03124413topik3masalahkajian

17
To X PENGENALAN Pengkaji novis yang menjalankan kajian kali pertama akan berhadapan dengan beberapa halangan di peringkat permulaan. Ini termasuk bagaimana hendak memlukan kajian, bagaimana hendak memilih topik atau bidang kajian, responden yang mana hendak dipakai dan berapa banyak data yang perlu dikutip. Semua ini dan beberapa halangan perlu ditangani oleh pengkaji dengan bantuan tutor atau tutor penyelia dengan berpandukan beberapa tatacara yang diberikan dalam topik ini. MOTIVASI KAJIAN Kita menjalankan kajian dengan tujuan tertentu. Antara tujuan kajian adalah: (a) Menyelesaikan masalah kritikal yang memerlukan tindakan segera; (b) Membawa perubahan kepada amalan pendidikan yang wujud pada masa ini; dan (c) Menghasilkan penemuan baru, ilmu baru atau produk yang berguna dalam pendidikan. 3.1 To pi pi k k 3 3 X Masalah Kajian HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti masalah kajian; 2. Menentukan tujuan dan objektif kajian; 3. Membina soalan dan hipotesis (jika ada) kajian; dan 4. Menulis Bab 1 cadangan kajian.

Upload: hapsah-muhammad

Post on 28-Nov-2015

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 03124413Topik3MasalahKajian

To

PENGENALAN

Pengkaji novis yang menjalankan kajian kali pertama akan berhadapan dengan beberapa halangan di peringkat permulaan. Ini termasuk bagaimana hendak memlukan kajian, bagaimana hendak memilih topik atau bidang kajian, responden yang mana hendak dipakai dan berapa banyak data yang perlu dikutip. Semua ini dan beberapa halangan perlu ditangani oleh pengkaji dengan bantuan tutor atau tutor penyelia dengan berpandukan beberapa tatacara yang diberikan dalam topik ini.

MOTIVASI KAJIAN

Kita menjalankan kajian dengan tujuan tertentu. Antara tujuan kajian adalah:

(a) Menyelesaikan masalah kritikal yang memerlukan tindakan segera;

(b) Membawa perubahan kepada amalan pendidikan yang wujud pada masa ini; dan

(c) Menghasilkan penemuan baru, ilmu baru atau produk yang berguna dalam pendidikan.

3.1

Topipikk

33

Masalah Kajian

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti masalah kajian;

2. Menentukan tujuan dan objektif kajian;

3. Membina soalan dan hipotesis (jika ada) kajian; dan

4. Menulis Bab 1 cadangan kajian.

Page 2: 03124413Topik3MasalahKajian

TOPIK 3 MASALAH KAJIAN

48

Sebagai seorang pengkaji tentu sekali anda mahu mengkaji sesuatu topik tertentu, yang anda sendiri mempunyia kepakaran mengenainya atau anda sendiri meminatinya. Sekiranya latar belakang anda biologi, misalnya, tentu sekali anda tertarik untuk menjalankan kajian tentang pendidikan biologi, sebagai contoh, bagaimana menjadikan pembelajaran biologi lebih menarik. Jika anda seorang guru bahasa Inggeris, mungkin anda ingin meneroka cara baru untuk mempertingkatkan kefasihan berbahasa pelajar anda. Ini adalah dua topik daripada beberapa topik yang boleh anda terokai. Namun, anda perlu mengambilkira bidang kepakaran anda, kekangan masa dan sumber yang boleh anda boleh dapat.

Setelah anda memutuskan bidang yang hendak dikaji, tugas pertama anda adalah mengenal pasti masalah kajian. Ini membawa maksud masalah untuk ditangani oleh kajian anda. Justeru, anda perlu mengetahui bidang yang hendak dikaji, seperti, sama ada topik ini sudah atau belum dikaji dan melakukan pembacaan tentang masalah-masalah yang sering berlaku dalam bidang ini. Sebenarnya, banyak cara kita boleh lakukan untuk menyempurnakan tugas ini. Pada peringkat permulaan, anda boleh berhubung dengan rakan-rakan sejawat anda untuk percambahan idea. Anda boleh juga mengambil sesuatu daripada pengalaman anda sendiri atau pengalaman yang yang anda perolehi daripada kerja-kerja lapangan, atau daripada makalah jurnal atau maklumat yang anda perolehi daripada agensi kerajaan dan sebagainya.

