ifolio.ukm.my · web viewtugas-tugas juga telah diagihkan dengan sama rata kepada semua ahli....

22
LAPORAN KESELURUHAN KEPIMPINAN DAN KREATIVITI LMCK1531 SET 133 NURUL SHAHIRAH BINTI SHAHBUDIN A153994 SESI 2015/2016 1. TEMA PROGRAM “Program Buddies’ Day” “Nilai Persahabatan” 2. OBJEKTIF PROGRAM Menambah kenalan baru dan saling beramah mesra. Mengenali di antara satu sama lain dengan lebih dekat tanpa mengira rupa, jantina, umur dan kursus major. Memahami kepentingan kerja berpasukan. Peserta juga akan lebih berkeyakinan dalam melaksanakan kerja berpasukan dan memupuk semangat kerja berpasukan yang tinggi. Menonjolkan bakat kepemimpinan penganjur dan peserta yang menyertai program. Menjalankan permainan yang mencabar kreativiti dan bakat para peserta. . 3. PENERANGAN PROGRAM Bagi subjek citra LMCK 1531 iaitu Kepimpinan dan Kreativiti, saya dan ahli kumpulan yang lain telah menjalankan dan melaksanakan program yang bersesuaian dengan subjek ini. Oleh hal yang demikian, kami telah memilih untuk menjalankan program yang

Upload: vanhanh

Post on 25-May-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewTugas-tugas juga telah diagihkan dengan sama rata kepada semua ahli. Sesuatu organisasi tidak akan bergerak sekiranya tidak mempunyai aktiviti untuk dilaksanakan

LAPORAN KESELURUHAN

KEPIMPINAN DAN KREATIVITI LMCK1531

SET 133

NURUL SHAHIRAH BINTI SHAHBUDIN

A153994

SESI 2015/2016

1. TEMA PROGRAM

“Program Buddies’ Day”

“Nilai Persahabatan”

2. OBJEKTIF PROGRAM

Menambah kenalan baru dan saling beramah mesra. Mengenali di antara satu sama lain dengan lebih dekat tanpa mengira rupa, jantina,

umur dan kursus major. Memahami kepentingan kerja berpasukan. Peserta juga akan lebih berkeyakinan

dalam melaksanakan kerja berpasukan dan memupuk semangat kerja berpasukan yang tinggi.

Menonjolkan bakat kepemimpinan penganjur dan peserta yang menyertai program. Menjalankan permainan yang mencabar kreativiti dan bakat para peserta.

.

3. PENERANGAN PROGRAM

Bagi subjek citra LMCK 1531 iaitu Kepimpinan dan Kreativiti, saya dan ahli kumpulan yang lain telah menjalankan dan melaksanakan program yang bersesuaian dengan subjek ini. Oleh hal yang demikian, kami telah memilih untuk menjalankan program yang diberi nama “BUDDIES’ DAY”. Program ini telah diadakan pada 5 Disember 2015 bersamaaan hari Sabtu. Aktiviti ini dijalankan atas kerjasama semua ahli yang menyertai program ini. Perlaksanaan dan perbincangan program ini turut dibantu oleh pensyarah penasihat kursus LMCK 1531 Kepimpinan dan Kreativiti set 133 sesi 2015,iaitu Puan Jumaadzan Zaleha binti Mamat. Secara asasnya, program Buddies’ Day ini diadaptasikan daripada rancangan realiti televisyen yang popular, iaitu Running Man.

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewTugas-tugas juga telah diagihkan dengan sama rata kepada semua ahli. Sesuatu organisasi tidak akan bergerak sekiranya tidak mempunyai aktiviti untuk dilaksanakan

Program Buddies ini mengajar para peserta beberapa nilai-nilai persahabatan yang penting, di mana nilai-nilai ini tidak didedahkan dan diterapkan secara mendalam dalam kuliah. Antara nilai-nilai murni tersebut termasuklah nilai kepercayaan, kerjasama, saling membantu dan toleransi. Ada pepatah Melalyu berbunyi ‘pengalaman merupakan guru yang terbaik’.Oleh itu, melalui program Buddies’ Day ini, pendekatan yang digunakan ialah pengamalan dan pengaplikasian menerusi 6 aktiviti yang disediakan. Laporan keseluruhan seperti berikut:

GERAK KERJA POST SECARA KESELURUHAN

A. PERSIAPAN AWAL

BIDANG TUGAS

3.1 Pengarah

- Mengadakan perbincangan dengan semua ahli.- Mengagihkan tugasan kepada anak buah.- Merupakan ketua media ketika program.

