meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah kad imbasan” refresh...
DESCRIPTION
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajarsemasa mereka menjawab soalan-soalan Fizik SPM. Seramai 23 orang pelajar darikelas 5 Ulum terlibat dalam kajian ini. Fokus kajian terarah kepada soalan berbentukdefinisi definisi dalam kertas 2 Fizik SPM. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidakmempunyai kemahiran yang mencukupi untuk menjawab soalan aras pengetahuan inikeran tidak menghafal definisi-definisi fizik. Bagi mengatasi masalah ini, para pelajardiperkenalkan dengan teknik belajar menggunakan kad imbasan atau lebih dikenalisebagai “Flash Card”. Hasil dapatan kajian ini, pelajar dapat menjawab soalantersebut dengan sistematik, cekap dan mudah.TRANSCRIPT
(PROGRAM DPLI UPSI-KIPSAS) JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG (JAIP)
KPR 4063KAJIAN TINDAKAN
“MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGATI DEFINISI – DEFINISI FIZIK MELALUI KAEDAH KAD
IMBASAN”
MUHAMAD NAZRI BIN SAMSUDIN
L20122009554
851229-06-5239
(Profesor Madya Dr. Amir Hasan Dawi)
KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN
Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan i
“Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan”
Oleh:
Muhamad Nazri Bin SamsudinSMA al-Maidah Addiniah Padang Tengku
27200 Kuala Lipis
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar
semasa mereka menjawab soalan-soalan Fizik SPM. Seramai 23 orang pelajar dari
kelas 5 Ulum terlibat dalam kajian ini. Fokus kajian terarah kepada soalan berbentuk
definisi definisi dalam kertas 2 Fizik SPM. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak
mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk menjawab soalan aras pengetahuan ini
keran tidak menghafal definisi-definisi fizik. Bagi mengatasi masalah ini, para pelajar
diperkenalkan dengan teknik belajar menggunakan kad imbasan atau lebih dikenali
sebagai “Flash Card”. Hasil dapatan kajian ini, pelajar dapat menjawab soalan
tersebut dengan sistematik, cekap dan mudah.
ABSTRACT
This research is carried out to overcome problems faced by the student when
answering Fizik SPM questions. A total of 23 students from class 5 Ulum involved in
this research. The focus of this research is on definition shaped question in paper 2
Fizik SPM. Finding of survey shows student has no skill that is sufficient to answer
this knowledge level questions as a result not memorize physics definitions. To
overcome this problem, students made acquainted with technique learn using Flash
Card or better known as "Kad Imbasan". Results show that the students can answer
definition type of questions with systematic, efficient and easily
KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN
Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan ii
ISI KANDUNGAN
BIL TOPIK m/s
1.0 REFLEKSI PdP TERDAHULU 1
2.0 ISU KAJIAN 1
3.0 OBJEKTIF KAJIAN 2
3.1 Objektif umum: 2
3.2 Objektif khusus: 2
4.0 SOALAN KAJIAN 3
5.0 KEPENTINGAN KAJIAN 3
6.0 TINJAUAN LITERASI 3
7.0 MODEL KAJIAN TINDAKAN 5
8.0 KAEDAH / TEKNIK 6
8.1 Kumpulan sasaran 6
8.2 Perlaksanaan Kajian / Instrumen Kajian 6
9.0 JADUAL PELAKSANAAN 7
10.0 KOS KAJIAN 7
11.0 ANALISIS 8
12.0 TINDAKAN 8
13.0 REFLEKSI 11
14.0 KESIMPULAN 13
15.0 SENARAI RUJUKAN 14
LAMPIRAN
A Soalan Berbentuk Definisi (Ujian Pra)
B Soalan Berbentuk Definisi (Ujian Pasca)
C Analisis Data Pemerhatian (Ujian Pra & Ujian Pasca)
D Borang Soal Selidik
E Contoh Kad Imbasan
KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN
Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan 1
1.0 REFLEKSI PdP TERDAHULU
Matapelajaran Fizik di dalam KBSM merupakan matapelajaran yang wajib
diambil bagi para pelajar yang mengikuti aliran sains tulen. Tujuan utama
matapelajaran fizik diperkenalkan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar
menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dan menangani cabaran dalam
dunia sains dan teknologi serta bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan
sains dan teknologi di Malaysia. Matapelajaran fizik amat penting kepada pelajar
yang berhasrat meneruskan pelajaran ke bidang sains dan teknologi.
