karya ini adalah karya pelajar - · pdf fileparameter biologi – bakteria, protozoa,...

35
Karya ini adalah karya pelajar 1.0 PENGENALAN “ Kami telah memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru dan pada diri merek sendiri, sehingg jelaslah bagi mereka bahawa al-Quran itu adalah benar dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.” (Fussilat:53) Sejarah menunjukkan sungai dan persekitarannya sejak dahulu lagi amat penting di dalam kehidupan manusia dari segi sosial dan ekonomi. Fungsi utama sesebuah sungai adalah untuk mengalirkan air dari kawasan tadahannya dan ke lautan. Sungai juga berperanan dalam kemudahan perhubungan yang menyebabkan banyak penempatan masyarakat bertumpu di sepanjang tebing sungai. Pada masa ini dapat dilihat di kawasan lembah yang pesat dengan pembangunan infrastrukturnya, kawasan yang berhampiran sungai adalah kawasan lapang yang "terakhir" yang masih dapat dinikmati oleh penduduk warga kota. Sungai merupakan sumber air mentah utama iaitu 97 peratus. Pada tahun 2006 sahaja, sungai membekalkan sebanyak 7000 juta liter sehari dan dijangka akan meningkat kepada lebih 16,000 juta liter sehari menjelang 2050. Isu yang seringkali berbangkit berkaitan sumber air ialah pencemaran sungai. Dari segi statistik, kurang separuh daripada 146 sungai di seluruh negara dikategorikan sebagai bersih, manakala 15 lagi tercemar teruk dan sembilan dikategorikan sebagai sungai mati. Air pula merupakan ciptaan Allah S.W.T yang amat besar peranannya kepada kita. Setiap hari kita memerlukan air. Kita tidak dapat hidup selesa jika tiada air walaupun sehari. Malangnya, ramai orang yang tidak mencintai ciptaan Allah S.W.T ini. Sumber air kini banyak yang tercemar. Sikap sesetengah orang yang membuang Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Upload: phamthuy

Post on 06-Feb-2018

247 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

Karya ini adalah karya pelajar

1.0 PENGENALAN

“ Kami telah memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan)

Kami di segenap penjuru dan pada diri merek sendiri, sehingg jelaslah

bagi mereka bahawa al-Quran itu adalah benar dan apakah Tuhanmu

tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan

segala sesuatu.”

(Fussilat:53)

Sejarah menunjukkan sungai dan persekitarannya sejak dahulu lagi amat

penting di dalam kehidupan manusia dari segi sosial dan ekonomi. Fungsi utama

sesebuah sungai adalah untuk mengalirkan air dari kawasan tadahannya dan ke

lautan. Sungai juga berperanan dalam kemudahan perhubungan yang

menyebabkan banyak penempatan masyarakat bertumpu di sepanjang tebing

sungai. Pada masa ini dapat dilihat di kawasan lembah yang pesat dengan

pembangunan infrastrukturnya, kawasan yang berhampiran sungai adalah kawasan

lapang yang "terakhir" yang masih dapat dinikmati oleh penduduk warga kota.

Sungai merupakan sumber air mentah utama iaitu 97 peratus. Pada tahun

2006 sahaja, sungai membekalkan sebanyak 7000 juta liter sehari dan dijangka

akan meningkat kepada lebih 16,000 juta liter sehari menjelang 2050. Isu yang

seringkali berbangkit berkaitan sumber air ialah pencemaran sungai. Dari segi

statistik, kurang separuh daripada 146 sungai di seluruh negara dikategorikan

sebagai bersih, manakala 15 lagi tercemar teruk dan sembilan dikategorikan sebagai

sungai mati.

Air pula merupakan ciptaan Allah S.W.T yang amat besar peranannya kepada

kita. Setiap hari kita memerlukan air. Kita tidak dapat hidup selesa jika tiada air

walaupun sehari. Malangnya, ramai orang yang tidak mencintai ciptaan Allah S.W.T

ini. Sumber air kini banyak yang tercemar. Sikap sesetengah orang yang membuang

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 2: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

samapah-sarap ke dalam sungai telah mencemarkan mutu air yang dianugerahkan

kepada kita.

Antara contoh, empat sungai di negara ini didapati paling tercemar sepanjang

2004 sehinggakan airnya tidak sesuai untuk tujuan minuman atau pengairan.

Laporan Kualiti Alam Sekitar Malaysia 2004 yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar

baru-baru ini menyebut sungai-sungai itu ialah Sungai Menggaris di Sabah, Sungai

Jelutong di Pulau Pinang serta Sungai Buluh dan Sungai Tukang Batu di Johor.

2.0 DEFINISI DAN KONSEP PENCEMARAN AIR

Bumi terdiri daripada pelbagai komponen alam sekitar sama ada komponen

itu hidup dan tidak hidup. Setiap komponen alam sekitar ini bergerakbalas dan saling

berhubungan antara satu sama lain dalam suatu ruang yang dipanggil ekosistem.

Perhubungan yang harmoni diantara komponen dalam suatu ruang akan

mewujudkan suatu keadaan yang dipanggil ekosistem dinamik yang seimbang.

Apabila ekosistem yang seimbang ini terganggu akibat oleh sesuatu

perubahan dalam komponen alam sekitar akan menyebabkan ekosistem itu menjadi

tidak seimbang. Bila keadaan ini berlaku, ekosistem itu dikatakan mengalami

perubahan dari keadaan asal atau dalam istilah alam sekitar ianya dipanggil

pencemaran. Pencemaran itu sendiri bermaksud suatu perubahan yang tidak sesuai

yang berlaku disekitaran melalui perubahan salah satu atau komposisi-komposisi

kimia, biologikal dan fizikal. Kewujudan pencemaran inilah yang menimbulkan

masalah kepada komponen-komponen alam sekitar di dalam sesuatu ekosistem.

Didalam sesuatu ekosistem, pencemaran alam sekitar berpunca dari sumber-

sumber kejadian semulajadi atau akibat dari tindakan-tindakan oleh aktiviti manusia

dan ianya boleh wujud dalam pelbagai bentuk, keadaan dan intensiti. Pencemaran

air adalah sebarang perubahan kualiti alam sekeliling yang berpunca dari kegiatan

manusia yang boleh memudaratkan manusia dan alam. Pencemaran air dilihat

sebagai penambahan benda asing yang tidak diperlukan menyebabkan

kemerosotan kualiti air. Justeru, kebanyakan bekalan air minuman berpunca

daripada air hujan yang turun dikawasan tadahan air iaitu kawasan hutan primer

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 3: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

atau sekunder yang menadah air seterusnya dikumpulkan didalam tasik atau

empangan atau sungai.

Air dikatakan tercemar apabila perubahan-perubahan dalam komposisi

kimia, biologikal dan fizikal sehingga ianya tidak sesuai untuk digunakan seperti

untuk bekalan air minuman, habitat kepada hidupan akuatik, pengairan untuk

pertanian, pengangkutan, rekreasi dan sebagainya. Selain itu, sesuatu sumber air

juga dikatakan mengalami pencemaran apabila berlaku sesuatu perubahan secara

langsung dalam kandungan air. Perubahan air yang berpunca daripada kegiatan

manusia mengakibatkan ketidaksesuaian sesuatu sumber air untuk sesuatu tujuan

dalam seperti asalnya.

3.0 Parameter Kualiti Air dan Standard

Apakah yang dikatakan dengan kualiti air? Ianya bolehlah dikaitkan dengan

istilah fresh, dirty, dan potable. Ianya juga merupakan tindak balas komposisi air

(parameter air) kepada semua kemungkinan input dan proses sama ada bersifat

natural ataupun budaya (Krenkel, 1980). Kualiti air diukur berdasarkan sifat kimia,

fizikal dan biologi air menyebabkan air tersebut tidak sesuai digunakan dan ini

memberi kesan kepada kehidupan organisma.

