zakat fitrah
DESCRIPTION
Zakat FitrahTRANSCRIPT
1.1 PENDAHULUAN
Allah telah mensyariatkan dan mewajibkan umat Islam untuk mengeluarkan sebahagian
harta mereka iaitu zakat, bertujuan untuk membersihkan diri dan menyuburkan harta pembayar
zakat berdasarkan firman Allah yang bermaksud;
“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya
engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)”
(Surah at-Taubah
9:103)
Zakat terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya zakat fitrah, zakat pertanian, zakat
pendapatan, zakat wang simpanan dan zakat dalam harta yang lain. Zakat merupakan salah satu
daripada rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh orang Islam yang berkemampuan berdasarkan
firman Allah yang bermaksud;
"Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha
kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu"
(Surah al-Baqarah 2:267)
Kewajipan menunaikan zakat telah dilaksanakan dengan tegas di awal pemerintahan
Khulafa’ al-Rasyidin lagi. Buktinya, Khalifah AbuBakar al-Siddiq telah membuat keputusan
untuk memerangi golongan yang enggan membayar zakat pada zaman itu. Zakat bukan sahaja
disyariatkan untuk membantu golongan kurang berkemampuan tetapi sangat penting untuk
pembangunan ummah.
Sistem zakat pada amnya mempunyai banyak persamaan dengan sistem cukai
pendapatan. Kedua-dua sistem ini melibatkan pungutan wang oleh wakil-wakil kutipan yang
dilantik oleh pihak berkuasa daripada individu atau syarikat tertentu untuk kegunaan tertentu.
Tetapi dari segi falsafah dan konsepnya, sistem zakat dan cukai pendapatan adalah berbeza.
Pungutan wang zakat bertujuan untuk diagihkan kepada lapan golongan asnaf seperti
yang telah dinyatakan di dalam al-Quran, iaitu fakir, miskin, ‘amil, muallaf, riqab, gharimin,
fisabilillah dan ibnu al-sabil. Selain itu, masyarakat Islam perlu mempelajari tentang hukum
hakam mengenai zakat supaya mereka tidak tergolong dalam golongan murtad. Mereka perlu
tahu bahawa zakat bukan perkara yang boleh dipandang remeh kerana ianya melibatkan tentang
keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Ianya seiring dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan
yang menyatakan bahawa mereka yang membayar dan mengagihkan zakat tanpa melalui institusi
zakat yang dilantik adalah sah tetapi berdosa kerana tidak mengikut arahan pemerintah.
2.1 ZAKAT FITRAH
Zakat fitrah adalah pembayaran yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki
dan perempuan, yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan (Bukhari,
2002). Zakat fitrah juga dirujuk sebagai zakat yang diwajibkan dengan sebab futur iaitu berbuka
atau tamat puasa pada bulan Ramadan (Zamzuri Zakariya, 2006). Apabila pembayaran dilakukan
setelah melakukan solat Aidilfitri, tidak lagi dinamakan zakatul fitrah. Kewajipan membayar
2
zakat fitrah ini dapat menyucikan amalan individu pada bulan Ramadan dan seterusnya
mencapai kejayaan di dunia dan akhirat sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan pada harta mereka ada bahagia tertentu untuk orang miskin yang meminta dan juga
yang tidak meminta”
(Surah al-Ma’arij 70: 24-25)
Walaupun zakat fitrah merupakan salah satu zakat yang wajib dibayar, namun
zakat fitrah berbeza dengan zakat harta benda. Zakat fitrah adalah zakat yang berfungsi
mengembalikan seseorang muslim kepada fitrahnya, dengan menyucikan jiwa mereka
daripada dosa-dosa yang disebabkan oleh pengaruh pergaulan dan sebagainya sehingga manusia
itu menyimpang dari fitrahnya.Ianya diwajibkan kepada seluruh umat Islam sama ada
kanakkanak atau dewasa. Kadar zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia
adalah berdasarkan ketentuan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing mengikut
timbangan satu gantang Baghdad bersamaan dengan 2.70 kilogram atau senilai dengannya.
Menurut al-Sayuti,14 asas atau syarat utama kewajipan zakat fitrah adalah memiliki lebihan
makanan pada malam dan pagi 1 Syawal atau Hari Raya. Konsep lebihan makanan ini telah
dibahaskan lanjut dalam pelbagai mazhab.
