zzzt 1042

13
ZZZT1042 ( HUBUNGAN ETNIK) PERANAN RUKUN TETANGGA DALAM MEMUPUK PERPADUAN DI KALANGAN WARGA MALAYSIA 1.0 PENDAHULUAN 2.0 Masyarakat majmuk adalah fitrah dalam kehidupan manusia. Ia terungkap dalam surah al-Hujurat yang menyatakan bahawa pelbagai kaum di dunia memimpin ke arah proses untuk mereka berkenal- kenalan.Berkenalan membawa maksud yang luas termasuk menyuburkan faktor perbandingan yang memberi manfaat. Ada aspek budaya dan tamadun bangsa yang berbeza menyumbang kepada asas maju dan sifatnya mendukung perubahan. Pada diri setiap manusia yang diciptakan ada asas fitrah yang sifatnya sejagat. Meskipun ada kelainan dalam sistem kepercayaan, resam budaya dan cara hidup tetapi ada asas perlu dikongsi supaya lahir jalinan kemanusiaan tinggi yang membolehkan kehidupan berlaku dan wujud rasa perkongsian terhadap rasa bersama. Masyarakat Melayu yang terbina dengan fahaman Islam umpamanya diajar bersikap adil dan amanah. Faktor adil dan amanah adalah faktor sejagat. Sebuah negara Islam, amanah dan keadilan tidak saja berlaku terhadap orang Islam tetapi dituntut berlaku terhadap bukan Islam yang taat kepada negara. Hakikatnya, mengamalkan ajaran Islam dengan baik menjadikan masyarakat Melayu memiliki kualiti diri yang baik dan menjadi sumber contoh terhadap yang lain. Apabila faktor bangsa menjadi lebih berkuasa, ia mudah mewujudkan persaingan dan

Upload: louise-lim

Post on 17-Nov-2015

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dasdad

TRANSCRIPT

ZZZT1042 ( HUBUNGAN ETNIK) PERANAN RUKUN TETANGGA DALAM MEMUPUK PERPADUAN DI KALANGAN WARGA MALAYSIA 1.0 PENDAHULUAN2.0 Masyarakat majmuk adalah fitrah dalam kehidupan manusia. Ia terungkap dalam surah al-Hujurat yang menyatakan bahawa pelbagai kaum di dunia memimpin ke arah proses untuk mereka berkenal-kenalan.Berkenalan membawa maksud yang luas termasuk menyuburkan faktor perbandingan yang memberi manfaat. Ada aspek budaya dan tamadun bangsa yang berbeza menyumbang kepada asas maju dan sifatnya mendukung perubahan. Pada diri setiap manusia yang diciptakan ada asas fitrah yang sifatnya sejagat. Meskipun ada kelainan dalam sistem kepercayaan, resam budaya dan cara hidup tetapi ada asas perlu dikongsi supaya lahir jalinan kemanusiaan tinggi yang membolehkan kehidupan berlaku dan wujud rasa perkongsian terhadap rasa bersama. Masyarakat Melayu yang terbina dengan fahaman Islam umpamanya diajar bersikap adil dan amanah. Faktor adil dan amanah adalah faktor sejagat. Sebuah negara Islam, amanah dan keadilan tidak saja berlaku terhadap orang Islam tetapi dituntut berlaku terhadap bukan Islam yang taat kepada negara. Hakikatnya, mengamalkan ajaran Islam dengan baik menjadikan masyarakat Melayu memiliki kualiti diri yang baik dan menjadi sumber contoh terhadap yang lain. Apabila faktor bangsa menjadi lebih berkuasa, ia mudah mewujudkan persaingan dan konflik.Tetapi apabila faktor nilai dijadikan pedoman, nilai al-Quran memberikan penganutnya asas jujur, ikhlas dan baik hati. Sebuah negara umat Islam, kepimpinan berasaskan nilai itu sifatnya menaungi bukannya menimbulkan prasangka dan pecah-belah. Kepelbagaian berasaskan kesuburan nilai sejagat yang membolehkan jalinan komunikasi dan kerjasama berlaku seharusnya menjadi dasar pembentukan negara bangsa supaya integrasi lebih bermakna dapat disuburkan. Nilai tolak ansur dan timbang rasa umpamanya adalah nilai unggul yang memberi jalan terbaik terhadap kelainan dan perbezaan akibat wujudnya masyarakat majmuk. Di era globalisasi ini masih terdapat pelbagai perkara yang dilakukan untuk kemajuan dan pembangunan Negara masih memerlukan kerjasama dan penglibatan dari golongan masyarakat terutamanya Rukun tetangga. Hal ini kerana, kalau dilihat kepada kehidupan