ifolio.ukm.my · web viewperniagaan ini akan beroperasi di tingkat 7 pusanika ukm, 43600 bangi,...

21
RANCANGAN PERNIAGAAN Cupcakes Dream ______________________________________________________________________ _______________ NURUL FATIHAH BINTI AZHAR (A146956) UMMI NADHIRAH BT ZULKIPLI (A146685)

Upload: lamliem

Post on 28-May-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewPerniagaan ini akan beroperasi di tingkat 7 Pusanika UKM, 43600 Bangi, Selangor. Daripada pengalaman yang ada ini, pengusaha mendapati bahawa perniagaan berunsurkan

RANCANGAN PERNIAGAAN

Cupcakes Dream_____________________________________________________________________________________

NURUL FATIHAH BINTI AZHAR (A146956)UMMI NADHIRAH BT ZULKIPLI (A146685)

PENGENALAN

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewPerniagaan ini akan beroperasi di tingkat 7 Pusanika UKM, 43600 Bangi, Selangor. Daripada pengalaman yang ada ini, pengusaha mendapati bahawa perniagaan berunsurkan

Rancangan Perniagaan CupCakes’s Dream

Cupcakes Dream-perniagaan perkongsian bagi menjalankan aktiviti perniagaan makanan

iaitu kek cawan (Cupcakes Dream) di sekitar kawasan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

Kampus Bangi.

Pengusaha memilih untuk menceburi perniagaan Cupcakes kerana ianya telah dilakukan

secara sambilan dan kecil-kecilan dari awal Bulan Januari 2013 lagi. Sepanjang tempoh itu,

pengusaha telah menjalankan perniagaan Cupcakes dari bilik ke bilik de sekitar kolej Ungku

Omar, dan setelah itu menerima tempahan dari sekitar UKM.

Perniagaan ini akan beroperasi di tingkat 7 Pusanika UKM, 43600 Bangi, Selangor.

Daripada pengalaman yang ada ini, pengusaha mendapati bahawa perniagaan berunsurkan kek

cawan ini merupakan perniagaan yang baru untuk pelajar-pelajar yang inginkan sesuatu yang

baru untuk makanan petang atau sampingan.

Sepertimana yang diketahui kebanyakan pelajar menyukai konsep kek yang diperbaharui

dengan saiz yang kecil dan pelbagai corak untuk di makan,malah kek ini dapat menghilangkan

tekanan untuk sekian hari. Kehidupan pelajar yang penuh dengan tugasan pasti menginginkan

makanan yang ringan sebagai santapan apabila dikala mumpuknya tugasan yang harus

dilaksanakan dengan segera.

Hidangan mee segera tidak asing lagi dalam kalangan pelajar serta mereka yang

bekerjaya. Oleh kerana faktor masa yang singkat, menyebabkan mereka kesuntukan masa untuk

menyediakan atau membeli makanan dan seterusnya mereka hanya mengambil makanan ringan

Cupcakes yang dibuat dengan penuh kasih saying dan cinta akan satu jenis seni kek. Oleh itu,

kami cuba mengolah rasa Cupcakes yang lain setiap hari dengan kelainan corak setiap hari.

Kami yakin dan pasti perniagaan yang bakal kami jalankan ini akan berkembang maju

dan sekaligus dapat mencapai matlamat serta objektif perniagaan kami khususnya dalam

mengaut keuntungan.

OBJEKTIF RANCANGAN PERNIAGAAN1

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewPerniagaan ini akan beroperasi di tingkat 7 Pusanika UKM, 43600 Bangi, Selangor. Daripada pengalaman yang ada ini, pengusaha mendapati bahawa perniagaan berunsurkan

Rancangan Perniagaan CupCakes’s Dream

Tujuan Rancangan Perniagaan ini disediakan untuk memberi penerangan yang

menyeluruh tentang perniagaan yang akan diceburi. Disamping itu juga, Rancangan Perniagaan

ini untuk membentangkan perancangan perniagaan yang meliputi aspek pengurusan, pemasaran,

pembekal, perkhidmatan, dan kewangan perniagaan.

Antara lain Rancangan Perniagaan ini dibuat adalah untuk tujuan berikut:

1. Melihat daya maju projek yang dirancang.

2. Sebagai garis panduan untuk memastikan pengurusan perniagaan dapat dilaksanakan

dengan lancar.

