majlis perbandaran klang -...

12

Upload: others

Post on 13-Sep-2019

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Majlis Perbandaran Klang

Latar Belakang

Penguasa Tempatan Klang telah ditubuhkan pada bulan Mei 1890 yang ketika itu dikenali sebagai Lembaga Kesihatan Klang untuk mentadbirkan Bandar Klang. Sempadan rasmi telah ditetapkan pada tahun 1895 manakala pada tahun 1926 kawasannya telah digabungkan dengan Port Swettenham dan pada bulan Disember 1945 telah diubah menjadi Lembaga Bandaran Klang. Perubahan dalam pentadbiran seterusnya berlaku apabila terbentuknya Majlis Bandaran Klang pada tahun 1954. Dengan sistem pentadbiran ini Klang membangun dengan pesatnya sehingga pada tahun 1971 apabila Pelabuhan Klang, Kapar dan Meru telah dirangkumkan menjadi Majlis Daerah Klang. Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan penyusunan semua penguasa tempatan, Majlis Daerah Klang telah dinaikkan ke taraf yang ada sekarang iaitu Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 1 Januari, 1977.

Tahun Tahun Berkuasa

1890 Lembaga Kesihatan Klang

1945 Lembaga Bandaran Klang

1954 Lembaga Bandaran Klang

1975 Majlis Daerah Klang

1977 Majlis Perbandaran Klang

1  

Objektif & Strategi

Objektif

• Mengekal dan memelihara imej Klang sebagai Bandar DiRaja dan Bersejarah.

• Menghasilkan kehidupan yang lebih selesa, seimbang dan selamat. • Menjadikan Klang sebagai nadi pemangkin pembangunan. • Mewujudkan masyarakat madani yang harmonis.

Strategi

• Menyedia dan menyelenggara kemudahan awam. • Memperkemas dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan. • Menyediakan kemudahan-kemudahan rekreasi dan riadah. • Menggalakkan pertumbuhan industri dan perdagangan. • Mengeratkan perpaduan di antara rakyat di samping. mewujudkan

  masyarakat yang bertanggungjawab dan berdisiplin. • Menyusun dan mengawasi pembangunan melalui kawalan

pembangunan yang berkesan serta terancang. • Mewujudkan suasana kecantikan seluruh kawasan selaras dengan

objektif untuk menjadikan bandar Klang sebagai 'Bandar Taman'. • Menjadikan Klang bandar dalam taman yang indah dan permai. • Memelihara khazanah yang mempunyai nilai sejarah dan estetika. • Memastikan kebersihan dan kesihatan awam terjamin.

2  

Misi & Visi

Misi

Merancang Dan Mengawal Pembangunan Yang Mampan Dan

Memberi Perkhidmatan Bandar Yang Berkualiti Melalui Tadbir Urus Yang Cemerlang Untuk Masyarakat

Klang Yang Gemilang

Visi

" KE ARAH MEWUJUDKAN BANDARAYA TERBILANG

DI MALAYSIA MENJELANG 2015 "

3  

Moto & Logo

Moto

"PERPADUAN SENDI KEKUATAN"

Logo

4  

Piagam Pelanggan

• Memberikan perkhidmatan cemerlang kepada pengurusan perkhidmatan kemudahan awam dan tanggungjawab sosial kepada warga Majlis Perbandaran Klang

• Melaksanakan sistem pengurusan kewangan dan perakaunan dengan cekap, sistematik dan berkesan

• Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan adil dan prihatin di samping mengekalkan suasana mesra dan harmoni

• Berusaha meningkatkan taraf kesihatan, kebersihan dan kestabilan alam sekitar di kawasan Majlis Perbandaran Klang ke tahap yang terbaik melalui perancangan, pelaksanaan dan pengawasan dinamik dan menyeluruh

• Berusaha membantu golongan peniaga dan penjaja dalam bidang perniagaan dengan menyediakan kemudahan yang sempurna dan menyeluruh

• Membuat penilaian harta secara adil bagi maksud cukai taksiran dan menguruskan harta tetap Majlis dengan cekap

• Memproses permohonan pelan-pelan pembangunan secara adil, cekap dan efisyen agar pembangunan tanah mencapai imbangan yang baik antara pembangunan fizikal, sosial, ekonomi dan alam sekitar

• Memastikan projek pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur kemudahan awam dan taman rekreasi dalam keadaan baik

5  

Sejarah Klang

Sejarah Klang telah muncul lebih awal daripada Melaka. Negara ini adalah sebahagian dari jajahan takhluk kerajaan Sri Vijaya dan Majapahit. Asal usul nama Klang adalah dari bahasa Mon-Khymer iaitu "Klong". Klong boleh diertikan sebagai gudang seperti mana yang dikemukakan oleh C.O. Blagden yang menyatakan Klang menjadi sebuah Pelabuhan terpenting yang mempunyai banyak gudang-gudang. Manakala pendapat Charles A. Fishr yang menyatakan "Klang" itu bermaksud "terusan" atau jalan air. Pendapat ini dipersetujui di mana Klang mempunyai banyak jalan air iaitu anak-anak sungai tersebut ialah Sg. Klang, Sg. Bertek, Sg. Pinang, Sg. Sementa, Sg. Agas, Sg. Kandis, Sg. Binjai, Sg. Kapar, Sg. Jati, Sg. Aur, Sg. Rasau dan Sg. Putus. Nama sungai ini terus kekal sehingga ke hari ini. Klang menjadi penting hanya selepas Kuala Selangor merosot khususnya selepas kemangkatan Sultan Muhammad (1826-1857). Sehinggalah pada tahun 1875, Klang di pilih sebagai ibu kota Selangor sebelum ditukar kepada Kuala Lumpur pada 1880. Pada tahun 1886, Klang dikatakan sebuah tempat yang cantik dan bersih.

