perkembangan literasi bahasa melayu melalui … · pusat inovasi pengajaran dan pembelajaran,...

14
572 PERKEMBANGAN LITERASI BAHASA MELAYU MELALUI APLIKASI DIDIK HIBUR DALAM KALANGAN MURID LINUS Kornia Rahman, Jamaludin Badusah Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor [email protected], [email protected] ABSTRAK Di sekolah rendah, pendekatan didik hibur memang telah disarankan kepada guru-guru supaya diselitkan dalam pengajaran dan pembelajaran LINUS. Namun masih ada murid-murid tahap satu yang gagal membaca asas literasi walaupun didik hibur itu telah dipraktikkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Lantaran itu, perkara ini telah mengilhamkan minat penyelidik untuk mengkaji aplikasi didik hibur dalam kemahiran membaca bagi murid-murid linus terhadap perkembangan literasi bahasa Melayu. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau sejauh manakah pendekatan didik hibur dapat mengatasi masalah kelemahan dalam penguasaan kemahiran membaca. Kajian kuantitatif digunakan dalam kajian ini. Kajian ini berteraskan kepada Teori pemerolehan bahasa Behaviorisme yang dipelopori oleh Pavlov (1849-1936 M) iaitu mempunyai kaitan dengan aktiviti didik hibur. Seramai 55 murid orang dari 8 buah sekolah di Zon Asajaya dijadikan respoden kajian. Kajian tinjauan ini menggunakan instrumen soal selidik dengan lima skala Likert bagi tujuan mengumpulkan maklumat. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif . Dapatan kajian menunjukkan bahawa didik hibur dapat membantu murid membaca dan membunyikan suku kata terbuka KV+KV+ KV secara keseluruhannya berada di tahap yang tinggi. Implikasi dapatan kajian mendapati guru seharusnya sedar bahawa tahap kecerdasan dan tahap penerimaan pelajar terhadap isi pembelajaran adalah berbeza. Dalam aspek ini, guru perlu bijak menarik minat murid supaya mengikuti aktiviti didik hibur. Kata Kunci: Didik hibur, kemahiran membaca, murid LINUS, perkembangan literasi bahasa melayu. In primary schools, teaching approach base on entertainment (Fun Learning) has been recommended to the teachers to infused in teaching and learning for LINUS. But still, there are pupils in primary 1 who failed basic reading literacy although fun learning was implemented. As such, this inspired the researchers to review the application fun learning entertainment in reading skills for LINUS in Malay literacy development. Thus, the purpose of this study is to review the overcome reading weaknesses skills. This study based on language acquisition Theory that spearheaded by Behaviorisme Pavlov (1849- 1936 M) which has to do with entertainment (fun learning). Quantitative studies used in this study with total of 55 students from 8 different schools in Asajaya district as respondents. The data were analyzed using descriptive statistics. The study also found that fun learning can help pupils to read and emit an open syllable KV+KV+ KV as a whole are at a high level. Implications of the results of this study found that the teachers should be aware that the level of intelligence and level of acceptance of students to learning content is different. In this aspect, teachers need to be intelligent to attract students that attend activities fun learning entertainment area. In this aspect, teachers need to be intelligent to attract students that attend activities entertainment (Fun Learning). Keywords: Student reading proficiency, reading skill, the pupils of LINUS, the Malay language literacy development

Upload: doannhi

Post on 27-Mar-2019

269 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERKEMBANGAN LITERASI BAHASA MELAYU MELALUI … · Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor . ... prasekolah. Contohnya kajian

572

PERKEMBANGAN LITERASI BAHASA MELAYU MELALUI APLIKASI DIDIK HIBUR DALAM

KALANGAN MURID LINUS Kornia Rahman, Jamaludin Badusah

Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor

[email protected], [email protected]

ABSTRAK

Di sekolah rendah, pendekatan didik hibur memang telah disarankan kepada guru-guru supaya diselitkan dalam pengajaran dan pembelajaran LINUS. Namun masih ada murid-murid tahap satu yang gagal membaca asas literasi walaupun didik hibur itu telah dipraktikkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Lantaran itu, perkara ini telah mengilhamkan minat penyelidik untuk mengkaji aplikasi didik hibur dalam kemahiran membaca bagi murid-murid linus terhadap perkembangan literasi bahasa Melayu. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau sejauh manakah pendekatan didik hibur dapat mengatasi masalah kelemahan dalam penguasaan kemahiran membaca. Kajian kuantitatif digunakan dalam kajian ini. Kajian ini berteraskan kepada Teori pemerolehan bahasa Behaviorisme yang dipelopori oleh Pavlov (1849-1936 M) iaitu mempunyai kaitan dengan aktiviti didik hibur. Seramai 55 murid orang dari 8 buah sekolah di Zon Asajaya dijadikan respoden kajian. Kajian tinjauan ini menggunakan instrumen soal selidik dengan lima skala Likert bagi tujuan mengumpulkan maklumat. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif . Dapatan kajian menunjukkan bahawa didik hibur dapat membantu murid membaca dan membunyikan suku kata terbuka KV+KV+ KV secara keseluruhannya berada di tahap yang tinggi. Implikasi dapatan kajian mendapati guru seharusnya sedar bahawa tahap kecerdasan dan tahap penerimaan pelajar terhadap isi pembelajaran adalah berbeza. Dalam aspek ini, guru perlu bijak menarik minat murid supaya mengikuti aktiviti didik hibur.

Kata Kunci: Didik hibur, kemahiran membaca, murid LINUS, perkembangan literasi bahasa melayu.

In primary schools, teaching approach base on entertainment (Fun Learning) has been recommended to the teachers to infused in teaching and learning for LINUS. But still, there are pupils in primary 1 who failed basic reading literacy although fun learning was implemented. As such, this inspired the researchers to review the application fun learning entertainment in reading skills for LINUS in Malay literacy development. Thus, the purpose of this study is to review the overcome reading weaknesses skills. This study based on language acquisition Theory that spearheaded by Behaviorisme Pavlov (1849-1936 M) which has to do with entertainment (fun learning). Quantitative studies used in this study with total of 55 students from 8 different schools in Asajaya district as respondents. The data were analyzed using descriptive statistics. The study also found that fun learning can help pupils to read and emit an open syllable KV+KV+ KV as a whole are at a high level. Implications of the results of this study found that the teachers should be aware that the level of intelligence and level of acceptance of students to learning content is different. In this aspect, teachers need to be intelligent to attract students that attend activities fun learning entertainment area. In this aspect, teachers need to be intelligent to attract students that attend activities entertainment (Fun Learning).