3.1.1 Latar Belakang Masalah Kajian

Sampai masanya, kita memberi perhatian kepada topik kajian yang telah kita diputuskan. Sebagai analogi, bencana tsunami yang berlaku pada 26 Desember 2004 telah mengakibatkan kesengsaraan yang tidak terkira; ramai kanak kanak kehilangan ibu bapa mereka dan menjadi yatim piatu di Banda Acheh. Mereka sengsara kerana kurang makanan, penyakitan yang berleluasa dan ada antaranya menghadapi masalah psikologi, kejutan kehilngan rumah tangga dan orang yang disayangi. Permasalahan ini telah didokumentasikan dengan begitu baik sekali dalam media massa (televisyen, surat khabar tempatan dan luar Negara). Permasalahan ini amat kritikal sekali dan sekiranya tidak diselesaikan dengan segera akan mengakibatkan gangguan kepada kesihatan mental dan emosi kanak-kanak. Apakah yang boleh dilakukan oleh kaunselor untuk membantu kanak-kanak ini? Bagaimanakah sumber kewangan boleh disalurkan dengan segera untuk misi penyelamat ini?

Kajian pendidikan juga bersifat demikian, iaitu kita mulai dengan kawasan masalah.

Page 3: 03124413Topik3MasalahKajian

TOPIK 3 MASALAH KAJIAN 49

(a) Apakah masalah atau isu?

(b) Siapakah yang menyatakan itu suatu isu?

(c) Apakah data yang boleh membuktikan ia adalah suatu isu? Persoalan ini perlu dihuraikan oleh pengkaji dalam Bab 1 kertas cadangannya. Berikut adalah suatu contoh masalah dalam pendidikan (Nor Azizah, 1998):

Sekolah adalah institusi kedua yang mustahak selepas institusi keluarga. Kanak-kanak menghabiskan sebelas tahun di sekolah untuk membolehkan guru membentuk tingkah laku mereka dan menerap nilai-nilai murni, mengajar dan juga mendisiplin mereka. Ini merupakan hasil pembelajaran seperti yang terkandung dalam falsafah pendidikan, di mana guru mempunyai peranan menghasilkan individu yang seimbang daripada segi emosi, intelek dan rohaniya. Enam belas nilai murni telah dikenalpasti, yang perlu diterap merentas kutikulum. Tanpa nilai murni ini, manusia akan terjebak dalam jenayah seperti pembunuhan, rompakan dan salah guna wang kerajaan. Berita seperti ini sering diketengahkan oleh media massa atau surat khabar tempatan. Misalnya, terdapat 30,598 orang penagih dadah dan 90% daripada mereka adalah dalam lingkungan umur 16-34 tahun. (NorAziah, 1998). Terdapat 2,659 belia terlibat dalam jenayah yang berkait dengan harta dan seks (Faridah Majid, 1997). Masalah disiplin yang berkait dengan gejala ponteng dan salah laku telah dikenalpasti di sekolah-sekolah, yang jumlahnya adalah 3,472 buah sekolah rendah dan menengah (Mohd Nor Daim, 1996). Perincian dalam jenayah yang lain telah direkodkan dalam prosiding Konvensyen Kebangsaan Terhadap Moral dan Nilai Dalam Pendidikan (Fakulti Pendidikan, UKM,1997). Berdasarkan fakta ini, suatu kajian dijalankan untuk menerap nilai-nilai murni dengan persoalan kajian: “Bolehkan pembelajaran koperatif dalam sains dapat menerap nilai-nilai murni penyayang, ikhlas, rasional, kebebasan kendiri, kerjasama, rajin serta bersih dari segi mental dan fizikal. Pembelajaran koperatif adalah pembelajaran dalam kumpulan kecil, iaitu antara 4-5 orang pelajar dan mempunyai ciri-ciri pertanggungjawaban, sifat tolong menolong, kemahiran sosial dan komunikasi. Tinjauan literatur telah menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif boleh meningkatkan semangat kerjasama, cintakan sekolah, mempunyai kemahiran komunikasi dan sosial, selain pencapaian pelajar (Johnson, 1994). Sebagai tambahan, kajian di Malaysia (Jamilah, 1993; Alimah,1996; Ida Fadil,1995) menyokong hampir semua keputusan ini.

Latar Belakang Masalah Kajian

Menerap Nilai-nilai Murni Melalui Pembelajaran Koperatif dalam Sains

Page 4: 03124413Topik3MasalahKajian

TOPIK 3 MASALAH KAJIAN

50

Kesignifikanan kajian ini adalah untuk mendapatkan ilmu yang baru dengan cara yang lebih eifsien untuk menerap nilai-nilai murni, khususnya dalam kelas sains, melalui pembelajaran koperatif. Diharapkan juga, satu modul pembelajaran koperatif untuk menerap nilai-nilai murni dapat dihasilkan.