3.2 Timbalan Pengarah I

- merupakan ketua pemasaran dan merangkap ketua kepada bendahari - membantu menguruskan dana yang dikumpul oleh bendahari.

3.3 Timbalan Pengarah II

- Merupakan ketua pengangkutan- Memastikan kenderaan ada bagi mengambil dan menghantar peserta

3.4 Setiausaha dan timbalan setiausaha

- Membuat laporan bagi setiap perjumpaan.- Membuat kertas kerja program.- Membuat instrument penilaian bagi peserta.- Membuat ayat – ayat bagi mempromosikan poster

3.5 Bendahari dan timbalan bendahari

- Merangka dan merancang perbelanjaan yang diperlukan dalam melaksanakan aktiviti ini

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewTugas-tugas juga telah diagihkan dengan sama rata kepada semua ahli. Sesuatu organisasi tidak akan bergerak sekiranya tidak mempunyai aktiviti untuk dilaksanakan

- Mengutip dana setiap orang ahli.- Membuat budget yang diperlukan untuk program.

3.6 Ketua program

- Membuat tentatif bagi program - Merancang aktiviti- Memastikan perjalanan program ini berjaya dan mengikut tentatif dan

perancangan

3.7 Pengangkutan dan Tugas – Tugas khas

- Mencari peserta- Merancang jadual perjalanan kami untuk ke lokasi seperti yang dirancang- Mencari pengangkutan yang akan digunakan- Memastikan pergerakan dan keselamatan peserta lancar.

3.8 Makanan

- Menguruskan makanan peserta dan urusetia..- Mengagihkan makanan.

3.9 Media

- Membuat video promosi dan juga montaj- Membuat poster - Merangkap jurukamera.

3.10 Hadiah

- Menguruskan pembelian hadiah- Menguruskan pemarkahan setiap kumpulan

3.11 Urusetia dan Senamrobik

- Mengendalikan aktiviti senamrobik dan permainan supaya berjalan lancar.- Menjalankan aktiviti dan permainan yang menarik- Memastikan peserta mengikut tentatif yang dirancang

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewTugas-tugas juga telah diagihkan dengan sama rata kepada semua ahli. Sesuatu organisasi tidak akan bergerak sekiranya tidak mempunyai aktiviti untuk dilaksanakan

B. PADA HARI KEJADIAN

TARIKH DAN MASA

PERKARA PERINCIAN

5 DISEMBER 2015

(SABTU)

7.30 PAGI

-Urussetia berkumpul di Perhentian

Bas Kolej masing-masing

-Menaiki kenderaan awam yang

disediakan

-Post pengangkutan memulakan

tugas mereka.

Semua urussetia berkumpul

di perhentian bas kolej

masing-masing. Selain itu,

kesemua urussetia

menggunakan perkhidmatan

pengangkutan awam kerana

mudah.

8.00 PAGI -Post pengangkutan mengambil

peserta dari kolej ke kolej.

-Menaiki kenderaan awam yang

disediakan

Semua peserta berkumpul di

perhentian bas kolej masing-

masing.

8.30 PAGI - Ketua berikan taklimat

- Aktiviti senamrobik dijalankan oleh

Post Urussetia dan Senamrobik.

- Pembahagian kumpulan

Ketua memberikan taklimat

aktiviti kepada semua peserta.

Situasi ini memberikan rasa

teruja kepada ahli kumpulan

untuk melaksanakan program.

Semua peserta seronok

memulakan permainan

dengan aktiviti senamrobik.

Selepas itu, mereka diagihkan

kepada enam kumpulan.

9.00 PAGI - Kesemua peserta mula bergerak

ke checkpoint masing-masing.

- Kesemua ahli kumpulan

mula menjalankan tugas

mereka. Setiap post mula

melakukan tanggungjawab

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewTugas-tugas juga telah diagihkan dengan sama rata kepada semua ahli. Sesuatu organisasi tidak akan bergerak sekiranya tidak mempunyai aktiviti untuk dilaksanakan

masing-masing. Sebagai

contoh, post program akan

memastikan perjalanan lancar

dan post media akan

mengambil gambar peserta

sedang bermain. Namun

begitu, post bendahari dan

post pengangkutan turut sama

membantu dalam aktiviti

yang dijalankan.

11.00 PAGI - Ke semua permainan telah

dihabiskan oleh peserta.

- Sesi refleksi

- Penyampaian hadiah

Semua peserta telah

menghabiskan aktiviti

berkumpulan. Mereka

berkumpul untuk sesi refleksi.

Ketua program dan pensyarah

penasihat kursus, Puan

Jumaadzan Zaleha binti

Mamat memberi sedikit

ucapan bagi penutupan

program dan menyampaikan

hadiah bagi kumpulan yang

berjaya.

