02 modul pengajaran tmk sk
TRANSCRIPT
DRAF280610
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
MODUL PENGAJARAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM TERAS
TEMA DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
TAHUN 1
Terbitan
Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum
2010
DRAF280610
Cetakan Pertama 2010 © Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
DRAF280610
Modul Pengajaran TMK Tahun 1
Kandungan
Muka Surat
Pengenalan
1
Komputer Pertama Saya
3
Mari Belajar MS Word
13
Mari Belajar MS PowerPoint
27
Mari Belajar MS Paint
37
Meneroka Dunia Di Hujung Jari 45
Aktiviti Pengayaan 51
DRAF280610
Modul Pengajaran TMK Tahun 1
DRAF280610
Modul Pengajaran TMK Tahun 1
i
Kepentingan menguasai kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam abad ke-21 ini memang tidak dapat dinafikan. Keupayaan menguasai kemahiran TMK dapat membantu individu mengharungi dunia ledakan maklumat yang semakin hari semakin pantas berubah. Justeru itu, pendedahan kepada TMK perlulah dilaksanakan pada peringkat awal dengan secara terancang dan sistematik agar budaya TMK dapat dibina dalam suasana pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih positif. Menyedari kepentingan ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum mengambil inisiatif membangunkan Modul Pengajaran TMK Tahun 1. Guru boleh merujuk kepada aktiviti pengajaran di dalam modul ini untuk mendapatkan gambaran dan idea bagaimana merancang pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai Standard Pembelajaran TMK Tahun 1. Modul Pengajaran TMK Tahun 1 ini juga berfungsi sebagai rujukan kepada guru untuk memahami pendekatan P&P TMK iaitu Belajar MENGENAI TMK, Belajar DENGAN TMK dan Belajar MELALUI TMK. Bahagian Pembangunan Kurikulum, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan Modul Pengajaran TMK Tahun 1 ini. Adalah diharapkan ianya akan dapat membantu guru melaksanakan aktiviti berasaskan TMK yang mendorong murid menjadi lebih kreatif dan inovatif. Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran MALAYSIA
DRAF280610
Modul Pengajaran TMK Tahun 1
ii
DRAF280610
iii Modul Pengajaran TMK Tahun 1
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
DRAF280610
iv Modul Pengajaran TMK Tahun 1
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
DRAF280610
1 Modul Pengajaran TMK Tahun 1
Keupayaan dan kemahiran menguasai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan elemen yang penting dalam menghadapi dunia tanpa sempadan. Ini merupakan satu cabaran bagi sistem pendidikan negara ke arah menghasilkan generasi yang celik TMK. Cabaran perlu ditangani dengan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Seleras dengan keperluan semasa, Bahagian Pembangunan Kurikulum telah membangunkan Modul Pengajaran TMK Tahun 1 sebagai panduan untuk guru mengajar kemahiran TMK dengan berkesan bagi mencapai Standard Pembelajaran TMK Tahun 1. Dengan adanya panduan ini, guru bolehlah membuat perancangan yang lebih rapi seperti mengubahsuai aktiviti P&P bagi memenuhi keperluan murid agar pembelajaran menjadi lebih seronok serta membentuk guru dan murid menjadi lebih kreatif dan inovatif. Guru digalakkan menggunakan perkakasan dan perisian TMK serta kemudahan Internet yang terdapat di sekolah. Guru juga digalakkan untuk muat turun perisian percuma yang berkaitan dengan mata pelajaran seperti Animated Beginning Typing dan Basic Mouse Skill dari laman web rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum (http://www.moe.gov.my/bpk). Aktiviti yang dicadangkan di dalam eksemplar ini hendaklah dijalankan di makmal komputer. Bagi sekolah yang tiada makmal komputer, aktiviti bolehlah dijalankan di bilik darjah dengan memberi peluang murid mencuba secara hands-on.
DRAF280610
2 Modul Pengajaran TMK Tahun 1
DRAF280610
3 Komputer Pertama Saya Tahun 1
MODUL PENGAJARAN KOMPUTER PERTAMA
SAYA
TAHUN 1
DRAF280610
4 Komputer Pertama Saya Tahun 1
Topik: Komputer Pertama Saya
Penerangan:
Dalam modul ini, murid akan belajar dan mengenali komponen komputer. Mereka juga akan belajar bagaimana untuk menghidupkan dan mematikan komputer dalam turutan yang betul. Etika menggunakan TMK akan turut diajar di dalam modul ini. Murid akan dapat: Standard
Kandungan: 1.0 Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika.
