-kaedah-induktif-deduktif

Upload: hasylim-bin-kushairi

Post on 14-Apr-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 -KAEDAH-INDUKTIF-DEDUKTIF

    1/20

    Mengikut pendapat Ahmad Mohd Salleh dalam Pendidikan

    Islam,Falsafah,Pedagogi dan Metadologi pendekatan ialah wujud berasaskan

    tanggapan-tanggapan yang berhubung dengan Falsafah agama dan pengajaran

    serta pengajian agama itu sendiri.Ia menghuraikan sifat mata pelajaran yang

    diajar. Ia menyatakan suatu pendapat, falsafah atau suatu pengajaran tetapi

    tidak semestinya boleh dibuktikan secara mutlak. Umpamanya dalam sebarang

    pengajaran, kita membuat beberapa tanggapan asas dan asas-asas inilah yang

    menjadi prinsip amalan bilik darjah.

    Mendekatkan sesuatu dalam bidang pendidikan dinamakan pendekatan. Setiap

    pendekatan hendaklah mencerminkan satu pandangan atau pendapat tentang

    hakikat satu matlamat pelajaran. Ia bertujuan untuk memudahkan murid

    menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan

    adanya pendekatan guru dapat membuat tanggapan asas yang akan dijadikan

    prinsip amalan bilik darjah.

    Menurut pendapat Gestalt kita mempelajari sesuatu situasi itu secara

    keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan

    atau sebagai teori pembelajaran,maka kita boleh menjadikannya sebagai satu

    pendekatan dalam sesuatu pengajaran. Ini membawa maksud sesuatu

    pengajaran itu harus dimulakan dengan mengamati keseluruhannya terlebih

    dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya.

    Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963) , pendekatan ialah satu set

    andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta

    mempunyai unsure aksiomatik. Melalui pebdapt ibi dapatlah kita merumuskan

    1

  • 7/29/2019 -KAEDAH-INDUKTIF-DEDUKTIF

    2/20

    bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model, prinsip atau teori

    pembelajaran,

    contohnya :-

    a) konkrit kepada abstrak

    b) mudah kepada bahagian

    d) umum kepada spesifik (deduktif)

    e) spesifik kepada umum (induktif)

    f) dekat kepada jauh

    g) diketahui kepada belum diketahui

    Pendekatan merupakan aksiomatik iaitu kenyataan yang dianggap benar tanpa

    memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan ini bolehlah dirumuskan

    sebagai satu teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam

    pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya.

    2

  • 7/29/2019 -KAEDAH-INDUKTIF-DEDUKTIF

    3/20

    2.1 Takrif Pendekatan induktif

    Mengikut pendapat Ee Ah Meng (Pedagogi ii, Pelaksanaan Pengajaran)

    mengemukakan pengertian iaitu bermakna cara mendekati sesuatu.Dalam

    konteks bilik darjah,pendekatan merujuk kepada cara bagaimana objektif-objektif

    jangka masa panjang dapat dicapai dalam satu-satu mata pelajaran.Biasanya

    berasaskan teori.

    Melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi iaitu murid tidak diajar seuatubahan pengajaran secara langsung, mereka hanya diberitahu berhubung hal-hal

    berkaitan dengan pelajaran tersebut. Seterusnya mereka digalakkan mencari,

    meneliti dan mempelajarinya sendiri serta mengemukakan satu rumusan hasil

    daripada kajian-kajian yang telah dilakukan.

    2.2 Kaedah Pendekatan Induktif

    Pendekatan induktif sesuai untuk dijalankan dalam pengajaran matapelajaran

    yang mempunyai kepelbagaian tajuk. Pendekatan induktif ini lebih menumpukan

    kepada memanfaatkan maklumat-maklumat yang lepas untuk digabungkan

    dengan maklumat-maklumat yang baru agar menjadi bahan ilmiah yang dapat

    3

    CONTOH-CONTOHKHUSUS

    MEMBUATGENERALISASIMEMERHATI, MENGKAJI,MENGENALPASTI,MENTAFSIR

  • 7/29/2019 -KAEDAH-INDUKTIF-DEDUKTIF

    4/20

    disepadukan. Pendekatan ini merupakan pendekatan terkini yang popular

    digunakan dalam pengajaran mata pelajaran bahasa yang berteraskan kepada

    kaedah.

