04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)

15
KAJIAN TINDAKAN JKD KAJIAN TINDAKAN KLUANG PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN Bahagian Proses/Penjelasan Contoh Penulisan Tajuk Kajian a. Tajuk ditentukan dengan mengenal pasti kemahiran yang ingin dikaji. b. Tajuk hendaklah ringkas, mengandungi hala tuju kajian, tindakan dan sasaran kajian. Tajuk Kajian: Memperkaya Kosa Kata Pelajar Tingkatan 4 Bestari Dengan Menggunakan Program Sehari Selembar Benang. Atau: Program Sehari Selembar Benang: Memperkaya Kosa Kata Pelajar Tingkatan 4 Bestari Nama pengkaji Catatkan nama penuh pengkaji/ kumpulan Nama Pengkaji: Panitia Bahasa Melayu (Salmiah bt Sidek) Nama Sekolah Catatkan nama sekolah berserta alamat lengkap Nama Sekolah : SMK Alor Akar, Jalan Tengku Muhammad, 25050, Kuantan, Pahang Darul Makmur 1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu a. Tema/masalah/isu keprihatinan dikenal pasti dengan melihat kepada empat perkara utama dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu; Guru Murid Isi kandungan pelajaran Persekitaran b. Refleks pengalaman P & P lepas. c. Kaitkan pengalaman P & P lepas dengan empat perkara utama itu supaya masalah menjadi lebih jelas. d. Rujuk bahan yang berkaitan seperti buku latihan, ujian, keputusan peperiksaan, sukatan pelajaran dan bahan-bahan yang berkaitan untuk membantu penyelidik mengingatkan kembali apa-apa yang telah dilaksanakan/ berlaku. e. Terjemahkan refleksi secara bertulis. 1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Sewaktu saya menyemak karangan pelajar Tingkatan 4 Bestari, saya rasa sungguh terkejut kerana saya dapati walaupun mereka telah berada di menengah atas, tahap penguasaan kosa kata di kalangan pelajar ini sungguh terhad. Isi yang ditulis juga tidak berkembang. Selain itu, masih ramai pelajar yang melakukan kesilapan ejaan. Dalam ujian Topikal 1 iaitu soalan 2 yang hanya meminta pelajar menulis ayat berasaskan perkataan yang diberi, saya dapati 37% daripada jumlah pelajar dari kelas ini tidak menjawab soalan ini. Apabila saya tanyakan kepada para pelajar tentang keadaan ini, jawapan yang mereka berikan mudah sahaja iaitu cikgu tak ajar pun perkataan tu .. Saya …” lihat seolah-olah mereka telah patah semangat untuk memahami dan memperkaya kosa kata mereka. Apabila saya tanyakan kepada mereka, jawapan yang mereka berikan ialah terlalu banyak perkataan baru susah untuk kami faham maksudnya. Saya menyedari ramai di kalangan pelajar bukan Melayu di kelas ini mempunyai asas bahasa yang agak lemah. Perlukah saya ajar semua kosa kata yang terdapat dalam Kamus Dewan untuk memperkaya kosa kata pelajar? Adakah cara saya mengajar selama ini dapat membantu pelajar menambahkan kosa kata mereka? Apakah yang boleh saya lakukan untuk menarik minat pelajar memperkaya kosa kata mereka?. Namun begitu, apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini? SUMBER : BPPDP, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 8

Upload: chon-seong-hoo

Post on 26-Jun-2015

9.192 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)

KAJIAN TINDAKAN JKD KAJIAN TINDAKAN KLUANG

PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

Bahagian Proses/Penjelasan Contoh Penulisan Tajuk Kajian a. Tajuk ditentukan dengan mengenal pasti

kemahiran yang ingin dikaji. b. Tajuk hendaklah ringkas, mengandungi

hala tuju kajian, tindakan dan sasaran kajian.