Merujuk kepada format soalan Fizik Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia,
definisi berkaitan teori, konsep, prinsip dan fakta adalah penting dalam menentukan
tahap pemahaman pelajar dalam bidang fizik yang diuji. Soalan-soalan berbentuk
definisi ini seringkali diuji dalam peperiksaan. Soalan berbentuk definisi ini juga
merupakan salah satu bentuk soalan bagi menguji tahap pengetahuan berdasarkan aras
Taksonomi Bloom. Untuk menjawab soalan-soalan berbentuk definisi ini, kemahiran
mengingat dan menghurai fakta merupakan aspek yang penting. Oleh itu, melalui Kad
Imbasan, dapat membantu pelajar mengingati dan memahami konsep-konsep fizik
dan memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) seterusnya
membantu pelajar menjawab soalan-soalan pada aras yang lebih tinggi.
2.0 ISU KAJIAN
Matapelajaran fizik dibahagikan kepada pelbagai bidang utama. Berdasarkan
bidang-bidang ini sebanyak 10 bab yang perlu dipelajari pelajar. Dalam setiap bab
mengandungi banyak definisi yang perlu diketahui pelajar. Oleh itu, melalui kad
imbasan, dapat membantu pelajar mengingati definisi-definisi penting dan memahami
konsep-konsep fizik dan memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
seterusnya membantu pelajar menjawab soalan-soalan pada aras yang lebih tinggi.
KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN
Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan 2
Akan tetapi pelajar kurang berminat untuk menjawab soalan-soalan berbentuk
definisi ini dan sekiranya menjawab, masih terdapat isi-isi penting yang tidak
dinyatakan. Masalah ini dilihat telah menjadi ikutan kepada pelajar pada tahun-tahun
yang berikutnya. Oleh sebab itu, kajian tindakan ini perlu dilakukan bagi
mengelakkan masalah yang sama berulang dan juga bagi meningkatkan kefahaman
pelajar dalam menguasai sesuatu teori, konsep, prinsip dan fakta dalam matapelajaran
Fizik.
Berdasarkan pemehatian dalam kelas-kelas terdahulu, antara punca pelajar
kurang menjawab soalan-soalan definisi adalah pelajar terlalu ambil mudah pada
soalan-soalan definisi kerana hanya 1 markah sahaja diperuntukkan untuk setiap
soalan definisi. Selain itu, pelajar sering memberi jawapan yang tidak cukup lengkap
dan tidak memenuhi kehendak skema jawapan.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif umum:
Meningkatkan kemahiran murid mengingati definisi-definisi dalam
Matapelajaran Fizik
3.2 Objektif khusus:
3.2.1 Objektif gelung pertama:
3.2.1.1 Menggunakan Kad Imbasan dalam pengajaran fizik
supaya mudah maklumat diingati lebih lama dan
berkesan
3.2.1.2 Meningkatkan pefahaman pelajar ke atas setiap topik
3.2.1.3 Membantu pelajar dalam mengulangkaji pelajaran
KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN
Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan 3
4.0 SOALAN KAJIAN
4.1 Adakah Kad Imbasan dapat membantu dalam pengajaran fizik supaya
maklumat diingati lebih lama dan berkesan?
4.2 Adakah Kad Imbasan dapat meningkatkan pefahaman pelajar ke atas
setiap topik?
4.3 Bagaimana Kad Imbasan dapat membantu pelajar dalam
mengulangkaji pelajaran?
5.0 KEPENTINGAN KAJIAN
5.1 Memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru
dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran
5.2 Meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran fizik dan
menyumbang kepada markah dalam peperiksaan
5.3 Menghidupkan budaya belajar sepanjang masa di sekolah
6.0 TINJAUAN LITERASI
Perubahan paradigma dalam sistem pendidikan menuntut dan menggesa kaum
guru membuat perubahan dimana salah satu elemen penting dalam perubahan ialah
kreativiti. (Hj. Mohd Ali, 1994). Seorang guru yang hebat bukanlah diukur
berdasarkan kepada kemahiran mengajarnya semata-mata, tetapi juga kreativiti yang
ditonjolkan dalam setiap sesi P&P yang disampaikan. Kaedah pengajaran yang kreatif
dan menyeronokkan bukan sahaja dapat menambat hati murid untuk belajar, malah
dapat membantu mereka mengukuhkan kefahaman dan ingatan dalam mata pelajaran
tersebut, selaras dengan kenyataan Yong & Biramiah (1996) iaitu “Seorang guru yang
kreatif akan bertindak sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi para
pelajar”.
KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN
Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan 4
Jika suatu masa dahulu pendidikan itu lebih bersifat formal, serius serta
bertumpu kapada penguasaan ilmu semata-mata, tetapi pada zaman yang serba moden
ini, perubahan yang ketara telah berlaku terhadap sistem pendidikan negara.
Pendidikan sekarang lebih mementingkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan dan bermakna yang menuntut guru untuk menjadi seorang individu
yang kreatif dan inovatif. Noor Azmi (1998) menyatakan bahawa pengembangan
kreativiti yang bermaksud aktiviti-aktiviti yang kreatif secara logik, membina daya
imaginasi dan boleh memberi pandangan merupakan fokus pengisian kurikulum abad
ke-21 selain daripada 5 penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas. Antara kaedah
yang boleh diketengahkan untuk para guru dan pelajar supaya menjadi lebih kreatif
adalah pembelajran melalui kad imbasan
Kad imbasan atau dikenali juga sebagai ”Flash Card” ialah satu set kad
membawa maklumat (perkataan atau nombor), di salah satu atau kedua-dua bahagian
muka kad. Biasanya bahagian depan ditulis soalan atau perkataan penting dan
bahagian yang lain diletakkan jawapan. Maklumat-maklumat yg biasa ditulis pada
kad imbasan ini adalah seperti perbendaharaan kata, tarikh bersejarah, formula atau
mana-mana isi yang boleh dipelajari melalui satu format soal-jawab. Kad Imbasan
digunakan secara meluas sebagai latihan bilik darjah atau di kajian swasta. Kad
imbasan juga digunakan dengan meluas sebagai satu kaedah pembelajaran yang
membantu penghafazan.
Berdasarkan analisis peperiksaan pertengahan tahun dan juga percubaan SPM
bagi matapelajaran fizik baru-baru ini, didapati soalan-soalan pada aras pengetahuan
untuk soalan definisi ini kurang menyumbang markah kepada pelajar. Ini adalah
kerana samada pelajar tidak menjawab dengan lengkap ataupun tidak menjawab
langsung soalan-soalan berbentuk definisi ini. Salah satu alternative yang akan
digunakan untuk mengatasi masalah ini adalah melalui penggunaan kad imbasan.
KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN
Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan 5
7.0 MODEL KAJIAN TINDAKAN
Model kajian tindakan yang dipilih adalah Model Kajian Tindakan Kemmis
Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kemmis
Perlaksanaan Penggunaan Kad Imbasan
Perlaksanaan Ujian Pasca
Perlaksanaan Soal Selidik
Analisis Data
Kumpul data
# Punca pejlajar tidak menjawab soalan definisi
Analisis
# Pelajar tidak ingat # maklumat dalam jawapan tidak lengkap
Penyelesaian
# Perbaiki kaedah mengingat pelajar guna Kad Imbasan
Refleksi dan Penilaian Gelung Pertama
Cadangan-cadangan penambahbaikan
Kenal pasti masalah
# Ramai pelajar dapat markah rendah dalam peperiksaan.
# Ramai pelajar tidak menjawab soalan definisi
KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN
Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan 6
8.0 KAEDAH / TEKNIK
8.1 Kumpulan sasaran
Kumpulan sasaran saya terdiri daripada pelajar tingkatan 5 Ulum yang
mengikuti kelas aliran sains tulen. Seramai 23 orang pelajar yang
terdiri daripada 8 orang pelajar dan 15 orang pelajar perempuan.
Kesemua pelajar ini didapati mengalami masalah dalam menjawab
soalan-soalan berbentuk definisi.
8.2 Perlaksanaan Kajian / Instrumen Kajian
Pemerhatian
Untuk meninjau masalah pelajar, saya telah membuat pemerhatian
semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas serta
menganalisis skrip jawapan peperiksaan percubaan SPM negeri
Pahang 2013.
Soalan ujian (Ujian Pra dan Ujian Pasca)
Ujian Pra telah dijalankan bagi menguji tahap sebenar pencapaian
relajar tanpa menggunakan kad imbasan. Ujian Pra yang telah
dijalankan terdiri daripada 10 soalan definisi (rujuk lampiran A).
