03. skop kerja chromebook

Upload: hanif-harun

Post on 03-Apr-2018

266 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 03. Skop Kerja Chromebook

    1/12

    SKOP KERJA

    1 UMUM

    1.1 Kontraktor dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan yang berkaitandi sekolah semasa membuat kerja-kerja pembekalan, penghantaran,pemasangan, pengkonfigurasian, pengujian, pentauliahan,penyelenggaraan dan latihan di sekolah yang terlibat.

    1.2 Sebarang kecacatan/kerosakan yang berlaku yang disebabkan olehpihak Kontraktor semasa kerja-kerja pembekalan dan pemasangandibuat oleh Kontraktor hendaklah dibaikpulih tanpa sebarang kostambahan kepada Kerajaan.

    1.3 Kontraktor hendaklah menyediakan tenaga kerja yang mempunyaikemahiran, pengetahuan teknikal dan mengetahui skop kerja yangperlu dilakukan.

    1.4 Setiap peralatan yang dibekalkan hendaklah diselaraskan denganperubahan umum teknologi komunikasi dan rangkaian yangberasaskan Web Based Cloud Technology tanpa sebarangpenambahan kos dan boleh digunakan sepanjang tempoh jaminanselama tiga (3) tahun.

    1.5 Cadangan tersebut mestilah memenuhi lima (5) elemen penting iaitu:

    (a) Sistem yang ditawarkan mestilah memenuhi segala keperluandengan mengambil kira keperluan masa hadapan dan bertahanlama (system of the future) sekurang-kurangnya teknologi tidakberubah dalam tempoh lama (tiga (3) tahun);

    (b) Proses Pengajaran dan Pembelajaran lebih baik dari segipenyampaian pembelajaran kepada murid (better system) darisistem sedia ada dan diterima pakai oleh guru/sekolah;

    (c) Sistem mudah untuk diurus, diselenggara dan mudahdilaksanakan (easy to manage, maintain and implement);

    (d) Tidak membebankan guru untuk mengurus dan menyelenggaraperalatan; dan

    (e) Harga dan kos pelaksanaan bagi cadangan penyelesaian (costeffective)

    1.6 Mana-mana skop kerja yang tidak diperincikan hendaklah dirujukkepada pendekatan yang dilaksanakan semasa Proof Of Concept(POC).

  • 7/28/2019 03. Skop Kerja Chromebook

    2/12

    1.7 Menukarkan sistem pengoperasian yang rosak (corrupted) di komputerriba PPSMI kepada sistem pengoperasian berasaskan Linux denganpelayar (browser) Chrome jika perkakasan berkenaan masih bolehberfungsi dengan baik, memenuhi keperluan minimum sistempengoperasian dan ketersediaan pemacu peranti (device driver).

    Tanggungjawab Kontraktor adalah terhad kepada pembekalan perisianpelayarChrome berasaskan OS Linuxsahaja di dalam bentuk salinancakera padat (CD) atau thumbdrive termasuk salinan garis panduanpemasangan untuk diedarkan ke sekolah-sekolah yang terbabit. Pihakkontraktor tidak terbabit dengan pemasangan perisian ini di komputerriba PPSMI yang terlibat.

    2 SKOP KERJA

    2.1 Pembekalan

    (a) Kontraktor hendaklah membekalkan peralatan mengikut kuantitidan spesifikasi yang dinyatakan di Kuantiti Bil (Bill of Quantity).

    (b) Semua peralatan yang dibekalkan hendaklah daripadapengeluaran yang terbaru dan bebas daripada sebarangkecacatan. Kontraktor hendaklah menggantikan peralatan yangdibekalkan dengan peralatan yang baru sekiranya didapatiperalatan yang dibekalkan semasa penghantaran tidakberfungsi dengan baik atau rosak.

    (c) Tempoh pembekalan keseluruhan peralatan adalah selamaseratus lapan puluh (180) hari kalendar bermula dari tarikh

    surat setuju terima dikeluarkan. Kontraktor hendaklahmenyediakan jadual pelaksanaan dan senarai pegawai untukdihubungi semasa pelaksanaan projek ini.