Keywords: Student reading proficiency, reading skill, the pupils of LINUS, the Malay language literacy development

Page 2: PERKEMBANGAN LITERASI BAHASA MELAYU MELALUI … · Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor . ... prasekolah. Contohnya kajian

573

PENGENALAN

Sememangnya sering diperkatakan aspek penting dalam pemerolehan kedua dan perkembangan atau penguasaan bahasa bagi seorang murid adalah diukur melalui keupayaan menguasai literasi dalam Bahasa Melayu sejak di peringkat awal persekolahan lagi. Menurut Roslan 2012, kemahiran literasi hendaklah dikuasai oleh murid apabila mereka dapat mengenal huruf, membaca dan menulis. Namun, menurut beliau juga masih ramai lagi murid yang tidak menguasai kemahiran yang disasarkan. Oleh yang demikian, melalui senario di atas masih ada murid tahap 1 yang masih tidak menguasai literasi Bahasa Melayu, walhal penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran LINUS itu telah dijalankan sejak 2011 lagi. Kelemahan dalam menguasai kemahiran literasi Bahasa Melayu terus menjadi punca kerisauan bagi pelbagai pihak. Sedangkan penguasaan literasi Bahasa Melayu itu dapat membantu murid membangunkan diri secara positif dan dapat memberikan kesenangan kepada murid untuk menerajui bidang-bidang akademik yang lain. Situasi ini agak payah dijadikan pegangan kerana sebelum ini pelbagai strategi pengajaran bagi mengatasi masalah ini telah dijalankan. Khasnya memperkenalkan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran LINUS. Selari dengan itu kemahiran literasi Bahasa Melayu tersebut hendaklah dikuasai sejak dari tahap satu lagi. Lantaran itu, apakah pelaksanaan didik hibur yang telah dijalankan sejak program LINUS dijalankan telah memberi kesan terhadap perkembangan bahasa murid dalam menguasai literasi bahasa Melayu? Oleh sebab itu, kajian ini cuba meneliti bagaimanakah unsur pendekatan didik hibur dapat mengatasi masalah kelemahan dalam penguasaan kemahiran membaca literasi bagi murid-murid LINUS.

Jadinya, berdasarkan isu tersebut adalah lebih penting untuk memperkukuhkan lagi pendekatan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran LINUS bagi meningkatkan penguasaan literasi bahasa Melayu sekaligus memperkembangkan bahasa murid . Ini kerana dalam pengajaran dan pembelajaran LINUS, pendekatan didik hibur memang penting untuk melahirkan minat belajar murid yang lemah tahap bacaan literasi bahasa Melayunya. Dengan kata lain, ianya juga menegaskan bahawa guru dan murid sememangnya akan mengalami perubahan dari segi kaedah pengajaran berdasarkan sistem pendidikan yang sedia ada.

Beberapa kajian tentang tahap penguasaan bahasa oleh penyelidik pendidikan Bahasa Melayu, iaitu Syarifah (2011), Anida, Dahli, Zulkifli& Ahmad Khair (2016) dan Tay Meng Guat (2006) telah diteliti. Analisis mendapati bahawa setiap individu itu mempunyai tahap penguasaan bahasa yang berbeza dalam mempelajari bahasa. Analisis ini juga turut disokong oleh Zamri Mahamod, Kamiliah & Wan Muna Ruzanna ( 2016) yang mengatakan bahawa seorang murid perlu mencapai kemahiran membaca, menulis dan memahami perkataan sejak di bangku sekolah rendah. Dalam hal ini juga mencetuskan bahawa tahap penguasaan bahasa yang berbeza itu, telah menyebabkan pendekatan dalam pengajaran dan pembejalajaran LINUS perlu di tambah baik. Antaranya ialah, melalui pelaksanaan pendekatan didik hibur dalam amalan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu.( Mohd Razak & Masitah,2016). Dengan adanya didik hibur pengajaran guru menjadi lebih menarik dan memberi impak yang bermakna kepada murid-murid.

Pembacaan yang dilakukan mendapati masih kurang kajian tentang perkembangan bahasa dengan pengaplikasian didik hibur elemen nyanyian, lakonan dan pantun terhadap murid LINUS, khususnya terhadap murid-murid sekolah rendah di Zon Asajaya, Sarawak. Kajian-kajian yang pernah dilakukan lebih cenderung meneliti aspek belajar melalui bermain yang dilakukan terhadap kanak-kanak prasekolah. Contohnya kajian Nor Afini (2016) dan tentang aktiviti didik hibur bagi kanak-kanak prasekolah di Daerah Gombak. Sementara Mohd Razak & Masitah (2015) juga hanya meneliti aspek perkaitan murid-murid Orang Asli terhadap pendekatan didik hibur dengan minat hadir ke sekolah di Negeri Perak.

Seterusnya Aliza & Sharifah (2012) tentang didik hibur juga turut dilakukan bagi guru-guru prasekolah dan tetapi tidak diaplikasikan bagi murid-murid LINUS sekolah rendah. Kajian tentang murid-murid sekolah rendah juga telah diteliti lakukan oleh Abdul Rashid, Nurul Nadiah & Shamsudin (2016) terhadap teknik didik hibur dalam penulisan karangan dan bukannya bagi murid-murid LINUS. Manakala bagi kajian yang dilakukan oleh Al-Rahman, Jamaluddin & Zamri (2015) telah mengkaji Teknik SALAK DIDIK dengan elemen nyanyian dan pantun iaitu mengenai kemahiran berfikir aras

Page 3: PERKEMBANGAN LITERASI BAHASA MELAYU MELALUI … · Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor . ... prasekolah. Contohnya kajian

574

tinggi KBAT. Manakala, Tay Meng Huat (2015) pula cuba meneliti hubungan pengajaran guru pelatih dalam merealisaikan didik hibur dalam pengajaran mereka.

Justeru itu, bagi merealisasikan perkara ini, pendekatan didik hibur dalam program LINUS telah diperkenalkan. Tambahan pula, di peringkat ini, pendekatan didik hibur dan seni bahasa dalam aktiviti pengajaran Bahasa Melayu merupakan satu inisiatif bijak yang telah diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memberi penekanan kepada literasi Bahasa Melayu, iaitu lisan, bacaan dan tulisan serta ditambah dengan kemahiran asas kiraan serta memahami idea matematik yang mudah. Melalui inisiatif tersebut iaitu melalui KSSR 2011 adalah bertujuan untuk melahirkan individu yang menaruh minat serta sentiasa seronok semasa mengikuti sesi mata pelajaran bahasa Malaysia. Ini adalah hasrat yang murni bagi mentransformasikan pendekatan suatu pengajaran yang memberangsangkan. Lantas, selaras dengan tujuan didik hibur itu sendiri, ianya dapat memudahkan guru untuk mengajar kaedah mengajar bacaan kepada murid. Hal ini, sekali gus untuk meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid Tahun 1 (Othman Rahman & Abdul Rahman, 2009). Jadi dengan itu, kajian perlu dilakukan terhadap elemen didik hibur dalam program LINUS yang telah dilaksanakan kepada pengajaran dan pembelajaran LINUS. Ini bertujuan untuk mendapatkan satu rumusan untuk melihat bagaimanakah program itu benar-benar menyelesaikan masalah penguasaan literasi bahasa Melayu bagi murid-murid LINUS.

Justeru itu, seperti yang telah dinyatakan setelah hampir enam tahun program KSSR dilaksanakan di semua sekolah rendah seluruh negara, tahap pencapaian penguasaan membaca kini seharusnya semakin bermutu seiring dengan transformasi kurikulum Bahasa Melayu yang sememangnya menekankan aspek didik hibur dalam pengajaran LINUS dan perkembangan bahasa bagi murid tahap satu di sekolah rendah.

