panitiabmsmkcj.files.wordpress.com · web viewdengan ini, majlis mempersilakan semua guru untuk...

8
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SMK CHERAS JAYA ATUR CARA 7.30 pagi - Guru berkumpul di lobi 8.00 pagi - Perarakan guru ke tapak perhimpunan - Bacaan doa - Penyampaian cenderamata kepada semua ahli KGK oleh pengawas dan pelajar-pelajar - Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah - Ucapan Ketua Pelajar - Ucapan Pengerusi KGK - Ucapan Pengetua - Ikrar guru dan lagu ‘Kami Guru Malaysia’ - Penyampaian cenderamata kepada Guru Tingkatan oleh Ketua Tingkatan - Bacaan Biodata dan ucapan Puan Sharifah Noraini Wan Hassan - Penyampaian cenderamata kepada Puan Syarifah Noraini Wan Hassan - Acara memotong kek 9.30 – 10.00 - Rehat 10.00 – 11.00 - Sukaneka oleh semua ahli KGK 1

Upload: letram

Post on 07-Aug-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TEKS PENGACARA MAJLISSAMBUTAN HARI GURU SMK CHERAS JAYA

ATUR CARA

7.30 pagi - Guru berkumpul di lobi

8.00 pagi - Perarakan guru ke tapak perhimpunan

- Bacaan doa

- Penyampaian cenderamata kepada semua ahli KGK oleh pengawas dan pelajar-pelajar

- Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah

- Ucapan Ketua Pelajar

- Ucapan Pengerusi KGK

- Ucapan Pengetua

- Ikrar guru dan lagu ‘Kami Guru Malaysia’

- Penyampaian cenderamata kepada Guru Tingkatan oleh Ketua Tingkatan

- Bacaan Biodata dan ucapan Puan Sharifah Noraini Wan Hassan

- Penyampaian cenderamata kepada Puan Syarifah Noraini Wan Hassan

- Acara memotong kek

9.30 – 10.00 - Rehat

10.00 – 11.00 - Sukaneka oleh semua ahli KGK

11.00 – 12.20 - Persembahan guru dan pelajar sempena Hari Guru dan Persaraan

Pn. Sharifah Noraini Wan Hassan

12.30 tgh - Majlis Send off Pn. Sharifah Noraini

- Pelajar Bersurai

Jamuan Hari Guru di kantin sekolah

1

Mengumumkan........perarakan masuk guru-guru SMK Cheras Jaya ke Dataran IntegrasiPara pelajar diminta memberikan tepukan yang bergemuruh kepada barisan guru kita yang dikasihi.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Bunga tanjung di tengah pekan,Tiupan bayu mencelah suria,Kalimah nan agung saya mulakan,Salam sejahtera menambah ceria.

Yang berusaha,Puan Rozita Binti Ahmad - bonda pengetua SMKCJ yang amat dikasihi,Yang dihormati,Tuan Hj Azman Bin Idris - Yang Dipertua PIBG (jika ada)Puan Sofia Nor Binti Molhit - Penolong Kanan SMKCJEncik Othman Bin Omar - Penolong Kanan HEM Puan Anita Mazlina Binti Azman Arash - Penolong Kanan KokurikulumEncik Termizi Mohd Tahir - Penolong Kanan PetangBarisan Guru Kanan Mata PelajaranGuru-guru CemerlangYang diraikanPuan Sharifah Noraini Binti Wan HassanGuru-guruKakitangan sekolah

2

Dan seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian

Hadirin sekalian, 16 Mei, tarikh keramat sambutan Hari Guru di seluruh negara telah berlalu meninggalkan kita. Menyedari hakikat bahawa tiada guru, tiadalah murid, tiada murid maka tiadalah guru, maka pada hari ini kita berkumpul untuk menjayakan Hari Guru dengan cara kita. Ikan merah dijual di pekan,Syukur gembira dapat sebaldi,Cuaca cerah turut mengizinkan,Pohonlah doa ke hadrat Ilahi.

Bagi memberkati majlis ini, dijemput Muhammad Adam Fauzi untuk memimpin bacaan doa.Dipersilakan...

Amin amin ya rabbal alamin. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis ini akan berjalan dengan lancar.

Acara diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti oleh lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.Hadirin diminta berdiri dan menyanyi dengan penuh semangat sebagai lambang kecintaan kita kepada sekolah dan negara.

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Ketua Pengawas SMKCJ, iaitu Muhammad Danial Bin Asni. Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Demikianlah tadi ucapan yang disampaikan oleh Ketua Pelajar SMKCJ.Acara diteruskan lagi dengan ucapan oleh Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan (KGK)Dipersilakan al-fazil Ustaz Ab. Razak Bin Hussin selaku Pengerusi KGK untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Mekar melati diapit kejora,Kuntuman tersemat, jadi pamitan,Tersentuh hati mendengar bicara,Ungkapan azimat jadi ingatan,

3

Tidak lengkap rasanya majlis ini tanpa mendengar amanat dan ungkapan keramat daripada Bonda Pengetua kita yang dikasihi. Dengan ini dipersilakan Puan Rozita Binti Ahmad, Pengetua SMK Cheras Jaya untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan....