Selain itu, satu lagi ujian iaitu Ujian Pasca yang diberikan kepada
pelajar untuk mendapatkan keberkesanan setelah menggunakan kad
imbasan. Ujian ini terdiri daripada 10 soalan berbentuk definisi dan
tidak sama dengan soalan untuk soalan ujian pra (rujuk lampiran B).
Soal Selidik
Soal selidik (rujuk lampiran D) dijalankan bagi mendapatkan respon
daripada para pelajar berkaitan keberkesanan penggunaan kad imbasan
untuk mengatasi masalah ini. Soal selidik terdiri daripada 3 bahagian.
Bahagian A bertujuan mendapatkan maklumat latar belakang pelajar,
Bahagian B pula bertujuan mendapatkan respon daripada para pelajar.
Bahagian C pula bertujuan mendapatkan cadangan penambahbaikan
kaedah ini.
KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN
Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan 7
9.0 JADUAL PELAKSANAAN
Aktiviti Tarikh Pelaksanaan
Penulisan Kertas Cadangan 3 Oktober 2013
Penyediaan Kad imbasan4 Oktober 20138 Oktober 2013
Pelaksanaan Data Ujian Pra 9 Oktober 2013
Analisis Data dari Ujian Pra dan Pemerhatian10 Oktober 201321 Oktober 2013
Pelaksaan Data Ujian Pos 22 Oktober 2013
Analisis Data dari Ujian Pra dan Pemerhatian23 Oktober 20131 November 2013
Perlaksanaan Soal Selidik 2 November 2013
Analisis Data dari Soal Selidik 2 November 2013
Refleksi dan Penilaian3 November 2013
12 November 2013
Penulisan Laporan Kajian3 November 2013
14 November 2013
Pemurnian Laporan Kajian 15 November 2013
Hantar Laporan Kajian Tindakan 16 November 2013
Jadual 1: Jadual Perlaksanaan Kajian
10.0 KOS KAJIAN
Bil Jenis Bahan Kuantiti x harga seunit Jumlah kos
1. Kertas A4 1 x RM7.00 RM 7.00
2. Print RM0.10 x Set RM 7.50
3. Fotokopi bahan RM 5.00
JUMLAH RM 19.50
Jadual 2: Kos Kajian
KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN
Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan 8
11. 0 ANALISIS
11.1 Ujian Pra
Satu Ujian Pra telah dilaksanakan pada awal pelaksanaan Kajian
Tindakan ini di mana soalan dalam ujian ini merangkumi 10 soalan subjektif.
Markah bagi setiap soalan adalah satu mengikut format pemarkahan kertas
peperiksaan SPM. Ujian Pra dilaksanakan untuk menentukan keberkesanan
aktiviti yang dirancang untuk kajian ini. Pelajar dikehendaki menjawab soalan
yang diberikan dalam tempoh 15 minit. Hasil keputusan daripada Ujian Pra ini
telah digunakan sebagai dokumen kawalan bagi melihat keberkesanan teknik
yang diperkenalkan.
Berikut pula ialah analisis tinjauan berdasarkan hasil keputusan ujian
pra yang dilaksanakan bagi menyokong dapatan pemerhatian yang
dilaksanakan;
Calon 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23
% 20 40 20 10 20 20 10 50 10 30 50 40 30 20 60 30 50 50 40 40 50 30 50
Gred D C D E D D E C E D C C D D B D C C C C C D C
Jadual 3: Keputusan Ujian Pra
Pemerhatian:
Melalui keputusan Ujian Pra, didapati keputusan yang diperolehi oleh murid
amat tidak memuaskan kerana separuh daripada 23 murid yang diuji mendapat
markah 40% ke bawah iaitu sebanyak 12 orang pelajar. Seramai 3 orang
pelajar memperolehi markah kurang daripada 20% manakala 9 orang lagi
memperolehi markah 20%-39%. Kebanyakan pelajar berada pada aras 40% -
59% iaitu seramai 10 orang. Hanya seorang sahaja yang memperolehi markah
60%-79. Lebih menyedihkan apabila tiada seorang pun murid yang berjaya
memperoleh markah melebihi 80%.
KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN
Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan 9
Peratusan Bilangan Pelajar Mengikut Julat Markah (Pre-Test)
0% 4%
44%
39%
13%
A (80-100)
B (60-79)
C (40-59)
D (20-39)
E (0-19)
Carta 1: Peratusan Bilangan Pelajar Mengikut Julat Markah
Refleksi :
Maklumat yang diperolehi ini jelas menunjukkan murid yang dipilih
menyertai Kajian Tindakan ini amat tidak mampu untuk menjawab soalan
yang diberikan walaupun soalan yang diberikan adalah soalan pada aras
pengetahuan sahaja. Kelemahan murid ini tidak boleh dibiarkan dan perlu
diberikan pemulihan yang sewajarnya.
