03124414topik7kajiankuantitatif

23
X PENGENALAN Anda mungkin telah membuat persiapan untuk kajian anda seperti membentuk persoalan-persoalan kajian, mengenalpasti senarai bacaan dan merancang tinjauan literatur anda. Dalam topik ini, anda akan cuba meninjau secara lebih mendalam berhubung dengan kajian kuantitatif. Dalam kajian kuantitatif, anda perlu mengutip data mentah untuk memperoleh kuantiti yang diperlukan bagi menjawab soalan-soalan kajian anda. Anda perlu berhati-hati semasa anda mengutip data disebabkan ketepatan dan kesahihan kesimpulan kajian itu amat bergantung kepada ketepatan data tanpa sebarang ralat daripada alat kajian atau pengutip data. Kaedah dan teknik menganalisis data juga harus diberikan perhatian supaya dapatan kajian adalah sah. T T o o p p i i k k 7 7 Kajian Kuantitatif X Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengungkapkan serta mereka-cipta kajian kuantitatif; 2. Merekabentuk kajian kuantitatif dalam konteks pengajaran dan pembelajaran; 3. Membangunkan alat kajian yang akan diguna dalam kajian; 4. Menyatakan prosedur mengutip data kajian kuantitatif; dan 5. Menerangkan langkah-langkah penjelmaan data dalam kajian kuantitatif. HASIL PEMBELAJARAN

Upload: sukriskbd

Post on 01-Dec-2015

28 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 03124414Topik7KajianKuantitatif

PENGENALAN

Anda mungkin telah membuat persiapan untuk kajian anda seperti membentuk persoalan-persoalan kajian, mengenalpasti senarai bacaan dan merancang tinjauan literatur anda. Dalam topik ini, anda akan cuba meninjau secara lebih mendalam berhubung dengan kajian kuantitatif. Dalam kajian kuantitatif, anda perlu mengutip data mentah untuk memperoleh kuantiti yang diperlukan bagi menjawab soalan-soalan kajian anda. Anda perlu berhati-hati semasa anda mengutip data disebabkan ketepatan dan kesahihan kesimpulan kajian itu amat bergantung kepada ketepatan data tanpa sebarang ralat daripada alat kajian atau pengutip data. Kaedah dan teknik menganalisis data juga harus diberikan perhatian supaya dapatan kajian adalah sah.

TTooppiikk

77 Kajian Kuantitatif

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengungkapkan serta mereka-cipta kajian kuantitatif;

2. Merekabentuk kajian kuantitatif dalam konteks pengajaran dan pembelajaran;

3. Membangunkan alat kajian yang akan diguna dalam kajian;

4. Menyatakan prosedur mengutip data kajian kuantitatif; dan

5. Menerangkan langkah-langkah penjelmaan data dalam kajian kuantitatif.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 2: 03124414Topik7KajianKuantitatif

TOPIK 7 KAJIAN KUANTITATIF 129

REKABENTUK DAN ALAT KAJIAN 7.1

Kajian kuantitatif, secara umumnya, cuba mengukur secara kuantitatif hubungan antara variabel tak bersandar dengan variabel bersandar, yang dikenali juga sebagai variabel hasil (outcome variable). Variabel adalah kuantiti yang diukur daripada subjek kajian anda, seperti pelajar, guru pelatih, tutor atau ibu bapa. Variabel boleh mewakili ciri-ciri fizikal pelajar seperti berat badan, tinggi, jantina atau perkara yang kita ingin tahu seperti prestasi kesukanan, pencapaian sains, ciri-ciri fisiologikal dan psikologikal. Lazimnya, alat-alat kajian seperti ujian pencapaian, inventori dan soal-selidik sering diguna untuk mengukur variabel tentang ciri atau trait subjek kajian dan hasil pembelajaran. Untuk mengukur hubungan antara variabel-variabel ini, kaedah statistik seperti korelasi, regresi, atau analisis varians boleh digunakan.

7.1.1 Kesahan Dapatan Kajian Kuantitatif

Anda telah mempelajari konsep kebolehpercayaan dan kesahan dalam kursus pengukuran dan penilaian. Bagaimanapun, untuk mengingat semula konsep-konsep ini, anda boleh membaca modul tersebut dan berbincang dengan kawan-kawan anda. Dari segi kesahan dapatan kajian kuantitatif, kita boleh berbincang tentang kesahan dapatan kajian diskriptif dan eksperimen. Bagi kesahan dapatan kajian eksperimen, “Campbell” dan “Stanley (1963)” menegaskan bahawa kesahan dalaman adalah keperluan asas sesuatu eksperimen. Di sini, kesahan dalaman bermaksud sejauh mana rawatan (variabel tak-bersandar) menyumbang kepada hasil eksperimen (variabel bersandar). Terdapat lapan (8) faktor yang boleh mempengaruhi kesahan dalaman sesuatu eksperimen, iaitu:

(a) Sejarah

Peristiwa tertentu yang berlaku antara dua pengukuran, yang menjadi rawatan tambahan kepada eksperimen yang dijalankan.

(b) Kematangan

Proses dalaman subjek mengikut tempoh masa (maturation), seperti kecerdasan.

(c) Pengujian

Kesan ujian pertama ke atas skor ujian kedua. (d) Alat

Perubahan kalibrasi (calibration) alat ukuran, atau pertukaran pemerhati atau pemeriksa ujian boleh menyebabkan perubahan skor yang diperoleh.

Page 3: 03124414Topik7KajianKuantitatif

TOPIK 7 KAJIAN KUANTITATIF

130

(e) Regresi Statistik Analisis yang dibuat berasaskan kumpulan yang mempunyai skor ekstrim (skor rendah atau skor tingi) akan memberikan dapatan kajian yang tidak sah.

(f) Pemilihan

Berlaku bias semasa pemilihan sampel kajian, misalnya, murid-murid pandai dipilih untuk kumpulan eksperimen dan murid-murid lemah untuk kumpulan kawalan.