Tajuk Kajian: Memperkaya Kosa Kata Pelajar Tingkatan 4 Bestari Dengan Menggunakan Program Sehari Selembar Benang.Atau:Program Sehari Selembar Benang: Memperkaya Kosa Kata Pelajar Tingkatan 4 Bestari

Nama pengkaji Catatkan nama penuh pengkaji/ kumpulan Nama Pengkaji: Panitia Bahasa Melayu (Salmiah bt Sidek)

Nama Sekolah Catatkan nama sekolah berserta alamat lengkap

Nama Sekolah : SMK Alor Akar, Jalan Tengku Muhammad, 25050, Kuantan, Pahang Darul Makmur

1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

a. Tema/masalah/isu keprihatinan dikenal pasti dengan melihat kepada empat perkara utama dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu; Guru Murid Isi kandungan pelajaran Persekitaran

b. Refleks pengalaman P & P lepas.c. Kaitkan pengalaman P & P lepas dengan

empat perkara utama itu supaya masalah menjadi lebih jelas.

d. Rujuk bahan yang berkaitan seperti buku latihan, ujian, keputusan peperiksaan, sukatan pelajaran dan bahan-bahan yang berkaitan untuk membantu penyelidik mengingatkan kembali apa-apa yang telah dilaksanakan/ berlaku.

e. Terjemahkan refleksi secara bertulis.

1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran LaluSewaktu saya menyemak karangan pelajar Tingkatan 4 Bestari, saya rasa sungguh terkejut kerana saya dapati walaupun mereka telah berada di menengah atas, tahap penguasaan kosa kata di kalangan pelajar ini sungguh terhad. Isi yang ditulis juga tidak berkembang. Selain itu, masih ramai pelajar yang melakukan kesilapan ejaan. Dalam ujian Topikal 1 iaitu soalan 2 yang hanya meminta pelajar menulis ayat berasaskan perkataan yang diberi, saya dapati 37% daripada jumlah pelajar dari kelas ini tidak menjawab soalan ini. Apabila saya tanyakan kepada para pelajar tentang keadaan ini, jawapan yang mereka berikan mudah sahaja iaitu “cikgu tak ajar pun perkataan tu…”.. Saya lihat seolah-olah mereka telah patah semangat untuk memahami dan memperkaya kosa kata mereka. Apabila saya tanyakan kepada mereka, jawapan yang mereka berikan ialah “ terlalu banyak perkataan baru… susah untuk kami faham maksudnya.” Saya menyedari ramai di kalangan pelajar bukan Melayu di kelas ini mempunyai asas bahasa yang agak lemah.

Perlukah saya ajar semua kosa kata yang terdapat dalam Kamus Dewan untuk memperkaya kosa kata pelajar? Adakah cara saya mengajar selama ini dapat membantu pelajar menambahkan kosa kata mereka? Apakah yang boleh saya lakukan untuk menarik minat pelajar memperkaya kosa kata mereka?. Namun begitu, apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini?

SUMBER : BPPDP, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

8

Page 2: 04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)

KAJIAN TINDAKAN JKD KAJIAN TINDAKAN KLUANG

Saya telah berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran namun masih ramai pelajar yang mempunyai kosa kata yang amat terhad.. Kelemahan ini juga merupakan rentetan daripada pengabaian guru termasuklah saya terhadap kepentingan penguasaan kosa kata. Sekiranya saya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti pelajar kelas ini tidak dapat menjawab dengan baik soalan karangan dan juga soalan membina ayat terutama bagi kertas 2 yang akhirnya akan menyebabkan kemerosotan nilai GNP sekolah saya.

2. Fokus Kajian Tentukan tema/isu keprihatinan kajian /masalah

Rumuskan masalah yang dikenalpasti daripada refleksi yang dibuat pada langkah 1.

2. Fokus KajianWalaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar saya, saya hanya akan fokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan kosa kata. Pelajar saya mempunyai kosa kata yang sangat terhad. Mereka hanya mampu menggunakan perkataan yang biasa mereka temui dan gunakan semasa di sekolah rendah. Mereka melakukan banyak kesilapan apabila menulis ayat. Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah:

Kesilapan penggunaan perkataan dalam ayat. Pelajar menggunakan kosa kata yang berulang-ulang dalam

satu ayat menjadikan ayat itu tidak gramatis. Pelajar tidak menjawab soalan bina ayat kerana tidak faham

maksud perkataan yang diberi.Dengan membantu pelajar memperkaya kosa kata, saya yakin pelajar boleh membina ayat yang tepat, jelas dan gramatis.

