zaiton mohammad

Download Zaiton Mohammad

If you can't read please download the document

Upload: faizz-nawi

Post on 17-Feb-2016

228 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

ISBN : 978-967-0582-32-0

Hubungan Daya Ketahanan Dan Sokongan Sosial Terhadap Kesunyian Pelajar Dalam Institusi Pengajian Tinggi

Zaiton Mohamad, Balan Rathakrishnan

Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

ABSTRAKPembentang:

Zaiton MohamadTujuan utama kajian ini adalah untuk mendapatkan kebolehpercayaan dankeesahan alat kajian Skala Daya Ketahanan,Multidimensi Sokongan Sosial dan

Skala Kesunyian UCLA dalam konteks budaya tempatan. Selain daripada itu Sesi :kajian ini memberi tumpuan dalam melihat hubungan antara faktor sokongan 2.30 4.30 Ptg

sosialdan daya ketahanan diri dengan masalah kesunyian pelajar. Jumlah BS 4responden yang terlibat ialah seramai 169 orang pelajar tahun pertama yangberada di kampus dan mengikuti pembelajaran secara sepenuh masa dengan min

umur 20.29 tahun. Kajian adalah berbentuk tinjauan dengan menggunakan soalselidik Skala Daya Ketahanan(The Resilience Scale) Multidimensi Sokongan

Sosial(Multidimensional Of Perceived Social Support) dan Skala KesunyianUCLA(UCLA Loneliness Scale) untuk mengukur daya ketahanan diri, sokongansosial dan kesunyian. Analisis data dibuat menggunakan perisian Statistical

Package For Social Sciences (SPSS) versi ke 21. Hasil kajian menunjukanbahawa terdapat konstruk yang baru dalam alat kajian Multidimensi Sokongan

Sosial dan juga terdapat hubungan yang signifikan antara faktor Daya Ketahanandan Multidimensi Sokongan Sosial dengan kesunyian.

Kata kunci :Analisis faktor, daya ketahanan, multidimensi sokongan sosial dankesunyian dalam kalangan pelajar

1PENDAHULUAN

Kesedaran untuk mendapatkan pendidikan tinggi di kalangan pelajar telah memberikan kesan yang besar kepada peningkatan bilangan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi. Di Malaysia sahaja terdapat 20 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam dan hampir 400 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta.Keadaan ini telah memberi peluang dan ruang kepada lepasan sekolah untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi dan seterusnya dapat membantu kerajaan dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi.Namun demikian, tidak semua pelajar yang menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dapat menamatkan pengajian mereka. Kegagalan dalam menamatkan pengajian mereka akan menyebabkan kerugian yang amat besar dalam usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti. Keciciran para pelajar di peringkat IPT adalah berpunca dari pelbagai masalah antaranya ialah;kewangan, gagal dalam peperiksaan, kematian kerana kemalangan, atau disebabkan oleh penyakit kronik dan sebagainya. Namun begitu, terdapat juga masalah yang berpunca daripada pelajar tersendiri yang sehinggakan kini menjadi punca keciciran di peringkat pengajian tinggi iaitu ketidakupayaan dalam membuat adaptasi di universiti yang menimbulkan masalah kesunyian yang memberi implikasi yang besar semasa di universiti (Allison L.Botz, 2014).

Isu kesunyian dalam kalangan pelajar universiti sebenarnya masih kurang diketengahkan walaupun kajian mengenainya telah dijalankan semenjak tahun 1980an(Helen Cheng dan Andrian Furham,2002).Kekurangan kajian terhadap permasalahan kesunyian di kalangan pelajar telah memberi peningkatan kepada angka pelajar kolej yang mendapatkan perkhidmatan kaunseling yang berkaitan dengan kesunyian. Sebagai contohnya pada tahun 1982 hingga 1992 pelajar yang mengalami masalah kesunyian hanya 7822 orang dan telah meningkat kepada 13257 orang pada tahun 1996 hingga 2001 (Benton, Roberston,Tseng,Newton dan Benton; 2003). Selain daripada itu kajian dalam masalah kesunyian masih belum meluas dalam konteks budaya pelajar tempatan ( Siti Nor Yaacob,Rumaya Juhari,Mansor Abu Talib dan Ikechukwu Uba, 2009). Menurut kajian Allison L.Bitz (2014) mendapati semenjak tahun 2007 hingga 2008 hanya 66 peratus sahaja pelajar yang meneruskan pengajian ke semester seterusnya kerana mengalami kesunyian dan sukar membuat penyesuaian diri sehingga ramai yang mengalami masalah psikologi dan terdapat nisbah 1: 3 akan berhenti daripada meneruskan pengajian.

