013824_img_20150219_0008

2
SEJARAH MALAYSIA jaya mendapatkan persetujuan dua orang pemimpin Melayu; iaitu Datu Bandar dan Datu Pahlawan untuk menandatangani dokumen penyerahan itu. Ini diikuti dengan memperoleh persetujuan daripada Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, setelah beliau diugut oleh dua orang datu yang lain. Setelah usaha tersebut berjaya, MacBryan bertolak meninggalkan Sarawak pada 7 Januari 1946 dan kembali ke England. Tidak banyak pihak yang mengetahui tujuan sebenar lawatan singkat MacBryan ke Sarawak sehingga setelah sebulan kemudian. Pada 8 Februari 1946, Raja Vyner Brooke mengumumkan secara rasmi di London bahawa Sarawak telah diserahkan kepada keraj aan British. Pengumuman itu mengejutkan banyak pihak, termasuk Datu Patinggi Haji Abdillah yang mula menyedari bahawa beliau ditipu oleh MacBryan. Datu Patinggi kemudiannya menulis surat kepada Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) untuk menjelaskan kedudukan yang sebenar. Penyerahan Sarawak kepada Britain menimbulkan bantahan pelbagai pihak, terutamanya orang Melayu dan Iban. Mereka membantah kerana penyerahan itu bertentangan dengan Perlembagaan 1941 yang menjanjikan pemberian taraf berkerajaan sendiri kepada Sarawak dan Vyner Brooke juga tidak berunding terlebih dahulu dengan para pemimpin tempatan. PKMS menghantar dua kawat bantahan kepada Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan di London pada 12 dan 20 Februari 1940. Langkah itu diikuti oleh orang Dayak yang baru sahaja menubuhkan Persatuan Dayak Sarawak (PDS). Setelah berita tentang merebaknya bantahan ini dilaporkan kepada Parlimen British, Pejabat Tanah Jajahan meminta Vyner Brooke mendapatkan persetujuan menerusi cara perundangan dan demokrasi. Oleh itu, Vyner Brooke membuat keputusan untuk merujuk perkara tersebut kepada Council Negeri. Pada bulan Mei 1946, Council Negeri bersidang selama tiga hari untuk membincangkan usul penyerahan Sarawak kepada Britain. Rang Undang-undang Penyerahan itu diluluskan dengan 18 undi menyokong dan 16 undi menentang. Usul itu disokong oleh wakil-wakil Eropah dan Cina serta dua orang ahli Melayu, termasuk Datu Pahlawan yang menyokong semasa usul itu dibentangkan. Mereka yang menentang terdiri daripada wakil- wakil Melayu, Iban dan dua orang wakil Eropah. Keputusan itu dianggap muktamat walaupun sebilangan besar undi yang menyokong datangnya daripada wakil-wakil Eropah dan bukannya penduduk tempatan. Keputusan itu jelas menunjukkan sebi- langan besar orang Melayu dan Iban tidak bersetuju dengan tindakan itu. Oleh sebab Rang Undang-undang Penyerahaii diluluskan dengan kelebihan andi yang tipis, orang Melayu dan Iban memutuskan untuk menentang melalui cara lain (Sanib Said, 1985:47-8). Penyerahan Sarawak kepada kerajaan British diadakan dalam satu upacara rasmi di Kuching pada 1 Julai 1946. KEMUNCULAN KUMPULAN GERAKAN ANTIPENYERAHAN Kumpulan Gerakan Antipenyerahan terdiri daripada beberapa buah persatuan Melayu yang muncul pada tahun-tahun awal selepas timbulnya cadangan menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Walaupun kumpulan ini dilihat sebagai menyokong usaha untuk mengekalkan pemerintahan `Raja Putih' di Sarawak, tetapi tujuan sebenar mereka ialah mendapatkan kemerdekaan Sarawak dengan cara mudah, jika negeri itu masih kekal di bawah pentadbiran keluarga Brooke yang semakin lemah. Sebaliknya, jika Sarawak diserahkan 572 PERJUANGAN SECARA PERLEMBAGAAN