Berdasarkan teks di atas tentang pembelajaran koperatif, anda dapat mengetahui bahawa pengkaji telah menyenaraikan beberapa elemen, seperti, latar belakang permasalahan mengenai konteks pengajaran nilai dalam Falsafah Pendidikan Malaysia dan kurikulum. Sebagai tambahan, isu jenayah telah diketengahkan oleh pengkaji yang bermotivasi menjalankan kajian dalam pengajaran nilai di sekolah (iaitu keperluan untuk menyelesaikan masalah yang penting ini). Terdapat juga tinjauan literatur yang menyokong pernyataan tersebut. Akhir sekali, pengkaji menjurus kepada pembelajaran koperatif dan memfokus kepada nilai-nilai murni yang spesifik dan seterusnya menjelaskan kesignifikanan kajian. (a) Masalah dan Isu yang Berkait dengan Bidang Kajian

Dalam pendidikan, terdapat beberapa bidang yang berpotensi untuk dibuat kajian dalam pengajaran dan pembelajaran. Berikut diberikan beberapa contoh:

(i) Kesan teknologi moden terhadap pembelajaran penggunaan perisian dan multimedia yang lain.

(ii) Melicinkan pembelajaran kemahiran proses sains atau kemahiran manipulatif.

(iii) Beberapa pendekatan pengajaran kemahiran berfikir.

(iv) Pembelajaran aktif dalam bilik darjah/pembelajaran berpusatkan pelajar.

(v) Pengurusan tingkahlaku dalam bilik darjah yang sukar diatasi.

(vi) Pembelajaran melalui aktiviti ko-kurikulum.

(vii) Memahami cara pembelajaran pelajar. (b) Kepentingan Kajian

Kajian memerlukan masa, tenaga, wang dan sumber tertentu. Oleh sebab itu, anda perlu meneliti dan memilih topik kajian anda dengan teliti, supaya apa yang dipilih itu boleh menambah ilmu kepada pembaca atau boleh menyelesaikan masalah-masalah dalam pendidikan atau melahirkan kaedah yang boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam biliik darjah. Output yang anda hasilkan mungkin

Page 5: 03124413Topik3MasalahKajian

TOPIK 3 MASALAH KAJIAN 51

suatu penemuan atau suatu teknologi baru atau sesuatu yang boleh dimanfaati oleh kumpulan-kumupulan tertentu, seperti guru, pentadbir, pelajar atau pembangun kurikulum. Justeru, ketika anda merancang kajian dan mengenalpasti masalah kajian, anda perlu menyusun dan mengatur pemikiran anda secara sistematik, lebih-lebih lagi mengenai konteks masalah, hubungannya dengan perspektif pendidikan yang lebih luas, isu-isu yang terlibat dan literatur yang boleh membantu, rasionalnya, objektif-objektif dan signifikan kajian anda.

LATIHAN 3.1

Pilih satu topik kajian yang anda minati dan jelaskan dengan ringkas tujuan dan objektif kajian ini.

MEMAHAMI BIDANG KAJIAN 3.2

Bahagian berikut membincangkan beberapa faktor penting dalam penulisan kajian. Apakah faktor utama yang perlu anda tekankan dalam bidang kajian tersebut?

3.2.1 Konsep, Teori dan Model yang Berkaitan

Memahami bidang kajian membawa maksud memahami beberapa variabel kajian, konsep-konsep yang berkaitan, teori dan model, kerangka konsepsual dan teoretikal serta pernyataan masalah kajian. Sila lihat semula contoh pembelajaran koperatif yang dinyatakan dalam Topik 2 modul ini. Pembelajaran koperatif berlandaskan kepada tiga teori, seperti yang tunjukkan dalam Rajah 3.1.

Teori Behavioris Teori Kognitif Teori Kebergantungan

Pembelajaran Koperatif

Rajah 3.1: Pembelajaran koperatif

Page 6: 03124413Topik3MasalahKajian

TOPIK 3 MASALAH KAJIAN

52

Pembelajaran koperatif bertitik tolak daripada konsep pembelajaran bersama dalam kumpulan kecil sebagai satu pasukan (berenang atau tenggelam bersama). Terdapat tiga model pembelajaran koperatif yang dibina oleh (Universiti John Hopkins, USA) iaitu “TGT”, “Jigsaw 2” dan “STAD”. Ketiga-tiga model ini membincangkan aliran proses pengajaran- pembelajaran. Perhatikan contoh lain. Anda merancang untuk menjalankan suatu kajian bagaimana seorang guru kimia yang cemerlang menjalankan pengajaran kemahiran proses sains. Rasional kajian adalah pembelajaran daripada seorang guru berpengalaman akan membantu guru yang kurang pengalaman. Sebagai seorang pengkaji, anda perlu memberi definisi kepada beberapa konsep yang digunakan dalam kajian, seperti:

(a) Guru cemerlang.

(b) Kemahiran proses sains.

