web viewmolekul plastik adalah polimer yang mengandungi susunan rapat di mana organisma seperti...

31
PENGETAHUAN, SIKAP DAN AMALAN PELAJAR MALAYSIA TERHADAP KITAR SEMULA BOTOL PLASTIK Malaysia telah mencapai kemerdekaan sejak 1957 lagi. Bermula tarikh tersebut Malaysia telah mengalami pembangunan sosioekonomi dan kejayaan yang diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Walaupun Negara Malaysia belum mencapai Negara maju, namun pembangunan sosioekonomi di Negara ini telah melaksanaan banyak projek-projek pembangunan termasuk pembinaan Bandar baru, infrastruktur dan kemudahan awam seperti jalan raya, hospital, pelabuhan, lapangan terbang, sekolah, rumah, bangunan tinggi, jambatan dan sebagainya. Pembangunan fizikal yang pesat ini telah memberi implikasi yang besar kepada perubahan landskap Negara. Kitar semula merupakan salah satu langkah yang dapat diambil untuk mengurangkan jumlah sampah. Masalah sampah yang semakin bertambah menyebabkan banyak kawasan pelupusan sampah dibuka dan terdapat 161 buah tapak pelupusan sisa pepejal telah dibina di Semenanjung Malaysia. Kebanyakan sisa pepejal di Malaysia akan dihantar ke kawasan tapak pelupusan sampah atau pusat insinerator. Kitar semula bahan-bahan seperti plastik, kertas, tin, kaca, suratkhabar merupakan suatu cara pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Agama Islam telah menetapkan garis panduan mengenai prinsip-prinsip penjagaan alam sekitar. Walaupun kitar semula ialah suatu isu yang sudah lama dibicarakan oleh segenap lapisan masyarakat namun 0

Upload: trantu

Post on 30-Jan-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Web viewMolekul plastik adalah polimer yang mengandungi susunan rapat di mana organisma seperti bakteria dan fungus tidak dapat memisah secara biologikal

PENGETAHUAN, SIKAP DAN AMALAN PELAJAR MALAYSIA TERHADAP

KITAR SEMULA BOTOL PLASTIK

Malaysia telah mencapai kemerdekaan sejak 1957 lagi. Bermula tarikh tersebut Malaysia

telah mengalami pembangunan sosioekonomi dan kejayaan yang diiktiraf oleh masyarakat

antarabangsa. Walaupun Negara Malaysia belum mencapai Negara maju, namun

pembangunan sosioekonomi di Negara ini telah melaksanaan banyak projek-projek

pembangunan termasuk pembinaan Bandar baru, infrastruktur dan kemudahan awam

seperti jalan raya, hospital, pelabuhan, lapangan terbang, sekolah, rumah, bangunan tinggi,

jambatan dan sebagainya. Pembangunan fizikal yang pesat ini telah memberi implikasi

yang besar kepada perubahan landskap Negara.

Kitar semula merupakan salah satu langkah yang dapat diambil untuk

mengurangkan jumlah sampah. Masalah sampah yang semakin bertambah menyebabkan

banyak kawasan pelupusan sampah dibuka dan terdapat 161 buah tapak pelupusan sisa

pepejal telah dibina di Semenanjung Malaysia. Kebanyakan sisa pepejal di Malaysia akan

dihantar ke kawasan tapak pelupusan sampah atau pusat insinerator. Kitar semula bahan-

bahan seperti plastik, kertas, tin, kaca, suratkhabar merupakan suatu cara pemeliharaan dan

pemuliharaan alam sekitar. Agama Islam telah menetapkan garis panduan mengenai

prinsip-prinsip penjagaan alam sekitar. Walaupun kitar semula ialah suatu isu yang sudah

lama dibicarakan oleh segenap lapisan masyarakat namun sehingga kini aktiviti ini

bukanlah suatu tabiat yang diamalkan oleh warga Malaysia dalam menguruskan sampah

sarap harian.

Salah satu aktiviti kitar semula yang boleh diterapkan dalam diri pelajar adalah

dengan mengitar semula botol plastik. Plastik adalah bahan organik manusia yang terdiri

daripada campuran karbon dan molekul hydrogen. Molekul plastik adalah polimer yang

mengandungi susunan rapat di mana organisma seperti bakteria dan fungus tidak dapat

memisah secara biologikal. Plastik akan hancur jika didedahkan kepada cahaya matahari

dan udara untuk jangka masa yang tertentu tetapi mungkin memakan masa beratus-ratus

tahun melalui proses yang dipanggil photo-axidation. Salah satu contoh kitar semula botol

plastik yang pernah dijalankan adalah program Recyling Awareness Week di mana

0

Page 2: Web viewMolekul plastik adalah polimer yang mengandungi susunan rapat di mana organisma seperti bakteria dan fungus tidak dapat memisah secara biologikal

kerjasama antara Jabatan Biologi, fakulti Sains UPM dengan kerjasama coca-cola

Malaysia memberikan aspirasi kepada warga kampus untuk menjanakan pendapatan dan

melestarikan kampus hijau. Antara aktiviti yang dijalankan adalah warga warga kampus

akan menerima satu botol minuman Coca-Cola 500ml dengan setiap lima botol minuman

kosong yang boleh dikitar semula, satu beg jenama Coca-Cola dengan setiap 10 botol

minuman kosong serta satu t-shirt Coca-Cola dengan setiap 20 botol minuman kosong.

Selain itu UMS juga pernah mengadakan UMS kampus tanpa botol plastik.