(g) Mortaliti

Kehilangan subjek kajian dalam kumpulan yang dibandingkan, misalnya, subjek kajian daripada kumpulan eksperimen berpindah sekolah, sakit atau tarik diri.

(h) Interaksi Kedewasaan-pemilihan

Kesan interaksi antara kedewasaan-pemilihan akan mempengaruhi skor akhir subjek kajian bagi rekabentuk eksperimen kuasi (subjek kajian tidak boleh dipindahkan).

Selain kesahan dalaman, pengkaji perlu menentukan dapatan kajian mempunyai kesahan luaran yang tinggi. Di sini, kesahan luaran bermaksud sejauh mana dapatan kajian dapat digeneralisasikan kepada populasi kajian. Terdapat empat (4) faktor yang boleh mempengaruhi kesahan luaran sesuatu eksperimen, iaitu: (a) Kesan Interaksi Pengujian

Peningkatan pencapaian subjek kajian adalah disebabkan oleh mereka dapat mengingat soalan dan jawapan ujian pra.

(b) Interaksi

Peningkatan/penurunan pencapaian subjek kajian adalah disebabkan oleh kesan interaksi antara subjek kajian dengan variabel yang dikaji.

(c) Kesan Tindakbalas

Kesan tindak balas (reactive effects) adalah kesan yang hanya wujud dalam suasana eksperimen, tetapi ianya tidak wujud dalam suasana biasa (suasana bukan eksperimen).

(d) Gangguan Rawatan Berganda

Kesan pelbagai rawatan terdahulu yang tidak terhapus.

Page 4: 03124414Topik7KajianKuantitatif

TOPIK 7 KAJIAN KUANTITATIF 131

7.1.2 Reka Bentuk Kajian Kuantitatif

Setiap kajian perlu direkabentuk untuk mendapatkan data yang sesuai dengan persoalan kajian dan agar dapatan kajian menjadi benar atau mempunyai kesahan yang tinggi. Kajian kuantitatif terdiri daripada dua (2) jenis utama, iaitu kajian deskriptif dan kajian eksperimen. Dalam kajian deskriptif, pengkaji tidak memberi apa-apa rawatan (treatment) kepada subjek kajian, sebaliknya mengukur variabel kajian seperti yang sedia wujud. Ukuran biasanya diambil sekali sahaja, walaupun ada kalanya kita perlu mengambil ukuran beberapa kali, bergantung kepada persoalan kajian. Bagaimanapun, bagi kajian eksperimen, rawatan/intervensi perlu diberikan kepada subjek kajian, di mana ukuran boleh dibuat sebelum dan selepas rawatan diberikan. Contoh rawatan ialah satu kaedah pengajaran baru bagi konsep matematik tertentu. Dalam hal ini, ujian boleh digunakan sebagai alat kajian, dan markah ujian sebelum dan selepas menggunakan kaedah pengajaran baru boleh diambil. Berikut disenaraikan beberapa rekabentuk kajian kuantitatif. (a) Rekabentuk Kajian Deskriptif

(i) Rekabentuk kes (case design);

(ii) Rekabentuk siri-kes (case-series design);

(iii) Rekabentuk silang/keratan lintang (cross-sectional design);

(iv) Rekabentuk kohot atau perspektif (cohort or perspective design); dan

(v) Rekabentuk retrospektif atau kawalan kes (retrospective or case-control design).

(b) Rekabentuk Kajian Eksperimen

(i) Rekabentuk tak-berkumpulan-kawalan (no-control-group design): rekabentuk ujianpra-ujianpos-satu-kumpulan (single-group-pretest-posttest design), rekabentuk siri-masa (time-series design).

(ii) Rekabentuk berkumpulan-kawalan (control-group design):

• Rekabentuk berkumpulan-kawalan-ujianpos-sahaja (control-group-posttest-only design);

• Rekabentuk berkumpulan-kawalan-ujianpra-ujianpos (control-group-pretest-posttest design);

• Rekabentuk kumpulan-kawalan-Solomon (Solomon-control-group design); dan

• Rekabentuk faktorial (factorial design).

Page 5: 03124414Topik7KajianKuantitatif

TOPIK 7 KAJIAN KUANTITATIF

132

Kajian Deskriptif Kajian deskriptif ialah kajian yang tidak mengenakan apa-apa rawatan kepada subjek kajian dan biasanya variabel kajian diukur sekali sahaja. Untuk mendapatkan hasil kajian yang baik, pengkaji biasanya memerlukan sampel yang besar, iaitu 100 hingga 1,000 subjek. Rekabentuk kajian deskriptif ditunjukkan dalam Rajah 7.1. Kajian deskriptif yang paling ringkas ialah kajian satu-kes, iaitu laporan perlu dibuat bagi satu subjek kajian sahaja. Kajian yang melibatkan beberapa kes dinamakan kajian kes-bersiri. Dalam kajian silang pula, variabel-variabel kajian dicerap sekali sahaja terhadap subjek kajian, dan hubungan atau perbezaan antara variabel-variabel ini dianalisis.

Rajah 7.1: Rekabentuk kajian deskriptif

Dalam kajian kohot atau prospektif, beberapa variabel (seperti tabiat menghisap rokok) diukur pada awal kajian, kemudian selepas beberapa ketika, hasil/kesannya (seperti sakit jantung) ditentukan. Kajian retrospektif atau kes-kawalan pula membandingkan subjek-subjek kajian yang mempunyai ciri tertentu (seperti berpenyakit kanser) dengan subjek-subjek kajian yang tidak mempunyai ciri tersebut (tidak berpenyakit kanser) sebagai kumpulan kawalan, dengan menggunakan variabel penyebab kepada variabel hasil (seperti bilangan rokok dihisap sehari). Kajian kes kawalan dinamakan juga kajian retrospektif sebab kajian ini berfokus kepada keadaan masa lalu yang boleh menyebabkan sesuatu kes/hasil berlaku. Satu contoh lain kajian kes kawalan ialah melihat prestasi subjek-subjek kajian yang menerima latihan berbanding dengan subjek-subjek yang tidak menerima latihan.