Dengan ini, perkembangan ekonomi sesebuah negara itu akan dapat dicapai sekali gus dapat melahirkan insan yang berkualiti modal insannya. Justeru itu kajian ini hanya melihat aplikasi didik hibur di sekolah luar bandar khususnya terhadap perkembangan bahasa terhadap murid-murid LINUS sekolah rendah di Zon Asajaya, Sarawak. PERNYATAAN MASALAH Antara masalah utama dalam kajian ini ialah masih lagi murid tahap 1 yang gagal membaca asas literasi walaupun telah melalui program LINUS. Dari segi pemerolehan bahasa, semasa murid LINUS menuturkan bahasa ibunda di rumah, tidak semua ibu bapa mereka yang mengajar segmen bunyi komponen yang terdapat pada sesuatu perkataan. Latihan praktikal membunyikan perkataan secara membatang suku kata juga tidak diterapkan. Bertitik tolak daripada itu, mereka hanya meminta anak mereka mengujarkan keseluruhan perkataan.

Secara jelasnya, membaca merupakan suatu proses yang berterusan bagi murid. Dalam usaha mencapai kecemerlangan akademik, murid perlu menguasai kemahiran asas membaca. Namun begitu, sering kali terdengar masih lagi murid-murid yang tidak menguasai kemahiran membaca. Penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid sekolah rendah di Malaysia adalah di tahap yang membimbangkan. Mereka gagal menguasai kemahiran membaca ini sejak di bangku prasekolah lagi (Hasnalee Tubah & Zulkifley Hamid 2011). Jika hal ini berterusan, maka murid ini secara automatik tidak akan dapat menguasai kemahiran membaca setelah mereka masuk ke kelas Tahun Satu. Lanjutan daripada itu, kegagalan ini sebenarnya adalah tidak bertepatan dengan matlamat membaca itu sendiri. Ini kerana membaca adalah satu kaedah yang terpantas untuk memperoleh ilmu. Jika murid tidak menguasai kemahiran membaca pada peringkat awal persekolahan lagi, ini akan menimbulkan masalah untuk seorang murid itu menguasai mata pelajaran lain. Jadinya, oleh kerana tidak menguasai kemahiran membaca, maka minat untuk membaca itu memang susah untuk dizahirkan. Menurut Manimaran (2009), dalam diri seseorang, sepatutnya ditanamkan tabiat membaca untuk sepanjang hayat. Ini kerana membaca merupakan satu rangkuman semua kemahiran, cabaran dan pengetahuan manusia. Melalui membaca juga sesuatu perkara itu dapat dikembangkan secara munasabah. Kenyataan ini membuktikan bahawa, purata rakyat Malaysia yang mengamalkan tabiat suka membaca adalah amat sedikit. Kebanyakan mereka hanya membaca dua buah buku setahun. Perkara ini berbeza dengan rakyat Jepun dan Perancis yang membaca 10 buah buku setahun, manakala rakyat Amerika 17 buah buku setahun. Namun dalam memupuk minat membaca itu, adakalanya ibu-bapa kurang memantau terhadap bidang bacaan anak-anak mereka. Ini kerana pemilihan jenis bahan bacaan adalah amat penting kerana kanak-kanak lebih gemar dengan bacaan yang bersifat hiburan daripada bahan bacaan yang bersifat ilmiah. Hal ini telah menghalang pembentukan jati diri kanak-kanak dalam memupuk nilai murni dalam

Page 4: PERKEMBANGAN LITERASI BAHASA MELAYU MELALUI … · Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor . ... prasekolah. Contohnya kajian

575

diri kanak-kanak atau murid. Ini kerana kesan-kesan positif daripada pembacaan tidak dapat diserap dalam jiwa murid. Jadi, adalah amat penting bagi kanak-kanak dalam memperolehi ilmu atau menguasai bacaan melalui jenis bahan bacaan yang mampu membentuk jati diri dan akhlak kanak-kanak sendiri (Maisarah & Latifah 2012). Hal ini juga berlaku kerana disebabkan oleh kekurangan masa lapang murid itu sendiri. Menurut Tiew Wai Sin (2010) mengatakan bahawa rakyat Malaysia belum lagi mengamalkan tabiat atau minat membaca yang mencapai ke tahap yang membanggakan. Kajian beliau mendapati bahawa murid sekolah hanya boleh membaca tetapi kurang mempraktikkan kemahiran membaca itu sebagai satu tabiat. Mereka lebih gemar melakukan aktiviti lain daripada menghargai masa dengan mengamalkan tabiat membaca. Walhal, tabiat membaca itu dapat menjadikan seseorang itu luas ilmu pengetahuannya, kaya dengan maklumat dan sebagai asas untuk kejayaan sepanjang hayat. Dalam hal itu, pernyataan ini menggambarkan bahawa tabiat membaca di negara ini kurang diamalkan atas faktor tidak dapat menguasai asas kemahiran membaca sejak di sekolah rendah lagi. Walhal dengan membacalah seseorang individu boleh menterjemahkan perasaan empati dan simpati dalam bentuk tulisan. Bertitik tolak daripada situasi ini, akan menyebabkan motivasi seseorang itu untuk menguasai kemahiran membaca berada di tahap yang rendah. Lantaran itu, gejala ponteng sekolah akan berlaku kerana mereka enggan menghadapi persaingan dengan murid-murid yang telah menguasai kemahiran literasi. Apatah lagi, jika mereka hadir sekalipun mereka akan dianggap oleh murid-murid perdana menggangu proses pembejalaran di dalam kelas. Selain itu, tumpuan guru juga merupakan satu faktor kepada masalah menguasai kemahiran membaca (Noorhayati Hashyim, 2012). Bilangan murid yang ramai dalam setiap kelas telah menyukarkan guru memberi perhatian atau bimbingan yang berfokus kepada murid yang belum menguasai kemahiran literasi membaca. Ini akan menyebabkan murid kurang berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti membaca. Tambahan pula sikap ibu bapa yang terlalu bergantung kepada guru sahaja untuk mengajar anak mereka iaitu kurang mementingkan pelajaran anak-anak mereka (Layang & Jamaluddin 2016). Oleh kerana sikap ibu bapa yang kurang mempedulikan tentang kehadiran anak-anak ke sekolah, hal ini telah menyebabkan murid tersebut gagl menguasai literasi membaca. Apa yang jelas, guru-guru LINUS didapati kurang menjalankan pendekatan yang menyeluruh di dalam kelas. Mereka tidak mengambil kira perkara-perkara yang berkaitan dengan urutan, kaedah, pendekatan dan teknik penyampaian dalam program LINUS. Terutamanya menekankan aplikasi didik hibur yang sememangnya dapat menghiburkan murid sekaligus menarik minat murid untuk menyertai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana disebabkan guru yang terlalu banyak dibebani dengan beban tugas. Hal ini telah menyebabkan guru kurang melaksanakan pendekatan-pedekatan pengajaran secara terancang. Malahan mereka membuat kerja secara terpaksa dan menyebabkan mutu kerja guru tidak seperti yang diharapkan.( Aliza, 2012).