Peranan pendidikan dalam alam sekitar sudah tidak dapat dinafikan lagi. Sebagai

contoh dalam Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tentang Alam Sekitar dan

Pembangunan (UNCED) di Rio de Janeiro, Brazil. Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa

Bersatu tentang Persekitaran Manusia(UNCHE) di Stockholm, Sweden (UNESCO, 1972)

dan sebagainya menekankan keperluan kepada penjagaan, pemuliharaan dan pemeliharaan

alam sekitar daripada kemerosotan akibat pembangunan manusia. Situasi ini diperkuatkan

lagi dengan terbitnya laporan Brundtland pada April 1987 yang menyarankan negara-

negara dunia supaya menerapkan pendekatan baru dalam pengurusan alam sekitar melalui

pendekatan pembangunan berterusan Jamilah Hj. Ahmad et.al (2011).Sebagaimana yang

digariskan dalam tiga matlamat utama (UNESCO, 1980), pendidikan alam sekitar

melibatkan kewajipan seperti kesediaan untuk melibatkan diri sebagai anggota komuniti,

kebolehan untuk memperdebatkan polisi awam dan kesediaan untuk memberi sumbangan

untuk kepentingan orang lain.

Namun demikian amalan kitar semula pelbagai aliran di Malaysia masih lemah dan

pelbagai usaha perlu dilakukan. Norizan et. al. (2012) telah membincangkan penglibatan

masyarakat dalam program kitar semula berkait dengan tingkah laku dan persepsi

masyarakat terhadap program kitar semula yang dijalankan. Walaupun terdapat banyak

kajian telah dilaksanakan untuk meningkatkan penglibatan masyarakat dalam program

kitar semula, namun penglibatan dan amalan dalam kalangan masyarakat masih di bawah

kurang memuaskan kerana sikap tidak ambil peduli terhadap kepentingan amalan kitar

semula. Kesedaran terhadap amalan kitar semula masih menjadi persoalan walaupun

program kesedaran telah banyak dijalankan di peringkat global dan tempatan (Norizan et.

al. 2012).

1

Page 3: Web viewMolekul plastik adalah polimer yang mengandungi susunan rapat di mana organisma seperti bakteria dan fungus tidak dapat memisah secara biologikal

Melihat kepada masalah alam sekitar yang semakin menjadi-jadi, maka kerajaan

perlulah melakukan sesuatu bagi menyelamatkan alam sekitar dari terus meruncing. Salah

satu cara yang terbaik adalah dengan bantuan pendidikan sebagai medium untuk memupuk

sikap dan ilmu terhadap alam sekitar. Dengan membekalkan pengetahuan akan

meningkatkan kesedaran dan keprihatinan (sikap) seterusnya akan melahirkan individu

yang mempunyai tingkah laku yang lebih positif terhadap alam sekitar (Kollmus &

Agyeman 2002). Pendidikan alam sekitar juga merupakan asas bagi mewujudkan

masyarakat yang mempunyai kesedaran terhadap alam sekitar, dengan itu akan dapat

melahirkan masyarakat Malaysia yang lebih beretika (Jamaludin 2001).

PERNYATAAN MASALAH

Pada masa ini, masalah sampah sememangnya menjadi isu utama bagi pihak berkuasa

tempatan yang terpaksa membelanjakan banyak wang untuk aktiviti pemungutan dan

pelupusan sampah sarap yang dihasilkan oleh masyarakat. Sampah biasanya dihasilkan

oleh premis-premis perniagaan dankawasan perumahan. Malangnya pembangunan yang

pesat di Malaysia diiringi dengan sikap masyarakat yang kurang bertanggungjawab

terhadap alam sekitar menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa menghadapi kesan negatif

yang mempengaruhi kualiti hidup rakyat kita walaupun kerajaan telah menegaskan

undang-undang dan hukuman bagi golongan yang kurang prihatin atau menceroboh

keseimbangan alam sekitar.

Ramai masyarakat yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang kitar semula, tetapi

tidak dapat mengamalkan pengetahuan yang diberikan dan sedia ada. Antaranya kajian

Mohd Yusop, 2003 mengatakan terdapat individu yang menyedari mengenai kempen kitar

semula namun tidak mempraktikkan amalan kitar semula. Dapatan kajian oleh Ridener

(1997) yang mendapati walaupun pelajar mempunyai kesedaran alam sekitar yang tinggi

tetapi dari aspek tingkah laku dan penglibatan pelajar dalam menangani masalah alam

sekitar adalah pada sederhana dan rendah. Ia didapati juga wujud di Malaysia, contoh

kajian oleh Zurina dan Norjan (2003) mengenai tahap kesedaran alam sekitar dalam

2

Page 4: Web viewMolekul plastik adalah polimer yang mengandungi susunan rapat di mana organisma seperti bakteria dan fungus tidak dapat memisah secara biologikal

kalangan pelajar universiti. Oleh itu, pelajar-pelajar perlu diterapkan dan digalakkan

mengikuti aktiviti kitar semula agar menjadi amalan hidup setiap pelajar.

Pelajar sebenarnya tidak terkecuali sebagai penyumbang dalam menghasilkan

sampah. Isu yang timbul ialah adakah pelajar-pelajar ini menyumbang kepada usaha

kerajaan untuk mengurangkan sampah atau sebaliknya? Ataupun mereka sama sepertimana

golongan masyarakat lain yang tidak prihatin dengan usaha kerajaan dalam menangani

masalah sampah ini? Ramai pelajar tidak mengambil peduli tentang sampah yang mereka

hasilkan. Majoriti daripada mereka membuang sampah tanpa memperdulikan adakah

sampah itu boleh dikitar semula atau tidak. Selain itu, mereka juga mencampurkan semua

jenis sampah dalam satu tong tanpa mengasingkannya. Tidak kurang juga dengan golongan

pelajar atau masyarakat awam yang tidak mementingkan kebersihan umum kerana jika

ternampak sampah ditepi-tepi jalan atau sebagainya, mereka tidak mempunyai inisiatif

untuk memungutnya, sebaliknya hanya mengharapkan tukang sapu untuk membersihkan

dan mengendalikannya.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk:

1. Mengetahui pengetahuan, sikap dan amalan pelajar Malaysia terhadap isu berkaitan

alam sekitar terutamanya kitar semula dan proses kitar semula.