kepada Britain, ini bermakna usaha mendapatkan kemerdekaan semakin sukar dan mengambil masa yang lebih panjang. Walaupun sebahagian besar anggota kumpulan Gerakan Antipenyerahan terdiri daripada orang Melayu, tetapi mereka berpecah kepada beberapa persatuan yang. diketuai oleh pemimpin yang berbeza, sungguhpun matlamatnya sama. Pada peringkat awal, gerakan antipenyerahan diketuai oleh Datu Pa- tinggi Abang Haji Abdillah, tetapi selepas kematian beliau, mereka berpecah kepada beberapa kumpulan seperti Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), Barisan Pemuda Sarawak (BPS) dan Pergerakan Pemuda Melayu, Sibu (PPM). CSepanjang tempoh tahun 1945-51, kegiatan yang dianjurkan oleh gerakan antipenyerahan mendapat sambutan ebat di seluruh negeri. PKMS merupakan persatuan yang paling cergas menganjurkan bantahan kepada kerajaan British. Di bawah pimpinan Datu Patinggi Haji Abdillah, PKMS muncul sebagai pertubuhan yang paling aktif. Malah, Datu Patinggi mengetuai wakil-wakil Melayu dan Dayak dalam Majlis Negeri membuat bantahan semasa Rang Undangundang Penyerahan dibahaskan. Sebelum itu, PKMS dan Persatuan Dayak Sarawak (PDS) berjaya memaksa Vyner Brooke membatalkan perisytiharan penyerahan Sarawak yang diumumkan di London pada 8 Februari 1946. Setelah Rang Undang-undang Penyerahan diluluskan, PKMS semakin lemah kerana sebahagian besar ahlinya meletakkan jawatan dan menyertai persatuan lain. Menjelang awal tahun 1947, terdapat sebanyak 52 buah persatuan antipenyerahan ditubuhkan di seluruh Sarawak (Porritt, 1997:17). Barisan Pemuda Sarawak (BPS) ditubuhkan di Kuching oleh sekumpulan pemuda Melayu yang terpelajar. Mereka kurang berpuas hati dengan pucuk pimpinan PKMS yang disifatkan konservatif dan pasif terhadap pandangan yang dikemukakan. BPS bukan sahaja berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada pemuda Melayu, tetapi juga di kalangan pemuda Dayak. Barisan kepimpinan BPS diketuai oleh Suut Haji Tahir sebagai Presiden dan Abang Kassim menjadi Setiausaha. Sementara itu di Sibu, sebuah persatuan yang dinamakan Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) telah ditubuhkan menjelang akhir tahun 1946. PPM diketuai oleh Sirat Haji Yaman (Presiden), Awang Rambli Mohd Deli (Setiausaha) dan MohamadAbet (Bendahari). PPM dianggotai oleh sebahagian besar orang Melayu dari Bahagian Ketiga Sarawak. Di bawah pimpinan Sirat Haji Yaman dan Awang Rambli Mohd Deli, PPM muncul sebagai persatuan antipenyerahan yang kuat dengan keanggotaan berjumlah 30 000 orang. PPM mempunyai cawangan di beberapa tempat seperti Kanowit, Song, Kapit, Belaga, Binatang, Sarikei, Matu, Daro, Igan, Dalat, Oya dan Mukah. Walaupun berjuang dalam persatuan yang berbeza, tetapi PPM masih mengekalkan hubungan baik dengan PKMS kerana kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama, iaitu menentang penyerahan Sarawak kepada Britain. Orang Sarawak yang berada di Singapura turut terlibat dalam gerakan antipenyerahan. Mereka menubuhkan United Sarawak National Association (USNA) yang berpusat di Geylang. Keanggotaan USNA berjumlah 300 orang terdiri daripada orang Melayu, Iban dan sekumpulan kecil orang Cina. Persatuan ini diketuai oleh Sirat Mohamad (Presiden), Awang Kipli (Pengerusi). Annuar Ahmad (Setiausaha) dan Hipni Bujang (Setiausaha). USNA bergiat sebagai sebuah pertubuhan bebas dan tiada sebarang ikatan dengan manamana pertubuhan di Sarawak (Reece, 1982:251). Kegiatan USNA tertumpu