    (d) Kontraktor hendaklah memastikan pekerja-pekerja Kontraktormematuhi etika pakaian dan peraturan-peraturan yangditetapkan di premis pengguna. Kad pekerja hendaklah dipakaidan dipamerkan sepanjang tempoh berada di tapak.

    (e) Kontraktor hendaklah memberikan jadual pembekalan untuksetiap lokasi kepada Kerajaan dalam tempoh empat belas (14)hari sebelum pembekalan dibuat supaya premis penggunadapat dimaklumkan terlebih dahulu.

    (f) Kontraktor hendaklah menyediakan dan melengkapkan kaddaftar harta modal bagi peralatan yang dibekalkan mengikutformat kewangan Kerajaan KEW-PA2 dan diserahkan kepadaguru ICT di sekolah untuk semakan dan pengesahan. Format iniakan diberikan oleh pengguna kepada Kontraktor.

  • 7/28/2019 03. Skop Kerja Chromebook

    3/12

    (g) Bagi hal pembekalan yang lewat diserahkan, dipasang, diuji,ditauliahi (mana-mana yang berkenaan) oleh Kontraktor,Kerajaan boleh melaksanakan mana-mana satu atau apa-apagabungan dua atau lebih tindakan yang berikut:

    (i) Menolak pembekalan itu, menamatkan Perjanjian ini danmerampas Bon Pelaksanaan; atau

    (ii) Membeli pembekalan yang dikehendaki itu daripadapunca-punca lain dan menolak pembekalan yang dibuatoleh Kontraktor. Bagi hal yang sedemikian, jika kosmemperolehi pembekalan itu daripada punca-punca lainmelebihi harga dalam Perjanjian ini, Kontraktordikehendaki membayar amaun yang lebih itu sebagaipampasan kepada Kerajaan; atau

    (iii) Setuju menerima pembekalan yang lewat itu danmengenakan denda lewat seperti formula atau kaedahyang berikut:

    Denda = V(T+D) x 5%T

    V = Nilai pembekalan yang lewat

    T = Tempoh masa pembekalan (dalam hari)

    D = Bilangan hari lewat

    2.2 Penghantaran

    (a) Waktu dan hari penghantaran hendaklah menepati waktu danhari bekerja di negeri/lokasi yang terlibat. Waktu bekerja adalahbermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Hari bekerjamengikut negeri adalah seperti berikut:

    BIL NEGERI HARI BEKERJA

    (i) KedahAhad - Khamis

    (Kecuali cuti am negeriatau kebangsaan)

    (ii) Kelantan

    (iii) Terengganu

    (iv) PerlisIsnin - Jumaat

    (Kecuali cuti am negeri

    atau kebangsaan)

    (v) Pulau Pinang

    (vi) Perak

  • 7/28/2019 03. Skop Kerja Chromebook

    4/12

    BIL NEGERI HARI BEKERJA

    (vii) Selangor

    (viii) Wilayah Persekutuan

    Kuala Lumpur

    (ix) Negeri Sembilan

    (x) Melaka

    (xi) Johor

    (xii) Pahang

    (xiii) Sabah

    (xiv) Sarawak

    (b) Pihak kontraktor hendaklah memaklumkan kepada pihakJPN/PPD/sekolah sekurang-kurangnya satu (1) hari sebelumpenghantaran dibuat.

    (c) Lokasi penghantaran adalah mengikut lokasi yang dinyatakan didalam Senarai Agihan. Sebarang perubahan lokasi adalahtertakluk kepada arahan Kerajaan dari semasa ke semasa.

    (d) Kontraktor perlu menyerahkan senarai semak peralatan atausalinan pesanan Kerajaan kepada pegawai penerima yangberada di lokasi penghantaran.

    (e) Sijil Akuan Penerimaan hendaklah ditandatangani oleh pegawaipenerima di lokasi penghantaran dan disahkan oleh ketuajabatan/bahagian/agensi hanya setelah peralatan dipasang, diujidan ditauliah.

