refresh refresh (dynamic_bypass_reload) click here if you are not automatically redirected. for...

11
1.0 PENGENALAN Sebagai seorang yang bergelar pendidik, seorang guru seharusnya mengetahui dan menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan merupakan satu tanggungjawab yang besar dalam menerajui sesbuah Negara. Oleh yang demikian, pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Justeru Kursus Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu usaha ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pandidikan Guru (FPG). Pada tahun 2001, Program Bina Insan Guru (BIG) telah mula diperkenalkan dalam latihan perguruan pra-perkhidmatan. Kemudian, satu sukatan pelajaran BIG yang standard bagi semua program praperkhidmatan telah mula digunakan pada tahun 2005. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), program BIG adalahlah berasaskan kesedaran dalam membentuk guru yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Dengan ini, seorang guru mampu untuk menyesuaikan diri dalam semua keadaan serta mampu menangani cabaran pada era globalisasi ini.

Upload: fanera-jeffery

Post on 25-Nov-2015

12 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Big sem 2 pismp

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Sebagai seorang yang bergelar pendidik, seorang guru seharusnya mengetahui dan menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan merupakan satu tanggungjawab yang besar dalam menerajui sesbuah Negara. Oleh yang demikian, pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul.

Justeru Kursus Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu usaha ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pandidikan Guru (FPG).

Pada tahun 2001, Program Bina Insan Guru (BIG) telah mula diperkenalkan dalam latihan perguruan pra-perkhidmatan. Kemudian, satu sukatan pelajaran BIG yang standard bagi semua program praperkhidmatan telah mula digunakan pada tahun 2005. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), program BIG adalahlah berasaskan kesedaran dalam membentuk guru yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Dengan ini, seorang guru mampu untuk menyesuaikan diri dalam semua keadaan serta mampu menangani cabaran pada era globalisasi ini.

Selain itu, program BIG juga dilaksanakan di semua institut perguruan dan setiap guru pelatih wajib untuk mengikuti kursus ini dengan jayanya. Penilaian program ini dilakukan dengan menggunakan intrumen markah penilaian yang telah ditetapkan.

2.0 OBJEKTIF PERKHEMAHAN

Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya tahan diri yang tinggi serta aura kegururan yang selaras dengan Prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan keadaan bahawa profesion keguruan adalah mulai dan guru adalah pembinaan generasi negara. Antara objektif perkhemahan ini adalah:

a) Memberi peluang kepada bakal guru melengkapi untuk mendalami ilmmu kepimpinan melalui tunjuk ajar, amali dan aktiviti-aktiviti tertentu.

b) Melatih bakal guru dalam menguruskan pelajar secara tidak langsung dapat mencungkil dan mengembangkan bakat kepimpinan yang ada dalam diri peserta.

c) Memberi pengalaman sebenar untuk merancang program BIG serta menjalankan aktiviti-aktiviti luar.

d) Mendedahkan bakal guru terhadap ciri-ciri asas kepimpinan dalam pendidikan.

e) Melengkapkan sukatan GERKO Unit BIG.

3.0 KANDUNGAN AKTIVITI (4 hari 3 malam)

Hari Pertama

a) Perjalanan Ke Tempat Perkhemahan

Sebelum sampai ke tapak perkhemahan JPS Kuala Kangsar, semua pelatih dari unit K1 sehingga K5 bergumpul bersama-sama barang-barang yang perlu dibawa sepanjang kem di pondok air. Setiap AJK peralatan, AJK dapur dan AJK kecil dibawah mereka membantu mempersiapkan barang-barang yang perlu dibawa. Perjalanan ke JPS Kuala Kangsanr mengambil masa lebih kurang 40 minit.

b) Taklimat, Penyediaan Tapak dan Mendirikan KhemahSesampai sahaja di kawasan tersebut, kami menurunkan segala peralatan dan beg-beg kami dari bas. Kemudian kami diberikan sedikit taklimat ringkas mengenai perkhemahan ini dan tempat yang sesuai bagi mendirikan khemah. Setelah itu, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai seramai empat atau lima orang. Kemudian, setiap wakil kumpulan diberikan satu khemah dan mengarahkan setiap kumpulan untuk bersama-sama mendirikan khemah. Kami tidak mempunyai sebarang masalah bagi mendirikan khemah memandangkan kami pernah mendirikan khemah semasa pergi ke perkhemahan dahulu. Selesai sahaja mendirikan khemah, kami diarahkan pergi ke dewan untuk bergumpul dan mendengarkan taklimat dari pensyarah. Pada waktu ini, kami sepatutnya melakukan aktiviti kawad kaki. Tetapi, memandangkan pada waktu itu hujan lebat, pensyarah hanya mengarahkan kami untuk berada di dalam dewan mendengar taklimat. Memandangkan hujan yang terlalu lebat dan angin, terdapat beberapa khemah yang roboh da nada sesetengah khemah dimasuki air. Terdapat beberapa orang pelatih yang pakaian mereka telah basah. Situasi ini amat menguji ketabahan untuk bersabar dan belajar bagaimana untuk menyeesaikan masalah ini.