Page 6: 03124414Topik7KajianKuantitatif

TOPIK 7 KAJIAN KUANTITATIF 133

Masalah utama kajian deskriptif ialah menentukan variabel yang menjadi penyebab kepada sesuatu hasil/kesan disebabkan terdapat beberapa variabel lain yang turut mempengaruhi hasil/kesan tersebut. Bagi mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal variabel-variabel tersebut, seperti memastikan semua subjek mempunyai atribut lain yang sama (misalnya umur, jantina, kecerdasan). Selain itu, kita boleh juga menggunakan kaedah statistik untuk “membuang” kesan variabel-variabel yang tidak dikaji. Rekabentuk kajian deskriptif akan memberikan bukti yang berbeza tentang hubungan sebab-kesan antara variabel. Kajian kes dan siri kes merupakan kajian yang paling lemah untuk tujuan ini. Kajian silang dan kumpulan kawalan pula hanya dapat menunjukkan sama ada terdapat hubungan antara variabel, tetapi tidak dapat menunjukkan hubungan sebab-kesan. Ia hanya menunjukkan kemungkinan wujud hubungan sebab-kesan, yang boleh meyakinkan kita untuk menggunakan rekabentuk yang lebih baik, seperti rekabentuk eksperimen. Kajian prospektif adalah lebih sukar dan memakan masa untuk dilaksanakan, tetapi ia lebih meyakinkan untuk menunjukkan wujudnya hubungan sebab kesan.

LATIHAN 7.1

Berikan satu topik kajian kuantitatif. Nyatakan objektif dan persoalan kajiannya.

Kajian Eksperimen Kajian eksperimen ialah kajian iaitu sekurang-kurangnya satu variabel tak-bersandar (atau variabel eksperimen), secara sengaja, dimanipulasikan oleh pengkaji. Kajian ini dibuat untuk menentukan sebab kepada sesuatu kesan, misalnya sebab seseorang pelajar itu mencapai pencapaian cemerlang. Rekabentuk kajian eksperimen ditunjukkan dalam Rajah 7.2. Rekabentuk ini memerlukan kita merancang dengan teliti apa yang perlu kita buat sebelum kajian sebenar dijalankan. Contohnya, variabel eksperimen hendaklah ditakrifkan dengan jelas, begitu juga dengan kaedah mengukur dan masa untuk mengukur variabel ini.

Page 7: 03124414Topik7KajianKuantitatif

TOPIK 7 KAJIAN KUANTITATIF

134

Rajah 7.2: Rekabentuk kajian eksperimen

Rekabentuk kajian eksperimen terdiri daripada dua (2) jenis, iaitu:

(i) rekabentuk tak-berkumpulan-kawalan, dan

(ii) rekabentuk berkumpulan-kawalan. Dalam rekabentuk tak-berkumpulan-kawalan, kajian dijalankan ke atas satu (1) kumpulan subjek kajian sahaja. Salah satu daripada rekabentuk ini ialah rekabentuk ujianpra-ujianpos-satu-kumpulan. Dalam rekabentuk ini, ujianpra diberikan sebelum rawatan diberikan kepada subjek kajian, sementara ujianpos diberikan selepas rawatan diberikan. Satu contoh mudah ialah ujian bahasa Inggeris diberikan sebelum murid-murid diajar oleh guru dengan menggunakan kaedah mengajar tertentu (rawatan), dan ujianpos (iaitu menggunakan uijianpra yang sama) diberikan selepas guru mengajar. Lanjutan kepada rekabentuk ini ialah rekabentuk siri-masa (yang juga dikenali sebagai rekabentuk “longitudinal”/ukuran berulang), iaitu data kajian dikutip daripada subjek kajian yang sama beberapa kali selepas rawatan diberikan (atau rawatan diberikan antara dua ukuran) Sebagai contoh, selepas murid-murid diajar dengan menggunakan kaedah mengajar tertentu, mereka diberi ujian bulanan selama enam (6) bulan. Markah murid-murid ini dikutip dan dianalisis. Bagaimanapun, kedua-dua rekabentuk ini mempunyai kelemahan, iaitu ia mungkin gagal membuktikan bahawa perubahan yang berlaku (misalnya, markah meningkat) adalah disebabkan oleh rawatan (misalnya, kaedah mengajar) apabila terdapat faktor-faktor lain (misalnya, kelas tuisyen) yang turut mempengaruhi kesan rawatan.

Page 8: 03124414Topik7KajianKuantitatif

TOPIK 7 KAJIAN KUANTITATIF 135

Bagaimanapun, rekabentuk “crossover” boleh mengatasi masalah ini, iaitu subjek kajian menerima dua (2) rawatan secara berurutan, iaitu rawatan kedua diberikan selepas rawatan pertama. Di sini, rawatan pertama merupakan rawatan sebenar (misalnya, kaedah mengajar), sementara rawatan kedua dianggap sebagai rawatan kawalan (misalnya, kelas tuisyen). Hasil kedua-dua rawatan ini diukur dan dibanding untuk menentukan kesan rawatan sebenar. Dalam sesetengah kajian, rekabentuk “crossover” berganda, yang melibatkan beberapa rawatan, boleh digunakan. Kita berubah pula kepada rekabentuk eksperimen berkumpulan-kawalan. Biasanya dalam rekabentuk ini, subjek kajian dibahagikan kepada dua (2) kumpulan secara rawak, di mana satu (1) kumpulan tidak diberikan rawatan atau diberikan rawatan kawalan (kumpulan kawalan), sementara satu (1) kumpulan lagi (kumpulan eksperimen) diberikan rawatan sebenar. Ukuran terhadap variabel eksperimen dibuat sebelum dan selepas rawatan diberikan. Perbezaan antara ukuran subjek kumpulan kawalan dan subjek kumpulan eksperimen dibandingkan. Apabila subjek dibahagikan secara rawak, sama ada kepada kumpulan kawalan atau kumpulan eksperimen, rekabentuk ini dinamakan “cubaan kawalan rawak” (randomized controlled trial). Pembahagian subjek secara rawak akan mengurangkan bias semasa pemilihan subjek kepada kumpulan kawalan atau kumpulan eksperimen. Bias dari segi pemilihan subjek kajian akan menjadikan dapatan kajian tidak sah. Sekiranya subjek kajian tidak dapat mengenal pasti rawatan yang diberikan, rekabentuk ini dinamakan “cubaan kawalan rabun tunggal” (single-blind-controlled trial) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.3. Rawatan kawalan ini dinamakan “placebo”. Rekabentuk ini boleh mengurangkan kesan “placebo” kepada subjek kajian, iaitu memberi respon yang berbeza apabila subjek mengetahui mereka diberikan rawatan yang berbeza (misalnya, memberi kaedah belajar tertentu kepada satu kumpulan dan tidak memberi sebarang kaedah belajar kepada kumpulan lain).