Ulama Hanafiyyah menjelaskan bahawa wajib membayar zakat fitrah bagi individu
yang memiliki lebihan makanan untuk diri dan keluarga pada malam dan pagi hari raya Idul
Fitri. Manakala, ulama Malikiyyah berpendapat wajib membayar zakat fitrah melalui hutang
seandainya individu menyakini hutang tersebut mampu dilangsaikan. Dengan itu, zakat fitrah
diwajibkan bukan sahaja terhadap dirinya, bahkan meliputi individu yang wajib nafkah ke
atasnya disebabkan hubungan kerabat, hubungan pernikahan atau kepemilikan.
3
Menurut Ulama Syafie menyatakan zakat fitrah wajib dikeluarkan dalam bentuk makanan
asas sesuatu tempat. (azharaziz, 2010) Tidak harus dikeluarkan dalam bentuk wang sekalipun
yang seharga dengan makanan yang wajib dikeluarkan zakat mengikut nilaian semasa.
Jika makanan asasi seseorang ialah jagung, padi atau biji-bijian yang lain, maka dia wajib
membayar zakat fitrah sesuai dengan makanan asasinya. Ini kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam mewajibkan zakat fitrah dari jenis makanan dan baginda menyebut gandum dan
kurma. Kami menggunakan akal dalam memahami (sabda Rasulullah tersebut), bahawa yang
baginda ingin sebutkan ialah makanan asasi. Maka apa jua yang menjadi makanan asasi kita,
maka itulah yang kita gunakan untuk membayar zakat fitrah.
Ulama Hambali
3.1 Hikmah Zakat Fitrah
Zakat fitrah dapat mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang diberikan oleh
Allah S.W.T. Dalam kalangan orang berada khususnya, kerana ia mampu mengelakkan golongan
ini daripada sifat kedekut, bakhil serta tamak. Segala bentuk kekayaan yang dikurniakan Allah di
muka bumi tidak boleh dinikmati hanya oleh satu golongan tertentu iaitu golongan berada sahaja,
sebaliknya kekayaan itu perlu beredar dalam kalangan semua ahli masyarakat. Zakat fitrah
adalah sumber pendapatan kerajaan yang berbeza daripada sumber pendapatan yang lain kerana
tanggungjawab membayar zakat merupakan sebahagian daripada ibadah dalam kehidupan umat
Islam.
4
Salah satu cara pengabdian diri terhadap Allah S.W.T dengan cara mengeluarkan
sebahagian harta untuk diberikan kepada orang lain yang kurang bernasib baik seperti fakir
miskin agar dapat turut sama mengecapi nikmat Allah. Kesanggupan mengeluarkan sebahagian
daripada harta yang disayangi dianggap sebagai satu amalan jihad (pengorbanan). Ia juga dapat
memebersihkan perasaan hasad dengki orang fakir miskin terhadap orang berada. Seterusnya
untuk membersihkan segolongan ahli masyarakat umum daripada kekecewaan, yang merasakan
diri mereka tidak mendapat pembelaan sewajarnya.
Selain itu juga, dapat melenyapkan sikap cintakan harta, bakhil dan kedekut serta dapat
mensyukuri nikmat pemberian Allah SWT dengan menyumbangkan sebahagiannya demi agama
islam. (Dato' Ismail & Mohd Azrul Azlen, 2009)
Zakat fitrah juga merupakan suatu pendapatan yang tetap dan menjadi kewajipan untuk
sentiasa dilaksanakan oleh sesebuah negara Islam dan ianya tidak akan terhenti. Oleh itu, negara
Islam dapat menggunakan sumber zakat bagi membina kekuatan ekonomi, sosial, pendidikan
dan akhirnya dapat membina kekuatan Umat Islam secara tidak langsung membina kesatuan
Ummah yang jitu. Masalah membasmi kemiskinan merupakan tujuan utama sistem zakat dalam
Islam melalui penyediaan saraan hidup dan modal yang mencukupi bagi golongan yang berhajat.
Saraan hidup daripada zakat ini diperuntukkan kepada golongan yang tidak mampu bekerja
dengan sebab-sebab cacat anggota atau sebagainya.