1.1
Mengenal pasti bahagian komputer (monitor, tetikus, papan kekunci, unit system, pemacu CD-ROM, pemacu cakera liut, mikrofon dan pembesar suara).
1.2 Menghidupkan dan mematikan suis (turn on, turn off), menghidupkan dan mematikan komputer (turn on, turn off), mengikut tatacara yang betul.
1.3 Mengenal pasti kedudukan kekunci abjad dan nombor.
1.5 Menggunakan tetikus untuk klik dan klik dua kali.
1.6 Menunjukkan sikap yang positif semasa menggunakan TMK.
Standard Pembelajaran:
1.7 Bekerjasama dengan rakan sekelas dalam kelas semasa menggunakan komputer.
Tempoh Masa: 2 jam
Kreativiti: Kesesuaian susun atur peralatan asas komputer mengikut keperluan individu.
Sumber : a. Perkakasan dan peralatan asas komputer. b. Jika tiada, guru boleh menyediakan carta atau gambar.
Nota Guru:
1. Kedudukan butang (ON) berbeza dari satu unit sistem dengan unit sistem yang lain.
2. Apabila tetikus digerakkan, penuding dan kursor akan turut bergerak pada skrin mengikut pergerakan tetikus. Cuba gerakkan dan kawal kursor dengan menggunakan tetikus.
3. Pastikan guru merujuk gambar rajah 10 sehingga gambar rajah 14 dalam Modul Pembelajaran Komputer Pertama Saya untuk melakukan aktiviti menggunakan perkakasan komputer.
DRAF280610
5 Komputer Pertama Saya Tahun 1
4. Untuk aktiviti mencetak, murid perlu belajar mengenai Print
Preview. Ini penting untuk mengelakkan masalah mencetak dan pembaziran kertas.
5. Guru digalakkan untuk mencetak hasil kerja murid secara berkumpulan. Di akhir tahun, semua murid diberi peluang menggunakan pencetak.
6. Belajar perisian percuma yang dibekalkan bersama modul ini. Perisian ini juga boleh dimuat turun dari laman web BPK di http:www.moe.gov.my/bpk/.
Standard
TMK
Aktiviti:
1. Memaklumkan kepada murid mengenai perkara yang boleh dibuat ketika menggunakan TMK dan juga ketika berada di dalam makmal komputer.
1.6, 1.7
2. Memperkenalkan perkakasan komputer kepada murid seperti gambar rajah 1 serta memberi penerangan mengenai fungsinya. Guru melatih tubi murid sebutan dan ejaan.
1.1
Perkara yang SEPATUTNYA dilakukan ketika menggunakan TMK: Ikut peraturan Makmal Komputer. Buka dan tutup komputer dengan cara yang betul. Rujuk masalah yang dihadapi kepada guru dengan segera. Pastikan Makmal Komputer sentiasa bersih.
DRAF280610
6 Komputer Pertama Saya Tahun 1
PERKAKASAN KOMPUTER
3. Memperkenalkan komponen-komponen komputer seperti gambar rajah 2 hingga 7.
Gambar rajah 1
Unit sistem Pemacu cakera
Pemacu CD-Rom
Gambar rajah 2
DRAF280610
7 Komputer Pertama Saya Tahun 1
Papan kekunci
Gambar rajah 3
Monitor
Gambar rajah 4
Pembesar suara
Gambar rajah 5
DRAF280610
8 Komputer Pertama Saya Tahun 1
4. Menunjukkan cara untuk menghidupkan dan mematikan komputer dalam turutan yang betul seperti berikut:
4.1. Tekan butang BUKA pada sistem unit seperti gambar rajah 8.
1.2
Tetikus
Gambar rajah 6
Set fon telinga bersama mikrofon.
Gambar rajah 7
DRAF280610
9 Komputer Pertama Saya Tahun 1
4.2. Tekan butang BUKA pada monitor seperti gambar rajah 9 di bawah ini. 5. Cara menggunakan tetikus dengan betul
5.1 Lihat gambar rajah 10 di bawah, pegang dan gerakkan tetikus.
1.5
1
Gambar rajah 8
2
Gambar rajah 9
DRAF280610
10 Komputer Pertama Saya Tahun 1
5.2 Memberi penerangan fungsi klik dan klik dua kali. Murid menggunakan Modul Pembelajaran Komputer Pertama Saya.
6. Menutup komputer dengan cara yang betul. 6.1 Klik dengan menggunakan tetikus seperti dalam gambar rajah 11. (Rujuk Gambar rajah 15 di dalam Modul Pembelajaran Komputer Pertama Saya). 6.2 Pilih Turn Off Computer seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah 11.
