yasin

23
Surah 36. Ya Seen, Verse 60: “Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! Iblis sendiri sudah mengaku dia adalah musuh kita seperti yang telah disebut dalam Quran di dalam ayat yang lain. Dia telah berjanji dengan Tuhan nak keluarkan anak cucu Adam dari syurga. Dia telah berikrar akan menyesatkan manusia. Dia akan menggunakanberbagai-bagai cara untuk menyesatkan keturunan Nabi Adam. Tapi Allah berfirman yang dia tidak boleh sesatkan orang yang beriman. Adakah kita sembah syaitan? Kita rasa kita tak pernah pun sembah syaitan. Memang tidak, tapi bisikan dia kita ikut. ‘Puja’ syaitan maksudnya ikut bisikan syaitan. Apa sahaja dalil yang bukan dari Quran, hadith atau perbuatan dari sahabat, dalil itu dipanggil dalil hawa nafsu. Contohnya, apabila kita beri nasihat kepada mereka bahawa amalan yang mereka belajar dari guru mereka adalah amalan yang salah, mereka akan berkata: “takkan tok guru tu nak masuk neraka.” Atau mereka kata: “Takkan Allah tak beri pahala sedangkan kita buat benda yang baik.” Dan banyak lagi hujah-hujah yang bukan datang dari dalil Quran dan hadis. Hawa nafsu itu

Upload: fraadawiyah

Post on 08-Dec-2015

29 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

yasin

TRANSCRIPT

Page 1: Yasin

Surah 36. Ya Seen, Verse 60:

“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya

kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata

terhadap kamu!

Iblis sendiri sudah mengaku dia adalah musuh kita seperti yang telah

disebut dalam Quran di dalam ayat yang lain. Dia telah berjanji dengan

Tuhan nak keluarkan anak cucu Adam dari syurga. Dia telah berikrar akan

menyesatkan manusia. Dia akan menggunakanberbagai-bagai cara untuk

menyesatkan keturunan Nabi Adam. Tapi Allah berfirman yang dia tidak

boleh sesatkan orang yang beriman.

Adakah kita sembah syaitan? Kita rasa kita tak pernah pun sembah syaitan.

Memang tidak, tapi bisikan dia kita ikut. ‘Puja’ syaitan maksudnya ikut

bisikan syaitan. Apa sahaja dalil yang bukan dari Quran, hadith atau

perbuatan dari sahabat, dalil itu dipanggil dalil hawa nafsu. Contohnya,

apabila kita beri nasihat kepada mereka bahawa amalan yang mereka

belajar dari guru mereka adalah amalan yang salah, mereka akan berkata:

“takkan tok guru tu nak masuk neraka.” Atau mereka kata: “Takkan Allah

tak beri pahala sedangkan kita buat benda yang baik.” Dan banyak lagi

hujah-hujah yang bukan datang dari dalil Quran dan hadis. Hawa nafsu itu

sebenarnya adalah dari bisikan syaitan. Hasilnya, manusia buat perkara

yang bukan diambil dari sunnah. 

Jangan kita sempitkan makna �د�وا �ع�ب dengan ت makna ‘sembah’ sahaja. Ia

diambil dari perkataan عبد yang bermaksud ‘menghambakan diri’. Jadi kalau

kita ikut bisikan syaitan, itu sudah bermaksud kita menghambakan diri kita

kepadanya.

Page 2: Yasin

Siapakah syaitan itu? Syaitan itu adalah anak cucu Iblis sepertimana kita

manusia adalah anak cucu Nabi Adam. Iblis sudah berjanji di hadapan Allah

untuk menyesatkan anak Adam. Kalau anak Adam itu seorang yang kuat

melakukan ibadat, dia akan kempen orang itu untuk buat syirik dalam

ibadat: Maka manusia sudah syirik dalam ibadat seperti seru tok wali, seru

Nabi, malaikat dan sebagainya. Kalau dia seorang yang minat jihad, dia

akan menyesatkan orang itu dalam perkara jihad, contohnya ambil ilmu

kebal supaya musuh tetak tak lut. Jadi nak dapat ilmu itu, seseorang itu

kena bela jin. Untuk bela jin atau supaya jin berdamping dengan mereka,

mereka perlu buat perkara syirik dahulu. Contohnya, mereka beri salam

kepada malaikat, Nabi dan sebagainya. Apabila beri salam sahaja kepada

malaikat, Nabi dan wali, jin akan datang dan berdamping dengan dia.