3. Mengagih sumber-sumber perniagaan dengan cekap dan efektif.

4. Menjangkakan masalah-masalah yang mungkin timbul apabila perniagaan dilaksanakan.

5. Mendapatkan dana dari mana-mana perbadanan untuk membangunkan perniagaan.

SKOP PERNIAGAAN

Aktiviti Perniagaan

Akiviti utama yang dijalankan oleh perniagaan ini ialah menjual Cupcakes Dream di

sekitar kawasan UKM. Perniagaan dilaksanakan dengan cara menerima tempahan setiap hari dan

juga perniagaan secara lansung.

Produk Dan Perkhidmatan

Menyediakan makanan ataupun Cupcakes Dream mengikut tempahan pelanggan dan

akan dimasak berlainan perisa dan corak di kedai untuk melahirkan rasa ingin tahu oleh

pelanggan apakah perisa dan corak yang bakal dijual hari demi hari.

Potensi Perniagaan

Berdasarkan kepada keadaan pelajar serta kakitangan yang sibuk dengan pelbagai

tugasan yang perlu disiapkan dengan kadar yang segera, mengakibatkan mereka tiada masa dan

ingin mengambil suatu makanan yang ringan dan menceriakan mereka hari mereka. Mereka

hanya perlu membuat tempahan dua hari sebelum majlis atau datang ke kedai untuk mencuba

kejutan Cupcakes hari demi hari.

2

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewPerniagaan ini akan beroperasi di tingkat 7 Pusanika UKM, 43600 Bangi, Selangor. Daripada pengalaman yang ada ini, pengusaha mendapati bahawa perniagaan berunsurkan

Rancangan Perniagaan CupCakes’s Dream

Masyarakat tempatan biasanya menilai keenakan dan kualiti sesuatu hidangan dengan

melihat dari sudut kualiti, harga, kebersihan serta kelazatan makanan yang disediakan. Bagi

memenuhi permintaan keperluan masyarakat semasa, perniagaan ini akan cuba menghasilkan

kualiti yang terbaik kepada pelanggan dengan memberi penekanan kepada ciri-ciri tersebut

supaya pelanggan berpuas hati dan seterusnya akan menjadi pelanggan tetap. Melalui usaha yang

berterusan, perniagaan ini akan mendapat tempat di hati pelanggan kerana kualiti yang

dipersembahkan sentiasa dipastikan pada tahap yang paling tinggi.

Lokasi perniagaan juga terletak di tengah-tengah kampus Universiti Kebangsaan

Malaysia, yang mana dikelilingi oleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK),

Perpustakaan Tun Sti Lanang (PTSL)dan juga beberapa fakulti yang lain. Lokasi yang strategik,

memudahkan warga UKM menikmati hidangan makanan segera yang ringkas dan menarik tetapi

mengenyangkan.

ASPEK PENGURUSAN

Struktur Organisasi

Struktur organisasi yang dibentuk oleh perniagaan adalah merangkumi keseluruhan aspek

pengurusan sebagai sebuah entiti perniagaan. Secara keseluruhannya, organisasi adalah seperti

berikut :

CARTA ORGANISASI

Fungsi Dan Tanggungjawab

3

Pengurusan

Operasi & PerkhidmatanPentadbiran & Kewangan

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewPerniagaan ini akan beroperasi di tingkat 7 Pusanika UKM, 43600 Bangi, Selangor. Daripada pengalaman yang ada ini, pengusaha mendapati bahawa perniagaan berunsurkan

Rancangan Perniagaan CupCakes’s Dream

Perniagaan ini telah menyusun fungsi dan tanggungjawab berikut bagi melicinkan lagi

pengurusan perniagaan.

Pengurus/Pemilik

a) Bertanggungjawab terhadap keseluruhan operasi perniagaan.

b) Mencari pesanan dan mempromosikan perniagaan.

c) Membayar gaji pekerja.

d) Merancang dan melaksanakan aktiviti operasi daripada perancangan belian bahan

sehingga hidangan siap dimasak.

e) Menentukan keperluan sumber manusia mencukupi.

f) Memastikan pelanggan dilayan dengan baik.

g) Merancang kemajuan perkhidmatan kearah kecemerlangan.

Pentadbiran & Kewangan

a) Memastikan pengaliran wang dalam perniagaan terkawal dan berjalan lancar.

b) Menyediakan laporan kewangan tahunan.

c) Mengira untung rugi perniagaan.