    Pendekatan induktif juga melibatkan aktiviti mengumpul dan menafsir

    maklumat-maklumat, kemudian membuat kesimpulan. Dalam penggunaan

    kaedah ini, guru akan memulakan pengajarannya dengan memberikan beberapa

    contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan

    contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal

    pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu,

    kemudian kesimpulan yang diberikan. Di dalam situasi pelajaran yang

    menggunakan pendekatan induktif ini, guru boleh mengemukakan contoh yangkhusus, diikuti soal jawab untuk membimbing murid-muridnya memerhati,

    mengkaji, mengenal pasti prinsip atau fakta penting. Semasa menjalankan

    aktiviti P&P, guru tidak digalakkan memberi sebarang penerangan atau

    menghuraikan kesimpulan itu. Guru hanya membimbing murid melalui aktiviti

    soal jawab, mentafsir dan membuat kesimpulan daripada contoh yang

    kemukakan. Kelebihan pendekatan induktif ini ialah murid melibatkab diri secara

    aktif, bersifat saintifik, menggalakkan murid berfikir dan ia berpusatkan murid.

    Namun, terdapat juga kelemahannya iaitu sukar mendapatkan kerjasama

    daripada murid-murid, menggunakan banyak masa apabila murid-murid diminta

    memberikan contoh, membebankan tugas guru kerana banyak persediaan harus

    dilakukan dan kurang bermanfaat kepada murid pandai. Kaedah induktif adalah

    salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan untuk pelbagai mata

    pelajaran, khususnya Matematik, Faraid, Sains Tauhidik dan Bahasa.

    Dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti induktif dengan berkesan,

    Pendekatan ini dapat dilangsungkan melalui lima langkah utama dalam

    pengajaran dan pembelajaran (Nik Mohd Rahimi et. al.:1999): Guru juga perlu

    4

  • 7/29/2019 -KAEDAH-INDUKTIF-DEDUKTIF

    5/20

    memahami dan mematuhi prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran

    induktif yang dihuraikan seperti berikut :

    Pendahuluan (al-Tamhid)

    Sebelum memulakan aktiviti P&P secara induktif, guru harus

    menyediakan contoh-contoh yang boleh menbantu murid membuat rumusan.

    memfokuskan objektif khusus kepada tajuk pelajaran dengan mengambil kira

    tahap persediaan pelajar terhadap tajuk yang akan diajar. Proses ini akan

    menganalisis pemikiran pelajar mengenai maklumat-maklumat yang ada pada

    mereka yang mengaitkannya dengan tajuk pengajaran baru. Tujuannya ialahuntuk merangsang pelajar dengan tajuk pelajaran baru agar mereka dapat

    bersedia untuk menerimanya. Guru tidak digalakkan memanjangkan masa

    semasa menjalankan proses ini, hanya mengemukakan persoalan-persoalan

    atau aktiviti-aktiviti yang menarik, ringkas dalam usaha mengemukakan tajuk

    yuang akan diajar nanti.

    Membentangkan pengajaran (ardh al-Maudhu).

    Satu proses mengumpul maklumat-maklumat pelajar dalam

    kepelbagaian bentuk yang menarik perhatian dalam usaha mengemukakan

    pendekatan. Proses ini perlu jelas, tidak sukar, jauh daripada kekusutan

    ungkapan yang mudah diterima oleh pelajar. Semua ini penting dalam usaha

    guru mengeluarkan sesuatu pendekatan bahasa dengan cara yang lebih mudah

    dan menarik. Guru perlu mengemukakan seberapa banyak contoh yang akan

    memberikan kefahaman kepada pelajar sebelum daripada pernyataan rumusan

    pengajaran. Contoh khusus yang dipilih juga haruslah sesuai dan mencukupi.

    Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapatkan

    kesimpulan yang berkenaan. Aktiviti pembelajaran secara induktif juga harus

    5

  • 7/29/2019 -KAEDAH-INDUKTIF-DEDUKTIF

    6/20

    melibatkan penggunaan deria-deria murid, khasnya penglihatan, pendengaran,

    hidu dan sentuh.

    Hubungkait dan perbandingan (al-rabt wa al-muwazanah).

    Guru memerlukan penglibatan pelajar dalam perkaitan dan

    perbandingan melalui contoh-contoh yang dibincangkan untuk memudahkan

    mereka menerima rumusan yang akan dibuat nanti. Jenis contoh khusus yang

    diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri yang sama serta

    mudah untuk membolehkan murid mengenal pastinya. Proses ini memerlukankepada pembuktian yang rasional, pemikiran yang tajam dan tidak gopoh dalam

    mengeluarkan sesuatu hukum atau pendekatan baru yang diajar. Proses ini

    mempunyai perkaitan yang rapat dengan proses yang kedua tadi. Guru tidak

    harus memberi penerangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan

    dengan kesimpulan.