kita di Malaysia ini yang mengamalkan kehidupan masyarakat majmuk yang aman dan sejahtera, pasti kita akan terfikir siapakah yang memainkan peranan dalam merealisasikan impian untuk menjadikan kehidupan kita semua begitu. Pada hari ini sahaja kita dapati banyak tertubuhnya rukun tetangga di setiap kawasan kediaman. Kalau dibuat pemerhatian berdasarkan statistik bilangan daerah bagi setiap negeri sudah tentu terdapat banyak kawasan kediaman yang telah mempunyai rukun tetangga bagi menjaga setiap aktiviti serta keamanan kawasan kediaman tersebut. Selain itu, melalui penubuhan pasukan rukun tetangga yang berbilang kaum kita dapat lihat akan perhubungan serta keharmonian etnik akan sentiasa terjaga. Pergaulan dari pelbagai etnik dapat merapatkan jurang pemisahan dari segi pertuturan, adat, amalan dan sebagainya. Justeru itu, tiada lagi halangan yang boleh dijadikan penyebab dan alasan tidak mengetahui sesuatu perkara berkaitan sesuatu kaum apabila ada pelancong yang bertanya. Seterusnya dapat menaikkan nama Negara di mata pelancong dari Negara lain. Melalui kaedah ini pelbagai kelebihan serta keuntungan yang dapat diperolehi bukan sahaja kepada negara malahan kepada masyarakat sendiri. Dalam laporan ini diceritakan serba sedikit sejarah, peranan, tujuan dan sebagainya berkenaan dengan penubuhan rukun tetangga ini. 3.0 PERANAN RUKUN TETANGGA DALAM MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN DI KALANGAN WARGA MALAYSIA 4.0 2.0 DEFINISI Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia. Konsep program ini hampir sama seperti Neighbourhood Watch seperti yang diamalkan di United Kingdom. Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) telah ditubuhkan di seluruh negara. 5.0 3.0 SEJARAH PENUBUHAN Rukun Tetangga telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1975 asalnya untuk menjamin keselamatan penduduk setempat. Satu akta yang dikenali sebagai Peraturan Rukun Tetangga 1975 (P.U. (A) 279/75) telah diluluskan untuk memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada pertubuhan tersebut. Tugas yang diberikan adalah untuk membuat rondaan disekitar kawasan kediaman yang melibatkan penduduk yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 55 tahun. Pada 01 Januari 1983, fokus pertubuhan ini bertukar kepada merapatkan hubungan, memupuk serta mengukuhkan lagi semangat kejiranan dalam masyarakat setempat. Berikutan itu, Peraturan Perlu (Rukun Tetangga ) 1975 juga telah dipinda. Kemudian pada 2001, fokus program ini sekali lagi bertukar kepada fokus sekarang, iaitu pembangunan masyarakat secara menyeluruh ke arah mewujudkan perpaduan nasional.6.0 4.0 VISI, MISI, MOTO DAN OBJEKTIF PENUBUHAN 7.0 Visi Rukun Tetangga ialah untuk membantu dalam pembentukan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dalam konteks pencapaian Wawasan 2020. Misi Rukun Tetangga ialah memupuk kesefahaman dan bertolak ansur ke arah pembangunan bangsa Malaysia yang bersatu padu serta beridentiti sendiri. Manakala moto Rukun Tetangga pula ialah Bersatu Terus Maju. Sebagaimana pertubuhan lain, Rukun tetangga juga mempunyai objektif yang tersendiri iaitu memelihara, meningkat,dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar pembangunan negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.8.0 5.0 LOGO Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara. 1. Bulatan Besar Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu. 2. Warna Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu: Biru Bermuafakat dan bersatu padu Merah Keberanian dan keluhuran Kuning Kejayaan dan keharmonian Putih Kesucian dan bertangungjawab 3. 5 Bulatan Kecil Warna Merah Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya. 4. 