file · web view3. seminar perubatan islam : “menangani histeria & kerasukan...

11
1 Pendahuluan Masalah histeria adalah suatu fenomena yang acapkali berlaku dalam masyarakat kita khususnya di sekolah-sekolah, institusi- institusi pengajian, asrama dan kilang. Justeru, kertas kerja ini akan menyingkap fenomena histeria dan kerasukan yang berhubung dengan permasalahan ghaib yang melibatkan makhluk halus yang sering menyerang manusia. Membincangkan mengenai histeria sememangnya menimbulkan misteri yang amat membingungkan di kalangan masyarakat terutama tatkala memikirkan sama ada ia sekadar gangguan psikologi biasa atau membabitkan pengaruh unsur mistik dan makhluk ghaib. Mudahnya, orang Melayu merujuk histeria sebagai rasukan. Histeria merujuk kepada suatu keadaan di mana seseorang individu atau kumpulan bertindak secara tidak normal seperti menjerit- jerit, meracau, merapu, hilang ingatan dan pertimbangan akal, bercakap dalam bahasa yang tidak difahami. Dari sudut bahasa Arab, histeria disebut sebagai al-Dharra, yang sering dikaitkan dengan gangguan makhluk halus. Perkataan histeria sebenarnya berasal daripada istilah Greek yang bermaksud rahim yang merayau-rayau. Dari sudut perubatan moden, histeria dianggap sebagai penyakit psikitari yang dikenali sebagai somatoform disorder”. Seminar Perubatan Islam : “Menangani Histeria & Kerasukan Jin” Pusat Rawatan Islam Darun Nuraniyyah, 5a, Taman Muhibbah 2, Jalan Ketoyong, Tg. Malim, Perak. Blog : www.darunnuraniyyah.wordpress.com E-mel : [email protected] Tel : 019-5747210

Upload: hoangnhan

Post on 07-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: file · Web view3. Seminar Perubatan Islam : “Menangani Histeria & Kerasukan Jin” Pusat Rawatan Islam Darun Nuraniyyah, 5a, Taman Muhibbah 2, Jalan Ketoyong, Tg

1

Pendahuluan

Masalah histeria adalah suatu fenomena yang acapkali berlaku dalam masyarakat kita

khususnya di sekolah-sekolah, institusi-institusi pengajian, asrama dan kilang. Justeru, kertas

kerja ini akan menyingkap fenomena histeria dan kerasukan yang berhubung dengan

permasalahan ghaib yang melibatkan makhluk halus yang sering menyerang manusia.

Membincangkan mengenai histeria sememangnya menimbulkan misteri yang amat

membingungkan di kalangan masyarakat terutama tatkala memikirkan sama ada ia sekadar

gangguan psikologi biasa atau membabitkan pengaruh unsur mistik dan makhluk ghaib.

Mudahnya, orang Melayu merujuk histeria sebagai rasukan. Histeria merujuk kepada

suatu keadaan di mana seseorang individu atau kumpulan bertindak secara tidak normal seperti

menjerit-jerit, meracau, merapu, hilang ingatan dan pertimbangan akal, bercakap dalam bahasa

yang tidak difahami.

Dari sudut bahasa Arab, histeria disebut sebagai al-Dharra, yang sering dikaitkan dengan

gangguan makhluk halus. Perkataan histeria sebenarnya berasal daripada istilah Greek yang

bermaksud rahim yang merayau-rayau. Dari sudut perubatan moden, histeria dianggap sebagai

penyakit psikitari yang dikenali sebagai “somatoform disorder”.

Histeria boleh berpunca daripada gangguan psikologi dan emosi yang akibat tekanan

hidup, stress, kebimbangan yang amat sangat, ketakutan yang keterlaluan, ketegangan dalam

hidup berumahtangga dan tiada pula ruang untuk menyalurkannya dengan sesuai. Akibatnya

gangguan ini akan terus berlaku dan menekan psikologi. Apabila tekanan ini melampaui tahap

keupayaan mentalnya, maka di sini jin dan syaitan mengambil peluang untuk menyerang

akalnya. Hasil gabungan antara tekanan hidup yang berpanjangan, stress serta faktor-faktor lain

mengakibatkan kecelaruan emosi dan serangan jin dan syaitan, maka terjadilah apa yang

dipanggil sebagai histeria. Oleh itu, jelaslah histeria bukan semata-mata melibatkan gangguan

psikologi, tetapi berkait rapat dengan gangguan dan serangan jin dan syaitan terhadap manusia.