Page 9: 03124414Topik7KajianKuantitatif

TOPIK 7 KAJIAN KUANTITATIF

136

Reka Bentuk Cubaan-Kawalan-

Rabun

Subjek kajian tidak dapat mengenal pasti

rawatan

Subjek kajian dan pengkaji tidak dapat

mengenal pasti rawatan

Cubaan-Kawalan-Rabun-Tunggal

Cubaan-Kawalan-Rabun-Berganda

Rajah 7.3: Rekabentuk cubaan-kawalan-rabun

Terdapat satu lagi rekabentuk kajian yang boleh mengatasi masalah bias di kalangan subjek kajian dan juga di kalangan pengkaji sendiri. Pengkaji boleh bias terhadap sesuatu kumpulan kajian, misalnya memberi layanan yang lebih kepada kumpulan eksperimen. Dalam rekabentuk “cubaan kawalan-rabun-berganda” (double-blind-control trial), seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.3, selain subjek kajian tidak dapat mengenal pasti rawatan yang diterima, pengkaji juga tidak mengetahui rawatan yang diberikan kepada subjek kajian. Pengkaji hanya mengetahui rawatan yang diberikan kepada subjek kajian hanya selepas semua ukuran diambil. Sebenarnya “merabunkan” pengkaji adalah penting untuk mengelak pengkaji daripada membezakan layanan kepada subjek kajian dalam kumpulan tertentu. Seterusnya, terdapat rekabentuk kumpulan-kawalan-Solomon yang terbahagi kepada dua (2) rekabentuk, iaitu rekabentuk dua-kumpulan-kawalan dan rekabentuk tiga-kumpulan-kawalan. Rekabentuk kumpulan-kawalan-Solomon merupakan gabungan antara rekabentuk kumpulan-kawalan-ujianpos-sahaja dengan kumpulan-kawalan-ujianpra-ujianpos. Rekabentuk dua-kumpulan-kawalan-Solomon serta tiga-kumpulan-kawalan-Solomon serta perbandingan dengan rekabentuk berkumpulan-kawalan-ujianpra-ujianpos dijelaskan dalam Jadual 7.1. Rekabentuk berkumpulan-kawalan-ujianpra-ujianpos mungkin tidak dapat mengawal kesan sejarah, kematangan dan ujianpra, sementara rekabentuk Solomon-dua-kumpulan kawalan boleh mengawal kesan ujianpra dengan menggunakan Kumpulan Kawalan 2. Rekabentuk Solomon-tiga-kumpulan-kawalan pula dapat mengawal kesan ujianpra, sejarah dan kematangan dengan menggunakan Kumpulan Kawalan 2 dan Kumpulan Kawalan 3.

Page 10: 03124414Topik7KajianKuantitatif

TOPIK 7 KAJIAN KUANTITATIF 137

Jadual 7.1: Rekabentuk Ujian pra-Ujianpos dan Rekabentuk Solomon

Reka Bentuk Kumpulan Tindakan

Kumpulan 1: Eksperimen Ujianpra-Rawatan-Ujianpos Berkumpulan-kawalan-Ujianpra-Ujianpos Kumpulan 2: Kawalan Ujianpra-Tiada Rawatan-Ujianpos

Kumpulan 1: Eksperimen Ujianpra-Rawatan-Ujianpos

Kumpulan 2: Kawalan 1 Ujianpra-Tiada Rawatan-Ujianpos

Solomon-dua-kumpulan-kawalan

Kumpulan 3: Kawalan 2 Tiada Ujianpra-Rawatan-Ujianpos

Kumpulan 1: Eksperimen Ujianpra-Rawatan-Ujianpos

Kumpulan 2: Kawalan 1 Ujianpra-Tiada Rawatan-Ujianpos

Kumpulan 3: Kawalan 2 Tiada Ujianpra-Rawatan-Ujianpos

Solomon-tiga-kumpulan-kawalan

Kumpulan 4: Kawalan 3 Tiada Ujianpra-Tiada Rawatan-Ujianpos

Seterusnya, rekabentuk faktorial pula melibatkan dua (2) atau variabel tak-bersandar dalam rekabentuk yang sama. Setiap variabel tak bersandar ini mempunyai beberapa aras, misalnya kaedah mengajar boleh dibahagikan kepada tiga (3) aras, iaitu Kaedah A: Kuliah, Kaedah B: Perbincangan, dan Kaedah C: Bacaan. Kita boleh mengkaji jenis mata pelajaran sebagai variabel tak bersandar kedua yang mempunyai tiga (3) aras juga, iaitu Jenis A: Bahasa, Jenis B: Sains Sosial, dan Jenis C: Teknikal. Rekabentuk faktorial mengambil kira kombinasi aras kaedah mengajar dan jenis mata pelajaran, iaitu sebanyak 3 x 3 kombinasi semuanya atau sembilan (9) sel. Dalam contoh ini, sel-sel tersebut ialah:

(i) Kaedah A-Jenis A,

(ii) Kaedah A-Jenis B,

(iii) Kaedah A-Jenis C,

(iv) Kaedah B-Jenis A,

(v) Kaedah B-Jenis B,

(vi) Kaedah B-Jenis C,

(vii) Kaedah C-Jenis A,

(viii) Kaedah C-Jenis B, dan

(ix) Kaedah C-Jenis C.

