-adhoc-prostar

36
PROGRAM-PROGRAM ADHOC / PROSTAR PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Upload: ejan-yan-gp

Post on 25-Nov-2015

126 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • PROGRAM-PROGRAM ADHOC / PROSTAR

    PKE 3104PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

  • KANDUNGANKonsep dan Matlamat ProgramProgram-ProgramPendidikan Pencegahan AIDSProjek Anti DenggiProgram RubellaPelaksanaan Program

  • KONSEP DAN MATLAMAT PROGRAM

  • PENGENALAN PROSTARPROSTAR adalah singkatan kepada Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja.Diperkenalkan oleh KKM dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS di kalangan remaja. Ide penubuhan PROSTAR telah dicetuskan pada tahun 1995 hasil perbincangan KKM dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 24 November 1996 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan diikuti dengan penerbitan dan penggunaan manual latihan PROSTAR pada tahun yang sama.

  • KONSEP PROSTAR

    PROSTAR berkonsepkan Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja.Program ini menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 hingga 25 tahun sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah Hidup Sihat Tanpa AIDS.Sebagai PRS mereka dilatih untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pendidikan HIV/AIDS kepada remaja yang lain.

  • FORMULA PROSTAR

    Formula PROSTAR terdiri daripada simbol-simbol berikut:-:+ tambah maklumat /bahagi tanggungjawab x gandakan usaha - tolak risiko = hidup sihat tanpa AIDS

  • PROGRAM-PROGRAM

    1.PENDIDIKAN PENCEGAHAN AIDS2.PROJEK ANTI DENGGI3.PROGRAM RUBELLA

  • Meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran PPDa kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah rokok, inhalan, alkohol dan HIV/AidsMembangun modal insan yang memiliki ketahanan dan jati diri yang tinggi dikalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani

  • Membentuk budaya sihat, tingkahlaku positif dan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid sekolahMelibat dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.Menyediakan alternatif yang berfaedah supaya dapat menyekat murid sekolah daripada terlibat dengan dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV/Aids

  • MatlamatMatlamat Pendidikan Pencegahan dadah di Sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012.

  • Visi Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015 Misi Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas dari dadah.

  • Aktiviti peringkat kebangsaanNafas Segar (murid Tahun 5)Kolokium Kepimpinan Pendidikan Pencegahan DadahTingkatan 4)Program Gerak Sedar Bersepadu (PROGRES) (murid Tingkatan 2)Jambori Skim Lencana Antidadah (SLAD) (murid Tingkatan 2)Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (Menengah dan Rendah)Tunas Pendidikan Pencegahan Dadah (murid Tahun 6)Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah (murid Tingkatan 6 Rendah)Sahabat Pendidikan Pencegahan Dadah @ Petronas (menengah dan rendah)

  • PETRONAS - Program Sahabat PPDa-PETRONAS.Agensi Antidadah Kebangsaan- Ujian Urin- Program Intervensi Pelajar- Program Sekolah Gemilang AADK (SEGAK)- Kem Kecemerlangan Intelek Murid (INTIM)- CD Pintar Interaktif- TUNASBahagian Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia - Ceramah Kenali Ubat-ubatanUniversiti Malaysia - Langkah ke Menara GadingAktiviti dengan agensi

  • Skim Lencana Antidadah (SLAD).Aktiviti perkhemahan.Karnival PPDa:1.Deklamasi sajak antidadah2.Boria antidadah3.Nasyid antidadah4.Dikir barat antidadah5.Melukis poster antidadah6.e-PPDa

  • Program keibubapaan bersama PEMADAM dan AADK.Program Waja Diri bagi pelajar lelaki dan perempuan yang berisiko di sekolah rendah dan di sekolah menengah.Program Intervensi Pelajar (PIP) bersama AADK.Jambori SLAD.Seminar PPDa Tingkatan 6 Rendah.Latihan personal dan interpersonal bersama AADK.Sahabat PPDa / Petronas.

    http://skterusanbaru.blogspot.com/2012/09/pendidikan-pencegahan-dadah.html

  • PROJEK ANTI DENGGI

  • PROJEK ANTI DENGGIOBJEKTIF :

    Menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya hidup sihat.Memupuk sikap keprihatinan dan komitmen yang tinggi di kalangan warga sekolah tentang pendidikan pencegahan denggiMenjadikan murid sebagai agen perubahan terhadap pencegahan pembiakan nyamuk Aedes.Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, selamat kondusif dan bebas pembiakan nyamuk Aedes