Upload: tieng-huang

Post on 24-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sejarah sabah dan sarawak

TRANSCRIPT

Page 1: 013824_IMG_20150219_0008

SEJARAH MALAYSIA

jaya mendapatkan persetujuan dua orang pemimpin Melayu; iaitu Datu Bandar dan Datu Pahlawan untuk menandatangani dokumen penyerahan itu. Ini diikuti dengan memperoleh persetujuan daripada Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, setelah beliau diugut oleh dua orang datu yang lain. Setelah usaha tersebut berjaya, MacBryan bertolak meninggalkan Sarawak pada 7 Januari 1946 dan kembali ke England.

Tidak banyak pihak yang mengetahui tujuan sebenar lawatan singkat Mac -Bryan ke Sarawak sehingga setelah sebulan kemudian. Pada 8 Februari 1946, Raja Vyner Brooke mengumumkan secara rasmi di London bahawa Sarawak telah diserahkan kepada keraj aan British. Pengumuman itu mengejutkan banyak pihak, termasuk Datu Patinggi Haji Abdillah yang mula menyedari bahawa beliau ditipu oleh MacBryan. Datu Patinggi kemudiannya menulis surat kepada Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) untuk menjelaskan kedudukan yang sebenar.

Penyerahan Sarawak kepada Britain menimbulkan bantahan pelbagai pihak, terutamanya orang Melayu dan Iban. Mereka membantah kerana penyerahan itu bertentangan dengan Perlembagaan 1941 yang menjanjikan pemberian ta raf berkerajaan sendiri kepada Sarawak dan Vyner Brooke juga tidak berun ding terlebih dahulu dengan para pemimpin tempatan. PKMS menghantar dua kawat bantahan kepada Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan di London pada 12 dan 20 Februari 1940. Langkah itu diikuti oleh orang Dayak yang baru sahaja menubuhkan Persatuan Dayak Sarawak (PDS).

Setelah berita tentang merebaknya bantahan ini dilaporkan kepada Parlimen British, Pejabat Tanah Jajahan meminta Vyner Brooke mendapatkan perse -tujuan menerusi cara perundangan dan demokrasi. Oleh itu, Vyner Brooke mem -buat keputusan untuk merujuk perkara tersebut kepada Council Negeri. Pada bulan Mei 1946, Council Negeri bersidang selama tiga hari untuk membin -cangkan usul penyerahan Sarawak kepada Britain. Rang Undang-undang Pe-nyerahan itu diluluskan dengan 18 undi menyokong dan 16 undi menentang. Usul itu disokong oleh wakil-wakil Eropah dan Cina serta dua orang ahli Melayu, termasuk Datu Pahlawan yang menyokong semasa usul itu diben -tangkan. Mereka yang menentang terdiri daripada wakil-wakil Melayu, Iban dan dua orang wakil Eropah. Keputusan itu dianggap muktamat walaupun sebilangan besar undi yang menyokong datangnya daripada wakil-wakil Eropah dan bukannya penduduk tempatan. Keputusan itu jelas menunjukkan sebi -langan besar orang Melayu dan Iban tidak bersetuju dengan tindakan itu. Oleh sebab Rang Undang-undang Penyerahaii diluluskan dengan kelebihan andi yang tipis, orang Melayu dan Iban memutuskan untuk menentang melalui cara lain (Sanib Said, 1985:47-8). Penyerahan Sarawak kepada kerajaan British diadakan dalam satu upacara rasmi di Kuching pada 1 Julai 1946.

KEMUNCULAN KUMPULAN GERAKAN ANTIPENYERAHAN

Kumpulan Gerakan Antipenyerahan terdiri daripada beberapa buah persatuan Melayu yang muncul pada tahun-tahun awal selepas timbulnya cadangan menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Walaupun kumpulan ini dilihat sebagai menyokong usaha untuk mengekalkan pemerintahan `Raja Putih' di Sarawak, tetapi tujuan sebenar mereka ialah mendapatkan kemerdekaan Sarawak dengan cara mudah, jika negeri itu masih kekal di bawah pentadbiran keluarga Brooke yang semakin lemah. Sebaliknya, jika Sarawak diserahkan

572PERJUANGAN SECARA PERLEMBAGAAN

kepada Britain, ini bermakna usaha mendapatkan kemerdekaan semakin sukar dan mengambil masa yang lebih panjang.