Gambar rajah 11
1 2
Gambar rajah 10
DRAF280610
11 Komputer Pertama Saya Tahun 1
6.3 Seperti gambar rajah 12, klik butang Turn Off pada menu Turn Off Computer. (Rujuk gambar rajah 16 di dalam Modul Pembelajaran Komputer Pertama Saya)
6.4 Tekan butang tutup pada monitor seperti gambar rajah 12. (Rujuk gambar rajah 17 di dalam Modul Pembelajaran Komputer Pertama Saya)
Gambar rajah 12
Gambar rajah 12
3
4
DRAF280610
12 Komputer Pertama Saya Tahun 1
7. Kedudukan penjarian papan kekunci pada gambar rajah 13.
1.3
Pentaksiran: 1. Murid tunjuk dan terangkan tentang komponen komputer.
2. Murid tunjuk dan terangkan kedudukan kekunci abjad dan nombor.
3. Murid menerangkan bagaimana membuka dan menutup komputer.
Pemulihan:
Pembelajaran Melalui Rakan Sebaya. Murid yang telah menguasai kemahiran akan membantu rakan yang belum menguasai kemahiran tersebut.
A S D F J K L
;
Gambar rajah 13
DRAF280610
13 Mari Belajar MS Word Tahun 1
MODUL PENGAJARAN MARI BELAJAR
MICROSOFT WORD (MS WORD)
TAHUN 1
DRAF280610
14 Mari Belajar MS Word Tahun 1
Topik: Modul Mari Belajar MS Word
Penerangan:
Dalam modul ini, murid akan belajar menaip empat baris ayat dan menyisip grafik. Mereka akan belajar mengenai fungsi kekunci Enter, Space Bar, Backspace dan Delete. Modul ini dibina berdasarkan perisian MS Office 2003. Murid akan dapat:
1.0 Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika.
2.0 Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian.
Standard Kandungan:
7.0 Menggunakan TMK untuk mengemukakan idea dan
maklumat secara kreatif dan inovatif.
1.3 Mengenal pasti kedudukan kekunci abjad dan nombor.
1.4 Menyatakan fungsi kekunci Enter, Space Bar, Backspace dan Delete.
2.1 Membuka dan menyimpan fail grafik, dokumen pemprosesan perkataan dan perisian persembahan (MS Word).
2.3 Menggunakan pemprosesan perkataan (MS Word) untuk menghasilkan teks berserta grafik dalam satu halaman.
Standard Pembelajaran:
7.1 Menggunakan perisian grafik (Paint), pemprosesan perkataan (MS Word) atau perisian persembahan (MS PowerPoint) secara kreatif (memanipulasi teks, imej dan bunyi) untuk menyampaikan idea atau konsep sedia ada.
Tempoh Masa : 2 jam
Kreativiti: Murid menghasilkan satu karangan mengandungi empat baris ayat beserta menyisip grafik secara berkreatif.
Sumber: a. Modul Pembelajaran Mari Belajar MS Word.
Nota Guru: 1. Modul ini disediakan berdasarkan Microsoft Office 2003. Jika sekolah dibekalkan perisian ini, guru diminta memberi penerangan perbezaan fitur antara muka.
2. Guru digalakkan menyediakan satu folder bunga di dalam My Documents.
DRAF280610
15 Mari Belajar MS Word Tahun 1
3. Untuk aktiviti mencetak, murid perlu belajar mengenai Print Preview. Ini penting untuk mengelakkan masalah mencetak dan pembaziran kertas.
4. Guru digalakkan mencetak hasil kerja murid.
5. Jika terdapat kekangan masa, guru hendaklah mengajar cara simpan fail dan keluar aplikasi . Aktiviti ini terdapat di dalam modul pembelajaran murid.
Standard TMK
Aktiviti:
1. Guru menghidupkan bekalan kuasa dan komputer murid.
Aktiviti 1: Membuka Aplikaasi MS Word Guru menunjukkan cara memulakan aplikasi MS Word seperti gambar rajah 1 dan 2 akan terpapar.
Langkah 1: Klik Start.
Langkah 2: Klik All Programs.
Langkah 3: Pilih Microsoft Office.
Langkah 4: Klik Microsoft Office Word
2003.
2.1
Gambar rajah 1
3
4
1
2
DRAF280610
16 Mari Belajar MS Word Tahun 1
Aktiviti 2: Mengenali Antara Muka MS Word 1. Guru menerangkan mengenai antara muka
MS Word seperti gambar rajah 3.
a. Bar menu. b. Bar tatal. c. Ruang kerja.