Operasi & Perkhidmatan

Bertanggungjawab dalam segala hal tentang masakan yang hendak disajikan kepada

pelanggan.

a) Memastikan kualiti Cupcakes dengan mengekalkan rasa dan kebersihan setaraf

citarasa pelanggan.

b) Bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas am.

c) Menguruskan hal pengurusan operasi.

4

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewPerniagaan ini akan beroperasi di tingkat 7 Pusanika UKM, 43600 Bangi, Selangor. Daripada pengalaman yang ada ini, pengusaha mendapati bahawa perniagaan berunsurkan

Rancangan Perniagaan CupCakes’s Dream

Strategi Pengurusan

Kaedah pengurusan perniagaan dan kakitangan yang baik serta sistematik amat mustahak

dalam usaha memajukan perniagaan dengan memberi perkhidmatan yang baik kepada

pelanggan dengan layanan mesra pelanggan bagi memastikan perniagaan berdaya maju

setanding dengan perniagaan-perniagaan lain yang sedia ada. Oleh itu, perniagaan ini telah

mengatur beberapa strategi pengurusan seperti berikut :

a) Menerapkan semangat kerja berpasukan diantara pekerja untuk faedah bersama.

b) Semua pihak sentiasa berbincang dan member pendapat serta cadangan tentang cara

terbaik untuk menghasilkan kerja yang cekap dan sistematik.

c) Menyediakan perkhidmatan Cupcakes yang bermutu bersih dan sedap.

d) Menentukan mutu Cupcakes dijaga dan pelanggan mendapat servis yang baik.

e) Setiap pekerja akan didedahkan dengan teknik baru dengan mengikuti kursus yang

berkaitan dengan bidang tugas masing-masing.

f) Mengadakan promosi dengan pelbagai cara termasuklah melalui media massa

sebagai alat untuk memberitahu orang ramai mengenai produk kami.

5

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewPerniagaan ini akan beroperasi di tingkat 7 Pusanika UKM, 43600 Bangi, Selangor. Daripada pengalaman yang ada ini, pengusaha mendapati bahawa perniagaan berunsurkan

Rancangan Perniagaan CupCakes’s Dream

ASPEK TEKNIKAL / PERKHIDMATAN

Lokasi Premis

Pada peringkat awal perniagaan ini, kami akan menggunakan Tingkat 7 Pusanika , UKM. Premis

ini terletak di kedudukan bersebelahan dengan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan

Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL). Kedudukan premis kami terletak di kedudukan yang

strategik kerana berada di tengah-tengah pusat tumpuan pelajar serta kakitangan universiti.

Dengan sistem kemudahan yang ada ini, perniagaan kami dapat memberikan perkhidmatan yang

selesa kepada pelanggan.

Kemudahan Asas

Premis perniagaan memiliki kemudahan seperti bekalan air, elektrik dan kemudahan-kemudahan

yang lain.

Pengangkutan

Pelajar UKM menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan oleh pihak universiti sebagai

pengangkutan utama mereka. Hanya sebahagian kecil sahaja yang menggunakan kenderaan

persendirian seperti kereta dan motosikal. Namun begitu, kakitangan-kakitangan UKM

mempunyai kenderaan persendirian mereka dalam menjalankan aktiviti harian mereka.

Bahan Mentah

PERKARA HARI TEMPAT

Pasaraya Setiap hari Seksyen 14, Bandar Baru Bangi

Pembekal Barangan Kek Jumaat Jalan Raja Laut , Kuala Lumpur

Harta Tetap Dan Peralatan Yang Dimiliki

Memandangkan perniagaan ini baru dijalankan dalam jangka masa 2 bulan, dan dijalankan

secara kecil-kecilan, maka Cupcakes Dream belum memiliki sebarang aset tetap dan

kelengkapan perniagaan tersendiri.