2 Bentuk Titisan Air Terbalik Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu. 5. Garisan Berwarna Merah Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu. 6. Segi Tiga Berwarna Kuning Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama. 7. Garisan merah di atas garisan putih Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya. 8. Keseluruhan Garisan Berwarna Biru Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara. 9.0 6.0 PERANAN RUKUN TETANGGA Setiap penubuhan pasti mempunyai peranan-peranan yang dimainkan, begitu juga dengan Rukun Tetangga. Terdapat beberapa peranan Rukun Tetangga. Peranan utamanya ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan tersebut. Mereka diberikan jadual mengikut syif yang telah ditetapkan. Selain itu, setiap Rukun Tetangga digalakkan menganjurkan seberapa banyak kegiatan berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan selain program meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum. Hal ini kerana, bagi memastikan matlamat sebenar penubuhan Rukun Tetangga tercapai. 10.0 Terdapat beberapa aktiviti yang telah dilakukan oleh Komuniti Rukun Tetangga yang boleh dikategorikan kepada beberapa bentuk aktiviti. Antaranya ialah :-11.0 4.1 Aktiviti Sosial Negara kita mempunyai pelbagai etnik, justeru itu dapat kita ketahui bahawa di negara kita mempunyai pelbagai perayaan. Oleh hal yang demikian, kita perlu mengamalkan sikap saling kunjung-mengunjung semasa musim perayaan. Tambahan pula di sesebuah kawasan kediaman tersebut mempunyai bilangan penduduknya dari pelbagai etnik. Antara perayaan yang sering disambut seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai, Pesta Keamatan dan Hari Keluarga. 12.0 4.2 Aktiviti Pendidikan Terdapat pelbagai skop pendidikan yang dapat diberikan kepada penduduk setempat. Bukan sahaja kepada golongan kanak-kanak sahaja, golongan muda mudi, kaum wanita serta warga tua juga boleh menerima pendidikan secara tidak formal. Antara program-program pendidikan yang boleh dijalankan seperti kolokium jiran wanita, kursus motivasi, kursus kepimpinan, tuisyen, cerama-ceramah dalam pelbagai bidang, kursus-kursus agama dan sebagainya.13.0 4.3 Aktiviti Sukan Pelbagai acara sukan yang dapat dijalankan di kalangan penduduk. Setiap acara yang diadakan mengikut tahap dan peringkat umur. Melalui acara yang diadakan tersebut dapat mengabung serta menyatukan semangat kerjasama antara penduduk yang pelbagai etnik. Antara acara yang boleh dijalankan seperti sukaneka, larian, permainan bola sepak, bola baling, bola jaring, sepak takrow, sukan air, sukan tradisional, sukan rakyat dan sebagainya. 14.0 4.4 Aktiviti Rekreasi Terdapat pelbagai aktiviti rekreasi yang dapat dijalankan bersama-sama. Bukan sahaja kepada golongan muda mudi sahaja, malahan kepada penduduk kediaman tersebut dan sekitarnya. Antara aktiviti-aktiviti yang sesuai dilakukan ialah tai chi, ekspedisi, mengembara, perkhemahan, dan sebagainya. Sekurang-kurangnya semasa aktiviti rekreasi dijalankan, semua peserta akan saling bekerjasama. 15.0 4.5 Aktiviti Kesihatan Dan Alam Sekitar Aktiviti berkaitan kesihatan dan alam sekitar amat sesuai dijalankan di kawasan kediaman. Hal ini kerana, di kawasan kediaman yang biasa timbul pelbagai isu. Contohnya denggi, penagihan dadah, pencemaran dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, melalui pengendalian aktiviti ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kuantiti pesakit. Melalui pelbagai aktiviti yang diadakan ini mereka akan memperolehi manfaat dan kebaikan bersama. Antara program yang sesuai dijalankan seperti ceramah kesihatan, kempen menjaga alam sekitar, harta awam dan sebagainya. 