  • PROJEK ANTI DENGGI

    MISI: Tiada Aedes Tiada Denggi

    VISI:Melahirkan Generasi Yang Perihatin Terhadap Pencegahan Pembiakan Nyamuk Aedes

  • PROJEK ANTI DENGGI

    AKTIVITI KEMPEN ANTI DENGGIMencari dan memusnahkan tempat pembiakan aedes.Ceramah Pendek Denggi.Bercerita Denggi.Mengedarkan risalah berkaitan denggi kepada masyarakat setempat.Persediaan ke pertandingan Pameran Denggi.Lawatan dan Penerangan mengenai Bahaya Denggi ke Tadika dan Taska berhampiran.

  • PROGRAM RUBELLA

  • PROGRAM RUBELLAPENGENALANPenyakit berjangkit adalah penyebab utama berlakunya kecacatan dan kematian di kalangan kanak-kanak. Imunisasi adalah cara yang efektif dalam mencegah dan mengurangkan penyakit ini. Semua kanak-kanak berhakmendapat imunisasi yang lengkap. Dengan itu adalah penting untuk anggota kesihatan melengkapkan diri dengan pengetahuan terbaru mengenai perkembangan tentang imunisasi.Penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi merupakan penyakitberjangkit yang boleh mengakibatkan morbiditi yang tinggi, mortaliti dan risikosamada penyakit itu dapat dirawat atau tidak. Kebanyakan daripada penyakit penyakit ini dapat dicegah melalui imunisasi seperti tibi, measles (campak),mumps (beguk), pertussis (batuk kokol), tetanus (kancinggigi), chicken pox (cacar), Japanese encephalitis.

  • PROGRAM RUBELLAPENGENALAN

    Pada tahun 1988, KKM telah memperkenalkan imunisasi Rubella untuk remaja perempuan di Tingkatan 3 (berumur 15 tahun). Walau bagaimanapuntahap umur imunisasi ini telah dipercepatkan ke Tahun 6 (berumur 12 tahun).

  • APA ITU RUBELLA ?

    Rubella atau lebih dikenali sebagai German Measles merupakan jangkitan virus (togavirus). Ia merebak dengan caratitisan udara dari hidung dan tekak mereka yang mempunyai rubella ataupun,dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome.Rubella juga merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus biasanya dengan bintik-bintik ruam merah.

  • Ancaman virus Rubella yang paling menakutkan oleh virus Rubella ini ialah sekiranya ia menjangkiti wanita yang hamil dalam tempoh 12 minggu pertama atau tiga bulan. Ini disebabkan virus rubella boleh merentasi sistem pertahanan uri dan masuk ke dalam tubuh janin yang sedang membentuk menjadi bayi.Jangkitan virus rubella pada bayi dikenali sebagai sindrom konginetal Rubella.

  • TANDAN-TANDA DIJANGKITI VIRUS RUBELATanda-tanda biasanya timbul diantara dua hingga tiga minggu selepas dijangkiti virus itu. Tanda-tanda itu biasanya akan berterusan untuk dua hingga tiga hari. Ruam merah jambu dan halus yang bermula pada muka dan merebak ke arah badan. Kemudian bahagian tangan dan kaki sebelum hilangdalam turutan yang sama.Untuk orang dewasa atau kanak-kanak yangterkena rubella, tanda-tanda dan gejalanya adalah ruam dan demam ringan selama 2 hingga 3 hari (38C dan kurang), sakit kepala, lemah lesu, batuk,sakit tekak.Kelenjar bengkak biasanya di leher atau berhampiran telinga dan ruam-ruam merah di badan. Ruam bermula di muka, dan demam menurun.Gejala beransur hilang apabila muncul ruam. Ruam hilang selepas lima hari dan meninggalkan parut. Kadangkala jangkitan ini tidak disedari oleh pesakitatau ibu-bapa.

  • PELAKSANAAN PROGRAM

  • PENDEKATAN BERSEPADU PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

  • Polisi Kesihatan SekolahPolisi Kesihatan Sekolah bertujuan untuk: Menyediakan piagam sekolah sebagai panduan kpd warga sekolah & masyarakat luar. Merancang & mengawasi pelaksanaan polisi kesihatan.Beberapa polisi yg boleh dibentuk oleh sesebuah sekolah yg berkaitan & bersesuaian dengan keperluan sekolah ialah: Polisi keselamatan makanan di kantin sekolah; Polisi pertolongan cemas; Polisi keselamatan sekolah; Polisi kawalan penyakit; Polisi persekitaran fizikal sekolah; Polisi persekitaran sosial sekolah; Polisi pendidikan kesihatan; Polisi peranan warga sekolah dan masyarakat.