    Rumusan (al-Tamim wa istiqra al-Qaedah)

    Rumusan terhadap hukum/ pendekatan bahasa yang dipelajari sejurus

    perbincangan. Ini adalah satu proses dalam bentuk pendefinisian atau

    mengeluarkan sesuatu hukum bahasa. Disamping itu, soalan-soalan harus

    disediakan untuk membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan.

    Murid dibimbing melalui aktiviti soal jawab untuk mendapat kesimpulan sendiri.

    Peranan guru amat besar dalam mengarahkan pelajar ke arah rumusan tersebut

    melalui lisan dan dirakamkan dalam bentuk penulisan di papan hitam.

    6

  • 7/29/2019 -KAEDAH-INDUKTIF-DEDUKTIF

    7/20

    Implementasi (al-Tatbiq).

    - Ini adalah proses terakhir untuk menilai tahap kefahaman pelajar tentang tajuk

    yang diajar dengan mengesahkan lagi rumusan yang telah dibuat melalui

    perlaksanaan terhadap ayat-ayat lain atau mengaplikasikannya melalui pelajaran

    lain.

    Kerja Rumah (al-Wajib al-Manzili).

    - Guru memberikan latihan dan tugasan sebagai kerja rumah.

    7

  • 7/29/2019 -KAEDAH-INDUKTIF-DEDUKTIF

    8/20

    3.1 Takrif Pendekatan Deduktif

    Pendekatan deduktif ialah sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada

    sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan dikuti

    dengan aplikasinya keatas contoh-contoh yang khusus. Kadangkala ia juga

    digunakan untuk mendapatkan kesimpulan yang baru daripada rumus yang telah

    diketahui.

    3.2 Kaedah Pendekatan Deduktif

    Kaedah ini berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang

    kompleks kerana ia memerlukan murid memperolehi kefahaman yang

    mendalam, pengetahuan yang cukup, serta berupaya memilih rumus yang telah

    diperolehi dengan tepat untuk diaplikasikan pada contoh yang khusus. Guru

    memberitahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal. Murid dibimbingmengingat kembali hukum yang berkaitan untuk membolehkan mereka

    menyelesaikan masalah atau mendapatkan kesimpulan yang baru.

    Terdapat tiga jenis induktif iaitu menyelesaikan masalah, membentuk kesimpulan

    baru dan membuktikan hipotesis. Prinsip-prinsip bagi pendekatan deduktif ialah :

    ini disempurnakan dengan perpindahan daripada hukum umum ( kulli ) kepada

    hukum yang lebih khusus ( juzi ). pengajaran dimulakan dengan

    menyebut/mengingati pendekatan atau hukum secara am dan mengukurnya

    dengan cara mengemukakan contoh-contoh bagi menyabitkan hukum tersebut.

    8

  • 7/29/2019 -KAEDAH-INDUKTIF-DEDUKTIF

    9/20

    Pendekatan ini juga dapat dijalankan melalui lima langkah utama:

    Pendahuluan

    bertujuan untuk mempersiapkan pelajar dengan tajuk pelajaran baru yang akan

    diajar dan menentukan skop perbincangannya.

    Mementingkan pengajaran.

    Guru akan terus mengemukakan hukum atau pendekatan yang ingin dipelajari

    kepada pelajar dengan menulisnya di papan hitam atau dengan cara lain yang

    difikirkan patut. Guru akan membaca dan membuat huraian lanjut berkenaanpendekatan dipelajari tersebut satu-persatu.

    Rumusan terhadap hukum/pendekatan

    Guru akan membuat contoh-contoh yang mendasari pendekatan yang telah

    disampaikan. Guru sendiri tidak perlu melaksanakan cara penyelesaian masalah

    atau menghuraikan cara membuktikan hipotesis, tetapi membimbing murid

    melalui aktiviti soal jawab sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaian

    masalah. Guru juga akan meminta pelajar mengemukakan contoh-contoh baru

    yang mempunyai kaitan dengan pendekatan bagi menampakkan kesahan

    pendekatan tersebut dalam bentuk penggunaan ayat. Kesimpulan,prinsip atau

    teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah atau membuktikan hipotesis

    haruslah diketahui serta difahamkan.

    9

  • 7/29/2019 -KAEDAH-INDUKTIF-DEDUKTIF

    10/20

    Penilaian.

    Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali kesimpulan, prinsip atau teori

    yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang telah

    didedahkan. Ini adalah proses terakhir untuk menilai tahap kefahaman pelajar

    tentang tajuk yang diajar di mana guru akan memberikan contoh-contoh baru

    hingga pelajar betul-betul faham tentang penggunaan pendekatan yang dipelajari

    sebagai persiapan untuk menghadapi pelajaran akan datang.

    Kerja Rumah.

    Guru memberikan beberapa latihan dan tugasan sebagai kerja rumah.

    Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh setiap guru dalam

    Melaksaanakan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan

    pendekatan ini ialah:

    Tidak menjadikan al-Balaghah sebagai satu mata pelajaran yang hanya untuk

    dihafaz pendekatan, takrif beserta dengan contoh-contohnya dan mengenali

    istilah-istilahnya sahaja tanpa kefahaman dan amali.

    Pelajar harus diberikan peluang untuk mereka melaksanakan pendekatan

    Balaghah yang mereka pelajari secara ilmiah dan dapat merasai nilai-nilai

    seni dan keindahannya.

    Antara asas-asas utama pengajaran al-Balaghah ialah mengaitkannya secara

    langsung dengan teks-teks sastera Arab yang mempunyai unsur dan nilai

    retorik yang boleh dijadikan contoh. Menjadi satu kesalahan yang besar

    sekiranya guru begitu ghairah memperkenalkan asas-asas Balaghah sebelum

    10

  • 7/29/2019 -KAEDAH-INDUKTIF-DEDUKTIF

    11/20

    pelajar dapat memahami teks-teks yang dipelajari.

    Mengaitkan contoh-contoh retorik Arab dengan apa yang sentiasa digunakan

    dalam percakapan harian terutama dalam bahasa kita agar pelajar dapat

    membuat perbandingan antara keduanya.

    Menghubungkan antara satu unsur dengan unsur retorik yang lain seperti al-

    Jinas dengan al-Saja yang boleh membawa kepada kesepaduan suara, al-

    Muqabalah dengan al-Tauriyyah dari segi keindahan maknanya, al-Amr , al-

    Nahy dan al-Istifham di bawah satu kunci al-Talab , al-Tasybih dengan al-

    Istiarah yang dapat mendatangkan imaginasi berserta dengan realiti.

    Latihan-latihan untuk menguji kefahaman pelajar sama ada latihan berbentuk

    lisan atau bertulis. Latihan-latihan ini amat berguna sekiranya disertai dengan

    ayat-ayat al-Quran, hadis adan teks-teks sastera Arab. Penganalisaan terhadap

    sumber-sumber ini penting bagi memperlihatkan unsur-unsur retorik yang

    dipelajari.

    Perlu juga membangkitkan hubungan retorik dari sudut psikologi dan realitysemasa serta persekitaran yang menyebabkan teks-teks retorik dikeluarkan.

    Dengan ini akan dapat memperlihatkan kenapa seseorang sasterawan hanya

    memperkatakan tentang sifat murah, toleransi, kasih-sayang, cinta, membalas

    dendam, peperangan dan sebagainya.

    Menggabungjalinkan al-Balaghah dengan beberapa mata pelajaran dan ilmu

    ilmu bahasa Arab yang lain.

    11

  • 7/29/2019 -KAEDAH-INDUKTIF-DEDUKTIF

    12/20

    Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

    Pengenalan

    Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kita pasti menemui istilah seperti

    pendekatan, pendekatan dan teknik. Ketiga-tiga konsep ini mempunyai perkaitan

    dan ianya saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain dan dengan inilah

    ianya sering mendatangkan kekeliruan di kalangan guru-guru sekolah samada

    guru pelajaran agama mahupun guru pelajaran yang lain.

    Konsep

    Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan hukum.

    Memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman

    Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh-contoh tertentu

    Cuba untuk mendapatkan kesimpulan melalui satu urutan/susunan pemikiran

    Membuat andaian munasabah daripada spesifik (khusus) kepada umum

    Ciri-ciri

    12

  • 7/29/2019 -KAEDAH-INDUKTIF-DEDUKTIF

    13/20

    ? Matlamatnya ialah pembentukan kebiasaan

    ? Guna pengantaraan deria untuk dapatkan pengetahuan

    ? Perlu kekerapan pengulangan dalam pelbagai konteks untuk kuasai sesuatu

    kemahiran

    ? Tekankan pengajaran berbentuk konkrit

    ? Beri peluang kepada murid belajar di bawah bimbingan guru

    ? Penglibatan murid secara aktif ditekankan

    ? Wujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan

    ? Bimbingan dan bantuan guru diperlukan sepanjang proses pengajaran dan

    pembelajaran

    PendekatanDeduktif

    Takrif

    Suatu penagajaran yang dimulakan dengan melihat hukum-hukum atau

    mempelajari peraturan-peraturan tertentu dan akan diaplikasikan menjadi suatu

    fakta.

