afiqekie.files.wordpress.com · web viewbahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga...

33
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK 11 LATIHAN SEBUTAN DAN PENYUKUAN SEBUTAN 11.1 Sinopsis Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami peranan organ artikulasi dalam menghasilkan aliran udara dan seterusnya melahirkan bunyi bahasa yang membawa makna. Dalam penghasilan bunyi ini, semua organ memainkan peranan masing- masing. Para pelajar juga akan mempelajari penggolongan dan penghasilan bunyi bahasa serta mengetahui cara-cara menghasilkan bunyi bahasa. 11.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: i. menyatakan sifat-sifat bunyi vokal; ii. mengenal pasti vokal, diftong dan konsonan; dan iii. menerangkan bagaimana vokal dan konsonan diujarkan. 11.3 Vokal Bunyi vokal ialah bunyi yang dihasilkan tanpa halangan, sekatan, ataupun sisian pada arus udara yang dikeluarkan dari paru-paru. Sifat-sifat bunyi vokal adalah; i. vokal adalah bunyi oral, tetapi ada yang dinasalkan; ii. vokal adalah bunyi bersuara; iii. untuk menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral tanpa sekatan; dan 1

Upload: ngothuy

Post on 13-Mar-2019

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewBahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

TAJUK 11 LATIHAN SEBUTAN DAN PENYUKUAN SEBUTAN

11.1 Sinopsis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami peranan

organ artikulasi dalam menghasilkan aliran udara dan seterusnya melahirkan bunyi

bahasa yang membawa makna. Dalam penghasilan bunyi ini, semua organ memainkan

peranan masing-masing. Para pelajar juga akan mempelajari penggolongan dan

penghasilan bunyi bahasa serta mengetahui cara-cara menghasilkan bunyi bahasa.

11.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. menyatakan sifat-sifat bunyi vokal;

ii. mengenal pasti vokal, diftong dan konsonan; dan

iii. menerangkan bagaimana vokal dan konsonan diujarkan.

11.3 Vokal

Bunyi vokal ialah bunyi yang dihasilkan tanpa halangan, sekatan, ataupun sisian pada

arus udara yang dikeluarkan dari paru-paru. Sifat-sifat bunyi vokal adalah;

i. vokal adalah bunyi oral, tetapi ada yang dinasalkan;

ii. vokal adalah bunyi bersuara;

iii. untuk menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral tanpa sekatan; dan

iv. sifat vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir.

Terdapat lapan bunyi vokal, iaitu enam vokal asli bahasa Melayu dan dua vokal

pinjaman. Vokal-vokal asli ialah [a, e, i, o, u]. Vokal-vokal pinjaman pula ialah [ɛ, ᴐ].

Kelapan-lapan vokal ini ditunjukkan dalam Rajah 11.1 di bawah. Bahagian depan,

tengah dan belakang pada rajah menunjukkan bahagian lidah yang berperanan ketika

menghasilkan bunyi-bunyi vokal.

1

Page 2: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewBahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah 11.1: Kedudukan bunyi vokal dalam Bahasa Melayu

Semasa bunyi vokal dihasilkan;

i. berlaku getaran pada pita suara;

ii. anak tekak dinaikkan;

iii. udara yang keluar dari paru-paru tanpa sebarang halangan atau sekatan, malahan

keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut;

iv. bentuk bibir boleh berkeadaan bundar atau leper.

11.3.1 Vokal Hadapan

Semasa kita menyebut bunyi akhir dalam kata beli, depan lidah dinaikkan tinggi dalam

mulut. Antara depan lidah dan lelangit keras terdapat saluran sempit untuk udara

keluar. Huruf akhir pada perkataan beli, dilambangkan [ i ]. Lambang ini [ i ] ialah

lambang fonetik. Manakala bunyi [ e ] pada perkataan elok, saluran udaranya lebih

luas kerana depan lidah dinaikkan tidak setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan

vokal [ i ].