Menurut Kadison dan DiGeronimo (2004) menganggarkan pelajar kolej mempunyai 50-50 peluang untuk mendapat simptom kesunyian sepanjang berada di kolej. Keadaan tersebut bertepatan dengan kajian yang dilakukan oleh Wiseman, Gutttfreund dan Lurie(1995) mendapati ramai pelajar kolej mengalami pengalaman kesunyian dan hampir 25.7 peratus pelajar lelaki di kolej mengalami kesunyian berbanding pelajar kolej di kalangan wanita yang hanya 16.7 peratus ( Knox, Vail-Smith dan Zusman;2007).

Secara umumnya pelajar universiti yang baharu merupakan individu yang mula memasuki zaman peralihan remaja ke alam dewasa. Individu yang berada dalam lingkungan usia 18 hingga 25 tahun merupakan remaja akhir dan akan memasuki alam awal dewasa.Dalam tempoh usia tersebut golongan berkenaan akan berada dalam usaha penerokaan identiti. Dalam proses ini, seseorang individu dalam lingkungan umur ini boleh mengambil banyak peranan dalam kehidupan seharian sebagai contohnya, melanjutkan pelajaran di universiti, mendapatkan pekerjaan sepenuh masa dan bekerja untuk keluarga mereka (Hamilton dan Hamilton;2006, Arnett, 2000). Oleh sebab itu apabila mendapat tawaran ke universiti mereka akan melalui sesuatu yang baharu dan di luar kebiasaan yang boleh mencabar keupayaan individu itu sendiri.Hal ini disebabkan mereka memerlukan kepada penerimaan, keselesaan, dan rangkaian sokongan sosial (Beck, Taylor dan Robbins, 2003, Blimling dan Miltenberg, 1981). Keadaan ini telah menimbulkan kesukaran dalam hidup kerana perlu memulakan sesuatu yang baharu dalam kehidupan mereka seperti mengubah corak untuk beraktiviti, corak berfikir , corak perhubungan dan sebagainya.

Dalam menghadapi situasi yang serba baru di kampus seseorang pelajar memerlukan daya ketahanan yang tinggi dalam diri. Banyak kajian yang telah dijalankan untuk mengkaji daya ketahanan

2

namun kebanyakannya adalah berkaitan dengan kanak-kanak, kepulihan daripada trauma, stress yang melampau dan sebagainya.Daya ketahanan merupakan keupayaan seseorang individu untuk bangkit semula seperti sebelum berlakunya sesuatu kejadian yang dahsyat yang menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan yang teramat (Carolina D. Thompson, 2008 ;AlSiebert,2005). Namun dalam kajian di peringkat pelajar universiti ini, daya ketahanan diri merupakan ketabahan mereka dalam mengharungi kesukaran dan masalah-masalah dalam proses pembelajaran. Masih terdapat banyak kekurangan kajian mengenai daya ketahanan dalam peringkat pelajar di universiti (Carolina,2008). Kelemahan dalam daya ketahanan seringkali menyebabkan pelbagai masalah psikologi yang lain seperti sukar berhubung dengan orang lain, mengalami tekanan, murung dan mengalami kesunyian.