12.0 TINDAKAN
Setelah Ujian Pra dilaksana, ternyata para pelajar mengalami masalh dalam
menjawab soalan-soalan berbentuk definisi ini. Bagi mengatasi masalah beberapa
langkah dijalankan bagi meneruskan tindakan dalam kajian ini. Ringkasan langkah-
langkah yang diambil seperti yang dinyatakan di bawah;
Aktiviti 1: Penyediaan kad imbasan
Penyediaan kad imbasan ini dilakukan bersama-sama dengan pelajar. Kesemua
definisi-definisi yang ada dalam topik yang berkaitan diagihkan kepada pelajar. Setiap
pelajar akan mencari definisi yang berkaitan dan kemudian dikumpulkan bersama.
Kesemua definisi ini dicetak pada kertas keras. Halaman depan diisi dengan soalan
yang berkaitan, manakala halaman belakang diisi dengan jawapan yang perlu dihafal
oleh setiap pelajar.
KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN
Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan 10
Aktiviti 2: Perlaksanaan penggunaan kad imbasan
Setiap pelajar dibekalkan dengan kad imbasan yang telah disediakan. Pelajar
diberikan tempoh selama 10 hari untuk meghafal definisi-definisi yang terdapat pada
kad imbasan. Pelajar digalakkan untuk menyediakan pelbagai permainan yang boleh
digunakan bersama-sama dengan kad imbasan ini.
Aktiviti 3: Perlaksanaan ujian-pos
Setelah pelajar selesai menghafal fakta menggunakan kaedah akronim, ujian pos
dijalankan untuk menguji tahap daya ingatan pelajar. Set soalan yang lain tetapi
dalam topik yang sama seperti ujian pra diedarkan kepada pelajar. Pelajar hanya
diminta menjawab soalan selama 15 minit. Kemudian proses menyemak jawapan
bersama pelajar.
Aktiviti 4: Analisis data
Analisis data dilakukan berdasarkan hasil daripada pencapaian pelajar bagi kedua-dua
ujian iaitu Ujian Pos dan juga Ujian Pra. Analisis dijalankan bertujuan mendapatkan
keberkesanan kaedah yang dinyatakan.
Aktiviti 5: Perlaksanaan soal selidik
Soal selidik dilakukan setelah data-data dianalisis bertujuan mendapatkan respon
pelajar dan juga cadangan-cadangan yang boleh digunakan pada masa akan datang
setelah pelajar memperoleh pengalan menggunakan kad imbasan ini
KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN
Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan 11
13.0 REFLEKSI
Penilaian terhadap kejayaan kajian ini dilakukan dengan mengadakan Ujian
Pasca ke atas kumpulan sasaran di mana soalan yang diuji dalam Ujian Pasca adalah
soalan yang berlainan dengan Ujian Pra. Skor yang diperolehi oleh murid semasa
Ujian Pasca dibandingkan dengan skor Ujian Pra. Perbandingan Skor Ujian Pra dan
Ujian Pasca adalah seperti di dalam jadual berikut:
TRIAL UJIAN PRA UJIAN PASCAR 5
markah10
markah% Gred
10 markah
% GredPENINGKATAN
1 0 2 20 D 5 50 C +30
2 1 4 40 C 10 100 A +60
3 0 2 20 D 3 30 D +10
4 1 1 10 E 7 70 B +60
5 1 2 20 D 4 40 C +20
6 1 2 20 D 5 50 C +30
7 1 1 10 E 5 50 C +40
8 2 5 50 C 10 100 A +50
9 0 1 10 E 6 60 B +50
10 0 3 30 D 8 80 A +50
11 1 5 50 C 10 100 A +50
12 2 4 40 C 9 90 A +50
13 0 3 30 D 6 60 B +30
14 1 2 20 D 6 60 B +40
15 2 6 60 B 10 100 A +40
16 1 3 30 D 9 90 A +60
17 2 5 50 C 9 90 A +40
18 0 5 50 C 9 90 A +40
19 2 4 40 C 9 90 A +50
20 0 4 40 C 9 90 A +50
21 0 5 50 C 8 80 A +30
22 1 3 30 D 8 80 A +50
23 0 5 50 C 10 100 A +50
Jadual 4: Perbandingan Markah Ujian Pra & Ujian Pasca
KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN
Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan 12
Perbezaan markah Pre-Test dan Post Test
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Responden
mar
kah
(%)
Pre-Test (%) 20 40 20 10 20 20 10 50 10 30 50 40 30 20 60 30 50 50 40 40 50 30 50
Post-Test (%) 50 10 30 70 40 50 50 10 60 80 10 90 60 60 10 90 90 90 90 90 80 80 10
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23