Selepas anda membunyikan vokal [ i ], pegang tulang rahang dan sebut bunyi [ a ]. Anda akan dapat merasakan bahawa tulang rahang turun. Saluran udara menjadi luas

kerana depan lidah juga diturunkan. Jadi bunyi [ a ] adalah bunyi vokal hadapan luas.

2

Page 3: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewBahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

a. Vokal Hadapan Sempit [ i ]

Untuk menghasilkan vokal ini, hadapan lidah dinaikkan tinggi tetapi tidak menyentuh

lelangit keras, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung.

Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa

sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Pita

suara dirapatkan supaya udara yang keluar dapat menggetarkan selaput suara. Bibir

berada dalam keadaan terhampar.

Cuba anda sebut perkataan-perkataan berikut;

Awal kata Tengah Kata Akhir Kata[ikan] [lipat] [gali]

[ikat] [lihat] [sari]

[ipar] [bila] [cari]

Rajah 11.2: Pengujaran vokal depan sempit [ i ]

b. Vokal Hadapan Separuh Sempit [ e ]

Vokal ini terletak di tengah bahagian hadapan mulut. Kalau kita menyebut vokal [ e ],

bahagian depan lidah diturunkan satu pertiga daripada kedudukan vokal [ i ]. Untuk

menyebutnya, hadapan lidah dinaikkan tetapi lebih rendah daripada bunyi vokal [ i ].

Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara

3

Page 4: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewBahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sekatan. Pita suara akan

bergetar. Lihat Rajah 11.2 di atas. Cuba anda sebut perkataan-perkataan berikut;

Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata[ eloʔ ] [ laher ] [ kole ]

[ esa ] [ merah ] [ sate ]

[ elaʔ ] [ sepaʔ ]

c. Vokal Hadapan Separuh Luas [ ɛ ]

Bahagian depan lidah diturunkan sepertiga daripada kedudukan vokal semasa

melafazkan bunyi [ e ]. Lelangit lembut pula terangkat rapat ke belakang tekak dan

menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut dan pita suara bergetar.

Semasa bunyi dilafazkan kedudukan bibir dalam keadaan terhampar.

Rajah 11.3: Vokal Depan Separuh Luas

d. Vokal Hadapan Luas [ a ]

Vokal ini dihasilkan dengan menurunkan hadapan lidah serendah-rendahnya. Lelangit

lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Pita

suara bergetar. Vokal ini paling banyak terdapat dalam Bahasa Melayu. (rujuk Rajah

11.4)

4

Page 5: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewBahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah 11.4: Vokal Hadapan Luas [ a ]

Cuba anda sebut perkataan-perkataan berikut;

Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata[ alaƞ ] [ măkan ] [ lala ]

[ ali ] [ saraƞ ] [ papa ]

11.3.2 Vokal Belakang

Vokal belakang dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah ke lelangit lembut.

Kemudian belakang lidah diturunkan satu pertiga ke bawah di bahagian belakang lidah

seperti dalam menghasilkan bunyi vokal depan. Udara keluar dari paru-paru melalui

rongga mulut tanpa sekatan. Pita suara bergetar. Bibir dibundarkan semasa

menghasilkan bunyi ini.

a. Vokal Belakang Sempit [ u ]

Bahagian belakang lidah diangkat tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak

menyentuhnya. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan pita suara bergetar. Bibir

berada dalam keadaan bundar. (rujuk Rajah 11.5)

5

Page 6: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewBahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah 11.5: Vokal Belakang Sempit [ u ]Contoh;

Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata[ upah ] [ sulam] [ buku ]

[ ubah ] [ luka ] [ dulu ]

b. Vokal Belakang Separuh Sempit [ o ]

Vokal ini dihasilkan dengan belakang lidah diturunkan sedikit daripada titik yang paling

tinggi semasa melafazkan bunyi [u]. Belakang lidah dinaikkan separuh sempit ke arah

lelangit lembut, sementara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup

rongga hidung sementara pita suara digetarkan. (lihat Rajah 11.6)

Rajah 11.6: Vokal Belakang Separuh Sempit [o]

6

Page 7: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewBahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Contoh:

Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata[ oleh ] [ sogoʔ ] [ solo ]

c. Vokal Belakang Separuh Luas [ ᴐ ]

Untuk menghasilkan bunyi vokal ini, belakang lidah dinaikkan separuh luas ke arah

lelangit lembut. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup

rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.