3. Tentukan Objektif Kajian Objektif kajian terdiri daripada objektif umum dan objektif khusus.

Objektif hendaklah berkaitan dengan masalah

Objektif hendaklah berkaitan dengan aktiviti/tindakan (P&P)

Objektif hendaklah boleh diukur Semua objektif khas hendaklah

diukur/ nilai semasa menjalankan tindakan/aktiviti.

3. Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif berikut:i. Objektif UmumMeningkatkan keupayaan pelajar menguasai kosa kata Bahasa Melayu..ii. Objektif Khusus

Meningkatkan bilangan kosa kata baru yang diketahui dan difahami oleh para pelajar.

Meningkatkan keupayaan mengaplikasi perkataan baru dalam ayat yang dibina oleh pelajar

Membantu pelajar mengusai kemahiran belajar dengan merujuk kamus bagi meningkatkan pengusaan kosa kata mereka.

SUMBER : BPPDP, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

9

Page 3: 04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)

KAJIAN TINDAKAN JKD KAJIAN TINDAKAN KLUANG

4. Kumpulan Sasaran Sebutkan bilangan pelajar yang dikaji (mestilah kumpulan pelajar yang diajar oleh penyelidik)

Sebutkan kelas pelajar yang dikaji

4. Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar Tingkatan 4 Bestari yang terdiri daripada 10 orang pelajar Melayu, 2 orang pelajar India dan 18 orang pelajar Cina.

5. Tindakan yang dicadangkan

Huraikan kaedah yang digunakan

Nyatakan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan.

5. Tindakan yang dicadangkan

i. Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti yang berikut:

ujian khas membina ayat berasaskan perkataan yang diberi bagi menganalisis kelemahan penguasaan kosa kata.

Latihan karangan pelajar bagi mengesan kesilapan penggunaan perkataan dalam ayat penggunaan kosa kata yang berulang-ulang dalam satu ayat.

ii. Program “Sehari Selembar Benang”

Cara Pelaksanaan:

a. Guru mengumumkan sepatah perkataan sehari berserta definisi dan contoh ayat dalam perhimpunan pagi

b. Guru menampal perkataan pada papan kenyataan

c. Guru meminta pelajar mengaplikasikan penggunaan perkataan dalam karangan yang ditulis – 2 minggu sekali.

d. Guru menganalisis karangan pelajar.

SUMBER : BPPDP, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

10

Page 4: 04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)

KAJIAN TINDAKAN JKD KAJIAN TINDAKAN KLUANG

6. Jadual Pelaksanaan Kajian

Boleh dibuat dalam bentuk jadual/ carta gantt

Memasukkan aktiviti yang dirancang bagi menjalankan kajian

Memasukkan tarikh tentatif kajian akan dijalankan

Tarikh mungkin berubah mengikut keperluan/keadaan semasa

6. Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil Aktiviti Tempoh Pelaksanaan1. Mengenal pasti masalah dan

pengumpulan data awal5 Februari, 2004

2. Menulis proposal Kajian 13 Februari, 20043. Merancang Tindakan –

(individu/panitia)18 Februari, 2004

4. Melaksanakan tindakan – aktiviti 1 23 Februari, 20045. Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 5 Mac, 20046. Ujian mengesan pencapaian murid 19 Mac, 20047. Refleksi kajian 20 Mac, 20048. Menulis laporan Kajian 21 Mac, 20049. Pembentangan dapatan kajian 28 Mac, 2004

7. Jumlah Peruntukan Yang Dipohon

Jelaskan dengan terperinci segala bahan yang akan digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti; Apakah bahan yang akan digunakan Kuantiti bahan yang akan digunakan Harga seunit bahan yang diperlukan Harga keseluruhan bagi bahan yang

dipohon Guru boleh mengabaikan item ini

sekiranya guru tidak memerlukan peruntukan kewangan untuk menjalankan kajian tindakan.