Carta 2: Perbezaan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca
Pemerhatian:
Pengenalan pelbagai aktiviti dalam menyelesaikan masalah banyak memberi
impak positif kepada murid. Ini dapat dilihat melalui peningkatan positif
markah Ujian Pasca murid berbanding markah Ujian Pra seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 4 di atas. Ini membuktikan keberkesanan langkah
intervensi yang telah diambil. Berdasarkan Carta 2 di atas, jelas
menunjukkan kaedah yang digunakan ini berjaya dan prestasi murid-murid
saya telah meningkat dan amat memberangsangkan. Daripada pemerhatian
yang dibuat sepanjang menjalankan kajian tindakan ini, didapati relajar
memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Terdapat juga kumpulan relajar
yang telah menggabungkan kaedah ini dengan pelbagai permainan yang dapat
menjadikan proses menghafal dan mengulangkaji menjadi lebih menarik
KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN
Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan 13
Refleksi:
Respon yang positif juga diperolehi melalui soalselidik yang telah dijalankan
selepas Ujian Pasca dilakukan. Kesemua pelajar bersetuju bahawa kad
imbasan ini memberi impar yang positif terhadap teknik menghafal dan juga
dapat meningkatkan kemahiran menghafal untuk para pelajar. Pelajar-pelajar
yang mengalami masalah untuk menghafal definisi ini juga menjadi lebih
yakin dan berminat untuk menjawab soalan-soalan definisi. Pelajar juga
bersetuju bahawa estela menghafal definisi, lebih mudah untuk memahami
konsep dan teori fizik yang berkaitan. Selain itu, mereka juga berminat
menggunakan kaedah ini dalam mengulangkaji matapelajaran yang lain.
14.0 KESIMPULAN
Keberkesanan tindakan ini bergantung kepada tindakan secara menyeluruh
langkah intervensi yang telah dirancang. Saya amat percaya jika kita tidak
mempelbagaikan aktiviti dalam PdP kita, maka semakin ramai murid yang akan
berasa Fizik adalah subjek yang sukar. Kemahiran menghafal pelajar perlu
dititikberatkan supaya pelajar mampu menjawab soalan pada aras pengetahuan secara
menyeluruh. Salah satu kaedah yang perlu diketengahkan kepada pelajar ini adalah
kaedah penggunaan kad imbasan. Selain itu, pelajar juga perlu menjadi lebih kreatif
bagi memastikan ulangkaji kendiri menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.
Penggunaan kaedah kad imbasan ini ternyata dapat membantu pelajar
mengingati definisi lebih lama dan berkesan dan juga memberi alternative baharu
kepada pelajar intuk memperkembangkan teknik ataupun kaedah pembelajaran yang
lebih berkesan. Ini dapat dilihat melalui jadual 4 di atas yang mana secara
keseluruhan, peningkatan markah yang ketara berlaku setelah menggunakan kad
imbasan.
KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN
Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan 14
Perkara ini akan menjadi tumpuan guru untuk menjadikan tindakan intervensi
bagi kajian akan datang menjadi lebih baik. Antara cadangan penambahbaikan bagi
cadangan yang akan dating ialah;
i. Penggunaan Kad Imbasan bewarna mengikut topic-topik dalam
Huraian Sukatan Pelajaran (HSP)
ii. Kaedah ini sesuai digayakan dengan pelbagai permainan yang boleh
direka berdasarkan kreativiti pelajar.
iii. Pelajar boleh menggunakan ganjaran jika betul dan dendaan sekiranya
salah ketika mengulangkaji menggunakan kad imbatan ini.
15.0 SENARAI RUJUKAN
Othman Lebar. (2011). Kajian Tindakan dalam Pendidikan : Teori dan Amalan.
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjong Malim: Perak
Haji Mohd Ali Muda. (1994). Isu kreativiti Dan Tuntutan Perubahan Dalam
Pendidikan. Warta Pendeta. Jurnal Pendidikan Terengganu. 1(1):53-60.