6

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewPerniagaan ini akan beroperasi di tingkat 7 Pusanika UKM, 43600 Bangi, Selangor. Daripada pengalaman yang ada ini, pengusaha mendapati bahawa perniagaan berunsurkan

Rancangan Perniagaan CupCakes’s Dream

Harta Tetap Dan Kelengkapan Yang Diperlukan

Bil. Jenis Harga Unit (RM) Kuantiti Nilai (RM)

1. Tong Gas 60.00 1 60.00

2. Ketuhar 1500 1 1500

3. Dapur Gas 65.00 1 65.00

4. Peti sejuk 1,400.00 1 1,400.00

5. Loyang Kek Cawan 25.00 4 100.00

6. Pinggan makan 2.00 50 100.00

7. Sudu garfu 15.00 10 150.00

8. Bekas-bekas plastik 4.00 10 40.00

Jumlah 3315.00

Pembelian Bahan Mentah

Bahan mentah untuk perniagaan ini hanya bahan mentah kering. Bahan mentah basah terdiri

daripada buah-buahan seperti strawberi ,mangga,dan bluerberry. Bahan mentah basah akan

dibeli sehari lebih awal sebelum menjalankan perniagaan. Bahan mentah kering pula terdiri

daripada barangan seperti telur, tepung, cokelat dan sebagainya. Dianggarkan kos bahan mentah

adalah lebih kurang 40% daripada setiap unit jualan. Senarai bahan mentah dan basah untuk

kegunaan sebulan adalah seperti berikut.

Harga untuk 30unit

BIL. BAHAN-BAHAN KUANTITI

HARGA (KG / UNIT)

(RM)

JUMLAH

(RM)

1 Telur 4 0.30 1.20

2 Susu 50ml 4.00 0.20

3 Tepung 280g 3.70 1.063

5 Gula Kastor 180g 3.50 0.63

6 Esen vanilla 1tbs 0.05

7

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewPerniagaan ini akan beroperasi di tingkat 7 Pusanika UKM, 43600 Bangi, Selangor. Daripada pengalaman yang ada ini, pengusaha mendapati bahawa perniagaan berunsurkan

Rancangan Perniagaan CupCakes’s Dream

7 Krim Topping 1 7.10 7.10

8 Coklat 1 7.20 7.20

9 Chocolate Rice 1 2.50 2.50

10 Kertas Kek Cawan 1paket(30) 5.00 5.00

11 Strawberi 10 0.60 6.00

12 Blueberry 15 0.40 6.00

13 Mangga 1 2.00 2.00

14 Lemon 1 0.80 0.80

15 Pewarna 1 2.00 2.00

16 Beg Plastik 1pkt 3.00 3.00

  JUMLAH 41.943

Perbelanjaan Operasi

PerkaraPerbelanjaan Aset

Tetap (RM)

Perbelanjaan

Bulanan (RM)

Lain-lain

Perbelanjaan (RM)

Aset Tetap

Kelengkapan Perniagaan 2965

Perbelanjaan Bulanan

Bahan Mentah

(41.94x3)30

=3774.60

Gaji Pekerja 600

Lain-lain Belanja

Minyak kenderaan 300

JUMLAH 2,965 4,374.60 300

8

Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewPerniagaan ini akan beroperasi di tingkat 7 Pusanika UKM, 43600 Bangi, Selangor. Daripada pengalaman yang ada ini, pengusaha mendapati bahawa perniagaan berunsurkan

Rancangan Perniagaan CupCakes’s Dream

Senarai Pembekal Bahan Mentah

Bekalan bahan mentah yang digunakan bagi menyediakan Cupcakes Dream kepada pelanggan

akan diperolehi dari beberapa pembekal yang telah dikenalpasti seperti berikut:

Bil. Nama Pembekal Alamat Jenis Bekalan Cara Bayaran

1. Econsave Bangi Jalan Reko Barang runcit

Buah - Buahan

Bahan basah

Tunai

2. Cake Connection Jalan Raja Laut Barang Kek Tunai

7.9 Susun Atur Ruang Memasak

Susun atur ruang memasak telah direka bentuk dengan menarik bagi membolehkan dan

menyenangkan pergerakan ketika melakukan tugas-tugas memasak. Alatan diatur dengan kemas

bagi memberikan keselesaan kepada pekerja semasa menjalankan kerja-kerja persiapan

makanan.

Strategi Pemasaran

Untuk menentukan perniagaan ini berjalan lancar, perniagaan ini akan melaksanakan strategi

berikut:

1) Menghasilkan kek cawan yang berkualiti, sedap dan mengikut tempahan pelanggan dan

berlainan jenis dan corak setiap hari.

2) Memastikan perkhidmatan yang cekap dan tempahan untuk penghantaran dapat disiapkan

dengan segera.

3) Mengutamakan kebersihan dan kesihatan pelanggan.

4) Layanan yang mesra pelanggan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik.

5) Perniagaan ini bersedia menerima teguran bagi tujuan memperkeaskan lagi perniagaan

dari masa ke semasa.