c) Pengurusan Diri, Tazkirah dan Moral

Selesai sahaja taklmat daripada pensyarah bertugas, kami diarahkan bersurai untuk minum petang dan menguruskan diri. Kemudian, semua pelatih kemudian diarahkan untuk bersiap-sedia bagi aktiviti yang seterusnya. Bagi pelatih muslim, mereka akan menunaikan solat Isyak secara berjemaah kemudian mengadakan tazkirah. Manakala bagi saya dan pelatih bukan muslim yang lain, kami di suruh pergi ke surau untuk aktiviti moral yang dibimbing oleh En. C. Muthusamy A/L Chellamuthu. Sebelum kami dating ke sini, kami telah siap dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi membentangkn hasil tugasan moral kami. Kumpulan pertama melakukan pembentangan adalah kumpulan 1 yang telah membentangkan nilai-nilai murni dalam sajak Guru Oh Guru. Antara nilai-nilai yang harus ada pada seorang guru adalah sabar, dedikasi, baik hati dan bertanggungjawab serta sanggup berkorban masa dan tenaga untuk mendidik pelajar mereka. Di sini saya dapat belajar bahawa tugas seorang guru bukanlah tugas yang senang dan memerlukan banyak pengorbanan dari segi masa dan tenaga serta banyak bersabar melayan karenah pelajar-pelajarnya. Selesai sahaja pembentangan, pensyarah bertanya beberapa soalan kepada ahli kumpulan tersebut dan memilih secara rawak ntuk bertanyakan soalan kepada pelatih lain. Kemudian, ahli kumpulan merumuskan apa ciri-ciri atau kualiti yang seharusnya ada pada seorang guru.

d) Latihan Dalam Kumpulan (LDK 1)

Kemudian, semua pelatih diarahkan bergumpul di kawasan lapang di hadapan dewan secara bertiga-tiga. Pensyarah bertugas iaitu En. Hamzah Bin Samsudin mengatur barisan kami dengan cara berkawad. Setelah itu, beliau memeriksa pelatih berdasarkan jumlah yang seharusnya ada. Beliau berkata, kami seharusnya memeriksa kehadiran pelatih agar kami mengetahui abahwa ahli kami cukup ataupun tidak cukup supaya dapat menggelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Kami juga diarahkan melakukan sedikit senamam yang kata beliau aktiviti ini bukan dendaan. Kami juga diarahkan untuk memakai kasut dengan segera sekiranya hanya memakai selipar. Beliau menegaskan untuk memakai kasut adalah demi keselamatan setiap pelatih agar menghindarkan mengalami kecederaan pada waktu malam memandangkan keadaan adalah gelap.

Seterusnya, kami diarahkan untuk membuat barisan mengikut unit kumpulan masing-masing. Kemudian, pensyarahh yang bertugas telah melakukan aktiviti ice-breaking bagi pelatih mengenali sesame sendiri nama dan asal pelatih. Setelah selesai melakukan suai kenal, kami diminta baris semula mengikut unit masing-masing. Kemudian, pensyarah mengarahkan kami untuk menghantar seorang wakil bagi melakukan pidato secara spontan mengenai apa sahaja. Semua kumpulan memberikan kerjasama yang baik dan wakil yang berpidato berusaha melakukan ucapan mereka dengan bersungguh-sungguh.

e) Kawalan Waktu Malam ( Centry )Malam ini merupakan malam berjaga-jaga. Petugas lelaki menjaga bahagian khemah lelaki manakala petugas perempuan menjaga bahagian khemah perempuan Jadual bertugas kami bermula pada pukul 12 tengah malam hingga pukul 6 pagi Kemudian kumpulan lain lain mengambil ahli tugas setiap 2 jam secara berganti-ganti sehingga pada pukul 6 pagi mengkut kumpulan yang telah ditetapkan. Kawalan pada waktu mala mini biasa diadakan terutama dalam perkhemahan seperti ini bagi mengelakkan orang luar daripada memasuki kawasan perkhemahan kami.