Parameter air boleh di bahagikan kepada 4 iaitu:

1. Parameter Kimia – bahan organik dan inorganik.

2. Parameter Fizikal – warna, suhu, buih, SS, keruh.

3. Parameter Fisiologi – rasa dan bau (estetika).

4. Parameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton.

Oleh itu, kualiti air boleh setiap masa bergantung kepada keupayaannya

untuk bertindak balas ke atas input dan proses yang berlaku. Sekiranya badan

air tidak berupaya untuk mengekalkan keadaan seimbang (keseimbangan

dinamik) komposisi-komposisi air, maka kualiti air akan mengalami kemerosotan

kualiti. Kemerosotan kualiti inilah yang dikatakan sebagai pencemaran.

Kemerosotan kualiti air boleh dibahagikan kepada:

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 4: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

1. Pollution – merujuk kepada gangguan secara mendatangkan impak ke atas

air yang bagi kegunaan berfaedah walaupun tidak

membahayakan kesihatan.

2. Contamination – kerosakan air yang menyebabkan bahaya kepada kesihatan

rakyat.

3. Nuisance – merujuk kepada kekeruhan dan kekotoran yang disebabkan oleh

amalan tidak praktikal ke atas pelupusan kumbahan dan sisa

industri.

Dalam konteks negara kita Malaysia, air dikatakan tercemar apabila ia

mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

Criteria and Quality Standard For Malaysia (Vol. 1-V)” yang telah dihasilkan oleh

Consultant Group on Water Quality, Institute of Advanced Studies University of

Malaya Kuala Lumpur.

Pengurusan Kualiti Air

Petunjuk Kualiti Air/ Indeks Kualiti Air (IKA)

Supaya dapat memastikan bahawa sistem saliran yang dijadikan sebagai

sumber bekalan air dan aktiviti lain yang melibatkan manusia dan hidupan lain tidak

dicemari oleh sebarang bentuk pencemaran yang berbahaya. Yakni, sungai yang

dijadikan sumber bekalan air untuk pengguna haruslah mempunyai air yang bersih

dan tulen dengan pengawalan yang rapi terhadap sebarang bendasing.

Dalam konteks negara kita, bagi membolehkan tahap pencemaran sungai kita

dikelaskan, beberapa petunjuk kualiti air diperlukan untuk menilai sama ada sesuatu

air sungai yang dijadikan sumber bekalan air itu berkualiti ataupun tidak. Petunjuk-

petunjuk ini merupakan kawalan kepada tahap pencemaran yang wujud di dalam

badan air. Penunjuk kualiti air terdiri daripada Parameter Oksigen Biokimia (BOD),

Parameter Oksigen Kimia (COD), Oksigen Terlarut (DO), Nitrogen Ammonia (NH3-

N), dan Pepejal Terampai (SS) dan PH. Dalam konteks bekalan air minuman,

parameter biologi (analisis kandungan bakteria) dan kimia (logam berat berbahaya)

selalu ditekankan agar bekalan air yang dihasilkan bebas dari sebarang bentuk

pencemaran yang berbahaya.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 5: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

Dengan menggunakan petunjuk-petunjuk tersebut, Malaysia telah

memperkenalkan satu indeks bagi mengkelaskan tahap pencemaran. Indeks Kualiti

Air (IKA) telah dihasilkan melalui bancian pendapat ahli ikhtisas. Seperti indeks-

indeks lain, IKA ialah gabungan nilai parameter kualiti air mengikut model tertentu.

Horton, 1965 dalam Kualiti dan Pencemaran Air di Malaysia oleh Anhar Suki telah

mencadangkan satu model di mana setiap parameter kualiti air yang dianggap

penting diberi pemberat mengikut kepentingannya. Nilai ini kemudian digabungkan

secara aritmetik bagi mendapatkan satu nilai dan pada masa kini juga terdapat

pelbagai model yang boleh digunakan. Di Malaysia, cara yang biasa digunakan

adalah melalui pendekatan matematik atau berdasarkan bancian pendapat ahli

ikhtisas.

Permintaan Oksigen Secara Biokimia (BOD) ialah satu pengukur jumlah

oksigen yang diperlukan oleh bakteria dan mikro organisma aerobik untuk

mengoksidakan bahan organik kepada bentuk bahan bukan organik yang stabil. Di

Malaysia, paras cadangan bagi kriteria BOD bagi air mentah untuk bekalan air

domestik ialah 1 mg/l dan paras cadangan interim standard BOD untuk air mentah di

sungai iaitu 3mg/l. Paras had kebolehgunaan air untuk tujuan minuman dan

memerlukan rawatan lanjut ialah 6 mg/l iaitu paras BOD kelas lll.

Permintaan Oksigen Secara Kimia (COD) pula adalah pengukur jumlah

oksigen yang diperlukan oleh agen pengoksida dalam proses pengoksidaan bahan

kepada karbon dioksida, air dan ammonia secara kimia. Biasanya kandungan COD

adalah lebih tinggi berbanding BOD. Sumber bahan organik dan bukan organik

dalam air biasanya berpunca daripada sisa industri seperti kilang pulpa dan kertas

serta kilang penapis/ memproses logam. Pada kebiasaannya kepekatan COD

sesuatu air permukaan yang tidak tercemar iaitu kurang daripada 20 mg/l. Di

Malaysia nilai kriteria cadangan COD untuk bekalan air domestik ialah 10 mg/l

manakala cadangan standard interim untuk air mentah ialah 25 mg/l. Paras had

kebolehgunaan untuk sumber air minuman yang memerlukan rawatan lanjut ialah 50

mg/l iaitu paras COD kelas lll.

Oksigen Terlarut (DO) pula adalah asas hidupan akuatik kerana ia penting

untuk proses pernafasan dan penguraian bahan organik. Terdapat 4 faktor yang

yang mempengaruhi proses konsentrasi DO dalam badan air iaitu proses

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 6: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

pengudaraan semula (interaksi atmosfera-air dan pergerakan air), fotosintesis,

respirasi, pengoksidaan bahan organik, suhu dan saliniti. Di Malaysia, cadangan

interim nilai standard DO air mentah untuk bekalan air domestik adalah lebih tinggi

daripada 5 mg/l. Manakala DO yang lebih besar daripada 8 mg/l adalah tidak

dicadangkan untuk bekalan air mentah. Paras had kebolehgunaan untuk sumber air

minuman yang memerlukan rawatan lanjut ialah 3 mg/l iaitu paras DO kelas lll.

Sedimen merupakan petunjuk pencemaran berasaskan pembukaan tanah,

perlombongan, larutan dan pencemaran. Ia biasa terdiri daripada lumpur, sisa halus

mineral, zarah pasir halus, klodak dan liat, partikel bahan organik, plankton, dan

organisma mikroskopik. Dalam kajian kualiti air ianya meliputi 2 parameter iaitu

Pepejal Terampai (SS) dan Pepejal Terlarut (TDS). Kebiasaannya, sungai yang baik

mempunyai SS sebanyak 25 mg/l. Di Malaysia, paras cadangan nilai standard

interim SS ialah 50 mg/l iaitu satu standard yang sesuai untuk berenang dan

berekreasi. Namun, paras had kebolehgunaan untuk sumber air minuman yang

memerlukan rawatan lanjut iaitu 150 mg/l iaitu paras SS Kelas lll.