Modal pula diperuntukkan kepada golongan yang mampu bekerja tetapi tidak mempunyai
modal untuk menjalankan pekerjaan. Kedua-dua peruntukkan ini diberi dengan kadar yang
mencukupi sesuai dengan keadaan ekonomi, masa, tempat dan keperluan fakir miskin itu. Saraan
hidup ini hendaklah mencukupi untuk makan, minum , pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan
kesihatan. Manakala modal pula hendaklah mencukupi kadar modal sesuatu projek yang hendak
dijalankan. Pemberian saraan hidup dan modal serta tujuan-tujuan lain adalah dengan kadar
mencukupi. Kadar mencukupi untuk saraan hidup yang diambil kira daripada lima keperluan
5
asas hendaklah diberi selama mana dihajati dan difikirkan perlu oleh golongan tersebut walaupun
untuk sepanjang hidupnya atau dengan cara bulanan dan sebagainya.
Selain dari alat membasmi kemiskinan, zakat juga merupakan alat untuk memerangi
masalah riba yang dilaknat oleh Allah S.W.T ke atas pihak-pihak yang terlibat dalam proses
perlaksanaan riba. Berikutan keadaan ekonomi apabila permintaan dalam pasaran meningkat,
sudah tentu aktiviti ekonomi akan bertambah rancak dan ini sudah tentu mampu meningkatkan
pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan terhadap negara khususnya. Disamping dapat
membantu golongan fakir miskin memenuhi keperluan di Aidilfitri, para peniaga juga dapat
kelebihan daripada kefarduan zakat fitrah ini. Ekonomi negara Islam sudah pasti akan berada di
tahap yang baik dan dapat meneruskan momentum kenaikannya sepanjang bulan Ramadhan.
(firdausshahidin, 2009)Tidak dapat dinafikan lagi bahawa zakat fitrah adalah antara unit
terpenting dalam ekonomi Islam yang mampu memberi banyak kelebihan kepada masyarakat
dan negara khususnya dari sudut ekonomi selain merupakan terapi rohani dan jasmani kepada
masyarakat sekaliannya. (2015).
4.1 Bentuk Bayaran Zakat Fitrah
4.1.1 Mengeluarkan Zakat Fitrah Dengan Wang
Zakat fitrah wajib dikeluarkan dari jenis makanan utama asasi penduduk sesebuah negeri
dan ini menjadi pegangan dalam mazhab Syafie (kecuali adanya dharurat, atau diperintahkan
oleh pihak yang berkuasa, maka diharuskankan membayarnya dengan wang sebagai ganti
makanan iaitu beras seperti yang sedang diamalkan oleh jabatan-jabatan agama Islam di
Malaysia bagi kerana memudahkan urusan pemungutan zakat fitrah dan pembahagiannya. Pada
6
zaman Nabi s.a.w. makanan asas ialah kurma, anggur kering (kismis), gandum, keju dan barli.
Kerana itu zakat fitrah dikeluarkan berasaskan makanan-makanan tersebut sebagaimana
diceritakan oleh Abi Sa’id al-Khudri r.a.;
“Kami mengeluarkan zakat fitrah (pada zaman Rasulullah s.a.w.) dengan kadar segantang
dari gandum atau segantang dari barli atau segantang dari tamar atau segantang dari ‘aqt (keju)
atau segantang dari kismis (anggur kering)” (Riwayat Imam Muslim).
Imam Hasan al-Basri R.a ; diriwayatkan darinya, bahawa beliau berkata: تعطي أن بأس ال
الفطر صدقة في Tidak mengapa memberikan wang-wang dirham di dalam“ الدراهم
membayar zakat fitrah.”
(Diriwayat oleh Ibnu Abi Syaibah, Mushannaf Abi Syaibah)
Imam Abu Ishaq As-Subai’e, meriwayatkan dari Zuhair, bahawa beliau berkata, Aku
mendengar Imam Abu Ishaq berkata, “Aku berjumpa dengan mereka, dan mereka memberikan
wang-wang dirham pada membayar zakat fitrah dengan senilai makanan.”
5.1 Khilaf Ulamak;
Mengikut mazhab Syafi’ie, Malik dan Ahmad , (ahmadadnanfadzil, 2009) zakat fitrah
wajib dikeluarkan dalam bentuk makanan asas setempat. Tidak harus dikeluarkan dalam bentuk
wang sekalipun yang seharga dengan makanan yang wajib dikeluarkan zakat mengikut nilaian
semasa. Di dalam mazhab Syafie juga, bahawa ianya tidak memadai jika dikeluarkan dengan
nilaian, bahkan mesti dikeluarkan makanan asasi bagi sesebuah negeri itu sendiri.