Semasa bunyi ini dilafazkan, bibir berada dalam keadaan bundar.

Contoh:

Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata[ ᴐraƞ] [ tᴐlak] [ bᴐlᴐt ]

d. Vokal Tengah [ ə ]

Vokal tengah dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di bahagian bawah

rongga mulut. Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut

berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak

untuk menutup rongga hidung. Udara keluar daripada paru-paru tanpa sekatan. Pita

suara bergetar.

Rajah 11.7: Vokal Tengah

7

Page 8: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewBahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Contoh:

Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata[ əmaʔ ] [ səmaʔ ]

11.4 Bunyi Konsonan

Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang apabila dikeluarkan, bunyi-bunyi ini menerima

sekatan, sempitan dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung.

Bunyi konsonan terhasil apabila berlakunya sekatan udara yang mengalir dalam saluran

suara. Bunyi-bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Rujuk

Rajah 11.8 untuk melihat cara-cara menghasilkan bunyi-bunyi konsonan bahasa

Melayu.

Rajah 11.8: Konsonan Bahasa Melayu

Dalam Bahasa Melayu, konsonan terbahagi kepada konsonan asli dan pinjaman.

Konsonan asli terdiri daripada bunyi-bunyi letupan, letusan, sengauan, geseran, sisian,

getaran dan bunyi separuh vokal.

8

Page 9: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewBahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

11.4.1 Konsonan Letupan (Plosif)

Konsonan letupan dihasilkan dengan merapatkan alat sebutan kepada mana-mana

daerah sebutan.. Udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga mulut akan tersekat.

Apabila udara yang tersekat ini dilepaskan dengan serta merta maka terhasillah bunyi

letupan. Bunyi letupan akan berubah-ubah apabila daerah dan alat sebutannya diubah.

a. Letupan bibir [ p ], [ b ]Letupan bibir dihasilkan dengan merapatkan bibir nbawah ke bibir atas dan lelangit

lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru akan tersekat dan

dilepaskan serta-merta. Apabila letupan itu dilakukan dengan pita suara tak bergetar

maka bunyi yang dihasilkan adalah letupan bibir tak bersuara [ p ]. Contoh, [ parah ],

[ rupa ]. Apabila pita suara bergetar maka bunyi yang dihasilkan ialah letupan bibir

bersuara [ b ]. Contoh, [ baru ], [ biru ], [ habuk ]

Rajah 11.9: Konsonan letupan bibir [p] dan [b]

b. Letupan gusi [ t ], [ d ]Bunyi konsonan letupan gusi dihasilkan dengan hujung lidah dirapatkan ke gusi atas.

Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara yang tertahan dalam

rongga mulut dilepaskan serta-merta pada bahagian hujung lidah dan gusi.Jika pita

suara bergetar maka bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi bersuara [ d ]. Contoh,

[ dada ], [ nada ], [ tidur ]. Jika pita suara tidak bergetar, maka bunyi yang dihasilkan

ialah letupan gusi tak bersuara [ t ]. Contoh, [ tanah ], [ mata ]

9

Page 10: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewBahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah 11.10: Konsonan letupan gusi [t] dan [d]

c. Letupan lelangit lembut [ k ], [ g ] Letupan lelangit lembut dihasilkan apabila belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut.

Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara yang tertahan

dilepaskan dengan serta-merta pada bahagian belakang lidah dan lelangit lembut. Bunyi

suara yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut [ k ] tak bersuara di mana pita suara

tidak bergetar. Contoh, [ kaki ], [ laku ], [ saku ]. Apabila pita suara bergetar maka bunyi

suara yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut [ g ] bersuara. Contoh, [ gaya ],

[ pagar ], [ segar ]

Rajah 11.11: Konsonan letupan lelangit lembut [k] dan [g]

d. Letupan pita suara/hentian glotis [ ʔ ]Hentian glotis terhasil dengan cara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding

rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung. Udara kemudian

10

Page 11: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewBahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

terhalang, iaitu disekat dan dilepaskan serta-merta pada bahagian pita suara. Pita suara

tidak bergetar. Maka terhasillah [ ʔ ]. Contoh, [ pokoʔ ], [ keadaʔan ]

11.4.2 Konsonan Letusan (Afrikat)Bunyi letusan dihasilkan dengan merapatkan alat artikulasi sehingga udara tersekat.

Lelangit lembut dinaikkan untuk menutupi rongga hidung. Udara kemudiannya

terhalang, iaitu disekat dan dilepaskan perlahan-lahan pada bahagian lelangit keras.

Maka terhasillah fonem [ č ] di mana pita suara tidak bergetar. Contoh, [ čawan ],

[ bača ]. Apabila pita suara bergetar, bunyi suara yang dihasilkan ialah konsonan letusan

lelangit keras bersuara [ ǰ ]. Contoh, [ ǰalan ], [ baǰa ]

Rajah 11.12: Konsonan letusan [ č ] dan [ ǰ ]

11.4.3 Konsonan Sengauan (Nasal)Dalam Bahasa Melayu terdapat empat bunyi nasal. Bunyi nasal berlaku apabila alat

artikulasi dirapatkan kepada daerah artikulasi. Lelangit lembut diturunkan untuk

membuka rongga hidung. Udara keluar dari paru-paru melalui rongga hidung dan

rongga mulut. Pita suara akan bergetar.

a. Konsonan sengauan dua bibir bersuara [ m ]Udara dari paru-paru dipam ke pita suara. Lelangit lembut diturunkan untuk membuka

rongga hidung. Udara terhalang pada bahagian dua bibir, kemudian keluar melalui

rongga hidung dan rongga mulut, maka terhasillah fonem [ m ]. Contoh perkataan

[ mălu ], [ amăn ]. (rujuk Rajah 11.13)

11

Page 12: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewBahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah 11.13: Konsonan Sengauan [m]

b. Konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [ n ]Bunyi terhasil apabila udara terhalang pada bahagian hujung lidah dan gusi kemudian

keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut. Apabila udara tiba di rongga tekak,

lelangit lembut diturunkan untuk membuka rongga hidung. Bunyi yang dihasilkan ialah

konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [ n ]. Contoh perkataan ialah, [ năsiʔ], [ nănăs ].

(rujuk Rajah 11.14)

Rajah 11.14: Konsonan Sengauan [n]

12

Page 13: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewBahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

c. Konsonan sengauan lelangit keras [ ɲ ]Bunyi konsonan ini dihasilkan apabila udara yang terhalang pada bahagian depan lidah

dan lelangit keras, kemudian keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut. Bunyi

suara yang dihasilkan ialah fonem [ ɲ ]. Contoh perkataan ialah, [ ɲala ], [ baɲak ]. (rujuk

Rajah 11.15)

Rajah 11.15: Konsonan sengauan [ ɲ ]

d. Konsonan sengauan lelangit lembut bersuara [ ŋ ]Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Udara terhalang pada bahagian belakang

lidah dan lelangit lembut, kemudian keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut. Pita

suara akan bergetar. Bunyi suara yang dihasilkan ialah [ ŋ ]. Contoh perkataan ialah,

[ ŋaŋa ], [ mɛŋail ]. (rujuk Rajah 11.16)

Rajah 11.16: Konsonan sengauan [ ŋ ]

13

Page 14: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewBahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