Page 11: 03124414Topik7KajianKuantitatif

TOPIK 7 KAJIAN KUANTITATIF

138

LATIHAN 7.2

Nyatakan rekabentuk kajian yang sesuai untuk topik dan objektif kajian yang anda pilih dalam Latihan 7.1.

PENGUTIPAN DATA 7.2

Kajian kuantitatif biasanya menggunakan pelbagai alat kajian untuk mengutip data. Ia termasuklah ujian pencapaian, skor peperiksaan, soal-selidik, inventori, senarai semak dan jadual cerapan. Bahagian ini membincangkan soal-selidik dan inventori, iaitu dua (2) alat yang lazim digunakan dalam kajian kuantitatif.

7.2.1 Soal-Selidik

Soal-selidik ditakrifkan sebagai satu set soalan bercetak yang digunakan untuk mengutip/memperoleh data kajian secara laporan kendiri daripada subjek/responden kajian. Soal-selidik yang berkesan bergantung kepada kebijaksanaan dalam membina set item. Penggunaan bahasa yang mudah, ringkas dan terfokus (tidak mengelirukan responden) adalah digalakkan. Bentuk item terbuka membolehkan responden menyatakan jawapan dengan menggunakan bahasa tersendiri. Item boleh juga diberikan dalam bentuk beberapa pilihan untuk memberi peluang kepada responden memilih satu atau lebih jawapan yang sesuai (misalnya, mata pelajaran yang diminati). Ciri bentuk ini boleh mengurangkan variasi antara responden disebabkan responden hanya memilih jawapan yang diberi. Secara prinsipnya, biarlah kita mengambil masa yang lebih panjang untuk membina soal-selidik, yang akhirnya dapat mengurangkan masa responden menjawab, memudahkan kita menyediakan jadual data dan mentafsirnya kemudian. Data yang diperoleh melalui soal-selidik biasanya mengandungi, antaranya, latar belakang responden, fakta pengetahuan, pendapat dan pandangan. Berikut diberikan langkah-langkah dalam membina soal-selidik.

(a) Membangunkan item.

(b) Menyediakan tatacara analisis yang sesuai.

(c) Menjalankan ujian rintis untuk menguji kesesuaian item.

(d) Memperbaiki item selepas maklum balas daripada ujian rinstis.

(e) Memberi latihan kepada penemuduga atau pengutip data.

Page 12: 03124414Topik7KajianKuantitatif

TOPIK 7 KAJIAN KUANTITATIF 139

Dalam kajian kuantitatif, langkah utama sebelum mengutip data ialah membina alat kajian yang perlu disesuaikan dengan objektif kajian. Bagi kajian yang menggunakan soal-selidik dan temubual, kita perlu tahu latar belakang responden untuk digunakan dalam penganalisisan data. Selain itu, kita juga perlu melatih pengutip data menggunakan alat kajian dalam situasi sebenar. Langkah kedua ialah merancang bagaimana mengira skor variabel-variabel kajian daripada data mentah yang dikutip dan juga kaedah menganalisis data ini. Langkah ketiga ialah menjalankan ujian rintis terhadap draf item-item soal-selidik dengan menggunaakan responden yang sama dengan sampel kajian. Ujian rintis diperlukan untuk mendapatkan maklum balas tentang kesesuaian item-item yang dibina. Berikut diberikan contoh soal-selidik. Soal-selidik Persepsi Guru Soal-selidik ini mungkin tidak memerlukan penemubual, ia boleh diisi sendiri oleh responden. Ia dibina untuk memperoleh pendapat atau pandangan guru tentang masalah-masalah yang mereka hadapi semasa mengajar sains di sekolah menengah menggunakan kurikulum sedia ada. Aspek-aspek berikut mungkin boleh dimasukkan dalam soal-selidik anda:

(a) Kecukupan topik untuk diajar.

(b) Kecukupan bahan mengajar.

(c) Kesesuaian bahan mengajar.

(d) Minat pelajar terhadap topik yang diajar.

(e) Cadangan untuk penambahbaikan. Para guru sebagai responden boleh diminta merekodkan pemerhatian yang dibuat selepas setiap pengajaran dalam bentuk nota. Selepas tamat pengajaran satu topik yang terdiri daripada beberapa pelajaran, guru akan memasukkan responnya dalam borang ringkasan. Borang ini harus diisi dengan teliti untuk mengelakkan daripada sebarang kesilapan, di samping mengisinya dengan lengkap. Berikut diberikan kriteria borang dan soal-selidik:

(a) Borang hendaklah ringkas dan padat serta mengandungi bilangan ciri yang sesuai dan mencukupi untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

(b) Paparan muka borang biarlah mempunyai rekabentuk yang menarik.

(c) Item perlu ringkas dan jelas.

(d) Elakkan daripada ciri yang boleh menaikkan “perasaan/emosi yang kuat”, yang boleh mendorong kepada jawapan yang tidak tepat.

Page 13: 03124414Topik7KajianKuantitatif

TOPIK 7 KAJIAN KUANTITATIF

140

(e) Bagi kerahsiaan maklumat, nama responden tidak dimasukkan dalam borang soal-selidik, melainkan ia sangat diperlukan. Keperihatinan ini menggalakkan responden untuk memberi jawapan yang tepat bagi maklumat yang dirahsiakan.