6) Perniagaan ini akan mengadakan promosi dengan membuat sistem “loyalty card” di

mana pelanggan boleh mendapatkan 10% diskaun di dalam setiap pembelian kek cawan.

7) Iklan-iklan yang menarik akan dipamerkan di tempat-tempat yang strategik supaya

menarik perhatian pelanggan.9

Page 11: ifolio.ukm.my · Web viewPerniagaan ini akan beroperasi di tingkat 7 Pusanika UKM, 43600 Bangi, Selangor. Daripada pengalaman yang ada ini, pengusaha mendapati bahawa perniagaan berunsurkan

Rancangan Perniagaan CupCakes’s Dream

8) Memastikan kek cawan yang disediakan kepada pelanggan adalah halal.

PEMASARAN

Perkhidmatan Dan Harga Yang Ditawarkan

Memandangkan perniagaan ini hanya memfokuskan kepada satu produk sahaja iaitu Cupcakes

Dream, maka mudahlah bagi kami untuk menetapkan harga yang berpatutan dan mampu dibeli

oleh pelajar dan kakitangan UKM iaitu pada harga RM2.50 sahaja.

Kumpulan Sasaran

Perniagaan ini merancang mensasarkan produk kepada keseluruhan pelajar dan kakitangan

UKM. Keseluruhan permintaan terdiri dari kaum Melayu, namun tidak kurang juga permintaan

dari kaum Cina, India, dan lain-lain bangsa.

Kawasan Pasaran

Memandangkan perniagaan ini dijalankan dalam kawasan UKM, maka kami mensasarkan

pasaran di kawasan-kawasan sekitar UKM. Antara kawasan pasaran yang kami sasarkan ialah:

1. Kolej Keris Mas

2. Kolej Ibu Zain

3. Kolej Rahim kajai

4. Kolej Dato’ Onn

5. Kolej Tun Hussein Onn

6. Kolej Ibrahim Yaakub

7. Kolej Ungku Omar

8. Kolej Pendeta Za’ba

9. Kolej Borhanuddin Helmi

10. Kolej Aminuddin Baki

10

Page 12: ifolio.ukm.my · Web viewPerniagaan ini akan beroperasi di tingkat 7 Pusanika UKM, 43600 Bangi, Selangor. Daripada pengalaman yang ada ini, pengusaha mendapati bahawa perniagaan berunsurkan

Rancangan Perniagaan CupCakes’s Dream

11. Fakulti Pengajian Islam

12. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

13. Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

14. Fakulti Sains dan Teknologi

15. Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

16. Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

17. Fakulti Undang-undang

18. Fakulti Pendidikan

19. Pusat Anika Kemudahan (PUSANIKA)

20. Canselori

21. Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL)

Saiz Pasaran

Saiz pasaran boleh dikira dari potensi jualan yang boleh diperoleh tempahan Cupcakes Dream

oleh pelajar-pelajar UKM serta warga-warga di pejabat-pejabat pentadbiran seluruh kampus

UKM, Bangi.

Jumlah Pelajar UKM : 20,000 orang

Jumlah kakitangan UKM : 3,000 orang

Jumlah Pelajar UKM + Jumlah kakitangan UKM = 23,000 orang

Diandaikan 30% daripada jumlah pelajar dan kakitangan UKM akan membuat tempahan

Cupcakes Dream dari kami.

Pesaing

11

Page 13: ifolio.ukm.my · Web viewPerniagaan ini akan beroperasi di tingkat 7 Pusanika UKM, 43600 Bangi, Selangor. Daripada pengalaman yang ada ini, pengusaha mendapati bahawa perniagaan berunsurkan

Rancangan Perniagaan CupCakes’s Dream

Memandangkan Cupcakes Dream ini merupakan satu corak perniagaan dan strategi baru yang

dihasilkan, maka perniagaan kami tidak mempunyai persaingan dengan mana-mana pihak. Hal

ini kerana tidak ada lagi pengusaha kafetaria yang mengadakan konsep baru sebegini. Oleh sebab

itu, ianya memberi kelebihan kepada perniagaan kami untuk terus lebih maju dan seterusnya

mampu ke pasaran yang lebih meluas sehingga mampu menguasai pasaran Malaysia.