2. Guru menerangkan mengenai menu File yang terdapat pada aplikasi MS Word seperti gambar rajah 4.
Gambar rajah 3
a
c
b
Gambar rajah 2
DRAF280610
17 Mari Belajar MS Word Tahun 1
Aktiviti 3: Mengenalpasti Kekunci Pada Papan Kekunci
Mengenal pasti kedudukan kekunci pada papan kekunci seperti gambar rajah 5.
1.3
Gambar rajah 5
Kekunci Nombor
Kekunci Nombor
Kekunci Enter
Kekunci Palang Penjarak (Space Bar)
Kekunci Undur Ruang (Backspace) Kekunci
Hapus (Delete)
Kekunci Abjad
Gambar rajah 4
DRAF280610
18 Mari Belajar MS Word Tahun 1
Aktiviti 4: MengenalL Pasti Fungsi Kekunci 1. Guru menerangkan fungsi kekunci Enter,
Space Bar, Backspace dan Delete. Murid menceritakannya semula.
A. Palang Penjarak (Space Bar)
a.Taip perkataan Bunga, tekan
Kekunci palang penjarak . b. Selepas itu, taip perkataan saya. c. Paparan seperti gambar rajah 6 akan
kelihatan.
1.4, 2.2
B. Undur Ruang (Backspace)
a. Tekan kekunci sekali.
Paparan seperti gambar rajah 7 akan diperolehi. Minta murid menjelaskan hasilnya.
Gambar rajah 7
Gambar rajah 6
DRAF280610
19 Mari Belajar MS Word Tahun 1
b. Tekan kekunci dua kali
secara berturut dan lihat apa yang berlaku seperti gambar rajah 8.
c. Taip huruf yang hilang sekali lagi seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah 9.
C. Hapus (Delete)
Murid akan belajar dua cara memadam iaitu guna kekunci hapus (Delete) dan undur ruang (Backspace).
a. Gunakan kekunci anak panah untuk menggerakkan kursor sebelum perkataan saya seperti dalam gambar rajah 10.
Gambar rajah 8
Gambar rajah 9
DRAF280610
20 Mari Belajar MS Word Tahun 1
b. Tekan kekunci hapus sekali dan minta murid maklumkan lihat apa yang berlaku seperti gambar rajah 11.
c. Taip huruf yang hilang sekali lagi seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah 12.
Gambar rajah 10
Delete
Gambar rajah 11
Gambar rajah 12
DRAF280610
21 Mari Belajar MS Word Tahun 1
d. Minta murid memadam perkataan bunga saya menggunakan salah satu cara memadam.
D. Enter
Taip ayat mengikut langkah di bawah seperti gambar rajah 13.
Langkah 1: Bunga mawar. Tekan kekunci Enter
Langkah 2: Taip ayat Bunga mawar itu wangi. Tekan kekunci
Langkah 3: Taip ayat Bunga mawar itu
sangat cantik. Bunga mawar mempunyai duri.
Langkah 4: Bawa kursor selepas perkataan
cantik dan tekan Enter. Murid memaklumkan hasil kerja.
Gambar rajah 13
1
2
DRAF280610
22 Mari Belajar MS Word Tahun 1
AktivitiI 5: Menyisip Grafik Murid akan belajar dua cara menyisip grafik iaitu dari Clip Art dan From File. A. Guru menunjukkan cara menyisip grafik dari
Clip Art seperti gambar rajah 14 dan 15.
Langkah 1: Klik Insert.
Langkah 2: Klik Picture.
Langkah 3: Klik Clip Art.
Langkah 4 : Taip perkataan flower di dalam
kotak carian. Langkah 5 : Klik . Langkah 6 : Klik pada grafik rose. Langkah 7 : Grafik akan kelihatan pada
ruang kerja seperti gambar rajah 15.
2.3
Gambar rajah 14
1
2
3
DRAF280610
23 Mari Belajar MS Word Tahun 1
B. Guru menunjukkan cara menyisip grafik dari From File seperti gambar rajah 16, 17 dan 18.
Gambar rajah 15
6
7
5
4
Gambar rajah 16
1
2
3
DRAF280610
24 Mari Belajar MS Word Tahun 1
Aktiviti 6: Menyimpan Fail
Guru meminta murid menyimpan hasil kerja di dalam My Document seperti gambar rajah 19.
Langkah 1: Klik File. Langkah 2: Klik Save.
2.1
5
Gambar rajah 17
4
Gambar rajah 18
7
6
8
DRAF280610
25 Mari Belajar MS Word Tahun 1
Langkah 3: Taip perkataan mawar dalam
kotak File name seperti gambar rajah 20.
Langkah 4: Klik Save.
Aktiviti 7: Menutup Aplikasi MS Word
Murid menutup aplikasi MS Word seperti gambar rajah 21.
