ifolio.ukm.my · web view’ekspo fessat xiii’ merupakan satu program tahunan bagi kolej tun...

21
KERTAS KERJA FESTIVAL SANJUNGAN SATRIA KALI KE-13 (FESSAT XIII) TARIKH 20-23 MAC 2014 TEMPAT DATARAN PANGGUNG SENI, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANJURAN KETUA EKSEKUTIF MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR KOLEJ TUN HUSSEIN ONN 1

Upload: phungkhuong

Post on 07-Mar-2019

232 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

FESTIVAL SANJUNGAN SATRIA KALI KE-13

(FESSAT XIII)

TARIKH

20-23 MAC 2014

TEMPAT

DATARAN PANGGUNG SENI, UNIVERSITI KEBANGSAAN

MALAYSIA

ANJURAN

KETUA EKSEKUTIF

MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR

KOLEJ TUN HUSSEIN ONN

TEMA

VARIASI WARNA-WARNI BELIA

1

Ekspo Festival Sanjungan Satria XIII20-23 Mac 2014

KERTAS KERJAEKSPO FESTIVAL SANJUNGAN SATRIA KALI KE-13

(FESSAT XIII)ANJURAN

KETUA EKSEKUTIFMAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)

KOLEJ TUN HUSSEIN ONNUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

’EKSPO FESSAT XIII’ merupakan satu program tahunan bagi Kolej Tun Hussein Onn yang melibatkan warga kolej, warga kampus UKM, masyarakat luar, alumni-alumni UKM serta agensi-agensi yang terlibat. Kertas kerja ini dibuat adalah untuk memohon pertimbangan serta bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar supaya program ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya.

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG

2.1 Pengenalan

Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) di bawah Sekretariat Ketua Eksekutif akan mengadakan satu program yang berunsurkan perpaduan dan kekeluargaan iaitu Ekspo FESSAT XIII. Program ini merupakan salah satu program tahunan yang diadakan pada setiap sesi malah ia merupakan satu program yang melibatkan warga Kolej Tun Hussein Onn, warga kampus UKM, masyarakat luar serta agensi kerajaan dan swasta. Program ini merupakan acara yang terpenting dan merupakan kemuncak bagi semua aktiviti MEP Kolej Tun Hussein Onn dan ia dapat dilihat sebagai satu langkah ke arah mengeratkan hubungan di antara penghuni kolej serta pihak pentadbir kolej dan pihak luar.

Selain itu, program ini juga bermatlamat untuk menyediakan dan melatih pelajar tentang pengalaman berorganisasi dan betapa pentingnya penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti kolej yang telah diadakan sepanjang sesi pengajian, selaras dengan dasar Universiti yang menekankan aspek Kompetensi Generik dan kokurikulum. Mereka juga telah didedahkan dengan struktur organisasi kolej yang sebenar agar mereka dapat mengenali dengan lebih dekat pentadbiran kolej dan dapat mematuhi segala peraturan yang ditetapkan agar segala pelaksanaan aktiviti dijalankan dengan lebih baik dan berkualiti untuk kepentingan semua pihak.

2

Ekspo Festival Sanjungan Satria XIII20-23 Mac 2014

Dalam usaha mencapai objektif program ini, pelbagai aktiviti telah diadakan di mana ianya melibatkan penyertaan daripada semua warga Kolej Tun Hussein Onn. Peserta telah bersama-sama berganding bahu mewujudkan semangat kerjasama tanpa mengira batasan kaum dan tahun pengajian terutamanya program-program yang melibatkan aktiviti berkumpulan.

Justeru itu, Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Tun Hussein Onn sesi 2013/2014 di bawah kendalian Ketua Eksekutif telah menyahut cabaran dan amanah ini dengan jayanya.

3.0 MISI

3.1 EKSPO FESSAT XIII merupakan sebuah program yang dirangka dengan objektif yang jelas dan tidak dapat dinafikan ia adalah sebuah program yang berpaksikan misi, visi universiti serta selari dengan aspirasi universiti dan negara.