Nitrogen Ammonia (NH³-N) juga digunakan sebagai penunjuk utama kepada

kehadiran kumbahan binatang dan manusia, buangan domestik, bandar dan industri

serta baja pertanian. Konsentrasi Nitrogen Ammonia yang tinggi akan

mempertingkatkan denyutan, kadar aktiviti respirasi dan keseimbangan hidupan

akuatik serta mempengaruhi kadar metabolisme. Pada kebiasaannya, air semulajadi

mempunyai kandungan ammonia kurang daripada 0.1 mg/l. Di Malaysia, paras

konsentrasi Nitrogen Ammonia untuk bekalan air domestik mestilah kurang daripada

0.1 mg/l. Nilai cadangan Nitrogen Ammonia untuk bekalan air mentah ialah 1 mg/l.

Paras had kebolehgunaan untuk sumber air minuman yang memerlukan rawatan

lanjut iaitu 0.9 mg/l iaitu paras Nitrogen Ammonia Kelas lll.

PH atau kepekatan Hidrogen merupakan sukatan bagi keasidan dan

kealkalian dan ia merupakan sukatan yang terpenting dalam menentukan kimia air

kerana kebanyakan proses yang terbabit dalam rawatan air bergantung kepada

parameter ini. Nilai pH biasanya diukur pada skala 0 - 14 yang mana nilai 7 ialah

neutral. Nilai yang kurang daripada 7 adalah bersifat keasidan manakala yang

melebihi 7 bersifat alkali. Organisma boleh hidup dengan baik pada paras pH antara

6.0 – 8.5 dan ianya sangat sensitif terhadap perubahan pH kerana perubahan ini

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 7: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

akan mempengaruhi proses pembiakan dan pembesaran ikan, jumlah dan spesies

hidupan air yang lain.

PARAMETER

Clean Slightly Polluted Very Polluted

Water Quality

Index (WQI)

81 – 100

60 – 80

0 – 59

Biochemical

Oxygen Demand

(BOD)

91 -100 80 - 90 0 - 79

Ammonical

Nitrogen

92 - 100 71 - 91 0 -70

Suspended Solids

(SS)

76 - 100 70 - 75 0 - 69

Jadual 1: Pengkelasan Tahap Kebersihan Sungai Berdasarkan IKA

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 8: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

SUNGAI PENJELASAN

KELAS l

Tujuan Konservasi, sesuai untuk:

I. Bekalan air minuman l – hampir

tiada rawatan diperlukan.

II. Perikanan l – spesies akuatik

yang sensitif sekali.

KELAS llA I. Sumber air bagi bekalan air

minuman ll – rawatan biasa

adalah perlu.

II. Perikanan l – spesies akuatik

yang sensitif.

KELAS llB Sumber air bagi kegunaan rekreasi di

mana ada sentuhan badan.

KELAS lll I. Sumber Air bagi bekalan air

minuman lll – rawatan lanjut

adalah perlu.

II. Perikanan lll – bagi spesies

akuatik yang tahan.

III. Sesuai bagi minuman haiwan

ternakan.

KELAS lV Sesuai untuk pengairan/ saliran.

KELAS V Sesuai untuk kegunaan selain daripada

kegunaan Kelas l – Kelas lV

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 9: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

Jadual 2: Pentafsiran IKA berdasarkan Kelas.

Pemantauan Kualiti Air

Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan Program Pengawasan Kualiti Air di

seluruh negara sejak tahun 1978. program tersebut kini dilaksanakan oleh Alam

Sekitar Malaysia Sdn. Bhd. (ASMA) mulai tahun 1995 melalui program

penswastaan. Pada tahun 2003, terdapat stesen pengawasan yang melibatkan 120

buah lembangan sungai di Malaysia.

Dari aspek pengawasan kualiti air juga penting bagi memastikan kualitinya

sentiasa terpelihara. Program pengawasan ini perlu dijalankan dengan melakukan

persampelan air bagi melihat kandungan air tersebut sama ada secara fizikal, kimia

(mengesan darjah keracunan air) mahupun biologi (mengesan kehadiran bakteria

patogen dalam air). Dengan langkah pemantauan yang berterusan seperti yang

telah dilakukan seperti contoh di Sungai Linggi pasti akan dapat memberikan

maklumat terkini tentang kualitinya dan mengambil tindakan segera sekiranya

berlaku pencematan.

Apa yang harus ditekankan dalam aspek pengurusan ini ialah dengan

menggunakan teknik-teknik persampelan dan analisis yang mempunyai kepekaan

yang tinggi bagi mengesan semua bendasing dengan lebih berkesan. Ini adalah

kerana kebanyakan analisis yang dilakukan selama ini tidak memberikan keputusan

yang tetap.

Di Malaysia, sebanyak 120 lembangan sungai dibentuk untuk tujuan

pemantauan yang meliputi 462 sistem sungai. Daripada jumlah itu, sebanyak 902

stesyen pemantau IKA secara manual dan 10 lagi secara automatik. Program

pemantauan ini telah dimulakan oleh JAS sejak 1978 dengan bermatlamatkan untuk

membangunkan kualiti air sungai dan mengesan perubahan kualiti air disebabkan

oleh pembangunan. Manakala pada tahun 2004, bilangan stesen pengawasan kualiti

air bagi negeri Sabah adalah sebanyak 21 lembangan sungai utama ianya

termasuklah Lembangan Sungai Mengalong, Padas, Membakut, Papar, Moyog,

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 10: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

Tuaran, Kedamaian, Bingkongan, Bengkoka, Sugut, Labok, Kaya, Kinabatangan,

Segama, Silabukan, Tingkayu, Kalumpang, Tawau, Umas-Umas, Brantian, dan

Kalabakan.

Piawaian kualiti Air Minuman

Bekalan air minuman perlu dielakkan daripada sebarang bentuk pencemaran

sama ada disengajakan ataupun tidak. Justeru, satu piawaian kualiti untuk air

minuman mesti diadakan. Piawaian yang paling meluas digunakan sehingga kini

ialah WHO Guidelines for Drinking Water Quality (Twort. 1985). Ia mengandungi

garis panduan untuk pelbagai zarah di dalam air minuman dan juga maklumat

tentang kesesuaiannya pada keadaan-keadaan air yang berbeza.

Nilai kualiti bagi kualiti air minuman perlu dikaji dan dikemaskini pada sesuatu

selang masa bagi memastikan nilai tersebut selari dengan perkembangan semasa.

Pada masa yang sama nilai piawai tidak seharusnya diambil sebagai satu-satunya

piawaian atau ukuran bagi menentukan sama ada sesuatu air yang dibekalkan itu

berkualiti ataupun tidak. Apa yang terprnting adalah keutamaan dalam memilih jenis

air yang selamat apabila diberikan kepada dua jenis air yang tercemar.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 11: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

Jadual 3: Tahap Kualiti Air Sungai Bandar di Malaysia

Bandar BOD DO COD SS pH NH³-

N

Indek

BOD

Indek

NH³-N

Indek

SS

IKA

Ipoh 2.5 4.8 71 24 7.3 0.001 87** 99* 74** 70**

Kota Bharu 6.9 7.6 30.5 43.3 5.1 1.1 73*** 60*** 80* 71**

Kuala

Terengganu

0 6 4 11 8 0.05 100* 96* 91* 92*

Kajang 1.1 2.6 84 325 7 0.4 96* 58.7*** 41.3*** 56***

Semenyih 0.7 6.4 55.6 189.4 7.1 0.2 97* 80** 50*** 77**

Banting 0.5 1.8 89.6 839 6.4 0.6 98* 60** 6*** 46***

Kuala Kangsar 3 7 12 68 8 0.047 86* 78*** 70** 82*

Kota Tinggi 0 6 27 8 7 0 100* 100* 93* 89*

Sumber: Laporan Tahunan 2002 Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan

Nota: * Bersih

** Sederhana tercemar

*** Tercemar

Penerangan : SS adalah pepejal terampai

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 12: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

4.0 Punca Dan Sumber Pencemaran

a) Pencemaran Berpunca

Menurut (Zamey. 2006), pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu

pencemaran berpunca dan pencemaran tidak berpunca. Pencemaran berpunca

adalah dari punca yang diketahui seperti pembuangan sisa dari kilang, pembuangan

sisa dari loji kumbahan dan pembuangan sisa dari sektor penternakan.