Seminar Perubatan Islam : “Menangani Histeria & Kerasukan Jin”Pusat Rawatan Islam Darun Nuraniyyah, 5a, Taman Muhibbah 2, Jalan Ketoyong, Tg. Malim, Perak. Blog : www.darunnuraniyyah.wordpress.com E-mel : [email protected] Tel : 019-5747210

Page 2: file · Web view3. Seminar Perubatan Islam : “Menangani Histeria & Kerasukan Jin” Pusat Rawatan Islam Darun Nuraniyyah, 5a, Taman Muhibbah 2, Jalan Ketoyong, Tg

2

Simptom-simptom Histeria

1) Menjerit-jerit

2) Meracau dan merapu

3) Kadang kala sesak nafas dan sebak dada

4) Pernafasan menjadi terlalu cepat dan timbul rasa takut

5) Kebimbangan yang teramat sangat

6) Wajah kelihatan ketakutan seolah-olah melihat sesuatu yang mengerikan

7) Mempunyai kekuatan yang luar biasa

8) Ingin lari

9) Hilang ingatan dan pertimbangan akal

10) Mengamuk

11) Ketawa berdekah-dekah

12) Lumpuh atau berjalan dalam keadaan mamai

Perbezaan Di Antara Histeria Dan Kerasukan

Seringkali kita tidak dapat membezakan di antara histeria dan rasukan. Istilah histeria

merujuk kepada gangguan yang berlaku terhadap ramai pesakit. Sekiranya gangguan yang

berlaku terhadap individu, maka ia diistilahkan sebagai rasuk. Ertinya, histeria dan rasukan

makhluk halus sememangnya ada unsur persamaan.

Faktor-faktor Berlakunya Histeria Dan Kerasukan

1) Gangguan oleh manusia terhadap kediaman jin secara tidak sengaja sehingga

menimbulkan kemarahan jin tersebut.

2) Individu yang bercakap besar dan takbur serta tidak menjaga adab khususnya di tempat

yang agak ‘keras’.

3) Kecuaian manusia yang mungkin menyakiti jin secara tidak sengaja.

Seminar Perubatan Islam : “Menangani Histeria & Kerasukan Jin”Pusat Rawatan Islam Darun Nuraniyyah, 5a, Taman Muhibbah 2, Jalan Ketoyong, Tg. Malim, Perak. Blog : www.darunnuraniyyah.wordpress.com E-mel : [email protected] Tel : 019-5747210

Page 3: file · Web view3. Seminar Perubatan Islam : “Menangani Histeria & Kerasukan Jin” Pusat Rawatan Islam Darun Nuraniyyah, 5a, Taman Muhibbah 2, Jalan Ketoyong, Tg

3

4) Manusia berpeleseran pada ketika syaitan berkeliaran.

5) Emosi yang tidak terkawal

- Stress, terlalu marah, terlalu takut, terlalu sedih, cemburu, terlalu gembira, terlalu

sakit, nafsu syahwat yang tinggi.

6) Gangguan sihir.

7) Gangguan saka.

8) Kecelaruan emosi tahap kritikal akibat tekanan jiwa yang berpanjangan yang mungkin

berpunca daripada masalah rumahtangga, masalah kerja, masalah alam sekeliling.

9) Jiwa yang lemah (tiada kekuatan ruh).

10) Melakukan amalan yang bercanggah dengan syarak seperti memuja roh atau

mengha1dirkan roh.

11) Jin jatuh cinta pada manusia.

Fakta-fakta Tentang Histeria

Apabila seseorang itu mengalami histeria, gangguan itu dengan pantasnya akan merebak dan

berjangkit kepada rakan atau kelompok manusia yang ada berhampirannya. Ia mampu

merebak kerana jin yang mencetuskan histeria itu banyak malah kelompok manusia yang

dirasuk juga turut memiliki tahap psikologi sama iaitu turut memendam tekanan dan

kebimbangan.

Histeria biasanya disebabkan makhluk halus yang tidak bertuan. Kebiasaannya makhluk itu

merasuk mangsa bagi membalas perbuatan mangsa yang mengganggu atau merosakkan

kediaman mereka seperti di padang atau hutan. Namun begitu, ada juga kes histeria yang

berpunca daripada makhlus halus yang bertuan. Maka ini termasuklah dalah kategori sihir.

