1.0 pendahuluan dunia sekarang berada pada era maklumat ... · 2.2 makmal komputer hendaklah...

22
PUA SHWU TYNG PISMP SEM6 B&K 1.0 PENDAHULUAN Dunia sekarang berada pada era maklumat, di mana Teknologi Maklumat memainkan peranan yang penting untuk kejayaan masa depan dalam dunia tanpa sempadan. Selaras dengan hasrat negara kita, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara yang telah maju dalam bidang Teknologi Maklumat. Justeru, sistem pendidikan kebangsaan haruslah mengoptimumkan penggunaan Teknologi Maklumat untuk tujuan pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran. Demi mencapai hasrat tersebut, murid-murid yang masih berada di bangku sekolah perlu disemaikan dengan rasa ingin tahu dan cinta terhadap kemajuan dan pembangunan. Murid- murid sebagai generasi muda harus dilatih untuk menyumbangkan tenaga dan pemikiran bagi menghasilkan rekacipta yang boleh memberi manfaat kepda manusia. Sehubungan dengan itu, Kelab Komputer bagi Sekolah Kebangsaan Kepala Batas ditubuhkan bertujuan untuk menambahkan kegiatan dalam bidang pendidikan di sekolah. Menerusi penubuhuhan kelab ini, perkembangan sosial, minat dan bakat dapat diseimbangkan dengan perkembangan mental murid-murid. 2.0 MATLAMAT KELAB TEKNOLOGI MAKLUMAT Dalam usaha negara mempertingkatkan kebolehan rakyat dalam bidang Teknologi Maklumat, matlamat Kelab Teknologi Maklumat di sekolah berhasrat untuk menjadi sebuah sekolah yang setaraf dengan sekolah bestari, iaitu tempat pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan murid. Melalui pertubuhan kelab ini, murid-murid boleh mempelajari pengetahuan dan menguasai kemahiran asas Teknologi Maklumat. Selain itu, murid-murid juga berpeluang untu meningkatkan keupayaan pengkomputeran untuk pembangunan diri sesuai dengan perkembangan arus moden berlandaskan nilai-nilai murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. 3.0 OBJEKTIF KELAB TEKNOLOGI MAKLUMAT Matlamat Kelab Teknologi Maklumat dapat direalisasikan melalui objektif- objektif yang berikut: 3.1 Pengetahuan (i) Mendedahkan murid kepada pengetahuan asas yang berkaitan dengan sistem komputer. (ii) Membimbing murid mengetahui dan mengenali sistem pengoperasian komputer.

Upload: others

Post on 16-Jan-2020

43 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1.0 PENDAHULUAN Dunia sekarang berada pada era maklumat ... · 2.2 Makmal komputer hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada habuk. 2.3 Penyelenggaraan perkakasan hendaklah dilakukan

PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K

1.0 PENDAHULUAN Dunia sekarang berada pada era maklumat, di mana Teknologi Maklumat

memainkan peranan yang penting untuk kejayaan masa depan dalam dunia tanpa

sempadan. Selaras dengan hasrat negara kita, Malaysia berhasrat menjadi sebuah

negara yang berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara yang

telah maju dalam bidang Teknologi Maklumat. Justeru, sistem pendidikan

kebangsaan haruslah mengoptimumkan penggunaan Teknologi Maklumat untuk

tujuan pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran. Demi mencapai hasrat

tersebut, murid-murid yang masih berada di bangku sekolah perlu disemaikan

dengan rasa ingin tahu dan cinta terhadap kemajuan dan pembangunan. Murid-

murid sebagai generasi muda harus dilatih untuk menyumbangkan tenaga dan

pemikiran bagi menghasilkan rekacipta yang boleh memberi manfaat kepda

manusia.

Sehubungan dengan itu, Kelab Komputer bagi Sekolah Kebangsaan Kepala

Batas ditubuhkan bertujuan untuk menambahkan kegiatan dalam bidang pendidikan

di sekolah. Menerusi penubuhuhan kelab ini, perkembangan sosial, minat dan bakat

dapat diseimbangkan dengan perkembangan mental murid-murid.