Pembangunan Sektor Penternakan

Gambar 1: Kawasan Ternakan

Comment [N1]: Rujuk Artikel Krenkel dan Novotny untuk bahagian ini

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 13: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

Gambar 2 : Sisa Najis dan Bangkai Ternakan

Penyaliran najis haiwan seperti najis khinzir ke sungai atau pembuangan sisa-

sisa haiwan yang disembelih atau yang mati ke sungai, tasik dan paya. Air sungai

yang berbau busuk, kandungan bacteria E.Coli amat tinggi, kadar aliran air sungai

amat perlahan atau dikenali sebagai “Sungai Mati”. Misalnya Sungai Linggi, Sungai

Langat dan Sungai Batang Benar pada tahun 1990-an. Dianggarkan sebanyak 304.5

tan metrik BOD sehari dijana oleh penternakan Khinzir. Pada dekat 1990-an, di

Negeri Sembilan sahaja, jumlah ladang khinzir mencecah 700 buah dengan

ternakan melebihi 500,000 ekor. Kawasan penternakan khinzir kebanyakannya tidak

mempunyai sistem kumbahan yang baik dan alamlan penternakan yang

memandikan haiwan tersebut setiap hari juga menimbulkan masalah pencemaran

sungai apabila air dari lading khinzir mengalir ke sungai.Contoh terbaik ialah Sungai

Sepang, Selangor yang telah dikelaskan sebagai terjejas teruk akibat pembuangan

najis dan sisa ternakan dari hampir 100 ladang khinzir yang terletak di tebingnya.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 14: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

Proses pembandaran.

Gambar 3: Kawasan Sungai Pinggir Bandar

Bandar Malaysia mengalami pertambahan penduduk dari aspek pertambahan

kawasan kediaman, perniagaan dan perindustrian, serta di sokong oleh

perkembangan sektor perkhidmatan dan kemajuan infrastruktur yang pesat dan. Hal

ini menyebabkan sisa kumbahan domestik dari kawasan kediaman dan perniagaan

di Bandar adalah penyubang besar kepada pencemaran sungai. JAS

menganggarkan jumlah kumbahan yang dilepaskan oleh kawasan kediaman bandar

mencapai 776.4 metrik tan BOD sehari. kewujudan kawasan setinggan yang

membuang sisa domestik seperti sampah sarap dan air kumbahan ke sungai.

Termasuk juga pembuangan sisa-sisa makanan oleh peniaga kecil dan lain-lain sisa

dari kawasan perumahan ke sungai dan paya. Pembuangan sisa domestik

khususnya sampah sarap dari kawasan-kawasan setinggan menjadi punca utama

misalnya, di Sungai Gombak dan Sungai Klang di Kuala Lumpur tercemar teruk.

Menurut Jamaluddin Md. Jahi.1996 penggunaan sistem pembentungan lama turut

menyumbang kepada masalah pencemaran air sungai di kawasan bandar dan desa.

Misalnya di kawasan bandar terdapat perkembangan bandar yang tidak selari

dengan perubahan kepada sistem pembentungan. Kebanyakan parit, longkang dan

pembentung yang membawa sisa isi rumah, perdagangan dan perindustrian dari

kawasan bandar dialirkan terus kedalam sungai tanpa di rawat. Keadaan ini

menyebabkan sesetengah sungai di bandar terlalu teruk tercemar. Pelepasan air

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 15: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

kumbahanan yang tidak diolah ke dalam pengairan daratan dan seterusnya kedalam

sungai yang melintasi kawasan-kawasan perbandaran dan pekan yang mempunyai

ramai penduduk adalah merupakan satu faktor utama yang menyebabkan

pencemaran di sungai-sungai berkenaan.

Pembangunan Perindustrian.

Gambar 4: Perindustrian Bandar

Aktiviti industri merupakan antara punca pencemaran sungai terutama di

kawasan-kawasan Bandar. Pelepasan Enfluen/ sisa kilang ke sungai, tasik, paya

dan segala sumber air. Sektor perkilangan dianggap sebagai penyumbang utama

kepada pencemaran sungai. Kilang-kilang yang banyak mencemarkan sungai ialah

kilang memperoses getah serta kelapa sawit. Kilang kelapa sawit, umpamanya

berupaya mengeluarkan 25,000 mg/ I BOD, 53, 360 mg/I COD dan 12,020 mg/1

pepejal terampai ( ESCAP 1982), manakala industri pakaian mengeluarkan sejumlah

875 mg/1 BOD dan sebanyak 3720 mg/1 COD ( Rakmi 1993). JAS 1998 melaporkan

terdapat 12 kategori industri di Malaysia yang berupaya mengeluarkan sebanyak

14,293.4 kh BOD sehari dengan jumlah tertinggi di sumbangkan oleh industri kelapa

sawit, iaitu sebanyak 6800 kg sehari. Industri-industri kecil yang menjadi faktor

penyumbang pencemaran seperti perusahaan membuat tembikar, bengkel-pengkel

dan seumpamanya yang berselerak dan terdapat di celah-celah kawasan kediaman

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 16: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

menggangu keselesaan penduduk-penduduk tempatan. Punca pencemaran

daripada sisa industri didapati menjadi semakin rumit dengan pengenalan bahan

kimia baru setiap hari untuk pproses pengeluaran (Katiman, Noraziah, 2000). Bahan

kimia baru tersebut masih tidak diketahui kesannya terhadap kesihatan manusia.

Pencemaran logam berat akibat proses perindustrian sangat serius. Pada tahun

1996, sebanyak 53 batang sungai tercemar dengan kandungan kadmium, 44 besi,

36 plumbum, 24 raksa,24 tembaga, 7 manganan, 4 kromium dan 4 zink. Sebagai

contoh Sungai Skudai, Johor dan Sungai Prai di Pulau Pinang. Kadar kemerosotan

diukur dengan indaktor kandungan BOD dalam air, disamping perubahan warna dan

bau pada air.

b). Pencemaran Tidak Berpunca

Pencemaran dari sumber yang tidak diketahui seperti, aktiviti pembangunan

tanah, air larian tercemar seperti tumpahan minyak, baja tumbuhan dan lain-lain.

Pembangunan Tanah

Gambar 5 : Pembangunan Tanah

Bagi memenuhi keperluan semasa manusia pembangunan tanah secara

besar-besaran samaada untuk pertanian, petempatan, pembandaran, perindustrian

dan lain-lain yang melibatkan aktiviti pembalakan dan penyahutanan. Di Malaysia,

beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa kehilangan tanih akibat

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 17: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

hakisan sewaktu pembersihan tanah sekitar 38,500 tan metrik/km2 setahun, dan

jumlah ini berkurangan sebanyak 10,000 tan metrik/km2 selepas pembinaan selesai.

Di negara ini, sudah menjadi perkara biasa untuk membersihkan semua tumbuhan

di kawasan yang hendak dimajukan dan terdapat suatu selang masa yang panjang

sebelum pembinaan dimulakan. Keadaan ini menyebabkan berlakunya hakisan dan

seterusnya sungai mengalami pencemaran pepejal terampai ( Sulong, Kadarudin

dan Mohd 2005). Misalnya, Bandar Malaysia dalam dekad 1990-an banyak

mengalami perubahan morfologi dan fungsi dengan berkembangnya kawasan

perniagaa, perindustrian, kediaman dan pengangkutan. Perkembangan yang pesat

ini memerlukan kawasan tanah yang luas dan sempadan bandar diperbesarkan.