2. Menggunakan hasil kajian untuk membuat cadangan dalam membentuk program

yang akan datang dan mempertingkatkan lagi sistem pengurusan yang sedia ada.

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini adalah penting bagi:

1. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan penjagaan alam sekitar

melalui program kitar semula.

2. Meningkatkan pengetahuan tentang amalan kelestarian.

3. Mengubah sikap dalam kalangan pelajar terhadap amalan kitar semula.

3

Page 5: Web viewMolekul plastik adalah polimer yang mengandungi susunan rapat di mana organisma seperti bakteria dan fungus tidak dapat memisah secara biologikal

4. Meningkatkan kualiti pengetahuan dan amalan kitar semula di kalangan pelajar.

TINJAUAN LITERASI

Sejarah dan Perkembangan Isu Alam Sekitar di Malaysia

Sejak 1980-an Malaysia telah melibatkan diri dengan aktif di peringkat antarabangsa

terutamanya dalam isu alam sekitar. Malaysia bukan sahaja bersuara lantang dalam perkara

berkaitan alam sekitar, tetapi juga acap kali menerajui perbincangan yang diadakan di

peringkat serantau dan antarabangsa. Sebagai contohnya, Deklarasi Langkawi pada 1989

telah menjadikan Malaysia sebagai peneraju perjuangan untuk mengatasi masalah

berkaitan alam sekitar dalam kalangan Negara-negara Komanel. Unsur-unsur persekitaran

dianggap begitu penting dan telah diterapkan dalam kerangka pembangunan Malaysia

dengan berlandaskan Deklarasi Langkawi dan Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang

Alam Sekitar dan Pembangunan (UNCED) pada 1992 di Rio de Janeiro, Brazil. Malah

wakil Malaysia pernah menjadi pengerusi kepada Komisyen Pembangunan Berterusan,

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selepas persidangan tersebut (Jamaluddin 2001).

Malaysia juga telah menghantar Sembilan wakil kanak-kanak daripada Yayasan Anak

Warisan Alam (YAWA) yang berusia di antara 12-14 tahun ke Persidangan Kanak-kanak

berkenaan Alam Sekitar UNEP/TUNZA di Staranger, Norway pada 2008.

Sebelum merdeka, pembangunan Negara ini bertumpu kepada sektor yang

membekalkan bahan mentah. Sejak Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1970,

strategi pembangunan ekonomi Malaysia bukan hanya melibatkan perubahan-perubahan

asas di dalam rangka untuk membasmi kemiskinan, tetapi juga telah mempertingkatkan

proses pembangunan pada tahun-tahun berikutnya terutamanya pada dekad 1970 dan 1980.

Bagi tujuan tersebut, proses pembangunan yang bagus dilaksanakan kadang kala tidak

mengambil kira kemungkinan impaknya kepaada alam sekitar. Akibatnya, beberapa

masalah berkaitan alam sekitar muncul selari dengan pembangunan tersebut.Kehidupan

manusia berkait rapat dengan keadaan alam di sekitarnya kerana alam sekitar menyediakan

kemudahan yang pelbagai kepada mereka. Sumber-sumber dari alam sekitar telah

dimanfaatkan oleh manusia untuk tujuan pembangunan ekonomi tersebut tanpa

4

Page 6: Web viewMolekul plastik adalah polimer yang mengandungi susunan rapat di mana organisma seperti bakteria dan fungus tidak dapat memisah secara biologikal

memikirkan kesannya kepada alam sekitar itu sendiri sehingga masalah alam sekitar dan

kepupusan sumber-sumber aslinya nampak begitu ketara. Bagi menangani masalah alam

sekitar terus berleluasa di Negara ini. Setiap punca masalah perlu dikenal pasti dan

pendekatan secara holistic dan realistic perlu diambil.

Aktiviti Kitar Semula

Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) kitar

semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan

keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk

yang sama. Ia juga proses mengolah semula bahan untuk menghasilkan barangan yang

baru dan proses mengitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan mengguna

semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah. Kitar semula mengubah

bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Bahan-

bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat

pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru. Tingkah laku masyarakat

dalam pelaksanaan program kitar semula dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang secara

umumnya boleh dibahagi kepada faktor tingkah laku dan faktor penglibatan masyarakat

dalam program kitar semula. Jika persepsi masyarakt di peringkat awal terhadap program

kitar semula adalah negatif, maka aktiviti kitar semula bagi seseorang penghuni juga

adalah negatif (Wang et.al 1997). Penduduk yang lebih berminat menjalankan aktiviti kitar

semula akan menghasilkan lebih banyak sampah yang boleh dikitar semula berbanding

dengan penduduk yang kurang minat dalam aktiviti kitar semula (Gurder Adams 1990;

Burca et.al. 1994).

Sikap Terhadap Isu Alam Sekitar di Malaysia

Isu-isu alam sekitar sukar untuk diselesaikan kerana aspek pertumbuhan ekonomi dan

keperluan penduduk yang semakin bertambah. Sikap dan komitmen individu terhadap

alam sekitar memainkan peranan dalam isu ini. Penglibatan individu dalam pemuliharaan

alam sekitar merupakan satu langkah besar dalam usaha pemuliharaan alam sekitar.