3.2 EKSPO FESSAT XIII juga merupakan salah satu wasilah bagi mahasiswa dan mahasiswi dan melatih diri mereka dalam berdepan situasi serta senario masyarakat kini.

4.0 MATLAMAT

4.1 Program ini merupakan salah satu langkah ke arah mengeratkan hubungan di antara penghuni kolej serta pihak pentadbir kolej dan pihak luar.

4.2 Program ini juga bermatlamat untuk menyediakan dan melatih pelajar tentang pengalaman berorganisasi dan betapa pentingnya penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti kolej yang telah diadakan sepanjang sesi pengajian.

4.3 Para pelajar juga akan didedahkan dengan struktur organisasi kolej yang sebenar agar mereka dapat mengenali dengan lebih dekat pentadbir kolej dan dapat mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.

4.4 Menubuhkan tabung dana bagi membantu golongan yang miskin dan ditimpa musibah.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Mendapatkan sumbangan daripada pihak luar untuk menjayakan Ekspo FESSAT XIII melalui sumbangan modal dalam bentuk kewangan atau barangan. Program ini turut membuka peluang kepada syarikat-syarikat luar

3

Ekspo Festival Sanjungan Satria XIII20-23 Mac 2014

untuk melaksanakan tanggungjawab sosial kepada mahasiswa khususnya dan amnya kepada masyarakat..

5.2 Melahirkan usahawan muda yang mampu berdaya saing dalam arena tempatan mahupun global, dengan berpegang teguh pada dasar perniagaan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. usahawan muda yang mampu berdaya saing dalam arena tempatan mahupun global, dengan berpegang teguh pada dasar perniagaan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

5.3 Mempertingkatkan dan mengasah bakat kepimpinan mahasiswa menerusi penglibatan berorganisasi, serta melatih mahasiswa lebih proaktif dan mesra masyarakat.

5.4 Melahirkan insan berwawasan dalam bidang keusahawanan di samping memupuk kepimpinan belia IPTA menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan.

5.5 Mendapatkan idea-idea baru, transformasi kepakaran antara syarikat luar dengan sekretariat Ekspo FESSAT XIII.

5.6 Memupuk dan mengukuhkan hubungan silaturrahim yang harmonis serta kerjasama di kalangan penghuni kolej yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan pihak pentadbir kolej serta pihak luar yang terlibat dengan program ini.

6.0 TEMA

‘Variasi Warna-Warni Belia’

7.0 ANJURAN

Ketua Eksekutif Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Tun Hussein Onn Universiti Kebangsaan Malaysia

8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan diadakan pada :

Tarikh : 20-23 Mac 2014Masa : 9.00 am hingga 11.30 pm

4

Ekspo Festival Sanjungan Satria XIII20-23 Mac 2014

9.0 TEMPAT PROGRAM

Tempat yang dicadangkan ialah Dataran Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia.

10.0 PUBLISITI

10.1 Liputan: Publisiti akan dibuat di sekitar Kolej Tun Hussein Onn, Universiti Kebangsaan Malaysia, sekolah-sekolah berdekatan, di sekitar Bangi, Kajang dan lain-lain.

10.2 Strategi: Pengumuman melalui media sosial “Facebook” Billboard UKM (e-Hebahan) Flyers

11.0 CADANGAN PERASMI

Majlis Perasmian : Y.BHG. PROF.DATO’ IR. DR. OTHMAN A.KARIMTimbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM

12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Jumlah Urus setia = 30 orang Jumlah pengunjung 1000 orang Jumlah penggerai = 28 orang

13.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

14.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

5

Ekspo Festival Sanjungan Satria XIII20-23 Mac 2014

15.0 PERINCIAN PROGRAM

Rujuk Lampiran C

16.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran D

17.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat- menyurat, sila hubungi:

MOHD SOPIEE BIN SHIDDEQKetua PengarahEkspo Festival Sanjungan Satria Kali ke-13Kolej Tun Hussein OnnUniversiti Kebangsaan MalaysiaNo. Tel : 03 – 8921 3157 (Pejabat Kolej)/ 010 – 5648087 (mobile)Faks : 03 – 8921 3158Mel-e : [email protected]