416.0 .6 Aktiviti Kebajikan Pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan melalui kebajikan. Justeru itu, pihak rukun tetangga memainkan peranan dalam merencanakan program yang menarik di bawah kebajikan. Antara program yang boleh dijalankan ialah melawat rumah orang-orang tua, anak-anak yatim, menghulurkan sumbangan kepada keluarga miskin, mengadakan jualan amal, tabung kebajikan dan sebagainya. Melalui program-program ini bukan sahaja dapat meringankan bebanan pihak yang memerlukan malahan mendapat ganjaran di akhirat kelak amalan yang dilakukan untuk kebaikan dunia dan akhirat. 17.0 4.7 Aktiviti Kesenian dan Kebudayaan Pelbagai faedah yang akan diperolehi dengan adanya aktiviti kesenian dan kebudayaan ini. Sekurang-kurangnya, melalui program-program yang diadakan dapat mencungkil bakat yang terpendam di kalangan penduduk setempat. Justeru itu, sekiranya terdapat pertanding-pertandingan atau kejohanan-kejohanan yang diadakan di mana-mana, mereka dapat menjadi wakil. Melalui cara ini bukan sahaja menaikan nama individu tersebut malahan juga nama kawasan kediaman. Antara program-program yang digalakkan ialah kelas seni tari, seni silat, kraftangan, gamelan, pertunjukan pentas seperti sketsa, teater atau drama dan sebagainya. 18.0 4.8 Aktiviti Ekonomi Pada masa kini para graduan digalakkan untuk meningkatkan ekonomi negara melalui kegiatan pertanian, perternakan dan perladangan. Aktiviti-aktiviti ini dapat memberi pelbagai faedah kerana melalui aktiviti-aktiviti inilah dapat memberi pengalaman yang paling berharga kepada para graduan yang masih baru menamatkan pengajian serta mengelakkan berlakunya pengangguran.. Kalau dilihat sejak kebelakangan ini ramai yang berminat dalam ternakan ikan air tawar. Kementerian juga sanggup memberikan modal agar golongan belia tampil ke hadapan berani mencuba menceburi bidang ini. Justeru itu, seandainya di sesebuah kawasan kediaman diadakan beberapa jenis aktiviti ekonomi, sudah pasti kawasan tersebut akan menjadi semakin maju serta tidak mustahil akan menjadi pembekal utama pada masa akan datang. Kesan daripada beberapa aktiviti ekonomi yang dijalankan ini mungkin dapat mengurangkan juga kegiatan penagihan dadah, mencuri dan sebagainya.hal ini kerana, golongan belia akan menjadi lebih agresif apabila melihat kejayaan dan kemajuan yang diperolehi. Justeru itu, mereka akan berusaha dengan lebih giat agar dapat meningkat taraf kehidupan mereka. Kalau dilihat kepada kehidupan pada masa kini dengan diimbas kembali tragedi-tragedi yang berlaku dalam masyarakat sekeliling sekarang, terlalu banyak perkara yang berlaku melibatkan kaum-kaum tertentu. Pernah sekali pada tahun 2007 di mana kita dikejutkan dengan berita yang begitu menggemparkan berkaitan dengan rusuhan yang berlaku di Pasir Gudang di antara kaum India dengan Melayu berlaku persengketaan. Hal ini berpunca daripada kes rogol dan pembunuhan yang melibatkan kedua-dua kaum tersebut. Selain itu, melalui aspek lain pula contohnya di kalangan ahli perniagaan bukan Melayu yang berjaya umpamanya berasakan penting berkongsi pengalaman dan kaedah terbaik dalam urus niaga dengan peniaga Melayu atas kesedaran bahawa meminggirkan orang Islam boleh menyebabkan wujud ketidakseimbangan penguasaan ekonomi. Sekiranya hal ini berlarutan, rasa terpinggir boleh menyemai sifat dengki dan dendam. Orang Melayu harus bersedia untuk belajar daripada mereka yang berjaya dan cemerlang, barulah asas kejayaan diraih berasaskan kesungguhan bekerja serta kesabaran menghadapi kerenah. Melihat gelagat sesetengah orang Cina dalam perniagaan umpamanya tidaklah menggambarkan nilai murni dalam ajaran Kongfuzi. Kongfuzi dalam bukunya The Analect menganjurkan falsafah murni seperti adil, kasih sayang, timbang rasa dan berperikemanusiaan. Sebagaimana juga melihat sesetengah orang Melayu Islam