2.0 MATLAMAT KELAB TEKNOLOGI MAKLUMATDalam usaha negara mempertingkatkan kebolehan rakyat dalam bidang

Teknologi Maklumat, matlamat Kelab Teknologi Maklumat di sekolah berhasrat untuk

menjadi sebuah sekolah yang setaraf dengan sekolah bestari, iaitu tempat

pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan murid. Melalui pertubuhan kelab ini,

murid-murid boleh mempelajari pengetahuan dan menguasai kemahiran asas

Teknologi Maklumat. Selain itu, murid-murid juga berpeluang untu meningkatkan

keupayaan pengkomputeran untuk pembangunan diri sesuai dengan perkembangan

arus moden berlandaskan nilai-nilai murni yang terkandung dalam Falsafah

Pendidikan Negara.

3.0 OBJEKTIF KELAB TEKNOLOGI MAKLUMATMatlamat Kelab Teknologi Maklumat dapat direalisasikan melalui objektif-

objektif yang berikut:

3.1 Pengetahuan (i) Mendedahkan murid kepada pengetahuan asas yang berkaitan

dengan sistem komputer.(ii) Membimbing murid mengetahui dan mengenali sistem pengoperasian

komputer.

Page 2: 1.0 PENDAHULUAN Dunia sekarang berada pada era maklumat ... · 2.2 Makmal komputer hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada habuk. 2.3 Penyelenggaraan perkakasan hendaklah dilakukan

PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K

(iii) Memberi peluang kepada murid untuk meneroka perkembangan

terbaharu dalam pelbagai disiplin ilmu Teknologi Maklumat.(iv) Mendedahkan murid kepada peluang-peluang kerjaya yang berkaitan

dengan pengkomputeran dan Teknologi Maklumat3.2 Kemahiran

(i) Menguasai kemahiran mencari dan mengurus maklumat yang

diperlukan melalui penggunaan Teknologi Maklumat.(ii) Menguasai kemahiran berinteraksi antara individu atau kumpulan

melalui kemudahan Teknologi Maklumat dan sistem rangkaian

komunikasi.3.3 Nilai

(i) Memupuk sikap positif terhadap penggunaan Teknologi Maklumat.(ii) Menggalakkan perkongsian idea dan maklumat di kalangan kelab,

antara kelab dan antara institusi atau individu dalam masyarakat.

4.0 PERSEDIAAN DAN PENUBUHAN KELAB TEKNOLOGI MAKLUMATUntuk menjayakan penubuhan Kelab Teknologi Maklumat, beberapa langkah

yang penting sebagai persediaan akan dilaksanakan seperti berikut:

4.1 Melakukan permohonan untuk Kelab Teknologi Maklumat secara bertulis dan

mendapat kelulusan daripada pihak pentadbir sekolah.4.2 Menubuhkan Kelab Teknologi Maklumat.4.3 Memilih dan mengaktifkan Jawatankuasa Kelab Teknologi Maklumat.4.4 Memberi pendedahan dan kesedaran kepada murid-murid dan ibu bapa

mengenai peranan mereka dalam Kelab Teknologi Maklumat.4.5 Membentuk dan merangka Sukatan Pelajaran bagi Kelab Teknologi Maklumat

yang tidak bercanggahan dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia.4.6 Menyediakan Kurikurilum Kelab Teknologi Maklumat dengan objektif

termasuklah pengetahuan, kemahiran dan penerapan nilai yang hendak

dicapai.4.7 Menyediakan jadual waktu Kelab Teknologi Maklumat yang sesuai mengikut

situasi di sekolah.4.8 Mewujudkan sebuah Makmal Komputer yang dilengkapi dengan kemudahan

dan peralatan komputer.4.9 Menetapkan tenaga pengajar dan pengawas Makmal Komputer.4.10 Mendapatkan kebenaran pengakuan ibu bapa atau penjaga sebagai

kesediaan murid menjadi ahli Kelab Teknologi Maklumat.

5.0 CADANGAN AHLI JAWATANKUASA KELAB TEKNOLOGI MAKLUMATPenaung

(Guru Besar)

Pengerusi

(Penolong Kanan Kokurikulum)

Page 3: 1.0 PENDAHULUAN Dunia sekarang berada pada era maklumat ... · 2.2 Makmal komputer hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada habuk. 2.3 Penyelenggaraan perkakasan hendaklah dilakukan

PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K

Naib Pengerusi I

(Guru Penasihat)

Naib Pengerusi II

(Guru Penasihat)

Setiausaha

(Murid)

Bendahari

(Murid)

Ahli Jawatankuasa

(Murid)

(Murid)

(Murid)

*rujuk Lampiran 1 – Bidang Tugas Jawatankuasa

6.0 SUMBER KEWANGAN KELAB TEKNOLOGI MAKLUMATSumber kewangan untuk Kelab Teknologi Maklumat boleh diperolehi melalui:

6.1 Semua kutipan yuran keahlian Kelab Teknologi Maklumat.6.2 Peruntukan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) / Lembaga

Pengelola Sekolah (LPS).6.3 Tajaan daripada Syarikat komputer swasta.6.4 Sumbangan luar Kementerian Pendidikan Malaysia seperti orang

perseorangan dan badan korporat.