Walaubagaimanapun, tidak mengapa mengikut (bertaklid) mazhab Abu Hanifah R.A dalam
masalah ini pada zaman sekarang, iaitu harus mengeluarkan zakat fitrah dengan nilaian. Ini
7
kerana pada hari ini mengeluarkan dengan nilaian lebih memberi manfaat kepada orang faqir
daripada makanan asasi dan lebih dekat untuk mencapai matlamat yang diharapkan. Namun
begitu bagi mereka yang masih berpegang pendapat yang di dalam mazhab Syafie yang
mengatakan bahawa zakat fitrah hanya sah dengan bahan makanan, maka jalan keluarnya adalah
dimana penerima zakat seperti orang faqir atau orang miskin atau amil menyediakan beras
sebanyak 1 gantang Baghdad, dan pembayar pula membeli beras tersebut dari mereka dan
seterusnya digunakan beras tersebut untuk membayar zakat fitrah. Keadaan ini masih terdapat di
berapa kawasan di negeri Kedah.
Menurut mazhab Hanafi, harus mengeluarkan zakat fitrah dengan wang yang senilai
dengan harga satu gantang makanan asas tadi jika itu lebih memberi manfaat kepada fakir
miskin. Pandangan mazhab Hanafi ini ditarjih oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Fiqh
Zakatnya. Atas dasar ini jugalah, apabila melihat bahawa terdapat segolongan besar para imam,
kalangan para tabi’in, dan para ahli feqah umat ini yang berpendapat bahawa tidak mengapa dan
boleh mengeluarkan nilai harga zakat fitrah di dalam bentuk wang. Padahal ketika masa itu,
sistem barter (pertukaran barang) masih lagi berlaku, dalam erti deklarasi setiap barang layak
sebagai media pertukaran, khususnya biji-bijian. Jadi, sistem barter itu menjual gandum (al-
qumh) dengan gandum (sya’ir), menjual bijian (zarrah) dengan gandum (al-qumh), dan
seterusnya. Adapun, pada masa sekarang ini, media-media pertukaran sudahpun terhimpun pada
mata wang sahaja, sehinggakan kami berpandangan bahawa pendapat inilah yang lebih tepat dan
lebih kuat. Bahkan, kami mengira bahawa orang yang berbeza pendapat dengan pendapat ini dari
kalangan para ‘alim ‘ulama masa lalu, seandainya mereka menemui (berada pada) masa kita
sekarang, nescaya akan berpendapat sama dengan pendapat Imam Abu Hanifah R.a. Jelaslah di
sini bagi kita, hal ini dari feqah mereka dan kekuatan pandangan mereka.
Mengeluarkan zakat fitrah di dalam bentuk wang adalah lebih utama, kerana memberikan
kemudahan bagi orang yang faqir untuk membeli apa sahaja yang ia inginkan pada hariraya
kelak. Sebab, kadang-kadang dia tidaklah memerlukan beras, tetapi lebih memerlukan kepada
pakaian-pakaian, daging atau selain itu. Dengan memberikan beras kepadanya, membuatkannya
8
terpaksa berjalan jauh sekeliling untuk mendapatkan orang yang ingin membelikan beras
tersebut. Kadang-kadang dia harus menjualkan beras itu dengan harga yang lebih murah
daripada apa yang diperolehinya, iaitu dengan harga yang sedikit daripada harga beras yang
sebenar yang diperolehinya. Ini semuanya di dalam keadaan mudah dan banyaknya beras yang
beredar di sekitar pasar-pasar. Adapun, pada keadaan yang sulit (susah) dan jarangnya beras di
pasar-pasar, maka membayar dengan benda adalah lebih utama daripada nilai harga kerana
menjaga kemaslahatan orang faqir. Prinsip dasar yang menjadi alasan disyariatkannya zakat
fitrah adalah kemaslahatan orang faqir dan mencukupkan keperluannya pada hari di mana
seluruh kaum muslimin bergembira pada saat itu.
Bagi penduduk di Negara kita Malaysia, makanan asas ialah beras. Oleh itu, zakat fitrah
wajib dikeluarkan dengan beras atau dengan wang yang seharga dengan beras mengikut nilaian
semasa.