yang suka melanggar peraturan, bengis di jalan raya, suka ketawa dengan jenaka mencarut bukanlah gambaran ajaran Islam yang mulia seperti sabar, timbang rasa, patuh dan taat kepada aturan, bercakap hal bermanfaat. Kehidupan dalam apa bangsa pun yang tidak dipandu nilai murni terpancar dari agama dan falsafah boleh menyebabkan faktor bangsa menjadi perbezaan yang rapuh terhadap nilai murni. Kehidupan ingin digarap berlandaskan irihati, dendam, syak wasangka akhirnya boleh mencetuskan konflik. Jika asas kehidupan bangsa bertitik tolak dengan nilai murni, ia mencetuskan rasa kemanusiaan tinggi, pengertian mendalam terhadap maksud perbezaan dan mencari titik persamaan yang didukung atas jalinan kasih sayang. Perlumbaan manusia hari ini untuk memperkasakan wibawa bangsa tanpa merujuk keunggulan tamadun yang mendukung kualiti kemanusiaan akhirnya mengarah kepada konflik. Yang menemukan kelainan budaya sesuatu bangsa umpamanya ialah asas apresiasi terhadap nilai jujur, peramah, tolak-ansur, setia kawan yang menjadi landasan kerjasama dalam semua aspek kehidupan. Akhirnya wujud keinsafan bahawa yang berbeza dalam sifat sesuatu bangsa biarlah berbeza dan titik persamaan yang banyak antara bangsa boleh menyumbang ke arah persefahaman dan tolak ansur harus disuburkan. Tidak ada jalan lain dalam kehidupan masyarakat majmuk yang boleh menemukan nilai fitrah melainkan sesuatu bangsa itu memiliki dukungan ajaran agama dan nilai falsafah menampilkan pekerti bangsa yang murni. Melalui peranan yang dijalankan oleh Rukun Tetangga, kita dapat menjadikan rakyat di negara ini sentiasa hidup dalam keadaan aman sejahtera. Selain itu, melalui pelbagi aktiviti yang dilakukan tanpa ada jurang antara kaum dapat memupuk semangat kerjasama dan perhubungan yang begitu akrab walaupun kalau dilihat secara fizikalnya sememangnya mempunyai jurang perbezaan yang ketara antara kaum. Melalui media elektronik seperti televisyen juga terdapat banyak siaran yang memaparkan kisah-kisah yang berkaitan kehidupan berbilang kaum. Melalui kisah-kisah yang dipaparkan itu juga dapat mengetahui apakah faedah dan kelebihan yang kita perolehi sekiranya kita saling bekerjasama antara kaum. 19.0 7.0 KESIMPULAN Berdasarkan kepada penerangan di atas, maka jelaslah bahawa Rukun Tetangga sememangnya mempunyai peranan yang amat penting dalam memupuk semangat kerjasama di kalangan warga Malaysia. Tanpa Rukun Tetangga, belum tentu sesebuah kawasan kediaman itu akan menjadi aman, membangun serta maju bukan dari segi pembangunan keperluan sahaja malahan maju dari segi pembangunan keperibadian diri juga. Jika nilai murni dan baik dapat disuburkan dalam interaksi serta komunikasi antara kaum, ia mampu membina acuan integrasi yang bermanfaat. Integrasi kaum bukan bermakna peleburan identiti bangsa. Islam menekankan pentingnya jiwa berkenal-kenalan dalam wujud rasa saling memahami. Darinya bakal subur nilai bersama dan sejagat yang memungkinkan integrasi berlaku dalam erti kata lebih bermakna. Tiada integrasi atau perpaduan yang sifatnya luaran, bermuka-muka dan akhirnya boleh meledak dengan pancaran dendam, sakit hati hingga menghasilkan konflik dan pertembungan. Melalui pemerhatian tersebut menunjukkan bahawa perhubungan antara kaum akan menjadi terjejas sekiranya berlaku sesuatu perkara tersebut yang sedikit sebanyak dapat menyentuh tentang sensitiviti sesuatu kaum. Oleh itu, dalam hal ini rukun tetangga memainkan peranan yang amat penting dalam menangani masalah yang dihadapi. Justeru itu, kita perlulah saling menghormati antara satu sama lain dalam komuniti yang kita diami. Kadangkala kita sering lupa peranan kita dalam masyarakat. Ada yang hanya mementingkan diri sendiri sahaja tanpa memikirkan masyarakat sekeliling.