Langkah 1: Klik File.
Langkah 2: Klik Exit.
Gambar rajah 19
1
2
Gambar rajah 20
3
4
DRAF280610
26 Mari Belajar MS Word Tahun 1
Pentaksiran: 1. Murid tunjuk dan terangkan cara memulakan aplikasi MS Word.
2. Murid tunjuk dan terangkan cara menyisip grafik.
2.1, 2.3
Pemulihan:
Pembelajaran Melalui Rakan Sebaya dimana murid yang telah menguasai kemahiran akan membantu rakan yang belum menguasai kemahiran tersebut.
Pengayaan:
Murid menaip beberapa ayat mengenai pilihan bunga yang digemari serta menyisipkan grafik dari Clip Art.
7.1
Gambar rajah 21
1
2
DRAF280610
31 Mari Belajar MS PowerPoint Tahun 1
MODUL PENGAJARAN MARI BELAJAR
MICROSOFT POWERPOINT (MS POWERPOINT)
TAHUN 1
DRAF230610
32 Mari Belajar MS PowerPoint Tahun 1
Topik: Mari Belajar MS PowerPoint
Pengenalan:
Dalam modul ini, murid akan belajar menghasilkan dua slaid persembahan MS PowerPoint. Mereka juga akan belajar cara menaip teks dan menyisip grafik. Murid akan dapat: Standard
Kandungan:
2.0 Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian.
4.0 Menggunakan TMK untuk mendapatkan dan berkongsi maklumat.
7.0 Menggunakan TMK untuk mengemukakan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif.
Standard Pembelajaran:
2.1 Membuka dan menyimpan fail grafik, pemprosesan perkataan dan perisian persembahan (Paint, MS Word dan MS PowerPoint).
2.5 Menggunakan perisian persembahan (MS PowerPoint) untuk menghasilkan dua slaid persembahan yang menggunakan teks dan grafik.
4.1 Menyampaikan idea menggunakan pemprosesan perkataan (MS Word) dan perisian persembahan (MS PowerPoint).
Tempoh Masa:
7.1 Menggunakan (MS Word) dan perisian persembahan (MS PowerPoint). 2 jam.
Kreativiti: Murid menghasilkan dua slaid persembahan MS PowerPoint yang kreatif dan mengandungi teks serta grafik.
Sumber: a. Modul Pembelajaran Mari Belajar MS PowerPoint. b. Gambar kucing dan arnab hendaklah disediakan oleh guru di
komputer murid.
Nota Guru:
1. Guru diminta merujuk Modul Pembelajaran Mari Belajar MS PowerPoint.
2. Guru hendaklah menyediakan satu folder yang mengandungi grafik kucing dan arnab. Grafik ini diletakkan dalam folder My Picture dalam komputer murid.
3. Untuk aktiviti mencetak, murid perlu belajar mengenai Print Preview. Ini penting untuk mengelakkan masalah mencetak dan pembaziran kertas.
4. Guru digalakkan mencetak hasil kerja murid mengikut kumpulan.
DRAF230610
33 Mari Belajar MS PowerPoint Tahun 1
Standard TMK
Aktiviti:
1. Guru menghidupkan semua komputer murid-murid.
2.1
2. Guru menunjukkan cara memulakan aplikasi MS PowerPoint seperti gambar rajah 1.
Langkah 1: Klik
Langkah 2: Klik
Langkah 3: Klik
Langkah 4: Klik
Gambar rajah 1
31 2 4
DRAF230610
34 Mari Belajar MS PowerPoint Tahun 1
3. Guru menerangkan antara muka MS PowerPoint seperti gambar rajah 2.
4. Guru menerangkan cara menaip teks seperti gambar rajah 3 hingga 6 yang terdapat dalam Modul Pembelajaran Mari Belajar MS PowerPoint.
5. Guru menerangkan cara menyisip grafik seperti gambar rajah 7 hingga13 yang terdapat dalam Modul Pembelajaran Mari Belajar MS PowerPoint.
6. Guru menerangkan cara menyisip slaid baru seperti gambar rajah 14 hingga 22 yang terdapat dalam Modul Pembelajaran Mari Belajar MS PowerPoint.
7. Guru menerangkan cara menayangkan persembahan slaid seperti gambar rajah 23 hingga 27 yang terdapat dalam Modul Pembelajaran Mari Belajar MS PowerPoint.
8. Guru menerangkan cara menyimpan hasil kerja persembahan slaid dalam komputer seperti gambar rajah 28 hingga 30 yang terdapat dalam Modul Pembelajaran Mari Belajar MS PowerPoint.