6.1 Analisis Pembayaran Zakat Fitrah Negeri Johor
1. Majlis Agama Islam Negeri Johor adalah badan yang
dipertanggungjawabkan dalam menguruskan pungutan dan agihan wang zakat
dan fitrah di negeri Johor mengikut sebagaimana Enakmen Pentadbiran Agama
Islam Tahun 1978 Bilangan 14 Seksyen 28 (1);
“Majlis hendaklah berkuasa memungut Zakat daripada sekalian orang yang diwajibkan
oleh Hukum Syarak membayar Zakat di atas harta bendanya di dalam negeri ini yang diwajibkan
oleh Hukum Syarak membayarnya”.
9
2. Bagi mempermudahkan masyarakat Islam di negeri Johor menunaikan Zakat
Fitrah, Majlis Agama Islam Negeri Johor telah melantik amil-amil di setiap
kariah dan kawasan bagi diberi kuasa dan tauliah memungut Zakat Fitrah
sebagaimana Enakmen Pentadbiran Agama Islam Tahun 1978 Bilangan 14
Seksyen 28 (2);
“Kemudian daripada berjalannya kuatkuasa Enakmen ini tiada seorang pun boleh
memungut, mengambil atau menerima bayaran Zakat atau Fitrah melainkan bagi pihak atau
dengan kebenaran Majlis”.
3. Umat Islam di negeri Johor hendaklah membuat bayaran Zakat Fitrah kepada
amil-amil yang diberi kuasa dan tauliah memungutnya di kawasan masing-
masing. Bagi mereka yang membuat bayaran zakat kepada mereka yang tidak
diberi kuasa dan tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor adalah
melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Tahun
1978 Bilangn 14 Seksyen 28 (3);
“Kemudian daripada berjalannya kuatkuasa Enakmen ini tiada seorang pun boleh
membayar Zakat dan Fitrah melainkan kepada seorang yang telah dibenarkan oleh Majlis bagi
memungut, mengambil atau menerimanya”.
4. Enakmen Kesalahan jenayah Syariah Tahun 1997 Seksyen 16 :
Mana-mana orang yang wajib membayar zakat atau fitrah tetapi:
a) Enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah; atau
b) Enggan membayar atau dengan senganja tidak membayar zakat atau fitrah itu
melalui amil yang dilantik, atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh
Majlis untuk memungut zakat atau fitrah adalah melakukan kesalahan dan apabila
10
disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
7.1 Kaedah Kutipan Zakat Fitrah
Lembaga Zakat Selangor (LZS) meneruskan komitmen pembayaran zakat fitrah melalui
Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi Celcom dan Maxis.
Pembayaran zakat melalui SMS ini telah bermula sejak Ramadan tahun 2008 (1429H) lagi.
Penggunaan SMS telah dibenarkan mengikut keputusan fatwa berhubung cadangan pembayaran
zakat fitrah melalui pembayaran elektronik; Pembayaran zakat fitrah melalui Khidmat Pesanan
Ringkas (SMS) Pra Bayar dan Pasca Bayar dan Pembayaran Zakat Melalui Internet, Mesin ATM
dan Mesin E-Debit.
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 4/2008 yang bersidang pada 27
Ogos 2008 telah memutuskan bahawa :
HARUS menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui SMS sama ada
secara prabayar atau pasca bayar.
HARUS menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui internet, mesin
ATM dan mesin e-debit.
Pihak ejen kutipan zakat (telekomunikasi) hendaklah mendahulukan bayaran
zakat yang telah dibayar melalui pasca bayar sebagai jaminan bayaran yang telah
diterima.
Pihak ejen kutipan zakat adalah wakil kepada LZS dan hendaklah menghadkan
tempoh masa penggunaan keadah ini bagi mengelakkan pembayaran zakat yang
dilakukan melepasi waktu wajib yang ditetapkan.
11
Keputusan Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Selangor terbaru pada 6hb Januari 2011
boleh di download di FATWA PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI SMS. Atas inisiatif
Lembaga Zakat Selangor dengan kerjasama pihak Celcom dan Maxis, para pelanggan talian
mudah alih daripada kedua-dua pelanggan syarikat berkenaan boleh membuat bayaran zakat
fitrah melalui SMS. Bayarannya akan dikreditkan terus ke akaun pembayar zakat (pasca bayar)
atau dipotong terus daripada akaun prabayar (pre-paid) mereka. Penggunaan kemudahan ini
adalah PERCUMA. Berikut adalah kaedah membuat bayaran menggunakan SMS.