6

Ekspo Festival Sanjungan Satria XIII20-23 Mac 2014

18.0 SYOR/PENUTUP

Dalam usaha mencapai objektif program, pelbagai aktiviti telah diadakan di mana ia melibatkan penyertaan daripada semua warga kolej dalam usaha untuk mewujudkan kerjasama dan perhubungan yang erat di bawah kendalian Ketua Eksekutif MEP. Diharapkan juga program ini berjalan dengan lancar dan jayanya tanpa menghadapi sebarang masalah yang akan membantutkan aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan. Semoga usaha yang dijalankan dapat meningkatkan semangat kerjasama dan muhibah di kalangan warga Kolej Tun Hussein Onn dengan pihak luar.

Disediakan oleh,

MOHD SOPIEE BIN SHIDDEQKetua PengarahEkspo Festival Sanjungan Satria Kali ke-13Kolej Tun Hussein Onn Universiti Kebangsaan MalaysiaNo. Tel: 03 – 8921 3157 (Pejabat Kolej)/ 010 –5648087(mobile)

7

Ekspo Festival Sanjungan Satria XIII20-23 Mac 2014

Disahkan oleh,

ABD RAHIM BIN MAT HASHIMFelo PenasihatEkspo Festival Sanjungan Satria Kali ke-13Kolej Tun Hussein Onn Universiti Kebangsaan MalaysiaNo Tel: 03 – 8921 3157 (Pejabat Kolej)

Diluluskan oleh,

LT. KOL PROF MADYA DATO’ DR. SAMSU ADABI BIN MAMATPengetuaKolej Tun Hussein Onn Universiti Kebangsaan MalaysiaNo Tel: 03 – 8921 3157 (Pejabat Kolej)

8

Ekspo Festival Sanjungan Satria XIII20-23 Mac 2014

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI EKSPO FESTIVAL SANJUNGAN SATRIA 2014

PenaungY. Bhg. Prof. Datuk. Dr.Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

PengerusiProf Datin Noor Aziah bt Mohd Awal

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM

PenyelarasTuan Haji Musa Zainal Abidin

Timbalan PendaftarJabatan Perkhidmatan Pelajar

PengetuaLt. Kol Prof Madya Dato' Dr. Samsu Adabi Mamat

Timbalan PengetuaPuan Zie Fazleen Hashim

Felo PenasihatPW1 Abd Rahim B. Mat Hashim

Ketua Pengarah Mohd Sopiee Bin Shiddeq / FPI(3) / A137605/ 0135502608

Timbalan Pengarah IAnis Amirah Bt Alim / FKAB(3) / A137913/ 0145181075

Timbalan Pengarah IIUmmul Atiqah Bt Sheik Dawood / FPI (2) / A142619 / 0172414538

SetiausahaSharannya Sundaramoorthy / FUU (1) / A 146425 / 0174427732

Timbalan SetiausahaNur Amalina Natasha Bt Rosli / FST (1) / A145565/ 0177758654

9

Ekspo Festival Sanjungan Satria XIII20-23 Mac 2014

BendahariPatina K.Micheal / FKAB (1) / A144074/ 0138449059

Pengarah Program : Muhammad Hanafi B Md MuidnudinFPI (1) / A144742 / 0177585722

Pengarah Protokol : Nurul Natasha Binti RiduanFEP (1) / A143507 / 0182620956

Pengarah Gerai Dan Jualan : Che Effah Liyana Binti OthmanFEP (1) / A143379 / 017-7436814

Pengarah Publisiti : Nur Qurrratu Aini Md ArrisFKAB (1) / A14394 / 0122610219

Pengarah Keselamatan : Hazman Bin HamzanFST (2) / A139496 / 0173272142

Pengarah Cenderamata : Nurul Izzah Binti ZubirFKAB (1) / A144179 / 0133202038

Pengarah Pemasaran : Abdul Kahar Bin HamzahFPI (1) / A144928 / 013 4853258

Pengarah Jamuan : Nur Saliimah Binti RodzuanFEP (1) / A143258 / 0135237244

Pengarah Teknikal : Gerry Dellsiouse JohnFTSM (1) / A146239 / 0198502051

Pengarah Tugas-Tugas Khas : Mohamad Zulfikar Bin Mohamad NoorFST (1) / A146313 / 0127133951

