011 sjkc.pdf

Upload: devi-arumugam

Post on 06-Oct-2015

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Soalan 1 18

    Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

    1. Cikgu Ong meminta ______ berdua ke bilik guru sekarang, kata Siti kepada Wei

    Han dan Sag Haa.

    A kita C kamu

    B saya D mereka

    Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

    2. Mimi _________ sesuatu ke telinga Mei Ling kerana dia tidak mahu orang lain

    mendengarnya.

    A bernyanyi C bersorak

    B bertempik D berbisik

    Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

    3. A beta C patik

    B saya D hamba

    4. Baju yang dipakai oleh Nurul __________ kerana badannya semakin berisi.

    A longgar C sendat

    B singkat D besar

  • 5. Encik Lim bekerja keras setiap hari __________ kebahagiaan keluarganya.

    A demi C oleh

    B akan D terhadap

    6. Mereka berada di __________ padang sambil memberi sokongan kepada pasukan

    mereka.

    A tepi C sudut

    B tengah D hujung

    7. Semua murid __________ belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam

    pelajaran, kata guru besar.

    A boleh C hendak

    B mesti D dapat

    8. Mahani makan ___________ jagung rebus yang baru dibeli ayahnya.

    A sebiji C seketul

    B sebatang D setongkol

    9. Murid-murid sedang _____________ untuk menjawab soalan peperiksaan.

    A membanting tulang C bermandi peluh

    B memerah otak D berputih mata

    10. Puan Lily sentiasa mengutamakan _____________ pakaian ahli keluaraganya.

    A pembersih C membersihkan

    B pembersihan D kebersihan

    11. Kilang yang terbakar itu mengeluarkan asap _______________ ke udara.

    A berderet-deret C berkepul-kepul

    B bergulung-gulung D bergoyang-goyang

    Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

    12. ______________ sesuai untuk murid-murid kerana makna perkataan dapat dicari

    dengan mudah dan cepat.

    A Mesin kira C Komputer riba

    B Telefon bimbit D Kamus elektronik

  • 13. Ramai orang berpusu-pusu ke pasar raya itu kerana jualan ____________ sedang

    diadakan.

    A harga pokok C harga runtuh

    B harga mati D harga tunai

    14. Mereka ___________ dengan riang semasa berekreasi di taman tema air.

    A bolak-balik C simpang-siul

    B mandi-manda D mundar-mandir

    15. Pada bulan Jun tahun yang lepas, beberapa buah negeri ______________

    semenanjung Malaysia dilanda jerebu.

    A di C dari

    B ke D pada

    Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

    16. Puan Tan sedang ___________ buah limau bali itu di atas meja makan di dapur.

    A mengopek C memotong

    B menyiat D menyiang

    17. Peserta ekspedisi _____________ Gunung Kinabalu itu sedang gigih mendaki

    gunung.

    A perkelahian C pendakian

    B perkhemahan D penerbangan

    18. Siti diminta supaya mengambil buku Sains yang ______________ dengannya.

    A renggang C hampir

    B nyaris D kerap

    19. Kemunculan album baharu penyanyi tersohor itu mengubati kerinduan peminatnya.

    Pilih perkataan seerti bagi tersohor.

    A terbaik C terhebat

    B terkenal D terhangat

  • 20. Hubungan kami menjadi semakin rapat kerana saling berutus surat.

    Pilih perkataan berlawan bagi rapat.

    A erat C akrab

    B dekat D renggang

    Soalan 21 22

    Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

    21. i Hubungan Ain dan datuknya dingin kerana mereka tinggal berjauhan.

    ii Majlis gotong-royong itu mendapat sambutan dingin daripada penduduk

    kampung.

    iii Lim Chua menggigil dingin setelah mandi di sungai.

    iv Ayah memasang dingin udara itu kerana cuaca panas.