Kerana semua salam itu tidak sampai kepada malaikat, Nabi dan wali itu.

Itu adalah perbuatan menyeru kepada yang tidak ada. Malaikat bukan

ditugaskan untuk berkhidmat kepada kita; Nabi sudah mati semuanya,

mereka tidak hidup di dunia ini lagi; begitu juga dengan wali-wali itu

semua. Mereka semuanya sudah mati. Bagaimana yang sudah mati boleh

mendengar salam yang kita berikan kepada mereka? Yang Maha

Mendengar adalah Allah. Allah sahaja yang boleh mendengar segala

percakapan kita. Oleh itu, apabila kita beri salam kepada mereka dan kita

kata mereka boleh dengar, maka kita sebenarnya mengatakan bahawa Nabi

dan wali-wali itu ada kuasa Tuhan. Itu adalah satu perbuatan syirik. Tidak

ada dalil yang mengajar kita untuk beri salam kepada malaikat, Nabi dan

wali-wali. Itu semua adalah rekaan dari guru-guru yang telah dibisikkan

ajaran itu oleh syaitan-syaitan yang mahu menyesatkan manusia.

Yang diajar kepada kita hanyalah memberi salam kepada penghuni kubur.

Itu sahaja. Tidak lebih dari itu. Jangan kita ambil dalil itu untuk mengatakan

orang dalam kubur boleh mendengar percakapan kita. Sampai ada yang

bermohon kepada ahli kubur seperti puak Barelvi dan ajaran tarekat yang

melawat kuburan dan meminta pertolongan kepada orang dalam kubur.

Page 3: Yasin

Mereka mungkin tidak memohon kepada penghuni kubur itu. Tapi mereka

menggunakan penghuni kubur itu sebagai perantara antara mereka dan

Allah. Itu semua adalah kerana mereka rasa bahawa menggunakan

perantaraan (tawasul) dalam berdoa itu adalah baik. Kerana mereka telah

diajar oleh syaitan bahawa itulah cara yang baik untuk berdoa. Mereka

telah ditipu oleh syaitan.

Syaitan-syaitan itu amat pandai menipu kita. Salah satunya dengan

mengganggu kita dengan merasuk manusia. Jin selalunya akan rasuk

manusia, supaya manusia pergi jumpa bomoh. Bomoh akan baca macam-

macam mentera kononnya untuk halau syaitan, padahal kita orang Islam

disuruh baca ayat Kursi untuk halau syaitan. Tapi kita pula percaya beras

kunyit atau apa-apa yang digunakan oleh bomoh itulah yang menyebabkan

hantu lari. Jin syaitan sebenarnya tak terkesan pun dengan beras kunyit dan

sebagainya itu sebab dia makhluk jenis lain. Tapi mereka akan buat olok-

olok menggelepar dan kononnya keluar dari manusia yang kena rasuk. Dan

apabila kita percaya benda-benda seperti itu boleh menghalau jin syaitan,

itu sudah syirik. Iblis sebenarnya nak kita masuk neraka sekali dengan dia.

Kalau menjadi pun perbuatan bomoh-bomoh itu menghalau jin yang

merasuk, itu adalah kerana mereka telah bersekongkol sesama mereka:

kalau sesiapa pakai benda-benda macam tu, mereka akan olok-olok keluar.

Mereka akan cuba memesongkan aqidah kita. Apabila akidah kita sudah

terpesong, maka kerja mereka sudah selesai, maka mereka pun keluar dari

orang yang dirasuk itu. Syaitan hendak kita mensyirikkan manusia dengan

mengatakan bomoh itu dan bomoh ini hebat sampai boleh menyembuhkan

mereka. Padahal, Allah lah yang menyembuhkan manusia, bukan makhluk.

Tapi masyarakat kita suka berjumpa dengan bomoh dan dukun dan apabila

mereka ditakdirkan oleh Allah untuk sihat, mereka akan kata: “hebat

bomoh/dukun/ustaz tu, dah baik dah aku ni.”