(c) Pengajaran. Konsep-konsep tersebut dihuraikan seperti berikut:

(a) Guru cemerlang adalah guru yang telah dikenalpasti oleh pentadbir, pelajar dan inspektor sekolah sebagai seorang yang cemerlang dalam pengajaran.

(b) Kemahiran proses sains adalah kemahiran kognitif seperti keupayaan melakukan pemerhatian, mengklasifikasi, membuat hipotesis, membanding dan mengkontras, menganalisis data, membuat inferens dan membentangkan keputusan kajian secara lisan atau bertulis.

(c) Pengajaran merupakan satu proses yang melibatkan guru, pelajar, subjek yang akan diajar, objektif pengajaran dan pendekatan pengajaran. Tujuan pengajaran adalah untuk membawa perubahan positif kepada pelajar dalam penyampaian ilmu, kemahiran dan perubahan dalam domain afektif.

Anda perlu membuat tinjauan literatur yang relevan untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai teori pembelajaran dan pengajaran, termasuk model pendekatan dalam pengajaran proses saintifik.

Page 7: 03124413Topik3MasalahKajian

TOPIK 3 MASALAH KAJIAN 53

Teori dan Model Berkaitan Teori dan model berkaitan adalah:

(a) Teori dalam pembelajaran kognitif (behaviourisme) pembelajaran sosial.

(b) Konstruktivisme dalam sains.

(c) Model dalam pengajaran sains (inkuiri, inkuiri terpimpin, penemuan).

Berdasarkan kajian dalam Latihan 3.1, cadangkan beberapa konsep dan teori yang berkaitan dengan kajian ini.

LATIHAN 3.2

3.2.2 Kerangka Teori/Konsepsual Kajian

Kerangka yang dapat menerangkan sesuatu fenomena dengan mengaitkan variabel-variabel yang terdapat dalam sesuatu kajian. Kerangka ini bertitik tolak daripada data empirikal yang didapati daripada kajian yang dijalankan oleh ahli pemikir. Sekiranya anda menjalankan kajian bagaimana hendak meningkatkan minat pembelajaran kanak-kanak di peringkat tadika, anda perlu membincangkan teori-teori pembelajaran yang berkaitan. Terdapat beberapa teori pembelajaran, termasuk behaviourisme, kognitivisme, humanisme dan sebagainya (Woolfolk, 2000). Pastikan teori yang dipilih itu boleh digunakan secara logik dalam kajian anda. Sekiranya anda ingin melihat kesan hukuman dan hadiah di tadika, ini bermakna teori behaviourisme amat sesuai digunakan. Sekiranya kajian tersebut dibuat untuk menilai kejayaan program sekolah bestari, ini bermakna anda perlu menggunakan teori kognitif dan teori pelbagai kecerdasan, sebab kedua-duanya adalah asas kepada kurikulum Sekolah Bestari (Nik Zaharah, 2000). Terdapat kajian tentang faktor-faktor yang memberi kesan kepada produktiviti guru dalam bilik darjah. Oleh sebab kajian seperti ini melibatkan teori motivasi, secara rasionalnya anda perlu memilih salah satu daripada teori motivasi sebagai landasan kajian anda. Kelompok ilmu dalam bidang pendidikan, dengan pelbagai disiplinnya, juga berlandaskan kepada beberapa teori tertentu. Jadi, anda sebagai pengkaji perlu meninjau literatur untuk mendapatkan teori yang sesuai, khusus untuk bidang yang anda kaji.

Page 8: 03124413Topik3MasalahKajian

TOPIK 3 MASALAH KAJIAN

54

Kerangka Konsepsual

Banyak kajian yang dijalankan berlandaskan kepada beberapa kerangka teoretikal, secara ekplisit atau implicit. Variabel yang dipilih dalam kebanyakan kajian berlandaskan juga kepada kerangka konsepsual. Setelah mengenal pasti variabel (bersandar dan takbersandar), kerangka konsepsual diperolehi. Kerangka konsepsual menerangkan hubungan antara variabel dalam kajian dan kesan perhubungan tersebut. Ada kalanya, ia dilihat sebagai proses input-output. Ia boleh diterangkan dengan menggunakan rajah. Melalui cara ini, anda dapat melihat skop dan fokus kajian tersebut. Sebagai contoh, suatu kajian telah dijalankan untuk menilai pakej pembelajaran sains di Sekolah Bestari (Nik Zaharah, 2000). Dalam kajian ini, enam (6) aspek telah dikaji, iaitu:

(a) Kesediaan guru memahami pakej dan kemahiran-kemahiran berkaitan;

(b) Kemudahan yang disediakan;

(c) Latihan pengajaran dan pembelajaran;

(d) Pertolongan pentadbiran;

(e) Penilaian; dan

(f) Ponstrain dan cara mengatasinya. Variabel-variabel ini digunakan untuk membina kerangka konspesual seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2.