Soal Selidik Persepsi Terhadap Sains Dalam Jadual 7.2 berikut diberikan sebahagian daripada soal selidik tersebut yang dibina oleh Institut Penyelidkan “National Space Biomedical, Texas, USA” untuk membantu guru mengetahui apakah yang mereka percaya tentang bidang sains. Anda boleh guna atau buat adaptasi soalan kepada kurikulum sains negara ini, dan dapatkan persepsi anak murid anda terhadap bidang sains. Anda yang berminat sila rujuk kepada laman web berkenaan. Soal Selidik Persepsi Terhadap Sains Nama responden: Nama sekolah: Bandar: Tingkatan: Mata pelajaran: Waktu kelas Berikut diberikan pernyataan berkenaan dengan bidang sains. Sila baca dan tandakan “/” pada lajur yang diberikan untuk item yang terbaik menerangkan bidang sains. Tidak ada jawapan yang betul, oleh itu anda hendaklah bersikap jujur dalam membuat pilihan. Lajur STS untuk persepsi SANGAT TIDAK SETUJU. Lajur TS untuk persepsi TIDAK SETUJU. Lajur KS untuk persepsi KURANG SETUJU Lajur S untuk persepsi SETUJU Lajur SS untuk persepsi SANGAT SETUJU Lajur TJ untuk persepsi TIADA JAWAPAN

Jadual 7.2: Contoh Soal Selidik Berkenaan Bidang Sains

Pernyataan STS TS KS S SS TJ

Sains adalah berguna bagi menyelesaikan masalah hidup seharian.

Sains adalah sesuatu yang saya sangat suka.

Page 14: 03124414Topik7KajianKuantitatif

TOPIK 7 KAJIAN KUANTITATIF 141

Saya sangat suka tugasan sains yang mudah.

Kerja makmal sains adalah menyeronokkan.

Sains dan teknologi patut menjadi matlamat negara.

Saya suka membaca bahan bacaan sains.

Hanya sedikit sahaja keperluan sains dalam kebanyakan kerja.

Ramai orang patut belajar bidang sains.

Kadangkala saya terkehadapan dalam membaca buku sains.

Kajian eksplorasi angkasa boleh meningkatkan kesihatan di muka bumi.

Sains sangat berguna dalam memahami dunia sekarang.

Saya tak suka kepada apa sahaja berkenaan sains.

Melalui sains, perjalanan di angkasa akan menjadi lebih selamat.

Sains adalah sangat penting dalam pembangunan negara.

Adalah perlu mengetahui sains untuk dapat kerja.

Saya suka bercakap dengan orang mengenai sains.

Saya suka cabaran dalam tugasan sains.

Kebanyakan idea dalam sains tidak berguna.

Sains adalah satu daripada mata pelajaran kegemaran saya.

Sumber: http://www.coe.tamu.edu/scienceattitudesurvey.thml

Page 15: 03124414Topik7KajianKuantitatif

TOPIK 7 KAJIAN KUANTITATIF

142

LATIHAN 7.3

Huraikan alat kajian yang sesuai digunakan bagi kajian yang dipilih dalam Latihan 7.1.

7.2.2 Inventori

Inventori ialah satu set soal-selidik yang dibina dan diuji untuk mengukur satu konstruk/ciri psikologi tertentu seseorang individu, seperti minat, sikap dan sebagainya. Inventori sikap, misalnya, digunakan untuk mengukur pendirian/perasaan seseorang terhadap idea, prosedur, tugas dan sebagainya. Inventori sikap digunakan untuk mengukur intensiti perasaan seseoarang yang wujud dalam bentuk selanjar (continuous). Inventori sikap yang spesifik biasanya lebih sukar diperoleh berbanding ujian pencapaian disebabkan inventori sikap biasanya lebih mengkhusus kepada sikap tertentu berbanding dengan pencapian akademik.

(a) Skala Likert Ia merupakan satu skala nombor integer yang mempunyai sama selangnya. Pada dasarnya, pengkaji boleh memilih nombor integer bagi mewakili nilai sesuatu variabel, yang biasanya antara 1 hingga 5, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7.3.

Jadual 7.3: Contoh Skala Likert

Variabel Tahap Nilai Skala Likert

(a) Tahap kepuasan Sangat Tidak Puas Hati Tidak puas hati Sederhana puas hati Puas hati Sangat puas hati

1 2 3 4 5

(b) Tahap persetujuan Sangat tidak setuju Tidak setuju Sederhana setuju Setuju Sangat setuju

1 2 3 4 5

Page 16: 03124414Topik7KajianKuantitatif

TOPIK 7 KAJIAN KUANTITATIF 143

(c) Prestasi pelajar Sangat lemah Lemah Sederhana Baik Cemerlang

1 2 3 4 5

Biasanya, pengkaji akan menyenaraikan pernyataan positif dengan nilai “5” menunjukkan tahap “Sangat setuju” dan nilai “1” menunjukkan tahap “Sangat tidak setuju” terhadap pernyataan yang diberikan. Sebagai contoh, seorang pelajar mungkin ditanya tentang tahap kepuasan terhadap sesi tutorial di salah sebuah Pusat Pembelajaran Tempatan (PPT). Maka skala Likert (a) dalam Jadual 7.3 adalah sesuai mewakili tahap kepuasan pelajar. Contoh pernyataan positif bagi variabel ini ialah “Tutor saya dapat menjelaskan kandungan modul dengan baik”. Kadangkala, pengkaji akan memberikan beberapa pernyataan negatif dengan nilai “5” menunjukkan tahap “Sangat setuju” dan nilai “1” menunjukkan tahap “Sangat tidak setuju” terhadap pernyataan yang diberikan. Contoh pernyataan negatif ialah “Tutor saya tidak dapat menjelaskan kandungan modul dengan baik”. Semasa menganalisis data, skor bagi ciri-ciri negatif perlu diubah supaya semua ciri ini menjadi positif seperti berikut: Pernyataan dalam Jadual 7.4 adalah hasil daripada cerapan pengkaji ke atas minat responden terhadap bidang sains. Pernyataan ini boleh membantu anda untuk mengetahui minat responden terhadap bidang sains.

Jadual 7.4: Inventori Minat dalam Sains

Inventori Minat Terhadap Bidang Sains

1. Fikirkan sesuatu yang menarik minat anda tentang haiwan dan tumbuhan.

_________ Saya ingin tahu bagaimana mereka bernafas dalam udara. _________ Saya suka melihat burung terbang dan hinggap di

pokok. _________ Saya suka berjalan-jalan di ladang dan taman botani. _________ Saya suka idea pembedahan haiwan dan tumbuhan.