Asalnya sebelum kelahiran Nabi, jin boleh terbang ke langit dan boleh

mencuri-curi dengar perbualan malaikat. Malaikat apabila mendapat berita

dari langit, mereka akan bercakap-cakap sesama mereka. Jin akan curi-curi

Page 4: Yasin

mendengar perbualan malaikat itu. Dan mereka gunakan apa yang mereka

dengar dari perbualan malaikat itu untuk menipu manusia. Tapi kemudian

mereka sudah tidak boleh lagi selepas Nabi Muhammad dilahirkan. Sebab

sudah ada malaikat penjaga langit. Jikalau mereka cuba untuk mencuri

dengar perbualan malaikat, malaikat-malaikat penjaga langit itu akan

baling mereka dengan bebola api. Jin yang kena bebola api itu akan jadi gila

atau mati. Yang gila dipanggil hantu raya dan sebagainya. Hantu yang

dinamakan Langsuir rupa mereka sebegitu sebab mereka telah kena baling

dengan bebola api dan kena pada perut. Hantu-hantu itu sebenarnya adalah

jin-jin yang dah gila dan mereng, tapi masih lagi nak tipu manusia. Mana

yang kena baling bebola api dengan tepat, akan mati. Kalau yang kena sipi-

sipi itu yang jadi muka huduh tu. Ini ada disebut dalam Quran.

Jin sebenarnya takut kepada manusia. Mereka pernah bertanya kepada

Tuhan dimanakah mereka akan duduk setelah manusia mengambil tempat

mereka? Tuhan kata mereka kena duduk di hutan, lautan, bukit dan padang-

padang. Maka tempat yang ramai jin, kita panggil bunian. Banyaklah pula

kepercayaan salah kita tentang bunian ini pula. Ada kalangan masyarakat

Islam kita yang minta tolong kepada bunian-bunian itu. Padahal semua itu

adalah bangsa jin belaka. Semua itu boleh memesongkan akidah. Memang

ada jin yang Islam tapi tak ramai. Macam juga kita, banyak yang kafir

daripada yang Islam. Jin-jin yang Islam itu menjalani kehidupan mereka

sendiri – mereka tidak ada kena mengena dengan manusia.

Jadi dalam dunia ini ada dua jenis makhluk sahaja: manusia atau jin. Maka

Tuhan kata dalam ayat ini supaya kamu jangan sembah syaitan. Jadi kena

faham siapakah mereka. Jin kafir itu adalah syaitan. Semuanya kafir belaka.

Termasuk yang dipanggil ‘saka’ yang menyebabkan orang yang

membelanya tak boleh mati. Nak buang saka mudah sahaja. Iaitu ajar

kepada sesiapa yang ada saka itu, siapa Tuhan, apa itu Quran, apa syurga

dan neraka. Kalau percaya, ajar kepada dia kalimah syahadah. Dan kita

cakap kepada dia: “Buang jin kamu dengan

Page 5: Yasin

bacaan bismillahirrahmanirrahim“. Kalau ada yang kata tidak boleh buang

jin dan saka dalam badan, macam mana tok sami yang banyak bela jin?

Boleh pula dia masuk Islam. Cara nak buang adalah dengan kalimah

syahadah. Bukan dengan bomoh. Kalau tak perbetulkan akidah kita,

memang saka itu tak akan keluar. Selagi akidah rosak, selagi itu saka itu

akan ada dalam badan.

Syaitan menggoda manusia sebab dia telah berjanji nak sesatkan manusia.

Kalau seorang itu orang yang melakukan syirik, syaitan akan kempen dia

supaya kuat ibadat dan supaya tak belajar dah. Dia akan disibukkan dengan

buat ibadah sahaja dan dia sangka dia telah terpimpin. Syaitan tak mahu

dia belajar agama, sebab kalau dia belajar, dia akan tahu apa yang dia buat

selama ini adalah salah. Jadi, untuk mengelakkan dia dari tahu kesalahan

yang dia telah buat, dia akan digoda oleh syaitan untuk buat ibadat banyak

lagi. Memang ibadat itu penting, tapi yang lebih penting adalah buat ibadat

dengan ilmu. Biar ibadat kita sikit, tapi biarlah kita buat ibadat yang sudah

pasti diambil dari ajaran Nabi.

Bagaimanakah cara syaitan menggoda manusia? Ini ada dalam Surah an-

Nisa:116

Sahih International

Indeed, Allah does not forgive association with Him, but He forgives what is

less than that for whom He wills. And he who associates others with Allah

has certainly gone far astray.

Malay

Page 6: Yasin

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang

mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan

yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya

(menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang

mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia

telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. Surah an-Nisa:117

Sahih International

They call upon instead of Him none but female [deities], and they [actually]

call upon none but a rebellious Satan.