Rajah 3.2: Kerangka konsepsual

3.2.3 Pernyataan Masalah

Pernyataan masalah kajian menjelaskan apakah sebenarnya tujuan kajian anda. Penerangan masalah tersebut dinyatakan secara am dan boleh ditulis dalam konteks deklaratif atau deskriptif atau boleh juga ditulis dalam bentuk soalan.

Page 9: 03124413Topik3MasalahKajian

TOPIK 3 MASALAH KAJIAN 55

Pernyataan yang baik tentang masalah kajian dapat memberi gambaran menyeluruh, dengan tumpuan kepada variabel dan hala tuju kajian. Jadua 3.1 menunjukkan pernyataan masalah dalam bentuk deklaratif. (Wiersma, 2000).

Jadual 3.1: Cara yang Betul Penulisan Pernyataan Masalah

Pernyataan yang Tidak Diterima Pernyataan yang Diterima

1. Pelbagai kurikulum prasekolah.

Satu kajian tentang keberkesanan latihan tiga kurikulum terhadap prestasi lisan bahasa Inggeris bagi tiga orang pelajar prasekolah.

2. Penggunaan teknologi dalam pendidikan dan prestasi.

Satu kajian tentang keberkesanan penggunaan perisian X dalam pendidikan sains.

3. Kesan pendekatan pengajaran terhadap moral pelajar.

Satu kajian tentang keberkesanan dua pendekatan pengajaran terhadap tingkah laku moral pelajar.

4. Peranan guru dalam sekolah menengah kerajaan.

Satu tinjauan tentang persepsi guru berkenaan peranan mereka di sekolah menengah kerajaan.

5. Pendekatan pembelajaran koperatif untuk menerap nilai.

Satu kajian kes untuk menerap nilai dengan menggunakan pembelajaran koperatif TGT kepada pelajar di sebuah sekolah di Kota Bharu.

Perhati dengan teliti lima (5) pernyataan yang tidak diterima di sebelah kiri Jadual 3.1. Anda akan dapati bahawa pernyataan-pernyataan tersebut terlalu umum dan tidak memfokus kepada kajian tertentu. Pernyataan tersebut ditulis semula dalam ruang di sebelah kanan supaya pernyataan ini lebih terfokus dan terarah.

TUJUAN KAJIAN 3.3

Dalam rancangan pengajaran, sesuatu rancangan disediakan untuk memenuhi sesuatu tujuan, yang kemudiannya diterjemahkan kepada objektif yang lebih spesifik. Sebagai contoh:

Page 10: 03124413Topik3MasalahKajian

TOPIK 3 MASALAH KAJIAN

56

Tujuan pengajaran adalah untuk mempertingkatkan kebolehan pelajar tadika membaca buku-buku dalam Bahasa Inggeris.

Objektif spesifik adalah untuk membolehkan pelajar membaca buku cerita yang mudah, iaitu buku yang bertajuk “The Picnic”. Pelajar berupaya mengecam dan mengujar perkataan perkataan seperti: “basket”, “tree”, “grass”, “ sandwiches”, “drinks” dan “cakes”. Dalam kajian juga terdapat tujuan umum yang perlu diterjemahkan kepada objektif yang spesifik dan soalan kajian.

3.3.1 Apakah Objektif Kajian?

Objektif kajian adalah pernyataan tujuan spesifik kajian yang disenaraikan sebelum sesuatu kajian dijalankan. Penyenaraian tujuan spesifik kajian ini amat mustahak kepada pengkaji sebab ia membolehkan pengkaji mengutip data yang sesuai dan jenis alat yang perlu digunakan. Untuk membina item soal selidik, anda perlu merujuk kepada objektif kajian anda. Dalam konteks yang sama, semasa menjalankan pemerhatian, temuduga dan analisis dokumen, anda juga dipandu oleh objektif tersebut. Berikut adalah contoh objektif kajian tentang seorang guru cemerlang. Objektif kajian adalah:

(a) Mengenal pasti pendekatan guru dalam pengajaran sains, termasuk strategi pengajaran dan kaedah serta teknik yang digunakan.

(b) Mengenal pasti strategi yang digunakan guru dalam makmal sains.

(c) Memberi penerangan tentang kemahiran proses sains yang sampaikan dan cara bagaimana ia disampaikan, implisit atau eksplisit.

(d) Mendapatkan persepsi pelajar tentang personaliti guru dan hubungan guru dengan pelajar.

(e) Mendapatkan kadar prestasi pengajaran guru daripada perspektif pemerhati dan pelajar.

