02'8/ 62$/$1 723,.$/ &(0(5/$1*...berdasarkan rajah di atas, cadangkan dua penambahbaikan...

17

Upload: others

Post on 02-Jun-2020

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 02'8/ 62$/$1 723,.$/ &(0(5/$1*...Berdasarkan rajah di atas, cadangkan dua penambahbaikan prinsip asas rekabentuk interaktif aplikasi tersebut. [4 markah] SOALAN 6 (MENCIPTA) Anda diminta

SAINS KOMPUTER

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIKJABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

DENGAN KERJASAMAYAYASAN PERAK

AMANJAYA 2018

MODUL SOALAN TOPIKAL CEMERLANG

Page 2: 02'8/ 62$/$1 723,.$/ &(0(5/$1*...Berdasarkan rajah di atas, cadangkan dua penambahbaikan prinsip asas rekabentuk interaktif aplikasi tersebut. [4 markah] SOALAN 6 (MENCIPTA) Anda diminta

JAWATANKUASA PEMBINAAN

MODUL SOALAN TOPIKAL CEMERLANG/HALUS

AMANJAYA SPM NEGERI PERAK 2018

(MATA PELAJARAN : SAINS KOMPUTER)

PENASIHAT

Puan Hajah Rahimah binti Mohamed

Ketua Sektor Pengurusan Akademik

Jabatan Pendidikan Negeri Perak

PENGERUSI

Encik Syahrul Lizan bin Mohamed Nasir

Ketua Unit Matematik

Sektor Pengurusan Akademik

Jabatan Pendidikan Negeri Perak

PENYELARAS MODUL

Encik Khairul Farez bin Nahrawi

Penolong Pengarah ICT dan Pengkomputeran

Sektor Pengurusan Akademik

Jabatan Pendidikan Negeri Perak

KETUA PENGGUBAL MODUL

Pn. Farida binti Yusof

SMK Trolak Selatan

PENOLONG KETUA PENGGUBAL

Cik Maslin binti Kamaruddin

SMK Sultan Yussuf

PARA PENGGUBAL ITEM MODUL

En. Hafezullah bin Shafie SMK Jalan Tasek

En. Shahrul bin Daud SMK Ambrose

Pn. Hazzra binti Abdul Malik SMK Toh Indera Wangsa Ahmad

Pn. Narizah binti Mohd Rozali SMK Gerik

Pn. Hamidah binti Abdul Rahim SMK Hutan Melintang

Pn. Adibah Nurhashimah binti Rahmat SMK Sri Kurau

Pn. Nur Adila binti Ibrahim SMK Methodist ACS Setiawan

Pn. Salbiah binti Mohamad Sabri SMK Sungai Pari

Cik Naizatul Aslamiah binti Mohamad Zainuddin SMK St. Michael

Page 3: 02'8/ 62$/$1 723,.$/ &(0(5/$1*...Berdasarkan rajah di atas, cadangkan dua penambahbaikan prinsip asas rekabentuk interaktif aplikasi tersebut. [4 markah] SOALAN 6 (MENCIPTA) Anda diminta

Seulas Pinang. Assalamualaikum wrt wbt….

Modul ini dihasilkan oleh panel penggubal Modul Amanjaya oleh Jurulatih Utama Sains

Komputer Negeri Perak. Modul ini mengandungi soalan dari setiap bab sukatan mata

pelajaran Sains Komputer Tingkatan 4 dan 5.

Penyediaan Modul Amanjaya ini bertujuan membantu guru Sains Komputer dalam PdPc.

Selain daripada itu, modul ini dapat membantu calon-calon dengan pelbagai bahan yang

berbentuk topikal dan berunsurkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) sejajar dengan

keperluan calon SPM terkini yang memerlukan mereka menjana dan mengembangkan idea.

Modul ini diharap dapat membantu meningkatkan kecemerlangan calon-calon SPM negeri

Perak.

Sekian.