Keadaan ini berlaku di bandar sederhana besar seperti Kajang dan Kuala Kangsar.

Proses hakisan semasa hujan di kawasan terbuka atau di kawasan yang sedang di

bangunkan akan menyumbang kepada kepekatan kelodak yang tinggi di dalam

sungai dan Ini menyebabkan sumber air seperti sungai dan tasik tercemar apabila

partikel-partikel tanah yang terhakis dibawa oleh larian air permukaan ke sungai.

Kemerosotan kualiti air dikesan melalui kandungan pepejal terampai (SS) dan juga

kekeruhan/perubahan warna air. Contoh pencemaran air di Sungai Kelantan akibat

pembangunan tanah kawasan KESEDAR pada tahun 1970-an.

Pembangunan Pertanian

Gambar 6: Pertanian Moden

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 18: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

Untuk tujuan penambahan bahan makanan, sektor pertanian telah dimajukan

secara besar-besaran melalui penggunaan baja untuk mempercepatkan tumbesaran

dan meningkatkan hasil tanaman, begitu juga dengan penggunaan pelbagai jenis

racun makhluk perosak. Penggunaan baja lebih daripada yang sepatutnya atau

kawalan yang tidak baik akan mengakibatkan pencemaran terhadap sekitaran

terutamanya bagi sistem akuatik. Penilaian kualiti air bukan sahaja berdasarkan

kepada kegunaan air tetapi juga kepada kepekatan pelbagai juzuk dalam jasad air

berkenaan.

Antara unsur utama yang terdapat dalam baja yang digunakan untuk tujuan

pertanian ialah nitrat, dimana ia akan diambil oleh tumbuhan untuk membina protein

sel dan ia adalah antara sumber utama nutrien untuk pokok padi . Disamping itu

logam-logam berat juga boleh terhasil daripada aktiviti pertanian. Antaranya ialah

logam kadmium dan zink. Dimana sebagai contohnya zink yang bercampur dengan

kuprum atau ammonia memberikan kesan ketoksikan yang tinggi kepada organisma

(Zaini Ujang, 2007). Bahan pencemaran yang dibebaskan oleh aktiviti pertanian

boleh dibahagikan kepada beberapa kelas, antaranya ialah kandungan BOD yang

tinggi, nutrien, patogen, pepejal terampai, garam, logam toksik dan bahan kimia

organik toksik . Ini termasuklah logam-logam yang toksik seperti As, Cu dan Zn yang

berasal dari bahan tambahan makanan ternakan, Cd dan U dalam baja terutamanya

baja fosfotik dan As, Cu, Pb dan Zn dari racun makhluk perosak yang berasaskan

logam Penggunaan racun seperti DDT dan penggunaan baja kimia yang

menyebabkan sumber-sumber air seperti air sungai, paya dan tasik juga tercemar

akibat dibawa oleh air hujan. Jumlah hujan yang tinggi di Malaysia menyebabkan air

larian membawa sisa racun perosak dari kawasan pertanian dari suatu kawasan

sungai dikawasan pertanaian turut mengalir ke dalam sungai lain dan akan

menyebabkan sungai-sungai yang lain turut tercemar. Air larian yang memasuki

sungai daripada kawasan perladangan boleh mengandungi bahan organik, sisa baja

kimia. Kemerosotan kualiti sumber air ini dikesan melalui nilai pH. Contohnya yang

berlaku di kawasan perladangan getah dan kelapa sawit (Prof. Madya Dr. Mohd

Ismail Yaziz. 2001)

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 19: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

Perkembangan sektor pelancongan

Gambar 7: Pelancongan

Sektor pelancongan ternyata dapat menjana perkembangan ekonomi Negara

di samping dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Justeru itu, Keperluan untuk membentuk dan melaksanakan pelan pengurusan zon

pinggir pantai bersepadu disebabkan peningkatan konflik gunatanah, pengurangan

sumber alam serta isu kemerosotan kualiti air laut sekitarnya.Misalnya, Teluk

Lingayen dikenali sebagai kawasan perikanan dan pelancongan di wilayah utara

Filipina. Pada masa yang sama, teluk ini juga merupakan kawasan tadahan bagi

beberapa sungai utama di wilayah itu namun kini terdedah kepada masalah

pencemaran akibat pembuangan sisa kumbahan domestik, sisa logam daripada

akitiviti perlombongan dan masalah pemendapan sedimen kesan daripada aktiviti

pembalakan dan perlombongan (Jabil Mapjabil. 2007). Pelepasan sisa kumbahan

dari hotel, resort dan chalet ke laut menyebabkan pencemaran air laut. Kemerosotan

kualiti air laut ini di kesan melalui kandungan bakteria E. Coli. Jika melebihi paras

200 MPN/100ml maka air laut tersebut dikategorikan tercemar. Punca ini banyak

terdapat di kawasan pelancongan popular seperti di Port dickson Negeri Sembilan

dan Batu Feringgi di Pulau Pinang.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 20: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

Pembangunan sumber tenaga

Gambar 8: Loji Rawatan Air

Di peringkat awal pembinaan empangan hidroelektrik biasanya mencemarkan

sungai dengan kelodak dan bahan ampaian. Begitu juga penggunaan air untuk

pembersihan dan penyejukan loji jana kuasa elektrik yang menggunakan petroleum

sebagai bahan bakar. Air buangan selepas loji dibersih dan disejukkan yang

disalirkan ke sungai menyebabkan sungai tercemar.

Perkembangan sektor perlombongan

Gambar 10: Lombong Emas Gambar 11: Lombong Arang Batu

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 21: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

Aktiviti pertlombongan juga merupakan punca pencemaran air sungai kerana

air dari kawasan perlombongan mengandungi kandungan zarah terampai dan bahan

logam yang ada kaitan dengan mineral yang dilombong yang membahayakan

kesihatan pengguna Sisa perlombongan bijih timah, emas dan tembaga

mencemarkan sungai dan tasik apabila ia dialirkan/ dibuang kedalam sungai seperti

kes perlombongan tembaga di Mamut Sabah. Pencemaran laut terjadi di kawasan

pelantar cari gali petroleum juga boleh berlaku semasa kerja-kerja penggerudian di

jalankan.

5.0 Kesan – akibat Kehadiran Pencemaran

Kajian terhadap pencemaran sungai mula dijalankan sejak tahun 1970-an dan

meliputi pelbagai aspek seperti pemendapan, pencemaran permukaan tanah, air

resapan, sisa industri dan logam berat. Laporan Kualiti Alam Sekeliling Malaysia,

1998 (Jabatan Alam Sekitar 1999) melaporkan bahawa dari 836 sampel air yang

dikumpul dari seluruh negara, 94.5% tidak menepati piawai yang telah ditetapkan

untuk minyak dan gris, 73.7% tidak mematuhi jumlah bagi bahan pepejal terampai,

dan 29.7% bagi E. Coli. Fakta yang paling menggemparkan adalah kurang daripada

17% dari 5,409 kilang yang diurus oleh Indah Water Konsortium (IWK) yang

mematuhi piawai buangan yang telah dihuraikan dalam Peraturan Kualiti Alam

Sekeliling (Kumbahan dan Effluent Industri) 1979 yang telah ditetapkan oleh JAS.

