· mulia dan manifestasi sifat sederhana. apa jua tindakan yang bercanggah dengan perkara yang...

17

Upload: phungtuong

Post on 10-May-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1:  · mulia dan manifestasi sifat sederhana. Apa jua tindakan yang bercanggah dengan perkara yang dinyatakan di atas, maka ia adalah sikap melampau yang boleh diambil tindakan
Page 2:  · mulia dan manifestasi sifat sederhana. Apa jua tindakan yang bercanggah dengan perkara yang dinyatakan di atas, maka ia adalah sikap melampau yang boleh diambil tindakan
Page 3:  · mulia dan manifestasi sifat sederhana. Apa jua tindakan yang bercanggah dengan perkara yang dinyatakan di atas, maka ia adalah sikap melampau yang boleh diambil tindakan
Page 4:  · mulia dan manifestasi sifat sederhana. Apa jua tindakan yang bercanggah dengan perkara yang dinyatakan di atas, maka ia adalah sikap melampau yang boleh diambil tindakan
Page 5:  · mulia dan manifestasi sifat sederhana. Apa jua tindakan yang bercanggah dengan perkara yang dinyatakan di atas, maka ia adalah sikap melampau yang boleh diambil tindakan
Page 6:  · mulia dan manifestasi sifat sederhana. Apa jua tindakan yang bercanggah dengan perkara yang dinyatakan di atas, maka ia adalah sikap melampau yang boleh diambil tindakan

Guru Madrasah Aljunied

Page 7:  · mulia dan manifestasi sifat sederhana. Apa jua tindakan yang bercanggah dengan perkara yang dinyatakan di atas, maka ia adalah sikap melampau yang boleh diambil tindakan
Page 8:  · mulia dan manifestasi sifat sederhana. Apa jua tindakan yang bercanggah dengan perkara yang dinyatakan di atas, maka ia adalah sikap melampau yang boleh diambil tindakan
Page 9:  · mulia dan manifestasi sifat sederhana. Apa jua tindakan yang bercanggah dengan perkara yang dinyatakan di atas, maka ia adalah sikap melampau yang boleh diambil tindakan
Page 10:  · mulia dan manifestasi sifat sederhana. Apa jua tindakan yang bercanggah dengan perkara yang dinyatakan di atas, maka ia adalah sikap melampau yang boleh diambil tindakan
Page 11:  · mulia dan manifestasi sifat sederhana. Apa jua tindakan yang bercanggah dengan perkara yang dinyatakan di atas, maka ia adalah sikap melampau yang boleh diambil tindakan
Page 12:  · mulia dan manifestasi sifat sederhana. Apa jua tindakan yang bercanggah dengan perkara yang dinyatakan di atas, maka ia adalah sikap melampau yang boleh diambil tindakan
Page 13:  · mulia dan manifestasi sifat sederhana. Apa jua tindakan yang bercanggah dengan perkara yang dinyatakan di atas, maka ia adalah sikap melampau yang boleh diambil tindakan
Page 14:  · mulia dan manifestasi sifat sederhana. Apa jua tindakan yang bercanggah dengan perkara yang dinyatakan di atas, maka ia adalah sikap melampau yang boleh diambil tindakan
Page 15:  · mulia dan manifestasi sifat sederhana. Apa jua tindakan yang bercanggah dengan perkara yang dinyatakan di atas, maka ia adalah sikap melampau yang boleh diambil tindakan

PIAGAM KESEDERHANAAN DALAM BERAGAMA

Berikut adalah pendirian yang perlu diambil bagi menjamin kesederhanaan dalam dakwah:

1. Kita beriltizam untuk menghormati prinsip-prinsip demokrasi dalam kehidupan bermasyarakat

dan dalam memajukan aspirasi masyarakat Islam. Atas dasar itu juga, kita beriltizam untuk

sentiasa mematuhi undang-undang dan aturan dalam tindak tanduk kita.

2. Kita beriltizam untuk sentiasa memelihara keamanan dan tidak menggunakan jalan-jalan

kekerasan dan pengganasan dalam amalan beragama dan dalam menyampaikan aspirasi kita.

Kita memahami jihad dalam erti kata yang luas. Jihad bersenjata hanya ke atas mereka yang

memerangi kita.