OBJEKTIF KAJIAN 1) Mengetahui unsur pendekatan didik hibur dapat mengatasi masalah kelemahan dalam penguasaan

kemahiran membaca bagi murid-murid LINUS. PERSOALAN KAJIAN

1. Bagaimanakah unsur pendekatan didik hibur dapat mengatasi masalah kelemahan dalam penguasaan kemahiran membaca bagi murid-murid LINUS. METODOLOGI Rekabentuk Reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah tinjauan. Menurut Noraini (2013), menggunakan populasi atau menggunakan lebih daripada satu pemboleh ubah adalah cara atau kaedah yang digunakan dalam kaedah tinjauan. Kaedah tinjauan sangat berfaedah kerana pengkaji dapat menghubungkan fenomena yang tidak dapat diperhatikan secara telus. Bagi menjawab objektif kajian, kajian ini adalah untuk menjalankan satu tinjauan untuk mendapatkan kepastian berkaitan tentang aplikasi didik hibur dalam perkembangan bahasa bagi murid LINUS Literasi Bahasa Melayu di beberapa buah sekolah rendah di Zon Asajaya. Oleh yang demikian, reka bentuk tinjauan ini menggunakan

Page 5: PERKEMBANGAN LITERASI BAHASA MELAYU MELALUI … · Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor . ... prasekolah. Contohnya kajian

576

kaedah kuantitatif. Dalam hal ini pengkaji akan menggunakan borang soal selidik untuk memperoleh maklumat berkaitan dengan pemboleh ubah tidak bersandar dan pemboleh ubah bersandar. Kaedah ini paling sesuai digunakan kerana ianya bertujuan untuk mendapatkan maklumat kajian. Sebelum menjawab soalan soal selidik pengkaji telah meminta Guru LINUS Literasi menjalankan pengajaran mengikut rancangan pengajaran yang telah disediakan oleh penkaji iaitu menggunakan video Upin & Ipin. Dalam pengajaran tersebut hanya aplikasi pantun nasihat, nyanyian dan lakonan sahaja yang diambil kira iaitu aplikasi yang berkaitan dengan didik hibur. LOKASI Lokasi kajian adalah di lapan buah Sekolah Kebangsaan (Sekolah Rendah) di Zon Asajaya bahagian Samarahan iaitu di Sekolah Kebangsaan di Zon Asajaya daerah Samarahan, Sarawak iaitu responden kajian dihadkan kepada Sekolah Kebangsaan Asajaya Laut, Sekolah Kebangsaan Asajaya Ulu, Sekolah Kebangsaan Tambirat, Sekolah Kebangsaan Moyan Laut, Sekolah Kebangsaan Jemukan, Sekolah Kebangsaan Haji Kelali, Sekolah Kebangsaan, Iboi Pelandok dan Sekolah Kebangsaan Pendam

Rasional pemilihan sekolah-sekolah ini kerana kelapan-lapan sekolah ini mempunyai bilangan murid yang ramai berbanding dengan sekolah-sekolah yang lain. Bilangan yang ramai itu diambil kira kerana terdapat dua atau lebih kelas Tahun 2 yang terdapat di sekolah-sekolah tersebut. POPULASI DAN SAMPEL Dalam kajian ini, jumlah populasi ialah melibatkan responden yang terlibat dengan aplikasi didik hibur di Sekolah Kebangsaan yang terdapat di Zon Asajaya bahagian Samarahan, Sarawak. Jumlah responden kajian ini adalah seramai 55 orang murid Tahun 2 LINUS Literasi Bahasa Melayu. Murid-murid Tahun 2 diambil kira sebagai responden kerana masih ramai lagi murid yang belum dapat menguasai kemahiran membaca Literasi Bahasa Melayu. Mereka juga telah menjalani pengajaran dan pembelajaran LINUS sejak Januari 2018 berdasarkan keputusan saringan 2, LINUS 2017.

Oleh itu, teknik pembelajaran yang digunakan dalam kajian ini ialah persampelan rawak berkelompok. Menurut Noraini (2013), persampelan rawak berkelompok ialah setiap individu yang dipilih ialah mewakili sesebuah kumpulan yang dipilih secara rawak. Kumpulan- kumpulan yang dipilih ialah merujuk kepada sekolah-sekolah yang telah dinyatakan di atas. INSTRUMEN KAJIAN Instrumen Kajian Dalam kajian ini, instrumen kajian adalah terdiri daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada sampel kajian seperti dalam Jadual 1. Jadual 1: Kandungan soal selidik mengikut bahagian

Bahagian Butiran

Bahagian A Mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan maklumat latar belakang/demografi murid-murid LINUS seperti nama sekolah, darjah, jantina,keturunan, status pencapaian LINUS, keputusan PLBS serta pengalaman mengikuti aplikasi nyanyian, lakonan dan pantun dan pembelajaran (Rujuk Lampiran A).

Bahagian B Mengandungi soal selidik untuk mengukur persepsi sampel mengenai mengatasi masalah kelemahan dalam penguasaan kemahiran membaca.

Page 6: PERKEMBANGAN LITERASI BAHASA MELAYU MELALUI … · Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor . ... prasekolah. Contohnya kajian

577

Setiap item dalam Bahagian B mengandungi lima pilihan jawapan berdasarkan skala Likert yang menyatakan darjah persetujuan berbentuk skala lima mata. Kedudukan skalanya dinyatakan seperti 1 = Sangat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Agak Setuju, 4 = Setuju dan 5 = Sangat Setuju

Jadual 2 : Skala Likert

Pengkaji juga turut menggunakan simbol wajah pada skala likert. Rasionalnya, responden pengkaji adalah terdiri daripada murid yang belum mahir membaca. Dengan cara ini, pengkaji akan meminta bantuan daripada guru LINUS untuk membimbing responden membuat pilihan jawapan bagi mengelakkan kekeliruan. ANALISIS DATA Data kajian adalah berdasarkan skor responden terhadap item-item yang dikodkan. Skor maksimum skala Likert ialah 5 iaitu sangat setuju manakala skor minimum adalah 1 iaitu sangat tidak setuju. Kemudian data yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistic Package for Social Sciences” (SPSS) versi 22.0. Bagi mendapatkan nilai skor min, peratus dan sisihan piawai pengkaji menggunakan analisis deskriptif. DAPATAN KAJIAN Demografi sampel kajian Berdasarkan Jadual 3, daripada lapan buah sekolah yang dipilih, jumlah sampel lelaki seramai 32 orang, manakala sampel perempuan seramai 23 orang. Pecahan sampel kajian adalah seperti berikut:

Jadual 3: Bilangan sampel mengikut sekolah

Bil Sekolah Sampel lelaki Sampel Perempuan

1 SK Asajaya Laut 4 4

2 SK Asajaya Ulu 6 2

Skala Interpretasi Data Simbol Wajah

1 Sangat Tidak Setuju

2 Tidak Setuju

3 Agak Setuju

4 Setuju

5 Sangat Setuju

Page 7: PERKEMBANGAN LITERASI BAHASA MELAYU MELALUI … · Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor . ... prasekolah. Contohnya kajian