Khairul Farez bin Nahrawi

Penolong Pengarah ICT dan Pengkomputeran

Sektor Pengurusan Akademik

Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Page 4: 02'8/ 62$/$1 723,.$/ &(0(5/$1*...Berdasarkan rajah di atas, cadangkan dua penambahbaikan prinsip asas rekabentuk interaktif aplikasi tersebut. [4 markah] SOALAN 6 (MENCIPTA) Anda diminta

CARA PENGGUNAAN MODUL

PANDUAN

1. Modul Cemerlang dan Halus disediakan berdasarkan format peperiksaan SPM terkini.

2. Modul ini mengandungi soalan-soalan bukan rutin (KBAT) SPM.

3. Modul ini boleh dijadikan panduan kepada guru-guru di negeri Perak sebagai panduan

peperiksaan bertulis Sains Komputer 3770 bagi SPM 2018.

4. Modul ini sesuai dijadikan modul di dalam bilik darjah sebagai bahan PdPc, latih tubi,

kelas tambahan dan kelas tutorial.

5. Modul ini juga sesuai digunakan oleh pelajar cemerlang dan berpotensi cemerlang.

6. Guru perlu memilih topik yang telah disediakan untuk digunakan sebagai latihan secara

latih tubi menjelang peperiksaan SPM supaya penguasaan pelajar terhadap tajuk terpilih

dapat diperkukuh.

Page 5: 02'8/ 62$/$1 723,.$/ &(0(5/$1*...Berdasarkan rajah di atas, cadangkan dua penambahbaikan prinsip asas rekabentuk interaktif aplikasi tersebut. [4 markah] SOALAN 6 (MENCIPTA) Anda diminta

SOALAN 1 (MENILAI)

Pernyataan di bawah merupakan reaksi pengguna mengenai Iphone X. Ini menunjukkan

bahawa interaksi antara manusia dengan komputer menggunakan aspek kehidupan seharian

dalam menbangunkan perisian serta peranti.

“Tetapi adakah sistem ini sempurna dan lebih baik berbanding Touch ID? Ini

bergantung kepada individu. Hanya satu wajah dapat disimpan oleh Face ID pada

satu-satu masa. Ini bermakna bagi mereka yang berkongsi akses peranti dengan

isteri (seperti saya) akan menyukarkan proses nyahkunci peranti. Kami sudah

bertahun menyimpan cap jari diri sendiri dan isteri pada peranti. Bagi mereka

yang gemar berahsia, Face ID ialah sistem paling selamat untuk anda terus

berahsia.”

Sumber: https://amanz.my/2017153114/

Berdasarkan penyataan tersebut, jelaskan mengapa interaksi antara manusia dengan

komputer diperlukan?

[4 markah]

SOALAN 2 (MENGANALISIS)

Page 6: 02'8/ 62$/$1 723,.$/ &(0(5/$1*...Berdasarkan rajah di atas, cadangkan dua penambahbaikan prinsip asas rekabentuk interaktif aplikasi tersebut. [4 markah] SOALAN 6 (MENCIPTA) Anda diminta

Rajah di atas menunjukkan sebuah aplikasi dan media sosial yang digunakan secara meluas

di seluruh dunia. Terangkan kepentingan prinsip asas reka bentuk dalam aplikasi tersebut.

[4 markah]

SOALAN 3 (MENGANALISIS)

Prototaip adalah serupa dengan struktur akhir, di mana dimensi dikurangkan supaya jentera

yang sangat besar dapat diuji secara langsung, dengan pelaburan yang sangat rendah. Pada

pandangan anda, mengapakah kita perlu menghasilkan prototaip dahulu.

[2 markah]

SOALAN 4 (MENILAI)

Rajah 1 Rajah 2

Rajah di atas menunjukkan dua perbezaan paparan serta rekabentuk interaksi bagi satu

laman web yang sama. Sebagai seorang pengguna, anda diminta untuk memilih salah satu

paparan dan reka bentuk. Berikan justifikasi anda.