    A i dan ii C i dan iv

    B ii dan iii D iii dan iv

    22. i Masyarakat perlu bersatu padu bagi mengelakkan pecah.

    ii Pinggan itu terjatuh ke lantai lalu pecah.

    iii Bibir Liana pecah kerana kekurangan air.

    iv Halim pecah kesunyian malam itu dengan tiupan serulingnya.

    A i dan ii C iii dan iv

    B ii dan iii D i dan iv

    23. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

    Petani dahulu membajak sawah menggunakan kerbau.

    A Mengapakah kerbau digunakan untuk membajak sawah?

    B Bilakah kerbau digunakan untuk membajak sawah?

    C Bagaimanakah petani dahulu membajak sawah?

    D Apakah yang dilakukan oleh petani dahulu?

    24. Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya di bawah.

    Apakah keistimewaan kamus elektronik?

    A Harga kamus elektronik sangat berpatutan.

    B Kamus elektronik memerlukan penjagaan yang rapi.

    C Kita dapat mencari maksud sesuatu perkataan dengan pantas.

    D Kamus elektronik mendapat banyak permintaan daripada pengguna.

  • Soalan 25 26

    Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

    25. Murid-murid akan berhimpun di tapak perhimpunan pada setiap pagi Ahad.

    A Tapak perhimpunan akan mengadakan perhimpunan murid-murid pada

    setiap pagi Ahad.

    B Berhimpun di setiap tapak perhimpunan dilakukan oleh murid-murid pada

    pagi Ahad.

    C Pada setiap pagi Ahad, tapak perhimpunan akan menghimpunkan murid-

    murid.

    D Pada setiap pagi Ahad, murid-murid akan berhimpun di tapak perhimpunan.

    26. Mei Ting, tolong simpan mainan yang telah diselerakkan oleh adik ke dalam kotak,

    kata ibu.

    A Mei Ting disuruh oleh ibunya menyimpan mainan yang telah diselerakkan

    oleh adik ke dalam kotak.

    B Mei Ting menyuruh ibu menyimpan mainan yang diselerakkan oleh adik ke

    dalam kotak.

    C Mei Ting membantu ibunya menyimpan mainan yang telah diselerakkan oleh

    adiknya ke dalam kotak.

    D Mei Ting dan ibunya sedang menyimpan mainan yang diselerakkan oleh adik

    ke dalam kotak.

    Soalan 27 28

    Pilih ayat yang betul.

    27. A Bas yang kerosakan itu berhenti di perhentian bas.

    B Jangan menerima pelawaan orang yang tidak dikenali.

    C Mereka bekerja untuk tingkatkan pendapatan keluarga.

    D Padang itu menjadi tempat menandingi bolak sepak.

    28. A Budak-budak nakal itu telah bersembunyi ke dalam semak.

    B Air yang melimpah dari sungai Tangkak telah membanjiri kebunnya.

    C Encik Ariff akan membawa keluarganya makan angin pada minggu lepas.

    D Antara jam 10.00 pagi, seramai seratus ekor gagak telah berjaya ditembak.

  • Soalan 29 30

    Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

    29. Simpulan bahasa yang paling sesuai bagi situasi di atas ialah _______________.

    A buta hati C buta ayam

    B buta perut D buta huruf

    30. Aiman membuka _____________ apabila dikejar oleh seekor anjing liar.

    A langkah kiri C langkah baik

    B langkah kanan D langkah seribu

    Soalan 31 35

    Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Sabtu, 11 Januari 2014

    8.00 pagi

    Hari ini SJK(C) Chee Nan mengadakan sambutan Hari Kokurikulum. Kami berkumpul di

    dewan untuk mendengar ucapan perasmian oleh Guru Besar, sama seperti sambutan Hari

    Guru, Hari Kanak-kanak dan Hari Anugerah.