578

3 SK Tambirat 4 3

4 SK Moyan Laut 3 2

5 SK Jemukan 3 3

6 SK Haji Kelali 5 4

7 SK Iboi 4 3

8 SK Pendam 4 2

Jumlah 32 23

Jadual 4 : Latar Belakang Sampel Kajian

Demografi Kategori Bilangan Sampel

Tahun Darjah 2 55

Jantina Lelaki

Perempuan

32

23

Keturunan Melayu

Cina

Lain-lain

53

1

1

Status Pencapaian LINUS(Tidak Menguasai Konstruk)

K1 hingga K2

K3 hingga K12

0

55

Pengalaman Melalui Proses Nyanyian dalam Pembelajaran

Ya

Tidak

53

2

Pengalaman Melalui Proses lakonan dalam Pembelajaran

Ya

Tidak

52

3

Pengalaman Melalui Proses berpantun dalam Pembelajaran

Ya

Tidak

51

4

Page 8: PERKEMBANGAN LITERASI BAHASA MELAYU MELALUI … · Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor . ... prasekolah. Contohnya kajian

579

Jadual 4 pula membincangkan latar belakang sampel kajian. Berdasarkan Jadual 4, 100% murid yang dipilih menjadi sampel kajian merupakan murid-murid yang tidak menguasai konstruk 3 hingga konstruk 12 bagi literasi Bahasa Melayu yang sememangnya berada di kelas tahun 2. Berdasarkan jadual, didapati seramai 32 orang murid (58.1%) merupakan murid-murid lelaki dan seramai 23 orang murid (41.8%) adalah murid perempuan.

Seratus peratus murid-murid yang terpilih merupakan murid-murid LINUS yang belajar di Sekolah Kebangsaan. Daripada jumlah itu, sebanyak 53 orang murid (96.3%) merupakan murid berketurunan Melayu, 1 orang murid (1.8%) merupakan murid berketurunan Cina, manakala 1 orang (1.8%) ialah murid berketurunan lain-lain.

Sebanyak 53 orang murid (96.3%) mempunyai pengalaman melalui proses nyanyian dalam pembelajaran manakala sebanyak 2 orang murid (3.6%) tidak pernah mengikuti proses nyanyian dalam pembelajaran.

Di samping itu, sebanyak 52 orang murid (94.5%) mempunyai pengalaman melalui proses lakonan dalam pembelajaran manakala sebanyak 3 orang murid (5.5%) tidak pernah mengikuti proses lakonan dalam pembelajaran. Seterusnya sebanyak 51 orang murid (92.7%) mempunyai pengalaman melalui proses berpantun dalam pembelajaran manakala sebanyak 4 orang murid (7.2%) tidak pernah mengikuti proses berpantun dalam pembelajaran.

Jadual 5 : Latar Belakang Sampel Kajian

Keputusan Ujian Pemahaman, Penulisan dan PLBS (Membaca) Murid LINUS Bahasa Melayu

Berdasarkan jadual 4.2.5 , bagi mata pelajaran BM Pemahaman, jumlah murid yang mendapat gred A ialah tiada murid yang mendapat gred A, , gred B seramai 3 orang iaitu 5.4 %, gred C seramai 9 orang iaitu 16.3% gred D, seramai 33 orang iaitu 41.8% dan gred E, seramai 20 orang iaitu 36.3%. Manakala bagi mata pelajaran BM Penulisan pula, tiada murid yang mendapat gred A , gred B seramai 2 orang iaitu 3.6 %, gred C seramai 6 orang iaitu 10.9% gred D, seramai 24 orang iaitu 43.6% dan gred E, seramai 23 orang iaitu 41.8%. Seterusnya ialah bagi kemahiran membaca PLBS pula, tiada murid yang mendapat gred A , gred B seramai 4 orang iaitu 7.2 %, gred C seramai 21 orang iaitu 38.1 % dan gred D, seramai 30 orang iaitu 54.5 %. PLBS tidak diberikan nilai gred E kerana gred A hingga C adalah LULUS dan gred D dikira sebagai GAGAL. Secara keseluruhannya, berdasarkan keputusan ini, ramai murid LINUS yang belum dapat membaca dengan lancar.

KEPUTUSAN PEMAHAMAN PENULISAN PLBS MEMBACA

Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus

A - - - - - -

B 3 5.4 2 3.6 4 7.2

C 9 16.3 6 10.9 21 38.1

D 23 41.8 24 43.6 30 54.5

E 20 36.3 23 41.8

JUMLAH 55 100.0 55 100.0 55 100.0

Page 9: PERKEMBANGAN LITERASI BAHASA MELAYU MELALUI … · Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor . ... prasekolah. Contohnya kajian

580

Unsur Pendekatan Didik Hibur yang Dapat Mengatasi Masalah Kelemahan Dalam Penguasaan Kemahiran Membaca Literasi Bagi Murid-Murid Linus

Jadual 6

Pengajaran dan Pembelajaran LINUS Literasi BM (Mengatasi masalah kelemahan penguasaan membaca)

Item

Frekuensi Peratus (% )

Min

Sisihan Piawai

STS TS AS S SS

6 Membantu saya membaca dan membunyikan suku KV+KV+ KV ( kelapa).

-

- 8

(14.5)

33

(60)

14

(25.5) 4.11 0.629

7 Membantu saya membaca dan membunyikan suku kata KVK + KVK (sambil).

- - 12

(21.8)

33

(60.0)

10

(18.2) 3.96 0.637

8 Membantu saya membaca dan membunyikan suku kata V+ KV (isi).

-

-

14

(25.5)

31

(56.4)

10

(18.2) 3.93 0.663

9 Membantu saya membaca dan membunyikan suku kata V+KV+KVK (ajaran).

- 3

(5.5)

13

(23.6)

28

(50.9)

11

(20) 3.85 0.803

10 Membantu saya membaca dan membunyikan suku kata KV+KVK (makan).

1

(1.8)

1

(1.8)

8

(14.5)

30

(54.5)

15

(27.3) 3.93 0.766

11 Membantu saya membaca dan membunyikan suku kata V + KVK (agar).

-

1

(1.8)

15

(27.3)

26

(47.3)

13

(23.6) 3.93 0.766

12 Membantu saya membaca dan membunyikan suku kata KV + KVV (dunia).

1

(1.8)

1

(1.8)

11

(2.0)

28

(50.9)

14

(25.5) 3.96 0.8.38

Page 10: PERKEMBANGAN LITERASI BAHASA MELAYU MELALUI … · Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor . ... prasekolah. Contohnya kajian