3. Kepelbagaian adalah sebahagian dari lumrah alam yang diciptakan Allah Ta’ala, maka kita

menghadapinya dengan sikap yang positif. Kita tidak memusuhi perbezaan dan kepelbagaian

dalam apa jua bentuk samada agama, bangsa atau budaya. Kita berhasrat untuk menjalin

hubungan dengan kepelbagaian ini atas dasar keamanan dan keharmonian hidup bersama.

Hubungan kita dengan atas dasar saling hormat menghormati dan keinginan untuk memupuk

kefahaman, toleransi dan keyakinan terhadap satu sama lain.

4. Kita beriman bahawa Islam adalah satu cara hidup yang komprehensif dan kita menolak

pemisahan antara urusan dunia dan agama. Namun kita menganggapi secara positif negara

sekular yang menjamin kebebasan beragama, mengakui peranan positif agama dalam

pembangunan masyarakat, tidak berusaha untuk menyisih peranan agama dan ia adalah wadah

yang neutral bagi menjamin keharmonian hidup bermasyarakat dan beragama. Ia adalah pilihan

yang praktikal bagi realiti masyarakat minoriti Islam Singapura.

5. Kita mencintai tanahair ini dan berkepentingan untuk bersama memajukannya dan memastikan

ia terus membangun dan makmur dalam segala bidang di bawah panduan prinsip agama kita.

Kita menerima sifat kesingapuraan seiring dengan identiti bangsa dan agama kita. Kepelbagaian

identiti ini pastinya akan menimbulkan percanggahan dalam keadaan tertentu, namun kita

beriltizam untuk mencari untuk mencari titik pertemuan bagi kesemuanya secara saksama. Apa

jua perbezaan akan ditangani sejajar dengan prinsip demokrasi, mengikut lunas undang-undang

dan melalui proses yang aman.

6. Dakwah adalah sebahagian dari kewajiban semua umat Islam dan syarat kemuliaan

masyarakatnya. Ia mesti dilakukan dengan memberi pertimbangan pada maqasid syariat dan

prinsip mengambil maslahat dan mudharat atau menghilangkan maslahat yang lebih besar.

7. Dalam persoalan fiqh, kita mengiktirafkan mazhab Hanafi, Maliki, Asy-Syafi’i dan Hanbali sebagai

mazhab yang boleh diamalkan oleh mana-mana umat Islam di Singapura. Begitu juga pandangan

ulama-ulama mujtahid yang muktabar di sisi jumhur Ahli Sunnah Wal Jemaah yang lain. Namun

demikian, dalam apa jua urusan rasmi, mazhab Asy-Syafi’i adalah mazhab rasmi.

Page 16:  · mulia dan manifestasi sifat sederhana. Apa jua tindakan yang bercanggah dengan perkara yang dinyatakan di atas, maka ia adalah sikap melampau yang boleh diambil tindakan

8. Dalam persoalan aqidah, kita mengiktiraf pandangan Salaf dahulu dan merekayang mengikuti

prinsip Salaf kemudiannya sebagai pandangan yang selamat. Kita juga mengiktiraf mazhab Abu

Musa Al-Asy’ari dan Abu Mansur Al-Maturidi sebagai sebahagian dari Ahli Sunnah Wal Jemaah.

9. Bahawa khilaf hanya tidak berlaku dalam persoalan yang mempunyai nas yang qat’ii. Dalam

persoalan yang tidak mempunyai nas yang qat’ii, khilaf berkemungkinan wujud, samada dalam

bidang aqidah, ibadah atau muamalah.

10. Khilaf dalam persoalan yang tidak mempunyai nas adalah diterima selama mana pandangan

berkenaan mempunyai dalil yang sejajar dengan ilmu Usul Fiqh. Yang tidak dapat diterima ialah,

khilaf yang terkeluar dari adab-adab ikhtilaf yang disepakati oleh para ulama.

11. Membolehkan pengikut dari mazhab yang berlainan beribadah di satu masjid yang sama dan

setiap satu boleh berimamkan yang lain dalam solat berjemaah dan dalam menunaikan solat

Jumaat.