Pengarah Logistik : Ili Nadirah Binti Mohd RedzuanFST (1)/ A145524/ 0132665389

10

Ekspo Festival Sanjungan Satria XIII20-23 Mac 2014

LAMPIRAN B

TARIKH DAN

MASA

PERKARA TEMPAT

20 MAC 2014

9.00pm Pidato 1: Tema “Hilangnya Sang Mutiara” Dataran Panggung Seni

9.15pm Forum Interaktif “Hala Tuju Belia: Ke Manakah

Mereka?” Dataran Panggung Seni

10.30pm Pidato 2: Tema “Bangkit Mahasiswa,1 Tuntutan

Umat!”

Dataran Panggung Seni

21 MAC 2014

8.00 pm

Malam Perasmian

Ketibaan pengunjung dan penonton Dataran Panggung Seni

8.40 pm Ketibaan VVIP Dataran Panggung Seni

8.50 pm Nyanyian Lagu Negaraku dan Varsiti Kita

(kumpulan koir)

Bacaan doa

Ucapan Ketua Pengarah

Ucapan Pengetua

Ucapan Perasmi

Gimik perasmian

Persembahan palapes

Persembahan Teater

Penyerahan sijil penghargaan dan cenderamata

Dataran Panggung Seni

11.00 pm Majlis Bersurai Dataran Panggung Seni

22 MAC 2014

7.00am -Larian Amal Aka Explorace

-Karnival Sukan : Futsal

Trek

Padang UKM

9.00am Pertandingan Memasak dan Pertunjukan

Memasak Ponggal

Dataran Panggung Seni

11.00am -Pertandingan Raja Buah

-Trendy Show

-Pertandingan The Best PES Inter-Ukm

Dataran Panggung Seni

2.00pm Autoshow (Motosikal Dan Kereta) Dataran Panggung Seni

11

Ekspo Festival Sanjungan Satria XIII20-23 Mac 2014

3.00pm Pertandingan Mewarna Belanga Dan Tanglung Dataran Panggung Seni

8.00 pm

Malam warna - warni belia

Ketibaan pengunjung dan penonton

Dataran Panggung Seni

8.40 pm Ketibaan VVIP Dataran Panggung Seni

8.50 pm Persembahan kebudayaan (sajak, nyanyian, tarian

warna warni 1 Malaysia,puisi dalam lagu)

-Pertandingan Battles of The Bands

-Persembahan khas artis jemputan

- penyampaian hadiah

Dataran Panggung Seni

11.00 pm Majlis Bersurai Dataran Panggung Seni

23 MAC 2014

8.00am Hari Keluarga Peringkat Kolej Tun Hussien Onn

-Permainan sukan tradisional/ sukaneka antara 4

rumah sukan KTHO

Dataran Panggung Seni

12.00 pm Ketibaan pengetua

Lt Kol Prof Madya Dato’ Dr.Samsu Adabi Bin

Mamat

Dataran Panggung Seni

12.15 pm Bacaan Doa Dataran Panggung Seni

12.20 pm Ucapan pengetua Lt Kol Prof Madya Dato’

Dr.Samsu Adabi Bin Mamat

Dataran Panggung Seni

12.30 pm Penyampaian Hadiah Dataran Panggung Seni

1.30 pm Jamuan dan Majlis Bersurai Dataran Panggung Seni

12

Ekspo Festival Sanjungan Satria XIII20-23 Mac 2014

LAMPIRAN C

BIL AKTIVITI PERINCIAN CATATAN

1

Forum Interaktif

Tajuk : Hala Tuju Belia,Ke Manakah Mereka? Menjemput tokoh-tokoh belia untuk memberi motivasi

kepada para pelajar. Membicarakan peranan dan halatuju belia menurut 3

perspektif berbeza Melibatkan semua pelajar UKM, pelajar sekolah

menengah dan IPT sekitar Bangi, jemputan ke masjid sekitar Bangi dan jemputan umum