11.4.4 Konsonan Geseran (Frikatif)Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan rongga aliran udara sewaktu melalui

rongga mulut. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan udara hanya

keluar melalui rongga mulut.

a. Geseran gigi-gusi tak bersuara [ s ]Bunyi dihasilkan apabila udara yang keluar dari paru-paru bergeser pada sempitan lidah

dan gusi. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga

tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Arus

udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara maka terhasillah bunyi gusi

tak bersuara [ s ]. Contoh perkataan ialah, [ salah ], [ măsa ], [ bas ]. (rujuk Rajah 11.17)

Rajah 11.17: Konsonan Geseran [ s ]

b. Geseran glotis tak bersuara [ h ]Bunyi dihasilkan apabila udara keluar melalui pita suara yang renggang tanpa halangan.

Glotis terbuka luas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang tekak. Bunyi

suara yang dihasilkan ialah [ h ], geseran glotis tak bersuara. Contoh perkataan ialah,

[ hawa ], [ măha ] (rujuk Rajah 11.18)

14

Page 15: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewBahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah 11.18: Konsonan Geseran [ h ]

11.2.5 Konsonan Getaran (Tril)Bunyi dihasilkan apabila udara dari paru-paru ditekan keluar melalui rongga mulut

hingga menggetarkan lidah pada bahagian gigi-gusi. Lelangit lembut dinaikkan untuk

menutup rongga hidung. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi getaran gusi bersuara [ r ].

(rujuk Rajah 11.19)

Rajah 11.19: Konsonan Getaran [ r ]

11.2.6 Konsonan Sisian (Lateral)Udara dikeluarkan melalui rongga mulut terhalang dan keluar melalui kedua-dua belah

kiri dan kanan lidah. Hujung lidah dinaikkan ke bahagian gusi. Pita suara bergetar. Bunyi

15

Page 16: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewBahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

yang dihasilkan ialah [ l ]. Contoh perkataan ialah, [ lari ], [ sila ], [ selamat ]. (rujuk Rajah

11.20)

Rajah 11.20: Konsonan Sisian [ l ]

11.2.7 Konsonan Separuh Vokal Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal, kedudukan lidah dan ruang udara di dalam

mulut sama kedudukannya seperti ketika menyebut bunyi vokal. Ujaran dilakukan

separuh jalan sahaja.

a. Konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [ w ]Bibir dan belakang lidah seperti untuk membunyikan [ u ], kemudian berlaku geluncuran.

Bunyi yang dihasilkan ialah separuh vokal dua bibir bersuara [ w ]. Contoh perkataan

ialah, [ wayaŋ], [ waŋ ]. (rujuk Rajah 11.21)

Rajah 11.21: Konsonan Separuh Vokal [ w ]

16

Page 17: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewBahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

b. Konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [ y ]Kedudukan lidah pada peringkat awal adalah seperti untuk membunyikan [i], kemudian

bergerak kepada kedudukan vokal yang lain. Bunyi ini ialah separuh vokal lelangit keras

bersuara [ y ]

11.5 DiftongDiftong ialah bunyi yang terdapat geluncuran semasa menyebutnya. Diftong

dilambangkan oleh dua huruf vokal yang membentuk satu suku kata. Semasa bunyi

diftong dihasilkan, berlaku getaran pada pita suara. Dalam Bahasa Melayu, terdapat tiga

bentuk diftong, iaitu [ai], [au] dan [oi]. Bunyi diftong dihasilkan apabil sebuah vokal

menggeluncur dan bergabung dengan sebuah vokal lain. Ini dapat dilihat dalam diftong

[ai].

Bunyi vokal dimulai dengan cara penghasilan vokal depan luas [a], kemudian berlaku

geluncuran ke arah bunyi vokal depan sempit [i]. Contoh perkataan ialah, [ rumpai ],

[ sampai ], [salai]. Diftong [au] pula dihasilkan apabila vokal depan luas [a]

menggeluncur ke arah bunyi vokal belakang sempit [u] iaitu bibir berada dalam keadaan

bundar dan lidah berada di belakang. Contoh perkataan ialah, [ panau ], [ surau ],

[ pulau ]. Pengujaran diftong [oi] dimulai dengan cara penghasilan vokal belakang

separuh sempit [o], kemudian berlaku geluncuran ke arah bunyi vokal depan sempit [i].