9. Guru menunjukkan cara keluar dari aplikasi MS PowerPoint seperti gambar rajah 31.
2.5 4.1
Gambar rajah 2
Slaid
Bar Menu
DRAF230610
35 Mari Belajar MS PowerPoint Tahun 1
10. Murid menggunakan Modul Pembelajaran Mari Belajar MS PowerPoint.
2.1, 2.5
Pentaksiran: 1. Murid tunjuk cara memulakan aplikasi MS
PowerPoint.
2. Murid tunjuk dan terangkan cara menaip teks
dalam aplikasi Microsoft PowerPoint.
3. Murid tunjuk dan terangkan cara menyisip grafik.
2.1 2.5 2.5
Pemulihan:
Pembelajaran Melalui Rakan Sebaya dengan bantuan murid yang telah menguasai kemahiran kepada rakan yang belum menguasai kemahiran tersebut.
Pengayaan: Murid menghasilkan dua slaid persembahan Microsoft PowerPoint dengan menyisipkan gambar.
7.1
Gambar rajah 31
1
2
DRAF230610
36 Mari Belajar MS PowerPoint Tahun 1
DRAF280610
37 Mari Belajar Paint Tahun 1
MODUL PENGAJARAN MARI BELAJAR
PAINT
DRAF280610
38 Mari Belajar Paint Tahun 1
Topik: Mari Belajar Paint
Penerangan:
Dalam modul ini, murid akan belajar menghasilkan lukisan menggunakan perisian grafik Paint. Murid akan memperolehi kemahiran melakar bentuk dan meletakkan warna menggunakan kotak warna (Color Box). Murid akan menggunakan warna dan bentuk asas seperti bulat, segi tiga dan segi empat.
Standard Kandungan:
2.0 Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian. 7.0 Menggunakan TMK untuk mengemukakan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif.
Standard Pembelajaran: Tempoh Masa:
2.1 Membuka dan menyimpan fail grafik, dokumen pemprosesan perkataan dan/ atau perisian persembahan (Paint, MS Word, MS Power Point). 2.4 Menggunakan perisian grafik (Paint) untuk membuat gambar dengan menggunakan bentuk asas dan kotak warna (Color Box). 7.1 Menggunakan perisian grafik (Paint), pemprosesan perkataan (MS Word) atau perisian persembahan (MS PowerPoint) secara kreatif (memanipulasi teks, imej dan bunyi) untuk menyampaikan idea atau konsep sedia ada. 2 Jam
Kreativiti:
Menghasilkan lukisan menggunakan bentuk-bentuk asas mengikut kreativiti murid secara kreatif dan inovatif.
Sumber: a. Perkakasan dan peralatan asas komputer.
b. Jika tiada, guru boleh menyediakan carta atau gambar.
Nota Guru:
1. Mengajar cara memadamkan lakaran yang tidak dikehendaki. 2. Pastikan guru merujuk gambar rajah 8 sehingga gambar rajah
19 dalam Modul Pembelajaran Paint untuk melakukan aktiviti melukis bentuk wajah.
3. Untuk aktiviti mencetak, murid perlu belajar mengenai Print Preview. Ini penting untuk mengelakkan masalah mencetak dan pembaziran kertas.
4. Mencetak hasil kerja murid adalah digalakkan.
Standard TMK
Aktiviti:
1. Membuka dan menghidupkan semua bekalan kuasa dan komputer murid.
DRAF280610
39 Mari Belajar Paint Tahun 1
2. Menunjukkan cara memulakan aplikasi Paint.
2.1 Untuk membuka Paint, sila rujuk seperti gambar rajah 1:
Langkah 1: Klik Start. Langkah 2: Klik All Programs. Langkah 3: Klik Accessories. Langkah 4: Pilih dan klik Paint.
2.1
2.2 Antara muka seperti gambar rajah 2 akan
terpapar.
1 32 4
Gambar rajah 1
Gambar rajah 2
DRAF280610
40 Mari Belajar Paint Tahun 1
3. Menerangkan antara muka Paint seperti gambar
rajah 3.
Gambar rajah 3
Kotak warna/Color box
Ruang kerja Tool box
DRAF280610
41 Mari Belajar Paint Tahun 1
3.1 Mengenali dan Memahami Ikon Dalam Tool Box Properties seperti gambar rajah 4.
Pilih/ Free From Select
Pilih Warna/ Pick Color
Garisan/ Line
Pensel/ Pencil
Berus Angin/ Airbrush
Pemadam/ Eraser
Segiempat Tepat/ Rectangle
Pilih/Select
Warna/ Fill With Color
Kanta/ Magnifier
Berus/Brush
Teks/Text
Lengkungan/Curve
Poligon/ Polygon
Segiempat bucu bulat/ Rounded rectangle
Bujur/ Ellipse
Gambar rajah 4
DRAF280610
42 Mari Belajar Paint Tahun 1
4. Menunjukkan cara melakar bentuk dan meletakkan warna.
4.1 Melukis bentuk muka.
Langkah 1: Klik pada ikon Ellipse di Tool Box seperti gambar rajah 5 untuk melukis bentuk bujur.