1) CELCOM : Taip FITRAH dan hantar ke 21999 serta ikuti arahan seterusnya
2) MAXIS : Taip *222*3# dan tekan DIAL serta ikuti arahan seterusnya
Kadar fitrah bagi Negeri Selangor pada tahun ini ialah RM7.00 seorang.
Bayaran zakat fitrah juga boleh dibuat untuk tanggungan ataupun sebagai wakil. Resit
bayaran zakat melalui SMS ini boleh dimuat turun dari laman berikut :
1) CELCOM di alamat http://mfitrah.celcom.net.my/mfitrah/
2) MAXIS di alamat http://www.maxis.com.my/mzakat/
Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah Drive Thru
Maka bagi memudahkan pembayaran zakat dilakukan, pihak Masjid Tuanku Mizan
Zainal Abidin (MTMZA) di Presint 3, Putrajaya telah menjalankan idea bernas iaitu membuka
kaunter khas Zakat Fitrah secara pandu lalu atau “drive thru” bagi memudahkan urusan
pembayaran zakat dilakukan.
Pembayaran zakat fitrah secara drive thru ini merupakan idea imam besar MTMZA,
Hazaruddin Baharuddin di mana ianya merupakan salah satu cara membantu orang awam
khususnya di Putrajaya membayar zakat dengan cepat dan mudah.
12
Menurut Azmuddin Ariffin, 29, Amil yang bertugas, beliau menyatakan jumlah
pembayar zakat meningkat dua kali ganda dari sebelumnya setelah menggunakan kaedah
tersebut di masjid.
“Sejak kaunter zakat drive thru ini beroperasi pada tahun 2011, jumlah kutipan zakat
fitrah meningkat setiap tahun di mana setiap seorang amil yang bertugas memegang 100 buah
buku resit zakat berbanding 50 buah buku sebelum kaunter ini dibuka. “Kaunter zakat fitrah
drive thru beroperasi di Lobi Utama, MTMZA dibuka seawal jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam
di sepanjang bulan Ramadan,” katanya memetik laporan Myputrajayanews.
Beliau turut berpesan agar orang awam khususnya muslimin dan muslimat di Putrajaya
sentiasa peka dan mengambil berat terhadap pembayaran zakat fitrah yang wajib dibayar oleh
umat Islam. Oleh yang demikian, bagi mereka yang ingin merasai sendiri pengalaman membayar
zakat fitrah secara drive thru tanpa perlu beratur panjang dan mudah ini bolehlah berbuat
demikian di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
8.1 Kaedah Membayar Zakat Negeri Pahang
Pusat Kutipan Zakat Pahang ditubuhkan pada tahun 16 September 1995. Sebanyak 13
buah Pusat Kutipan Zakat ditubuhkan diseluruh negeri Pahang yang berpusat di Kuantan.
Penubuhan PKZ Pahang adalah bertujuan bagi meningkatkan kutipan zakat di negeri Pahang
yang bermula sejak tahun 1983 oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang
(MUIP) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Setiap bayaran mengenai urusan zakat boleh
dibuat di seluruh Pejabat PKZ. Bagi bayaran zakat fitrah Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP)
telah melantik amil-amil yang bertauliah bagi menguruskan urusan ini. Amil-amil yang dilantik
13
akan ditemuduga oleh MUIP bagi memudahkan urusan kutipan Zakat Fitrah. Kebiasaan adalah
dari kalangan imam-imam masjid daerah dan kariah masing-masing. Justeru itu, mereka akan
ditempatkan disesuatu tempat, masjid atau kawasan orang ramai yang strategik bagi
memudahkan orang ramai melaksanakan ibadah yang wajib ini. Hebahan mengenai kaunter
Zakat Fitrah akan dilakukan oleh pihak MUIP ke seluruh daerah melalui media elektronik seperti
radio, email, laman sesawang, pengumuman dan sebagainya. Terdapat juga kaunter-kaunter
bergerak PKZ dan juga ruang pameran digunakan bagi kutipan ini dilaksanakan. Secara tidak
langsung kaedah perlaksanaan ini dapat membantu warga masyarakat tinggal di pedalaman
membayar Zakat Fitrah seterusnya meningkatkan kadar kutipan Zakat Fitrah di negeri Pahang
dan negara Malaysia.