Bibir berkeadaan leper dan lidah berada di hadapan dan bukaan mulut separuh sempit.

Contoh perkataan ialah, [ dodoi ], [ boikot ].

17

Aktiviti 1 Bagaimana bunyi diklasifikasikan sebagai vokal dan konsonan?Dalam kumpulan, bincang dan buat deskripsi konsonan letupan dan letusan. Nyatakan perbezaan kedua-dua konsonan ini.Apakah fungsi getaran pita suara dalam menghasilkan bunyi konsonan.

Page 18: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewBahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Aktiviti 2

Setelah anda membaca dan memahami keterangan yang berkaitan dengan penghasilan bunyi

konsonan. Cuba lengkapkan jadual di bawah dengan memberikan contoh perkataan yang

menunjukkan penyebarannya dengan menggunakan transkripsi fonetik.

18

Page 19: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewBahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

TAJUK 12 LATIHAN TRANSKRIPSI SEBUTAN DAN PENYUKUAN SEBUTAN

12.1 Sinopsis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami sebutan

perkataan bahasa Melayu yang betul (baku) berdasarkan lafaz ejaan setiap perkataan.

Sebutan baku ini merangkumi sebutan; Huruf vokal, Huruf diftong, Huruf konsonan,

Huruf gugus konsonan, Perkataan asing (Inggeris, Arab), Perkataan terbitan dan

perkataan yang sudah baku sebutan.

12.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. menyatakan konsep sebutan baku Bahasa Melayu;

ii. mentranskripsi perkataan-perkataan yang mengandungi vokal;

iii. mentranskripsi perkataan-perkataan yang mengandungi konsonan; dan

iv. mentranskripsi perkataan-perkataan yang mengandungi diftong.

12.3 Sebutan Bahasa Melayu Baku

Bahasa Melayu baku ialah bahasa Melayu yang sempurna, lengkap dalam semua aspek

yang merangkumi koda, status, penggunaan bahasa, ejaan, tatabahasa, istilah,

penggunaan kata, laras bahasa dan sebutan. Bahasa baku dikaitkan dengan golongan

berpendidikan tinggi dalam masyarakat. Bahasa tersebut digunakan dalam urusan rasmi

sebagai bahasa rasmi negara dan bahasa persuratan. Bahasa baku mempunyai ciri-ciri

dan sistem tersendiri;

a. digunakan untuk tujuan rasmi;

b. tidak mempunyai penutur asli;

c. mematuhi peraturan tatabahasa sepenuhnya;

d. digunakan dalam konteks formal;

e. mempunyai pelbagai laras;

f. mengamalkan sistem panggilan formal;

19

Page 20: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewBahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

g. bersifat fonemik iaitu sebutan mengikut ejaan;

h. mengalami perancangan yang sistematik;

i. tiada unsur-unsur kependekan atau kata-kata singkatan;

j. menggunakan bahasa yang tersusun; dan

j. menekankan ketepatan dan kejelasan makna.

Menurut Garvin dan Mathiot (1998), bahasa baku membawa maksud pembakuan dalam

semua aspek bahasa; berusaha dan melakukan proses pengekodan, dan kutipan

informasi pelbagai aspek tentang bahasa yang diterima daripada masyarakat serta yang

telah menjadi norma kebahasaan bagi seluruh masyarakat itu. Pengekodan adalah satu

persetujuan tidak rasmi yang diambil tentang satu variasi daripada beberapa variasi yang

wujud dan variasi itu menjadi kelainan yang mewakili bahasa. Contohnya, variasi yang

dipilih sebagai variasi bahasa baku ini mempunyai kaitannya dengan faktor-faktor

sosiosejarah. Umpamanya variasi yang dituturkan oleh golongan terpelajar, maka variasi

itu dari segi penggunaannya diterima pakai oleh penutu-penutur yang lain.