Yong, L.M.S. & Biramiah, K. (1996). Guru Yang Kreatif: Isu-Isu Teorikital dan
Aplikasi Praktikal. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd.
Noor Azmi Ibrahim. (1998). Pembangunan Kurikulum Abad Ke-21. Berita
Kurikulum. 9 (1):6-7. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
LAMPIRAN A – SOALAN BERBENTUK DEFINISI (PRE-TEST)KPR 4063 - Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan
m/s 1 drpd 1
NAMASUBJEK FIZIK TINGKATAN EMPATTOPIK BAB 2 : DAYA DAN GERAKANTARIKH MARKAH /
a. Nyatakan definisi bagi setiap teori/konsep/prinsip/fakta fizik yang berikut;ITEM MEANING / DEFINITION MARKAH
Kuantiti scalar1
Kuantiti vector1
Halaju1
Inersia1
Hukum Pertama Newton 1
Hukum Kedua Newton
1
Hukum Ketiga Newton
1
Momentum1
Prinsip keabadian momentum 1
Daya1
JUMLAH MARKAH
LAMPIRAN B – SOALAN BERBENTUK DEFINISI (POST-TEST)KPR 4063 - Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan
m/s 1 drpd 1
NAMASUBJEK FIZIK TINGKATAN EMPATTOPIK BAB 2 : DAYA DAN GERAKANTARIKH MARKAH /
a. Nyatakan definisi bagi setiap teori/konsep/prinsip/fakta fizik yang berikut;ITEM MEANING / DEFINITION MARKAH
Daya impuls1
Impuls1
Berat1
Jisim1
Kerja1
Medan gravity1
Tenaga keupayaan
1
Prinsip keabadian
tenaga 1
Kuasa1
Hukum Hooke1
JUMLAH MARKAH
LAMPIRAN C – ANALISIS DATA PEMERHATIAN (PRE-TEST & POST TEST)KPR 4063 - Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan
m/s 1 drpd 1
TRIAL PRE-TEST POST-TESTBil NAMA 5
markah10
markah%
10 markah
%PENINGKATAN
1 AHMAD FAIZ BIN ZULQUARNAIN 0 2 20 D 5 50 C 302 AINA FAZALIA ATHIRAH BINTI AHMAD FAHAMI 1 4 40 C 10 100 A 603 AMAR AMIRA BIN ROMZI 0 2 20 D 3 30 D 104 MUHAMAD SYUSYEI BIN MOHD FUAD 1 1 10 E 7 70 B 605 MUHAMMAD AIMAN BIN MOHD ISA 1 2 20 D 4 40 C 206 MUHAMMAD AIZUDDIN BIN SHAMSUDIN 1 2 20 D 5 50 C 307 MUHAMMAD RIDHWAN BIN SHAFII 1 1 10 E 5 50 C 408 MUHAMMAD SAIFULADHA BIN DOLAHSAJAT 2 5 50 C 10 100 A 509 NIK DANIEL AFIQ BIN NIK LUKMAN 0 1 10 E 6 60 B 50
10 NOOR FITRINA BINTI MOHD ZAMRI 0 3 30 D 8 80 A 5011 NUR ADZWA BINTI JUNIDAK 1 5 50 C 10 100 A 5012 NUR ARINAH AQILAH BINTI ZAINUDIN 2 4 40 C 9 90 A 5013 NUR SHAHIRA BINTI AHMAD YUSOF 0 3 30 D 6 60 B 3014 NUR SYAFIQAH BINTI MOHD ZAINUN 1 2 20 D 6 60 B 4015 NUR SYUHADA BINTI AHAMAD NAWAWI 2 6 60 B 10 100 A 4016 NUR ZAIRI NADIA BINTI AZMAN 1 3 30 D 9 90 A 6017 NURUL HIDAYAH BINTI MOHAMAD NORDIN 2 5 50 C 9 90 A 4018 NURUL IZZATI BINTI KHAIRI 0 5 50 C 9 90 A 4019 NURUL SITI FARZANA BINTI NOORMAN 2 4 40 C 9 90 A 5020 NURUL SYAZWANIE BINTI ROZALI 0 4 40 C 9 90 A 5021 SITI MAISARAH BINTI SAZALI 0 5 50 C 8 80 A 3022 SITI NABILAH BINTI MOHD ZUBIR 1 3 30 D 8 80 A 5023 ULFAH HANI BINTI BURHAN 0 5 50 C 10 100 A 50
Ringkasan Ujian PraA (80-100) 0B (60-79) 1C (40-59) 10D (20-39) 9E (0-19) 3
Ringkasan Ujian PascaA (80-100) 14B (60-79) 4C (40-59) 4D (20-39) 1E (0-19) 0
Jadual : Analisis Data Pemerhatian
LAMPIRAN D – SOAL SELIDIK KEBERKESANAN KAD IMBASANKPR 4063 - Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan
m/s 1 drpd 2
BAHAGIAN A: BUTIR-BUTIR PERIBADI
Arahan: Sila lengkapkan maklumat peribadi dan tandakan () pada pilihan anda di petak yang disediakan
