ifolio.ukm.my · web viewkonggo, tangkak, johor. program ini terdiri daripada pelajar dari...

8
INTAI DESA VOL. 3.0 Pada tarikh 6 September 2015, Jumaat, seramai 88 orang pelajar dari Kelab Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri , Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan satu program iaitu Program Intai Desa Vol. 3.0 yang bertempat di Kg. Sagil Parit 1 & Kg. Konggo, Tangkak, Johor. Program ini terdiri daripada pelajar dari Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri dari tahun 1, 2, 3 dan 4 dan termasuk beberapa orang pensyarah. Pada jam 11 pagi, peserta- peserta mula bertolak dari Kolej Tun Syed Nasir dan menuju ke destinasi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang selama 5 jam. Lebih kurang jam 3 petang, peserta sampai di Balai Raya Kg. Sagil Parit 1. Penduduk kampung menyambut ketibaan peserta dengan paluan kompang dan di arak masuk ke dalam balai raya. Pembahagian keluarga angkat dirasmikan oleh ketua Kg. Sagil 1. Setelah pembahagian keluarga angkat selesai, peserta pulang ke rumah keluarga angkat masing- masing dan bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya. Program ini berlangsung selama 4 hari iaitu dari 6 September 2015 sehingga 9 September 2015. Antara aktiviti yang di adakan ialah: 1. Gempur Aedes, Zero Denggi. 2. Pertandingan Mewarna. 3. Program Gotong-royong Perdana di sekitar Kampung Sagil Parit 1 & Kampung Konggo. 4. Pameran kesihatan (Leptospirosis & Denggi) oleh Pejabat Kesihatan Daerah Ledang. 5. Pemeriksaan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Ledang. 6. Pameran UKM. 7. Pertandingan Masakan Sajian Sihat, Pertandingan Gubahan Lipatan, Sukaneka & Sukan Rakyat. 8. Sukan Rakyat & Sukaneka. 9. Ceramah Pemakanan Sajian Sihat oleh Pegawai Zat Makanan, PKD Ledang. 10. Program Mikroorganisma Efektif (EM) & Jom Tanam Pokok. 11. Majlis Rewang & Perasmian Penutupan Program Intai Desa Vol 3.012. Lawatan.

Upload: dothien

Post on 12-May-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewKonggo, Tangkak, Johor. Program ini terdiri daripada pelajar dari Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri dari tahun 1, 2, 3 dan 4 dan termasuk beberapa

INTAI DESA VOL. 3.0

Pada tarikh 6 September 2015, Jumaat, seramai 88 orang pelajar dari Kelab Kesihatan

Persekitaran dan Keselamatan Industri , Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan

satu program iaitu Program Intai Desa Vol. 3.0 yang bertempat di Kg. Sagil Parit 1 & Kg.

Konggo, Tangkak, Johor. Program ini terdiri daripada pelajar dari Kesihatan Persekitaran dan

Keselamatan Industri dari tahun 1, 2, 3 dan 4 dan termasuk beberapa orang pensyarah. Pada

jam 11 pagi, peserta- peserta mula bertolak dari Kolej Tun Syed Nasir dan menuju ke

destinasi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang selama 5 jam. Lebih kurang jam 3 petang,

peserta sampai di Balai Raya Kg. Sagil Parit 1. Penduduk kampung menyambut ketibaan

peserta dengan paluan kompang dan di arak masuk ke dalam balai raya. Pembahagian

keluarga angkat dirasmikan oleh ketua Kg. Sagil 1. Setelah pembahagian keluarga angkat

selesai, peserta pulang ke rumah keluarga angkat masing- masing dan bersiap sedia untuk

aktiviti seterusnya. Program ini berlangsung selama 4 hari iaitu dari 6 September 2015

sehingga 9 September 2015. Antara aktiviti yang di adakan ialah:

1. Gempur Aedes, Zero Denggi.

2. Pertandingan Mewarna.

3. Program Gotong-royong Perdana di sekitar Kampung Sagil Parit 1 & Kampung

Konggo.

4. Pameran kesihatan (Leptospirosis & Denggi) oleh Pejabat Kesihatan Daerah Ledang.

5. Pemeriksaan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Ledang.

6. Pameran UKM.

7. Pertandingan Masakan Sajian Sihat, Pertandingan Gubahan Lipatan, Sukaneka &

Sukan Rakyat.