5

Page 7: Web viewMolekul plastik adalah polimer yang mengandungi susunan rapat di mana organisma seperti bakteria dan fungus tidak dapat memisah secara biologikal

Manusia mesti bijak dalam merancang penggunaan alam sekitar agar dapat mengurangkan

kerosakan alam kepada tahap yang paling minumum. Namun, tingkah laku manusia

semakin rakus dalam mengeksploitasi sumber alam sekitar tanpa memikirkan hak generasi

akan datang.Hasil kajian-kajian sebelum ini menunjukkan bahwa tahap kesedaran alam

sekitar dalam kalangan masyarakat Malaysia belum lagi mencapai tahap yang

membanggakan jika dibandingkan dengan Negara maju seperti Jepun, Denmark dan

German (Jabatan Alam Sekitar Malaysia 1997) sedangkan kesedaran alam sekitar adalah

sangat penting bagi menjamin kelestarian Negara dan mengekalkan alam sekitar yang

sempurna.Selain itu hasil kajian Pusat Sains dan Teknologi Maklumat (MASTIC) 2004

mendapati kesedaran alam sekitar ini semakin meningkat saban tahun.Menurut Dzulkifli

(2005), apa yang kurang dalam masyarakat ialah sikap mengutamakan kesenangan orang

lain dalam penjagaan alam sekitar. Rakyat harus diberi kuasa dengan membekalkan

mereka dengan kaedah dan mekanisme yang sesuai serta mengetahui bagaimana mereka

boleh mengambil bahagian aktif untuk menjaga alam sekitar.

Kesedaran Terhadap Isu Alam Sekitar

Menurut Norlilia (2007), kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar di

institusi pengajian tinggi di Malaysia berada pada tahap yang baik dan hasil kajian ini

selari dengan dapatan kajian Ridener (1997) yang mendapati walaupun pelajar mempunyai

kesedaran alam sekitar yang tinggi tetapi dari aspek tingkah laku dan penglibatan pelajar

dalam menangani masalah alam sekitar adalah pada sederhana dan rendah. Kajian Zurina

dan Norjan (2003) mengenai tahap kesedaran alam sekitar dalam kalangan pelajar

universiti.mendapati kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar Universiti

Kebangsaan Malaysia adalah pada tahap yang tinggi tetapi kesediaan pelajar untuk terlibat

sama dalam mengatasi masalah alam sekitar adalah terlalu minumum. Kajian yang

dilakukan oleh Berenguer (2007) menunjukkan masyarakat mempunyai kesedaran

terhadap pelbagai masalah alam sekitar termasuklah isu alam sekitar tempatan sehingga

masalah global. Walau bagaimanapun, tingkah laku yang bertanggungjawab terhadap alam

sekitar masih tidak menjadi kebiasaan. Cara bertindak ke atas masalah alam sekitar perlu

menjangkaui kesedaran iaitu kepada tindakan.

6

Page 8: Web viewMolekul plastik adalah polimer yang mengandungi susunan rapat di mana organisma seperti bakteria dan fungus tidak dapat memisah secara biologikal

Tiga faktor yang membawa kegagalan kepada program kitar semula di Malaysia

termasuklah dasar yang tidak proaktif untuk menjadikan kitar semula sebagai alternatif,

kemudahan yang tidak mencukupi dan kesedaran awam yang rendah (Zaini Ujang

2009).Sehingga kini, proses kitar semula banyak dijalankan oleh pihak swasta dengan

harga yang murah dan ini tidak membawa kesan yang menggalakkan dalam kalangan

masyarakat. Selain itu, amalan yang dilakukan oleh kebanyakan pihak juga tidak selari

dengan kempen kitar semula yang dilancarkan. Penggunaan botol plastik dalam mesyuarat

dan restoran menggambarkan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang masih belum sedar

akan kepentingan kitar semula walaupun pelbagai kempen dan program kitar semula telah

dijalankan.

Di peringkat sekolah pula, pendidikan perlulah menekankan kesedaran alam sekitar

sama ada secara formal atau tidak formal dan menerapkan kesedaran alam sekitar melalui

pendekatan Alam Sekitar Merentas Kurikulum. Namun, dengan beban mengajar dan

pentadbiran yang agak berat, ada kalanya guru terpaksa menumpukan kepada

tanggungjawab yang lebih utama dan meminggirkan program kesedaran alam sekitar

(Zulkifli Yusop 2007).

Pengetahuan Alam Sekitar

Pengetahuan didefinisikan sebagai kapasiti untuk memperoleh, mengekal dan

menggunakan maklumat; campuran kefahamn, pengalaman, kearifan dan kemahiran

(Jmilah et.al, 2011) Penguasaan pengetahuan ini memerlukan dua asas utama yang saling

melengkapi iaitu konsep sesuatu objek itu difikirkan secara keseluruhan di mana hal ini

memerlukan kebolehan daya fikir, manakala yang kedua ialah konsep yang diperolehi

melalui tanggapan di mana hal ini memerlukan kuasa pancaindera (Ibrahim 1995).

Menurut Ibrahin (1995) juga, pengetahuan secara semula jadinya bergantung kepada cara

perolehan idea yang berbeza iaitu melalui persepsi atau tanggapan, imaginasi, memori,

pengadilan, konsep yang abstrak dan pertimbangan.

Kaplowitz dan Levine (2005) telah menjalankan kajian untuk melihat tahap

pengetahuan tentang isu-isu alam sekitar dalam kalangan pelajar universiti dengan orang

7

Page 9: Web viewMolekul plastik adalah polimer yang mengandungi susunan rapat di mana organisma seperti bakteria dan fungus tidak dapat memisah secara biologikal

awam di Amerika Syarikat. Kajian tersebut mendapati terdapat kolerasi yang positif di

antara tahap pendidikan, bidang pengajian dan tahap pengetahuan alam sekitar. Tinjauan

mereka juga mendapati pelajar di peringkat sarjana dan doctor falsafah dalam bidang

pengajian yang berkaitan dengan sains seperti perubatan, sains dan agrikultur mempunyai

pengetahuan yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar di peringkat ijazah sarjana muda

dan bidang pengajian yang tidak berkaitan dengan sains seperti bidang kemanusiaan.