    2.3 Pemasangan

    (a) Perkakasan yang dibekalkan hendaklah dipasang dengansistem operasi yang ditetapkan. Kontraktor hendaklahmemastikan sistem operasi yang dipasang lengkap denganpatches terkini.

    (b) Kontraktor hendaklah menyediakan Virtual DesktopInfrastructure (VDI) dan memberikan kemudahan kepadapembekal perisian untuk membuat pemasangan perisian-

    perisian lain yang diperolehi oleh Kerajaan antaranya sepertiperisian-perisian berikut:

  • 7/28/2019 03. Skop Kerja Chromebook

    5/12

    (i) Microsoft Corporation (Office, Project, Visio dan lain-lainyang berkenaan) atau setara atau lebih tinggi (equivalentor higher);

    (ii) Adobe System (Photoshop, Illustrator, InDesign,

    Dreamweaverdan lain-lain yang berkenaan) atau setaraatau lebih tinggi (equivalent or higher);

    (iii) Autodesk Incorporation (AutoCad, 3D MaxDesign.CoralDraw dan lain-lain yang berkenaan) atau setaraatau lebih tinggi (equivalent or higher); dan

    (iv) Apa-apa perisian yang diperlukan untuk tujuanpembelajaran dan pengajaran yang bersesuaian dengankurikulum semasa.

    Untuk penjelasan, skop pihak kontraktor hanya melibatkanpemasangan VDI secara one time off tertakluk kepadaketersediaan dan sumber-sumber yang sediada di dalam1BestariNet Hosting Cloud.

    (c) Kos bagi pelesenan, pengurusan, penyelenggaraan danpengendalian bagi perisian yang tersebut di atas tidak termasukdalam skop Kontraktor dan disediakan oleh pihak pembekalperisian.

    (d) Sebarang perubahan perisian adalah tertakluk kepada

    keperluan Kerajaan dari masa ke semasa dan akandimaklumkan kepada Kontraktor. Skop Kontraktor hanyamelibatkan membenarkan akses kepada para pembekaldan/atau pemasang perisian/aplikasi berkenaan agar merekaboleh membuat pemasangan di VDI yang disediakan.

    (e) Kontraktor dikehendaki menyediakan Wireless Local AreaNetwork(WLAN) bagi menghubungkan perkakasan-perkakasanyang berada di dalam rangkaian setempat. Skop kontraktoradalah terhad kepada menghubungkan suis rangkaian setempatsedia ada yang berfungsi kepada peralatan WLAN yang

    dibekalkan.

    (f) Kontraktor hendaklah melaksanakan pengkabelan danmemasang peralatan tambahan seperti router, switch, wirelessAP, network management system atau apa-apa perkakasan lainyang bersesuaian yang diperlukan bagi memastikan WLANberfungsi secara menyeluruh tanpa melibatkan sebarang kostambahan kepada Kerajaan. Skop ini adalah terhad kepadapembekalan Standard Lab Configuration yang merangkumiseperti berikut :

  • 7/28/2019 03. Skop Kerja Chromebook

    6/12

    (i) 41 unit Chromebook

    (ii) 1 unit Chrome Cart

    (iii) 1 unit content cache appliance

    (iv) 1 unit Superzoom

    (v) 1 unit Wifi Access Point; dan

    (vi) 1 pakej sambungan Internet 4Mbps selama 12 bulan

    Skop ini adalah juga terhad kepada menghubungkan suisrangkaian setempat sedia ada yang berfungsi kepada peralatanWLAN yang dibekalkan.

    (g) Setiap perkakasan yang dibekalkan hendaklah boleh

    dihubungkan terus kepada internet tanpa had dimana-manakawasan sekolah tanpa sebarang penambahan kos tertaklukkepada penggunaan bersepadu sebagai satu Standard LabConfiguration.

    (h) Setiap perkakasan yang dibekalkan hendaklah boleh akseskepada aplikasi atau perisian yang dipasang di cloud atau didalam rangkaian setempat tanpa had pada bila-bila masatertakluk kepada penggunaan bersepadu sebagai satuStandard Lab Configuration.