11.30 PAGI -Program tamat

-Pulang ke kolej masing-masing

Semua peserta bersurai. Post

pengangkutan menghantar

peserta-peserta pulang ke

kolej masing-masing.

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewTugas-tugas juga telah diagihkan dengan sama rata kepada semua ahli. Sesuatu organisasi tidak akan bergerak sekiranya tidak mempunyai aktiviti untuk dilaksanakan

4. PERTEMUAN PROGRAM

Tarikh Masa Tempat Tujuan Jam

23 Oktober 2015

10.15 – 12.15 tengahari

DKG124M-Pertemuan pertama dengan ahli kumpulan-Pembentukan organisasi

2

20 November 2015

10.15 – 11.15 pagi

DKG124M-Pembaharuan organisasi-Penjanaan idea 1

27 November 2015

10.15 pagi – 12.15 tengahari

DKG124M-Penyediaan bahan-Taklimat program

2

4 Disember 2015

10.00 pagi – 12.00 tengahari

BILIK PMFST

-Taklimat akhir program 2

5 Disember 2015

7.30 pagi – 11.30 pagi

PADANG KTHO

Pelaksanaan aktiviti 4

Tarikh : 23 Oktober 2015

Masa : 10.15 – 12.15 tengahari

Tempat : DKG124M

Aktiviti : Pertemuan pertama bersama ahli kumpulan.

1. Perbincangan jawatankuasa tertinggi dan jawatankuasa program.2. Perbincangan mengenai program.3. Setiap ahli dikenakan bayaran awal sebanyak Rm 2.4. Bersetuju untuk mengadakan perjumpaan setiap hari jumaat5. Pemilihan ahli jawatankuasa tertinggi dan jawatankuasa program.6. Program yang dirancangkan adalah “ Buddies’ Day”. Satu program yang diadaptasikan

dai rancangan realiti

Pengisian : Semasa pertemuan pertama bersama ahli kumpulan, kami telah berkenalan

dengan lebih rapat lagi dan berkongsi pendapat mengenai apa itu kepimpinan, prinsip, elemen,

model dan kepentingan kepimpinan. Manakala, dari aspek kreativiti pula, kami telah berfikir

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewTugas-tugas juga telah diagihkan dengan sama rata kepada semua ahli. Sesuatu organisasi tidak akan bergerak sekiranya tidak mempunyai aktiviti untuk dilaksanakan

secara kreatif dan kritis dalam setiap tindakan. Kami telah berbincang untuk melaksanakan satu

program yang akan menonjolkan bakat kepimpinan dan kretiviti kami.

Tarikh : 20 November 2015

Masa : 10.15 – 11.15 pagi

Tempat : DKG124M

Aktiviti : Pembaharuan organisasi

1. Pembubaran jawatankuasa yang lepas dan wujudkan satu organisasi yang baharu kerana terdapat pertambahan seramai 5 orang ahli.

Pengisian : Kami memahami bahawa untuk melaksanakan suatu aktiviti dengan jayanya,

sebuah organisasi perlu dibentuk bagi tujuan ini. Kami telah merancang untuk membuat

pertemuan dengan semua ahli kumpulan kami bagi melantik pertama sekali ketua projek. Selepas

ketua projek dipilih, mesyuarat diteruskan oleh beliau dengan memilih ahli jawatankuasa yang

lain. Dari segi ini, bakat kepimpinan setiap ahli adalah terserlah apabila mereka dipilih untuk

menerajui sesuatu jawatan. Tugas-tugas juga telah diagihkan dengan sama rata kepada semua

ahli. Sesuatu organisasi tidak akan bergerak sekiranya tidak mempunyai aktiviti untuk

dilaksanakan. Oleh kerana itu, kami telah membuat satu sesi untuk semua ahli kumpulan

memberi idea masing-masing untuk menganjurkan program. Selepas berbincang sesama kami,

akhirnya kata putus diambil oleh semua untuk melaksanakan program Buddies’ Day.

Tarikh : 27 November 2015

Masa : 10.15 pagi – 12.15 tengah hari

Tempat : DKG124M

Aktiviti : Penyediaan bahan.

1. Taklimat program diberikan oleh ketua dan urussetia menerangkan aktiviti dan

permainan yang dijalankan.