Cadangan moderator-Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan

Cadangan panel-Imam Muda Jabar-Ibrahim Mohd Hasan, Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)-Fatimah Syarha, penceramah bebas

Cadangan menjemput Astro untuk menyiarkan siaran

2

Pidato Membangun dan menggegarkan kembali semangat belia dan mahasiswa yang semakin pudar, juga sebagai persembahan selingan

Pidato 1-Tema: Hilangnya Sang Mutiara-Pemidato: Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, finalis Pencetus Ummah Astro Oasis

Pidato 2-Tema: Bangkit Mahasiswa, 1 Tuntutan Umat !-Pemidato: Ahmad Badrul Sani, Ketua Jurulatih Ampac Training/ Murabbi Adik-Adikku TV9

3

Perasmian pembukaan

Ucapan KP, Pengetua, Perasmi Gimik perasmian dan Tayangan video Persembahan Puisi Dalam Lagu Tempur Tanpa Senjata (TTS) daripada PALAPES UKM

4

Larian amal Penglibatan terbuka kepada semua warga UKM melalui jemputan kolej dan jemputan luar melalui sekolah, IPT, persatuan belia dll

Memberikan kecerdasan minda dan fizikal di samping menyumbang kepada Tabung ikut isu semasa.

Menggunakan track laluan sebelum ini5 Karnival sukan Futsal

13

Ekspo Festival Sanjungan Satria XIII20-23 Mac 2014

-Penyertaan terbuka kepada semua pelajar UKM, kumpulan futsal luar dan terbuka-Membawa konsep liga menggunakan 1 court

6

Memasak Pertandingan memasak-diurus oleh MEP Keusahawanan-membawa konsep MasterChef (masak guna tema)

Persembahan memasak ponggel-diurus oleh MEP IPK-membuat pertunjukan cara-cara memasak ponggel sehingga selesai

7

Raja Buah Bekerjasama dengan FAMA Dapatkan sumbangan daripada FAMA dan gunakan

buah yang disumbangkan untuk buat pertandingan Sediakan 3 jenis pertandingan:

-Makan paling banyak-Makan paling cepat-Hias buah tercantik

Terbuka kepada umum dalam mahupun luar UKM Juga buat Ekspo Durian

8

Trendy show Menampilkan konsep tutorial dan pengisian menghadiri interview

Diurus oleh MEP Siswi Terbuka kepada umum Cadangan penymampai slot: AVON, MarryKay Sediakan 3 slot:

-Make-up tutorial + simple muslimah fashion show-Confidence building-Walk-in interview

9The Best PES Penyertaan terbuka kepada pelajar UKM sahaja

Membawa konsep liga

10

Autoshow Kategori terbuka luar Pertandingan:

-motorsikal dan kereta berhias Terbuka kepada semua jenis motorsikal klasik,moden

dan kereta racing Pertunjukan aksi catchy kereta dan motor Menampilkan Fizo Omar dan Mawar

14

Ekspo Festival Sanjungan Satria XIII20-23 Mac 2014

11

Mewarna Belanga dan

Tanglung

Terbuka kepada pelajar UKM sahaja. Pemenang belanga akan diperagakan belanga nya di

“mana-mana” Pemenang tanglung akan dilepaskan pada malamnya

12

Malam warna warni

Tema: Warna Warni Belia Menampilkan persembahan daripada artis KTHO

-nyanyian, tarian, sajak, teater, Puisi Dalam Lagu, Persembahan Tarian Warna Warni 1 Malaysia

Tujuan adalah untuk memeriahkan suasana program dan menunjukkan bakat masing-masing.