Sila simpan semua resit pembelian bahan/alatan yang digunakan untuk tujuan tuntutan peruntukan yang telah diluluskan.

7. Kos Kajian

BIL JENIS BAHAN KUANTITI x HARGA SEUNIT

JUMLAH KOS

1. Kertas A4 10 x RM 8.00 RM 80.002. Printer Cartridge 1 x RM 65.00 RM 65.003. Kamus Dewan 1 X RM 45.00 RM 45.004. Potostat Bahan dan laporan

kajianRM 50.00

5. White board (3’ X 2’) 1 X RM 45.00 RM 45.006. Buku catatan guru 1 X 2.00 RM 2.00

JUMLAH RM 287.00

SUMBER : BPPDP, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

11

Page 5: 04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)

KAJIAN TINDAKAN JKD KAJIAN TINDAKAN KLUANG

FORMAT PENULISAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Format Penulisan Laporan Kajian Tindakan

Laporan kajian tindakan ialah satu pendokumentasian kajian yang ditulis secara sistematik , jelas dan mesra pembaca.

Laporan kajian perlu ditulis sejak kita memulakan kajian sehinggalah kita selesai melaksanakan kajian.

Laporan kajian tindakan tidak mempunyai format yang khusus. Penulisan laporan kajian tindakan cenderung kepada pendekatan kualitatif ( melalui temu

bual dan pemerhatian). Namun begitu, terdapat format yang disarankan oleh BPPDP dan boleh dijadikan panduan penulisan laporan kajian tindakan.

SUMBER : BPPDP, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

12

Apakah Laporan Kajian Tindakan?

Bilakah Laporan Kajian Tindakan Ditulis?

Bagaimanakah Format Laporan Kajian Tindakan Ditulis?

Page 6: 04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)

KAJIAN TINDAKAN JKD KAJIAN TINDAKAN KLUANG

Secara asas laporan hendaklah mengandungi bahagian-bahagian berikut:

Bahagian Proses/Penerangan ContohHalaman Kandungaan Ditulis dalam satu muka surat

Isi kandungan Muka surat

Penghargaan Abstrak 1. Refleksi P & P yang lalu 1 2. Fokus Kajian / Isu Keprihatinan3. Objektif Kajian i. Objektif Am ii. Objektif Khusus4. Kumpulan Sasaran5. Pelaksanaan Kajian 5.1 Tinjauan masalah 5.2 Analisis Tinjauan Masalah 5.3 Tindakan yang dijalankan 5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian i. Pelaksanaan Aktiviti 1 ii. Pelaksanaan Aktiviti 2 5.5 Refleksi Kajian6. Cadangan Kajian SeterusnyaBibliografiLampiran

Penghargaan Pihak yang terlibat dengan kajian tindakan terutamanya di peringkat sekolah

Abstrak Hendaklah mengandungi :1. Tujuan2. Kumpulan sasaran

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 4 semasa menyelesaikan persamaan serentak dalam dua

SUMBER : BPPDP, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

13

Page 7: 04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)

KAJIAN TINDAKAN JKD KAJIAN TINDAKAN KLUANG

Bahagian Proses/Penerangan Contoh3. Fokus kajian tindakan4. Tinjauan awal5. Perlaksanaan kajian6. Dapatan

Ditulis dalam satu perenggan, satu muka surat dan ‘single spacing’.