Selain daripada kekurangan daya ketahanan seseorang pelajar juga memerlukan sokongan sosial dalam hidup mereka.Sokongan sosial adalah bantuan dari segi emosi, kewangan, persekitaran, dan sebagainya daripada orang-orang terdekat dan dipercayai(Smith dan Zhang, 2009) . Kekurangan dalam menerima sokongan sosial akan mempengaruhi gaya hidup mereka ke arah yang lebih menyendiri dan mengalami kesunyian. Sokongan sosial amat diperlukan dalam proses pembelajaran di kampus(Smith dan Zhang, 2009). Terdapat pelbagai pendapat yang dinyatakan oleh pengkaji terdahulu mengenai kepentingan sokongan sosial dalam kehidupan seorang pelajar samada sokongan sosial daripada keluarga atau teman istimewa ataupun rakan-rakan dalam pembelajaran mampu mengurangkan masalah kesunyian di sesuatu tempat yang baru diduduki(Sheets, Raymond L., Jr.; Mohr, Jonathan J;2009, Ugur zdemir dan Tarik Tuncay; 2008,Stephanie Bernardon, Kimberley A.Bab, Julie Hakim Larson dan Marcia Gragg;2011). Percanggahan pendapat ini telah menimbulkan minat kepada pengkaji untuk menjalankan kajian samada terdapat kaitan antara sokongan sosial dengan kesunyian semasa belajar di kampus. Oleh sebab itu Perlman dan Peplau (1981)telah mendefinisikan kesunyian sebagai sesuatu pengalaman yang tidak menyenangkan, yang berlaku apabila rangkaian hubungan sosial adalah berkurangan dalam beberapa cara yang penting, sama ada secara kuantitatif atau kualitatif.Menurut De Jong Gierveld (1987, 2006) kesunyian adalah keadaan pengalaman yang dialami oleh individu di mana terdapat kekurangan yang tidak menyenangkan atau tidak boleh diterima dari (kualiti) hubungan tertentu (Arslan, Hamarta, Ure, & Osyesil, 2010). Hal ini termasuk situasi, di mana bilangan hubungan yang sedia ada adalah lebih kecil daripada yang dianggap wajar atau boleh diterima, dan keintiman seseorang yang diingini tidak diperolehi. Oleh sebab itu kesunyian adalah subjektif kerana ia bergantung kepada penilaian seseorang terhadap kualiti dan kuantiti dalam perhubungan yang setara dan merupakan permasalahan sejagat dalam semua peringkat usia(McPherson, Smith-Lovin, & Brashears, 2006; Dykstra, 2009; Arslan, Hamarta, Ure, & Osyesil, 2010).

Objektif Kajian

Memandangkan daya ketahanan dan sokongan sosial adalah penting bagi seseorang pelajar di kampus, maka pengkaji ingin mengkaji perkara-perkara berikut:

Mendapatkan kebolehpercayaan dan keesahan melalui analisis faktor bagi setiap alat kajian yang digunakan untuk kesesuaian budaya tempatan

Mengkaji dan mengenalpasti samada faktor daya ketahanan pelajar mempunyai kaitan dengan kesunyian pelajar di kampus.

Mengkaji dan mengenalpasti samada faktor sokongan sosial mempunyai kaitan dengan kesunyian pelajar di kampus.

METODOLOGI

Rekabentuk Kajian

Kajian ini adalah berbentuk inferensi dan menggunakan kaedah tinjauan kerana data hanya diambil dalam satu masa tertentu sahaja. Data ini merupakan data kajian rintis kepada kajian sebenar yang dijalankan di Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS. Soal selidik Skala Daya ketahanan yang digunakan adalah daripada versi Jepun oleh Araki Tsuyoski(2000), Multidimensi Sokongan Sosial (Zimet, Dahlem, Zimet dan Farley,1988)dan juga Skala Kesunyian UCLA (Russel,1990)

3Sampel dan tempat Kajian

Kajian ini telah dijalankan di dua tempat di Dewan Kuliah Umum bagi program Psikologi. Pemilihan responden adalah berdasarkan kepada tahun pengajian iaitu pelajar tahun pertama sahaja.

Prosedur Kajian

Dalam kajian ini satu set borang soal selidik yang merangkumi empat bahagian digunakan. Bahagian A mengandungi ciri demografi, Bahagian B mengandungi Skala Kesunyian UCLA, Bahagian C mengandungi Skala Daya Ketahanan dan Bahagian D mengandungi Multidimensi Sokongan Sosial. Seramai 300 orang pelajar telah diberikan soalselidik dan melakukan tapisan hanya 169 orang yang mengalami kesunyian dan terpilih untuk dijadikan sampel kajian.