Page 11: 03124413Topik3MasalahKajian

TOPIK 3 MASALAH KAJIAN 57

3.3.2 Apakah Soalan Kajian?

Soalan dan objektif kajian berhubung rapat antara satu sama lain. Soalan kajian ialah soalan yang dibina berpandukan kepada objektif kajian, yang mana jawapan kepada soalan ini akan membantu pengkaji untuk mencapai objektif dan tujuan kajian. Di bawah ini diberikan beberapa contoh soalan kajian.

(a) Apakah strategi pengajaran, kaedah dan teknik yang digunakan guru cemerlang dalam bilik darjah?

(b) Bagaimana guru mangendalikan pelajaran praktikal sains dalam makmal?

(c) Adakah kemahiran proses sains dikendalikan secara ekplisit atau implicit?

(d) Adakah persepsi pelajar terhdap guru mereka sebagai teman, seorang berautoriti, pemberi informasi atau seorang waris?

(e) Apakah prestasi guru dalam pengajaran yang dinilai oleh pendidik dan pelajar?

LATIHAN 3.3

“Adakah terdapat hubungan antara jumlah jam menonton televisyen dengan tingkah laku ganas kanak-kanak berumur antara 8-14?” Adakah soalan kajian ini boleh dijawab? Berikan sebab-sebabnya.

3.3.3 Apakah yang Dimaksudkan dengan Hipotesis Kajian?

Hipotesis adalah satu pernyataan yang dijangka menjadi penyelesaian kepada sesuatu masalah. Ciri-ciri hipotesis adalah seperti berikut:

(a) Suatu pernyataan yang diramal mempunyai jawapan yang bernilai kepada soalan kajian.

(b) Suatu jangkaan yang mempunyai hubungan antara beberapa variabel atau kesan antara satu variabel terhadap variabel lain.

(c) Hipotesis boleh diuji secara statistik. Berikut dijelaskan perbezaan antara hipotesis kajian dan hipotesis statistik.

Page 12: 03124413Topik3MasalahKajian

TOPIK 3 MASALAH KAJIAN

58

(a) Hipotesis Kajian dan Hipotesis Statistik Hipotesis kajian adalah pernyataan tentang keputusan yang dijangka, sebaliknya, hipotesis statistik adalah pernyataan tentang andaian bahawa tiada hubungan antara variabel-variabel yang dikaji. Andaian tiada hubungan ini perlu dibuat sebab sesuatu kaedah statistik yang digunakan untuk menguji hipotesis perlu mengandaikan “tiada hubungan” antara variabel-variabel kajian. Contohnya adalah seperti berikut:

Hipotesis kajian/alternatif: Skor min dalam sains bagi pelajar-pelajar Tingkatan 2A yang mempelejarinya melalui kaedah koperatif adalah berbeza daripada skor min pelajar-pelajar Tingkatan 2B yang mempelajarinya melalui kaedah tradisional.

Hipotesis statistik/nol: Skor min dalam sains bagi pelajar-pelajar Tingkatan 2A yang mempelejarinya melalui kaedah koperatif adalah sama dengan skor min pelajar-pelajar Tingkatan 2B yang mempelajarinya melalui kaedah tradisional.

Ho : μ1 = μ2 (hipotesis statistik/nol)

Ha : μ1 ≠ μ2 (hipotesis kajian/alternatif)

μ1 = min populasi 1 μ2 = min populasi 2

Bagi mana-mana hipotesis nol/statistik yang dibina, perlu wujud hipotesis alternatif/kajian, sekiranya hipotesis nol ditolak. Jadi, terdapat satu set hipotesis. Hipotesis nol biasanya ditulis dalam bentuk “tiada perbezaan”, contohnya: “Tiada perbezaan skor min dalam sains antara pelajar-pelajar Tingkatan 2A yang mempelejarinya melalui kaedah koperatif dengan skor min pelajar-pelajar Tingkatan 2B yang mempelajarinya melalui kaedah tradisional”. Selain itu, sesuatu hipotesis tidak boleh diuji sekiranya ukuran variabel-variabel bersandar tidak bersifat kuantitatif. Contoh ukuran kuantitatif ialah: panjang diukur dalam sentimeter, berat dalam kilogram, pencapaian dalam peratus, kecerdasan dalam skala IQ dan sebagainya. Data kuantitatif (hipotetikal sahaja) dapat dilihat dalam contoh kajian yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3.