Kepentingan Kesedaran dan Amalan Terhadap Alam Sekitar

Secara keseluruhannya, boleh dikatakan pendidikan merupakan salah satu usaha yang agak

penting untuk memupuk kesedaran dan amalan tentang kepentingan alam sekitar dan

seterusnya dapat mengurangkan isu pencemaran alam sekitar. Usaha ini dapat dilihat

dengan jelas di mana pelajar akan dididik dari awal akan kesedaran tentang alam sekitar

dan seterusnya menganjurkan pelbagai aktiviti yang boleh diamalkan oleh pelajar dan

akhirnya menjadi suatu amalan yang baik. Bahkan nilai dan kesedran ini boleh dibentuk

bukan sahaja di dalam kelas alam sekitar, tetapi juga di dalam kelas-kelas lain yang boleh

merentas kurikulum dan di dalam aktiviti kelab persatuan. Untuk mencapai keberkesanan

pendidikan alam sekitar dan pembangunan hendaklah dikendalikan dengan mengambil kira

persekitaran biologi, fizikal, sosioekonomi yang dinamik, pembangunan manusia dan juga

kerohanian.

Oleh demikian, kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab perlu berusaha dan

menganjurkan aktiviti bagi menyumbang kesedaran alam sekitar. Menurut kajian Jamlah

et. al (2011) NGO seperti World Wide Fund for Nature (WWF) dan persatuan Pencipta

Alam, bank-bank perdagangan dan beberapa syarikat besar seharusnya menjadi

penyumbang dana bagi menganjurkan aktiviti kesedaran alam sekitar terutamanya

menerusi media elektronik dan media cetak. Oleh itu, ruangan kesedaran alam sekitar di

media utama perlu diperluaskan dengan penyampaian yang lebih menarik dan sisesuaikan

dengan setiap kelompok masyarakat (Zulkifli Yusop 2007). Dari aktiviti atau anjuran

tersebut, kita mestilah menetapkan sasaran kita iaitu para pelajar yang akan memastikan

pembangunan Negara pada masa depan.

8

Page 10: Web viewMolekul plastik adalah polimer yang mengandungi susunan rapat di mana organisma seperti bakteria dan fungus tidak dapat memisah secara biologikal

Oleh yang demikian, kita dapat simpulkan bahwa penguasaan ilmu pengetahuan

tentang isu-isu alam sekitar yang padat dapat menbantu masyarakat menyedari dan

menghargai alam sekitar dengan lebih baik dan mampu mengekalkan kualiti alam sekitar.

Contohnya model awal tingkah laku Kollmus dan Agyeman (2002), menyatakan bahwa

terdapat hubungan linear di antara pengetahuan, kesedaran dan sikap serta tingkah laku

terhadap alam sekitar dinyatakan di dalam model tingkahlaku pro-alam sekitar. Menurut

model ini, dengan membekalkan pengetahuan akan meningkatkan kesedaran dan sikap

seterusnya akan melahirkan individu yang mempunyai tingkah laku yang lebih positif

terhadap alam sekitar seperti Rajah 1 di bawah.

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui kaedah tinjauan menggunakan

borang soal selidik. Responden kajian adalah terdiri daripada pelajar lepasan PT3 di salah

sebuah sekolah PPD Sepang. Responden yang dipilih adalah secara rawak dengan

menumpukan kepada pelajar lepasan PT3 yang mengikuti aktiviti 3R yang dijalankan.

Sejumlah 40 borang soal selidik telah diedarkan selepas pelajar mengikuti aktiviti 3R iaitu

kitar semula botol menjadi lampu bilik tidur, rama-rama dan tempat penanaman pokok

bawang. Borang soal selidik yang dibina dibahagikan kepada empat bahagian iaitu

bahagian A mengenai amalan kitar semula bahan plastik, bahagian B mengenai sikap

terhadap kelestarian alam sekitar, bahagian C mengenai pengetahuan mengenaialam sekitar

dan bahagian D yang berkait dengan kesedaran kelestarian alam sekitar. Skala Likert telah

digunakan dalam pengujian tahap pandangan responden terhadap kelestarian alam sekitar.

Data yang diperolehi mudah diproses dengan bantuan komputer (Ahmad Mahdzan

Ayob 2002) di mana data yang dikumpul melalui soal selidik ini telah diproses dan

dianalisis dengan program Microsoft Excel. Analisis dibuat menggunakan frekuensi dan

9

Page 11: Web viewMolekul plastik adalah polimer yang mengandungi susunan rapat di mana organisma seperti bakteria dan fungus tidak dapat memisah secara biologikal

peratus. Hasil analisis diterjemahkan dalam bentuk jadual, carta dan graf berserta dengan

keterangan untuk menjelaskan setiap maklumat yang diperolehi.

DAPATAN HASIL KAJIAN

Amalan Kitar Semula Mengunakan Bahan Plastik

Sebanyak 6 soalan telah ditanya mengenai amalan pengunaan botol plastik dan amalan

kitar semula botol plastik dalam bahagian ini.Hasil kajian mendapati tahap amalan kitar

semula mengunakan botol plastik adalah di tahap yang rendah.Hanya 48% responden

sangat bersetuju dan bersetuju mengamalkan pengunaan botol dengan betul dan

mengamalkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian.Manakala responden

menjawab kurang setuju memberi maksud jarang atau kadangkala mengamalkan amalan

kitar semula botol plastik adalah sebanyak 25% responden dan tidak pernah atau sangat

jarang mengamalkan amalan kitar semula plastik sebanyak 27% responden.Hal ini dapat

dilihat pada soalan “saya tidak membuang botol plastik ke dalam tong sampah”

menunjukkan sebanyak 14 responden masih mengamalkan amalan kurang baik ini.