    2.4 Pengkonfigurasian

    (a) Semua perkakasan dan perisian yang dibekalkan dan dipasangoleh Kontraktor hendaklah dikonfigurasi supaya bolehdigunakan oleh pengguna tanpa sebarang pembetulan ataumodifikasi.

    (b) Semua perkakasan dan perisian yang dibekalkan olehkontraktor hendaklah dikonfigurasi supaya boleh dihubungkan

    kepada WLAN dan rangkaian internet.

    (c) WLAN hendaklah dikonfigurasi supaya boleh menghubungkansemua perkakasan dan perisian yang dibekalkan olehKontraktor yang berada dalam rangkaian setempat.

    (d) Setiap perkakasan yang dibekalkan hendaklah dikonfigurasikansupaya boleh mendapat akses kepada internet di mana-manakawasan di premis sekolah tanpa had tertakluk kepadapenggunaan bersepadu sebagai satu Standard LabConfiguration.

  • 7/28/2019 03. Skop Kerja Chromebook

    7/12

    (e) Setiap perkakasan hendaklah dikonfigurasikan supaya bolehakses kepada aplikasi pembelajaran maya di mana-manakawasan di premis sekolah tanpa had tertakluk kepadapenggunaan bersepadu sebagai satu Standard LabConfiguration.

    (f) Kontraktor juga dikehendaki mengkonfigurasi danmenghubungkan segala perkakasan yang dibekalkan oleh pihakKontraktor kepada perkhidmatan cloud computing sepanjangtempoh jaminan iaitu selama tiga (3) tahun.

    (g) Kontraktor hendaklah memastikan data storan di cloud diurusdan diselenggara serta disesuaikan dengan 1BestariNet.

    (h) ID pengguna sedia ada hendaklah dikonfigurasi selaras denganID Virtual Learning Environment(VLE) 1BestariNet.

    2.5 Pengujian Dan Pentauliahan

    (a) Kontraktor dikehendaki melakukan pengujian ke atas semuaperkakasan, perisian serta peralatan yang dipasangkan dipremis pengguna.

    (b) Kontraktor perlu menyediakan senarai semak pengujian dandiserahkan kepada Kerajaan untuk semakan sebelum pengujiandibuat. Senarai semak pengujian hendaklah diserahkan kepadapegawai penyemak di premis pengguna bersama-sama SijilPengujian dan Pentaulihan untuk pengesahan.

    (c) Kontraktor hendaklah menggantikan mana-mana perkakasan,perisian, sistem aplikasi atau mana-mana kerja pemasanganyang tidak berfungsi dengan baik atau tidak mengikutispesifikasi yang ditetapkan semasa pengujian dibuat.

    (d) Sijil Pengujian dan Pentauliahan hanya akan ditandatanganioleh guru besar/pengetua/pegawai yang diberi kuasa setelahperkakasan, perisian, sistem aplikasi serta segala kerja-kerjapemasangan telah diujilari dan didapati berfungsi dengansempurna.

    2.6 Taklimat Penggunaan, Latihan Dan Pengemaskinian Teknologi

    (a) Kontraktor dikehendaki menyediakan modul latihan, jaduallatihan serta kaedah pelaksanaan latihan dan diserahkankepada Kerajaan untuk persetujuan sebelum latihandilaksanakan.

  • 7/28/2019 03. Skop Kerja Chromebook

    8/12

    (b) Taklimat penggunaan (dua (2) orang per lokasi) hendaklahdibuat di premis pengguna merangkumi perkara-perkara berikut:

    (i) Penggunaan peralatan;

    (ii) Penggunaan sistem operasi;

    (iii) Fungsi pentadbir (Administrator) atau guru untukmengawal dan memantau penggunaan aplikasi sertaperisian oleh setiap pengguna;

    (iv) Penggunaan aplikasi cloud computing dan rangkaiansetempat; dan

    (v) Cara pengendalian terbaik (best use practice)

    Sebagai penjelasan, latihan ini akan dilaksanakan semasapenghantaran & pentauliahan perkakasan di sekolah dan hanyaakan merangkumi latihan persediaan perkakasan, fungsi-fungsi& ciri-ciri asas perkakasan termasuk pengecasan danpenyimpanan peralatan yang dibekalkan serta akses ke1BestariNet dan Frog VLE.

