zaman renaissance

4
ISL TAJUK 4 4.0 ZAMAN RENAISSANCE 4.1 RENAISSANCE 4.1.1 KONSEP 1. Zaman Renaissance merupakan satu sempadan antara zaman kegelapan dan pencerahan di Eropah. 2. Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan atau menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains, sastera dan seni klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat peradaban dunia pada ketika itu. 3. Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad dari pertengahan abad ke 14 sehingga pertengahan abad ke 16. 4. Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak ke seluruh Eropah melalui perkembangan intelektual dan pemikiran manusia. 5. Ia juga dikenali sebagai zaman kebangkitan atau kelahiran semula dan pemulihan budaya masyarakat Eropah. 6. Asas Zaman Renaissance ialah penonjolan erhadap keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahnnya. 7. Aliran pemikiran ini dikenali sebagai humanisme. 8. Bapa humanism ialah Francesco Petrach.

Upload: teokimmoi

Post on 15-Apr-2016

230 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

SJH

TRANSCRIPT

Page 1: Zaman Renaissance

ISL TAJUK 4

4.0 ZAMAN RENAISSANCE

4.1 RENAISSANCE

4.1.1 KONSEP

1. Zaman Renaissance merupakan satu sempadan antara zaman kegelapan dan

pencerahan di Eropah.

2. Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan atau

menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap

pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains, sastera dan

seni klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat peradaban dunia pada

ketika itu.

3. Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad dari pertengahan abad ke 14

sehingga pertengahan abad ke 16.

4. Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak ke seluruh Eropah melalui

perkembangan intelektual dan pemikiran manusia.

5. Ia juga dikenali sebagai zaman kebangkitan atau kelahiran semula dan

pemulihan budaya masyarakat Eropah.

6. Asas Zaman Renaissance ialah penonjolan erhadap keupayaan manusia berfikir

untuk menyelesaikan permasalahnnya.

7. Aliran pemikiran ini dikenali sebagai humanisme.

8. Bapa humanism ialah Francesco Petrach.

Page 2: Zaman Renaissance

4.1.2 FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN ZAMAN RENAISSANCE

1. KEMUNCULAN BANDAR-BANDAR DI ITALI Zaman Renainssance bermula di Itali dan di Itali telah muncul bandar-bandar

terkenal seperti Venice, Genoa, Florence, rom dan Milan yang menjadi pusat

perdagangan antarabangsa.

Dari segi geografi, kedudukan Itali strategik kerana dikelilingi oleh Laut

Maditerranean.

Kedudukan ini menjadikan Itali sebagai persimpangan utama dan pusat

perdagangan antarabangsa.

Bandar pelabuahn yang terkenal ialah Venice dan Genoa.

Kesannya, berlaku pertembungan budaya, bahasa dan agama yang terus

menjadikan Itali sebagai pusat perkembangan idea baru.

2. KEMUNCULAN PARA PEDAGANG Aktiviti perdagangan di Itali telah membawa kepada kemunculan para

pedagang kaya.

Mereka menggunakan kekayaan mereka untuk mengindahkan bandar

dan menjadikannyatumpuan para seniman dan cendiakawan.

Golongan pedagang kaya ini kemudiannya menjadi patron atau penaung

kepada para pelukis, ahli muzik, saintis dan penulis.

Antara patron yang terkenal termasuklah keluarga Medici di Florence.

Golongan patron ini berusaha menarik seniman dan cendiakawan yang

terbaik dalam pelbagai bidang ke bandar masing-masing.

Lantas berlakulah persaingan antara bandar-bandar di Itali untuk

mendapatkan tokoh cendiakawan Renaissance.

Page 3: Zaman Renaissance

3. PERSELISIHAN FAHAM PIHAK GEREJA Paus di Rom juga menjadi penaung kepada para seniman dan

cendiakawan.

Golongan penguasa Gereja di Rom telah mula mencemburui

pencapaian bandar seperti Florence serta kuasa yang dipegang oleh

keluarga Medici.

Oleh itu, mereka juga berhasrat untuk menjadikan Rom cantic dan

menarik seperti Florence.

Pihak berkuasa gereja menghadapi masalah dalam hal in.

Mereka tidak bersedia menaungi ahli sains dan ahli matematik keran

akhuatir kumpulan saintis tersebut akan mencabar pemikiran yang

dibawa oleh Gereja Katolik.

Para saintis menekankan kaedah pemerhatian atau empirikal serta

penggunaan akal dan logic dalam menerangkan sesuatu fenemena

alam.

Pihak gereja terus menekankan penjelasan tradisional.

Berlakunya konflik seperti dalam kes Galileo Galilei.

4. PENEKANAN KEPADA KEUPAYAAN INDIVIDU Zaman Gelap penekanan diberikan kepada pengkhususan

terhadap kemahiran dan ilmu tertentu.

Zaman Renaissance pula pembinaan kemahiran dalam semua

aspek intelektual serta fizikal adalah digalakkan di kalangan

individu.

Misalnya, Leonardo da Vinci dan Michelangelo selain dikenali

sebagai seorang pelukis dan pengukir agung, juga disanjung

kerana kemahiran mereka dalam bidang ilmu pengetahuan yang

lain.