Page 13: 03124413Topik3MasalahKajian

TOPIK 3 MASALAH KAJIAN 59

Variabel takbersandar dalam kajian ini ialah kaedah pengajaran dan variabel bersandar ialah pencapaian geografi. Pencapaian geografi boleh didefinisikan secara operasional sebagai skor peperiksaan semester bagi mata pelajaran Geografi dalam peratus. Dalam konteks ini, skor min pelajar dan sisihan piawai boleh dikira seperti beikut:

Kumpulan A: Skor min = 85 Sisihan piawai = 7 Kumpulan B: Skor min = 80 Sisihan piawai = 15

Berdasarkan data kuantitatif yang dinyatakan di atas, ujian-t (ujian statistik yang digunakan untuk menguji kesamaan dua (2) min) telah dilakukan untuk menguji adakah terdapat perbezaan antara kedua-dua skor min ini. Ujian terhadap hipotesis nol (Tiada perbezaan antara skor min pelajar mengikut kaedah pengajaran kuliah-tutorial dan kuliah-projek) adalah tidak signifikan para aras kebarangkalian 0.05, yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara dua skor min ini. Ini menunjukkan bahawa skor min bagi Kumpulan A adalah sama dengan skor min kumpulan B.

Soalan kajian adalah: “Kumpulan manakah yang mendapat prestasi yang lebih baik pada penghujung semester, iaitu adakah kupumpulan yang mengikuti tutorial atau kumpulan yang membuat projek?” Seramai 80 orang pelajar telah dipilih secara rawak untuk mengambil bahagian dalam eksperimen ini (40 orang diletakkan dalam Kumpulan A, yang mengikuti tutorial; dan 40 orang lagi diletakkan dalam Kumpulan B, yang membuat projek).

2. Tiada tutorial diberi kepada pelajar, tetapi mereka perlu menyiapkan satu projek, selain menghadiri syarahan biasa.

1. Pelajar mengikuti tutorial beserta latihan yang banyak, selain menghadiri syarahan biasa.

Satu eksperimen telah dijalankan untuk membandingkan dua (2) kaedah pengajaran geografi, iaitu:

Rajah 3.3: Data kuantitatif dalam kajian eksperimental

Anda akan mempelajari dengan lebih mendalam lagi tentang ujian hipotesis dalam Topik 8 bersama dengan kaedah analisis data kuantitatif yang lain. Data kualitatif yang tidak menggunakan ukuran dalam bentuk angka tidak dapat dianalisis secara statistik. Jadi, hipotesis kajian tidak

Page 14: 03124413Topik3MasalahKajian

TOPIK 3 MASALAH KAJIAN

60

perlu dibina, tetapi persoalan kajian perlu dijawab secara deskriptif tanpa bukti berbentuk angka. Topik 6 akan menghuraikan kajian kualitatif dan analisisnya. Secara umumnya, pengujian hipotesis boleh dibuat untuk kajian berbentuk ekperimen, kuasi-experimen, korelasi dan regresi. Bagaimanakah anda membina hipotesis? Pertama, anda perlu melakukan tijauan literatur dan dapatkan dapatan-dapatan kajian lepas dan bahan-bahan lain yang anda peroleh, seperti daripada bacaan atau pengalaman sendiri. Bagaimanapun, dalam kajian kualitatif, hipotesis kajian tidak dibina pada peringkat permulaan kajian, tetapi apabila data mula dikumpul dan dianalisis. Dalam bahagian seterusnya, tumpuan diberikan kepada kajian kuantitatif.

(b) Hipotesis Kajian Tak Berarah dan Berarah

Hipotesis kajian tak berarah bermaksud jangkaan kita tentang perbezaan atau hubungan antara variabel yang dikaji adalah tidak memihak kepada mana-mana arah, misalnya tidak lebih tinggi atau tidak lebih rendah, tetapi sekadar berbeza sahaja. (seperti, “skor min adalah berbeza”). Bagi hipotesis berkaitan hubungan (korelasi), kita hanya jangka sekadar ada hubungan sahaja, tetapi tidak hubungan negatif atau positif. (seperti, “Wujud hubungan antara pencapaian dengan lama masa menonton televisyen”). Contoh hipotesis tak berarah telah diberikan sebelum ini. Hipotesis kajian berarah pula bermaksud jangkaan kita tentang perbezaan atau hubungan antara variabel adalah memihak kepada arah tertentu, misalnya lebih tinggi, lebih rendah, lebih kecil atau lebih besar daripada sesuatu yang dibandingkan. Contoh hipotesis berarah diberi dalam Jadual 3.2 berikut:

Jadual 3.2: Hipotesis Berarah

Hipothesis Nol

Skor min kemahiran berfikir kumpulan yang mengikuti kelas kemahiran berfikir melalui kaedah ekplisit adalah sama atau kurang daripada skor min kumpulan yang melalui teknik integrasi.

Hipotesis Alternatif Skor min kemahiran berfikir kumpulan yang mengikuti kelas kemahiran berfikir melalui kaedah ekplisit adalah lebih tinggi daripada skor min kumpulan yang melalui teknik integrasi.