8. Sukan Rakyat & Sukaneka.

9. Ceramah Pemakanan Sajian Sihat oleh Pegawai Zat Makanan, PKD Ledang.

10. Program Mikroorganisma Efektif (EM) & Jom Tanam Pokok.

11. Majlis Rewang & Perasmian Penutupan Program Intai Desa Vol 3.0”

12. Lawatan.

 

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewKonggo, Tangkak, Johor. Program ini terdiri daripada pelajar dari Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri dari tahun 1, 2, 3 dan 4 dan termasuk beberapa

Sebagai Ahli Jawatankuasa Pengangkutan pada program kali ini, saya telah di beri

tanggungjawab untuk memastikan semua peserta hadir bagi setiap aktiviti. Selain itu, saya

juga perlu berkomunikasi dengan pemandu bas bagi pengambilan peserta di tempat yang

tertentu. Selain menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Jawatankuasa Pengangkutan, saya

juga bertanggungjawab untuk membantu exco- exco lain bagi melancarkan lagi program yang

dirancangkan seperti membantu exco jamuan dalam menguruskan aktiviti merewang dengan

penduduk kampung. Namun begitu, sebagai peserta yang terlibat dengan aktiviti kampung

seperti merewang dan gotong- royong perdana yang telah diadakan, terbit satu pergaulan yang

mesra di antara peserta dengan penduduk kampung termasuklah ahli keluarga angkat. Dari

situ, kemahiran sosial dalam diri saya sebagai peserta telah wujud dan dipraktikkan selama

beberapa hari di Kg. Parit Sagil 1 seterusnya memenuhi HC yang saya ambil pada kali ini.

Tambahan pula, saya juga dapat meningkatkan kemahiran sosial saya bersama ahli keluarga

angkat di mana program ini banyak memberi peluang kepada para peserta untuk memenuhi

masa dengan ahli keluarga angkat masing- masing. Dengan itu, kami dapat mengenali ahli

keluarga angkat kami dengan lebih rapat dan seterusnya mengeratkan lagi silaturrahim di

antara kami. Walaupun demikian, saya tidak lupa tanggungjawab saya sebagai Ahli

Jawatankuasa Pengangkutan dan menjalankan tanggungjawab saya denga sebaiknya.

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewKonggo, Tangkak, Johor. Program ini terdiri daripada pelajar dari Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri dari tahun 1, 2, 3 dan 4 dan termasuk beberapa

GAMBAR- GAMBAR AKTIVITI

Pembahagian keluarga angkat

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewKonggo, Tangkak, Johor. Program ini terdiri daripada pelajar dari Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri dari tahun 1, 2, 3 dan 4 dan termasuk beberapa
Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewKonggo, Tangkak, Johor. Program ini terdiri daripada pelajar dari Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri dari tahun 1, 2, 3 dan 4 dan termasuk beberapa

Sukan rakyat bersama peserta UKM dan penduduk kampung

Aktiviti merewang bersama penduduk kampung

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewKonggo, Tangkak, Johor. Program ini terdiri daripada pelajar dari Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri dari tahun 1, 2, 3 dan 4 dan termasuk beberapa

Gotong- royong Perdana

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewKonggo, Tangkak, Johor. Program ini terdiri daripada pelajar dari Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri dari tahun 1, 2, 3 dan 4 dan termasuk beberapa

Keluarga angkat

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewKonggo, Tangkak, Johor. Program ini terdiri daripada pelajar dari Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri dari tahun 1, 2, 3 dan 4 dan termasuk beberapa

Antara objektif umum program ini ialah:

1. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi mahasiswa dengan masyarakat serta

menjalinkan kemesraan penduduk setempat dan secara tidak langsung dapat mengenali

gaya hidup serta kebudayaan masyarakat desa.

2. Meningkatkan kesedaran masyarakat setempat dan mahasiswa mengenai ilmu sebagai

penyumbang ke arah peningkatan taraf hidup, keluarga, masyarakat dan kemajuan negara.

3. Memantapkan sahsiah dan personaliti mahasiswa merangkumi nilai keagamaan, khidmat

kemasyarakatan dan kenegaraan.

4. Menyediakan wadah kepada mahasiswa untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari dan

menimba pengalaman dalam mengendalikan pameran dan promosi kesihatan

5. Mengukuhkan kerjasama antara kerajaan dan swasta bagi meningkatkan kualiti kesihatan

masyarakat dalam membentuk negara yang sihat dan sejahtera.

Sepanjang program Intai Desa di Kg. Sagil Parit 1 & Kg. Konggo, Tangkak, Johor, kami

menyasarkan beberapa objektif umum berkaitan dengan HC ini. Objektif pertama adalah

untuk mewujudkan struktur organisasi dan spesifikasi kerja bagi setiap lapisan jawatankuasa

yang terdiri daripada exco program, pameran, tugas-tugas khas, jamuan, protokol,

pengangkutan dan multimedia. Objektif kedua ialah untuk memimpin ahli-ahli dalam

melaksanakan bidang tugas masing-masing di mana ahli jawatankuasa bertugas di bawah

pimpinan exco yang telah ditetapkan. Objektif ketiga ialah memastikan setiap exco bergerak

sebagai satu pasukan dalam melaksanakan matlamat program demi memupuk semangat

berpasukan dalam ahli kumpulan. Selain itu, adalah untuk menanam semangat kerjasama

antara jawatankuasa induk dan exco-exco organisasi pengangkutan. Akhir sekali adalah untuk

menanam sikap tanggungjawab dalam mengalas amanah yang diberikan.