7.0 SENARAI AKTIVITI UTAMA KELAB TEKNOLOGI MAKLUMAT7.1 Perjumpaan mingguan di luar waktu rasmi sekolah.7.2 Latihan untuk mengembangkan kemahiran menggunakan komputer.7.3 Ceramah yang disampaikan oleh agensi kerajaan atau swasta yang berakitan

dengan penggunaan Teknologi Maklumat dalam kehidupan.7.4 Lawatan sambil belajar ke tempat-tempat seperti Cyberjaya untuk

menambahkan ilmu pengetahuan ahli-ahli kelab.7.5 Pertunjukan filem atau video yang berkenaan dengan perihal komputer dan

penggunaan Teknologi Maklumat dalam kehidupan seharian.7.6 Edaran risalah atau brosur kepada ahli-ahli kelab.7.7 Pameran atau Hari Terbuka bagi Kelab Teknologi Maklumat.7.8 Penilaian dan ujian terhadap tahap penguasaan murid terhadap bidang

Teknologi Maklumat.

Page 4: 1.0 PENDAHULUAN Dunia sekarang berada pada era maklumat ... · 2.2 Makmal komputer hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada habuk. 2.3 Penyelenggaraan perkakasan hendaklah dilakukan

PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K

8.0 PENUTUPSebagai kesimpulannya, cadangan untuk menubuhkan Kelab Teknologi

Maklumat dilihat sebagai satu keperluan bagi murid-murid di sekolah. Dengan

penubuhan Kelab Teknologi Maklumat ini, murid-murid yang berminat boleh

mendaftar menjadi ahli kelab dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran diri

mengenai Teknologi Maklumat. Seterusnya, murid-murid yang merupakan generasi

muda dapat membina penampilan diri yang yakin muncul sebagai pemimpin negara

yang tidak ketinggalan dalam arus moden ini. Semoga cadangan penubuhan kelab

diluluskan oleh pihak pentadbir dan akan terlaksana dengan jayanya.

Disediakan oleh,

……………… ( ) Guru Akademik Sekolah Kebangsaan Kepala Batas,Kedah Darul Aman.

Disokong oleh,

Page 5: 1.0 PENDAHULUAN Dunia sekarang berada pada era maklumat ... · 2.2 Makmal komputer hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada habuk. 2.3 Penyelenggaraan perkakasan hendaklah dilakukan

PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K

............………….( )Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kepala Batas,Kedah Darul Aman.

BAHAGIAN A : GURU BESAR

DILULUSKAN

TIDAK DILULUSKAN

Ulasan : .........................................................................................................................

..........................................................................................................................

...........................................................................................................................

...........................................................................................................................

...........................................................................................................................

............................................. ......................................................

(Tarikh) (Tandatangan & Cop)

Lampiran 1 – Bidang Tugas Jawatankuasa

Bidang Tugas Jawatankuasa

Kelab Teknologi Maklumat

Jawatan Personalia Bidang Tugas1. Penaung Guru Besar Menjadi rujukan utama dalam

pengurusan kelab. Memantau perkembangan kelab

dari semasa ke semasa.2. Pengerusi Penolong Memastikan segala perancangan

Page 6: 1.0 PENDAHULUAN Dunia sekarang berada pada era maklumat ... · 2.2 Makmal komputer hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada habuk. 2.3 Penyelenggaraan perkakasan hendaklah dilakukan

PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K

Kanan

Kokurikulum

aktiviti dan program kelab berjalan

dengan teratur. Memastikan matlamat dan objektif

kelab tercapai. Bertindak sebagai pihak

perantaraan di antara sekolah

dengan ibu bapa serta masyarakat. Membimbing dan memberi galakan

kepada pelaksana bagi

meningkatkan lagi kecekapan guru.3. Naib Pengerusi I &

II

Guru

Penasihat

Bertugas sebagai ketua penyelaras

dan penyelia bagi semua kegiatan

kelab. Bertanggungjawab dalam

pengagihan tugas dalam kalangan

guru penasihat. Membantu pengerusi dalam memilih

dan menentukan perancangan dan

pelaksanaan aktiviti yang

bersesuaian dengan kelab di

sekolah.4. Setiausaha Murid Merekodkan dan

mendokumentasikan semua aktiviti

yang telah dijalankan oleh kelab. Mencatatkan minit mesyuarat dalam

kelab setiap kali bermesyuarat.5. Bendahari Murid Mengutip yuran dan menyimpan

rekod kutipan yuran. Menyimpan rekod perbelanjaan

yang digunakan oleh kelab. 6. Ahli Jawatankuasa Murid Bertindak sebagai ketua kumpulan

yang menghubungkan guru

penasihat dan ahli-ahli kelab yang

lain.

Page 7: 1.0 PENDAHULUAN Dunia sekarang berada pada era maklumat ... · 2.2 Makmal komputer hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada habuk. 2.3 Penyelenggaraan perkakasan hendaklah dilakukan

PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K

Logo Kelab Teknologi Maklumat

Page 8: 1.0 PENDAHULUAN Dunia sekarang berada pada era maklumat ... · 2.2 Makmal komputer hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada habuk. 2.3 Penyelenggaraan perkakasan hendaklah dilakukan

PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K

Uniform Kelab Teknologi Maklumat

Page 9: 1.0 PENDAHULUAN Dunia sekarang berada pada era maklumat ... · 2.2 Makmal komputer hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada habuk. 2.3 Penyelenggaraan perkakasan hendaklah dilakukan

PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K

Rujukan Tuan: RujukanKami:

Tarikh: 12 Oktober 2016

Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Kepala Batas,Alor Setar,Kedah Darul Aman.

Melalui:Guru Penasihat/Pemimpin Jawatankuasa Kelab Teknologi Maklumat

Tuan,

Permohonan Menubuhkan Kelab Teknologi Maklumat Sekolah KebangsaanKepala Batas

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.

Page 10: 1.0 PENDAHULUAN Dunia sekarang berada pada era maklumat ... · 2.2 Makmal komputer hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada habuk. 2.3 Penyelenggaraan perkakasan hendaklah dilakukan

PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K

2. Dengan hormatnnya dimaklumkan bahawa saya, _________ berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196 , yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan KELAB TEKNOLOGI MAKLUMAT BAHRU mulai 1 hb.Januari, 2017.

3. Bersama-sama ini disertakan :

2 Draf Perlembagaan.3 Draf Aktiviti Asas.4 Senarai Nama Jawatankuasa.

4. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

…………………………..( )Setiausaha,b.p. Jawatankuasa Kelab Teknologi Maklumat,Sekolah Kebangsaan Kepala Batas.

s.k. 1. Guru Penolong Kanan KokurikulumSekolah Kebangsaan Kepala Batas.

KELAB TEKNOLOGI MAKLUMAT

SEKOLAH KEBANGSAAN KEPALA BATAS

NO. PENDAFTARAN 18/2016/SKKP

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) KELAB

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan(Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta KerajaanMalaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan)Kelab Teknologi Maklumat SK Kepala Batas yang selepas ini disebut sebagai ”kelab”sahaja.

Page 11: 1.0 PENDAHULUAN Dunia sekarang berada pada era maklumat ... · 2.2 Makmal komputer hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada habuk. 2.3 Penyelenggaraan perkakasan hendaklah dilakukan

PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K

PERATURAN 1 NAMA

a. Nama Persatuan: KELAB TEKNOLOGI MAKLUMAT

SEKOLAH KEBANGSAAN KEPALA BATAS

PERATURAN 2 MATLAMAT

Dalam usaha negara mempertingkatkan kebolehan rakyat dalam bidang Teknologi Maklumat, matlamat Kelab Teknologi Maklumat di sekolah berhasrat untuk menjadi sebuah sekolah yang setaraf dengan sekolah bestari, iaitu tempat pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan murid. Melalui pertubuhan kelab ini, murid-murid boleh mempelajari pengetahuan dan menguasai kemahiran asas Teknologi Maklumat. Selain itu, murid-murid juga berpeluang untu meningkatkan keupayaan pengkomputeran untuk pembangunan diri sesuai dengan perkembangan arus moden berlandaskan nilai-nilai murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara.