Dalam kes pembuangan sisa toksik, tarif tinggi yang dikenakan untuk merawat hasil

buangan industri telah mengakibatkan banyak kilang membuang hasil buangan

mereka secara haram

Akibat semua ini, kebanyakan sungai di merata di seluruh Negara telah

mengalami pencemaran dan peracunan yang serius. Antaranya ialah Sg Penchala

yang bermula sebagai sungai bersih dan jernih di Bukit Kiara tetapi merosot menjadi

seperti longkang busuk di Petaling Jaya. Sungai Juru, Sungai Benut, Sungai Pontian

Besar, Sungai Sepang, Sungai Klang dan Sungai Ibai/ Marang juga dikatakan

sebagai sungai terkotor di seluruh Negara dan berjuta ringgit telah dibelanjakan

untuk membersihkannya. Manakala sungai yang dikategorikan sebagai sedikit

tercemar ialah Sungai Dondang, Sungai Deralik, Sungai Buloh, Sungai Kempas,

Sungai Tukang Batu, Sungai Rambah dan sebagainya. Kualiti air sungai-sungai di

Malaysia juga telah merosot dengan mendadak.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 22: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

Jadual 4: Tahap pencemaran sungai-sungai utama di Malaysia, 1987 -2002

Tahun Bilangan

Sungai yang

dimonitor

Bilangan

Sungai Bersih

Bilangan

Sungai

Sedikit

Tercemar

Bilangan

Sungai Sangat

Tercemar

1987 91 43 45 3

1988 91 48 40 3

1989 91 45 43 3

1990 90 48 35 7

1991 87 37 44 6

1992 87 25 55 7

1993 116 30 75 11

1994 116 38 64 14

1995 115 48 53 14

1996 116 42 61 13

1997 117 24 68 25

1998 117 33 68 13

2002 120 30 68 22

Sumber: Jabatan Alam Sekitar

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 23: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

Sumber bekalan air yang tercemar memberi implikasi yang besar kepada

penduduk kerana pencemaran sumber air tersebut melibatkan kos rawatan air yang

tinggi. Aduan terhadap pencemaran air di Malaysia semakin meningkat setiap tahun,

daripada 191 aduan pada 1992 kepada 382 aduan pada tahun 1997. Jenis aduan

lebih tertumpu kepada industri berasaskan pertanian, seperti kilang getah dan

kelapa sawit, tetapi mulai berubah kepada aduan terhadap industri pembuatan.

Lewat tahun 1990-an, aduan orang ramai terhadap pencemaran air lebih banyak

tertumpu kepada sisa kumbahan domestik. Keadaan ini memperlihatkan perubahan

pembangunan Malaysia daripada ekonomi pertanian kepada sektor perindustrian.

Sungai-sungai terutamanya yang terdapat di negara kita seringkali diabaikan

dan dianggap sebagai tapak pelupusan yang mudah dan murah. Kebanyakan

bandar di Malaysia mewarisi sistem pengaliran sisa air buangan bandar yang lama.

Sistem longkang dan parit di kawasan bandar berakhir di sungai yang berdekatan

dan keadaan ini akhirnya menyebabkan kualiti air sungai merosot dengan teruknya.

Pencemaran sungai lebih serius kebanyakannya berlaku di bandar-bandar

yang sudah matang, terutamanya bandar di wilayah Lembah Kelang dan Lembah

Langat kerana pembangunan bandar yang pesat telah menggalakkan lagi

pencemaran sungai berlaku. Pelepasan air kumbahan yang tidak diolah ke dalam

pengairan daratan dan seterusnya ke dalam sungai yang melintasi kawasan-

kawasan perbandaran dan pekan yang mempunyai ramai penduduk adalah

merupakan salah satu faktor berlakunya pencemaran sungai di kawasan berkenaan.

Sungai-sungai yang dicemari oleh effluen dari pelbagai punca akan

mengakibatkan kekurangan atau kematian ikan dan udang dan hidupan lain dan ia

bukan sahaja penting kepada ekosistem akuatik tetapi juga penting sebagai sumber

air minuman. Tahap pencemaran sungai yang tinggi akan menyebabkan sumber air

sukar dirawat dengan kaedah biasa. Kualiti air di kebanyakan sungai bandar

semakin sukar dipulihkan jika perancangan pembangunan telah mengabaikan

sungai sebagai satu sumber ekonomi atau yang mempunyai nilai estetik yang tinggi.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 24: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

Sekiranya sumber-sumber air atau sungai tidak dijaga daripada agen

pencemar maka untuk jangka masa panjang ia akan menjejaskan penawaran air.

Sisa penternakan terutamanya najis merupakan antara punca utama pencemaran

air di Malaysia. Seperti dalam kes di daerah Seremban, Jabatan Perkhidmatan

Haiwan (1997) melaporkan bahawa pada tahun 1986 terdapat 67 buah ladang babi

di daerah Seremban dan ini sekaligus telah menjejaskan kualiti air sungai jika

kumbahan daripada ternakan tidak diurus dengan sebaiknya.

Air sungai yang tercemar oleh bendasing seperti kuman penyakit, logam,

bahan kimia merbahaya atau sisa radioaktif juga boleh menyebabkan pelbagai

kemudaratan kepada fisiologi tubuh badan manusia.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 25: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

Jadual 5: Contoh jenis bahan pencemar di dalam air sungai dan kesannya

kepada kesihatan manusia.

Kategori pencemar Potensi meyebabkan penyakit

KIMIA

(a) Bukan Organik

Ø Aluminium (Al)

Ø Arsenik (As)

Ø Kadmium (Cd)

Ø Kromium (Cr)

(b) Organik/ Hidrokarbon

Ø Trichloroethene

Ø Benzene

Ø Aldrin & Dieldrin

Penyakit Alzheimer.

Barah kulit dan organ lain.

Penyakit buah pinggang.

Barah paru-paru.

Penyakit paru-paru dan hati.

Barah.

Penyakit hati dan sistem saraf.

MIKROBIOLOGI

(a) Bakteria

Ø Salmonella

Ø Vibrio Cholerae

(b) Virus

Ø Rotavirus

Ø Hepatitis A

(c) Protozoa

Ø Entamoeba

Ø Giardia

Demam kepialu dan cirit-birit.

Taun.

Cirit-birit.

Hepatitis.

Cirit-birit.

Cirit-birit.

Sumber: Era Hijau Keluaran 4. 2001

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 26: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

6.0 PENGURUSAN PENCEMARAN

Secara umumnya, pengurusan sumber sungai melibatkan pengurusan dua

komponen utama iaitu dari segi kualiti dan kuantiti. Pengurusan dari segi kuantiti

bertujuan supaya jumlah air yang mencukupi dapat dibekalkan kepada pengguna

bagi memenuhi pelbagai keperluan. Ia melibatkan usaha memaju, membersih dan

mengolah, mengagih dan memulihara kembali sumber sungai. Aktiviti pengurusan

sungai melibatkan pelbagai langkah antaranya menguatkuasakan undang-undang

mengawal pencemaran sungai, menjalankan usaha memelihara dan memulihara

kawasan sungai serta mengawal pembangunan di kawasan berhampiran dan sekitar

sungai. Dalam kata lain, pengurusan sungai menyediakan cara bagaimana

mengawal dan memandu hubungan manusia dengan komponen alam sekitar ini

agar kualiti sungai tersebut dan kepentingan organisma hidup khususnya manusia

sentiasa terpelihara. Objektif utama pengurusan sungai ialah untuk memelihara

sungai sedia ada untuk kegunaan semasa dan masa hadapan, meminimumkan

impak terhadap sungai kesan daripada pelbagai aktiviti pembangunan selain

meningkatkan kualiti sungai dan hidupan keseluruhannya. Agensi yang dianggap

bertanggung jawab dalam hal ehwal pengurusan sungai ialah Jabatan Pengairan

dan Saliran serta Jabatan Alam Sekitar. Pengurusan sungai menumpukan kepada

pelbagai aspek pemeliharaan dan pemuliharaan sungai yang melibatkan kaedah

perundangan dan kaedah bukan perundangan.