    Dalam pembelajaran di bilik darjah, murid akan dihadapkan dengan suatumasalah. Kemudian mereka akan memilih prinsip, peraturan, kesimpulan atau

    generalisasi yang sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah.

    Setiap jalan penyelesaian masalah yang dibuat oleh murid mestilah betul kerana

    ia akan dirujuk kepada guru pada akhir sesi pembelajaran.

    13

  • 7/29/2019 -KAEDAH-INDUKTIF-DEDUKTIF

    14/20

    Konsep

    ? Pelajari sesuatu berdasarkan hokum

    ? Satu produksi fakta untuk membuktikan satu pernyataan umum

    ? Menganalisa fakta yang membentuk generalisasi

    ? Membuat satu penghuraian daripada umum kepada yng khusus

    Prinsip

    ? Strategi penyoalan hendaklah diadakan supaya guru dapat menolong murid-

    murid membentuk konsep dan seterusnya membuat generalisasi yang

    dikehendaki

    ? Mencuba dan menguji kemahiran intelektual murid

    ? Pengajaran yang terancang dan kepelbagaian aktiviti yang digunakan dapatmenarik minat murid

    ? Guru perlu menyediakan alat Bantu yang sesuai

    ? Bimbingan dan bantuan diperlukan sepanjang proses pengajaran dan

    pembelajaran

    Ciri-ciri

    14

  • 7/29/2019 -KAEDAH-INDUKTIF-DEDUKTIF

    15/20

    ? Pembelajaran mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi oleh murid

    ? Pendekatan ini menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu

    ? Penyusunan isi mestilah dimulakan daripada keseluruhan kepada yang lebih

    kompleks

    ? Pembelajaran kefahaman lebih kekal daripada hafalan.

    Teknik

    Murujuk kepada pendapat Ahmad Mohd Salleh , teknik ialah apa yang kita lihat di

    dalam bilik darjah.Sesuatu teknik harus dilihat dalam konteks dengan

    pendekatan yang digunakan.Umpamanya menggunakan makmal bahasa untuk

    mengajar bahasa arab adalah suatu teknik begitu juga membaca,menjawab dan

    sebagainya,yang penting ialah pemilihan mestilah berasaskan sesuatu

    pendekatan yang berlandaskan sesuatu pendekatan pada akhirnya

    keberkesanan sesuatu teknik yang digunakan bergantung atas asas-asas

    pengpendekatanan dan pendekatan yang kukuh,mantap dan boleh dipercayai..

    Merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung di dalam sesuatu pendekatan.

    Teknik merangkumi aktiviti,pelaksanaan dan kemahiran guru yang digunakan

    dalam pengajaran (Ee Ah Meng, Pedagogi ii.)

    Teknik adalah unsur terkecil dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, ia

    terkandung dalam sesuatu pendekatan. Ia merangkumi aktiviti, pelakuan dankemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran. Teknik ialah cara

    menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran. Contohnya dalam pendekatan

    permainan, pelbagai teknik digunakan untuk menjadikan permainan itu

    bermakna dan menyeronokkan. Seseorang guru mestilah pandai menggunakan

    15

  • 7/29/2019 -KAEDAH-INDUKTIF-DEDUKTIF

    16/20

    teknik supaya murid lebih berminat dan timbul motivasi untuk belajar. Dalam

    setiap pengajaran sememangnya terdapat pelbagai cara dan teknik yang boleh

    digunakan, namun begitu tiada satu teknik pun yang dianggap sesuai dan dapat

    digunakan untuk semua keadaan atau terbaik untuk semua sesi pengajaran.

    Teknik yang digunakan hendaklah bergantung kepada umur dan berdasarkan

    kepada minat murid serta bahan pengajaran yang hendak disampaikan.

    Teknik pengajaran dan pembelajaran ini mempunyai beberapa objektif,

    antaranya ialah :-

    a) Untuk menyampaikan bahan pengajarandengan cara yang boleh menarik

    minat murid-murid dan untuk mengekalkan perhatian serta mencungkil rasa ingin

    tahu mereka.

    b) Untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif-objektif pengajaran yang

    dipelajari dengan mudah dan berkesan.