PERATURAN 3 OBJEKTIF

Matlamat Kelab Teknologi Maklumat dapat direalisasikan melalui objektif-objektif yang berikut:

3.1 Pengetahuan (i) Mendedahkan murid kepada pengetahuan asas yang

berkaitan dengan sistem komputer.(ii) Membimbing murid mengetahui dan mengenali sistem

pengoperasian komputer.(iii) Memberi peluang kepada murid untuk meneroka

perkembangan terbaharu dalam pelbagai disiplin ilmu Teknologi Maklumat.

(iii) Mendedahkan murid kepada peluang-peluang kerjaya yang berkaitan dengan pengkomputeran dan Teknologi Maklumat

3.2 Kemahiran (i) Menguasai kemahiran mencari dan mengurus maklumat yang

diperlukan melalui penggunaan Teknologi Maklumat.(ii) Menguasai kemahiran berinteraksi antara individu atau

kumpulan melalui kemudahan Teknologi Maklumat dan sistem rangkaian komunikasi.

3.3 Nilai (i) Memupuk sikap positif terhadap penggunaan Teknologi

Maklumat.(ii) Menggalakkan perkongsian idea dan maklumat di kalangan kelab,

antara kelab dan antara institusi atau individu dalam masyarakat.

PERATURAN 4 KEAHLIAN

4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.

Page 12: 1.0 PENDAHULUAN Dunia sekarang berada pada era maklumat ... · 2.2 Makmal komputer hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada habuk. 2.3 Penyelenggaraan perkakasan hendaklah dilakukan

PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K

4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yangdisediakan

4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepadaPerlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagimenjayakan tujuan persatuan ini.

PERATURAN 5 GURU PENASIHAT

5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

5.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan danpelaksanaan sesuatu aktiviti.

5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasaaktiviti dijalankan.

PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA

6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasamanakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuksebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihattanpa mengadakan mesyuarat.

6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklahmenghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

6.6 Ahli Jawatankuasa kelab hendaklah terdiri:-

6.6.1 Pengerusi

6.6.2 Naib Pengerusi

6.6.3 Setiausaha

6.6.4 Bendahari

6.6.5 Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)

PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1 Pengerusi

7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat danbertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat

2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segalakeputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

Page 13: 1.0 PENDAHULUAN Dunia sekarang berada pada era maklumat ... · 2.2 Makmal komputer hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada habuk. 2.3 Penyelenggaraan perkakasan hendaklah dilakukan

PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K

7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh GuruPenasihat dari masa ke semasa.

7.2 Naib Pengerusi

7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.

7.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh GuruPenasihat dari masa ke semasa.

7.3 Setiausaha

7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.

7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporankegiatan-kegiatan.

7.3.3 Mencatat kehadiran ahli

7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan denganpersatuan.

7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh GuruPenasihat dari masa ke semasa.

7.4 Bendahari

7.4.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan

7.4.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkarakewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.

7.4.3 Menyebdiakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunanserta menandatanganinya.

7.4.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta didalam mesyuarat ahli jawatankuasa.

7.4.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangdalam Mesyuarat Agung.

7.4.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh GuruPenasihat dari masa ke semasa.

7.5 Ahli Jawatankuasa

7.5.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.

7.5.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

7.5.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa

PERATURAN 8 KEWANGAN

Page 14: 1.0 PENDAHULUAN Dunia sekarang berada pada era maklumat ... · 2.2 Makmal komputer hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada habuk. 2.3 Penyelenggaraan perkakasan hendaklah dilakukan

PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K

8.1 Sumber utama kewangan kelab adalah melalui derma yangdiputuskan semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyakRM 25.00 seorang.

8.2 Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.

8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yangmemerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagimembiayai aktiviti tersebut.

8.4 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalamAkaun SUWA sekolah, sekiranya mendapat kebenaranPengetua/Guru Besar.

PERATURAN 9 KEHADIRAN/PENYERTAAN

9.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yangdijalankan oleh kelab sepanjang tahun.

9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turutdikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotongmarkah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambilsekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 10 AKTIVITI

10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung ataumesyuarat ahli jawatankuasa.

10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dandiumumkan kepada pengetahuan ahli.

PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN

11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi olehsemua ahli.

11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakantatatertib.

PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN

12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuandan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

12.2.1 Amaran lisan

12.2.2 Amaran bertulis

Page 15: 1.0 PENDAHULUAN Dunia sekarang berada pada era maklumat ... · 2.2 Makmal komputer hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada habuk. 2.3 Penyelenggaraan perkakasan hendaklah dilakukan

PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K

12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil bolehmembuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulisdan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehinggaia dipinda.