Page 15: 03124413Topik3MasalahKajian

TOPIK 3 MASALAH KAJIAN 61

Dalam contoh ini, pengkaji yakin bahawa skor min kemahiran berfikir kumpulan yang mengikuti kelas kemahiran berfikir melalui kaedah ekplisit adalah lebih tinggi daripada skor min kumpulan yang melalui teknik integrasi. Bagaimanapun, hipotesis/jangkaan ini perlu dibuktikan.

LATIHAN 3.4

Berdasarkan soalan kajian dalam Latihan 3.3, bina sepasang hipotesis tak-berarah untuk menjawab soalan kajian ini.

(c) Objektif Kajian „Menanam Nilai Melalui Pembelajaran Koperatif dalam Sains‰ Beberapa objektif kajian boleh dibentuk untuk kajian di atas. Antaranya ialah:

(i) Menentukan adakah pembelajaran koperatif, menggunakan teknik Jigsaw2 dan STAD, dalam pengajaran sains boleh menerap nilai penyeyang, ikhlas dan semangat kerjasama.

(ii) Menentukan yang mana antara dua (2) struktur pembelajaran koperatif yang lebih berkesan untuk menanam nilai-nilai murni, iaitu antara “Jigsaw2” dan “STAD”.

Hipotesis Nol Beberapa hipotesis nol (H0) dan hipotesis alternatif (Ha) perlu dibina untuk mencapai objektif-objektif kajian ini, iaitu seperti dalam senarai berikut: (a) H01: Tiada perbezaan antara skor min ujian-pra dan ujian-pos bagi nilai

kasih sayang. Ha1: Terdapat perbezaan antara skor min ujian-pra dan ujian-pos

terhadap nilai kasih sayang.

(b) H01: Tiada perbezaan antara skor min ujian-pra dan ujian-pos bagi nilai kejujuran. Ha1: Terdapat perbezaan antara skor min ujian-pra dan ujian-pos

terhadap nilai kejujuran.

(c) H01: Tiada perbezaan antara skor min ujian-pra dan ujian-pos bagi nilai semangat kejasama. Ha1: Terdapat perbezaan antara skor min ujian-pra dan ujian-pos

terhadap nilai semangat kerjasama.

Page 16: 03124413Topik3MasalahKajian

TOPIK 3 MASALAH KAJIAN

62

(d) H01: Tiada perbezaan antara skor min perbezaan ujian-pra-pos bagi nilai kasih sayang, kejujuran dan semangat kejasama antara kumpulan Jigsaw2 dan STAD. Ha1: Terdapat perbezaan antara skor min perbezaan ujian-pra-pos bagi

nilai kasih sayang, kejujuran dan semangat kejasama antara kumpulan Jigsaw2 dan STAD.

LATIHAN 3.5

Berdasarkan soalan kajian dalam Latihan 3.3, bina sepasang hipotesis berarah untuk menjawab soalan kajian ini.

• Topik ini telah pun membicarakan tentang masalah kajian secara keseluruhan dan antara perkara yang dibincangkan termasuklah motivasi menjalankan kajian, latar belakang masalah kajian, pernyataan masalah serta tujuan dan objektif kajian.

• Seterusnya, topik ini juga membincangkan tentang soalan dan hipotesis kajian.

• Walaupun perbincangan dibuat secara ringkas, namun ia adalah lengkap dan diharapkan dapat membantu anda sebagai pengkaji untuk merancang kajian anda nanti.

Hipotesis kajian

Kerangka konsepsual

Kerangka teori

Teori

Variabel

Page 17: 03124413Topik3MasalahKajian

TOPIK 3 MASALAH KAJIAN 63

1. Kajian mempunyai tujuan-tujuan tertentu, yang menjadi motivasi untuk kita menjalankannya. Nyatakan dengan ringkas tujuan-tujuan kajian.

2. Setelah membaca penulisan dalam bidang kajian yang anda minati, anda perlu mengenal pasti masalah kajian. Jelaskan apakah “masalah kajian”.

3. Setelah anda mengenal pasti masalah kajian, langkah seterusnya ialah membuat tinjauan literatur. Jelaskan kepentingan membaca kajian berkaitan.

4. Anda ingin melakukan satu kajian yang melibatkan pengajaran yang anda akan lakukan sendiri. Sila jelaskan dengan ringkas perkara-perkara berikut:

(a) Nyatakan bidang kajian anda dan tuliskan topik kajian yang anda ingin lakukan.

(b) Nyatakan masalah kajian, latar belakang kepada masalah kajian dan juga motivasi kajian.

(c) Berikan kepentingan kajian ini dan batasan-batasan kajian, jika ada, berkaitan dengan kajian yang akan anda lakukan.