Persembahan kemuncak nasyid oleh artis nasyid jemputan luar:-Hafiz Hamidun-Mawi feat AC Mizal

Pertandingan Raja Lawak versi UKM, terbuka kepada umum (di antara 1 persembahan)

Pesta tanglung sepanjang persembahan (diurus oleh MEP IPK)

Mini uptown

13

Hari Keluarga Terbuka kepada semua warga KTHO Diurus oleh MEP Sukan Jenis sukan adalah sukan rakyat dan sebagainya Tujuan adalah untuk mengeratkan hubungan

silaturrahim antara semua warga KTHO.

14Majlis penutup Ucapan pengetua

Penyampaian hadiah Jamuan makan

15

Ekspo Festival Sanjungan Satria XIII20-23 Mac 2014

LAMPIRAN D

ANGGARAN BELANJAWAN

A. ANGGARAN PENDAPATAN:BIL PERKARA RM

1.

2.

Sumbangan JPPel Yayasan PERMATA PINTAR

Jualan

Pra FESSAT XI

o Minggu Keusahawanan UKM- Sewa tapak gerai

(RM 250.00 x 30)

FESSAT XIo Sewa kanopi

- Sewa Tapak (RM 800 x 20 buah)

RM 400.00RM 10000.00

RM 21715.00

RM 16000.00

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 49115.00

16

Ekspo Festival Sanjungan Satria XIII20-23 Mac 2014

B. ANGGARAN PERBELANJAAN:BIL PERKARA RM

1.

2.

3.

4.

5.

6.

Publisiti

o Kain Rentang (RM10 x 5 unit)o Poster (RM5 x 200 unit)o Flyer (RM0.10 x 200 unit)o Banner (RM50 x 3 unit)o Banting (RM35 x 30 unit)o Paper Printing (RM0.20 x 150)o Alatan pemasangan

Teknikal dan Logistik

o Printingo Tambang/Petrolo Kanopio Backdropo PA Lighting system

Program

o Bayaran Juri (RM100 x 30 unit)o Forum (RM1000 x 3 unit)

Gerai dan Jualan

o Plastik sampaho Petrolo Kertaso Printo Lain- lain

Pemasaran

o Kad tambah nilai telefon/ I-talko Kertaso Print dan fakso Petrolo Lain-lain

Protokol

RM 50.00RM 1000.00RM 20.00RM 150.00RM 1050.00RM 30.00RM 30.00

RM 20.00RM 50.00RM 7000.00RM 800.00RM 9000.00

RM 3000.00RM 3000.00

RM 10.00RM 100.00RM 15.00RM 100.00RM 40.00

RM 200.00RM 20.00RM 100.00RM 50.00RM 60.00

17

Ekspo Festival Sanjungan Satria XIII20-23 Mac 2014

7.

8.

9.

o Gimik Perasmiano Kad Jemputano Pampleto Persembahan

Tugas- tugas khas

o Kad tambah nilai telefon/ I-talko Petrolo Lain- lain

Cenderamata

o Plak untuk perasmi(Rm 75 x 2)o Cenderamata Juri ( RM 50 x 20)o Hamper (Johan : RM 50 x 6 )o Hamper (Naib Johan : RM 40 x 2)o Hamper (Ke-3: RM 30 x 2)o Goodie Bag (Rm 20 x 25)o Futsal (RM 20 x 15)o Sijil (RM 2 x 200)o Baju Larian Amal (RM 15 x 200)o Wang Larian Amal

Jamuano Catering

PRA- FESSAT :o Di Pusanika : Bahagian Keselamatan dan

Kawalan- Latihan Peserta

FESSAT :o Majlis Perasmian dan Majlis Penutupano Ahli Jawatankuasa ( RM 5.00 x 100 unit x

5 hari )o Peserta (RM5.00x300 unit )

RM 1000.00RM 150.00RM 50.00RM 5000.00

RM 80.00RM 100.00RM 40.00

RM 150.00RM 1000.00RM 300.00RM 80.00RM 60.00RM 500.00RM 300.00RM 400.00RM 3000.00RM 1000.00

RM 1000.00

RM 5000.00

RM 2500.00

RM 1500.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM 49115.00

18

Ekspo Festival Sanjungan Satria XIII20-23 Mac 2014

19