6.1 Kaedah Perundangan

Langkah yang paling berkesan dalam usaha memastikan sungai sentiasa

terpelihara ialah dengan menjalankan penguatkuasaan undang-undang dan

pengawasan yang berkesan dan konsisten terhadap setiap kegiatan ekonomi dan

harian di kawasan berhampiran sungai. Langkah perundangan iaitu melalui

penguatkuasaan undang-undang dan pemantauan yang teliti serta tindakan tegas

termasuk denda dan kompaun. Menarik balik lesen operasi dan penjara keatas

mana-mana pihak yang dikenalpasti mencemarkan sumber-sumber air samaada

dari pekilang, penternak, pemilik-pemilik kapal, orang perseorangan dan

sebagainya. Langkah ini dilaksanakan JAS di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 27: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

Akta Pemulihan Tanah mengandungi satu bahagian tersendiri ( Bahagian III)

mengenai kawalan kelodak dan hakisan. Sebahagian besar peruntukan mengenai

kawalan hakisan ditujukan kepada kawasan tanah bukit bagi mengawal kawasan

lain daripada kelodakan dan pemandapan bahan daripada tanah yang terhakis.

Seksyen 5, umpamanya menyatakan bahawa tanah bukit tidak boleh ditanam

dengan tanaman jangka pendek, termasuk sayur-sayuran melainkan sekiranya

diberi kebenaran. Begitu juga seksyen 6 (1) melarang pembukaan dan menanam

tanaman di tanah bukit melainkan sekiranya mendapat kebenaran.

Kawalan hakisan tanih juga terdapat dalam Akta Perhutanan Negara (

Malaysia 1984e). Jadual Pertama, Seksyen 2 (1), Perkara 15 (b) mengkehendaki

pemegang lesen membalak bertindak mengurangkan hakisan tanih. Sementera itu

Seksyen 83 (1), Akta Jalan , Parit dan Bangunan, 1974 ( Undang-undang Kecil

Bangunan Seragam) mengkehendaki ruang terbuka di dalam dan di sekeliling

bangunan yang sedang di bina dilindungi secara bersesuaian daripada hakisan

tanih. Tindakan ini sungguh penting memandangkan langkah pembangunan dan

pembinaan yang di jalankan di negara ini lumrahnya melibatkan pembersihan

keseluruhan kawasan yang hendak dimajukan akan terdedah kepada tindakan

hakisan bagi suatu jangka masa yang panjang sehingga projek tersebut selesai.

Akta Jalan, Parit dan Bangunan di bawah Seksyen 55 (3) menyatakan

bahawa tidak ada apa bentuk enfluen perdagangan pun yang boleh dibuang atau di

benarkan memasuki kawasan sungai, terusan, alur, kolam, tasik, laut ataupun mana-

mana parit atau pembentungan awam tanpa kelulusan bertulis pihak berkuasa

tempatan ataupun negeri. Seksyen 55 (2) pula melarang memasukkan terus

kedalam sungai dan badan –badan air lainnya, bahan buangan daripada tandas.

Terdapat beberapa peruntukan dalam Akta Kerajaan Tempatan mengenai

pencemaran air serta langkah-langkah bagi mencegah dan mengawalnya. Seksyen

69 menyatakan, menjadi suatu kesalahan bagi seseorang melakukan kacau gangu

atau membuang kotoran di dalam ataupun di atas mana-mana anak sungai, saluran,

terusan, longkang awam ataupun jalan air yang terdapat dalam kawasan kerajaan

tempatan. Juga menjadi suatu kesalahan untuk mencemarkan sungai sehingga

menggangu alirannya ataupun tidak mencemarkannya dengan bahan buangan

pepejal ataupu cecair daripada proses pembuatan (Seksyen 70). Di beberapa pihak

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 28: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

berkuasa tempatan terdapat beberapa peruntukan yang digubal mengikut Kerajaan

Tempatan.,1976 mengenai pencemaran air. Umpamanya undang-undnag kecil 9,

Undang-undang Kecil Pemugutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarao.

Dalam Seksyen 73 a (ii) Akta Kerajaan Tempatan, 1976 pula terdapat

peruntukan yang menyatakan bahawa undang-undang kecil boleh digubal berkaitan

pencemaran air bagi melarang binatang di mandikan atau dibasuh di mana-mana

anak sungai. Suhubungan dengan ini Enakmen Mengawal Pemeliharaan Babi

mempunyai peruntukan yang lebih ketat. Menurut Seksyen 3 (1) kawasan bagi

pemeliharaan babi akan ditetapkan oleh Raja dalam Majlis dan tempat-tempat lain

dilarangg digunakan bagi tujuan tersebut. Seksyen 5 (2) © melarang tempat

pemeliharan babi didirikan di mana-mana tempat yang mungkin menyebabkan

pencemaran perigi, sungai, anak sungai, jalan air, perairan darat atau tali air yang

airnya digunakan atau mungkin digunakan oleh manusia, sementara Seksyen 5 (3)

pula melarang pembuangan najis babi ke tempat-tempat yang di nyatakan dalam

seksyen 5 (2) ©.

Akta Perikanan mengandungi peruntukan dalam Seksyen 26(1) bagi kawalan

pengunaan racun atau pencemar, dan bahan letupan bagi maksud menangkap ikan

di perairan darat atau pinggir pantai. Sementara itu bagi mereka yang telah diberikan

lesen bagi penyelidikan petroleum di bawah Akta Perlombongan Petroleum, 1972

dikehendaki menghalang kelepasan petroleum ke dalam mana-mana kawasan air

dalam atau berdekatan dengan kawasan penyelidikan.

Jelaslah bahawa beberapa perundangan berkaitan alam sekitar yang di

gubak selepas merdeka mempunyai beberapa peruntukan bagi mencegah

berlakunya pencemaran air samaada badan air darat mahupun air laut (maluddin

Md. Jahi.1996).

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 29: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

6.2 Kawalan Pembalakan

Gambar 12 : Pembalakan Terkawal

Mengawal selia aktiviti pembalakan dan penyahutanan terutamanya di

kawasan rizab sungai, kawasan tadahan, hutan simpan dan sebagainya bagi

menjamin sumber air sungai sentiasa bersih dan berterusan. Misalnya kawasan

10km dari tebing sungai merupakan kawasan rizab atau kawasan penampan yang

tidak boleh di usik untuk aktiviti pembalakan dan penyahutanan.

6.3 Kawalan Punca

Gambar 13: Loji Rawatan Air

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 30: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

Melalui pengawalan punca pencemaran sama ada dari kawasan perumahan dan industri lagi

sebelum air dibiarkan masuk ke dalam sungai merawat air yang telah telah tercemar khususnya

akibat sisa kilang dan air kumbahan. Disamping menyedia dan memperbanyakkan loji merawat air.

Hanya air yang sudah dirawat sahaja boleh dialirkan ke sungai semula. Loji perawatan boleh

ditempatkan terus di tebing-tebing sungai. Selain itu langkah pencegahan dengan menyediakan

sistem pemerangkap sampah yang berkesan untuk membersihkan sungai dari pencemaran sampah

sarap dan juga melancarkan kadar alirannya. Manakala, pada masa yang sama juga usaha-usaha

mempertingkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan teknologi harus dijalankan dari masa

ke masa seperti teknologi kitar semula air atau mengubah teknologi perindustrian ke arah yang tidak

mencemarkan air bagi menjamin sumber-sumber air masa hadapan sentiasa bersih (Dr. Puziah

Abdul Latif. 2003).