Langkah 2: Klik, tetikus ( ) pada a dan heret ke b, kemudian lepaskan seperti dalam gambar rajah 6.
2.4
b
a
Gambar rajah 5
Gambar rajah 6
1
2
DRAF280610
43 Mari Belajar Paint Tahun 1
Langkah 3: Bentuk bujur seperti gambar Rajah 7 akan terhasil.
4.2 Murid melaksanakan aktiviti melakar bentuk dan meletakkan warna seperti gambar rajah 8 berdasarkan Aktiviti 4: MELUKIS BENTUK WAJAH MENGGUNAKAN BENTUK ASAS di dalam Modul Pembelajaran Paint.
2.1, 2.4
Gambar rajah 7
Gambar rajah 8
DRAF280610
44 Mari Belajar Paint Tahun 1
5. Mewarna hasil kerja seperit Aktiviti 6:
MEWARNA HASIL KERJA MENGGUNAKAN IKON FILL WITH COLOR di dalam Modul Pembelajaran Paint.
6. Menaip teks seperti Aktiviti 7: MENAIP TEKS di dalam Modul Pembelajaran Paint.
7. Mencetak hasil kerja seperti Aktiviti 8:
MENCETAK HASIL KERJA di dalam Modul Pembelajaran Paint.
8. Keluar dari aplikasi seperti Aktiviti 9: KELUAR
DARI APLIKASI PAINT di dalam Modul Pembelajaran Paint.
Pentaksiran: 1. Murid memberitahu rakan mereka cara melakar sebarang bentuk asas yang dikehendaki.
2. Murid memberitahu rakan mereka cara meletakkan warna dan kemudian mengubah kepada warna lain.
Pemulihan:
Pembelajaran Melalui Rakan Sebaya di mana murid yang telah menguasai kemahiran akan membantu rakan yang belum menguasai kemahiran tersebut.
Pengayaan:
Murid menggunakan kreativiti mereka untuk melakar pelbagai bentuk dan meletakkan warna.
7.1
Gambar rajah 9
1
DRAF280610
45 Meneroka Dunia Tahun 1
MODUL PENGAJARAN MENEROKA DUNIA
DI HUJUNG JARI ANDA
TAHUN 1
DRAF280610
46 Meneroka Dunia Tahun 1
Topik: Meneroka Dunia di Hujung Jari Anda
Penerangan:
Dalam modul ini, murid akan belajar menggunakan enjin carian untuk mencari imej. Murid juga akan belajar menggunakan kata kunci untuk mencari maklumat.
Standard Kandungan:
3.0 Menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul, memproses dan menggunakan maklumat.
Standard Pembelajaran: Tempoh masa:
3.1 Mengenal pasti lokasi dan mencapai maklumat yang disimpan. 3.2 Menggunakan pelayar untuk melayari Internet. 3.3 Mencari imej menggunakan enjin carian. 3.4 Menyimpan imej daripada laman web. 2 jam
Kreativiti: -
Sumber: a. Perkakasan dan peralatan asas komputer. b. Akses Internet. c. Gambar rajah berkaitan dengan topik.
Nota Guru: 1. Guru mesti mengggunakan perisian Microsoft Office 2003. Jika menggunakan perisian selain Microsoft Office 2003, guru perlu memberi penerangan sendiri tentang cara penggunaan perisian tersebut.
2. Pastikan capaian Internet berfungsi.
3. Secara sedia ada, Internet akan memaparkan laman utama MSN.
4. Untuk tujuan pencarian, murid akan menggunakan enjin carian Google.
5. Guru perlu menekankan penggunaan kata kunci apabila mencari maklumat. (Contoh: kek - kek coklat , kek span coklat)
6. Untuk aktiviti mencetak, murid perlu belajar mengenai Print Preview. Ini penting untuk mengelakkan masalah mencetak dan pembaziran kertas.
7. Guru digalakkan mencetak hasil kerja murid untuk mengelakkan kesesakan kertas di dalam mesin pencetak.
Standard
TMK Aktiviti:
1. Murid digalakkan duduk secara berkumpulan.
DRAF280610
47 Meneroka Dunia Tahun 1
2. Menunjukkan cara memulakan aplikasi Internet Explorer (IE) seperti dalam gambar rajah 1.
Langkah 1: Klik Start.