HASIL KAJIAN

SKALA KESUNYIAN UCLAi. Kebolehpercayaan Alat Kajian

Dalam kajian keatas 169 orang para pelajar yang mengalami kesunyian,nilai kebolehpercayaan bagi alat kajian Skala Kesunyian UCLA menurut Alpha Cronbach ialah .958.

ii. Keesahan Alat Kajian melalui Analisis Faktor

Jadual 3.1 menunjukan hasil kajian untuk penilaian keesahan melalui analisis faktor Kaiser-Meyer-Oklin dan Bartlett test of sphericity (KMO) :

Jadual 3.1: Analisis faktor bagi alat kajian Skala Kesunyian UCLA

ItemFaktor

pemberat

SUNYI9Saya seorang yang suka berinteraksi dengan orang lain.964

SUNYI5Saya rasa sebahagian daripada kumpulan kawan-kawan.942

SUNYI1Saya berasa serasi dengan orang-orang di sekeliling saya.926

SUNYI19Terdapat orang yang saya boleh berbincang dengannya.904

SUNYI16Terdapat orang-orang yang benar-benar memahami saya.877

SUNYI7Saya tidak lagi rapat dengan sesiapa.859

SUNYI15Saya boleh mencari teman apabila saya mahukannya783

SUNYI6Saya mempunyai banyak persamaan dengan orang-orang di.876

sekeliling saya

SUNYI3Saya tidak boleh beralih kepada sesiapa.760

SUNYI2Saya kurang bergaul.758

SUNYI11Saya rasa ketinggalan.659

SUNYI12Saya tidak ada hubungan sosial yang ramai.528

Nilai

11.646

Eigen

68.50

% varian

.958

Alpha

Cronbach

B.SKALA DAYA KETAHANAN i. Kebolehpercayaan Alat Kajian

Bagi alat kajian Skala Daya Ketahanan nilai kebolehpercayaan secara keseluruhan menurut Alpha Cronbach ialah .852 ( KonstrukDaya Tahan Kekuatan Diri; .901, konstruk Daya Tahan Mengurus Diri; .888 , Daya Tahan Beraktiviti; .728.Keputusan penilaian kebolehpercayaan dengan kaedah Alpha Cronbach ke atas skala-skala konstruk alat kajian Skala Daya Tahan ditunjukkan dalam Jadual 3.2.1.

4

Jadual 3.2.1: Penilaian tahap kebolehpercayaan kontruk konstruk daya ketahanan dalam alat kajian skala daya ketahanan

Alat KajianPekali kebolehpercayaan

Alpha CronbachDaya ketahanan.855i.Daya Tahan Kekuatan Diri.861ii.Daya tahan mengurus diri.878iii. Daya tahan emosi.830iv.Daya tahan optimis.787

Keesahan melalui Analisis Faktor

Jadual 3.2.2 menunjukan hasil kajian untuk penilaian keesahan melalui analisis faktor Kaiser-Meyer-Oklin dan Bartlett test of sphericity (KMO)