[4 markah]

Page 7: 02'8/ 62$/$1 723,.$/ &(0(5/$1*...Berdasarkan rajah di atas, cadangkan dua penambahbaikan prinsip asas rekabentuk interaktif aplikasi tersebut. [4 markah] SOALAN 6 (MENCIPTA) Anda diminta

SOALAN 5 (MENCIPTA)

Rajah di bawah menunjukkan sebuah sistem yang digunakan oleh ibu bapa di Malaysia

bagi menyemak slip peperiksaan anak-anak mereka.

Berdasarkan rajah di atas, cadangkan dua penambahbaikan prinsip asas rekabentuk

interaktif aplikasi tersebut.

[4 markah]

SOALAN 6 (MENCIPTA)

Anda diminta menghasilkan satu prototaip paparan untuk program mengira luas segitiga.

Program tersebut mestilah boleh menerima input daripada pengguna dan memaparkan

output selepas menekan butang kira.

[4 markah]

SOALAN 7 (MENILAI)

Rajah di bawah menunjukkan penilaian pelajar terhadap elemen navigasi di dalam Program

Mengira Luas Segitiga.

Page 8: 02'8/ 62$/$1 723,.$/ &(0(5/$1*...Berdasarkan rajah di atas, cadangkan dua penambahbaikan prinsip asas rekabentuk interaktif aplikasi tersebut. [4 markah] SOALAN 6 (MENCIPTA) Anda diminta

Berdasarkan rajah di atas, bincangkan laporan dan analisis penilaian kuantitatif dan berikan

cadangan penambaikan yang boleh dilakukan.

[4 markah]

SOALAN 8 (MENILAI)

Berdasarkan rajah di atas, ubahsuai paparan tersebut kepada dua rekabentuk alternatif.

Anda juga diminta untuk membuat penambahbaikan pada paparan tersebut.

[4 markah]

Page 9: 02'8/ 62$/$1 723,.$/ &(0(5/$1*...Berdasarkan rajah di atas, cadangkan dua penambahbaikan prinsip asas rekabentuk interaktif aplikasi tersebut. [4 markah] SOALAN 6 (MENCIPTA) Anda diminta

SOALAN 9 (MENGANALISIS)

Terdapat dua bentuk instrumen penilaian yang biasa digunakan untuk mengumpul data

sebagai input kepada penilaian. Terangkan bentuk penilaian tersebut.

(a) Skala Likert

(b) Skala Guttman

[4 markah]

SOALAN 10 (MEMAHAMI)

Rajah di atas menunjukkan sebuah laman sesawang untuk membeli belah secara atas talian.

Bincangkan dua prinsip reka bentuk interaksi yang terdapat pada laman sesawang tersebut.

[4 markah]

Page 10: 02'8/ 62$/$1 723,.$/ &(0(5/$1*...Berdasarkan rajah di atas, cadangkan dua penambahbaikan prinsip asas rekabentuk interaktif aplikasi tersebut. [4 markah] SOALAN 6 (MENCIPTA) Anda diminta

SOALAN 11 (MEMAHAMI)

Berdasar rajah di atas, nyatakan prinsip rekabentuk interaksi yang telah digunakan dan

terangkan kepentingan prinsip tersebut?

[3 markah]

SOALAN 12 (MENGAPLIKASI)

Dalam membangunkan sesebuah program atau perisian baru, antara elemen yang

dititikberatkan ialah paparan dan reka bentuk skrin. Berikan satu contoh aktiviti bagi

proses rekabentuk berikut :

(a) Mengenal pasti keperluan interaksi

(b) Membina Prototaip Interaksi

[4 markah]

SOALAN 13 (MEMAHAMI)

Berikan definisi untuk setiap istilah berikut :

(a) Reka bentuk

(b) Interaksi

[4 markah]

SOALAN 14 (MENGAPLIKASI)

Pernyataan di atas merujuk kepada prinsip reka bentuk yang mana? Berikan justifikasi

anda

[3 markah]

Apabila orang tidak tahu apa-apa yang interaktif pada sesuatu peranti,

mereka akan meneka untuk mengklik, mengetuk dan meleret pada apa

yang berada di hadapan mereka di mana ianya memberi tindakan dan hasil.