Malay

Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala

(makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak

menyembah melainkan Syaitan yang derhaka;

�اث� �ن إ �ال� إ �ه� د�ون م�ن� �د�ع�ون� ي �ن� إ

Tidaklah mereka seru selain daripada Allah taala itu, melainkan

berhala belaka; ayat ini menggunakan perkataan  �اث� �ن .’betina‘ – إ Iaitu

berhala-berhala kebanyakannya dibuat dalam bentuk perempuan. Kalau kita

tengok berhala Hindu dan Buddha sekarang, banyak yang dalam bentuk

perempuan. Perbuatan memberi salam kepada Nabi, Wali dan Malaikat

adalah satu bentuk penyeruan juga. Itulah perbuatan syirik yang dilakukan

oleh sebahagian besar dari masyarakat kita. Contohnya, banyak yang seru

Nabi Muhammad. Padahal Nabi Muhammad dan mati dah. Kalau kita seru

Page 7: Yasin

selain dari Allah sahaja, itu adalah kesalahan yang amat besar. Walaupun

yang diseru itu adalah Nabi Muhammad.

م�ر�يد�ا �ا �ط�ان ي ش� �ال� إ �د�ع�ون� ي �ن� و�إ

Dan tidaklah mereka itu seru melainkan syaitan yang derhaka;

Sahih International

Whom Allah has cursed. For he had said, “I will surely take from among

Your servants a specific portion.

Malay

Yang telah dilaknat oleh Allah, dan yang telah mengatakan: “Demi

sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu,

bahagian yang tertentu (untuk menjadi pengikutku);

�ه� الل �ه� �ع�ن ل

Allah telah melaknat syaitan itu; 

وض�ا م�ف�ر� �ا �ص�يب ن �اد�ك� ب ع� م�ن� �خ�ذ�ن� �ت أل� و�ق�ال�

Dan syaitan berkata: aku pasti akan mengambil dari hamba-

hambaMu satu bahagian yang memang telah ditentukan untuk aku;

iaitu manusia-manusia yang telah ditentukan untuk masuk sekali dalam

neraka dengan dia.

Page 8: Yasin

Sahih International

And I will mislead them, and I will arouse in them [sinful] desires, and I will

command them so they will slit the ears of cattle, and I will command them

so they will change the creation of Allah.” And whoever takes Satan as an

ally instead of Allah has certainly sustained a clear loss.

Malay

“Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran),

dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-

angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka

(mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga

binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan

Allah”. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin

yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan

kerugian yang terang nyata.

�ه�م� �ن ض�ل� و�أل�

Sesungguhnya aku akan menyesatkan mereka; dengan menyuruh

mereka menyeru selain dari Allah. Iaitu beri salam kepada Wali, Nabi,

Malaikat.

�ه�م� �ن ,ي م�ن� و�أل�

Page 9: Yasin

Dan aku akan timbulkan kepada mereka angan-angan; angan-angan

untuk dapat pahala atas amalan yang dibuat. Banyak sangat amalan bidaah

yang masyarakat kita buat sekarang, dan mereka yang buat amalan bidaah

itu berangan-angan akan dapat pahala dari amal perbuatan mereka itu.

Contohnya Nabi tidak ajar doa antara iqamah dan takbir imam dalam solat.

Lepas iqamah, tidak ada bacaan apa-apa sebenarnya. Tapi yang banyak

dibuat oleh manusia, macam-macam bacaan, termasuklah baca surah An-

Nas.

Dalam Kitab Tarmizi, Nabi kata selepas iqamah, hanya imam sahaja yang

boleh berkata-kata. Bilal suruh rapatkan saf pun dah bidaah dah. Syaitan

akan beri angan-angan kepada mereka supaya mereka sangka apa yang

mereka buat itu adalah baik. Bacaan doa dan bacaan ayat-ayat tertentu itu

dipanggil ‘angan-angan’.  Termasuk dalam angan-angan mereka itu adalah

meraup muka selepas beri salam dalam solat. Mereka rasa solat tak selesai

lagi selagi tak raup muka itu. Kalau mereka rasa begitu (tidak selesai solat

tanpa raup muka), itu sudah termasuk dalam perkara syariat. Tidak pernah

diajar oleh Nabi untuk raup muka selepas solat. Syaitanlah yang memberi

angan-angan kepada mereka. Angan-angan bahawa perbuatan mereka itu

kononnya baik dan akan dapat pahala.