1. Nama : ………………………………………………………………………………………………………………………
2. Asal : ………………………………………………………………………………………………………………………
3. Kelas : ………………………………………………………………………………………………………………………
4. Jantina : Lelaki [ ] Perempuan [ ]
5. Umur : ………………………….(tahun) ………………………….(bulan)
6. Tahukah anda mengenai kad imbasan?
Ya [ ] Tidak [ ]
Jika pilihan jawapan untuk soalan 6 adalah ‘Ya’, sila jawab soalan ini.
Dari manakah anda mengetahui mengenai kecerdasan pelbagai?
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
BAHAGIAN B: KECENDERUNGAN PENGGUNAAN KAD IMBASAN
Arahan: Bulat dan gelapkan salah satu daripada lima nombor yang diberikan bagi menunjukkan tahap persetujuan anda berkaitan penyataan yang diberikan
STS = Sangat Tidak SetujuTS = Tidak SetujuB = Biasa
S = SetujuSS = Sangat Setuju
BIL SOALAN STS TS B S SS
1. Saya lemah dalam menghafal definisi-difinisi fizik 1 2 3 4 5
2. Saya kurang pendedahan berkaitan teknik-teknik menghafal 1 2 3 4 5
3. Saya jenis yang suka menghafal1 2 3 4 5
4. Kad imbasan memberi kesan yang positif terhadap teknik menghafal saya. 1 2 3 4 5
5. Kad imbasan membantu saya meningkatkan kemahiran mengingati definisi-definisi dalam matapelajaran Fizik 1 2 3 4 5
6. Sebelum ini, saya mengalami masalah untuk menghafal definisi-definisi fizik 1 2 3 4 5
LAMPIRAN D – SOAL SELIDIK KEBERKESANAN KAD IMBASANKPR 4063 - Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan
m/s 2 drpd 2
BIL SOALAN STS TS B S SS
7. Saya bertambah yakin untuk menjawab soalan-soalan definisi1 2 3 4 5
8. Saya berminat menggunakan kad imbasan untuk menghafal fakta1 2 3 4 5
9. Kad Imbasan membantu dalam pembelajaran Fizik 1 2 3 4 5
10. Saya dapat mengingati fakta fizik lebih lama dan berkesanmenggunakan kad imbasan 1 2 3 4 5
11. Kad imbasan membantu saya memahami pembelajaran Fizik1 2 3 4 5
12. Pembelajaran Fizik menjadi lebih mudah dengan kad imbasan ini. 1 2 3 4 5
13. Kad imbasan membantu saya memperoleh markah untuk soalan-soalan berbentuk definisi 1 2 3 4 5
14. Pembelajaran fizik menjadi lebih seronok1 2 3 4 5
15. Meningkatkan pefahaman pelajar ke atas setiap topik 1 2 3 4 5
16. Kad imbasan sesuai digunakan dalam mengulangkaji matapelajaran lain. 1 2 3 4 5
17. Saya akan mengesyorkan kad imbasan kepada rakan-rakan lain1 2 3 4 5
18. Saya lebih berminat untuk belajar 1 2 3 4 5
19. Saya akan menggunakan kaedah ini untuk mengulangkaji matapelajaran lain
1 2 3 4 5
20. Kad imbasan membantu saya dalam mengulangkaji pelajaran1 2 3 4 5
BAHAGIAN C: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Arahan: Isikan jawapan pada ruang yang telah disediakan
Cadangan penambahbaikan;
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
LAMPIRAN E – CONTOH KAD IMBASANKPR 4063 - Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan
m/s 1 drpd 1
Halaman hadapan : ruangan soalan
Halaman belakang : ruangan jawapan