Page 11: 02'8/ 62$/$1 723,.$/ &(0(5/$1*...Berdasarkan rajah di atas, cadangkan dua penambahbaikan prinsip asas rekabentuk interaktif aplikasi tersebut. [4 markah] SOALAN 6 (MENCIPTA) Anda diminta

SOALAN 15 (MEMAHAMI)

Nur Fazlin telah menghasilkan prototaip paparan dan reka bentuk skrin bagi program untuk

mengira jumlah dan purata bagi tiga nombor.

Terangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Nur Fazlin untuk membina instrumen

penilaian sebelum program dibangunkan dengan menggunakan perisian.

[3 markah]

SOALAN 16 (MENGINGAT)

Berdasarkan rajah di atas, lengkapkan aliran proses reka bentuk interaksi yang berikut.

(a) X :

(b) Y :

[2 markah]

SOALAN 17 (MEMAHAMI)

Penilaian kuantitatif ialah penilaian yang dilakukan untuk mengukur keberkesanan sesuatu

produk secara statistik. Berikan tiga tujuan mengapa penilaian perlu dilakukan setelah

sesuatu produk atau program dibangunkan.

[3 markah]

Mengenal pasti

keperluan

interaksi

X Membina

Prototaip

Interaksi

Y

Page 12: 02'8/ 62$/$1 723,.$/ &(0(5/$1*...Berdasarkan rajah di atas, cadangkan dua penambahbaikan prinsip asas rekabentuk interaktif aplikasi tersebut. [4 markah] SOALAN 6 (MENCIPTA) Anda diminta

SOALAN 18 (MENGAPLIKASI)

Unit Pengurusan Kokurikulum, SMK Seteguh menghadapi masalah mendaftarkan pelajar-

pelajarnya terutamanya pelajar Tngkatan 5 dalam Kelab dan Persatuan di sekolahnya. Oleh

itu, sebagai seorang pelajar Sains Komputer, anda diminta untuk membangunkan sebuah

program yang boleh meyelesaikan masalah tersebut. Anda dikehendaki melengkapkan

borang tinjauan di bawah bagi mendapatkan maklumat umum untuk membuat analisis

keperluan program tersebut.

MAKLUMAT UMUM ANALISIS KEPERLUAN PRODUK

Tajuk Produk

Kumpulan Sasaran

Isu/masalah/keperluan yang

dikenalpasti (daripada pengguna)

Cadangan penyelesaian

[4 markah]

SOALAN 19 (MENGAPLIKASI)

Smule adalah satu produk interaktif yang sedang digunakan pada masa kini. Berdasarkan produk tersebut, senaraikan tiga aktiviti interaksi yang boleh dilakukan oleh pengguna terhadap perisian ini yang boleh digunakan.

Page 13: 02'8/ 62$/$1 723,.$/ &(0(5/$1*...Berdasarkan rajah di atas, cadangkan dua penambahbaikan prinsip asas rekabentuk interaktif aplikasi tersebut. [4 markah] SOALAN 6 (MENCIPTA) Anda diminta

BIL INTERAKTIVITI PENERANGAN

1

2

3

[3 markah]

SOALAN 20 (MENGAPLIKASI)

Sunil diberi tugas untuk menjadi juri dalam Pertandingan Aplikasi Mudah Alih (Mobile

Apps). Antara kategori yang perlu dipertimbangkan dalam pemberian markah adalah dari

segi reka bentuk skrin. Nyatakan tiga kriteria yang anda fikirkan perlu dititikberatkan oleh

Sunil.

Page 14: 02'8/ 62$/$1 723,.$/ &(0(5/$1*...Berdasarkan rajah di atas, cadangkan dua penambahbaikan prinsip asas rekabentuk interaktif aplikasi tersebut. [4 markah] SOALAN 6 (MENCIPTA) Anda diminta

BAHAGIAN B

SOALAN 1 (MENILAI,MENCIPTA)

YouTube ialah sebuah tapak web pengehosan video dari Amerika Syarikat yang beribu

pejabat di San Bruno, California. Tapak web ini membenarkan para pengguna untuk

memuat naik, menonton, memberi penilaian, berkongsi, menambahkan ke kegemaran,

melaporkan dan memberi komen kepada kandungan video.