Page 17: 03124414Topik7KajianKuantitatif

TOPIK 7 KAJIAN KUANTITATIF

144

2. Fikirkan sesuatu yang menarik minat anda tentang gua, gunung berapi, batu-batan.

_________ Saya suka idea menjelajahi gua-gua. _________ Saya suka mengambil gambar gunung berapi dan batu-

batan. _________ Saya suka mencari batu-batan dan permata yang banyak

menyimpan rahsia. _________ Saya suka idea mengumpul batu dan permata yang unik. 3. Adakah perubahan cuaca yang sering berlaku di langit itu menarik

minat anda? _________ Saya suka memerhatikan perubahan cuaca untuk

mengetahui sama ada hujan akan turun. _________ Saya suka memerhati petir, hujan dan ribut. _________ Saya suka kepada awan, ia memayungi kita pada hari

panas terik. _________ Saya suka membaca cerita puting beliung dan ribut

taufan. 4. Fikirkan tentang air. Apakah yang menarik minat anda pada hujan,

sungai dan laut? _________ Saya suka terjun dan berenang dalam sungai dan laut. _________ Saya suka berkayuh perahu di sungai dan belayar di laut. _________ Saya suka berjalan dan bermain dalam hujan. _________ Saya suka melihat ikan berenang dan makan dalam air

sungai.

Page 18: 03124414Topik7KajianKuantitatif

TOPIK 7 KAJIAN KUANTITATIF 145

Bayangkan anda sebagai seorang saintis. Berikan pilihan anda mengikut skala Likert berikut berhubung dengan masalah global A hingga Q dibawah. 1 = Saya berasa sangat tidak gembira mempelajari hal ini. 2 = Saya berasa tidak gembira mempelajari hal ini. 3 = Saya berasa gembira sedikit mempelajari hal ini. 4 = Saya berasa gembira mempelajari hal ini. 5 = Saya berasa amat gembira mempelajari hal ini.

A. Masalah Global. Skala Likert

B. Tumbuhan herba boleh dijadikan bahan ubatan.

C. Jenis tanah untuk tumbuhan atau tanaman makanan tertentu.

D. Pencemaran udara dan bagaimana kita memeranginya.

E. Pemuliharaan air lautan dan sumber bumi.

F. Mencipta tanaman berkualiti untuk petani.

G. Mengkaji gunung berapi yang mengancam manusia dan haiwan.

H. Mengkaji corak cuaca untuk melindungi tanaman.

I. Memeriksa bekalan air dan kawalan kualiti.

J. Jenis organisma yang hidup di sungai dan di laut.

K. Pergerakan tanah daratan dan gunung-ganang.

L. Lapisan ozon untuk bumi dan hidupannya.

M. Kesan penguncupan/pencairan ketulan air batu ke atas lautan.

N. Mengkaji bencana alam untuk membantu peladang.

O. Menjelajah dan mencari kawasan baru sumber asli.

P. Memeriksa pencemaran udara oleh kilang dan kenderaan.

Q. Mengkaji faktor yang memberi kesan kepada kitaran air.

Hasil kajian seperti dilaporkan di atas menunjukkan beberapa aspek berhubung dengan sains yang boleh ditimbangkan dalam bilik darjah. Perasaan minat terhadap sains harus dipupuk dan dibangunkan khususnya dikalangan pelajar. Berikut diberikan beberapa bukti bahawa para pelajar terus mempunyai minat dan perasaan ingin tahu tentang sains:

(a) Mereka yakin akan meneruskan kajian dan pembacaan.

(b) Mereka cuba membuat aktiviti sains di rumah.

(c) Mereka berbincang dengan kawan berhubung dengan maklumat yang disampaikan dalam pameran sains.

Page 19: 03124414Topik7KajianKuantitatif

TOPIK 7 KAJIAN KUANTITATIF

146

(d) Mereka mengambil bahagian secara aktif dalam kerja-kerja luar sekolah yang berkait dengan sains, seperti kelab sains.

(e) Mereka menyatakan minat melakukan kajian sains dengan rekabentuknya sendiri.

(f) Mereka menyatakan minat menceburi bidang pekerjaan berkait dengan sains dan teknologi.

(g) Mereka memperoleh maklumat sains dari pelbagai sumber.

(h) Mereka sering memilih topik-topik yang mencabar untuk kajian.

Bagi kajian yang dicadangkan dalam Latihan 7.1, nyatakan apakah faktor yang boleh mempengaruhi kesahan dapatan kajian ini.

LATIHAN 7.4

PENJELMAAN DATA 7.3

Biasanya alat kajian kuantitatif akan menghasilkan data yang besar saiznya. Sebagai pengkaji, anda bertanggungjawab untuk mengolah data itu kepada format yang sesuai dengan kaedah analisis data dan boleh ditafsir kemudiannya. Berikut adalah dua proses dalam menganalisis data:

(a) Memproses data dari borang soal selidik; dan

(b) Memproses data dari inventori. Anda perlu mengolah data kepada kategori, peratus, purata dan sisihan piawai. Berikut adalah langkah-langkah dalam analisis data:

(a) Fasa pra-analisis;

(b) Fasa pengurangan saiz data;

(c) Fasa paparan data;

(d) Fasa pengesahan data; dan

(e) Fasa dapatan. Dalam fasa pra-analisis, segala penjelasan tentang variabel kajian hendaklah dibaca dan difahami, dikemaskini, dan disempurnakan. Anda mesti yakin yang

Page 20: 03124414Topik7KajianKuantitatif

TOPIK 7 KAJIAN KUANTITATIF 147

pembolehubah penting/utama dilabel dengan betul mengikut jenis atau kategori. Mereka hendaklah disusun tertib mengikut keperluan teori analisis.

7.3.1 Pemprosesan Data

Seperti yang dinyatakan dalam topik lepas, data dikutip dan dikemaskan melalui prosedur berikut:

(a) Surat memohon kebenaran membuat kajian hendaklah dihantar kepada pentadbir sekolah berserta dengan surat kebenaran daripada Kementerian Pelajaran.