6  

Klang Bandar Bersejarah

Klang merupakan di antara bandar yang tertua di Malaysia. Mengikut sejarah, Klang mula diduduki sejak 2,000 tahun yang dahulu lagi. Catatan yang mula-mula ditulis mengenai Klang bermula pada Zaman Kerajaan Majapahit kira-kira 600 tahun dahulu. Di sinilah bermulanya detik-detik kebangkitan Klang yang ketika dahulu tidak terikat dengan mana-mana kawasan. Malah pada ketika itu Klang adalah sebuah kuasa besar di bawah pentadbiran Sultan Suleiman. Bagaimanapun, akibat ketidaksefahaman maka berlakulah perang saudara antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah iaitu waris Sultan Suleiman. Ketika itu, Klang di dalam keadaan huru-hara dengan dibayangi peperangan untuk merebut kekuasaan. Kota Raja Mahadi yang terletak berhampiran Bangunan Majlis Perbandaran Klang adalah antara peninggalan perang saudara yang tercetus disuatu ketika dahulu.

Tapak Bangunan MPK yang ada sekarang dahulunya adalah bekas tapak Kota Raja Mahadi yang pernah menjaid benteng pertahanan yang penting bagi mengekang kemaraan musuh semasa tercetusnya peperangan tersebut.Bagaimanapun akibat perubahan masa dan struktur bangunan yang tidak kukuh, kota yang dibina pada tahun 1860 telah roboh sebahagiannya. Apa yang tinggal cuma pintu gerbang yang menjadi mercu tanda kekuatan empayar Raja Mahadi. Bagaimanapun banyak bahan sejarah yang terkubur akibat perubahan arus dan masa. Salah satunya ialah ada sumber mengatakan Kota Raja Mahadi terletak di atas puncak bukit ini dilengkapi dengan terowong yang boleh menembusi ke Sungai Klang. Namun lorong tersebut kini telah tertimbus.

Sumber : http://www.mpklang.gov.my Tarikh Akses : 5 April 2012

7  

Klang Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Klang (dulu Kelang) merupakan bandar DiRaja dan daerah di Negeri Selangor Darul Ehsan. Bandar ini pernah menjadi ibu negeri Selangor sebelum wujudnya Kuala Lumpur dan Shah Alam. Ia terletak kira-kira 32 km di barat Kuala Lumpur.

Isi kandungan

• 1 Asal-Usul Nama Klang • 2 Sejarah • 3 Tempat menarik • 4 Politik • 5 Infrastruktur

o 5.1 Senarai hospital o 5.2 Senarai kompleks membeli-belah

• 6 Lihat juga • 7 Lain-lain • 8 Pautan luar

Asal-Usul Nama Klang

Bandar Klang mendapat namanya dari istilah bahasa Langkasuka iaitu "klang" yang bererti 'tempat yang terletak di tengah-tengah’. Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, Sultan Kedah yang bernama Sultan Mahmud Syah telah berangkat dari Siputih (kini Kota Seputeh) menuju ke Melaka untuk menghadap pemerintahnya, Sultan Mahmud Syah. Di tengah perjalanan, baginda telah menemui sebuah pelabuhan yang terletak di antara negeri Kedah dan Melaka. Pelabuhan tersebut dipanggil sebagai Klang. Nama tersebut kekal digunakan hingga ke hari ini.

Sejarah

• 1867 - 1874 Perang Kelang • 1880 - 1889 ibu negeri Selangor sebelum Kuala Lumpur • 1974 - 1977 ibu negeri Selangor sebelum Shah Alam • 1977 - Majlis Perbandaran Klang ditubuhkan

Tempat menarik

Tempat-tempat menarik di bandar ini ialah Istana Alam Shah, Tugu Kris, Masjid Sultan Sulaiman, Stesen Keretapi Klang, Little India (Jalan Tengku Kelana), Taman Pengkalan Batu, Kota Raja Mahadi, Gedung raja Abdullah, Bangunan Sultan Sulaiman, Masjid India Muslim, Tokong Qin Liang, Kuil Sri Sundaraja Perumal, Tokong Kwan Yin,

8  

Pelabuhan Klang, Kelab Kapal Layar Diraja Selangor, Taman Burung Unta, Pulau Carey, Pulau Ketam dan juga Tokong Dong Zen. Kawasan perumahan utama yang menjadi tumpuan kegiatan ekonomi adalah Bandar Bukit Tinggi, Bandar Botanic, Aman Perdana dan Bukit Raja. Tanjung Harapan tempat paling popular untuk menikmati keindahan laut serta makanan laut,.