581

Jadual 6 menunjukkan taburan bilangan, peratusan, min, sisihan piawai dan tahap skor min responden terhadap kaedah PdP LINUS literasi BM yang dapat mengatasi masalah kelemahan penguasaan membaca. Hasil dapatan menunjukkan item “membantu saya membaca dan membunyikan suku KV+KV+ KV ( kelapa)” memperoleh skor dengan nilai min 4.11 dan sisihan piawai 0.629, item “membantu saya membaca dan membunyikan suku kata KVK + KVK (sambil) ” dengan nilai min 3.96 dan sisihan piawai 0.637, item “membantu saya membaca dan membunyikan suku kata V+ KV (isi).”dengan nilai min 3.93 dan sisihan piawai 0.663, item“membantu saya membaca dan membunyikan suku kata V+KV+KVK (ajaran).” dengan nilai min 3.85 dan sisihan piawai 0.803, item “membantu saya membaca dan membunyikan suku kata KV+KVK (makan).” dengan nilai min 3.93 dan sisihan piawai 0.766. Manakala bagi item “membantu saya membaca dan membunyikan suku kata V + KVK (agar)”dengan nilai min 3.93 dan sisihan piawai 0.766. Bagi item “ membantu saya membaca dan membunyikan suku kata KV + KVV (dunia).” nilai min ialah 3.96 dan sisihan piawai ialah 0.838. Seterusnya item“membantu saya membaca dan membunyikan suku kata KV+KV+KVK ( selamat).” pula, nilai min ialah 3.82 dan sisihan piawai 0.696, item “embantu saya mengeja dan membaca perkataan yang mengandungi suku kata KV+KV+KVK( parang )” dengan nilai min 3.75 dan sisihan piawai 0.947, item “membantu saya membaca perkataan yang mengandungi digraf (jangan)”dengan nilai min 3.94 dan sisihan piawai 0.539,dan item “membantu saya memahami dan membaca ayat mudah (ikan oh ikan).” dengan nilai min 3.93 dan sisihan piawai 0.879.

Hasil dapatan menunjukkan item “membantu saya membaca dan membunyikan suku KV+KV+ KV ( kelapa) ” memperoleh skor dengan nilai min 4.11 dan sisihan piawai 0.629.

Secara keseluruhannya, di antara sebelas item bagi konstruk mengatasi masalah kelemahan penguasaan membaca menunjukkan bahawa purata skor min berada tahap yang tinggi iaitu 3.66 ke atas. Namun bagi item “membantu saya membaca dan membunyikan suku kata terbuka suku KV+KV+ KV ( kelapa)” menunjukkan nilai yang tinggi iaitu 4.11dan sisihan piawai 0.629.

13 Membantu saya membaca dan membunyikan suku kata KV+KV+KVK ( selamat).

- -

3

(8.6)

18

(51.4)

14

(40.0) 3.82 0.696

14 Membantu saya mengeja dan membaca perkataan yang mengandungi diftong( bangau).

2

(3.6)

2

(3.6)

15

(27.3)

25

(45.5)

11

(20) 3.75 0.947

15 Membantu saya

Membaca

perkataan

yang mengandungi digraf (jangan).

1

(1.8)

2

(3.6)

7 (1 2.7)

31

(56.4)

14

(25.5) 3.94 0.539

16 Membantu saya

memahami

dan membaca ayat mudah (ikan oh ikan).

1

(1.8)

2

(3.6)

11

(2.0)

27

(49.1)

14

(25.5) 3.93 0.879

Purata Min Keseluruhan

4.327 0.5197

Page 11: PERKEMBANGAN LITERASI BAHASA MELAYU MELALUI … · Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor . ... prasekolah. Contohnya kajian

582

Seterusnya bagi item “membantu saya membaca dan membunyikan suku kata V+KV+KVK (ajaran)” dengan nilai min 3.85 dan sisihan piawai 0.803 menununjukkan skor yang sederhana tinggi.

Mananala Nilai min yang rendah ialah bagi item “membantu saya mengeja dan membaca perkataan yang mengandungi diftong.( bangau)” iaitu dengan nilai min 3.75 dan sisihan piawai 0.947.

Jumlah min bagi konstruk mengatasi masalah kelemahan penguasaan membaca ialah 4.327 dan sisihan piawai 0.5197.

PERBINCANGAN Secara keseluruhannya, di antara sebelas item bagi konstruk mengatasi masalah kelemahan penguasaan membaca menunjukkan bahawa purata skor min bagi item“membantu saya membaca dan membunyikan suku kata terbuka suku KV+KV+ KV ( kelapa)” menunjukkan nilai yang tinggi iaitu 4.11dan sisihan piawai 0.629. Hal ini kerana huruf yang terdapat dalam ejaan perkataan KV+KV+ KV ialah mengandungi huruf vokal yang senang disebut murid. Hasil dapatan yang diperoleh adalah selari dengan kajian yang dilakukan oleh Salbia (2016) yang menggunakan teori linguistik deskriptif. Dalam teori ini menjelaskan bahawa untuk menentukan alofon kepada bunyi vokal ialah melalui kedudukan vokal berkenaan, sama ada berada di awal kata, antara konsonan, tengah kata dan di akhir kata. Alofon tersebut dipengaruhi oleh konsonan-konsonan yang hadir mengikuti vokal. Ini membuktikan bahawa perkataan KV+KV+ KV lebih senang disebut kerana kualiti vokal dalam suku kata terbuka lebih tinggi daripada bunyi vokal dalam suku kata tertutup. Kualiti vokal yang berada di belakang memudahkan murid untuk menyebut perkataan KV+KV+ KV yang dikemukakan. Di samping itu juga, fonem konsonan yang dipadankan dengan fonem vokal KV lebih senang diajar dengan sebutan secara berulang iaitu latih tubi. Latih tubi ini boleh dibuat secara individu atau berkumpulan. Contohnya semasa menyanyikan lagu “ Bangau Oh Bangau” murid dapat menyebut suku kata dengan pelbagai rentak yang dilagukan secara latih tubi. Lantaran itu menyebabkan murid akan merasa gembira kerana dapat menyebut perkataan secara berulang kali. Di samping itu, faktor utama kepada perkataan kelapa ini senang disebut adalah kerana faktor pengalalaman sedia ada murid. Sebagaimana yang pengkaji tahu, lokasi sekolah yang dikaji adalah di kawasan luar bandar. Murid-murid LINUS selalu melihat buah kelapa atau pokok kelapa di sekeliling mereka. Ini selari dengan kajian Norazizah, Sopia & Noor Ashikin (2016) menjelaskan bahawa kanak-kanak boleh meneroka alam sekeling dan membina pengetahuan. Dalam hal ini, menjelaskan bahawa kebanyakan jawapan murid adalah bersangkut-paut dengan pengetahuan sedia ada mereka dalam proses pemahaman isii pelajaran.