Banyak lagi perkara bidaah yang dibuat oleh manusia. Itu semua adalah

menambah perkara syariat. Kalau ada ustaz yang ajar sesuatu amalan,

tanya dia balik: “adakah amalan ini ada dalam hadis?”. Kalau dia jawap

ulama sekian-sekian kata boleh, dalam kitab sekian-sekian kata boleh, itu

tidak boleh dipakai lagi. Padahal semua perkara ibadat telah diajar di dalam

kitab-kitab hadis yang sahih. Syariat itu adalah atas perintah Allah. Kita

terima sahaja syariat itu. Syariat Islam telah lengkap apabila Nabi wafat.

Kalau kita ada tambah mana-mana amalan lain dari yang ajar, ianya seperti

kita mengatakan agama Islam tak lengkap lagi. Bermaksud kita katakan,

Nabi Muhammad tak habis ajar lagi Islam sampai lengkap.

Page 10: Yasin

Jangan kita guna akal sangat sebab fikiran kita tidak akan sampai untuk

memahaminya. Sebagai contoh, kita tidak tahu kenapa solat sekian-sekian

rakaat.

Syaitan itu adalah musuh kita yang nyata. Di akhirat nanti, Iblis sendiri

akan berkhutbah. Iblis akan berkata bahawa dia cuma mencadangkan

sahaja kepada kita untuk jadi sesat. Dia akan kata, manusialah yang

bersalah kerana mengikutnya. Waktu itu penyesalan tidak berguna lagi.

—————————————————————————————–

Surah 36. Ya Seen, Verse 61: Apakah suruhan Allah kepada kita

sebenarnya? Jawapan ini adalah dalam ini.

Sahih International

And that you worship [only] Me; This is the straight path.

Malay

“Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang

lurus.

�ي �د�ون اع�ب ن�� و�أ

Sesungguhnya, sembahlah Aku sahaja; Kita kena sembah, puja, ibadat

dan doa hanya kepada Allah sahaja. Pemujaan selain dari Allah tidak boleh.

Cara-cara penyembahan agama lain pun kita tidak bolah pakai. Jadi, bahan-

bahan pemujaan agama lain, seperti limau, epal dan sebagainya kita tidak

boleh makan. Lebih haram dari makan babi kalau kita makan. Adakah kita

buat perkara yang sama? Kita pun ada juga letak makanan macam tu,

seperti kita letak pulut kuning, ayam golek dan sebagainya depan pelamin.

Itu pun dikira bahan pemujaan. Kita pun ada masukkan dalam mulut

pengantin macam juga orang kafir letakkan makanan pemujaan ke mulut

Page 11: Yasin

berhala. Kita renjis pengantin sama sahaja dengan orang Hindu yang

merenjis berhala mereka. Kita baling bunga rampai kepada pengantin sama

macam agama lain juga.

Kalau kita pernah buat macam itu sebelum ini, maka bertaubatlah kepada

Allah taala atas kesalahan kita dulu yang kita tak tahu salah. Allah sanggup

untuk ampunkan segala dosa kita asalkan kita minta ampun kepadaNya.

Dan jangan buat lagi. Dan jangan pergi ke majlis yang macam itu lagi.

Kerana itu adalah majlis yang syirik kepada Allah. Kembalilah kepada

agama yang benar. Janganlah kerana kita hendak menjaga hati orang,

sanggup kita menggadai akidah kita. Sepatutnya kita jangan raikan, supaya

mereka tahu bahawa apa yang mereka perbuat itu salah. Ianya bukan

senang sebab dah merebak perbuatan itu dari dulu sampai sekarang. Kita

kena bagi mesej kepada mereka-mereka yang buat perkara syirik macam itu

bahawa kita tidak akan bersekongkol bersama mereka.

Allah hendak kita menghambakan diri kepadaNya sahaja. Seorang hamba

itu akan ikut kata tuannya. Begitulah kita dengan Allah. Hendaklah kita ikut

segala suruhan Allah dan meninggalkan larangannya. Itulah yang

dinamakan Jalan Yang Lurus.