Jin atau makhluk halus ini merasuk dan mengganggu minda mangsa sehingga menyebabkan

mangsa tidak sedar apa yang berlaku dan hilang kawalan diri.

Jenis tekanan yang boleh mencetuskan histeria adalah bimbang keterlaluan (contohnya

pelajar yang ingin mengambil peperiksaan); ketegangan terlampau yang tidak diluahkan

(mangsa memendam tekanan dan perasaan marah tanpa diluahkan, contohnya mangsa buli

Seminar Perubatan Islam : “Menangani Histeria & Kerasukan Jin”Pusat Rawatan Islam Darun Nuraniyyah, 5a, Taman Muhibbah 2, Jalan Ketoyong, Tg. Malim, Perak. Blog : www.darunnuraniyyah.wordpress.com E-mel : [email protected] Tel : 019-5747210

Page 4: file · Web view3. Seminar Perubatan Islam : “Menangani Histeria & Kerasukan Jin” Pusat Rawatan Islam Darun Nuraniyyah, 5a, Taman Muhibbah 2, Jalan Ketoyong, Tg

4

atau teraniaya); menghadapi tekanan dalam keluarga yang berpecah belah dan berkonflik

sehingga hidup tidak tenang; tekanan tempat kerja; tekanan dalam rumah tangga.

Mereka yang memiliki kekuatan rohani (batiniah) jarang histeria selain kuat beribadat, sabar,

tidak berputus asa.

Kaedah Menangani Histeria

Perkara paling penting yang perlu difahami dalam menangani masalah histeria adalah

untuk memulihkan keadaan pesakit kembali kepada keadaan asal, bukannya mengeluarkan jin

yang mengganggu pesakit. Tujuan utama menangani histeria adalah untuk menyedarkan

pesakit kepada keadaan normal.

1) Asingkan pesakit yang mula-mula mengalami kerasukan daripada pesakit yang lain.

2) Asingkan pesakit-pesakit yang diserang histeria daripada orang ramai.

3) Individu yang ingin membantu pesakit histeria, perlu membenteng diri terlebih dahulu

untuk mengelakkan gangguan sampingan.

4) Jika pesakit yang mengalami histeria terlampau ramai, maka kumpulkan setempat dan

azan 1 kali atau 3 kali sehingga keadaan reda.

5) Benteng tempat rawatan dengan ayat Qursi.

Teknik 1

6) Bacakan ayat-ayat ini pada telinga pesakit :

a) Surah Al-fatihah

b) Ayat Kursi (ayat 255 Surah Al-Baqarah)

c) Ayat 115 – 118 Surah Al-Mukminun

d) 3 Qul (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas)

e) Azan

Seminar Perubatan Islam : “Menangani Histeria & Kerasukan Jin”Pusat Rawatan Islam Darun Nuraniyyah, 5a, Taman Muhibbah 2, Jalan Ketoyong, Tg. Malim, Perak. Blog : www.darunnuraniyyah.wordpress.com E-mel : [email protected] Tel : 019-5747210

Page 5: file · Web view3. Seminar Perubatan Islam : “Menangani Histeria & Kerasukan Jin” Pusat Rawatan Islam Darun Nuraniyyah, 5a, Taman Muhibbah 2, Jalan Ketoyong, Tg

5

Baca (a) hingga (d) pada telinga diikiti dengan ditiup ke muka pesakit dengan kuat

ataupun ditiup pada bahagian atas kepala. Niatkan untuk pulihkan pesakit dan usir jin dari

tubuh pesakit.

Teknik 2

7) Bacakan ayat 69 Surah Al-Anbiya’ sebanyak 3 kali. Hembuskan pada bahagian atas

kepala.

Kami berfirman “Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim”

(Surah Al-Anbiya’ : 69)

Teknik 3

8) Bacakan ayat berikut sebanyak 3 kali,

hembuskan pada genggaman tangan, tepuk pada tulang belakang berhampiran belikat

sambil membaca ayat 34 dan 35 daripada Surah Hijr. Niatkan untuk pulihkan pesakit dan

usir jin dari tubuh pesakit.

