file · web viewguru mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek matematik tambahan...

13
Baca ayat dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan mengikut permintaan ayat. SET RAMALAN 1 Vincent Chong menghadiahi Zalipah sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14. (i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas. Frasa Nama + Frasa Kerja. (ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas. Subjek: Vincent Chong Predikat: menghadiahi Zalipah sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14. (iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif. Sebuah novel dihadiahi oleh Vincent Chong kepada Zalipah bersempena hari jadinya yang ke-14. (iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang. Bersempena dengan hari jadinya yang ke-14, Vincent Chong menghadiahi Zalipah sebuah novel. (v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas. Yang.

Upload: trinhphuc

Post on 06-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: file · Web viewGuru mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun

Baca ayat dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan mengikut permintaan ayat.

SET RAMALAN 1

Vincent Chong menghadiahi Zalipah sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.

Frasa Nama + Frasa Kerja.

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.

Subjek: Vincent Chong

Predikat: menghadiahi Zalipah sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14.

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.

Sebuah novel dihadiahi oleh Vincent Chong kepada Zalipah bersempena hari jadinya yang ke-14.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.

Bersempena dengan hari jadinya yang ke-14, Vincent Chong menghadiahi Zalipah sebuah novel.

(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.

Yang.

(vi) Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.

Dengan.

Page 2: file · Web viewGuru mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun

SET RAMALAN 2

Guru mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.

Frasa Nama + Frasa Kerja.

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.

Subjek: Guru.

Predikat: mengajar murid-murid di dalam kelas subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.

Murid-murid di dalam kelas itu diajar oleh guru subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.

Agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun, guru mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan.

(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.

Agar.

(vi) Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.

Di.

Page 3: file · Web viewGuru mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun

SET RAMALAN 3

Abang saya yang sulung memberi ayah wang untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.

Frasa Nama + Frasa Kerja.

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.

Subjek: Abang saya yang sulung.

Predikat: memberi ayah wang untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur.

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.

Wang diberi oleh abang saya yang sulung kepada ayah untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.

Untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur, abang saya yang sulung memberi ayah wang.

(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.

Yang.

(vi) Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.

Untuk.

Page 4: file · Web viewGuru mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun

SET RAMALAN 4

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menganugerahi mantan Perdana Menteri itu bintang kehormatan di Istana Negara.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.

Frasa Nama + Frasa Kerja.

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.

Subjek: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Predikat: menganugerahi mantan Perdana Menteri itu bintang kehormatan di Istana Negara.

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.

Mantan Perdana Menteri itu dinugerahi bintang kehormatan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.

Di Istana Negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menganugerahi mantan Perdana Menteri itu bintang kehormatan.

(v) Senaraikan satu kata nama khas yang terdapat dalam ayat di atas.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

(vi) Senaraikan satu bahasa istana yang terdapat dalam ayat di atas.

Menganugerahi.

Page 5: file · Web viewGuru mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun

SET RAMALAN 5

Cik Yong suka membaca buku cerita pada masa lapang manakala Cik Susan suka menanam pokok bunga pada hujung minggu.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.

Frasa Nama + Frasa Kerja

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.

Subjek: Cik Yong

Predikat: suka membaca buku cerita pada masa lapang manakala Cik Susan suka menanam pokok bunga pada hujung minggu.

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.

Buku cerita suka dibaca oleh Cik Yong pada masa lapang manakala pokok bunga suka ditanam oleh Cik Susan pada hujung minggu.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.

Pada masa lapang, Cik Yong suka membaca buku cerita manakala pada hujung minggu, Cik Susan suka menanam pokok bunga.

(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.

Manakala.

(vi) Senaraikan satu kata majmuk yang terdapat dalam ayat di atas.

Pokok bunga.

Page 6: file · Web viewGuru mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun

SET RAMALAN 6

Biduanita yang bersuara merdu itu telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang tenang.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.

Frasa Nama + Frasa Kerja

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.

Subjek: Biduanita yang bersuara merdu itu.

Predikat: telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang tenang.

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.

Nafas terakhir telah dihembuskan oleh biduanita yang bersuara merdu itu di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang tenang.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.

Pada malam Jumaat yang tenang, biduanita yang bersuara merdu itu telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya.

(v) Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.

Di.

(vi) Senaraikan satu perkataan berimbuhan pinjaman yang terdapat dalam ayat di atas.

Biduanita.

Page 7: file · Web viewGuru mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun

SET RAMALAN 7

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning hanya meraih tempat ketiga dalam pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.

Frasa Nama + Frasa Kerja.

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.

Subjek: Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning.

Predikat: hanya meraih tempat ketiga dalam pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.

Hanya tempat ketiga diraih oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning dalam pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.

Dalam pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning hanya meraih tempat ketiga.

(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.

Page 8: file · Web viewGuru mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun

Yang.

(vi) Senaraikan satu kata bilangan yang terdapat dalam ayat di atas.

Ketiga.

SET RAMALAN 8

Pada minggu lalu, lembu yang menanduk kereta ayah saya itu menanduk kereta Ahmad pula. 

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.

Frasa Nama + Frasa Kerja.

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.

Subjek: Lembu yang menanduk kereta ayah saya

Predikat: itu menanduk kereta Ahmad pula.

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.

Kereta Ahmad pula ditanduk oleh lembu yang menanduk kereta ayah saya pada minggu lalu.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan songsang di atas kepada ayat bersusunan biasa.

Lembu yang menanduk kereta ayah saya itu menanduk kereta Ahmad pula pada minggu lalu.

(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.

Yang.

(vi) Senaraikan satu kata nama am yang terdapat dalam ayat di atas.

Page 9: file · Web viewGuru mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun

Lembu.

SET RAMALAN 9

Bahawa ujian bulan Januari akan bermula pada pukul 10 pagi diterangkan oleh guru bertugas, Puan Siti Zharafiyah Shaerra.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.

Frasa Nama + Frasa Kerja.

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.

Subjek: Bahawa ujian bulan Januari.

Predikat: akan bermula pada pukul 10 pagi diterangkan oleh guru bertugas, Puan Siti Zharafiyah Shaerra.

(iii) Tukarkan ayat pasif di atas kepada ayat aktif.

Guru bertugas, Puan Siti Zharafiyah Shaerra menerangkan bahawa ujian bulan Januari akan bermula pada pukul 10 pagi.

(iv) Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.

Pada.

(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.

Bahawa.

(vi) Senaraikan satu kata nama am yang terdapat dalam ayat di atas.

Page 10: file · Web viewGuru mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun

Guru.

SET RAMALAN 10

Sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian, Alilah Sherry tetap menghadiri majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.

Frasa Nama + Frasa Kerja.

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.

Subjek: Alilah Sherry.

Predikat: tetap menghadiri majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian.

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.

Majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya tetap dihadiri oleh Alilah Sherry sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan songsang di atas kepada ayat bersusunan biasa.

Alilah Sherry tetap menghadiri majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian.

(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.

Page 11: file · Web viewGuru mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun

Yang.

(vi) Senaraikan satu perkataan yang berimbuhan apitan yang terdapat dalam ayat di atas.

Perayaan.