12. Seseorang tidak boleh mengakui bahawa jemaah atau kumpulan atau pertubuhannya sahaja

yang merupakan Jemaah Islam yang tulen, sesiapa yang tidak bergabung dalam jemaah /

kumpulan atau pertubuhannya dikira terkeluar dari jemaah Islam dan tercela.

13. Dalam persoalan ijtihadi, seseorang tidak boleh mendakwa bahawa pandangan yang

dipegangnya sahaja betul dan pandangan yang lain adalah salah, sesat atau bid’ah.

14. Setiap pandangan manusia, walau setinggi mana darjatnya, boleh diterima atau ditolak

pandangannya kecuali pandangan Rasulullah s.a.w yang maksum. Seseorang tidak boleh

mengagungkan sesiapa sehingga menjadikan ia maksum dan sumber kebenaran.

15. Seseorang tidak boleh berlepas diri (Bara’) dari umat Islam yang lain.

16. Seseorang tidak boleh mengkafirkan orang lain. Tindakan menghukum sesuatu perbuatan

sebagai kufur dan seseorang itu kafir hanya boleh dilakukan oleh Jawatankuasa Fatwa MUIS.

17. Menerima bahawa seorang Islam tidak menjadi kafir hanya kerana:

a. melakukan maksiat selama mana ia tidak menghalalkan maksiat berkenaan,

b. memegang jawatan politik di bawah negara pemerintahan bukan Islam,

c. masyarakat Islam yang duduk di bawah pemerintahan bukan Islam,

d. sesiapa yang tidak bersama dalam pertubuhan tertentu.

18. Menerima keharusan bertaqlid bagi orang awam dan tidak boleh mencela taqlid secara mutlak.

Oleh itu, tidak boleh mewajibkan berijtihad ke atas semua orang.

19. Tidak menjadikan persoalan khilafiyah sebagai bahan kontroversi, polemik dan pertelingkahan

dalam masyarakat. Perbincangan secara objektif dan ilmiyah digalakkan pada tempat dan

dengan mereka yang sesuai.

Page 17:  · mulia dan manifestasi sifat sederhana. Apa jua tindakan yang bercanggah dengan perkara yang dinyatakan di atas, maka ia adalah sikap melampau yang boleh diambil tindakan

20. Tidak mengkafirkan, menfasiq, mencela peribadi yang lain, membid’ahkan seseorang atau

memanggil seseorang dengan nama-nama yang buruk pada persoalan khilafiyah atau kerana

khilaf yang berlaku atau kerana kejahatan orang berkenaan.

21. Tidak membincangkan perkara yang remeh dan tidak berfaedah bagi pembangunan masyarakat.

22. Bid’ah idhafiyah, tarkiyah dan iltizam adalah masalah khilafiyah dalam fiqh yang tidak

sepatutnya dijadikan bahan pertelingkahan di tengah masyarakat umum.

23. Menolak uzlah dan memisahkan diri sama sekali dari masyarakat yang dicemari dengan

kemungkaran kerana Islam adalah agama dakwah dan perjuangan.

24. Menerima bahawa bertarikat dan bertasawuf untuk tujuan membersihkan jiwa dan

mendekatkan diri kepada Allah adalah dibolehkan. Terdapat khilaf ulama dalam persoalan ini,

setiap pandangan yang lahir dari ulama yang muktabar di sisi umat Islam harus dipegang kecuali

terdapat Fatwa yang melarangnya.

25. Menerima bahawa ilham dan kasyaf berlaku sebagai kurnia kepada hamba-hamba yang soleh

tetapi ia tidak boleh menjadi dalil hokum syara’. Ia hanya boleh dijadikan panduan jika tidak

bertentangan dengan syara’.

26. Menerima bahawa fatwa dan pandangan para ulama amat berkaitan dengan konteks masa,

suasana dan persekitaran. Fatwa dan pandangan berkenaan boleh berubah dengan perubahan

masa suasana dan persekitaran selama mana bukan melibatkan sesuatu yang tsabit secara qat’ii.

27. Menghormati kedudukan penguasa dan beradab dalam menegur adalah dari adab Islam yang

mulia dan manifestasi sifat sederhana.

Apa jua tindakan yang bercanggah dengan perkara yang dinyatakan di atas, maka ia adalah sikap

melampau yang boleh diambil tindakan.