9.1 Kesimpulan
Amalan melaksanakan bayaran Zakat Fitrah merupakan suatu tuntutan wajib ke atas
seluruh umat Islam. Bayaran ini adalah senilai dengan satu gantang Baghdad bersamaan
timbangan metrik 2.60 kilogram. Di Malaysia institusi yang memguruskan perkara ini adalah
Pusat Zakat Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri. Pelbagai kaedah dan usaha telah
dilaksanakan oleh Pusat Zakat dan Majlis Agama Islam negeri denagn melantik amil-amil yang
bertauliah bagi memudahkan masyarakat untuk membayar Zakat Fitrah. Adalah disyorkan
bahawa institusi yang menguruskan Zakat Fitrah ini menempatkan lebih ramai amil-amil yang
dilantik untuk membuat kutipan di kawasan yang menjadi tumpuan ramai seperti di Stesen LRT
dan Komuter. Bagi meningkatkan kadar pembayar Zakat Fitrah, hebahan melalui media
elektronik seperti emel, radio, laman social, edaran risalah dan pengumuman juga perlu
dilaksanakan di setiap jabatan dan organisasi kerajaan dan swasta. Dari segi kutipan, senarai
nama umat islam yang wajib membayar Zakat Fitrah dapat dikesan melalui badan-badan seperti
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) danKumpulanWang Simpanan Pekerja (KWSP).
Mungkin juga Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh membantu institusi zakat dalam perkara
14
ini. Kerjasama yang erat dengan badan-badan tersebut memudahkan lagi institusi zakat
mengesan pembayar-pembayar Zakat Fitrah sekaligus mengelakkan mereka daripada lari untuk
menunaikan tanggungjawab membayar Zakat Fitrah
15
10.1 RUJUKAN
Patmawati Ibrahim, ‘Pembangunan Ekonomi Melalui Agihan Zakat: Tinjauan
Empirikal’, Jurnal Syariah, 16/2 (2008): 223-244.
Dato' Ismail , Kamus., & Mohd Azrul Azlen, Ab. Hamid (2009). Indahnya Hidup
Bersyariat, Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat.
Telaga Biru SDN BHD.
Al-Bukhari‚ Terjemahan Hadis Shahih Bukhari Jilid I,II,III,IV, Jilid II (terjemahan).
Zainuddin Hamidy et al.; Singapore: Darel Fajr Publishing House, 2002), 141, No.
hadis 781.
Zamzuri Zakariya, ‘Zakat Galian: Sumber yang Diitifaq dan Diikhtilaf’, dalam Zakat:
Pensyariatan, Perekonomian dan Perundangan(ed. Abdul Ghafar Ismail dan
Hailani Muji Tahir Bangi: Penerbit UKM, 2006), 67-68.
Al-Qardawi, Yusuf, Hukum Zakat (terj. Salman Harun, Didin Hafidhuddin,
Hassanuddin; Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd., 1988), 921.azharaziz. (2010,
march 27). Retrieved from http://azharazizblog.blogspot.com/2010/03/zakat-
fitrah.html Bukhari, A. (2002).
(2007) [Mausu‘ah al-Imam al-Syafi’e: al-Kitab al-Umm (tahqiq: Ahmad Badr al-Din;
Dar Qutaibah, 1996), jld. 4, ms. 254
(2007, oktober 7). Retrieved from http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2007/10/049-
persoalan-zakat-fitrah.html, Irdausshahidin. (2009, september 18). Retrieved from
http://iqtisoduna.blogspot.com/2009/09/zakat-fitrah-kewajipan-dan-
kelebihannya.html
16
Majlis agama islam johor. (n.d.). Retrieved from http://www.maij.gov.my/?page_id=118 .
Ahmadadnanfadzil. (2009, September 7). Retrieved from http://fiqh-
am.blogspot.com/2009/09/zakat-fitrah.html
(2014,Oktober ). Retrieved from https://fitrahislami.wordpress.com/2014/10/27/jawapan-
kepada-artikel-dr-zaharuddin-semasa-bayar-zakat-tidak-ikut-mazhab-syafie-kenapa-
tidak-marah/
Lembaga Zakat Selangor. (2014). Retrieved from
http://www.zakatselangor.com.my/terkini/guna-sms-untuk-bayar-zakat-fitrah/
Mynewshub. (2015, julai 3). Retrieved from http://mynewshub.cc/2015/07/02/kaunter-
zakat-drive-thru-yang-cepat-lagi-mudah-di
putrajaya/#gs.92179e24b3004da998447a5d729a8b61
17