Anggaran Jualan

Strategi Pemasaran

12

Bulan Jualan (RM)

Januari 5,250.00

Februari 6,825.00

Mac 7,900.00

April 8,715.00

Mei 9,555.00

Jun 10,500.00

Julai 8,505.00

Ogos 8,505.00

September 10,290.00

Oktober 14,175.00

November 14,700.00

Disember 15,120.00

JUMLAH 120,040.00

Page 14: ifolio.ukm.my · Web viewPerniagaan ini akan beroperasi di tingkat 7 Pusanika UKM, 43600 Bangi, Selangor. Daripada pengalaman yang ada ini, pengusaha mendapati bahawa perniagaan berunsurkan

Rancangan Perniagaan CupCakes’s Dream

Pasaran yang baik dan sistematik adalah faktor yang amat penting untuk memajukan perniagaan

bagi mendapatkan pulangan modal dan keuntungan yang tinggi serta kestabilan yang

berpanjangan dan berdaya saing.

Strategi Perkhidmatan

a) Sentiasa menyediakan kek cawan yang enak, sedap, dan berkualiti dengan harga yang

berpatutan.

b) Mengutamakan kebersihan dapur serta kawasan memasak bagi menghasilkan produk yang

berkualiti.

c) Memastikan tempahan dapat disiapkan mengikut perjanjian masa yang ditetapkan oleh

pelanggan.

d) Sentiasa menunjukkan imej yang baik ketika berurusan dengan pelanggan.

Strategi Promosi

Perniagaan ini akan menyediakan kad perniagaan dan risalah untuk diedarkan kepada penghuni

kolej kediaman kampus UKM Bangi, pejabat-pejabat pentadbiran, warga-warga fakulti, dan

orang perseorangan bagi mempromosikan perniagaan ini.

Strategi Harga

Perancangan yang rapi perlu dibuat bagi menarik hati pelanggan untuk melanggan dan terus setia

dengan perniagaan ini. Oleh sebab itu, faktor harga memainkan peranan yang penting dalam

menarik perhatian para pelanggan. Penetapan harga yang berbaloi serta mampu dibeli oleh

pelanggan merupakan satu keutamaan dalam perniagaan ini.

Strategi Lokasi13

Page 15: ifolio.ukm.my · Web viewPerniagaan ini akan beroperasi di tingkat 7 Pusanika UKM, 43600 Bangi, Selangor. Daripada pengalaman yang ada ini, pengusaha mendapati bahawa perniagaan berunsurkan

Rancangan Perniagaan CupCakes’s Dream

Perniagaan ini terletak di di tengah-tengah kampus Universiti Kebangsaan Malaysia yang mana

dikelilingi oleh beberapa kolej kediaman, Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL), dan beberapa

buah fakulti pengajian. Lokasi yang strategik memudahkan warga UKM menikmati hidangan

kek cawan yang menarik dan juga mengenyangkan.

Perhubungan Pelanggan

Memandangkan lokasi perniagaan ini terletak di tengah-tengah antara kawasan-kawasan

permintaan tadi maka tidak timbul masalah perhubungan kerana kawasan sekitar perniagaan dan

kawasan sekitarnya dapat dihubungi dengan jalan raya yang ada untuk mendapatkan

perkhidmatan dan penghantaran. Tambahan lagi, dengan segala kemudahan yang ada di UKM

ini juga membantu dari segi pemasaran perniagaan kami misalnya dengan adanya wifi percuma

yang disediakan oleh pihak universti.

14

Page 16: ifolio.ukm.my · Web viewPerniagaan ini akan beroperasi di tingkat 7 Pusanika UKM, 43600 Bangi, Selangor. Daripada pengalaman yang ada ini, pengusaha mendapati bahawa perniagaan berunsurkan

Rancangan Perniagaan CupCakes’s Dream

PENUTUP

Dengan kesibukan tugasan harian, warga UKM terutamanya pelajar, masih tidak lupa untuk

mencari satu kek cawan yang menyelerakan. Kami mengambil inisiatif untuk memenuhi

kehendak mereka, di mana hidangan yang disajikan kepada mereka merupakan satukek cawan

yang mampu menjanjikan keenakan rasa dan juga emosi yang gembira setiap masa..

Berdasarkan kepada kajian semasa, majoriti pelajar serta kakitngan UKM, lebih cenderung

untuk menggunakan perkhidmatan penghantaran ke lokasi mereka kerana mereka tidak ingin

melengahkan masa mereka di luar.

Diharap perniagaan ini akan terus berpeluang untuk turut sama-sama menjadi sebahagian

daripada usahawan yang berjaya di negara ini.

15