Walaupun sebahagian besar anggota kumpulan Gerakan Antipenyerahan terdiri daripada orang Melayu, tetapi mereka berpecah kepada beberapa persa -tuan yang. diketuai oleh pemimpin yang berbeza, sungguhpun matlamatnya sama. Pada peringkat awal, gerakan antipenyerahan diketuai oleh Datu Pa -tinggi Abang Haji Abdillah, tetapi selepas kematian beliau, mereka berpecah kepada beberapa kumpulan seperti Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), Barisan Pemuda Sarawak (BPS) dan Pergerakan Pemuda Melayu, Sibu (PPM).

CSepanjang tempoh tahun 1945-51, kegiatan yang dianjurkan oleh gerakan antipenyerahan mendapat sambutan ebat di seluruh negeri. PKMS merupakan persatuan yang paling cergas menganjurkan bantahan kepada kerajaan British. Di bawah pimpinan Datu Patinggi Haji Abdillah, PKMS muncul sebagai pertu -buhan yang paling aktif. Malah, Datu Patinggi mengetuai wakil-wakil Melayu dan Dayak dalam Majlis Negeri membuat bantahan semasa Rang Undang-undang Penyerahan dibahaskan. Sebelum itu, PKMS dan Persatuan Dayak Sarawak (PDS) berjaya memaksa Vyner Brooke membatalkan perisytiharan penyerahan Sarawak yang diumumkan di London pada 8 Februari 1946. Setelah Rang Undang-undang Penyerahan diluluskan, PKMS semakin lemah kerana sebahagian besar ahlinya meletakkan jawatan dan menyertai persatuan lain. Menjelang awal tahun 1947, terdapat sebanyak 52 buah persatuan antipenye -rahan ditubuhkan di seluruh Sarawak (Porritt, 1997:17).

Barisan Pemuda Sarawak (BPS) ditubuhkan di Kuching oleh sekumpulan pemuda Melayu yang terpelajar. Mereka kurang berpuas hati dengan pucuk pimpinan PKMS yang disifatkan konservatif dan pasif terhadap pandangan yang dikemukakan. BPS bukan sahaja berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada pemuda Melayu, tetapi juga di kalangan pemuda Dayak. Barisan kepimpinan BPS diketuai oleh Suut Haji Tahir sebagai Presiden dan Abang Kassim menjadi Setiausaha.

Sementara itu di Sibu, sebuah persatuan yang dinamakan Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) telah ditubuhkan menjelang akhir tahun 1946. PPM diketuai oleh Sirat Haji Yaman (Presiden), Awang Rambli Mohd Deli (Setia -usaha) dan MohamadAbet (Bendahari). PPM dianggotai oleh sebahagian besar orang Melayu dari Bahagian Ketiga Sarawak. Di bawah pimpinan Sirat Haji Yaman dan Awang Rambli Mohd Deli, PPM muncul sebagai persatuan anti -penyerahan yang kuat dengan keanggotaan berjumlah 30 000 orang. PPM mempunyai cawangan di beberapa tempat seperti Kanowit, Song, Kapit, Belaga, Binatang, Sarikei, Matu, Daro, Igan, Dalat, Oya dan Mukah. Walaupun berjuang dalam persatuan yang berbeza, tetapi PPM masih mengekalkan hubungan baik dengan PKMS kerana kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama, iaitu menentang penyerahan Sarawak kepada Britain.

Orang Sarawak yang berada di Singapura turut terlibat dalam gerakan anti-penyerahan. Mereka menubuhkan United Sarawak National Association (USNA) yang berpusat di Geylang. Keanggotaan USNA berjumlah 300 orang terdiri daripada orang Melayu, Iban dan sekumpulan kecil orang Cina. Persa -tuan ini diketuai oleh Sirat Mohamad (Presiden), Awang Kipli (Pengerusi). Annuar Ahmad (Setiausaha) dan Hipni Bujang (Setiausaha). USNA bergiat sebagai sebuah pertubuhan bebas dan tiada sebarang ikatan dengan mana -mana pertubuhan di Sarawak (Reece, 1982:251). Kegiatan USNA tertumpu

573