Jadual 1. Amalan Kitar Semula Bahan Plastik

Amalan Kitar Semula Bahan Plastik

Sangat

Tidak

setuju

Tidak

Setuju

Kuran

g

Setuju

Setuju

Sanga

t

Setuju

1 Saya menghantar botol plastik ke

pusat kitar semula

4 5 7 17 7

2 Saya jarang membeli minuman

dalam botol plastic

7 5 15 8 5

3 Saya mengurangkan penggunaan

botol plastik untuk penjagaan

alam sekitar

2 3 13 17 5

4 Saya tidak membuang botol 14 7 7 9 3

10

Page 12: Web viewMolekul plastik adalah polimer yang mengandungi susunan rapat di mana organisma seperti bakteria dan fungus tidak dapat memisah secara biologikal

plastik ke dalam tong sampah

5 Saya membawa botol air sendiri

semasa berada di luar

4 3 8 12 13

6 Saya menyertai program

berkaitan kelestarian alam sekitar

4 6 10 11 9

15%

12%

25%

31%

18%

Sangat Tidak SetujuTidak SetujuKurang SetujuSetujuSangat Setuju

Graf 1: Peratusan Amalan Kitar Semula Mengunakan Bahan Plastik.

Sikap Terhadap Kelestarian Alam Sekitar

Berdasarkan analisis kajian yang telah dijalankan kepada responden mengenai sikap

terhadap kelestarian alam sekitar, menunjukkan responden mempunyai sikap yang positif

kerana sebanyak 73% responden memberi respon sangat setuju dan setuju terhadap 5

soalan yang diberikan. Hal ini dapat ditunjukkan melalui soalan “menjaga alam sekitar

adalah tanggungjawab saya” sebanyak 34 responden menjawab setuju dan sangat setuju.

Selain itu soalan “ saya sayangkan alam sekitar” mendapat respon yang banyak setuju dan

sangat bersetuju menunjukkan sikap responden berada di tahap yang positif. Manakala

20% responden memberi respon kurang setuju terhadap soalan yang diberikan

menunjukkan sikap yang sederhana terhadap kelestarian alam sekitar.Seterusnya, terdapat

hanya 7% responden menunjukkan sikap yang negatif terhadap kelestarian alam sekitar.

11

Page 13: Web viewMolekul plastik adalah polimer yang mengandungi susunan rapat di mana organisma seperti bakteria dan fungus tidak dapat memisah secara biologikal

Jadual 2. Sikap Terhadap Kelestarian Alam Sekitar

Amalan Kitar Semula Bahan Plastik

Sangat

Tidak

setuju

Tidak

Setuju

Kurang

SetujuSetuju

Sangat

Setuju

1 Saya sanggup menyumbang

sebahagian kecil pendapatan saya

untuk kelestarian alam sekitar

2 2 8 26 2

2 Menjaga Alam Sekitar adalah

tanggungjawab saya

1 0 5 20 14

3 Saya sanggup mengurangkan

keselesaan hidup saya demi

kelestarian alam sekitar

1 4 14 18 3

4 Saya percaya saya boleh

menyumbang tenaga untuk

kelestarian alam sekitar

1 1 6 24 8

5 Saya sanggup membayar lebih

produk yang mesra alam sekitar

0 3 12 22 3

6 Saya sayangkan alam sekitar 0 1 3 11 25

12

Page 14: Web viewMolekul plastik adalah polimer yang mengandungi susunan rapat di mana organisma seperti bakteria dan fungus tidak dapat memisah secara biologikal

2%

5%

20%

50%

23%

Sangat Tidak SetujuTidak SetujuKurang SetujuSetujuSangat Setuju

Graf 2 : Sikap Terhadap Kelestarian Alam Sekitar

Pengetahuan Mengenai Alam Sekitar Dan Kelestarian

Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan mengenai alam sekitar dan kelestarian

responden berada di tahap yang tinggi.Hal ini dapat dilihat melalui respon responden

terhadap 6 soalan yang diberikan iaitu sebanyak 80% responden memberi respon sangat

bersetuju dan bersetuju terhadap soalan yang diberikan. Responden mengetahui setiap

sumber bumi perlu digunakan dengan beretika melalui soalan “bumi mempunyai banyak

sumber sekiranya kita mengunkankannya dengan beretika” mendapat bilangan responden

yang tinggi iaitu 35 responden satuju dan sangat setuju.Manakala 8% responden berada di

tahap sederhana pengetahuan mengenai alam sekitardan 13% responden berada di tahap

pengetahuan yang rendah.

Jadual 4. Pengetahuan Mengenai Alam Sekitar dan Kelestarian

Amalan Kitar Semula Bahan Plastik

Sangat

Tidak

setuju

Tidak

Setuju

Kurang

SetujuSetuju

Sangat

Setuju

1 Sains dan Teknologi boleh

menyelesaikan masalah alam

sekitar

2 1 4 23 10

13

Page 15: Web viewMolekul plastik adalah polimer yang mengandungi susunan rapat di mana organisma seperti bakteria dan fungus tidak dapat memisah secara biologikal

2 Bumi mempunyai banyak sumber

sekiranya kita menggunakannya

dengan beretika

0 2 3 16 19

3 Pembangunan ekonomi lebih

penting daripada melindungi

sumber alam semula jadi

5 6 10 12 7

4 Pendidikan alam sekitar penting

dalam kurikulum sekolah

1 5 2 20 12

5 Saya peka terhadap isu alam

sekitar di Malaysia

2 1 6 20 11

5%7%

8%

49%

31%

Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Kurang Setuju

Setuju

Sangat Setuju

Graf 3: Pengetahuan Alam Sekitar dan Kelestarian

Kesedaran Terhadap Kelestarian Alam Sekitar

Pada bahagian ini sebanyak 5 soalan ditanya kepada responden untuk dijawab.Hasil

dapatan mendapati tahap kesedaran responden terhadap kelestarian alam sekitar yang