Tumbuh selirat bunga melati,Mari direnjis dalam jambangan,Ucapan tersirat seribu erti,Semoga majls menjadi kenangan.

Semoga para guru akan terus berjuang mendidik kami dengan tekun dan sabar menghadapi karenah kami. Terimalah kami dengan seadanya dan usahlah dibandingkan dengan murid-murid yang bersekolah di sekolah yang bertaraf dunia.

Hadirin yang dihormati sekalian, sambutan Hari Guru tidak akan lengkap tanpa mendengar laungan Ikrar Guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia. Dengan ini, majlis mempersilakan semua guru untuk bersama-sama naik ke atas pentas bagi menyampaikan Ikrar dan menyanyikan lagu Guru Malaysia yang akan diketuai oleh Pengerusi KGK, Ustaz Ab. Razak bin Hussein.

Menghilau laksana pokok kiambangDi dalam kali tumbuh melata,Setahun sekali nyanyian berkumandang,Berbakat sekali guru-guru kita.

Guru,Hadirmu sentiasa dinanti,Sejak kecil kami diajar ABC,Pelbagai ilmu kami pelajari,Pelbagai bahasa kami kuasai,Dunia sains diterokai, sejarah dikaji digali,Kira mengira tak perlu lagi menggunakan jari..

Bidang teknikal tidak ketinggalan,ICT pula melengkap pengetahuanDisusul oleh pelbagai kemahiranMelukis mewarna indah lakaran,

Agama dan akhlak paling ditutamakan,Kami mengenal adab dan sopan,Buat bekalan di masa depan.

Bagi menghargai jasa para guru sekalian, dipersilakan ketua-ketua Tingkatan untuk menyampaikan cenderamata kepada guru tingkatan masing-masing.

4

Dengan ini, diminta semua guru tingkatan Satu hingga Lima bangun untuk memudahkan Ketua Tingkatan menyampaikan cenderamata.

Indah selendang kebaya nyonya,Sekali imbas puteri kayangan,Usah dipandang pada harganya,Ingatan ikhlas tanda kenangan.

Hadirin sekalian,Pada hari ini juga, SMKCJ akan mengucapkan selamat berangkat kepada salah seorang guru yang akan menamatkan perkhidmatannya. Beliau ialah Puan Hajah Syarifah Noraini Binti Wan Hassan.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Puan Kaladevi a/p Arumugam untuk membacakan biodata Puan Hajah Syarifah Noraini Binti Wan Hassan.Dipersilakan..

Sekarang dipersilakan dengan segala hormat dan takzimnya, Puan Hajah Sharifah Noraini Wan Hassan untuk menyampaikan amanat dan pesanannya yang terakhir sebelum meninggalkan kita semua.

Tuai padi antara masak,Esok jangan layu-layuan,Intailah kami sementara nampak,Esok jangan rindu-rinduan.

Batang selasih permainan budak,Mari ditambat di hujung titi,Bercerai kasih bukannya talak,Kerana tamat tempoh berbakti.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada Puan Hajah Syarifah Noraini Binti Wan Hassan.

Dipersilakan Puan Nor Anin Ali untuk mengiringi Puan Rozita Binti Ahmad bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah..

Dipersilakan wakil KGK, Ustaz Ab Razak HussinDipersilakan wakil Anjung Wacana / UBK/ PSS, Pn. Foo Lai FongDipersilakan wakil Unit Kokurikulum, Pn. Salwani.Dipersilakan wakil Unit HEM, Encik KumaranHadirin yang dihormati sekalian,

Orang berbudi kita berbahasa,Orang memberi kita merasa.

5

Sekarang dipersilakan Puan Hajah Syarifah Noraini untuk menyampaikan cenderamata kepada guru-guru SMKCJ yang telah bersama-sama mengharungi detik suka dan duka di sini. Dengan ini dipersilakan Puan Rozita Ahmad untuk menerima cenderamata bagi mewakili guru-guru SMKCJ.

Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan Acara Memotong Kek yang berupa kek hari jadi dan juga kek untuk sambutan hari guru. Sesungguhnya, inilah simbolik untuk melambangkan kerjasama saling memberi dan menerima, susah dan senang sama dirasa. Kek juga lambang kemanisan dan keindahan hidup bermasyarakat.

Dipersilakan Puan Rozita Binti Ahmad dan Puan Hajah Syarifah Noraini untuk memotong kek.

Demikianlah tadi selesai sudah majlis perasmian sambutan hari guru. Seterusnya saya serahkan majlis ini kepada guru yang bertugas untuk pengumuman yang berikutnya.

Kalau ada jarum yang patah,Jangan disimpan di bawah saji,Kalau ada silap dan salah,Jangan dikutuk diumpat keji.

Pohon kuini dahannya patah,Di situ tempat bermain kenari,Sampai di sini kata bernoktah,Izinkan saya mengundur diri.

Sekian, wassalamualaikum wbt.

6