Pengisian : Ketua Program memberi taklimat ringkas mengenai program dan memberitahu

setiap ahli untuk menjalankan tugas masing-masing dengan baik. Setiap exco juga telah

menyiapkan rangka kerja mereka untuk menjayakan program ini. Kesemua rangka tersebut telah

dibentangkan semasa taklimat ini juga supaya semua ahli faham mengenai program ini. Kami

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewTugas-tugas juga telah diagihkan dengan sama rata kepada semua ahli. Sesuatu organisasi tidak akan bergerak sekiranya tidak mempunyai aktiviti untuk dilaksanakan

juga telah mengambil keputusan untuk berfikir secara kreatif dan kritis di sini dengan mengambil

permainan yang unik dan menonjolkan nilai persahabatan.

Tarikh : 4 Disember 2015

Masa : 10.00 – 12.00 tengahari

Tempat : BILIK PMFST

Aktiviti : Taklimat akhir program

Pengisian : Semua ahli kumpulan telah berkumpul untuk bersama-sama untuk

membincangkan tentang tugas-tugas semasa hari kejadian. Masalah dan keperluan tambahan

turut dibincangkan pada hari tersebut.

Tarikh : 5 Disember 2015

Masa : 7.30 – 11.30 pagi

Tempat : Padang KTHO

Aktiviti : Pelaksanaan aktiviti

Pengisian : Aktiviti berjaya dimulakan dan diakhiri dengan baik. Program berjalan mengikut

perancangan dan tentatif yang dirancang.

5. SENARAI NAMA URUSETIA

Bil.

Nama No. Matrik No. Telefon

1. Nadzirah binti Jasni A144198 013-4851253

2. Izzuddin bin Razali A154800 012-4018646

3. Nursaidah binti Azmi A153598 017-3922298

4. Hawa binti Abd. Rahim A153384 010-2476076

5. Noor Atiqah Athirah binti Mohammad Salleh A154088 017-4248146

6. Nur Syahira Lyana binti Mohamad A153962 017-5310764

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewTugas-tugas juga telah diagihkan dengan sama rata kepada semua ahli. Sesuatu organisasi tidak akan bergerak sekiranya tidak mempunyai aktiviti untuk dilaksanakan

Noor Lee

7. Norfarah Shahira binti Nordin @ Norhisyam A152617 010-5715275

8. Abdullah Salaam bin Zainuddin A155221 018-3114733

9. Nurul Shahirah binti Shahbudin A153994 019-9331685

10. Nur Syafiqah binti Abd. Khalid A153053 014-5140807

11. Kamarul Hisham bin Ravazah A152408 014-8289715

12. Muhamad Alif bin Bohari A152503 010-7110775

PENGLIBATAN DAN PERANANDalam kursus LMCK1531 , saya memegang jawatan sebagai naib setiausaha. Saya telah

membantu setiausaha membuat laporan bagi setiap perjumpaan. Saya juga membantu setiausaha

membuat kertas kerja program. Ketua projek juga telah mengarahkan saya membuat instrument

penilaian bagi peserta dan kami sendiri. Borang soal selidik itu diedarkan selepas program tamat.

Bukan itu sahaja,saya membuat ayat – ayat bagi mempromosikan poster untuk mencari peserta

bagi menjayakan program ini.

Semasa program, saya menjadi urussetia dan telah menjaga checkpoint 5 bersama Atiqah.

Permainan kami adalah seperti berikut :

STRUGGLE FOR FRIENDSHIP

- Semua ahli dalam kumpulan harus mencabut satu kertas di mana terdapat lima kertas

yang bertulis pedas, pahit, masin, masam dan manis. Mereka akan menghabiskan

makanan yang berasaskan apa yang tertulis di dalam kertas.

- Para peserta dikehendaki menghabiskan makanan yang ditetapkan secara berturutan namun selagi peserta pertama tidak menghabiskan makanan , peserta seterusnya tidak boleh memulakan makanan .

- Lima jenis makanan yang disediakan ialah pedas ( mee segera kari ), masam ( buah limau/oren ), masin ( telur + air garam ), pahit ( kopi ), dan manis ( choki-choki).

- Tema: kerjasama dan susah payah bersama – Hal ini kerana mereka terpaksa menghabiskan makanan yang disediakan sampai habis walaupun rasanya tidak seperti yang mereka inginkan. Mereka saling membantu memberi sokongan kepada

Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewTugas-tugas juga telah diagihkan dengan sama rata kepada semua ahli. Sesuatu organisasi tidak akan bergerak sekiranya tidak mempunyai aktiviti untuk dilaksanakan

ahli kumpulan yang lain untuk terus menghabiskan makanan sepantas mungkin kerana masa diambil.