14

Page 16: Web viewMolekul plastik adalah polimer yang mengandungi susunan rapat di mana organisma seperti bakteria dan fungus tidak dapat memisah secara biologikal

tinggi apabila sebanyak 82% responden memberi respon sangat setuju dan setuju terhadap

soalan-soalan yang diberikan.Tahap kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar responden

berada di tahap yang tinggi dapat dirujuk melalui soalan “ semua pihak mempunyai

peranan masing-masing dalam menjaga alam sekitar dan kelestariannya” iaitu seramai 36

responden setuju dan sangat setuju dengan soalan ini. Walaubagaimanapun terdapat juga

responden mempunyai tahap kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar di tahap

sederhana iaitu sebanyak 12% responden dan 5% berada di tahap yang rendah untuk

bahagian ini.

Jadual 3. Tahap Kesedaran Alam Sekitar dan Kelestarian

Amalan Kitar Semula Bahan Plastik

Sangat

Tidak

setuju

Tidak

Setuju

Kurang

SetujuSetuju

Sangat

Setuju

1 Pihak sekolah berperanan memberi

pendidikan alam sekitar kepada

pelajar

2 2 3 18 15

2 Pencemaran berlaku disebabkan

oleh penggunaan botol plastik

berlebihan

2 3 5 21 9

3 Penggunaan botol plastik boleh

digantikan dengan bahan lain yang

mesra alam

2 1 5 16 16

4 Kelestarian alam sekitar menjamin

kualiti hidup yang lebih baik untuk

masa hadapan

1 3 4 15 17

5 Semua pihak mempunyai peranan

masing-masing dalam menjaga

alam sekitar dan kelestariannya

1 0 3 14 22

15

Page 17: Web viewMolekul plastik adalah polimer yang mengandungi susunan rapat di mana organisma seperti bakteria dan fungus tidak dapat memisah secara biologikal

4% 5%

10%

42%

40%Sangat Tidak SetujuTidak SetujuKurang SetujuSetujuSangat Setuju

Graf 4: Kesedaran Kelestarian Alam Sekitar

PERBINCANGAN

Masalah sampah sememangnya menjadi isu utama bagi pihak berkuasa tempatan yang

terpaksa membelanjakan banyak wang untuk aktiviti pemungutan dan pelupusan sampah

sarap yang dihasilkan oleh masyarakat hal yang boleh menjadi masalah baharu dalam

kerosakan alam sekitar dan kelestarian.Majoriti daripada mereka membuang sampah tanpa

memperdulikan adakah sampah itu boleh dikitar semula atau tidak. Selain itu, mereka juga

mencampurkan semua jenis sampah dalam satu tong tanpa mengasingkannya. Tidak

kurang juga dengan golongan pelajar atau masyarakat awam yang tidak mementingkan

kebersihan umum kerana jika ternampak sampah ditepi-tepi jalan atau sebagainya, mereka

tidak mempunyai inisiatif untuk memungutnya, sebaliknyahanya mengharapkan tukang

sapu untuk mengendalikannya.

Maka kita perlu membuat kesadaran tentang pentingnya alam sekitar dikalangan

masyarakat umum dan pelajar-pelajar supaya kita memberi kesedaran kepada pelajar

tentang kepentingan penjagaan alam sekitar melalui program kitar semula, meningkatkan

pengetahuan tentang amalan kelestarian,mengubah sikap dalam kalangan pelajar terhadap

amalan kitar semula dan meningkatkan kualiti pengetahuan dan amalan kitar semula di

kalangan pelajar melalui aktiviti langsung disekolah. Kajian ini menggunakan kaedah

kuantitatif iaitu melalui kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik. Responden

kajian adalah terdiri daripada pelajar lepasan PT3 di salah sebuah sekolah PPD Sepang.

16

Page 18: Web viewMolekul plastik adalah polimer yang mengandungi susunan rapat di mana organisma seperti bakteria dan fungus tidak dapat memisah secara biologikal

Responden yang dipilih adalah secara rawak dengan menumpukan kepada pelajar lepasan

PT3 yang mengikuti aktiviti 3R yang dijalankan. Sejumlah 40 borang soal selidik telah

diedarkan selepas pelajar mengikuti aktiviti 3R iaitu kitar semula botol menjadi lampu

bilik tidur, rama-rama dan tempat penanaman pokok bawang.

Dari kajian yang telah kami dari kumpulan jalankan bahwa dari segi amalan kitar

semula 48% responden sangat bersetuju dan bersetuju mengamalkan pengunaan botol

dengan betul dan mengamalkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian. Manakala

responden menjawab kurang setuju memberi maksud jarang atau kadangkala

mengamalkan amalan kitar semula botol plastik adalah sebanyak 25% responden dan tidak

pernah atau sangat jarang mengamalkan amalan kitar semula plastik sebanyak 27%

responden. Hasilnya menunjukkan bahwa lebih separuh mengamalkan alam sekitar. Ini

menunjukkan bahwa sudah ada peningkatan tentang amalan kitar semula.