Seterusnya bagi item “membantu saya membaca dan membunyikan suku kata V+KV+KVK (ajaran)” dengan nilai min 3.85 dan sisihan piawai 0.803 menunjukkan skor yang sederhana. Hal ini terjadi kerana murid sukar untuk membunyikan gabungan tiga huruf yang membentuk satu bunyi KVK. Contohnya seperti [ran], san], [tan] dan [lan]. Murid hanya membunyikan “ajara” tanpa membunyikan vokal “n”. Dalam hal yang sama juga murid masih terikat dengan sebutan KV sahaja. Ini disebabkan guru kurang memberi penekanan kepada murid untuk menyebut huruf konsonan tersebut tanpa menggunakan gambar. Mereka juga jarang menggunakan menggunakan bahan-bahan kreatif. Ini dijelaskan dengan kajian yang dijalankan oleh Norhayati (2012) yang mengatakan bahawa peranan seorang guru adalah dapat membantu murid mereka supaya mengikuti pelajaran dengan lebih mudah. Mudah tersebut adalah di bawah erti kata menyediakan bahan bantu mengajar. Walaupun penyediaan bahan tersebut adalah sesuatu yang agak sukar tetapi ianya dapat membantu murid menguasai pelajaran. Hal ini turut disokong oleh Raffi (2012) yang menjelaskan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar dikatakan amat penting. Hal ini demikian kerana dengan bahan bantu mengajar ianya dapat menarik minat murid sekaligus mempelbagaikan kemahiran murid. Kajian beliau yang menggunakan kad suku dan kad gambar sebagai bahan ransangan telah membantu respondennya membentuk perkataan yang mempunyai dua suku kata. Oleh yang demikian, bahan mengajar yang kreatif adalah amat penting dalam membantu murid menyebut perkataan V+KV+KVK.

Mananala Nilai min yang rendah ialah bagi item“membantu saya mengeja dan membaca perkataan yang mengandungi diftong( bangau)” iaitu dengan nilai min 3.75 dan sisihan piawai 0.947. Ini kerana murid tidak dapat membunyikan dua geluncuran dua bunyi vokal. Murid tidak dapat membunyikan vokal yang pertama lalu digeluncurkan .Contohnya bunyi “ngau”, dan “rau ”kepada bunyi vokal yang kedua. Tambahan pula ada murid yang tidak dapat membunyikan “u” yang berada di belakang sekali. Ini selari

Page 12: PERKEMBANGAN LITERASI BAHASA MELAYU MELALUI … · Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor . ... prasekolah. Contohnya kajian

583

dengan kajian yang dijalankan oleh Salbia (2015) yang mengatakan untuk membunyikan diftong, vokal pertama hendaklah lebih lantang berbanding dengan vokal yang kedua yang sememangnya mempunyai puncak kelantangan.

Dalam hal ini, menyebabkan murid akan mengeja perkataan ’bangau’ sebagai ’banga’ iaitu hanya membunyikan bunyi vokal pertama “a” sahaja tanpa membunyikan vokal kedua “u”. Hal ini sepatutnya diambil serius oleh guru. Tambahan lagi, jika murid tidak dapat menyebut bunyi tersebut maka murid tidak akan dapat membaca dan membunyikan keseluruhan perkataan. Guru hendaklah mengajar secara berperingkat-peringkat. Hasil dapatan yang diperoleh adalah selari dengan kajian yang dilakukan oleh Kajian A.Rahman , Jamaluddin & Zamri (2015) menggunakan SALAK DIDIK memberi tunjuk ajar bahawa kemahiran membaca itu boleh dikuasai secara berperingkat-peringkat oleh setiap orang murid. Kemahiran ini jika digunakan secara kreatif, ianya dapat menarik minat serta dapat memberi pengalaman yang seronok kepada murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai kemahiran membaca. IMPLIKAS I DAN CADANGAN KAJIAN Berdasarkan dapatan kajian yang pengkaji lakukan, terdapat beberapa implikasi yang dapat difikirkan bersama untuk kebaikan guru dan murid LINUS iaitu guru seharusnya sedar bahawa tahap kecerdasan dan tahap penerimaan pelajar terhadap isi pembelajaran adalah berbeza. Dalam aspek ini, guru perlu bijak menarik minat murid supaya mengikuti aktiviti didik hibur. Contohnya, jika mengikut Teori Behaviorisme guru sepatutnya memberi ganjaran jika murid LINUS boleh menyanyi, berlakon atau berpantun. Ini sebenarnya, adalah peneguhan peneguhan positif seperti yang dikatakan oleh tokoh Behavirosme kerana tindakan sebegini akan membantu memotivasikan murid-murid yang lain. Lantas gerakbalas positif dapat dilahirkan melalui teori ini. Oleh yang demikian, guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran agar pengajaran menjadi lebih bermakna. Sementelahan itu, guru-guru LINUS adalah dicadangkan menggunakan bahan seperti perisian flash dan CD-Interaktif suku kata yang dimuat turun dari “you tube” bagi menghafal fakta dan perkataan sebagai alat bantu terutama dalam aspek didik hibur bagi menyeronokkan murid. Didik Hibur merupakan salah satu langkah untuk menerapkan kemahiran membaca yang efisien. Hafalan fakta tersebut membantu murid mengingat semula apa telah mereka pelajari. Dengan ini murid akan maju dalam perkembangan bahasa mereka. Apatah lagi dengan adanya Peranti Pemerolehan Bahasa atau dikenali sebagai Language Acquisition Device (LAD) yang membolehkan murid LINUS menguasai bahasa seperti mana yang diujarkan dalam teori pemerolehan bahasa seperti Teori Mentalis. Jika dilihat dari sudut lain, prasarana dan kemudahan di sekolah hendaklah dipantau bagi membolehkan penggunaan talian internet secara meluas di kalangan guru-guru. Perbaiki sistem talian internet yang ada bagi menyenangkan guru untuk memuat naik bahan didik hibur. Ini dapat menggabungkan pengajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi dengan didik hibur serta pempraktikan nilai murni semasa pengajaran terutamanya semasa penerokaan ledakan sumber maklumat melalui internet. Seacara tuntasnya, turut diambil kira ialah berkaitan tentang kepelbagaian dan kebolehan murid yang sememangnya mempunyai perbezaan. Lebih-lebih lagi dengan keputusan saringan LINUS yang telah mengkategorikan murid-murid yang tidak menguasai LINUS sebagai “MURID LINUS”. Perkara ini, seperti yang kita boleh lihat, secara tidak lansung akan mewujudkan jurang yang amat ketara antara murid kelas perdana dan murid LINUS. Kesudahannya, akan menurunkan semangat belajar dalam kalangan murid LINUS kerana mereka merasa prestasi pelajaran mereka lemah berbanding murid perdana. Menyedari hakikat ini, melalui didik hibur, diharapkan guru dapat menzahirkan kreativiti masing-masing dalam mempelbagaikan cara penyampaian yang dapat menarik perhatian murid-murid LINUS. Di sebalik itu, pada waktu yang sama, guru boleh mengaplikasikan permainan “karaokeboom” semasa melaksanakan didik hibur. Ini seperti yang telah dipaparkan dalam rancangan tv3. Dengan ini, murid dapat digalakkan untuk menyanyi sambil menyebut, mengingati lirik lagu, bersaing antara kumpulan dan melakukan aksi tarian yang boleh menimbulkan keseronokan. Dalam aktiviti ini juga, dapat menjadikan murid LINUS sebagai seorang yang ceria. Ini kerana mereka akan diberi hadiah selepas berjaya mengikuti aktiviti nyanyian dengan baik. Seperti yang dikemukan dalam Teori Behaviorisme yakni menekankan aktiviti peneguhan. Dengan kata lain, murid LINUS akan sentiasa menganggap bahawa proses belajar itu sebagai kenangan manis dalam hidup mereka.