(b) Selepas mendapat kebenaran dari pengetua, satu temujanji hendak dibuat

dengan guru kelas untuk membincang jadual waktu bagi anda melakukan kajian. Maklumat latar belakang kelas juga perlu diketahui sebelum memulakan kajian.

(c) Apabila sampel telah dikenalpasti, borang soal-selidik/inventori diedarkan dan meminta mereka yang berkenaan mengisikannya.

(d) Sebelum analisis dibuat, data mentah yang diperoleh itu hendaklah diproses terlebih dahulu untuk mendapatkan latar belakang subjek kajian, misalnya, peratus pelajar mengikut jantina, tahap sosioekonomi ibu bapa, jumlah gaji dan lokasi sekolah.

(e) Data daripada alat kajian, seperti soal-selidik/inventori, perlu diubah kepada skor variabel-variabel kajian. Ini biasanya dibuat dengan menggunakan pengiraan, seperti mengira jumlah atau min item-item tertentu untuk mengira skor bagi variabel “sikap”. Jika nilai skor diperoleh secara manual, maka semakan ketepatan harus dilakukan.

(f) Selepas semua maklumat tentang latar belakang subjek kajian dan semua skor variabel kajian diperoleh, pengkaji boleh mula menganalisis data kajian untuk menjawab soalan-soalan dan/atau hipotesis-hipotesis kajian. Jika saiz data adalah besar, bantuan komputer dengan pakej tertentu diperlukan. Data daripada alat-alat kajian perlu diberikan kod bersama takrifannya (lihat Jadual 7.5). Dengan menggunakan pakej statistik, seperti SPSS, anda boleh menganalisis dengan cepat.

Page 21: 03124414Topik7KajianKuantitatif

TOPIK 7 KAJIAN KUANTITATIF

148

Jadual 7.5: Contoh Pengkodan

Lajur Variabel/Maklumat Nilai Kod

1 Sekolah Bandar = 1, Luar bandar = 2

2 Kelas Baik = 3, Sederhana=2, Lemah = 1

3 Jantina Lelaki = 2, Perempuan = 1

4-5 Pangkat dalam kelas 1, 2, 3, 4, 5, dll.

6 Penerangan Eksperimen = 2, Tradisional = 1

7-16 Inventori Minat 1, 2, 3, 4 dan 5 untuk 10 item

17-19 Markah Ujian Guru 01 hingga 100

20-21 Skor ujianpra 01 hingga 25

22-23 Skor ujianpos 01 hingga 25

Apabila fail data telah dijana, pengeditan boleh dilakukan bagi membetulkan ralat kemasukan data, jika ada. Anda hendaklah membuat keputusan bagaimana menangani data yang hilang apabila responden tidak memberikan jawapan. Proses ini dinamakan pembersihan fail data. Selepas itu, analisis dimulakan dengan mendapatkan kekerapan dan peratusan profil subjek, dikuti dengan kekerapan dan peratusan setiap item dalam soal selidik atau inventori. Lepas itu dapatkan jadual profil subjek mengikut latar belakang dan peratusan respons kepada setiap item.

LATIHAN 7.5

Bagi kajian yang dicadangkan dalam Latihan 7.1, nyatakan analisis yang sesuai digunakan dan kesimpulan yang mungkin bagi kajian ini.

• Tujuan kajian kuantitatif ialah untuk menentukan bagaimana satu variabel mempengaruhi variabel lain.

• Kajian kuantitatif terdiri daripada dua (2) jenis, iaitu kajian deskriptif, di mana subjek diukur sekali sahaja; atau kajian eksperimen di mana subjek diukur sebelum dan selepas rawatan.

Page 22: 03124414Topik7KajianKuantitatif

TOPIK 7 KAJIAN KUANTITATIF 149

• Kajian deskriptif biasanya memerlukan sampel saiz yang melebihi 200 subjek kajian untuk menganggar parameter dengan lebih tepat, misalnya pekali korelasi antara beberapa variabel dan rekabentuk eksperimen, khususnya “crossover” memerlukan sekurang-kurangnya 30 subjek kajian.

• Kesahan kajian eksperimen terdiri daripada dua (2) jenis, iaitu kesahan dalaman dan kesahan luaran. Kesahan dalaman memerlukan kawalan secukupnya terhadap variabel luaran, prosedur pemilihan, prosedur pengukuran dan lain-lain.

• Bagi kesahan luaran, kawalan yang perlu dibuat ialah mengagihkan subjek kajian secara rawak kepada kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen.

Inventori

Kajian deskriptif

Kajian eksperimen

Kajian kuantitatif

Placebo

1. Ada pengkaji yang berpendapat bahawa kajian kuantitatif perlu dilaksanakan dahulu dan kemudian diikuti oleh kajian kualitatif. Jelaskan logik urutan ini.

2. Terdapat beberapa rekabentuk berkumpulan-kawalan. Jelaskan bagaimana rekabentuk Solomon-dua-kumpulan-kawalan mengawal kesan ujianpra ke atas ujianpos.

3. Semasa membina item soal-selidik, anda ingin memasukan beberapa item

negatif. Jelaskan mengapa anda ingin berbuat demikian dan berikan satu contoh item ini.

Page 23: 03124414Topik7KajianKuantitatif

TOPIK 7 KAJIAN KUANTITATIF

150

4. Anda ingin menjalankan kajian hubungan antara minat membaca di kalangan pelajar sekolah dengan umur mereka. Sebagai seorang pengkaji, jelas perkara-perkara berikut:

(a) Andaikan anda ingin mengkaji pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Pilih satu rekabentuk kajian yang sesuai untuk kajian ini.

(b) Jelaskan alat-alat kajian yang sesuai digunakan untuk mengukur variabel-variabel kajian ini.

(c) Jelaskan langkah-langkah yang perlu anda ambil, mulai daripada pengutipan data hingga penyediaan data untuk dianalisis.