13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahlijawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secarabertulis.

13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan AhliJawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut danmeluluskannya jika perlu.

13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dandisahkan oleh Pengetua/Guru Besar.

PERATURAN 14 PEMBUBARAN KELAB

14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jikadidapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

2 Segala hutang wajib dijelaskan.

3 Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN

15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadapaktiviti yang dijalankan.

15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti denganpenuh minat.

Pemilihan Ahli Kelab Teknologi Maklumat

Ahli-ahli Kelab Teknologi Maklumat diberi anggaran dalam kalangan 50 orang ahli.

Murid-murid yang ingin menjadi anggota Kelab Teknologi Maklumat perlu mempunyai

sifat-sifat seperti

1. Merupakan warga sekolah SK Kepala Batas, Alor Setar.2. Berminat dengan ilmu dan peralatan Teknologi Maklumat.3. Sifat ingin tahu mengenai Kelab Teknologi Maklumat.4. Berkeupayaan untuk mengendalikan komputer dan peralatan-

peralatan yang canggih.5. Menjaga dan memelihara peralatan dengan baik.

Page 16: 1.0 PENDAHULUAN Dunia sekarang berada pada era maklumat ... · 2.2 Makmal komputer hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada habuk. 2.3 Penyelenggaraan perkakasan hendaklah dilakukan

PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K

6. Bersikap mesra dan mudah bergaul.7. Sifat bertanggungjawab.8. Bersikap bekerjasama.9. Suka berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan rakan-rakan.10. Suka tolong-menolong antara satu sama lain.11. Tidak berputus asa apabila menghadapi dugaan.

Borang Permohonan Keahlian

Kelab Teknologi Maklumat

Gambar

Berukuran

Pasport

Nama:

No. KP:

Bangsa:

tahun Tarikh Lahir:Umur:

__________(sila nyatakan)

CinaMelayu

Page 17: 1.0 PENDAHULUAN Dunia sekarang berada pada era maklumat ... · 2.2 Makmal komputer hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada habuk. 2.3 Penyelenggaraan perkakasan hendaklah dilakukan

PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K

Nota*Sila sertakan bayaran pendaftaran sebanyak RM25beserta 2 keping gambar berukuran passport.*Sila isikan maklumat diri diruang yang disediakan menggunakanhuruf besar.

Infrastruktur Kelab Teknologi Maklumat

1.0 Infrastruktur kelab terdiri daripada:

a. Makmal/Bilik Komputer.

b. Perkakasan.

c. Perisian.

1.1 Makmal/Bilik Komputer.

Kristian

Lain-lainIndia

Lain-lainBuddha

IslamAgama:

Alamat Surat Menyurat:

_____________ (sila nyatakan)Kelas:

Emel:

No. Tel:

Segala maklumat yang diisi

adalah benar.

__________________

(Tandatangan Pemohon)

Tarikh: ____________

Page 18: 1.0 PENDAHULUAN Dunia sekarang berada pada era maklumat ... · 2.2 Makmal komputer hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada habuk. 2.3 Penyelenggaraan perkakasan hendaklah dilakukan

PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K

1.1.1 Bagi menjamin keselesaan murid dan guru, pengurusan fizikal makmal/bilik

komputer hendaklah mengambil kira:

a. saiz makmal/bilik.

b. bilangan murid

nisbah murid : komputer

1.1.2 Makmal/Bilik komputer sebaik-baiknya berhawa dingin.

1.1.3 Makmal/Bilik Komputer harus menggunakan meja komputer yang sesuai.

1.1.4 Unit pengimbang kuasa (power stabilizer units) adalah dinasihatkan dipasang,

terutamanya bagi kawasan yang sering mengalami gangguan elektrik.

1.1.5 Makmal/bilik komputer sebaik-baiknya terletak di tingkat satu atau lebih tinggi

dan dipasang jerjak/jeriji pada pintu dan jendela bagi keselamatan peralatan.

1.1.6 Sambungan yang berlebihan kepada satu punca kuasa (overloading) mestilah

dielakkan dan perlu mendapatkan kelulusan pihak JKR terlebih dahulu.