Hari Kedua

a) Solat, Tazkirah dan Moral

Semua pelatih bangun seawal jam 5 pagi dan bersiap untuk menguruskan diri. Bagi pelatih muslim, mereka akan pergi ke solat dan melakukan tazkirah. Bagi pelatih bukan muslim, mereka akan pergi ke surau untuk melakukan aktiviti moral. Kumpulan 2 telah melakukan pembentangan mereka dan tajuk yang telah dibentangkan adalah sama seperti kumpulan 1. Seperti kumpulan yang sebelumnya, pensyarah akan menujukan soalan kepada setiap ahli dalam kumpulan yang membentang. Kemudian barulah menujukan soalan secara spontan kepada pelatih-pelatih yang lain. Selesai sahaja pembentangan, pensyarah merumuskan hasil pembentangan dan memberikan penambahbaikan.

b) Malaysia Cergas/ Menaikkan Bendera/ Menyanyikan Lagu PatriotikSetelah selesai sembahyang berjemaah bagi pelatih muslim dan aktiviti moral bagi pelatih bukan muslim, kami semua bergumpul di kawasan lapang di hadapan dewan pada pagi tersebut dengan senaman pagi serta menyanyikan 3 buah lagu iaitu Negaraku, lagu negeri Perak dan lagu Institut .

Jiwa. Semua peserta kelihatan bersemangat pada pagi ini,setiap kumpulan wajib menghantar wakil untuk mengendalikan aktiviti senaman pagi. Senaman pagi penting kerana merupakan asas persediaan untuk melakukan aktiviti lasak yang akan dilakukan mengikut jadual yang telah ditetapkan

c) Aktiviti AirSelesai sahaja sarapan pagi, kami semua diarahkan bergumpul untuk melakukan aktiviti yang seterusnya. Sebelum melakukan aktiviti air, kami diberikan sedikit taklimat dan demonstrasi cara-cara memasang rakit yang diperbuat daripada bulu dan tayar terbuang daripada lori serta bagaimana cara-cara mengikat buluh dengan tayar menggunakan tali guni. Terdapat beberapa pelatih yang lain diberikan peluang untuk membuat mengikat rakit tersebut. Setelah itu, kami berasa bahawa tugas untuk melkukan rakit ini amat senang dan pelatih perempuan pun boleh melakukannya. Setelah selesai, pensyarah mengarahkan pelatih yang lain untuk menguji sama ada rakit yang dibuat itu kukuh atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, kami dan pelatih-pelatih yang lain berasa amat kecewa kerana pensyarah tidak membenarkan kami untuk menguji rakit tersebut di sungai kerana masa tidak mencukupi untuk melakukan aktiviti air.

Sebelum kami melakukan aktiviti air, pensyarah bertugas telah memberikan sedikit taklimat bagaimana untuk memakai jaket keselamatan dengan betul dan cara-cara menggunakannya. Jaket keselamatan amat penting kerana melalui jaket ini, seseorang akan terselamat walaupun dia tidak tahu berenang. Kemudian, kami berjalan secara beramai-ramai menyeberangi jambatan di sungai JPS. Pelbagai aktiviti yang telah diajar oleh pensyarah secara ansur maju mengikut pasangan. Setelah itu, pensyarah mengarahkan kami untuk berada dalam unit masing-masing dan satu perlawanan berenang kuak lentang antara unit-unit yang lain dengan jarak 100 meter. Aktiviti air ini dilakukan adalah untuk membina keyakinan diri ketika berada di dalam air dan sebagai persedian bagi guru sentiasa bersikap tenang sekiranya mengalami masalah di dalam air khasnya bagi guru-guru yang bakal ditempatkan di pedalaman dan perjalannya adalah jalan air. Sekiranya apa-apa terjadi semasa berada di sungai atau laut kepada guru tersebut, mereka sudah pasti tahu cara-cara untuk menyelamatkan diri mereka.

Kemudian, kami diberikan rehat, makan serta minum dan bersedia untuk melakukan aktiviti yang seterusnya. Pensyarah kemudiannya mengajar dengan memilih beberapa orang pelatih untuk membuat demonstrasi bagaimana cara-cara untuk menyelamatkan orang yang hamper lemas dengan menggunakan tali dan kayu. Setelah selesai, pelatih diarahkan balik dan mengurus diri serta menjamu makan tengah hari.