002.kisah nabi idris a.s

Upload: pustaka-islami

Post on 03-Apr-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 002.Kisah Nabi Idris a.s

    1/3

    1001 TOPIK MENARIK DALAM AL-QURAN

    KISAH NABI IDRIS A.S. 1

    KISAH NABI IDRIS A.S.

    Pendahuluan

    Nabi Idris as. dalam Al Quran:19:56,19:57 Keutamaan nabi Idris as. dan sifatnya:19:56,19:57

    Firman Allah SWT

    56. Dan Ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris (yang tersebut)

    di dalam Al Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan

    dan seorang nabi.

    57. Dan kami Telah mengangkatnya ke martabat yang Tinggi.

    (A.56-57 QS.019. Maryam )

    Tidak banyak keterangan yg didpti tentang kisah Nabi Idris di dlm Al-Quran

    mahupun dlm kitab-kitab Tafsir dan kitab-kitab sejarah nabi-nabi.Di dlm Al-

    Quran kisah Nabi Idris a.s. terdapat dalam dua ayat diatas.

    Nabi Idris adalah keturunan keenam dr Nabi Adam putera dr Yarid bin Mihla'iel

    bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam A.S. dan adalah keturunan pertama yg

    dikurniai kenabian menjadi Nabi setelah Adam dan Syith.

    Nabi Idris menurut sementara riwayat bermukim di Mesir di mana ia berdakwahutk agama Allah mengajarkan tauhid dan beribadat menyembah Allah serta

    membeeri beberapa pendoman hidup bagi pengikut-pengikutnya agar menyelamat

    diri dri seksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Ia hidup

    sampai usia 82 tahun

    .

  • 7/29/2019 002.Kisah Nabi Idris a.s

    2/3

    1001 TOPIK MENARIK DALAM AL-QURAN

    KISAH NABI IDRIS A.S. 2

    Diantara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah : ~

    1 . Kesabaran yg disertai iman kpd Allah membawa kemenangan.

    2 . Org yg bahagia ialah org yg berwaspada dan mengharapkan syafaat dari

    Tuhannya dgn amal-amal solehnya.3 . Bila kamu memohon sesuatu kpd Allah dan berdoa maka ikhlaskanlah niatmu

    demikian pula puasa dan solatmu.

    4 . Janganlah bersumpah dlm keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntup

    sumpah dari org yg berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dlm dosa.

    5 . Taatlah kpd raja-rajamu dan tunduklah kpd pembesar-pembesarmu serta

    penuhilah selalu mulut-mulutmu dgn ucapan syukur dan puji kpd Allah.

    6 . Janganlah iri hati kpd org-org yg baik nasibnya, krn mereka tidak akan banyak

    dan lama menikmati kebaikan nasibnya.

    7 . Barang siapa melampaui kesederhanaan tidak sesuatu pun akan

    memuaskannya.8 . Tanpa membagi-bagikan nikmat yg diperolehnya seorg tidak dpt bersyukur kpd

    Allah atas nikmat-nikmat yg diperolehinya itu.

    Dalam hubungan dgn firman Allah bahawa Nabi Idris diangkat kemartabat tinggi

    Ibnu Abi Hatim dlm tafsirnya meriwayatkan bahawa Nabi Idris wafat tatkala

    berada di langit keempat dibawa oleh seorg Malaikat Wallahu a'alam bissawab.

    Nabi Idris a.s. Menikam Mata Iblis

    Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa pada suatu hari sedang Nabi Idris

    a.s. duduk menjahit bajunya, maka dengan tiba-tiba berdiri di hadapan pintu

    rumah Nabi Idris seorang lelaki yang tidak dikenali dan ditangannya terdapat

    sebiji telur. Lalu ia berkata: "Wahai Nabi Idris! Bolehkah Tuhan kamu

    memasukkan dunia ini ke dalam telur yang sedang aku pegang?" Apabila Nabi

    Idris mendengar kata-kata lelaki itu, tahulah ia bahawa yang berbicara dengannya

    itu adalah iblis.

    Lalu Nabi Idris berkata kepadanya: "Datanglah dekat aku dan tanyalah apa

    yang hendak kamu ketahui." Setelah iblis menghampirinya maka Nabi Idris pun

    berkata: "Tuhanku boleh memasukkan dunia ini ke dalam apa saja, jangankan

    dalam telur yang kamu pengang itu, bahkan ia dapat memasukkan dunia ini ke

    dalam lubang jarum yang aku pegang."

  • 7/29/2019 002.Kisah Nabi Idris a.s

    3/3

    1001 TOPIK MENARIK DALAM AL-QURAN

    KISAH NABI IDRIS A.S. 3

    Setelah menjawab soalan yang dikemukakan oleh iblis itu, Nabi Idris dengan

    pantas mencucuk mata iblis dengan jarum yang ada di tangannya. Alangkah

    terperanjatnya iblis dengan tindakan yang tidak diduga sama sekali. Lalu iblis punlari meninggalkan Nabi Idris yang telah membutakan sebelah matanya. Iblis itu

    buta sebelah matanya sehingga tiba saat kebangkitan junjungan besar kita Nabi

    Muhammad s.a.w.

    Catatan : Ada sementara mufasir menjelaskan bahwa Nabi Idris a.s. adalah Raja

    Mesir yang terkenal yaitu Osiris , seorang Raja dengan beberapa keistimewaan

    antara lain kebijakannya, serta keahliannya dalam berfilsafat.