Dalam penggunaan rasmi atau dalam situasi formal, bahasa Melayu perlu memperlihatkan

bentuk dan gaya yang betul, tepat, ringkas, mudah, dan santun. Seterusnya dikemukakan

panduan umum mengeja dan menyebut perkataan dan istilah bahasa Melayu dalam huruf

rumi. Beberapa panduan perlu dipatuhi bagi mengeja perkataan, istilah dan kata majmuk

dengan betul meliputi keselarasan huruf vokal, kekecualian huruf vokal, penggunaan

diftong, penggunaan huruf konsonan, perkataan pinjaman (istilah), imbuhan dan kata

sendi ‘di’ dan ‘ke’, partikel, ganti nama singkat dan penulisan kata majmuk.

12.4 Pola Keselarasan Vokal

Keselarasan vokal meliputi perkataan yang berbentuk dua suku kata. Bagi perkataan yang

mengandungi lebih dua suku kata, peraturan keselarasan huruf vokal ini hanya wajar bagi

dua suku kata yang terkahir. Terdapat lapan belas pola keselarasan huruf vokal dalam

bahasa Melayu yang perlu dipatuhi untuk mengelakkan daripada berlakunya kesilapan

ejaan. (rujuk Rajah 12.1)

20

Page 21: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewBahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah 12.1: Pola Keselarasan Vokal Bahasa Melayu

21

Page 22: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewBahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

12.5 Sebutan Huruf Vokal

Terdapat enam huruf vokal dalam Bahasa Melayu. Vokal perlu disebut dengan betul

menurut nilai bunyi individu. Kedudukan vokal dalam perkataan boleh berada sama ada di

awal, di tengah atau di akhir.

a. Huruf a dilafazkan dengan bunyi [ a ] pada mana-mana kedudukannya.

Contoh:

pada [a + da]

berada [be + ra + da]

cabaran [ca + ba + ran]

warganegara [war + ga + ne + ga + ra]

b. Huruf e dilafazkan dengan bunyi [ e ]

Contoh:

elok [e + lok ]

leka [le + ka]

nenek [ne + nek]

c.Huruf e pepet dilafazkan dengan bunyi [ ə ]

Contoh:

emak [ə + măk]

segar [sə + gar]

kelam [kə + lam]

d. Huruf i dilafazkan dengan bunyi [ i ]

Contoh:

ini [i + ni]

putih [pu + tih]

intip [in + tip]

22

Page 23: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewBahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

e. Huruf o dilafazkan dengan bunyi [ o ]

Contoh:

oleh [o + leh]

bola [bo + la]

sorak [so + rak]

f. Huruf u perlu dilafazkan dengan bunyi [ u ]

Contoh:

ubi [u + bi]

ular [u + lar]

tunjuk [tun + juk]

putus [pu + tus]

12.6 Huruf Diftong

Diftong terbentuk apabila dua huruf vokal digunakan dalam pengejaan perkataan.

Contohnya, gabungan vokal ‘a’ dengan huruf ‘u’ dan gabungan vokal ‘o’ dengan huruf ‘i’

menjadi ‘au’ dan ‘oi’. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga huruf diftong iaitu ai, oi dan au.

Huruf-huruf diftong ini biasanya diletakkan di awal, di tengah dan di akhir perkataan.

Kesemua bunyi perlu mengikut ejaan asal iaitu ai, oi, au. Contoh perkataan ialah;

amboi kaloi sepoi

bangau kalau lampau

aurat sungai salai

pulai balai halau

23

Aktiviti 1

Bincangkan bagaimana pola keselarasan vokal menyumbang kepada kepentingan sebutan baku bahasa Melayu.