  �ق�يم/ ت م�س� اط/ ص�ر� ه�5ذ�ا

Inilah jalan yang lurus; inilah tafsir ayat dari surah al-Fatihah yang kita

baca hari-hari:

Setiap kali solat kita memohon kepada Allah supaya “tunjukilah kami  jalan

yang lurus“. Maka apakah jalan yang lurus itu? Jawapannya ada dalam ayat

Yaasin ini. Iaitu: Sembah, ibadat, puja, doa *hanya* kepada Allah sahaja.

Tidak boleh sembah dan puja kepada yang lain. Sembah sultan pun tidak

Page 12: Yasin

boleh. Puja keris keramat pun tidak boleh. Jangan kita ingat sembah

berhala sahaja tidak boleh. Sebab ramai yang rasa itu sahaja penyembahan

yang salah, mereka ingat mereka tak buat penyembahan yang salah.

Padahal banyak orang kita yang buat juga benda-benda yang salah kerana

mereka tidak tahu.

Jangan kita tiru cara pemujaan orang kafir. Kita pun biasa lihat orang Hindu

merenjis patung dewa mereka. Kita juga biasa melihat orang Kristian

merenjis air ‘holy water’ kepada penganut mereka. Jadi kenapa kita nak

renjis kapal apabila rasmikan kapal? Kenapa kita nak kena jumpa

bomoh/ustaz untuk renjis kereta kita yang baru beli? Kenapa ada renjis

apabila orang bersanding? Itu semua adalah perbuatan kufur kepada Allah.

Kita semua tahu bahawa itu semua adalah cara penyembahan orang kafir,

tapi kenapa ramai orang kita masih ikut juga lagi cara-cara itu?

Apabila berdoa, berdoalah terus kepada Allah. Jangan gunakan perantaraan

untuk bacakan doa untuk pihak kita. Macam sami Hindu dan paderi Kristian

yang bacakan doa untuk pengikut mereka. Oleh itu, jangan kita pergi

kepada guru atau ustaz untuk mendoakan kepada Allah bagi pihak kita. Itu

adalah amalan dan perbuatan orang kafir kerana mereka ingat Allah tidak

mendengar doa mereka kalau mereka doa sendiri. Oleh itu, mereka minta

tolong kepada orang yang mereka sangka rapat dengan Allah untuk doakan

untuk mereka. Ketahuilah, itu adalah perbuatan ‘tawasul’ dan tawasul

dalam Islam adalah perbuatan yang dilarang. Hendaklah juga kita

merendahkan diri kepadaNya dan bersyukur kepadaNya.

Kalau kita dah buat semua perkara itu, apa kita perlu buat? Berhenti buat

dan bertaubatlah kepada Allah dari kesalahan yang kita telah buat dahulu.

Belajarlah cara-cara berdoa yang betul. Masalah dengan orang kita adalah,

mereka tidak tahu cara berdoa. Sebab itu mereka ‘outsource’ perbuatan

doa itu kepada orang lain.

Page 13: Yasin

Allah menggunakan perkataan ه�5ذ�ا (inilah) untuk menunjukkan bahawa jalan

yang lurus adalah dekat. Ianya senang untuk dilalui. Bukannya jauh. Ianya

adalah senang kerana ianya telah ada dalam fitrah kita. Apabila kita

dilahirkan, telah dimasukkan dalam diri kita natural instinct untuk

beribadat kepada Allah. Apabila kita menentang Allahlah yang melawan

kepada fitrah itu. Asalkan kita mahu belajar. Islam lah agama yang mudah

kalau nak dibandingkan dengan agama lain.

—————————————————————————————-

Surah 36. Ya Seen, Verse 62:

Sahih International

And he had already led astray from among you much of creation, so did you

not use reason?

Malay

“Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di

antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah

sepatutnya kamu berfikir dan insaf?

ا �ير� �ث ك �ال9 ب ج� �م� �ك م�ن �ض�ل� أ �ق�د� و�ل

Sesungguhnya syaitan telah menyesatkan kebanyakan dari kalangan

kamu; Memang kerja syaitan itu menyesatkan manusia. Nabi bersabda

dalam satu hadis Qudsi: Allah berfirman: “wahai Adam, keluarkanlah 999

dari setiap seribu manusia dan humbankan ke dalam neraka!” Satu sahaja

daripada 1000 manusia yang akan dimasukkan ke dalam syurga. Berdoalah

supaya kita sebahagian dari yang masuk dalam syurga.

Page 14: Yasin

Perkataan �ال9 ب diambil ج� dari kata dasar ‘jabal’ yang bermaksud: gunung.