    (c) Kontraktor dikehendaki menyediakan dokumen latihan kepadasemua peserta secara atas talian (online) dan boleh dicetakoleh pengguna pada bila-bila masa diperlukan. Sebarangperubahan kandungan latihan adalah tertakluk kepadakeperluan semasa.

    (d) Kontraktor juga dikehendaki melaksanakan pengemaskinianteknologi (Technology Update) kepada Bahagian / Jabatan /Agensi yang terlibat merangkumi perkara-perkara berikut:

    (i) Pengenalan kepada produk;

    (ii) Maklumat-maklumat terkini berkenaan produk darisemasa ke semasa;

    (iii) Program kesedaran (Awareness Program) kepada pihak

    pengurusan KPM;

    (iv) Technology Route Map oleh Google Inc. bagi tempoh tiga(3) tahun; dan

    (v) Technology Update kepada pihak Kerajaan hendaklahdibuat sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun di dalamnegara dan dua (2) kali setahun di luar negara denganjumlah enam (6) orang bagi setiap sesi.

    Skop ini tertakluk kepada peruntukan yang selaras dengan

    Jadual Harga yang ditetapkan di Lampiran A.

  • 7/28/2019 03. Skop Kerja Chromebook

    9/12

    (e) Kontraktor dikehendaki menyerahkan cadangan pelanpemindahan teknologi kepada Kerajaan untuk persetujuanselewat-lewatnya dalam tempoh masa empat belas (14) harisebelum bengkel tersebut dilaksanakan.

    (f) Segala kos yang terlibat bagi pemindahan teknologi termasukjurulatih, tempat latihan, nota, penginapan, makan-minum danlain-lain hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Kontraktor,selaras dengan peruntukan di dalam Jadual Harga yangditetapkan di Lampiran A.

    2.7 Penyelenggaraan Dalam Tempoh Jaminan

    (a) Waktu dan hari meja bantuan (helpdesk) hendaklah boleh

    dihubungi mulai jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam (Isninhingga Jumaat)

    (b) Kontraktor dikehendaki memberikan penyelenggaraanpembaikan yang merangkumi penghantaran penggantianperanti/peralatan yang terlibat tertakluk kepada StandardManufacturer Warranty secara percuma bagi segala peralatanyang rosak sepanjang tempoh jaminan (warranty). Jaminanadalah termasuk kos alat ganti, peralatan, pengangkutan dantenaga kerja.

    (c) Tempoh jaminan bagi peralatan yang dibekalkan adalah selamatiga (3) tahun daripada tarikh Sijil Pengujian Dan Pentauliahan(SPP) ditandatangani. Jika berlaku kerosakan semasa dalamtempoh jaminan, Kontraktor dikehendaki memperbaiki peralatantersebut tanpa sebarang kos tambahan kepada Kerajaan.

    (d) Kontraktor hendaklah memastikan segala aplikasi dan perisianyang di bekalkan dan di pasang di cloud atau rangkaiansetempat diselenggara dengan baik supaya aplikasi danperisian tersebut boleh digunakan sepanjang masa.

    (e) Kontraktor dikehendaki menyediakan meja bantuan secaraonline dan talian telefon yang boleh dihubungi oleh penggunauntuk membuat aduan kerosakan sepanjang tempoh jaminanselama tiga (3) tahun. Meja bantuan ini perlulah diintegrasikandengan meja bantuan (helpdesk) 1Bestarinet.

    (f) Kontraktor hendaklah menyediakan online supporting portalyang boleh diakses oleh Kerajaan pada bila-bila masa untuktujuan aduan dan pemantauan sepanjang tempoh jaminanselama tiga (3) tahun. Portal tersebut hendaklah mempunyaikeupayaan untuk mencetak rekod.