Dalam kumpulan, pilih satu petikan (satu/dua perenggan) daripada jurnal, majalah atau akhbar dan buat transkripsi vokal.

Page 24: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewBahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

12.6.1Panduan Sebutan Huruf Diftong

Diftong perlu dilafazkan dengan bunyi [ai], [oi], [au] pada kedudukan di awal, di tengah

atau di akhir perkataan.

1. Diftong ai dilafazkan dengan bunyi [ai]

Contoh perkataan;

hairan [ hai + ran ]

pandai [ pan + dai ]

salai [ sa + lai ]

tupai [ tu + pai ]

ampai [ am + pai ]

laici [ lai + ci ]

aising [ ai + siŋ ]

2. Diftong oi dilafazkan dengan bunyi [oi]

Contoh perkataan;

sekoi [ se + koi ]

kaloi [ ka + loi ]

oidium [ oi + di + um ]

boikot [ boi + kot ]

3. Diftong au dilafazkan dengan bunyi [au]

Contoh perkataan;

automatik [ au + to + mă + tik ]

aurat [ au + rat ]

kacau [ ka + cau ]

kalau [ ka + lau ]

maujud [ mau + jud ]

taufan [ tau + fan ]

24

Page 25: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewBahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

12.7 Penggunaan Huruf Konsonan

Terdapat 26 huruf konsonan dalam bahasa Melayu iaitu b, [bi], c [si], d [di], f [ef], gh [gh],

h [hej/ejh], i [ee], j [je], k [ki], l [el], m [em], n [en], ng [ng], ny [ny], p [pi], q [kiu], r [ar], s

[es], sy [sy], t [ti], v [vi], w [dabliu], x [eks], y [wai], z [zek]

25

Page 26: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewBahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

26

Page 27: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewBahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

12.8. Transkripsi Fonetik

Transkripsi fonetik merupakan satu cara merakamkan bunyi-bunyi bahasa dengan

menggunakan lambang-lambang fonetik. Lambang fonetik ditulis dalam kurungan [ ].

12.9 Transkripsi Fonemik

Transkripsi fonemik merupakan cara transkripsi yang menumpukan transkripsi dalam

bentuk tulisan. Matlamat akhir fonemik ialah untuk membentuk sistem ejaan berdasarkan

fonem-fonem yang ada dalam sesuatu bahasa, contohnya fonem /ŋ/ dieja sebagai ‘ng’,

fonem /x/ dieja sebagai ‘kh’ dan fonem /ŋ/ di eja sebagai ‘ng’.

27

Page 28: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewBahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Contoh perkataan yang menunjukkan penyebarannya menggunakan transkripsi fonetik.

Bil. Huruf FonemPenyebaran (transkripsi fonetik)

Awal Tengah Akhir

1. b /b/ [bu ku] [ba ba] [a dab]

c /č/ [ča wan] [ba ča] [mač]

d /d/ [da ri] [da da] [kad]

f /f/ [fa seh] [a laf]

g /g/ [ga ri] [la ga] [bəg]

h /h/ [ha ri] [mă ha] [a rah]

j /j/ [jam] [ja ja] [caj]

k /k/ [ka ta] [ba ta] [ka tak]

kh /kh/ [xa mis] [ta rix]

l /l/ [la lu] [la laŋ] [a wal]

m /m/ [mă ri] [mă mă] [ka lam]

n /n/ [nă siʔ] [mă nă] [ta

măn]

ng /ŋ/ [ŋa ŋa] [ba ŋău] [si aŋ]

ny /ɲ/ [ɲă ɲi] [ba ɲăk]

p /p/ [pa su] [sə pit] [te tap]

q /q/ [qa ri] [wu quf] [bu raq]

r /r/ [ra sa] [ba ra] [se bar]

s /s/ [ si la] [sa sa] [mă las]

t /t/ [ta lam] [tə tap] [kə rat]

v /v/ [van] [re vo lu si]

w /w/ [wau] [a wal]

z /z/ [zoo] [ba zar]

28