuaian. Umar al-Khattab r.a. dibenarkan berada di sisi Baginda manakala Abu Dzar r.a. pula diarahkan agar berhenti mengumumkan keislaman beliau di tengah-tengah bandar hingga dipukul. Sebaliknya, beliau diminta kembali kepada kaumnya dan berdakwah.

    Keputusan yang berbeza dan dibuat menurut kesesuaian dan potensi yang dimiliki setiap individu. Perkara ini mampu dicapai melalui tarbiah. Sekali lagi ditekankan bahwa murabbi memainkan peranan yang sangat penting dalam perkara ini.

    Terdapat pelbagai jenis semangat yang kita ketemui dalam manusia yang berbeza-beza peribadi mereka insyaAllah dan terdapat di antara semangat tersebut yang perlu kita salurkan semula agar ia dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya di jalan dakwah.

    1) Semangat ahli ibadah

    Seorang ahli fiqh tabiin Kufah yang arif dan bijaksana, Amir As-Syabi telah meriwayatkan bahawa:

  • 83

    Ada beberapa lelaki keluar dari Kufah dan tinggal di pinggir bandar untuk beribadah. Berita itu tidak lama kemudian diketahui Abdullah bin Masud r.a. Lantas beliau pergi menemui mereka dan disambut penuh gembira.

    Ibnu Masud pun bertanya, Apakah yang mendorong kamu berbuat sebegini?

    Mereka menjawab, Kami ingin lari daripada hingar-bingar dan kelam-kelibut orang ramai untuk beribadat.

    Abdullah bin Masud kemudiannya berkata, Jika semua orang berbuat sebegini, siapa pula akan memerangi musuh? Aku tidak akan tinggalkan tempat ini sehinggalah kamu pulang.

    Sebahagian besar masyarakat kita sekarang melihat Islam itu hanya terbatas dalam perkarangan masjid dan surau. Selain itu, Islam dianggap diperjuang hanya dalam ruang lingkup bidang pengajian seperti kajian serta hafazan al-Quran dan Hadith dan syariah. Bahkan pekerjaan yang dilihat Islamik terperangkap dalam lingkungan badan agama seperti JAIS dan organisasi sebuah masjid atau surau. Misalnya imam, bilal dan ustaz.

    Hasilnya adalah umat Islam meletakkan kayu ukur keislaman mereka hanya pada semangat untuk beribadah. Kelompok yang saban hari memenuhi ruangan saf hadapan solat fardhu berjemaah di masjid dianggap sebagai hambaNya yang soleh.

    Benarlah bahwa sekiranya dilihat pada aspek itu sahaja, maka

  • 84

    ia tidak salah. Hal ini adalah kerana memang benar bahwa pemuda yang cintakan masjid adalah hamba Allah yang soleh!

    Walau bagaimanapun, perkara yang ingin ditekankan adalah keengganan masyarakat melihat bahwa Islam itu sebenarnya syumul (sempurna dan menyeluruh). Ia merangkumi segala aspek kehidupan.

    Semangat menjadi Abdullah (hamba Allah) yang diredhaiNya seharusnya membawa kepada manifestasi peribadi luar biasa. Dakwah dan tarbiah perlu menjadi kehidupannya sesuai dengan contoh mulia iaitu Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat. Para pencinta risalah kebenaran perlu menggalas amanah menentang segala dakyah dan fikrah yang membinasakan Ummah. Sekiranya bukan kita siapa lagi?

    Sheikh Ahmad Ar-Rasyid dalam karyanya Muntalaq (Titik Tolak) bab Ahli Ibadat yang Main-Main, beliau menekankan ibrah daripada kisah Abdullah bin Masud buat para Daie.

    Duat sepanjang generasi dapat mengambil suatu kesedaran yang besar daripada kisah Abdullah bin Masud ini. Sesungguhnya ia merupakan kalimah yang benar, simbol kesedaran dan hasil didikan Nabi. Tanda-tandanya jelas dalam kata-kata mereka sebagaimana yang terbayang di wajah mereka. Siapakah yang akan memerangi musuh jika ahli ibadat itu mengasingkan diri dari masyarakat?

    Siapakah yang akan melawan konspirasi seperti Zionisme, Freemason, propaganda, Komunisme dan Atheisme sekiranya orang yang bersembahyang dan ahli ibadah sekadar menyibukkan dirinya dalam masjid dan tidak bergabung tenaga dengan Daie Islam?

  • 85

    Para muslim yang semangatnya melimpah ruah perlu sedar akan kepentingan bagi dirinya berjihad di jalan dakwah, menerima hakikat bahwa Islam sebagai agama yang syumul dan meliputi setiap sudut kehidupan. Mereka perlu membuang paradigma palsu bahwa agama ini sekadar ibadat semata-mata.

    Mari kita hadam kata-kata Imam Hassan Al-Banna melalui risalah Dakwatuna di bawah bab Islam kita:

    Saudara, dakwah kita adalah dakwah yang menggabungkan seluruh elemen yang dinyatakan sebagai Islam. Perkataan Islam pula mempunyai makna yang amat luas bukan sebagaimana yang difahami oleh manusia hari ini.

    Kita berkeyakinan Islam mempunyai suatu pengertian yang luas. Islam mengatur seluruh aspek hidup manusia dan ia memberi jawapan kepada setiap perkara. Islam meletakkan suatu sistem yang kemas dan rapi bagi setiap aspek. Islam tidak pernah berpeluk tubuh dalam menghadapi pelbagai isu semasa. Islam menggariskan sistem yang perlu bagi kepentingan manusia.

    Sesetengah pihak tersilap apabila memahami Islam ini hanya terbatas kepada beberapa aspek ibadat atau sudut kerohanian sahaja. Malah mereka menyempitkan fahaman dan diri mereka sendiri dalam ruang lingkup yang amat sempit ini.

    Jelas bahwa semangat beribadat semata-mata hingga aspek memimpin manusia kepada cahaya Islam ditinggalkan adalah sejeni