Dicadangkan menggunakan Font 9/10 dan jenis tulisan Arial/Tahoma

anu (satu linear dan satu tak linear). Seramai 20 orang pelajar tingkatan 4 dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Perancangan tindakan difokuskan kepada penguasaan kemahiran penyusunan semula persamaan linear, permudahkan ungkapan algebra, penambahan dan penolakan pecahan algebra, pemfaktoran ungkapan kuadratik dan menyelesaikan persamaan kuadratik. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan kerja rumah murid, ujian bulanan, peperiksaan penggal dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak mahir dalam penyusunan semula persamaan linear, permudahkan ungkapan algebra, penambahan dan penolakan pecahan algebra, pemfaktoran ungkapan kuadratik dan menyelesaikan persamaan kuadratik. Lima sesi pengajaran dan pembelajaran (40-60 minit setiap sesi) telah dijalankan dalam tempoh 8 minggu iaitu pelajar belajar kemahiran yang tersebut di atas melalui model konkrit dan modul latihan berpandu secara kumpulan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Pelajar lebih berminat belajar kemahiran seperti pengembangan ungkapan algebra dan pemfaktoran dengan menggunakan model konkrit. Modul latihan berpandu telah membantu pelajar untuk mengatasi masalah mereka. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas untuk menyelesaikan masalah persamaan serentak dalam dua anu (satu linear dan satu tak linear) perlu diperkukuh pada peringkat sekolah menengah rendah. Penggunaan model konkrit boleh membantu pelajar memahami konsep matematik ini.

1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Seperti di dalam kertas cadangan Seperti di dalam kertas cadangan

2. Fokus KajianSeperti di dalam kertas cadangan Seperti di dalam kertas cadangan

SUMBER : BPPDP, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

14

Page 8: 04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)

KAJIAN TINDAKAN JKD KAJIAN TINDAKAN KLUANG

Bahagian Proses/Penerangan Contoh3. Objektif Kajian i. Objektif Am ii. Objektif Khusus

Seperti di dalam kertas cadangan Seperti di dalam kertas cadangan

4. Kumpulan SasaranSeperti di dalam kertas cadangan Seperti di dalam kertas cadangan

5. Pelaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Masalah

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.3 Tindakan Yang Dijalankan

Huraikan secara terperinci cara-cara anda mengumpul maklumat. Maklumat mungkin telah diperoleh melalui pemerhatian dalam bilik darjah semasa murid/pelajar memberi respons kepada soalan-soalan anda, pemeriksaan buku latihan, sesi temu bual, melalui soal selidik atau ujian pra dan lain-lain

Semua data yang terkumpul dimasukkan dalam jadual mengikut tajuk-tajuk yang ditetapkan tetapi bukan semua maklumat dapat diguna pakai dalam kajian.

Huraikan kaedah / pendekatan yang digunakan Tuliskan semua aktiviti, bahan-bahan dan cara anda

membuat pemerhatian untuk menguji keberkesanan tindakan/aktiviti yang anda telah jalankan ke arah meningkatkan kemahiran pelajar bagi menangani masalah yang anda sedang kaji.

Saya juga telah mengedarkan borang soal selidik untuk mengetahui punca kelemahan pelajar-pelajar ini untuk menulis karangan. Analisis dapatan soal selidik menunjukkan bahawa majority (95%) pelajar tersebut tidak membaca surat khabar sebagai bahan bacaan tambahan. Sebahagian besar (75% pelajar ini tidak suka membaca buku cerita atau bahan bacaan tambahan yang lain seperti majalah.

Setelah pulang dari sekolah kebanyakan pelajar (85%) memberi respons bahawa mereka menonton TV atau bermain dan mereka jarang sekali menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru BM. Sebilangan besar (90%) juga melaporkan mereka tidak mendapat bimbingan daripada ibu bapa kerana majoriti (80%) ibu bapa pelajar-pelajar ini mempunyai tahap pendidikan rendah.

Kaedah yang saya gunakan ialah Teknik Comil. Comil adalah singkatan daripada “Coloured Mind Link”. Dalam teknik ini, saya telah menggunakan warna untuk meningkatkan penguasaan murid dalam tajuk Sifat Kimia Sebatian Karbon. Murid telah diminta membawa pensel warna...