Bermakna, ramai sangat yang tidak beriman sampaikan diibaratkan mereka

seperti menggunung.

Telah disebut dalam surah Yaasin juga dalam ayat ke 7 bahawa memang

kebanyakan umat Nabi Muhammad akan masuk neraka.

Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka,

kerana mereka tidak mahu beriman.

  �ون� �ع�ق�ل ت �وا �ون �ك ت �م� �ف�ل أ

Kenapa kamu tak berfikir?; bahawasanya Syaitan itu adalah musuh kamu

yang sebenarnya. Jikalau kita buat sesuatu ibadat yang bukan dari dalil

Quran atau hadis, itu datangnya dari bisikan syaitan. Jangan belajar dengan

sesiapa yang memberikan dalil guru-guru yang lain. Atau mereka

memberikan dalil dari kitab-kitab. Sepatutnya dia kena kata amalan ibadah

itu diambil dari hadis Nabi atau Quran.

Masalahnya, ramai yang tidak menggunakan akal fikiran mereka. Mereka

tidak pernah memikirkan samada perbuatan yang mereka lakukan itu

adalah benar atau salah. Mereka hanya mengikut-ikut sahaja. Mereka hanya

bersangka-sangka sahaja. Padahal, kadang-kadang mereka itu adalah

orang-orang yang terpelajar, yang bijak-bijak. Keraja sebagai peguam, guru,

engineer dan sebagainya. Mereka pandai dalam hal dunia, tapi hal akhirat,

mereka lupakan sahaja. Mereka ambil mudah. Kenapa jadi begini?

Pertamanya, kerana hidayah itu milik Allah. Dia berikan kepada siapa

sahaja yang Dia mahu. Keduanya, walaupun mereka orang yang bijak dan

pandai, tapi mereka tidak menggunakan kepandaian mereka dalam hal

Page 15: Yasin

agama. Dalam hal dunia, mereka kaji sedalam-dalamnya, tapi tidak dalam

hal agama. Untuk hal dunia, mereka belajar tinggi-tinggi sampai peringkat

universiti, malah sampai ke peringkat PHD. Tapi hal agama, mereka ambil

enteng sahaja. Apabila sudah tua, barulah berjinak-jinak dengan surau dan

masjid. Waktu itu sudah terlambat. Padahal, kita hidup di dunia ini

sementara sahaja. Kehidupan di akhirat lah yang kekal abadi.

—————————————————————————————-

Surah 36. Ya Seen, Verse 63: Inilah hukuman yang akan dikenakan

kepada mereka yang engkar kepada Allah.

Sahih International

This is the Hellfire which you were promised.

Malay

“Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu

diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).

Inilah dia neraka jahanam yang telah diancamkan kepada

kamu; iaitu dijanjikan akan dimasukkan ke dalamnya sekiranya kamu

melakukan perbuatan syirik kepada Allah. Tapi kamu sekarang akan masuk

ke dalamnya kerana kamu tidak mahu percaya dahulu.

Allah bercakap dengan ahli syurga ketika itu. Perkataan ,digunakan ه�5ذ�ه�

menunjukkan betapa dekatnya neraka waktu itu.

Perkataan م�� .adalah nama khas yang diberikan kepada neraka ج�ه�ن

Kalau sembah syaitan, akhirnya akan masuk neraka. Kalau bisikan dia

menyebabkan seseorang sampai melakukan syirik, dia takkan keluar dari

Page 16: Yasin

neraka. Mazhab Hanbali kata kalau tinggal satu sembahyang pun dah

keluar Islam dah. Mazhab Syafie pula kata, orang yang tak sembahyang

hendaklah dibunuh. Itu baru tinggal sembahyang, apatah lagi kalau

perbuatan itu adalah syirik?

——————————————————————————————-

Surah 36. Ya Seen, Verse 64:

Sahih International

[Enter to] burn therein today for what you used to deny.”

Malay

“Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang

kamu telah lakukan!”

�و�م� �ي ال �و�ه�ا اص�ل

Masuklah kamu ke dalam neraka pada hari ini

Perkataan و�� adalah kata khas yang digunakan untuk membawa maksud اص�ل

‘masuk dalam api’. Samada ahli neraka itu masuk sendiri atau mereka

dimasukkan ke dalam neraka oleh malaikat. Bayangkan, ada manusia yang

akan masuk sendiri ke dalam neraka walaupun mereka tahu itu adalah api

yang menyala. Kerana mereka tidak ada pilihan lain. Apabila Allah arahkan,

mereka kena patuh.