Dari hasil tentang sikap terhadap alam sekitar, sebanyak 73% setuju tentang sikap

alam sekitar dengan soalan “menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab saya” sebanyak

34 responden menjawab setuju dan sangat setuju. Selain itu soalan “ saya sayangkan alam

sekitar” mendapat respon yang banyak setuju dan sangat bersetuju menunjukkan sikap

responden berada di tahap yang positif. Manakala 20% responden memberi respon kurang

setuju terhadap soalan yang diberikan menunjukkan sikap yang sederhana terhadap

kelestarian alam sekitar.Seterusnya, terdapat hanya 7% responden menunjukkan sikap

yang negatif terhadap kelestarian alam sekitar. Ini membuktikan bahwa semua pelajar

boleh membawa diri dalam menjaga alam sekitar.

Dari segi pengetahuan alam sekitar, sebanyak 80% responden memberi respon

sangat bersetuju dan bersetuju terhadap soalan yang diberikan. Responden mengetahui

setiap sumber bumi perlu digunakan dengan beretika melalui soalan “bumi mempunyai

banyak sumber sekiranya kita mengunkankannya dengan beretika” mendapat bilangan

responden yang tinggi iaitu 35 responden satuju dan sangat setuju. Manakala 8%

responden berada di tahap sederhana pengetahuan mengenai alam sekitardan 13%

responden berada di tahap pengetahuan yang rendah. Tapi ini sudah masuk dalam tahap

yang sangat memuaskan.

17

Page 19: Web viewMolekul plastik adalah polimer yang mengandungi susunan rapat di mana organisma seperti bakteria dan fungus tidak dapat memisah secara biologikal

Dari segi kesadaran alam sekitar, sebanyak 82% responden memberi respon sangat

setuju dan setuju terhadap soalan-soalan yang diberikan.Tahap kesedaran terhadap

kelestarian alam sekitar responden berada di tahap yang tinggi ini dibuktikan hanya 12%

yang tidak sadar tentang alam sekitar

Dari 4 segi yang telah kami lakukan tampak jelas bahwa kesemua pelajar sudah

mulai mengamalkan alam sekitar itu dilihat dari persentasi pelajar tentang soal selidik yang

diberikan.

KESIMPULAN

Kitar semula merupakan salah satu langkah yang boleh diambil dalam mengurangkan

jumlah sampah. Kitar semula seperti plastik, kertas, tin, dan suratkhabar merupakan salah

satu cara pemeliharaan alam sekitar. Salah satu aktiviti yang boleh diterapkan dalam diri

pelajar adalah mengitar semula botol plastik menjadi barang baharu dan barang yang

bernilai.

Kitar semula botol plastik dalam diri pelajar sangat penting dalam penjagaan alam

sekitar, meningkatkan pengetahuan tentang amalan kelestarian, mengubah sikap dalam

kalangan pelajar terhadap amalan kitar semula dan meningkatkan kualiti pengetahuan alam

sekitar pada pelajar. Kitar semula yang diterapkan disekolah menggunakan botol plastik

bekas adalah pembuatan lampu tidur, rama-rama, dan tempat penanaman pokok bawang.

Berdasarkan hasil soal selidik yang dibahagikan kepada pelajar dari segi amalan kitar

semula 48% responden sangat bersetuju dan bersetuju mengamalkan pengunaan botol

dengan betul dan mengamalkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian, sebanyak

73% responden memberi respon setuju tentang sikap terhadap alam sekitar, dan dari segi

pengetahuan alam sekitar sebanyak 80% responden memberi respon sangat bersetuju dan

bersetuju terhadap soalan yang diberikan. Sedangkan dari segi kesadaran alam sekitar,

sebanyak 82% responden memberi respon sangat setuju dan setuju terhadap soalan-soalan

yang diberikan. Melihat pencapaian soalan selidik tampak bahwa kesemua pelajar sudah

mulai mengamalkan alam sekitar baik itu disekolah mahupun dirumah.

18

Page 20: Web viewMolekul plastik adalah polimer yang mengandungi susunan rapat di mana organisma seperti bakteria dan fungus tidak dapat memisah secara biologikal

RUJUKAN

Ahmad Mahdzan Ayob 2002. Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

Berenguer, J. 2007. The effect of empathy in proenvironmental attitudes and behaviours.

Journal of Environment & Behaviour 39(2): 269-283.

Burca, D. D., Dodd, V. A. Dennison, G. J., Cullinan, N., & Madden, N. 1994. Assessing

the Role of Kerbside Recycling in Municipal Waste Management in the Dublin

Region. Proceeding of the 10th International Conference on Solid Waste

Management, Philadelphia: USA.

Dzulkifli, A.R. 2005. Make a Difference: Learn to Last. Education for Sustainable

Development: The Role of Universities as Regional Centre of Expertise. Pulau

Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Gruder Adams, S. (1990). Recycling in Multifamily Units. BioCycle. April. pp. 36-37.

Norlila, T. 2007. Perlaksanaan Pendidikan Alam Sekitar di sekolah-sekolah menengah

daerah Seremban. Projek Penyelidikan Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

19

Page 21: Web viewMolekul plastik adalah polimer yang mengandungi susunan rapat di mana organisma seperti bakteria dan fungus tidak dapat memisah secara biologikal

Ridener. (1997). University Students Attitude to the Environment.An Australian/ USA

Comparison and the Effects of an Educational Program. Australia Journal of

Environmental Education, 13(1), 77-84.

Wang, F. S., Richardson A. J. & Roddick F. A.1997. Relationships Between Set-out Rate,

Participation Rate and Set-out Quantity in Recycling Program. Journal of

Resources, Conservation and Recycling. No 20. pp:1-7

Zaini Ujang. 2009. Pembangunan Negara dan Pemuliharaan Alam Sekitar Johor: Penerbit

Universiti Teknologi Malaysia, hlm 194. hlm.6.

Zurina, M., & Norjan, Y. 2003. Environment awareness among students at National

University of Malaysia. National seminar proceeding on environment. Bangi.

Universiti Kebangsaan Malaysia.

20