  • Persekitaran Fizikal SekolahPersekitaran fizikal sekolah yg sihat & selamat ialah keadaan sekolah yg mempunyai kemudahan asas & fizikal yg sentiasa bersih, ceria, selamat dan sihat. Persekitaran tersebut berfungsi untuk: Mewujudkan persekitaran fizikal yg bersih & selamat; Mewujudkan persekitaran yg bebas drp risiko jangkitan penyakit; Memastikan semua kemudahan asas di sekolah mencukupi & sentiasa dlm keadaan bersih, ceria, selamat & sihat

  • Persekitaran Sosial SekolahPersekitaran yg boleh membentuk sikap & amalan ke arah membina sahsiah warga sekolah yg murni & dapat mengatasi segala cabaran sama ada cabaran mental atau fizikal.Berupaya menyediakan: Persekitaran yg kondusif utk perkembangan mental yg sihat & mengurangkan stress di kalangan warga sekolah. Perkembangan yg seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani & intelek warga sekolah.

  • Penglibatan KomunitiBentuk kerjasama di antara warga sekolah, ibu bapa serta masyarakat yg menyokong dan meningkatkan tahap kesihatan warga sekolah. Berfungsi utk: Penglibatan aktif dlm aktiviti kesihatan. Melibatkan diri dlm bentuk tenaga kepakaran/bahan/kewangan. Memberi dorongan & sokongan moral kepada murid. Menjadi `role model amalan cara hidup sihat.Beberapa aktiviti boleh dijalankan:PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja)Bebas Denggi di SekolahAnti MerokokKempen Cara Hidup SihatProgram Kantin SihatSekolah BersihBebas DadahKeselamatanRekreasiAgama dan KerohanianKekeluargaanPemantauan dan Penilaian

  • Kemahiran Kesihatan DiriSuatu usaha utk bentuk sikap yg positif ke arah amalan cara hidup sihat dlm kalangan warga sekolah. Penting utk mengadakan pembelajaran & pengajaran yang formal dan tidak formal dalam mengendalikan kesihatan fizikal, mental, rohani dan sosial, serta alam sekeliling ke arah amalan cara hidup yang sihat.Aktiviti-Aktiviti; Kesihatan Fizikal Kebersihan diri, Kesihatan pergigian, Senaman dan kecergasan, Makan secara sihat, Anatomi dan fisiologi tubuh badan, Pertolongan cemas, Kesihatan Mental dan Sosial Perkembangan mental dan sosial Tekanan rakan sebaya dan keluargaPemantauan dan Penilaian Pendidikan Kesihatan Formal Pendidikan Kesihatan Tidak Formal

  • Perkhidmatan Kesihatan SekolahPerkhidmatan kesihatan sekolah berperanan untuk: Memaklumkan guru & ibu bapa mengenai tahap kesihatan murid bagi membolehkan rawatan lanjut & tindakan susulan bagi kes tertentu. Membina kefahaman & kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan kesihatan optimum & amalan cara hidup sihat. Rancangan khas spt rancangan makanan tambahan & program susu sekolah kpd murid dilaksanakan dgn sempurna.

  • Perkhidmatan Kesihatan Sekolah (sambungan) Menyediakan khidmat pertolongan cemas & rujukan kpd warga sekolah. Mengesan masalah kesihatan, merawat & merujuk kes yg memerlukan perhatian serta tindakan lanjut. Menyediakan pemantauan & penilaian ke atas aktiviti2 kesihatan sekolah. Mencegah & mengawal kejadian penyakit.Perkhidmatan kesihatan sekolah merangkumi penilaian status kesihatan, promosi kesihatan dan pemakanan, penjagaan kesihatan, pergigian, bantu mula, rawatan, pemantauan & penilaian, rujukan serta penempatan di dalam kelas khas yang diberi oleh doktor perubatan dan pergigian, kakitangan kejururawatan dan guru-guru untuk pencapaian kesihatan optimum warga sekolah.

  • SEKIAN,TERIMA KASIH

    ***************************