Politik

Klang mempunyai tiga Kawasan Parlimen dan ketiga-tiga kerusi tersebut kini diduduki oleh ahli Pakatan Rakyat.

Infrastruktur

Senarai hospital

• Hospital Tengku Ampuan Rahimah • Hospital Pakar Bersalin Razif • Hospital Pakar Pantai Klang • Klinik Damo & Pusat Bersalin • Hospital Arunamari • Pusat Perubatan Sentosa • Pusat Perubatan Sri Kota

Senarai kompleks membeli-belah

• Pusat Membeli-Belah AEON Bukit Tinggi (Jusco Bukit Tinggi Klang) • Klang Parade • Shaw Centrepoint (The Stores) • Klang City Square • Bukit Raja Shopping Centre(Jusco Bukit Raja) • Intania Shopping Centre • Centro Klang • Giant • Tesco • Carrefour • Klang Mid Valley (sedang dalam pembinaan) • Harbour Place (sedang dalam pembinaan) • GM Klang (Pusat pembelian secara borong)

Lihat juga

• Lembah Klang • Pelabuhan Klang • Sungai Kelang • Telok Gong

9  

Lain-lain

Pada tahun 2005, bangunan kedai telah siap dibina di Jalan Raya Barat. Ia sememangnya amat terkenal kerana banyak orang yang datang ke sana. Lantaran itu, Klang menjadi amat terkenal. Selain itu, kedai-kedai baru akan ditubuhkan di kawasan berdekatan Jalan Raya Barat.Ianya akan siap tidak lama lagi.

Pautan luar

• Laman web rasmi Majlis Perbandaran Klang • Koleksi peta-peta berkaitan dengan Klang • Rangkaian Komuniti Penduduk Klang

p • b • s Selangor Darul Ehsan

Daerah Gombak • Hulu Langat • Hulu Selangor • Klang • Kuala Langat • Kuala Selangor • Sabak Bernam • Sepang • Petaling

Bandar raya Petaling Jaya • Subang Jaya • Shah Alam (ibu negeri)

Bandar

Ampang · Bagan Lalang · Bagan Nakhoda Omar · Balakong · Bandar Baru Bangi · Bandar Baru Selayang · Bandar Sunway · Bangi · Banting · Bestari Jaya (Batang Berjuntai) · Batang Kali · Batu Arang · Batu Caves · Beranang · Bukit Lanjan · Bukit Raja · Bukit Rotan · Bukit Tagar · Cheras · Cyberjaya · Dengkil · Ijok · Jenjarom · Jeram · Jugra · Kajang · Kapar · Kalumpang · Kelana Jaya · Kerling ·Klang · Kuala Kubu Bharu · Kuala Selangor · Kuala Sungai Buloh · Kuang · Morib · Meru · Padang Jawa · Pandamaran · Paya Jaras · Port Klang · Puchong · Putra Heights · Rasa · Rawang · Sabak · Salak Tinggi · Sekinchan · Selayang · Semenyih · Serendah · Seri Kembangan · Sepang · Sijangkang · Subang · Sungai Ayer Tawar · Sungai Buloh · Sungai Besar · Sungai Burong · Sungai Panjang · Sungai Pelek · Sungai Pelong · Sungai Tengi · Tanjung Harapan · Tanjung Karang · Tanjung Sepat · Teluk Datok · Teluk Panglima Garang · Ulu Klang · Ulu Yam · Pinggiran Cyberjaya · UEP Subang Jaya

Kampung Broga · Dusun Tua · FELDA Soeharto · Kemensah

Pulau Pulau Carey • Pulau Indah • Pulau Ketam • Pulau Klang

Bandar baru

Alam Budiman · Alam Impian · Ara Damansara · Bandar Baru Klang · Bandar Botanic · Bandar Bukit Tinggi · Bandar Country Homes · Bandar Kinrara · Bandar Putra Permai · Bandar Sri Damansara · Bandar Seri Putra · Bandar Saujana Putra · Bandar Tun Hussein Onn · Bandar Utama · Bernam Jaya · Bukit Antarabangsa · Bukit Beruntung · Bukit Jelutong · Bukit Rimau · Bukit Subang · Bandar Sungai Buaya · Bandar Sungai Long · Bandar Mahkota Cheras · Country Heights · Damansara Jaya · Damansara

10  

11  

Perdana · Damansara Utama · Glenmarie Cove · I-City Selangor · Kota Damansara · Kota Kemuning · Lembah Beringin · Lembah Jaya · Mutiara Damansara · Pandan Indah · Puncak Alam · Puncak Perdana · Saujana Impian · Saujana Utama · Setia Alam · Taman Hillview · Taman Keramat · Taman Sri Andalas · Taman Tun Teja · TTDI Jaya

Zon istimewa Koridor Raya Multimedia

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Klang&oldid=2024289" Kategori:

• Bandar di Selangor • Selangor

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Klang Tarikh Akses : 5 April 2012