1.2 Perkakasan.

1.2.1 Perkakasan komputer hendaklah memenuhi spesifikasi minimum semasa:

a. Keperluan utama.

i) Komputer mikro (multimedia); dan

ii) Pencetak (1 unit untuk setiap 5 - 10 unit komputer mikro).

b. Keperluan Tambahan (mengikut kemampuan kelab)

i) Pengimbas;

ii) Modem dan sambungan internet;

iii) Rangkaian setempat (LAN);

iv) Projektor LCD atau TV dan kad; dan

v) Lain-lain peralatan komputer,

Page 19: 1.0 PENDAHULUAN Dunia sekarang berada pada era maklumat ... · 2.2 Makmal komputer hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada habuk. 2.3 Penyelenggaraan perkakasan hendaklah dilakukan

PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K

1.2.2 Setiap komputer mikro hendaklah dilengkapkan dengan sistem pengoperasian

yang berlesen dan sesuai dengan perisian.

1.2.3 Semua perkakasan komputer sebaik-baiknya hendaklah diinsuranskan.

1.3 Perisian.

1.3.1 Semua perisian hendaklah sesuai dengan keperluan pengajaran dan

pembelajaran serta kokurikulum di sekolah.

2.0 Penyelenggaraan (Makmal, Perkakasan dan Perisian)

2.1 Semua perkakasan dan perisian hendaklah direkodkan ke dalam buku stok

sebagai rekod inventori.

2.2 Makmal komputer hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada habuk.

2.3 Penyelenggaraan perkakasan hendaklah dilakukan secara berkala oleh pihak

sekolah atau dengan perkhidmatan pihak luar, jika perlu

2.4 Kelab adalah digalakkan menyedia dan menyimpan salinan (backup) perisian

dan aplikasi sebagai langkah keselamatan.

Peraturan Makmal Kelab Teknologi Maklumat

1.0 Peraturan Makmal

1.1 Pengguna-pengguna makmal komputer mesti mematuhi peraturan-peraturan

makmal bagi menjamin keselamatan diri dan peralatan komputer. Antara peraturan

yang perlu dipatuhi ialah;

a. Dilarang membawa beg/fail dan makanan/minuman ke dalam makmal.

b. Dilarang membawa masuk sebarang cakera milik persendirian ke dalam makmal

kecuali dengan kebenaran guru penasihat.

Page 20: 1.0 PENDAHULUAN Dunia sekarang berada pada era maklumat ... · 2.2 Makmal komputer hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada habuk. 2.3 Penyelenggaraan perkakasan hendaklah dilakukan

PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K

c. Dilarang membawa keluar daripada makmal sebarang perkakasan/perisian

komputer.

d. Dilarang sama sekali mengusik barang talian/sambungan kawat yang terdapat di

belakang komputer, atau membuka tudung komputer.

e. Dikehendaki mengisi butir-butir yang perlu di dalam buku log penggunaan makmal

untuk membolehkan kelab mengesan setiap pengguna makmal,

1.2 Beberapa peraturan lain yang berkaitan adalah terserah kepada budi bicara

sekolah/ guru penasihat kelab (jika difikirkan perlu).

Contoh Laporan Aktiviti Mingguan

Kelab Teknologi Maklumat

Guru Penasihat Bertugas 1…………………………………………………..

2…………………………………………………..

3…………………………………………………..

Setiausaha ……………………………………………………

Tarikh / Hari ……………………………………………………

Page 21: 1.0 PENDAHULUAN Dunia sekarang berada pada era maklumat ... · 2.2 Makmal komputer hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada habuk. 2.3 Penyelenggaraan perkakasan hendaklah dilakukan

PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K

Minggu ……………………………………………………

Tempat ……………………………………………………

Jumlah Kehadiran ……………………………………………………

Laporan Kegiatan ……………………………………………………

……………………………………………………

……………………………………………………

……………………………………………………

……………………………………………………

……………………………………………………

……………………………………………………

Hal-Hal Lain ……………………………………………………

……………………………………………………

……………………………………………………

……………………………………………………

……………………………………………………

Yang benar,

…………………………… …………………………….

( ) ( )

Setiausaha Kelab Guru Penasihat Kelab

Page 22: 1.0 PENDAHULUAN Dunia sekarang berada pada era maklumat ... · 2.2 Makmal komputer hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada habuk. 2.3 Penyelenggaraan perkakasan hendaklah dilakukan

PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K

Teknologi Maklumat Teknologi Maklumat

SK Kepala Batas. SK Kepala Batas.