    9.00 pagi

    Gerai-gerai dibuka untuk jualan. Terdapat gerai makanan, minuman, cenderamata dan buku

    rujukan. Selain itu, terdapat juga gerai menjual peralatan sekolah seperti pensel, pen, buku

    latihan, kertas lukisan dan kad-kad ucapan yang diuruskan oleh Lian. Sambutan daripada

    guru, murid dan ibu bapa sangat menggalakkan. Ming menjual kuih-muih yang disediakan

    oleh ibunya. Aliah dan Chan pula menjual buah-buahan yang dibekalkan oleh bapa Chan

    dari gerai buah-buahannya. Gerai buku rujukan mendapat sambutan yang hangat daripada

    murid dan ibu bapa.

    1.00 petang

    Pegawai Pelajaran Daerah Kubang Pasu tiba untuk majlis penutupan. Beliau sempat

    berbual-bual dengan murid yang menjual barangan di gerai-gerai. Beliau kelihatan sangat

    gembira dan berpuas hati dengan Hari Kokurikulum tersebut.

    Banyak rakyat di negara itu tidak tahu membaca dan menulis.

  • 31. Apakah peristiwa yang berlaku di SJK(C) Chee Nan pada 11 Januari 2014?

    A Sambutan Hari Guru

    B Sambutan Hari Anugerah

    C Sambutan Hari Kokurikulum

    D Sambutan Hari Kanak-kanak

    32. Apakah gerai yang paling menarik hati pengunjung?

    A Gerai makanan

    B Gerai minuman

    C Gerai buku rujukan

    D Gerai buah-buahan

    33. Siapakah yang menjual barangan yang dibuat oleh ibunya?

    A Chan

    B Aliah

    C Lian

    D Ming

    34. Pilih penyataan yang tidak benar tentang petikan.

    A Banyak ibu bapa yang datang.

    B Pegawai Pelajaran Daerah Kubang Pasu turut hadir.

    C Guru Besar yang merasmikan sambutan tersebut.

    D Bapa Aliah seorang penjual buah-buahan.

    35. Rangkai kata berpuas hati dalam petikan bermaksud

    A berasa lega

    B berpeluang baik

    C bertambah maju

    D menarik perhatian

  • Soalan 36 40

    Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    36. Apakah maksud rangkap kedua pantun di atas?

    A Rajin belajar C Suka membantu

    B Berbudi bahasa D Mengenang budi

    37. Mengapakah seseorang itu disenangi orang?

    A Bersikap peramah

    B Suka memberi hadiah

    C Mudah menghulurkan bantuan

    D Memiliki kekayaan dan kejayaan

    Cantik sungguh bunga raya,

    Bersusun indah pepohon ru;

    Jika kita ingin berjaya,

    Segala kemusykilan tanyalah guru.

    Di Pekan Rokan membeli tapai,

    Minum pula air kelapa;

    Apabila kejayaan sudah dicapai,

    Jasa guru jangan dilupa.

    Dihidangkan sepiring kuih suji,

    Semangkuk penuh jeruk cermai;

    Bersikap ramah amalan terpuji,

    Disenangi orang kawan pun ramai.

    Suasana indah diterangi bulan,

    Berkumpul di serambi sambil bersila:

    Sikap berhemah jadikan amalan,

    Disanjung orang sampai bila-bila.

    Belah dua buah tembikai,

    Makan durian di dalam pangsa;

    Nasihat orang didengar pakai,

    Jika tidak diri pasti binasa.

  • 38. Apakah yang harus kita lakukan setelah berjaya?

    A Membalas jasa ibu bapa

    B Mengenang jasa ibu bapa

    C Tidak melupakan jasa guru

    D Membalas jasa guru yang banyak berkorban

    39. Pilih penyataan yang benar tentang pantun tersebut.

    A Bercita-cita tinggi

    B Jangan putus asa jika gagal

    C Mengamalkan sikap berhemah amalan mulia

    D Menjalinkan hubungan baik dengan ibu bapa

    40. Rangkai kata sampai bila-bila dalam pantun bermaksud

    A sedekad

    B sepanjang hayat

    C pada usia dewasa

    D hingga meninggal dunia