Page 13: PERKEMBANGAN LITERASI BAHASA MELAYU MELALUI … · Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor . ... prasekolah. Contohnya kajian

584

KESIMPULAN

Pada keseluruhannya, daripada kajian ini pengkaji mendapati bahawa pengajaran yang berelemenkan didik hibur dalam kaedah pengajaran membaca literasi BM LINUS adalah berguna sebagai satu alternatif untuk meningkatkan kemahiran membaca. Ringkasnya, didik hibur nyanyian, lakonan dan pantun adalah elemen untuk meningkatkan pemahaman dan ingatan terutamanya kepada murid LINUS. Seperti yang kita lihat, didik hibur juga sebagai bahan motivasi dan galakan kepada pelajar terhadap isi pembelajaran, pengetahuan dan kemahiran. Namun, ditegaskan bahawa elemen didik hibur tidak akan berjalan lancar jika tiada kesungguhan dariapada guru LINUS itu sendiri. Apa yang dimaksudkan kerana peranan guru memang amat penting dalam menarik minat murid untuk sebagai penggalak murid untuk menyertai proses pembelajaran dengan penuh keseronokan. Sejajar dengan itu, elemen didik hibur membantu guru untuk memperkukuhkan gaya pembelajaran yang berasaskan kepada teknologi maklumat. Ini secara tidak lansung menyediakan peluang kepada golongan baru sekolah rendah untuk mempelajari sesuatu perkara dan kaedah baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Lanjutan daripada itu, terdapat juga cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pihak guru termasuklah kekangan menghabiskan sukatan pelajaran, sikap negatif guru, sikap negatif murid, kekurangan prasarana dan bahan sokongan serta sumber kewangan yang tidak mencukupi . Lazimnya, bagi mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru, pelbagai usaha perlu dilaksanakan supaya elemen didik dapat aplikasikan dengan sepenuhnya di sekolah. Dengan keadaan sedemikian, bagi melaksanakan pembaharuan ini, guru harus bersedia mengambil cabaran baharu dan melaksanakannya dalam pengajaran LINUS literasi BM di dalam sesi pengajaran. Ini adalah untuk pencapaian matlamat dalam perkembangan bahasa murid itu sendiri yang setara dengan objektif Pembelajaran Abad ke-21.

RUJUKAN

Abdul Rashid Jamian. 2011. Permasalahan kemahiran membaca dan menulis BahasaMelayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,1 (1): 1-12.

Abdul Rasid Jamian, Nurul Nadiah Razali & Shamsudin Othman.2016. Pengaplikasian Teknik Didik Hibur meningkatkan pencapaian penulisan Karangan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 41(1): 39-45.

Abdul Rasid Jamian, and Hasmah Ismail, (2013) Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu; Malay Language Education (MyLEJ), 3 (2). 54-61.

Aliza Ali & Sharifah Nor Puteh. 2012. Persepsi guru terhadap penggunaan kurikulum berasaskan bermain bagi aspek perkembangan bahasa dan literasi murid prasekolah.

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2 (1): 1-15. Al-Rahman Baron, Jamaluddin Badusah , & Zamri Mahamod . 2015. Kemahiran Berfikir aras tinggi

( KBAT) dalam SALAK Didik dengan elemen nyanyian dan elemen pantun. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5. (1). 53-60.

Hasnalee Tubah, and Zulkifley Hamid, (2011) Pengaruh demografi terhadap kemahiran membaca dan memahami dalam kalangan murid-murid LINUS. Jurnal Melayu (6) 2011: 29-47.

Layang Anak Ugek & Jamaluddin Haji Badusah. 2016 . Amalan Pelaksanaan Literasi Bahasa Melayu Tahap 2 dalam Kalangan Guru di sekolah Peribumi Penan di Sarawak. Prosiding:Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Pendidikan Kesusateraan Bahasa Melayu, Kal i k e- 5, anjuran Pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah Pendidikan, Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Pendidikan UKM.

Maisarah Saidin, and Latifah Abd. Majid, (2012) Pembentukan jati diri kanak-kanak melalui bahan bacaan Bahasa Malaysia.Jurnal Hadhari, Jurnal Hadhari 4 (1).

Manimaran a/l Lalaniappen. 2009. Hubungan faktor keluarga terhadap tabiat dan minat membaca dalam kalangan murid tahap 2, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Univesiti Sains Malaysia.

Mohd Razak Mohd Nordin, Ed.D & Masitah Ahmad. 2015. Pendekatan Didik Hiburdalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Tinjauan terhadap Sikap dan Minat Murid Orang Asli di Negeri Perak. Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 9.

Muhammad Saiful Haq Bin Hussin Multimedia( 2009): Pengajaran asas bacaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal Bahasa DBP.

Page 14: PERKEMBANGAN LITERASI BAHASA MELAYU MELALUI … · Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor . ... prasekolah. Contohnya kajian

585

Noorhayati binti Hashim. 2012. Kaedah Syakir Membaca Kajian Tindakan Bagi Membantu Murid Disleksia Belajar Membaca.Universiti Sains Islam Malaysia.

Nor Afini Bt Resad, Ramlah Bt Jantan & Siti Fatimah Az-Zahra Bt Mohd. Fauzi. 2016. Aktiviti didik hibur dalam kalangan guru prasekolah di Daerah Gombak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak , Jilid 5.

Norazizah Abdul Rahman, Sopia Md Yassin, Noor Ashikin Mohd Yusop. 2016. Pembelajaran Secara Inisiatif Kanak-Kanak Menerusi Pendekatan Projek: Dari Tumbuhtumbuhan Ke Sekaki Payung. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Jilid 5. 78-95.

Raffi Bin Smail.2012.Pendekatan Kaedah Bimbingan Secara Individu Dan Penggunaan Kad Suku Kata (“Kv+Kv”) Dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis Perkataan Dua Suku Kata Terbuka Bahasa Melayu Murid Tahun Empat.Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 112-125.

Roslan Bin Kadri. 2014. Pelaksanaan Program Linus Di Sekolah Daerah Muar. Laporan Kertas Projek . Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Salbia Hassan. 2015. Sistem Vokal Dialek Melayu Kabong, Sarawak.Jurnal Bahasa Jilid 15 Bil. 1. Universiti Malaya.

Salbia Hassan. 2016. Fakulti fonologi dialek Melayu Kabong. Tesis Ijazah Doktof Falsafah/ Linguistik. Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Tay Meng Guat. 2015. Pembelajaran Menyeronokkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Penyelidikan IPG KBL, Jilid 12. Tiew Wai Sin . (2010). Tabiat Dan Minat Membaca Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Di

Smk Hulu Kelang, Gombak, Selangor Pada Tahun 2010. Jurnal PPM Vol. 4 Zamri Mahamod, Kamiliah Ayu Ab.Ghani & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2016).

Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cina Berdasarkan Sikap dan Kemahiran Bahasa. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 6(1), 38-51