Langkah 2: Klik All Programs.
Langkah 3: Klik Internet Explorer.
3. Memberi penerangan secara ringkas mengenai
antara muka Internet Explorer (IE) seperti gambar rajah 2.
3.2
4. Menunjukkan cara mencari imej menggunakan enjin carian seperti gambar rajah 3 dan 4.
1 2 3
Gambar rajah 1
Gambar rajah 2
DRAF280610
48 Meneroka Dunia Tahun 1
Langkah 4:
Taip http://www.google.com di dalam kotak alamat dan tekan kekunci Enter.
4
Gambar rajah 3
Kotak carian
Gambar rajah 4
DRAF280610
49 Meneroka Dunia Tahun 1
5. Murid menggunakan Modul Pembelajaran Meneroka Dunia di Hujung Jari Anda.
3.3
Pentaksiran: 1. Murid menunjukkan cara mencari imej yang di simpan kepada rakan.
2. Murid bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti.
3.1, 3.2, 3.3, 3.4
Pemulihan: Pembelajaran melalui rakan sebaya di mana murid yang telah menguasai kemahiran akan membantu rakan yang belum menguasai kemahiran tersebut.
Pengayaan:
Murid mencari imej lain mengikut topik yang dipelajari.
DRAF280610
50 Meneroka Dunia Tahun 1
DRAF280610
51 Aktiviti Pengayaan Tahun 1
AKTIVITI PENGAYAAN
TAHUN 1
DRAF280610
52 Aktiviti Pengayaan Tahun 1
Topik: Aktiviti Pengayaan
Pengenalan :
Murid secara berkumpulan digalakkan untuk membuat satu projek berkaitan Haiwan. Murid boleh memilih untuk menggunakan aplikasi MS Word, MS PowerPoint dan Paint. Hasil projek ini boleh ditunjukkan dalam bentuk poster, buku skrap digital ataupun album digital. Murid-murid boleh menggunakan Internet untuk mencari maklumat. Kamera digital juga boleh digunakan sekiranya perlu.
Standard Kandungan:
Murid akan dapat: 1.0 Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan
beretika. 2.0 Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang
bersesuaian 3.0 Menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul,
memproses dan menggunakan maklumat. 4.0 Murid menggunakan TMK untuk mendapatkan dan
berkongsi pengetahuan. 5.0 Murid menggunakan TMK untuk penyelesaian masalah
dan membuat keputusan. 6.0 Murid menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti
dan pembelajaran. 7.0 Murid menggunakan TMK untuk menyampaikan idea dan
maklumat secara kreatif dan inovatif.
Tempoh masa: 2 jam
Kreativiti: Murid memilih menggunakan aplikasi yang sesuai untuk menghasilkan projek berkaitan Haiwan secara berkreatif.
Sumber : a. Modul Pembelajaran Komputer Pertama Saya. b. Modul Pembelajaran Mari Belajar MS Word. c. Modul Pembelajaran Mari Belajar MS PowerPoint. d. Modul Pembelajaran Meneroka Dunia di Hujung Jari Anda. e. Modul Pembelajaran Mari Belajar Paint. f. Kamera Digital (sekiranya perlu). g. Pengimbas (sekiranya perlu).
Nota Guru : 1. Guru dinasihatkan agar membentuk kumpulan yang terdiri daripada murid pelbagai keupayaan. 2. Untuk aktiviti mencetak, murid perlu belajar mengenai Print Preview. Ini penting untuk mengelakkan masalah mencetak dan pembaziran kertas.
DRAF280610
53 Aktiviti Pengayaan Tahun 1
3. Guru digalakkan mencetak hasil kerja murid. 4. Guru digalakkan menyediakan gambar-gambar di komputer
murid untuk kegunaan mereka.
StandardTMK
Aktiviti :
1. Murid mencari dan memberi idea untuk projek yang akan dilaksanakan.
2. Murid menyediakan bahan-bahan projek yang diperlukan.
3. Projek dilaksanakan secara berkumpulan.
7.1, 7.2
4. Murid akan mempersembahkan projek mereka.
5. Murid berkongsi pengalaman mereka dalam menghasilkan projek ini dengan bimbingan guru. Aspek kerjasama perlu ditekankan demi memastikan projek berjaya.
4.1, 4.2
Pentaksiran : Murid mempersembahkan projek mereka secara berkumpulan.
DRAF280610
54 Aktiviti Pengayaan Tahun 1