Sekali lagi perkataan و�م�� �ي digunakan – untuk menyuruh kita membayangkan ال

keadaan pada hari itu adalah dekat sahaja. Tidak jauh.

ون� �ف�ر� �ك ت �م� �ت �ن ك �م�ا ب

Page 17: Yasin

dengan sebab kamu dulu kufur; iaitu kufur kepada ajakan tauhid semasa

hidup di dunia. Ilmu tauhidlah yang patut diajar kepada umat Islam

sekarang. Iaitu tauhid berdasarkan Quran dan Sunnah Nabi. Tapi

malangnya, kalau ada yang mengajak kepada kebenaran, macam-macam

tohmahan akan dikeluarkan, antaranya mereka akan kata kita Puak Wahabi

dan sebagainya. Macam-macam mereka akan cakap.

Ayat ini hendak mengatakan bahawa mereka masuk neraka itu adalah

disebabkan oleh diri mereka sendiri. Mereka kufur dengan Allah. Mereka

engkar. Mereka tidak boleh salahkan orang lain. Mungkin semasa mereka

dimasukkan ke dalam neraka, mereka akan membantah kenapa mereka

dimasukkan ke dalamnya. Waktu itu akan dikatakan kepada mereka:

‘dengan sebab kamu dulu kufur’.

—————————————————————————————

Surah 36. Ya Seen, Verse 65:

Sahih International

That Day, We will seal over their mouths, and their hands will speak to Us,

and their feet will testify about what they used to earn.

Malay

Pada waktu itu Kami meterikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi

peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan

masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang

mereka telah usahakan.

�ف�و�اه�ه�م� أ ع�ل�ى5 �م� ت �خ� ن �و�م� �ي ال

Page 18: Yasin

Pada hari ini (di Mahsyar), Kami akan kunci mulut mereka; manusia

tak boleh nak bercakap apa dah pada hari itu. Orang-orang kafir dan

munafik akan cuba mengatakan bahawa mereka tidak buat kesalahan-

kesalahan yang dihadapkan kepada mereka. Mereka akan sentiasa

mengambil peluang untuk menipu walaupun di hadapan Allah taala. Maka

Allah akan menutup mulut lisan mereka.

Dalam ayat sebelum ini, Allah berkata terus dengan mereka. Tapi dalam

ayat ini, Allah tidak bercakap dengan mereka, tapi membahasakan diri

mereka sebagai pihak ketiga. Ini kerana mereka telah masuk ke dalam

neraka. Allah dah tak mahu bercakap dengan mereka.

  �د�يه�م� �ي أ �ا ,م�ن �ل �ك و�ت

maka berkata kedua-dua tangan mereka; Tangan kita akan jadi

pendakwaraya pula kepada kita. Tuannya nantiakan marah kepada tangan

kenapa cakap kepada Allah. Tangan akan kata bahawa pada hari itu Allah

memberi kebenaran kepada mereka untukberkata-kata. Bukan tangan

mereka sahaja yang akan berkata. Pendengaran, penglihatan dan kulit

mereka juga akan berkata-kata.

  �ه�م� ل ج� ر�� أ ه�د� �ش� و�ت

dan menjadi saksi kaki-kaki mereka; Yang berkata adalah tangan, dan

kaki akan menjadi saksi bagi apa yang dikatakan oleh tangan itu.

�ون� ب �س� �ك ي �وا �ان ك �م�ا ب

Terhadap apa yang dulu mereka lakukan; mereka akan terpaksa

mengaku semua. Tak boleh nak elak lagi dah. Kerana memang anggota

badan mereka itu terlibat dalam perbuatan tuannya itu. Semasa di dunia,

mereka telah berkata buruk kepada pada Rasul dan pendakwah, tapi

apabila di akhirat kelak, mereka akan mendapat balasan yang amat buruk

atas perbuatan mereka itu. 

Page 19: Yasin

Lihatlah apa yang mereka telah buat kepada Nabi Muhammad. Mereka

telah mentertawakan Nabi Muhammad apabila ahli keluarga baginda mati.

Mereka menolak dakwah baginda mentah-mentah. Mereka tidak

membenarkan Nabi berdakwah. Dan macam-macam lagi perkara buruk

mereka telah buat.