Sebanyak tiga aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang bagi menangani masalah pelajar iaitu:i. Aktiviti Bermain dengan warna

Bahan yang digunakan

SUMBER : BPPDP, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

15

Page 9: 04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)

KAJIAN TINDAKAN JKD KAJIAN TINDAKAN KLUANG

Bahagian Proses/Penerangan Contoh Instrumen dan langkah pemerhatian

(cara-cara untuk mengenal pasti aktiviti/tindakan yang anda jalankan itu berkesan kepada pengajaran dan pembelajaran)

ii. Aktiviti Membina Comil Bahan yang digunakan Instrumen dan langkah pemerhatian

5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/ Penilaian

i. Aktiviti 1

ii. Aktiviti 2

i. Aktiviti Bermain dengan Warna (Huraikan cara pelaksanaannya)

PemerhatianSediakan jadual pemerhatian dan/atau huraikan apa-apa yang dapat dilihat dari segi perubahan sikap dan repons pelajar terhadap aktiviti 1, dan perkara-perkara lain yang mungkin anda jangkakan.

RefleksiHuraikan dari segi keberkesanan atau kegagalan aktiviti dan sebab-sebab keadaan ini terjadi

ii. Aktiviti Membina Comil (Huraikan cara pelaksanaannya)

PemerhatianSediakan jadual pemerhatian dan/atau huraikan apa-apa yang dapat dilihat dari segi perubahan sikap dan repons pelajar terhadap aktiviti 1, dan perkara-perkara lain yang mungkin anda jangkakan.

RefleksiHuraikan dari segi keberkesanan atau kegagalan aktiviti dan sebab-sebab keadaan ini terjadi

i. Refleksi Kajian Terhadap Pelajar

Seperti yang terdapat di dalam kertas cadangan tetapi cara penulisan diubah dengan menggunakan ayat pelaporan (akan kepada telah).

Langkah-langkah hendaklah diterangkan secara terperinci.

SUMBER : BPPDP, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

16

Page 10: 04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)

KAJIAN TINDAKAN JKD KAJIAN TINDAKAN KLUANG

Bahagian Proses/Penerangan Contoh5.5 Refleksi Kajian Huraikan keberkesanan tindakan anda dengan

menggunakan data/maklumat yang telah anda kumpulkan (seperti ujian pasca (pos) atau ujian-ujian lain)

Terangkan perubahan tingkah laku pelajar melalui pemerhatian.

Terangkan perubahan emosi pelajar yang telah dikumpul melalui temu bual & soal selidik (sekiranya ada)

ii. Refleksi Kajian Terhadap Guru Huraikan perasaan guru terhadap keberkesanan

kajian yang telah dijalankan.iii. Refleksi Tentang Proses P & P Yang Telah Dijalankan Secara Keseluruhan

Tuliskan rumusan anda

6. Cadangan Kajian Seterusnya

Ditulis dalam bentuk perenggan Cadangkan isu seterusnya yang anda akan kaji.

Kajian tindakan seterusnya yang akan saya jalankan ialah berkaitan dengan isu ………

Atau :

Oleh sebab kajian yang telah saya jalankan tidak berjaya, maka saya akan menggunakan tindakan / aktiviti-aktiviti lain untuk menangani isu ini. Saya ...

Bibliografi Bahan rujukan yang anda gunakan hendaklah dicatatkan pada ruangan ini.

Menyusun senarai bahan rujukan mengikut abjad.

Brown, T. (1987) Language Interaction Patterns in Lessons Featuring Mathematical Investigations. PhD thesis, University of Southampton

Dunn, T. (1997) Michel Foucault and the Politics of Freedom. Thousand Oaks, CA: Sage

Lampiran Soal selidik atau bahan-bahan sokongan yang digunakan dimasukkan di dalam ruangan ini.

SUMBER : BPPDP, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

17

Page 11: 04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)

KAJIAN TINDAKAN

JKD KAJIAN TINDAKAN KLUANG

Contoh Kulit laporan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

MEMPERKAYA KOSA KATA PELAJAR DENGAN MENGGUNAKAN PROGRAM SEHARI SELEMBAR BENANG

OlehPANITIA BAHASA MELAYU

(Normah Ishak)Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Lalang

Jalan Ayeh Hitam86000 Kluang

18