  • 7/28/2019 03. Skop Kerja Chromebook

    10/12

    (g) Jika kerosakan tidak dibaiki dalam tempoh masa empat belas(14) hari (Turnaround Time), maka Kontraktor hendaklahmenggantikan Peralatan yang rosak tersebut dengan peralatanbaru yang sama atau lebih spesifikasi, keupayaan dankegunaan.

    (h) Sekiranya Kontraktor gagal mengganti / membaiki peralatanberkenaan dengan memuaskan maka Kerajaan boleh samaada:

    (i) Mendapatkan mana-mana orang berkelayakan bagimengganti / membaiki alat-alat itu di mana semua kosyang kena bayar bagi tujuan tersebut hendaklahditanggung oleh Kontraktor; dan/atau

    (ii) Memulangkan alat berkenaan dan Kontraktor hendaklah

    membayar denda, pampasan dan kos-kos yang terlibatdengan pemulangan itu; dan/atau

    (iii) Sekiranya kelambatan penggantian / pembaikan mana-mana alat yang tidak mengikut spesifikasi denganmemuaskan maka Kerajaan boleh mengenakan dendaterhadap Kontraktor seperti jadual berikut:-

    Bil Perkara Denda

    1. Lewat 1 7 Hari 5 % daripada harga peralatan

    2. Lewat 8 14 Hari 10 % daripada harga peralatan

    3. Lewat > 14 Hari Peralatan perlu diganti baru.Jika tidak, Kontraktor akandidenda bersamaan dengannilai peralatan tersebut.

    *Kelewatan dikira bermula dari tarikh tamat tempohturnaround time.

    (i) Laporan-laporan mengenai kerosakan berserta kerja-kerjapembaikan dan penggantian hendaklah dikemukakan kepadaKerajaan setiap bulan.

    (j) Kontraktor hendaklah mendapatkan jaminan daripada pihakprincipalbagi setiap peralatan yang dibekalkan.

  • 7/28/2019 03. Skop Kerja Chromebook

    11/12

    2.8 Pemantauan dan Dokumentasi

    (a) Mesyuarat pemantauan akan diadakan pada setiap mingguuntuk tiga bulan pertama.

    (b) Pihak kontraktor hendaklah menyediakan satu pasukan khassepanjang tempoh kontrak ini selama tiga (3) tahun.

    (c) Kontraktor hendaklah memastikan bahawa segala rekodberkenaan pembekalan ini diselenggara dengan baik dandiserahkan kepada Kerajaan. Dokumen-dokumen tersebutadalah seperti berikut:

    (i) Project Charter diserahkan semasa mesyuarat kick-offiaitu selepas empat belas (14) hari dari tarikh surat setujuterima;

    (ii) Manual pengguna bagi setiap peralatan yang dibekalkandiserahkan semasa taklimat penggunaan;

    (iii) Dokumentasi teknikal bagi membolehkan kerajaanmenguruskan peralatan-peralatan yang dibekalkan olehKontraktor antaranya konfigurasi IP, aplikasi, IDpengguna (user ID), kata laluan (password) dan lain-lainyang berkenaan selepas kerja-kerja pemasangan,pengujian dan pentauliahan selesai bersama-sama SijilAkuan Penerimaan dan Sijil Pengujian dan Pentauliahan;

    (iv) Rekabentuk dan diagram rangkaian setempat sertasambungan internet di setiap premis pengguna selepaskerja-kerja pemasangan, pengujian dan pentauliahanselesai dikemukakan bersama-sama Sijil AkuanPenerimaan dan Sijil Pengujian dan Pentauliahan;

    (v) Senarai peralatan yang dibekalkan diserahkan selepaskerja-kerja pemasangan, pengujian dan pentaulihanselesai bersama-sama Sijil Akuan Penerimaan dan SijilPengujian dan Pentauliahan;

    (vi) Laporan Kemajuan Projek dikemukakan setiap bulankepada pihak Kementerian; dan

    (vii) Laporan-laporan kerosakan dan pembaikan diserahkanpada setiap bulan.

  • 7/28/2019 03. Skop Kerja Chromebook

    12/12