Jadual 3.2.2: Analisis faktor bagi alat kajian Skala Daya Tahan

ItemFaktor 1Faktor 2Faktor 3Faktor 4

Konstruk Daya Tahan Kekuatan Diri

DAYAT6Saya berasa bangga kerana saya mencapai.835

banyak perkara dalam kehidupan

DAYAT17Saya percaya dalam diri saya telah.816

melalui banyak perkara yang sukar

DAYAT5Saya boleh menjadi diri saya sendiri jika.811

saya perlu

DAYAT16Saya biasanya boleh mencari sesuatu untuk.743

ketawa

DAYAT4Saya boleh mengekalkan minat dalam.697

perkara-perkara yang penting kepada saya

DAYA23Apabila saya dalam keadaan yang sukar,.636

saya biasanya boleh mencari jalan untuk

mengatasinya

Konstruk Daya Tahan Mengurus Diri

DAYAT20Kadang-kadang saya memaksa diri untuk

.852

melakukan perkara yang saya mahu atau

tidak

DAYAT19Saya biasanya boleh melihat keadaan

.840

dalam beberapa cara

DAYAT18Dalam keadaan kecemasan, saya seorang

.786

manusia yang boleh di harap

DAYAT21Hidup saya mempunyai makna

.754

DAYAT22Saya tidak menyentuh mengenai perkara-

.736

perkara yang saya tidak boleh berbuat apa-

apa

Konstruk Daya Tahan Emosi

DAYAT11Saya jarang tertanya-tanya apa gunanya

.841

semua itu

DAYAT10Saya berazam

.775

DAYAT13Saya boleh melalui masa yang sukar

.761

kerana saya pernah melaluinya

DAYAT14Saya mempunyai disiplin diri

.758

DAYAT9Saya merasakan bahawa saya boleh

.575

mengendalikan banyak perkara pada satu

masa

5

Konstruk Daya Tahan Optimis

DAYAT24Saya mempunyai cukup tenaga untuk

.852

melakukan apa yang saya lakukan

DAYAT25Tidak mengapa jika ada orang tidak suka

.755

pada saya

DAYAT15Saya sentiasa berminat dalam banyak

.686

perkara

DAYAT2Saya biasanya menguruskan sesuatu dalam

.649

satu cara atau pelbagai cara

Nilai Eigen

5.5433.6182.6571.830% varian

27.71318.09013.2879.150Alpha

.861.878.830.787cronbach

C. Multidimensi Sokongan Sosial i. Kebolehpercayaan alat kajian

Kebolehpercayaan alat kajian Multidimensi Sokongan Sosial secara umumnya menurut Alpha Cronbach ialah .945 (Skala bagi konstruk teman ;.978, Keluarga;.748). Keputusan penilaian kebolehpercayaan dengan kaedah Alpha Cronbach ke atas skala-skala konstruk alat kajian Multidimensi Sokongan Sosial ditunjukkan dalam Jadual 3.4.1.

Jadual 3.3.1: Penilaian tahap kebolehpercayaan kontruk konstruk Multidimensi Sokongan Sosial Dalam Alat Kajian Skala Multidimensi Sokongan Sosial

Alat KajianPekali kebolehpercayaan

Alpha CronbachMultidimensi Sokongan Sosial.945i.Sokongan teman.978ii.Sokongan keluarga.748

ii.Keesahan alat kajian melalui Analisis Faktor

Jadual 3.3.2: Analisis faktor bagi alat kajian skala Multidimensi Sokongan Sosial

ItemFaktor

Pemberat

Konstruk Sokongan Teman

SOKONG9Saya mempunyai kawan yang bersama saya boleh berkongsi.954

kegembiraan dan kesedihan saya

SOKONG2Ada orang istimewa yang saya boleh berkongsi kegmbiraan.977

dan kesedihan saya

SOKONG1Ada orang istimewa sekitar saya apabila saya memerlukan.953

SOKONG6Rakan-rakan saya benar-benar cuba untuk membantu saya.956

SOKONG8Saya boleh bercakap tentang masalah saya dengan keluarga.925

saya

SOKONG7Saya boleh bergantung kepada rakan-rakan saya apabila.925

berlaku kesilapan

SOKONG5Saya mempunyai rakan yang istimewa yang merupakan punca.915

sebenar keselesaan kepada saya

Ada orang yang istimewa dalam hidup saya yang mengambil.900

SOKONG10berat tentang perasaan saya

SOKONG12Saya boleh bercakap tentang masalah saya dengan kawan-.861

kawan saya

6

Konstruk Sokongan Keluarga

SOKONG3Keluarga saya benar-benar cuba untuk membantu saya.840

SOKONG4Saya mendapat bantuan emosi dan sokongan yang saya.809

perlukan dari keluarga

Keluarga saya bersedia untuk membantu saya membuat

.795

SOKONG11keputusan

Eigenvalues

7.9652.012

% varian

66.38 16.77

AlphaCronbach

.978.748

D. Korelasi Pearsom bagi Skala Daya ketahanan , Multidimensi Sokongan Sosial ke atas Skala Kesunyian UCLA

a. Jadual 3.4 menunjukan hasil korelasi antara Skala Daya Ketahanan Diri dan empat Konstruk Daya Ketahanan Diri dengan Skala Kesunyian

3.4 : Korelasi Pearson antara Skala Daya Ketahanan Diri dengan Kesunyian

Pembolehubah123456Kesunyian-

Daya ketahanan-.166*

-

Daya tahan kuat

.681**-

diri.083

Daya tahan urus

.608**.074-

diri.058

Daya tahan-.407**.644**.174*.320**-

emosi

Daya tahan-.001.696**.391**.274**.248**-optimis

Nota 1 = kesunyian, 2= Daya tahan, 3=daya tahan kuat diri, 4 = daya tahan urus diri, 4, daya tahan emosi, 5 = daya tahan optimis**p