- - bagi pesakit perempuan - bagi pesakit lelaki

Allah berfirman “Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya

engkau dari sekarang ke masa depan adalah (suatu makhluk yang) diusir. Dan

sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat”

(Surah Al-Hijr : 35 – 36)

Seminar Perubatan Islam : “Menangani Histeria & Kerasukan Jin”Pusat Rawatan Islam Darun Nuraniyyah, 5a, Taman Muhibbah 2, Jalan Ketoyong, Tg. Malim, Perak. Blog : www.darunnuraniyyah.wordpress.com E-mel : [email protected] Tel : 019-5747210

Page 6: file · Web view3. Seminar Perubatan Islam : “Menangani Histeria & Kerasukan Jin” Pusat Rawatan Islam Darun Nuraniyyah, 5a, Taman Muhibbah 2, Jalan Ketoyong, Tg

6

Teknik 4

9) Bacakan ayat penenang iaitu Surah Al-Ahzaab : ayat 56 sebanyak 3 kali, pegang di

bahagian nadi di tengkuk, atau di lekuk bahagian belakang kepala atau di bahagian dahi.

Niatkan untuk tenangkan pesakit. Boleh juga dibacakan selawat ke atas Nabi Muhammad

s.a.w 3 atau 7 kali.

Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan

dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang beriman,

berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan

yang sepenuhnya. (Surah Al-Ahzaab : 56)

Teknik 5

10) Bacakan pada air Ruqyah 6 (a) – (d), beserta selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w 3

kali, hembus pada air sehalus jarum beserta niat mohon Allah s.w.t pulihkan pesakit

tersebut. Beri pesakit tersebut minum air yang telah diruqyahkan.

11) Apabila pesakit kelihatan sedar, suruh dia mengucap dua kalimah syahadah, jika tidak

dapat mengucap, maknanya jin itu masih merasuknya. Walaubagaimanapun, sekiranya

yang mengganggu adalah jin Islam, ia juga mampu mengucapkan kalimah syahadah.

Maka jangan tertipu.

12) Apabila pesakit telahpun sedar, hantar pesakit balik ke rumah atau tempat yang selamat.

Elakkan daripada membenarkan ibu bapa atau penjaga meneruskan rawatan lanjutan di

sekolah atau institusi. Jika ingin membuat rawatan lanjutan, sebaiknya dilakukan di luar

kawasan sekolah atau institusi untuk mengelakkan risiko pihak pengurusan sekolah atau

institusi dipertanggungjawabkan sekiranya berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Seminar Perubatan Islam : “Menangani Histeria & Kerasukan Jin”Pusat Rawatan Islam Darun Nuraniyyah, 5a, Taman Muhibbah 2, Jalan Ketoyong, Tg. Malim, Perak. Blog : www.darunnuraniyyah.wordpress.com E-mel : [email protected] Tel : 019-5747210

Page 7: file · Web view3. Seminar Perubatan Islam : “Menangani Histeria & Kerasukan Jin” Pusat Rawatan Islam Darun Nuraniyyah, 5a, Taman Muhibbah 2, Jalan Ketoyong, Tg

7

Mungkin ramai tidak tahu bahawa selain wanita, ada juga lelaki, kanak-kanak atau bayi

yang histeria tetapi gejala itu lebih ketara di kalangan wanita kerana golongan itu diciptakan

Tuhan sebagai insan yang memiliki fizikal dan emosi yang lemah. Wanita juga mengalami

'keuzuran' pada setiap bulan menyebabkan mereka tidak dapat beribadat dan lebih terdedah

kepada serangan jin dan syaitan tambahan pula darah termasuk darah haid sememangnya

menjadi makanan bagi golongan jin.

Kesimpulannya histeria boleh terjadi disebabkan 3 faktor utama iaitu :

1) Bermula dengan kecelaruan emosi dan akhirnya berlaku serangan makhluk halus.

2) Tanpa dimulai dengan kecelaruan emosi tapi terus diganggu makhluk halus.

Kemungkinan sihir.

3) Dimulai dengan manusia mengganggu kediaman ataupun mencederakan makhluk halus

yang mengakibatkan tindakbalas makhluk halus.

Seminar Perubatan Islam : “Menangani Histeria & Kerasukan Jin”Pusat Rawatan Islam Darun Nuraniyyah, 5a, Taman Muhibbah 2, Jalan Ketoyong, Tg. Malim, Perak. Blog : www.darunnuraniyyah.wordpress.com E-mel : [email protected] Tel : 019-5747210