Page 11: ifolio.ukm.my · Web viewTugas-tugas juga telah diagihkan dengan sama rata kepada semua ahli. Sesuatu organisasi tidak akan bergerak sekiranya tidak mempunyai aktiviti untuk dilaksanakan
Page 12: ifolio.ukm.my · Web viewTugas-tugas juga telah diagihkan dengan sama rata kepada semua ahli. Sesuatu organisasi tidak akan bergerak sekiranya tidak mempunyai aktiviti untuk dilaksanakan

REFLEKSI

Kursus LMCK1531 banyak mengajar saya untuk menunjukkan sikap kepimpinan yang

baik dan befikir secara kreatif sebelum berkomunikasi dengan sesebuah pihak. Dari segi kelab

pula, jawatan naib setiausaha yang saya pegang amat memberi impak kepada saya tentang

kepentingan sikap kepimpinan dalam menjalankan kerja. Tanpa ciri pemimpin yang baik, saya

tidak mungkin akan dapat menyiapkan kerja yang ditugaskan. Saya juga lebih mengetahui

tentang cara pengendalian sebuah program semasa perjumpaan ahli-ahli jawatankuasa diadakan.

Pada pendapat saya, program ini dapat melahirkan pemimpin yang berkebolehan dan akhirnya mampu menjana dan membentuk barisan kepimpinan yang berfikiran positif, kreatif, kritis dan proaktif. Saya banyak belajar ciri-ciri menjadi seorang pemimpin semasa perbincangan kumpulan untuk menjayakan program ini. Saya juga mempelajari pelbagai ilmu yang dapat mengorak sesebuah organisasi dan menggerakkan sesuatu program. Sebelum program dijalankan saya tidak begitu berani untuk menonjolkan diri tetapi selepas menyertai program ini di bawah kursus LMCK1531, saya dapat mempelajari sesuatu yang amat berguna dan sikap yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin.

KESIMPULANPada akhir program ini, semua ahli kumpulan dan para peserta dapat mengeratkan lagi ukhwah

antara satu sama lain seiring dengan objektif utama program “ Buddies’ Day” yang

mengutamakan persahabatan antara satu sama lain. Jika tiada sahabat mahupun rakan ketika di

alam universiti ini kita akan merasakan kekosongan kerana tiada teman untuk belajar dan tiada

teman untuk digantikan sebagai keluarga. Selain itu, program ini dapat mengasahkan bakat

kepimpinan dalam diri setiap ahli kumpulan dan mempelajari erti saling berkerjasama antara satu

sama lain demi menjayakan program ini. Program ini sedikit sebanyak membuat saya lebih

berminat untuk menubuhkan sesebuah program pada hari yang akan datang dan menonjolkan

bakat kepimpinan dalam diri saya.

Page 13: ifolio.ukm.my · Web viewTugas-tugas juga telah diagihkan dengan sama rata kepada semua ahli. Sesuatu organisasi tidak akan bergerak sekiranya tidak mempunyai aktiviti untuk dilaksanakan

LAMPIRAN

Page 14: ifolio.ukm.my · Web viewTugas-tugas juga telah diagihkan dengan sama rata kepada semua ahli. Sesuatu organisasi tidak akan bergerak sekiranya tidak mempunyai aktiviti untuk dilaksanakan

Perjumpaan yang diadakan untuk program Buddies’ Day.

Perjumpaan untuk taklimat akhir program.

Poster yang diedarkan untuk program.

Page 15: ifolio.ukm.my · Web viewTugas-tugas juga telah diagihkan dengan sama rata kepada semua ahli. Sesuatu organisasi tidak akan bergerak sekiranya tidak mempunyai aktiviti untuk dilaksanakan
Page 16: ifolio.ukm.my · Web viewTugas-tugas juga telah diagihkan dengan sama rata kepada semua ahli. Sesuatu organisasi tidak akan bergerak sekiranya tidak mempunyai aktiviti untuk dilaksanakan

Peserta berkumpul dan mendengar taklimat dari ketua program.

Checkpoint 5 : STRUGGLE FOR FRIENDSHIP

Page 17: ifolio.ukm.my · Web viewTugas-tugas juga telah diagihkan dengan sama rata kepada semua ahli. Sesuatu organisasi tidak akan bergerak sekiranya tidak mempunyai aktiviti untuk dilaksanakan

JOHAN : BUDDIES’ OF THE DAY

Gambar semua peserta diambil pada akhir program.

Page 18: ifolio.ukm.my · Web viewTugas-tugas juga telah diagihkan dengan sama rata kepada semua ahli. Sesuatu organisasi tidak akan bergerak sekiranya tidak mempunyai aktiviti untuk dilaksanakan

Semua urussetia dan ahli kumpulan LMCK 1531 SET 133 bersama Puan Jumaadzan.

Gambar di ambil selepas semua peserta bersurai dan kami mengemas barang-barang kami.