    Teknik pengajaran bagi mata pelajaran akhlak islamiah mempunyai perbezaan

    dengan pengajaran agama yang lain kerana ianya lebih menumpukan kepada

    perbincangan dan pemahaman. Teknik yang biasa digunakan bagi pelajaran

    akhlak islamiah adalah seperti berikut :-

    i) Teknik bercerita

    ii) Teknik berbincangiii) Teknik penyelesaian masalah

    iv) Teknik sumbangsaran

    v) Teknik tunjuk cara

    vi) Teknik main peranan

    vii) Teknik bersoal jawab

    16

  • 7/29/2019 -KAEDAH-INDUKTIF-DEDUKTIF

    17/20

    Setiap teknik-teknik ini punya kelemahan dan kebaikan, namun untuk memilih

    yang benar-benar terbaik adalah sukar untuk seseorang guru kerana minat murid

    adalah berbeza antara satu sama lain. Jadi untuk menjamin keberkesanan

    sesuatu teknik hendaklah ianya sesuai dengan isi pelajaran dan ianya mampu

    untuk dilaksanakan oleh murid. Selain itu keberkesanan sesuatu teknik yang

    digunakan juga bergantung atas asas-asas pengpendekatanan dan pendekatan

    yang kukuh, mantap dan boleh dipercayai.

    Oleh yang demikian teknik pengajaran boleh ditakrifkan sebagai kemahiran

    guru dalam mengelola dan menjalankan langkah-langkah dalam aktiviti

    pengajaran. Ia menekankan kepada aspek bagaimana menggunakan sumber-

    sumber pengajaran serta menimbang langkah-langkah pengajaran.

    Pendekatan

    Mengikut pendapat Ahmad Mohd Salleh , pendekatan ialah suatu perancanganyang sisitematik secara keseluruhan untuk menyampaikan bahan pengajaran.Ia

    merupakan satu prosedur melakukan sesuatu berasaskan tanggapan-tanggapan

    asas yang dibina melalui pendekatan.Dengan itu sesuatu

    pendekatan,memugkinkan beberapa pendekatan berbagai-bagai faktur

    17

  • 7/29/2019 -KAEDAH-INDUKTIF-DEDUKTIF

    18/20

    mempengaruhi persembahan bahan secara sisitematik umpamanya jenis

    pelajaran. Dengan itu,berbagai-bagaikardah harus diwujudkan untuk memenuhi

    keperluan pelbagai golongan tadi.

    Mengikut pendapat Ee Ah Meng , pendekatan ialah suatu ciri tindakan guru yang

    sistematik serta berurutan dan bertujuan mencapai objektif spesifik,iaitu jangka

    pendek sesuatu pelajaran.Ia juga membawa implikasi penyusunan,oleh

    itu,pendekatan mengajar bererti cara mendekati sesuatu objektif dengan

    langkah-langkah yang tersusun dan teratur.

    Pendekatan adalah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan

    sesuatu pengajaran secara teratur,kemas dan sistematik.Ia merupakan langkah-

    langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan

    kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu

    pelajaran.

    Dalam menerangkan sesuatu prosedur pengajaran dan pembelajaran,guru-guru

    boleh menggunakan pendekatan yang sesuai,terutama pendekatan-pendekatan

    yang dapat memenuhi keperluan murid-murid.Oleh itu guru-guru sepatutnya

    dapat merancang prosedur.Mereka perlu dapat menggambarkan dengan jelas

    dalam fikiran mereka ciri-ciri fikiran atau sifat-sifat sejati pendekatan berkenaan.

    Perancangan prosedur tersebut boleh dilakukan melalui cara-cara berikut :

    1. Kenal pasti terlebih dahulu apa yang akan digunakan.

    2. Tetapkan bahan yang hendak disampaikan,mengikut peruntukan masa yang

    diperlukan.

    3. Tetapkan langkah-langkah mengikut aktiviti yang akan diperkenalkan.

    4. Tetapkan alat bantu mengajar yang diperlukan.

    5. Susunkan langkah-langkah secara berperingkat.

    18

  • 7/29/2019 -KAEDAH-INDUKTIF-DEDUKTIF

    19/20

  • 7/29/2019 -KAEDAH-INDUKTIF-DEDUKTIF

    20/20

    Bandung & SekitarnyaSubuh 04:39 WIBZuhur 11:55 WIB

    Asar 15:16 WIBMagrib 17:53 WIB

    Isya 19:02 WIB