6.4 Kempen dan Pendidikan Alam Sekitar

Gambar 14: Kempen Kitar Semula

Melaksanakan kempen dan pendidikan alam sekitar. pelaksanaan program

pendidikan dan penghayatan etika alam sekitar yang lebih meluas dan berkesan

bagi memupuk sikap dan perilaku masyarakat yang lebih mesra alam. Menyedarkan

masyarakat tentang pentingnya air bersih dan menjaga sumber air sebagai penerus

kehidupan. Kempen dilaksanakan melalui pelbagai pendekatan samaada melaui

media massa ataupun aktiviti turun padang, antara aktiviti yang pernah dijalankan

seperti Sungai Angkat,Pemerhatian Sungai Pendidikan & Ceramah, Expedisi Sungai

dan Pengindahan Sungai Juga dengan menganjurkan pelbagai aktiviti sosial seperti

gotong-royong pembersihan sungai.Di Malaysia, apa yang penting ialah mengubah

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 31: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

minda dan sikap masyarakat terlebih dahulu ke arah mencintai alam sekitar. Ini

kerana selagi minda masyarakat tidak berubah selagi itu masalah pencemaran

sungai tidak akan dapat diatasi dengan berkesan. Serta dengan melibatkan

masyarakat terhadap apa jua aktiviti berkaitan sungai. Usaha ini telah berjaya

memulihkan persekitaran sungai di Amerika Syarikat. Sebagai contoh, pada tahun

1982, masyarakat di Bronx Selatan di Bandar Raya New York telah memulakan

Projek pemulihan Sungai Bronx. Sejak sekian lama sungai tersebut menjadi medan

pembuangan besi buruk, tetapi masyarakat di situ secara suka rela telah

mengeluarkan dari sungai tersebut barangan seperti bangkai kereta lama, tilam,

mesin basuh dan peti sejuk; membersihkan lorong pesiar kaki yang telah lama

tertimbus oleh lumpur kerana banjir lampau; meletakkan batang kayu di sepanjang

tebing sungai bagi memperlahankan hakisan dan membersihkan rumput liar dan

memeriksa air dari segi BOD, suhu, halaju dan kualiti air. Kini Sungai Bronx mengalir

dengan penuh bertenaga dan menjadi tumpuan masyarakat setempat.

7.0 KESIMPULAN

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 32: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

“ Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat

dan dilaut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan sebab

apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang

demikian) kerana Allah S.W.T hendak merasakan mereka sebahagian

daripada perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan,

supaya mereka kembali (insaf dan taubat)”

(Ar-Rum 11)

Pembangunan adalah bersifat berbagai-bagai bidang dan mencakupi

dimensi-dimensi kerohanian dan kebendaan dengan hubungan yang padan dalam

pelbagai dimensi termasuk alam sekitar. Bagi mencapai keseimbangan alam sekitar

dengan pembangunan, pembangunan tersebut mestilah menuju ke proses

pembangunan manusia yang menyeluruh, sekaligus pembangunan kepada

masyarakat.

Pembanterasan pencemaran sungai memerlukan tindakan berterusan jangka

pendek dan panjang, iaitu membabitkan aspek penyediaan infrastruktur,

perundangan dan pendidikan. Untuk menangani masalah pencemaran sungai ini,

pendekatan bersepadu serta penglibatan semua pihak dalam mengadakan program-

program pemuliharaan sungai dan alam sekitar adalah dialu-alukan dan diperlukan.

Adalah tanggungjawab masyarakat umumnya untuk memastikan kebersihan dan

kualiti air sungai-sungai di negeri ini adalah dalam keadaan bersih.

Pendekatan ini bukan sahaja dapat menyedarkan orang ramai tentang

kepentingan penjagaan dan perlindungan alam sekitar tetapi juga dapat

mengurangkan ataupun mengelakkan perbelanjaan kerajaan untuk pemulihan

kerosakan atau pencemaran ke atas alam sekitar kita. Untuk memastikan usaha-

usaha tersebut berkesan dalam jangka masa panjang, program kesedaran ini perlu

diadakan secara berterusan serta melibatkan masyarakat setempat. Selain daripada

itu, perkongsian bijak dengan pihak swasta serta pertubuhan bukan kerajaan

(NGOs) juga boleh membantu kita dalam menangani isu-isu alam sekitar. Ini kerana

banyak perkara yang sukar dilaksanakan oleh pihak kerajaan boleh dilaksanakan

dengan kerjasama pihak swasta dan NGOs memandangankan mereka ini

berkemampuan dari segi tenaga dan kewangan.

RUJUKAN

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 33: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

Anhar Suki. 1999. Kualiti dan Pencemaran Air di Malaysia. Jamaluddin Md Jahi et al (ed).

Alam Sekitar dan pengurusannya di Malaysia. Bangi: Working Group on Urban

Ecosystem Malaysian National Committee-UNESCO.

Dr. Puziah Abdul Latif. 2003. Sisa Industri Strategi Mengurangkannya ke Arah Teknologi

Bersih. Era Hijau, : Penerbit UPM. Ms 6 – 7.

Haliza Abdul Rahman.2007. Suatu Tinjauan Terhadap Isu Pencemaran Sungai di Malaysia.

http:// sessums. Word press. Com

Hamid Ismail, Tuan Poh Rokiah, Syed Hussain. 2003. Isu-isu Pengurusan Alam Sekitar.

Sintok: Penerbit UUM. Ms 44 – 55, 250 – 259.

Jamaluddin Md. Jahi.1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar. Bangi: UKM. Ms

133 – 209.

Jabil Mapjabil. 2007. Seminar Kebangsaan Geografi “Dunia Tanpa Sempadan”. http:// bill @

USM .my

Jawatankuasa Pengurusan Sungai Peringkat Negeri Sembilan. http:// www. ns.gov.my /

Jabatan/ jpns

Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar. 1989. Bil 2 Apr/ Mei/

Jun.

Laporan Kempen Kebersihan Sungai Tuaran. 1993. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 34: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

Laporan Tahunan. 2004. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah.

Laporan Tahunan dan Kualiti Alam Sekeliling. 2002. Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan.

Laporan Tahunan. 2003. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah.

Laporan Tahunan. 2003. Jabatan Alam Sekitar Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Katiman Rostam, Noraziah Abdul Yaakub, Mohd Jahi Mokhtar Jaafar. 2000. Alam, Manusia

dan Pembangunan Di Malaysia. Bangi : Penerbit UKM. Ms 74 – 84.

Mohd Rozali Othman, Mohd Talib Hj. Latif, Abdullah Samat, Muhamad Sanusi Sulaiman.

2006. Kesan Aktiviti Penanaman Padi Terhadap Kualiti Air. http:// pkukmeb . UKM.

My/ mmjas/ V10 – 22/ 33.

Mohd Zuhdi Marsuki, Amar Saifudie Ghazali. 2002. Etika Alam Sekitar Dari Perspektif Islam,

Timur dan Barat. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Prof. Madya Dr. Mohd Ismail Yaziz. 2001. Teknik Memantau Pencemaran Air dan Udara.

Era Hijau, : Penerbit UPM. Ms 14 – 15.

Sulong Mohamad, Mohd Ekhwan Toriman, Kadaruddin Aiyub dan Mokhtar Jaafar, 2005.

Sungai dan Pembangunan Tebingan Sungai Bandar Malaysia. Bangi : Penerbit

UKM. Ms 152 – 161.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 35: Karya ini adalah karya pelajar - · PDF fileParameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton. ... mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water

Zaini Ujang. 2007. Ammonia Jadi Beban Pencemaran Sungai. http:// www. Flakksa. Uitm.

My.

Zamey. 2006. Modul Pengurusan River Ranger. www. riverranger. net.

KOMEN

Kamu tidak merujuk bahan UTAma yang saya arahkan. Buku yang di karang oleh Krenkel

1. Krenkel, P.A. & Novoyny, V. 1980. Water Quality Management,New

York: Academic Press. 671 p*.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.