web viewkami dijemput untuk menikmati kuih itu. ibu menyiram pokok bunga di halaman rumah? saya...
TRANSCRIPT
11 Bahagian Dua: Ayat
BAHAGIAN DUASINTAKSIS
(AYAT)
22
BAB 1AYAT PENYATA
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat pernyataan atau
memberitahu tentang sesuatu perkara. Ayat ini disebut juga ayat berita atau ayat
keterangan.
1.1 Kesalahan Lazim(i) Pekedai itu anak siapa.
(ii) Tolong letak buku ini di atas meja saya.
(iii) Jangan bermain di tepi longkang itu.
(iv) Siapa nama bapa kamu.
(v) Ah, sakitnya dadaku.
1.2 Rumus
Ayat penyata mempunyai tujuan untuk menyatakan atau memberikan keterangan sesuatu
perkara, cerita, benda, atau kejadian.
Contoh Ayat KeteranganKakak sedang menyiram pokok bunga. Memaklumkan perbuatan kakak yang
menyiram pokok bungaLembu itu akan dijual. Memberitahu perkara yang berkaitan dengan
lembu yang akan dijualMusa menjadi pegawai polis. Memaklumkan bahawa Musa merupakan
seorang pegawai polisPramugari itu berasal dari negeri Kelantan. Memberitahu bahawa pramugari itu berasal
dari negeri KelantanPohon rendang itu tumbang dibadai ribut. Memaklumkan bahawa pohon rendang yang
tumbang kerana dilanda ributRemaja itu ditangkap dalam operasi membanteras lumba haram.
Menyatakan remaja yang diberkas dalam operasi lumba haram
Budak-budak itu bermain di tepi longkang. Menceritakan budak-budak yang sedang bermain berhampiran dengan longkang
Bahagian Dua: Ayat
33
1.3 Latihan Pengukuhan1.3.1 Mengenal pasti kesalahan
(i) “Pergi dari sini”, arah guru kepada sekumpulan pelajar.
(ayat perintah suruhan)
(ii) Sila makan kuih itu.
(ayat perintah silaan)
(iii) Ibu menyiram pokok bunga di halaman rumah?
(ayat tanya yang dihasilkan dengan meninggikan suara)
(iv) Apakah permainan yang digemari oleh anak-anak?
(ayat tanya)
(v) Harap jangan merokok.
(ayat perintah permintaan)
(vi) Jangan usia dia
(ayat perintah larangan)
(vii)Jinaknya burung merpati itu!
(ayat seruan tanpa kata seru)
(viii) Awak telah berjaya!
(ayat seruan tanpa kata seru)
(ix) Cis, berani awak menghina keluarga saya.
(ayat seruan dengan kata seru)
(x) Amboi, cantiknya baju yang diperagakan oleh peragawati itu!
(ayat seruan dengan kata seru)
1.3.2 Membetulkan Kesalahan dalam Ayat Ubah suai ayat di bawah supaya menjadi ayat penyata yang sama maksudnya.
(i) “Pergi dari sini”, arah guru kepada sekumpulan pelajar.
Guru mengarahkan sekumpulan pelajar beredar dari kawasan itu.
(i) Sila makan kuih itu.
Kami dijemput untuk menikmati kuih itu.
(ii) Ibu menyiram pokok bunga di halaman rumah?
Saya ingin memastikan ibu sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah.
(iii) Apakah permainan yang digemari oleh anak-anak?
Anak patung merupakan sejenis permainan yang digemari oleh kanak-kanak.
(iv) Harap jangan merokok.
Orang ramai dilarang merokok.
Bahagian Dua: Ayat
44
(v) Jangan usik dia.
Budak itu tidak boleh diusik oleh sesiapa.
(vi) Jinaknya burung merpati itu!
Burung merpati itu sangat jinak.
(vii) Awak telah berjaya!
Dia telah berjaya.
(viii) Cis, berani awak menghina keluarga saya!
Pemuda itu memarahi orang yang telah menghina keluarganya
(ix) Amboi, cantiknya baju yang diperagakan oleh peragawati itu!
Baju yang diperagakan oleh peragawati itu sangat cantik.
1.3.3 Menentukan Ayat yang Betul atau Salah
BIL AYAT Betul / Salah
(i) Kanak-kanak itu dibawa oleh ibunya ke hospital.(ii) Orang itu mewasiatkan harta pusakanya kepada anak yang
bongsu.(iii) Kamu berasal dari mana?(iv) Ibu sedang menjahit baju.(v) Kami menonton televisyen sehingga larut malam.(vi) Pada pendapat saudara, dapatkah rancangan ini dijalankan?(vii) Sila masuk ke dewan ini.(viii) Usah dikenangkan lagi perkara ini.(ix) Beberapa kawasan pedalaman di Kelantan dinaiki air.(x) Tolong hantar jawapan sebelum hari Ahad.
Bahagian Dua: Ayat