Berdasarkan pada laman YouTube di atas,

(a) Cadangkan satu kaedah penilaian yang boleh digunakan untuk menilai laman web

tersebut?

[1 Markah]

(b) Terangkan dua ciri bagi kaedah penilaian yang dipilih.

[2 Markah]

(c) Bina satu jadual yang mempunyai lima prinsip reka bentuk interaksi beserta penjelasan

pemerhatian yang dibuat pada aplikasi YouTube.

[5 Markah]

(d) Cadangkan penambaikan atau fungsi baharu agar aplikasi ini menjadi lebih positif dan

Page 15: 02'8/ 62$/$1 723,.$/ &(0(5/$1*...Berdasarkan rajah di atas, cadangkan dua penambahbaikan prinsip asas rekabentuk interaktif aplikasi tersebut. [4 markah] SOALAN 6 (MENCIPTA) Anda diminta

mudah digunakan.

[2 Markah]

SOALAN 2 (MENILAI,MENCIPTA)

Persatuan Permainan Atas Talian Perak telah menganjurkan satu pertandingan bagi

membina satu permainan atas talian. Pertandingan tersebut terbuka kepada semua pelajar

sekolah menengah dan rendah. Anda merupakan pengerusi bagi Kelab Rekacipta di SMK

Segagah dan diminta untuk mengikuti pertandingan tersebut.

(a) Cadangkan satu permainan yang akan anda bangunkan. Berikan justifikasi anda.

[2 Markah]

(b) Anda akan menggunakan prinsip asas reka bentuk interaktif dalam membina permainan

tersebut. Jelaskan elemen dan keperluan bagi membina permainan (a)?

[5 Markah]

(c) Lukiskan paparan dan reka bentuk skrin hadapan permainan yang dibina.

[4 Markah]

(d) Nyatakan 4 aktiviti asas dalam proses reka bentuk interaksi.

[4 Markah]

SOALAN 3 (MENCIPTA,MENILAI)

Page 16: 02'8/ 62$/$1 723,.$/ &(0(5/$1*...Berdasarkan rajah di atas, cadangkan dua penambahbaikan prinsip asas rekabentuk interaktif aplikasi tersebut. [4 markah] SOALAN 6 (MENCIPTA) Anda diminta

Rajah di atas menunjukkan satu prototaip yang telah dilakarkan bagi produk menghitung

isipadu sebuah kubus. Berdasarkan rajah di atas ;

(a) Terangkan secara ringkas setiap proses reka bentuk interaksi bagi prototaip tersebut

[12 Markah]

(b) Berikan tiga kepentingan reka bentuk antara muka pengguna

[3 Markah]

SOALAN 4 (MENCIPTA,MENGANALISIS)

(a) Anda dikehendaki mereka bentuk prototaip paparan dan reka bentuk skrin.

Situasinya adalah satu program untuk mengira jumlah dan purata bagi tiga nombor.

Paparan anda mestilah mempunyai kotak teks untuk pengguna memasukkan data

input. Sediakan juga butang arahan “Kira”, “Reset” dan “Keluar”.

[3 Markah]

(b) Daripada prototaip paparan skrin yang telah anda hasilkan, bina instrumen

penilaian paparan dan reka bentuk skrin. Dalam instrumen penilaian anda,

masukkan juga profil pengguna seperti umur dan jantina. Sediakan ruang untuk

pengguna memberi memberikan komen bebas

[4 Markah]

(c) Cadangkan penambahbaikan selepas instrument penilaian paparan dan reka bentuk

skrin dijalankan,

Page 17: 02'8/ 62$/$1 723,.$/ &(0(5/$1*...Berdasarkan rajah di atas, cadangkan dua penambahbaikan prinsip asas rekabentuk interaktif aplikasi tersebut. [4 markah] SOALAN 6 (MENCIPTA) Anda diminta

[3 Markah]